Tuesday, March 26, 2013

I dOn'T kNoW (maybe-i--really-love-merepek-kot)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




I never thought that my two-weeks-students can be this 'cute.








Cute in my definition, begitulah. Penat perah otak dan keringat seharian kadang-kadang boleh hilang bila dok baca mesej daripada budak-budak ni. Err, kadang-kadang laa. Most of the time, I rather call my mom and merengek-rengek dekat beliau. Ataupun main angry bird and gelak sorang-sorang. (kalau tak faham kenapa main angry bird boleh gelak sorang-sorang sila tanya). Ataupun watch 'Victorious' or 'Tangled' and gelak sorang-sorang jugak. Ataupun dating dengan Alicia melalak dengan gigih. Ataupun go get Fish and land over him. Or maybe MAKAN? See the pipi?




Sorry for always merepek sorang-sorang macam tak ada benda lain nak update balik-balik nak cerita emotional balik-balik nak cerita pasal stress pressure tons of assignments macam orang lain tak stress tak pressure tak ada asigments bertan-tan kan? Tapi nak buat macam mana because I used to it. I mean, dah terbiasa luahkan perasaan dekat belog sejak kecil so sampai dah tua pun dia tak ada tempat lain nak mengadu melainkan belog. Merepek sangat part 'tak-ada-tempat-lain' tu. You know, I have One.




Ok, once again terimalah hakikat. I tell you the SUPER REAL story. Study master is SANGAT susah. Sangat susah I mean it's hard to reach the point of lecturer's satisfaction. They expect more and want more. Tak kiralah kau ada pengalaman ke tak ada pengalaman ke kau ada basic ke tak ada basic ke kau boleh ke tak boleh ke, you know, kalau diorang kata macam tu, maka macam tulah, kalau diorang nak begitu, maka cari yang begitulah. Somehow they want it then they don't want it. Get it? So basically, pursuing master right after you finish your degree is not really a good idea. Ambiklah nafas dulu. Unless kalau nak commit suicide and spare you social life I don't know maybe like forever. Habis kalau dah habis belajar tak kerja? Habis kalau dah kerja ada masa nak lepak dengan BFF dekat kedai mamak?




I miss my brother (tibetibe)




Sebenarnya bukanlah susah sangat. Saja letak ayat hiperbola nak bagi you guys know the real feeling of mine. Padahal faham-faham sendirilah belajar mana ada senang. Belajar mana ada shortcut. Kalau masa degree dulu lecturer senang je agree dengan research proposal. Tapi now kalau tak kena reject at least dua, tiga kali jangan mimpilah nak breath taking. Mati. Harus mati daulu then baru boleh hidup. Itupun spare nyawa dengan sangat tipis sebab once proposal dah approved maka haruslah come out dengan chapter one then chapter two then chapter three. Sigh. Ok. Cukuplah. Lepas ni nak promise dengan diri sendiri tak akan merungut about study lagi. InsyaAllah.




My life may not be going the way I planned. But I'm so sure that it is going exactly the way Allah SWT planned it. Oh dear, I really wish to have a stronger heart. Siapa boleh bagi sesi kaunseling percuma? Someone's feeling a bit down over here.








p/s: sometimes i'm not really sure about me myself. seriously, my thoughts scared me a lots...



Monday, March 25, 2013

MeRoYaN NaK dUiT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Selalu nak kena tunggu aku beremosi dulu baru keadaan nak berubah eh?

Aku ni bukanlah beriman sangat yang boleh capai tahap kesabaran paling tinggi.

Ini dah masuk hari ke 15, dah kira gagah sangatlah tu.

Kira hebat tau aku bersabar 15 hari.

Bukan aku mintak benda yang merepek-repek,

yang nak kena pusing satu dunia menghadap menyembah Raja Planet Namet ke apa.

Aku mintak duit je.

Duit tu pun bukannya duit orang lain.

Duit aku sendiri.

Ingat aku kaya sangat nak let go seribu lebih macam tu.

Orang kaya kalau satu sen pun dia berkira, inikan pulak aku.

Elok-elok nak pangkah, terus tak jadi...

Haa, apa lagi, bagi duit aku cepat!




Ni dah habes comel dah ni... Kalau tak bagi jugak tak tahu laa :(

Wednesday, March 20, 2013

ShE wOn'T GiVe Up!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



So early in the morning, I wake up and connecting my broadband, open Yahoo and G-Mail, checking my mail. Updating, deleting, replying some of them. Then I open my facebook, twitter and blog as well. The same routine everyday. Looking at the notifications, ignore some of them, tweeting and look at how many views since my previous post. That's my blog. Yang dah lama usang, yang lapuk dek hujan, yang lekang dek panas. Peribahasa baru sejak menjadi pelajar semula.




Student portal is my new trend. Checking new message at group forum which I never did as a part of learning. Dr. Teoh was a super cute lecturer. Despite her small physical appearance, her activeness in conducting class and online class made me feel so bad if I'm not involve. She is working yet still able to look over her little 'dummy' kids. Including me. So, moral of the story, Dr. Teoh merupakan lecturer yang paling active dan paling rajin bagi task tak kiralah dalam kelas or luar kelas dan oleh disebabkan lecturer rajin, pelajar takkan nak malas pulak. Maka disebabkan dah menjadi rajin, maka aku terpaksa mengabaikan belog seketika. Macam kejam je rasa hari ni dah 20 haribulan tapi update untuk bulan Mac baru dua je.




Kelas Dr. Teoh buatkan aku rasa sangat aktif. Searching all the time. Nama pun subjek 'Research Methodology' which an initial steps for my coming thesis. Percayalah, I can see how disaster I will be in coming weeks and months and years. Minggu kedua dah pandai pergi library which is the odd thing I ever did so far. Macam nak tergelak pun ada. Macam nak menangis pun ada. But I'm more than grateful since the class and the library is just a few minutes away by walking from my house. Or, should I tell you like this,




View from my house balcony. That M building basically is where my class held everyday. That's my faculty area. And INTEC library is just a slightly on the right.




Kalau tak reti bersyukur, kalau tak perform jugak untuk masters ni, I don't know what to say lah. Malu dengan diri sendiri sebab classmate lain boleh bekerja siang-siang and pergi kelas malam-malam and still manage to study hard padahal aku tak reti-reti nak study setekun dan segigih mereka walaupun tak bekerja hanya menunggu pukul 6 untuk ke kelas, memang aku ni layak ditembak dengan senapang gajah sahaja. Hidup menyusahkan mak bapak. Eh eh, melalut rupanya.




Oh ya. Kelas aku setiap hari pukul 6 sampai 9 malam. SETIAP HARI. Maknanya satu hari satu kelas. And basically, each class will have at least 2 times presentation. Lecturer wannabe kan. Haruslah acting like a lecturer all the times. Preparing teaching materials, studying, discussing, even the concepts is not so much different from degree but when the effort punch doubled or some might be tripled huwahaha air mata terus menitik tak berhenti. Masters study is tiring. Honestly, I almost give up. I almost quit. I almost grab whoever I saw on the streets and say 'would-you-marry-me?' hah, ingat lawak sangatlah tu.




Tapi, give up is definitely not an option for me. Whether I succeed or died. Itu sahaja jalan yang akan aku pilih. Bila fikir-fikirkan balik, rasa macam kelakar sangat. Starting from Foundation of Law, then switched to Degree in Language, tiba-tiba masters in Management and Leadership. Whoa, Allah sure is the best planner ever!




Tak tahu nak cerita pasal apa lagi. JJCM dah jadi limited season dah sekarang. Boleh kira berapa kali je boleh hangout dalam satu sem. Anyway, I always treasure the moments walaupun sekejap. Kalau nak KLMJ, bolehlah kelik past entries, sure ada yang menangis ni kang...haha. 




Lirik dia memang tak ada kena-mengena, tapi title dia ado! 
Kira halal la tu eh.




Ok, play time is over. Doakan saya kawan-kawan!

Wednesday, March 13, 2013

BaCk To 'ScHoOL'


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Hai Encik Mac. Saya tak tahu nak mula dari mana. Tinggalkan belog almost like two weeks ingat best ke? Rasa macam lost sekejap walaupun sebenarnya taklah lost mana. Beberapa hari tinggalkan rutin harian, bangun awal pagi, pergi sekolah, mengajar adik-adik subjek Bahasa Melayu dan ICT, tapi sekarang tidak lagi. This is live update from my very new room, in my very new house, in front of my very new faculty, surrounded with my very bright new roomates and housemates. Baiklah, 12 hari sahaja tempoh berkhidmat. Miss my kids already. Especially those in 2 Kemboja.




Story about school yang saya tinggalkan lebih kurang 3 hari yang lalu, you know I'm the class teacher for that Tingkatan Dua Kemboja. 2 Kemboja tu macam 2nd class students la at that school. Kategori kelas hujung tapi not the very last class because the last one I guess Mawar kot. Tak kisahlah kan yang penting saya bukan nak cakap pasal their level of grade ke apa but more to their adorableness and their cuteness biasalah kalau kita layan diorang macam adik-adik kita mesti la diorang pun anggap kita macam kakak diorang. Kakak sangat. Tak takut dengan saya langsung. Kadang-kadang lawan cakap. Tapi kurang ajar tak pernah lagi laa. Nakal-nakal gitu je. Maybe I really can't be angry bird kot. Kalau nak angry pun biasanya takkan jadi. So, paling-paling pun warning pakai mata je. Behave for 1 minute. Lepas tu jadi hantu balik. Pasrah.




Of course not all of them. Yang betul-betul nak belajar tu memang saya truly respect la. Sit at the very 1st line in the class. Paying full attention. Ask me questions. Baru tahu why lecturer seronok bila kita involve dalam kelas. Yang tak pay attention tu I don't know what to say lah. Pas keluar kelas tak pernah duduk diam atas meja. Lepas sorang balik dari toilet, orang lain pulak keluar. Lepas orang tu balik, yang lain pula keluar. Orang yang sama pulak tu. Sampai kadang-kadang terpaksa tinggalkan pas dekat bilik guru so that bila saya masuk kelas tak ada siapa boleh keluar. Kalau nak keluar jugak, keluarlah without pas. Kena tahan dekat guru disiplin padan muka...hee. Cikgu Ain jahat!




Tapi overall I can managed them well. Degil-degil pun, tapi kalau dah namanya budak 14 tahun, nak lawan dengan Cikgu Ain yang 23 tahun ni, berani kau buatlah. Hewhewhew. Ok, cukup cerita pasal adik-adik. Pasal rakan sekerja? Nak tahu, ada seorang cikgu yang very the attention grabber. Taklah kacak mana. Tapi kalau dah namanya attention grabber, maknanya ada aura lain yang menariklah tu. Hee. Cikgu Ain gedik. Mujur saya dah berhenti. Kalau tak, habis kena bahan dengan budak-budak Dua Kemboja. Mereka dasyat okeh.




So now, since saya dah berhenti, semestinyalah with reason. Sebab right now dah balik Shah Alam untuk bergelar 'PELAJAR' semula. Alhamdulillah, Allah masih memberikan title itu kepada saya. Sangat bersyukur dalam linangan air mata. Cabarannya tak usah cakaplah. Berhempas-pulas, bergolok-gadai, bersangkak-sangkak with everything. Tuhan saja yang tahu berapa banyak air mata saya menitis. Baru dua hari masuk kelas, ketakutan for another one and a half years dah boleh nampak dah. Jelas depan mata. Kalah ketakutan masuk Fear Factor. Kalah kepenatan masuk The Amazing Race. Macam dah boleh kira berapa kali boleh pergi tengok movie, berapa kali boleh pergi shopping, berapa kali boleh balik rumah, berapa kali boleh tengok astro, berapa kali boleh makan nasi dalam sehari. Sekian.








Allah dah beri apa yang terbaik. Jangan nak merungut. Jalan dah terbentang depan mata. Tinggal nak rempuh je. So, with bismillah, Ya Allah, kau permudahkanlah hambaMu ini. Amin.

Thursday, February 28, 2013

Oh mY My mY



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




It's not that I'm busy gila lately sampaikan tak ada masa nak mem'belog'. Tak. I cuma malas je. Dan patah hati. Patah seribu. Membawa hati yang retak, luluh, remuk, kemik haaa dah keluar semua sinonim. Ok. Tipulah kalau cakap tak busy. Sebenarnya memang busy. Sebab right now I dah kerja. Jadi pendidik sementara. In simple word, jadi guru ganti. Alhamdulillah. Ada cikgu bersalin akhirnya. Walaupun at first macam serba-salah nak terima. Yelah, dengan status belajar yang tak pasti. Nak pergi interview kerja serba-salah, tak pergi interview kerja pun serba salah. Well, because I got the call for interview. UiTM dah panggil hari tu. Finally!




Dalam masa seminggu, I dapat tiga jenis kejutan. 1st, kejutan result final yang sangat-sangat tak sangka, 2nd, I dapat panggilan untuk interview dekat Faculty of Education tu and last I dapat call untuk jadi guru ganti. All thanks to PPD sebab kalau tak praktikal dekat sana dulu, I takkan kenal orang-orang dalam especially yang in charge benda-benda ni. Dan yang paling best, tengok angka gaji dekat surat tawaran tu oh my my my, beza berkali-kali ganda daripada gaji yang I pernah dapat masa kerja dengan kedai makan Hafiz Tomyam dulu. But I was so enjoy working there previously. See now? (walaupun itu semua duniawi, but still we have to survive right?)




Anyway, semuanya harus sentiasa diiringi dengan Alhamdulillah. I'm not trying to up myself here. But I just want to share. Especially with my best buddies yang dah lama tak dengar khabar. Hello guys, handphone u ols dah campak ke laut ke??? ^_^ Ok lah, never mind.




So, I tak nak cerita pasal result hari tu, yang lepas, biarkanlah lepas. About the interview last monday, hmmm, I don't know. I met the Prof 'Dean', the KP and the deputy of KP (maybe). They were so bright and I was really enjoying the interview (tapi tak tahulah diterima atau tidak). It's ok. Yang penting diorang tak ada riak angkuh sombong langsung pada wajah masing-masing. Serious? I boleh gelak-gelak lagi depan diorang masa interview tu. Apalah leadership dengan management pun tak reti nak elaborate. Cakap jelah dua-dua tu related to each other. Macam coffee and creamer. Bread and butter. Ocha and anameku? Apa-apalah. Yang penting, ending phrase I, agak best (rasanyalah)




Then bila tiga-tiga orang tu senyum and say 'Alhamdulillah, InsyaAllah, Amin.' then masa tu jugaklah I dok aminkan apa yang mereka aminkan. So, what do you think? I have no guts to say that I have a slightly chances to be accept. But sementara tunggu keputusan ni, kerjalah apa-apa yang patut. Walaupun sebagai guru ganti. Well, it's not that bad. Nanti I cerita lagi ok. About school, kiddos, teachers, principle, technicians yang ajak I tengok wayang tuuu (whatever) Later ok. Now nak shut down everything. Take care dear. Bye!








(rasa macam buat surat kiriman tidak rasmi pulak) - subjek penulisan ^_^


Sunday, February 24, 2013

tHe ReSt iS sTiLL uNwRiTtEn


Terbang tinggi,



terbang rendah,



atau terbang main-main,



kau pilihlah.



aku hanya mampu ucapkan,



selamat terbang.



Tuesday, February 19, 2013

TaLk To My HaNd aNd FiNgErS


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt



Saya ada seorang jiran. Banyak jiran sebenarnya. Tapi saya cuma nak cakap pasal jiran yang seorang ni laa. Jiran saya ni boleh dikatakan agak berada. Berada tu bahasa Melayu standard sangat. Kalau bahasa Melayu tak standard, jiran saya ni kategori orang kaya laa. Bila-bila masa mungkin boleh dapat title Datuk. (But I wish he won't). Seriously, bukan nak mengumpat atau buka aib orang, tapi nak menyedarkan mentaliti masyarakat supaya tidak bersikap membangga diri atau riak atau takabbur atau bercakap besar. Tolonglah. That was so annoying!




Ok berbalik kepada kisah jiran saya yang kaya ni. Memang tak dinafikan, dia sebenarnya orang yang baik. Baik dan ok laaa. Tak termasuk dalam golongan orang yang dibenci penduduk taman ni atau masyarakat setempat. Part annoying dia cuma pada sikap dia yang suka cakap besar. Orang kalau suka cakap besar ni faham-faham sajalah, nak membangga diri, nak meriakkan diri nak up diri sendiri. All the time. Yes. Setiap kali kalau lalu depan rumah saya dan kebetulan mak ayah saya ada di luar rumah, jiran saya yang annoying ni akan bercerita walaupun tanpa ditanya. Dan kemudian barulah dia akan bertanya kembali. Persoalan yang biasa:




"Kenapa Kak Long ambik course ni?"

"Kak Long bila habis belajar?"

"Kak Long buat apa dah habis belajar?"




"Duduk rumah je cik. Tengah tunggu panggilan nak sambung belajar. Tu yang tak boleh nak bergerak tu. Takut kalau cari kerja kang, UiTM panggil belajar." - (Tak sia-sia aku belajar bahasa, boleh manipulate ayat. Itu namanya semantik ok. SEMANTIK tu maksud dia double meaning, sekian.)




Lepas tu jiran saya reply:




"Kalau acik, acik cari kerja dulu."




Ooooh cliche cliche. Ayat indah tapi berbau busuk. Tak payah nak cakap semantik dengan orang yang belajar semantik tau. Kenapa? Kalau 'Kak Long' sambung belajar pakcik terduduk menganga dari jauh  tengok 'Kak Long' dah habis degree and nak further study to another level sedangkan anak pakcik yang sebaya 'Kak Long' tu termengah-mengah belajar dekat maktab lagi? Oh kamon. Kawan saya baru tahun satu dekat degree and we had so much fun supporting each other so apa masalahnya?




Masalah yang sangat jelas di sini ialah pakcik tergolong dalam golongan manusia yang tak boleh tengok orang lain senang. Fine. Pakcik teruskanlah bermegah-megah dengan kereta baru tu, teruskanlah bercerita tentang anak pakcik yang masih belajar tapi dah pakai kereta (yang pakcik beli) tu, teruskanlah bercerita tentang rumah pakcik dekat sana dekat sini. Sikit pun tak terjentik dalam hati saya ni nak peduli dengan rezeki yang Allah bagi pada pakcik. Saya tahu bahagian saya akan datang nanti. (at least dapat beli kereta dengan duit sendiri.)




Tapi ingat, kalau suatu hari nanti mak ayah saya pulangkan balik kata-kata berbaur riak kepada pakcik, please jangan malu nak lalu-lalang depan rumah saya lagi ya. I'll wait for that moment. Tapi rasanya kalau mak ayah saya nak riak balik pun macam tak ada point je. Riak tu syirik kecil tau pakcik. Dosa besar. So, tak jadilah nak riak.




Ayway, tenkiu pakcik kerana menguatkan semangat saya. (tunduk 90 darjah)




Kek untuk pakcik




Kidding! Pakcik tak layak makan kek air tangan saya. Ini hanya untuk mak dan ayah saya yang pakcik pandang sebelah mata tu. Untuk mak dan ayah saya yang tak pernah halang saya sambung belajar atau paksa saya untuk kerja. Untuk mak dan ayah saya yang sentiasa ada masa suka dan duka saya. Pakcik boleh ambil bau saja. Bye pakcik!

Friday, February 15, 2013

mY gRaTiTuDe To aLL oF yOu ^_^



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Pertama sekali, TERIMA KASIH ini saya lafazkan kepada Allah Maha Besar, Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Kerana meminjamkan hamba dengan kegembiraan sementara ini. I mean, kegembiraan atas nikmat dunia yang Dia berikan hari ini. Semestinya result exam ni takkan bawak masuk kubur pun. Tapi syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas sedikit kekuatan, secebis kesabaran, termasuklah segala perasaan suka duka yang Kau pinjamkan kepada hamba sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar selama ini. Ya, inilah tuaiannya. Guys, what do you think I’m talking about? Semua orang dok update status pasal result kat fesbuk. Jadi, obviously I’m talking about result here.




Seterusnya kepada mummy and daddy. Minta ampun dan maaf pukul 2 pagi melalak depan mak ayah. Sesungguhnya, tangisan itu untuk kalian berdua. Yang mengorbankan segala-galanya. Segala-galanya I guess I can’t even state it here sebab terlalu banyak. Sangat banyak. Korbankan masa, korbankan wang ringgit, korbankan perasaan, korbankan keringat. Berdoa siang malam. Bagi semangat, bagi kritikan. Sampai mati pun along takkan dapat balas jasa mak ayah. Sungguh. You’re the precious gift I ever had. Tuhan, kurniakanlah mereka tempat yang paling mulia, seindah dan selayaknya dengan segala pengorbanan yang telah mereka lakukan kepadaku di akhirat nanti. Amin.




Then, kepada pensyarah-pensyarah. Especially, Encik Azhar dan Dr.Sharil. Merekalah antara insan yang paling banyak bersabar dengan aku sepanjang tahun lepas. Daripada bincang proposal sampailah thesis dah siap, sampailah nak viva, sampailah nak binding hard cover, getting their consultants, getting their recommendations, saying sayonara to each other. Sesungguhnya, tersentap dan terjentik dan ter’touching’ saya selama ni bukanlah sia-sia. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka berdua. (Applause). Oh ya, dan juga kepada semua pensyarah sepanjang saya belajar daripada asasi sampailah degree. Coming soon, master. InsyaAllah kalau masih diberikan rezeki. (Bow 90 degrees to everyone)




Dah habis majlis tertinggi, kita masuk pulak kepada kelab rakan sebaya. Semestinya pertama sekali I would like to thank to my Geng Puaka. Mar, Aryn, Fiza dan Ida. And nak selit sikit Ayu. For staying with me in laugh and pain. I mean they really are. Throughout the 3 years. Because honestly, without them, this is not the outcome I’ll get. Terutamanya Mar. Segala kenangan dengan korang, baik suka duka, pahit, masam, manis, sumpah aku takkan lupa sampai bila-bila. Dan semua classmate LGBM221D dan rakan-rakan batch LG221 yang lain juga! Syukran semua!




Rakan sebaya seterusnya, alaaa, semestinya yang rajin sangat menebeng dalam belog ni, besties BLS, Gossip Girls, Queen B, Hunny Bunny, Linda, Ummi, Ezzy, Lydia, Fara, budak-budak asasi law 08/09 (kenal I lagi kew?), then besties di Melati, Geng Rice Cooker, Kak Long Mimi, Kak Chik Roy, Kak Chu Yaya, Geng MCC especially Izzah dan Husna, thanks for patiently there, bear with me siang dan malam. Dan juga kepada Geng USIM. Kak Ummu Anisah aka Nurul Jannah, Jijan, Zul, Encik YB (itu je kot?) Dan geng-geng Maahad yang masih lagi keep in touch. Malaysia dan Mesir. Korang semua adalah sebahagian daripada pahit-manis empat tahun setengah aku di UiTM selama ni. Yang lebih daripada tu pun ada ^_^ Komawoo cinggu!




Kepada Nurul dan Zura, hangpa aku tak tahu nak groupkan ikut geng mana. Geng Moncheh bulih kot. Pasal rumah kita dekat-dekat kan. So aku nak say thanks jugak. Sebab sentiasa bagi semangat dekat aku, care pasal aku, lepak dengan aku, gila-gila dengan aku. Korang datang rumah aku, aku datang rumah korang. Kategori truly BFF la ni. Bajet sangat. Ok, tapi sejujurnya, korang memang sejati. Espicially awak. Hew hew hew, yang dok guling-guling tengok movie atas katil saya semalam. Haaa, awak laaa.




Ok, siapa lagi yang I tak mention angkat tangan! Baiklah, kepada adik-adik. Tak kisahlah kategori adik-beradik ke, adik tak beradik ke, adik angkat ke, adik ipar ke, adik jiran tetangga ke, yang rasa-rasa ada kena mengena dengan akak ni, terima kasih jugak. You guys tetap ohsem in your own way. Thanks for being there with me, especially Tomato dan Beruang yang memang selalu buat aku tension sambil tergelak. Amazing sungguh korang. (Kagum dengan adik-beradik sendiri)




Last but not least, to all readers. Tak kiralah followers or silent readers, even I tak mention you guys, but there still something about you which related in my life. My journey all this while, there’re your name on it. Even it’s just a tiny little part. So arogatou gozaimas minna-san! (Sapu air mata)




Nikmat memaniskan wajah mak dan ayah itu, hanya Tuhan saja yang tahu. Once again, thank you so much everyone!








Mood: Mari shooping baju konvo. Kajaa!!!

Thursday, February 14, 2013

GuiLtY pLeaSuRe 1 : ChOcOLaTe


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT GUYS!!!




Today I feel so happy. Happy sangat sebab tadi I bake some chocolate cake. Reason for baking chocolate cake? Tak ada reason. So actually I tak happy laa. Saja gatal tangan nak masuk dapur. To be honest, boring gila duduk rumah. Boring gila tu maksud dia macam contah kalau bangun pagi lepas subuh terus mengadap laptop main game lepas tu keluar bilik pergi mandi lepas tu breakfast lepas tu tengok tv kejap lepas tu annoying dengan channel kat tv lepas tu masuk bilik main gitar nyanyi-nyanyi dengan penuh perasaan kadang-kadang separuh perasaan lepas tu pergi dapur tolong mummy masak (actually tolong kacau je tak tolong masak pun) lepas dah siap masak, lepak-lepak baca buku, kadang-kadang baca komik, kadang-kadang baca magazine, pulak lepas tu bukak laptop lagi konon nak tulis cerita tapi simtom 'writer's block' rajin sangat datang so I sambung main game balik lepas tu petang duduk depan rumah kalau rajin pergi laa berkebun ke sapu daun-daun pokok ke kalau malas pandang jela kereta lalu lalang lepas tu malam dok tengok drama dalam laptop tak kiralah jepun ke korea ke kadang-kadang tengok hindustan, kadang-kadang tengok kartun, kalau boring jugak set jam pukul 3 pagi tengok bola dengan beruang. Jadi sekarang dah faham kan apa maksud boring gila? Bagus. (muka puas hati)




Sebab tu laa hari ni rasa happy (sikit) sebab ada upgrade satu lagi aktiviti iaitu menghuru-harakan dapur mummy (yeay!). And this is the outcome ^_^




Versi cuppies




Dan yang ni versi tradisional sikit. Dengan talam-talam sekali aku snap!




Jadi sekian laporan harian daripada saya hari ini. Memang chocolate will always be my guilty pleasure. Itu nasib baik tak scoop sekali eskrem coklat. Seram pulak kang orang menengok entry aku ni. Coming soon aku update pasal guilty pleasure je. Korang jangan terkejut kalau aku reveal satu-satu. (Nampak sangat dah tak ada point nak merepek). Ok bye!

Tuesday, February 12, 2013

tHe OnE LaSt SeCoNd cHaNcE




BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




I got a text message last night:




“KORANG MEMANG… ASAL CUTI JE MULALAH SORANG KE MARS SORANG KE PLUTO… TAPI YANG STILL KAT BUMI NI NAK CAKAP I MISS U LAA KAT SAYA PUNYA S AND V… ITU JER”




I almost sleep at the moment tau darling. But still boleh gelak sorang-sorang dalam gelap sebab terbayangkan that there must be something yang buatkan you suddenly text me even just saying ‘I miss u’ and tadaaa, I just got her text once again and it sounds like this:




“I NEED UR HELP… THERE IS A GUY WHO WORK AT PETRONAS WITH SALARY BLABLABLA BUT HIS NOT SO GOOD LOOKING…HUHUHU. WHAT SHOULD I DO?”




I really thought she found her new man but then she texted me:




“SENANG CITE, HE WAS MY EX…HAHAHA. I DON’T KNOW LATELY TIME KITORANG MESSAGING I TETIBE ADA TEPIKIR UNTUK BAGI SECOND CHANCE… TAPI ENTAH LAA.”




And at that moment I was like… Your ex? Apakah? Ok honestly memang I don’t think that dalam kes-kes macam ni boleh senang-senang suka-suka nak bagi peluang kedua dekat orang lain. I mean to your ex-LOVER? Remember, there’s a reason why you left him. So persoalannya, does he really deserve his second chance? Yeah I can smell happiness from her texts, I know, there must be something good happened tapi I tak tanyalah. Maybe that guy dah berubah. Improve himself. Prove that he will never repeat the mistakes. I don’t know the details. Manusia kan boleh berubah.




Then I roughly replied:




“U LEBIH KENAL DIA. I TAK KISAH AS LONG AS U TAU JAGA DIRI AND TELL HIM TO STOP WITH E CONTROLLING HABIT (which is the reason why they broke up). U BOTH BUKAN KECIK LAGI. LEARN FROM YOUR PAST. I JUST WANT U TO BE HAPPY. MAYBE HE DESERVE FOR HIS 2ND CHANCE. TAKPE, I OWEYS THERE FOR U KALAU DIA SAKITKAN HATI U LAGI. TAPI HARAP2 ITU TAKKAN TERJADI LAAA…”




And that’s it. I give words to people and secara tak langsung I sendiri tersentap. Tak tahu kenapa, suddenly I feel the same. To give 2nd chance dekat orang yang I marah sangat selama ni. Actually I tak marah. I just disappointed. But I know, sampai bila nak berdendam dengan orang kan. Forvige, bless and release. That’s the way to keep your heart and mind open.




I think I should take it as sebahagian daripada kelemahan diri dia. I pun ada kelemahan sendiri. So I shouldn’t expect him/her to be perfect for me. So daripada masalah percintaan, masuk kepada masalah kawan-kawan, I think I should let you know the concept:




BE LOYAL

BE HONEST

LET GO OF EXPECTATION

DEFEND YOUR LOVER/FRIENDS

LISTEN TO WHAT THEY TELL YOU

BE TRUSTWORTHY

BE AVAILABLE WHEN THEY NEED YOU

TREASURE THEM ALL THE TIME




And I will try my best to enhance myself. Just be patient with me. A little bit more. Sekian. Thank you.








p/s: in love macam mana pun awak, don’t ever celebrate valentine day ok darling! I cherish ur happiness. And that’s it. Jangan over tau…lalala.

Thursday, February 7, 2013

MoOd : Ok, wHaTeVeR


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



There's someone told me,




"Semakin kita dewasa, semakin banyak perkara yang kita kena buat. Semakin ramai orang kita jumpa. Macam-macam perangai orang yang kita kenal. Dari situlah kita semakin berubah. Tak kiralah berubah kepada negatif atau positif. Tapi, selagi kita bergerak atas landasan yang betul, insyaAllah semuanya akan berjalan seperti yang dirancang. Take it as a part of learning. As a part of life."




"Ok kakak. I know I'm nagging so much but that jerk who made me cry over and over..."




"Ochaaa..." (with her really soft voice and looking eyes)




"Ok kak. I'm sorry."









Wednesday, February 6, 2013

mOoD : nYaNyi LaGu wHiTe HoRsE saMPai LeBaM



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Cuaca tak berapa baik dua tiga hari ni. I know, cliche sangat starting with talking about weather. Tapi aku suka. Mendung, hujan, sekejap lebat, sekejap renyai. Macam kena pulak dengan emosi yang tak berapa nak best lately. I told you. I'm in pain. And hurt. And feel like stupid and aaaarrrggghhh... I just can't forgive that creature!








Well, this is just exactly how I feel rite now. You're 'mature' enough then you shouldn't ask me because you know it already.




Alicia come here sayang ~

Monday, February 4, 2013

MoOd : RaNdOm


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Agak melampau kot rasanya sebab tinggalkan blog lebih daripada dua minggu? Eh yeke? I guess it’s exactly DUA MINGGU. Jap nak chekidaut tarikh. Ok. Memang betul dua minggu. So? To be honest memang tak rasa bersalah. Tapi nak update jugak sebab tak nak buat belog ni jadi loser. And so hari ni post aku adalah random.





Mula-mula nak bagitahu, list yang aku tulis dalam entry lepas, hampir semua dah buat. Dah remove ‘friends’ kat fecebook, I mean kawan yang ‘eh-dia-ni-siapa-eh?’ haaa, kawan yang spesis gitu. Almost 300 lebih jugaklah ter-out-list. Yang dah memang kawan pun ada jugak yang rasa macam nak out-list kan dia. Tapi kang macam kejam sangat pulak. Ok, so biar jelaaa. Sabar. Seterusnya, bilik kesayangan dah direnovate habis-habisan. Tingkat-tingkat wardrobe rasa sangat indah mata memandang. Rak buku juga sangat kemas tersusun macam bahagia je bila bersarang dalam bilik. Yelah sebab dah indah. I mean, indahlah daripada tongkang pecah. And lagi, cerpen sempat siapkan satu cerita. Really a short story oh ya, lupa nak post dalam belog cerpen. Nanti-nantilah. Dan gitar, semakin improve. But still I need to learn from someone yang betul-betul berpengalaman. Banyak jugak chord yang aku maen redah suka hati. Main dapat je. Tapi list yang last sekali tu, hurm... belum ada jodoh nak jadi ustazah agaknya. Hari tu almost nak mengajar KAFA dekat sekolah rendah aku dulu, tapi since sekolah tu dah ada ustazah tetap, ustazah ganti tak diperlukanlah kot. Well, cuba nasib lagi. Belum cukup layaklah tu maknanya. Ok, faham.





Baiklah, cerita kedua, this is quite.. really out of topic. Sebab aku tahu someone yang baca blog ni akan terasa dan tersentap dan ter’touching kalau aku cerita and aku tak nak benda ni worst sebab aku tahu walaupun Cik Anameku ni followers dia tak ramai... tapi silent readers dia hangpa jangan cakap. Semua gosip boleh tersebar tiba-tiba. Kalah beautifulnara dengan ohbulan. So aku tak bulih nak bermulut dan bertangan puaka sangat menaip kang ada yang putus sahabat kang. Cukuplah aku bagitahu ending degree aku tak berapa nak cantik sangat. Seseorang eh no bukan seseorang, tapi adalah dua, tiga orang, yang aku dah hilang percaya dekat dia. TOTALLY. Aku rasa macam orang bodoh yang bukan bodoh sikit-sikit punya bodoh tapi bodoh gila. Literally ok. I mean bodoh dan gila. Sebab apa tu kau kena direct call. Aku tak boleh cerita kat sini nanti orang tu saman aku siap tunjuk bukti lagi aku malas nak layan paparazi. Confirm besties dia akan faham. (text-me-if-ure-curious)





Dan ending degree yang membuatkan perasaan aku sebal last 2 weeks bukanlah semuanya buruk belaka. I still had a chance to gather around with budak dua orang yang kebulur nak ke Seoul Garden haritu...haha. (mention sikit). Dan jugak celebrate birhday Kak Aryn geng puakers aku before straightaway balik ke Negeri 9. Of course together with member yang lain. And it was aswesome jugak walaupun setakat lepak makan-makan. Sampaikan birthday girl yang bagi hadiah dekat aku and the gang. Ada ke patut. Cheh sajelah Kak Aryn ni nak bagi aku taching. Dan incident staff Gulatis yang sound Mar pasal pintu kereta terkena Hilux dia yang kononnya macam ada orang sagat pakai screwdriver tu padahal kesan scratch tu actually nak tengok pakai mikroskop pun tak nampak. Propa tau buat drama depan Gulatis. Bajet nak masuk propaganza. Tolonglah. Scary campur annoying sangat masa tu. 





And finally here in my home. Which is always and always and always the sweetest place ever! Meet my beloved Alicia. We’re getting along very well. I know she missed me so much. Itu yang tangan sampai bengkak-bengkak dibuatnya. Sure she’s the only friend dekat rumah ni. Oh ya fish sekali. And Cheng jugak. Err, Encik Akir semestinya dating almost 24 hours. Cuma Encik Qobi je yang agak silent. Walaupun tak letak mode silent. Line tak ada kot. Ke busy? Eh? Lupa sekarang ni dekat Mars. Sooorrryyy.





And finally lagi, lupa nak bagitahu I mean, nak share berita gembira. How the January ended? Mummy got her new bestfriend. Nama dia Anjang Merah. Macam nama Zizan dalam Chapalrela kan? Selamba aku bagi nama dekat menatang tu. Menatang apa? Haaa, kereta baru dia. (text-me-if-ure-curios) Again, hambek kau. Nak reveal-reveal jugak, tapi taklah bijak sangat sampai nak cerita sedetail-detailnya dekat sini. Yang penting nama Anjang Merah tu sempena kaler body dia yang seksi merah menyala merah makngah memang kenalah dengan title ‘Mak Ngah’ mummy kita. Kawan mak kita seksi tau. Jangan tak percaya.





Eh lagi satu nak finally… Finally I got a chance untuk berjimba sekejap dengan besties semalam walaupun sekejap yang I mean memang sekejap gilalah. It’s all thanks to Haajar sebab invite ke wedding kakak dia yang gojes tu (awak-pun-gojes-jugak) sebab memang mimpilah nak tengok budak-budak Keyel ni turun Melaka tanpa alasan yang agak valid kan kan kan? Dah la buat farewell party mandi swimming pool tak ajak. Sentap sentap dan sentap. Mujur semalam dendam macam dah terbalas sikit. (Baru sikit) Yang penting dapat peluk-peluk, gelak-gelak, gedik-gedik. Dah lama sangat tak kembali ke kancah kegilaan macam semalam. Actually, semalam tu tak cukup gila lagi. Tak apalah, yang penting, I’m more than happy to gather around with you guys. Kalau macam nilah gamaknya, suruh kakak kau kawen hari-hari pun takpe Haajar :P
















Walaupun gila, tapi harus upload gambar yang sopan je. 
Kang kaum-kaum ibu tengok, terus batal niat nak buat memantu.
And for record, semua single kecuali Hani Afiqah tu.
Tak kenal Hani Afiqah? Text-me-if-ure-curious-bye!






Baiklah, aku tension sebab tengah layan Creating Destiny sampai 23 episode tapi actually episode tu belum final lagi. Faham tak perasaan bila dah setia sangat mengadap drama sampai 23 episodes but at the end tak tahu ending dia macam mana mak Sang Eun tu hidup lagi ke? Kyu Han kahwin dengan Yoon Hee ke? Yeo Jun dengan Sang Eun balik Korea balik ke tidak ke or macam mana? Encik Director bagi nombor telefon jap. Ni siapa nak bertanggungjawab sampai I tak dapat tengok last episode ni hah? Dah la sekian lama pencen layan Korea, skali bila dah terbukak hati nak jiwang, spoil pulak. Kejam tau!







Mood : Frust. Umi cepat upload gambar tab awak tuu...!

Monday, January 21, 2013

mOoD : CuTi-CuTi MaLaYSia


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULULLAH SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Sebab besok dah nak balik rumah, maknanya I memang akan susah nak connect dengan outer space lah sebab rumah I macam you tak biasa jauh gila dekat Marikh tu. Nasib baik masa mummy daddy cakap nak pergi Venus I cepat-cepat disagree. Kalau tak, 100 tahun cahaya pun belum tentu I dapat connect dengan you ols. Gedik tak statement?




Itulah. Walaupun officially dah boleh declare the 'FREEDOM', tapi deep down dalam hati it's not a freedom at all. You know the burden when you're going to face the challenge of finding jobs opportunity pulak lepas ni. Memang konfirm it's not as easy as you think. Jadi sebab itulah, walaupun dah habes belajar, otak takkan berhenti daripada didatangi migrain. Migrain mana nak cari kerja mana nak cari kerja hooooooiiii...!!!




Tapi buat masa ni, I'm going to stay at home. Banyak gila benda dah plan dalam kepala otak sebab tu I state here awal-awal, kalau I tak update entry dalam dua tiga empat lima hari ke apa, then you can pandai-pandailah choose beberapa list di bawah as the reason why I'm not blogging for a while.




1 - Nak update friends list dekat facebook. Unfriend makhluk-makluk yang tak pernah kenal yang tak masuk dek akal macam contoh 'kure-kure terbang', 'Lily Neelofa', 'Beruang Kutub', 'Jung Yong Hwa' apakah??? - Bajet sangat Yong Hwa yang sebenar nak friend dengan aku. Anyway, masih dalam proses lagi. 'Unfriend' orang bukan satu kerja yang senang ok.




2 - Secondly, I mungkin tak update sebab busy nak renovate bilik. Nak kemas almari. Setting balik mana-mana baju yang masih boleh dipakai or mungkin yang dah kecik. (baju tak pernah kecik. tuan tanah kedaun je yang sentiasa membesar). And nak susun balik buku-buku dekat rak. Ubah suai sikit maybe. Saje nak cari mood baru. Tengoklah kalau rajin nanti I update gambar bilik. Eh, tapi gambar bilik kan private. Ok. Cancel. Tak jadi..!!!




3 - Thirdly, kalau I tak update belog tapi you still boleh nampak I online dekat FB, reason di atas mungkin boleh diterima. But kalau belog tak update, FB pun tak online, tweets pun tak reply hape semua, so consider lah yang I tengah menjadi penulis novel sepenuh masa di rumah. Banyak gila storyline dalam simpanan tinggal nak cantumkan jadi paragraph je. So kalau rasa-rasa lama dah lain macam tu, maka itulah reasonnya.




4 - Keempat, maybe I akan jarang update belog sebab gigih nak sambung belajar. Bukan sambung belajar apa, belajar main gitar. Kalau boleh nak belajar sampai pandai main lagu _ _ _ _ _ _ . Haha motif sangat nak berahsia. So, consider that I akan spent more time with Alicia and of course with Mummy as well sebab siapa lagi yang akan ada dekat rumah dan mengganggu hidup Mummy kalau bukan I dan Alicia kan kan kan. Haaa, dan jugak...




5 - Or, mungkin semua reason di atas tak akan menjadi kenyataan kalau I buat kerja part time. Nak apply jadi cikgu ganti agak-agak dapat tak? - Haish, back to basic. Kena gigih kumpul duit dari sekarang. Target nak kahwin 11-12-13 boleh tak? Dah la tarikh cantik. Ok, gila. Tak pernah dibuat orang kahwin hari Rabu.  Takpun hari Jumaat 19 Julai on my birthday. Tapi bulan puasa pulak masa tu. Haish, peduli apa... Orang tak buat, aku buat!




Jadi itu sahaja planner untuk bulan ni. Itu pun dah consider banyak gila kalau nak kaitkan dengan spesis manusia macam aku yang tak suka plan apa-apa ni tau tau tau. Entah mana satu yang jadi tak tahulah. Anyway, kalau ada apa-apa, nak catch up or something, jangan segan-segan atau malu-malu kucin bagitahu u ols punya latest update ok. Biadab tau asyik-asyik I je cakap sorang-sorang kat sini.




And for kak long and kak chu yang together with me berjimba siang tadi, thank you so much for those sweet memories and moment (macam familiar perkataan ni). Yeah, and tak tahulah doa siapa yang makbul antara both of you ni kan sebab memang at first niat nak balik rumah hari jumaat hari tu tapi thesis punya pasal so aku bertahan and stay dekat sini sampai done with everything nanti. Alhamdulillah, reunion akhirnya...




By the way, today was really an unexpected journey. Unexpected makan dekat SG, unexpected beli nasi arab untuk rumet, unexpected ambil thesis yang dah siap binding sekali balik bilik thesis je ada CD thesis eh tak ado. Today as well was really unexpected sebab dapat tahu Mummy going to have her new car. Unexpected yang teramat-amat bila dapat call daripada Encik YB requesting for that request apakah?








Budak lapaq ^_^




Unexpected jugak bila kau orang memekak dalam kereta masa aku tengah bercakap dekat fon macam rasa nak bagi flying kick sekor-sekor. Anyhow and anyway, it was awesome to having you both memekak daripada duduk diam and feeling so awkward. Thanks sangat-sangat. Lepas ni tak tahu bila nak real gathering berempat pulak ^_^ - sambil sapu air mata.




Sekian, hasta lavista bebeh. Happy holiday semua. Bye!

Friday, January 18, 2013

BeSt cLaSsMaTeS aWaRd


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Hari ni aku habes exam. Habis maksudnya dah tamatlah. Dah tak payah pergi kelas dah tak payah buat assignment dah tak payah pening kepala hari ni nak pakai baju apa dengan tudung kaler apa dah tak payah serabut nak gelabah cari final question paper download banyak-banyak fotostat untuk kawan-kawan sebagainya dan yang paling penting, dah habis exam bermakna dah boleh fikir pasal cari calon menantu mak ayah dengan serius (muka serius)




Muka bakal dapat calon suami selepas habes exam last paaayyyperrr last paaayyyperrr. 









Lagi ceria bila kawan kanak-kanak riang duduk di depan. Itu klasmet I nama dia Ayu. Ayu seorang gadis yang comel yang selalu dibuli oleh kawannya yang bernama Ocha. Tapi walaupun selalu dibuli, Ayu tetap berkawan baik dengan Ocha. Sebab Ocha baik dan selalu bekap Ayu. Ocha suka makan tengah hari dengan Ayu. Bila kelas gab tak panjang dan tak tahu nak buat apa dekat kelas, jadi Ocha dengan Ayu akan merayau-rayau pergi koperasi Perindu dan beli gula-gula, beli nugget, beli coklat, beli eskrem kalau tak tahu nak buat apa jugak, Ocha dengan Ayu akan pergi surau Kenanga bukan untuk beribadat, tapi untuk membuta. Sekian.




Ocha sayang Ayu. Jadi Ocha nak grad sama-sama dengan Ayu.
Ayu kau dengar taaakkk!!!





Eh eh itu kalau nak tahu, muka bahagia sangat dalam dewan exam lepas invigilator rampas kertas jawapan. Dah la aku tak sempat nak highlight lagi satu point. Tergamak! Lepas tu taching tiba-tiba teringat dewan inilah aku masuk masa kali pertama jejak kaki di UiTM Shah Alam ambil gambar kad matrik pakai tudung bawal hitam dengan jubah hijau, lepas tu tempat terakhir pun dekat dewan yang sama jugak. Kad matrik pun tak tahu campak mana dah. Selamba masuk dewan exam tak pakai kad matrik ingat kau hebat sangat?




Lepas tu bila dah keluar dewan, groupmate pulak call direct terus nak hangkut bawak pergi berjimba sempena exam dah habes kononnya ini kali terakhir together gether. Tiga tahun mengadap muka yang sama setiap kali ada group assignment kau bayangkanlah macam mana dia punya understanding perangai each other. 




Ok, really rasanya lepas ni memang dah tak jumpa lagi dah. Lepas ni dah tak boleh nak sentap-sentap dengan geng puaka. Nak rasa cabut undi siapa buat intro, siapa buat analisis siapa buat conclusion pun takkan ada dah. Kutuk-kutuk puji-pujian pun tak tahu nak share dengan siapa dah. Hanya klasmet yang memahami perangai klasmet. Takkan dapat mesej daripada ketua grup bagi arahan itu ini jumpa kat situ kat sini emel part masing-masing sebelum pukul itu dan pukul ini. Sekian terima kasih.




Terima kasih geng puaka. Disebabkan korang, aku selalu dapat cover carry mark pasal markah group assignment suka panjat tinggi-tinggi. Tak gayat langsung!




Different pictures quality sebab different camera used. Aku tahulah, Encik Qobi aku tu biase-biase je. Beza gila kan. Gila pun tak beza macam ni yaw. Eh eh. Ok la. Besok banyak benda nak kena setel. Kalau nak cerita perangai soghang-soghang yang dalam gambaq ni, boleh jadi lagi tebal daripada thesis aku. Lantaklah. Yang penting aku dah merdeka. Nak jadi apa dengan Thesis, jadilah. Aku redho je. Gud nite. Princess tido dulu ok. Bye!

Thursday, January 17, 2013

GiLa BeRaNi...!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Macam bawak anak dalam perut tau I don't know why I keep hungry like always hunting for food willing to running here and there just to get what thing that I mengidam sangat-sangat always feel like a monster I don't know why why why but to be honest I actually know but I just want to say I don't know mengada tak tulis tak pakai noktah macam ni?




Haha, welcome to Shah Alam (again). And here I go once again talking with nonsense cuz I just finished my very first paper how could I be so pragmatic with two days oh dear just now I realized being a last year student is the hardest thing ever! Maybe I know how it will turned out so I don't want to think about it. Mummy, I'm so sorry. I will work harder for the second paper I mean the very few hours paper. Eh, kejap lagi nak paper and I boleh selamba update belog...! Hebat tak? Ni bukan hebat, ni gila!




Well, I just finished my 1st paper (stated already). And this is the reason why I write this entry. I cannot eat on the day of examination cuz it will turn out... you know how it will kan. And because that paper is sampai petang, and since I can't affort to put any heavy things in my tummy, so sudahnya sambar apa yang ada depan mata...




And now, I am so lapar gila. Memanglah always begitu bila bangun pagi lapar macam kebulur kepala gajah pun sanggup telan. So I'm going to take my breakfast. And then I'm going to fight for my very last paaayyyper. And I'm going to finished up my thesis. Edit cantik-cantik walaupun markah tak cantik (wajah -pasrah) and go on with the next step to further my study! I don't care. I just want to make them happy pergi jahanam dengan semua masalah. I got my friends to LISTEN to me and the most important, I got my lover, ALLAH SWT by my side. 




So don't worry. I still able to smile. Cause you always makes me smile. #Permaisuri Seksyen 7 #Makcik Melati #ADUN Nilai - Eh, dah pukul 8. Ok, gotta go! Take care semua, bye!





the history

Followers