Monday, May 3, 2010
BuKaN sEnAnG JaDi BaChELoR
Friday, April 30, 2010
Ini LuaHaN SaYaNg DaRi sEoRaNg KaWaN uNtuk KaWaNnyA
Untuk kawanku,
Wednesday, April 28, 2010
KaLaU DaH SaYaNg...~

Tuesday, April 27, 2010
DoNt SuE Me pLeaSe...~
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 -
Perbuatan, ucapan, perkataan atau penerbitan yang boleh mengancam negara, boleh dikenakan tindakan ISA.
Akta Hasutan 1948, Seksyen 2 -
Setiap perbuatan, ucapan, perkataan atau penerbitan adalah menghasut sekiranya ia mempunyai 'kecenderungan menghasut'.
Akta Fitnah 1975 -
Kenyataan palsu memburukkan reputasi seseorang dengan mendedahkannya kepada kebencian, penghinaan dan cemuhan adalah fitnah.
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Media 1998 -
Bertujuan mengawal untuk kebaikan jangka masa panjang pengguna komunikasi dan media bagi memastikan keselamatan maklumat dan rangkaian boleh dipercayai serta berintegriti.
Akta Hakcipta 1987 -
Akta ini bertujuan melindungi hasil literari, hasil drama filem, hasil muzik dan hasil kesenian. Penerbit, pengarang atau pencipta mana-mana hasil itu mempunyai hak ekslusif mengawal penerbitan, pengedaran, penyiaran dan sebagainya dalam apa juga bentuk termasuk di Internet.
Hahahahaaa.... Semua orang dengar sini ye. Akta-akta di atas ni, walaupun nampak bosan dan rasa macam perlu disishkan je, oh no, no, no. That is not a good idea. I’d suggest to all of you, pleez take it seriously. Bukan apa, sebab bila aku fikir-fikirkan balik, memang benda ni tak boleh diambil ringan sebenarnya. Because, ia melibatkan keselamatan, maruah dan juga reputasi seseorang individu itu. Even sebelum ni dah pernah dengar dan tahu ada kes-kes berkaitan blog yang menulis isu-isu sensitive ni kan, tapi aku tak pernah sensitive pun terhadap blog aku sendiri. (Haish, tak ada kesedaran langsung ocha ni)
Entah la, bila semak (bukan semak samun belukar tu ye), haa, entry-entry lama dulu, sometime ada juga timbul perasaan bersalah, serba salah, serba serbi, serba boleh... hek2, itu bukan. Dan lagi, ada jugak rasa geli geleman, loya, mual, seram sejuk, (lain macam je ni...) Haa lantaklah, tak kurang juga rasa geram dan sakit hati dan sengal. Boleh la tu since most of my entries in this blog memang temanya ‘sengal’ ek..? Memang kena tema la bak kata orang tu..~
Okeh, so kita patah balik kepada akta-akta di atas tadi.
Kepada sesiapa yang baca belog ni, kepada sesiapa yang terasa, kepada sesiapa yang rasa macam ‘pechiew’ ‘poom’ kene tembak sebijik tepat kat batang hidung dia segala entry-entry yang berunsur sinikal, sindiran, perlian aku tu... Huwahahaha, padan muka kau..!
(Ok, semua orang boleh angkat senjata dan bunuh tuan blog ni!)
Sudah la, sudah la tu... Aku minta maaf la weh. Aku bukan apa, blog ni sekadar luahan perasaan dan isi hati aku je. Aku mana ada kakak or abang nak bermanja. Aku mana ada boyfriend nak pujuk rayu cintan cintun bagi dia geli geleman dengan ayat-ayat aku sume. Aku mana ada diari nak merepek panjang-panjang macam ni. (Ada tu ada, tapi diari akademi fantasia laaa).
Lagi, aku mana ada teddy bear nak cakap dengan dia sorang-sorang. Harapkan blossom power puff girl yang cikinit tu jelaaa. Itu pon dah berapa kali dia hentak kepala dia tu kat dinding dah sebab tak larat dah nak dengar aku merapu meraban depan dia lagi.
Jadi, inilah satu-satunya medan terbaik untuk aku kongsi isi hati dan isi perut aku nih...
Lepas baca akta-akta kat atas tu, korang jangan la saman aku ye. Aku mana kaya nak bayar saman korang. Nak beli tempe pon tak cukup duit. Apatah lagi nak beli susu anak-anak yang demand nak susu Dumex Mamil Gold tu.. haish...~
Dan lagi, korang mana ada actus reus dengan mens rea nak dakwa aku, kan? hihi. Suke-suke hati je nak saman orang...~ Ex-prelawrian ni tau, oh pleeez~

p/s: Tengah cari orang kaya sebab nak kawin dengan dia sebab konfirm ramai yang nak saman aku lepas ni..~
Saturday, April 24, 2010
i HaVe A DaTe..!
Thursday, April 22, 2010
x sEmUa YaNg kiTa NaK kiTa DaPaT
Semoga semua best hari ni, sihat walafiat, tanpa dijangkiti sebarang wabak penyakit berjangkit or else, tutup belog aku ni dan pegi bukak page lain. (Kui2, takut berjangkit punye pasal an) Haah, tengok muke korang pon da tau. Mesti mushkil macam mana aku boleh je dok buat karangan untuk entry kali ni. Padahal exam x abis lagi ni, obviously. Laptop pon x de, absolutely. Broadband pulak x dapat dikesan, so badly. So, diam2 suda. Aku x de masa nak mengarang esei tentang bagaimana aku dapat menaip ini semua kat korang.
Apa yang aku nak cakap di sini, pasal situasi aku sekarang yang agak critically, emergency, privacy, ecstasy, eeeh, yang hujung tu bukan, sebab achelly, tiba-tiba je tadi aku agak rajin memuhasabah dan mentadabburkan diri masa tengah tunggu abang kedai makan kat DC (Dataran Cendekia) tu siapkan daging masak kicap yang aku order. Haish, almost satu jam tu yunk, so, marilah kita beribadah sikit ye.
Masa tengah dok tadabbur tula, tiba-tiba je terngiang kata-kata seorang sahabat aku yang berbunyi macam ni,
Ashiya Mizuki (bukan nama sebenar): Ocha, kau ni best la. Semua yang kau nak, semua kau dapat.
Ocha: Eh, kenapa kau cakap macam tu?
Ashiya Mizuki (bukan nama sebenar): Yelah, kau nak kaluar mana-mana, mak kau bagi je. Kau nak datang sini (tempat dirahsiakan), Nakatsu Suichi Kun (bukan nama sebenar) sanggup je nak bawak kau. Kau nak beli handphone tu.
Ocha: Handphone..? Nih...?
Ashiya Mizuki (bukan nama sebenar): Haa, yang tu, tu, (sambil jeling2 handphone kat tangan aku), kau dapaaaaat jugak beli. Jeles aku weyh...~
Ocha: (Kelip-kelip mata sambil diperhatikan oleh encik kelip-kelip)
Motifnya di sini..? Tak ada motif. Cuma nak cakap, sebenarnya, x betul apa yang awak cakap tu, cik Ashiya Mizuki (bukan nama sebenar). X betul la statement tu. Mana ada aku dapat semua yang aku nak. Tipulah. Semua orang pon x dapat apa yang diorang nak. Tak ada seorang pon aku rasa dalam dunia ni yang mampu penuhi semua kehendak dia. Mesti at least ada satu benda yang dia takkan dapat. Benda apa? Haa, ini yang kita x tau ni.
SEMUA BENDA YANG AKU DAPAT yang kau nampak tu, kau tau berapa lama aku tunggu dia bha...? I mean, in term of materials, yang bukan setakat pegi jalan2 cari makan tu. Haa, kalau yang tu, x perlu la nak tunggu sampai setahun doblas bulan 365 hari, baru nak pegi jalan-jalan cari makan, kan. Yang aku maksudkan ni, yang bab-bab kebendaan ni. Susah woo nak dapat tu semua. Yang kau tahu, aku dah dapat, tapi berapa tahun berapa bulan berapa hari aku bersabar untuk dapatkan benda tu, kau tak tahu, kan.
And juga, instead of materials, masih banyak lagi impian, hajat, keinginan dan kamahuan aku yang masih tak tercapai. Kau mana tahu sebab aku tak cerita dekat kau. Aku nak kawen dengan Johnny Depp, tapi tak dapat. Kau tak tahu, kan? Francesc Fabregas yang dok merajuk sampai balik peghancis tu, x dapat2 jugak nak pujuk dia balik sini. Haa, kau tak tau jugak, kan? Takkan aku nak bermadu dengan bini Datuk Shah Rukh Khan pulak khaaan... Walaupun dia datuk, tapi mak aku confirm x restu aaah (sebab dia dah ada calon menantu pilihan...hihi).
Haa, aku nak kereta Ferrari yang kaler merah tu, pon x dapat2 jugak. Aku nak jadi baker yang paling terer mengalahkan baker kek secret recipe disamping menjadi penulis novel yang paling best but low profile di Malaysia ni, haaa, yang tu insyaAllah akan jadi kenyataan... Tapi kau tetap tak tahu, kan? Agak2nye, besok aku buleh tubuhkan francais macam secret recipe tu ke? Haaa...
So, kesimpulan bahasa yang kita dapat di sini. Kita semua sebenarnya buleh dapat semua yang kita nak laa Ashiya Mizuki (bukan nama sebenar). That is only with...
Nak rasmikan kedai kek nanti aku jemput kau worang sume yer... Doakan jela akak ni, dik. InsyaAllah, mudah-mudahan tak jadi kachang lupekan kulit.
p/s: kalau aku ikut nasihat aku sendiri nih, confirm aku dapat Johnny Depp tu...~ Meow ~
Wednesday, April 21, 2010
mAiNaN JiWa..~
Semanis vanilla d atasnya whipped cream
Selalulah dengan senyummu
Selembut mentega yang cair di bibir
Kau lontar kata-kata manja
Chorus
Apa sebenar yang kau pendamkan
Di dalam hati buat diriku
Yang tidak arif permainan jiwa
Atau sekadar
Mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma para wanita
Yang serba naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan
Yang kau pendamkan di hatimu buatku
Halus karamel di hidangan jeli
Sentuhan pada jejarimu
Senyaman aroma dari cangkir latte
Perasaan tenang ku dengan mu
Di dalam hati buat diriku
Yang tidak arif permainan jiwa
Atau sekadar
Mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma para wanita
Yang serba naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan
Yang kau pendamkan di hatimu buatku
Ulang Chorus
Atau sekadar
Mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma wanita
Yang serba naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan
Apa sebenar
Kau pendamkan buatku dalam permainan jiwa
Yang serba naïf
Atau pun sekadar
Mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma wanita
Apakah sebenar-benarnya
Katakanlah
Yang kau pendamkan di hatimu
Buatku
p/s: memang permainan jiwa...~
WiSh U aLL tHe bEsT & GoOd LuCk..!

~dari OCHA~
Sunday, April 18, 2010
HaRi TeRaKhIr KeLaS n kEmBaRa YaNg RoCk..!
Whoaaa, rase macam ari raye pulak...!


~Gagasan 1 malaysia...! Yeay...~Tu saja, sekian terima kasih,
Bye-bye part one...!
These are the best part of KEMBARA this semester. Even not as rock as kecak, but still happening... Especially, when i've got the chance to meng'kembara' kan diri buat flying fox dekat menara faveret i, that is 'uitm twin tower' ni haa...!
Again, dia masuk dalam blog i...~(X pe, sebab i suke fakulti medic, so letak jugak laa)
Muke cuak nak terbang, tapi pura-pura tak cuak...!
And suke KEMBARA yang terakhir ni sebab dapat peluang jumpa anak-anak COBRA i yang dah lama terpisah sejak sekian lama. Macam reunion pulak..!
Heehe, suke laaaah...~
Dan sekian terima kasih lagi sekali.
Bye..!
p/s: X de pi es...~
Wednesday, April 14, 2010
PEnGaJaRaN sEmEsTeR saTu
Sunday, April 11, 2010
KaU Ni CoPyCaT Laa~

Thursday, April 8, 2010
pEnYaKiT DaH MuLa SeMbUh~
Monday, April 5, 2010
"sAyE nAk kAwEn DeNgAn TaN sRi, CikGu~"



Saturday, April 3, 2010
tRiBuTe To Allahyarham DiN BeRaMbOi

Thursday, April 1, 2010
MaSiH x pErCaYa LaGi Ke..?
Wednesday, March 31, 2010
BirThDaY iJaAa @ KL dRiFt II...!!! (sambil menjerit kehisteriaan)
Entah la, tak tahu apa X-Factor filem tu yang buleh buat aku separuh suku 3/4 hampir mati dan gila sampai sanggup tengok dekat cinema dua hari berturut-turut weyh. Seriyes gile, kan? Pernah ke buat macam aku? Tak pernah? Bagus. Jangan buat dan jangan ikut. Ini contoh yang tak baik namanya.
Tak apalah, aku kasi chan kat diri sendiri. Lepas ni ocha, jangan keluar lagi kecuali kolej, kelas, ko-ko, dan tempat-tempat di mana kau boleh mendapatkan kupon sementara stok masih ada. (Yelah, next sem nak dok kolej aan). Dan lepas ni, gonna keep my broadband at home. I mean, leave it to bunda, until i'd finished my final exam. And after that, going to apologize to all my friends for ignoring their texts and calls. In the mean time, i'm gonna be mahadiah (again, same resolutions, but never work at all).
Yela, suwit seventeen la katakan~
Tambah2 lagi dapat pow kakak kezen dia nih
bahagialah tu, heish~
Eh, no, no, no... Not the actors actually, but the action maa~ Can u imagine the car that 'cilok sana, cilok sini', vroom, vroom, dengan begitu megah on the road. The moment that Ary fell down from the highway divider, so tragic, heh. The explosion scene, real kowt. The romantic scene between Zack and Aliya. The sweetest value of friendship between Sham and Zack and Zul and Muz. Whooaa, what a superb stunt they had, the races, the pistol that pechiew, pechiew along with the pedang samurai, (giler ah) and the engine which sounds like music on my ears, (heh, muzik la sangat), AND plus, the AARON AZIZ, who the biggest TAIKO yang boleh buat aku separuh suku mati macam yang aku cakap tadi, can u believe it...? (Hmm, mesti x caya ni..~) Tamau caya suda la... Aku cakap jujur ni.
"Gua nak habiskan ini cerita"(bukan time ni, tapi before dia nak tembak tu, hee~)
macho an..? (pheww, pengsan lapan puloh lapan saat)
Haa, kau tengok, kereta zack yang kuning tuh terbang2 di awan biru,kereta my taiko jugak yang maintain, dik..huu, peewit~
Yang 'merahnnye mak ngah' tu la Ary,Sama muke kejam macam muke abang Joe* i tu.
Phew, phew (rasa nak pengsan lagi)
nih, nih yang kat bawah ni haaa
"Hei ya chi lei yaa"(ape maksud dia, agak2?)
~ENTRY TAMAT~
Tuesday, March 30, 2010
ToLoNg BaCa sEpErTi pEmBaCa bEriTa yE..~
(Bunyi macam dalam radio RTM sebelum nak start berita tu)
(nada skema).
Pada semalam yang lalu, seorang gadis dilaporkan bertengkar dengan seorang kawannya gara-gara berebutkan seorang lelaki yang mereka kenali hanya melalui fesbuk. (Yennaday, ape daaa)
Menurut sumber yang boleh dipercayai, (mungkin sumber air bawah tanah), kedua-dua gadis terbabit adalah berasal dari sekolah yang sama, iaitu sekolah yang mengasingkan mereka daripada bercampur dengan jantina yang berbeza. (paham x ni?)
Dan menurut seorang pakar bimbingan remaja wanita, iaitu Doktor Ocha Septriasa Omar, beliau berkata, kecenderungan gadis2 yang berasal dari sekolah perempuan sahaja, terhadap jantina yang berlawanan dengan mereka adalah sangat tinggi. "Senang cakap, depa ni desperate la haish. Tapi desperate yang macam mana? Haa, ini yang kita tak tawu..." ujar Doktor tersebut lagi.
Oleh itu, kerajaan dan kementerian (bukan sama ke?), ehem, saya ulangi... Oleh itu, kerajaan dan kementerian akan memansuhkan sekolah satu jantina di seluruh Malaysia ini, bagi mengelakkan pergaduhan antara gadis-gadis remaja lain pula tercetus.
Hasil temubual bersama Supretendan Inspektor Ocha Amar (eh, sejak bila tukar bapak..?) , beliau berkata,
"Kami khuatir ya, jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera, kejadian tersebut mungkin akan berulang dan menular dan mungkin juga akan menyumbang ke arah jenayah yang lebih kritikal seperti contoh menolak kawan mereka ke dalam perigi, lalu lemas dan bertukar menjadi ikan kaloi, lantas diberi nasi melukut dan ditangkap, kemudian di masak, masak lomak cili api dan tulangnya di tanam di belakang rumah lalu tumbuh la pulak pokok beringin yang rendang dan rimbun bersama pekej buaian ajaib yang boleh berbuai sendiri sampai cucur atap." (????? - wartawan yang menemu bual tiba-tiba rasa seram dengan inspektor tersebut dan terus cabut lari.)
(Berita tamat)
