Monday, November 30, 2009

aTtEnTiOn To "LELAKI"...


(I've read this article a few minutes ago. And I was thinking, "A'ah, kan... betol jugak" Thus, by applying hadith Rasulullah, -sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat- I copied this article n y not we think about it tgether...) sharing is caring maa...:D

"BERAPA RAMAI LELAKI BOLEH JADI IMAM?"
-guys, boley jawab ke?-

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. "Jangan diperbesarkan nanti diorang kecik hati" - see, punya baguih org p'puan ni jaga hati lelaki...




“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata seorang lelaki kpd seorang gadis.





Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.


“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya si lelaki lagi dengan penuh semangat.


“Sedang belajarlah ni, tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan.” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. -await dok geleng kpala pulak?-


Yelah, bagi si lelaki tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. So, kalau dah begitu gamaknya wanita pun patut buat macam tu jugak, rite...?


Ok, syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan 'hendak memikat suami, perlu pikat seleranya' sering diguna pakai.


Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. -Siapa mengajar maen game lagi penting...?"


Itulah lelaki, kalau tidak tahu memasak, disuruh belajar dan bila dah belajar, perlu handal. Kalau handal tu bukan setakat masak untuk keluarga sendiri je, kalau boleh kena terer memasak untuk tiga pasukan bola. -What?-


Yes, begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? -Of course!-


Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.


“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” rungut gadis yang lain. Betul juga. Berapa kerat je lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.


Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. -Owh, kalau macam tu lingkup la rumah tangga kau.-


Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


"So, guys... Apa tunggu lagi? Yang perempuan pegi masuk dapur skrg, n lelaki pegi bentang sejadah cepat!...:D"

i MiSs HiM...!!!


I MISS HIM...!

I MISS HIM...!!

I MISS HIM...!!!

OH MY GOD...
I REALLY MISS HIM...!!!

ADAAAM...!!!

OPS, OK...
RANIA AS WELL...
I MISS BOTH OF U SAYANG....

BUT THIS 'GEMOK'
I MISS HIM SO MUCH...
I MISS U LIKE CRAZY, ADAM...!!!
BALIK CEPAT...

Saturday, November 28, 2009

pEtUa UnTuK GaDiSsss...


1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk -
merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan -
merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat -
merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur -
merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah
dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira -
merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah -
merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir -
merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih -
merosakkan jantung.

10. Terlalu merana -
merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut -
merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut -
merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang
terlebih.

13. Terlalu banyak makan -
merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais -
merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit
& tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang -
merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .






KESIMPULAN: Aku pon x tau kenapa aku post menda niyh...:)

Tuesday, November 17, 2009

aT tHiS MoMeNt...

Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!

Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan dan bercita-cita agar mengecapi kemanisan iman, daripada sekeping hati yang bimbang akan berjauhan daripadaMu Allah, yang bimbang hati akan menjadi gelap, yang bimbang keburukan2 akan mencacatkan lembaran amalan hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan diri sebagai ikutan kerana tidak patuh sepenuhnya suruhanMu, meskipun hati cuba dipenuhi dengan kebaikan, meskipun segala kebaikan yang kulakukan, daripada kepingan hatiku ini, aku mengharapkan kebaikan untuk teman2ku. Kuatkan semangatku. Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah aku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan di dunia ini. Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku. Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku, ya Allah...

ThE LaTeSt Of Me...

In my mind:

1: Kepala pusing dan pening...

2: Dok merangka plot A&A...

3: Tak kerja pon... tapi bz mengalahkan tokeh kuih raye pada musim raya...



4: Weekend, macam2 dalam kepala...

5: Nurul ajak tengok '2012' and teman dia buat 'facial treatment' on friday...

6: Tapi hari tu, mak nak jemput angah kat asrama... meaning, aku kena dok rumah!

7: Hari sabtu maklong buat kenduri aqiqah Bazli... (hmm, kenduri ea...)

8: N, minggu ni also ada pc fair kat term 1...


9: Kalau boleh, sume nak pegi...

10: Tapi almost every week turun s'ban... penat la...

10: Kan best kalau dah dapat lesen P... Tak payah susahkan mak...


11: Hmm, cuti makin pendek...

12: Makin pendek, makin banyak benda nak buat...

13: My projek partner mesti hangat kalau dia bace benda ni...


14: Takpe, i target by end of this month 1st draft da complete... insyaAllah...

15: Apa yang mampu, berdoa jelah...

16: Kita merancang, tapi Allah tentukan...


17: Ocha, kalau kau perasan, dugaan makin banyak datang...

18: Apa lagi? Pegi muhasabah diri...!

Thursday, October 29, 2009

My BeLoVeD W508...

Last sunday, 25th october... went to terminal one seremban and beli handphone baru... huhu... sukenye2... nak tengok gambar..??

nih2...




comel kan...?? OMG... sukenye2... harga sebenar almost RM700... tapi after trade in dengan K770i yang dulu tu, just add on RM350 only...hehe. Memang best... nak tau apa yang bestnye??

1- model sony ericson flip (fold) - da lama cari hp flip tau..

2- w siries (walkman) - so, sound memang sedap, macam mi sedap u..

3- every purchase, there a free front cover like this...




pilih je mana satu... i mintak cover putih yg ada gambar butterfly tu... cute..hehe

4- kalau walkman siries tu, besenya of coz la ada shake and gesture control... so, kalau nak tukar lagu, shake je hp tu... nak increase or decrease volume pon boleh shake...

5- and ada sensor lagi... example, kalau kita set alarm, just letak tangan atas lampu depan tu, and alarm tu stop... no need to open the handphone okeh...

6- lagi, 3g of coz la ada...

7- kamera not so bad, 3.2mp but without flash and auto focus... so, kalo berangan nak ambik gambar kipas yang tengah berpusing, don't ever dream la nak tengok gmbar kipas tu berenti ek..

8- no wifi- but easily excess to internet mcm, facebook, u-tube and ym coz it already setting in. tapi x boleh la nak excess selalu... bankrupt kredit akak, dik...

9- display on main manu layout ada macam2 jenis... so, korang x lah boring asyik tengok menu tu dalam bentuk grid je... make a different la sket an...

10- this is the first phone yang m'buatkan i addicted to game... x tau main boling pon boleh tau coz asyik hanyun phone to macam hayun bola boling sebenar pulak...hehe. pakai sensor la katakan... and satu lagi game yang best, music quiz... ala2 pop kuiz gitu... cayalah...!!!

nak cerita banyak... korang beli la sendiri... bila dah pakai, baru tau...hehe

p/s: congrates to juara bertahan coz masih manjadi orang pertama merasmikan inbox hp baru saye ni... (jgn riak dan takabur ok)

MeSsAgE FoR GiRLs oUT tHeRE...

at last... i'm freeee... bahagianya bila tiada sebarang penyangak memasuki peti inbox aku lagi... no more stupid semarak appear on my phone screen... ALHAMDULILLAH... So, d kesempatan ini, i'd love to share a few tips especially for girls out there yang 'tersinggah' kat blog ni, cara2 nak mengelakkan daripada gangguan seksual... (even through ur mobile phone)

nak tau apa rahsia kejayaan saya mengelak daripada gangguan makhluk paling menakutkan itu? 1st thing, simple, wat dono je... cara ni x berapa berkesan sgt... coz almost a month stupid tu dok men'trauma'kan diri aku nih... well, kalau tu pon x jalan... the most efficient way is...

"KAU GERTAK DIA YANG KAU NAK BUAT REPORT POLICE UNDER TORT OF PRIVATE NUISANCE"

haha... kompom, dia akan gelabah gila... ntah2 dia pulak yang tengah trauma dengan aku sekarang... padan la dengan muka kau yang macam ulat berengga tu... geli gila aku nak bayangkan... kalau tengok depan2 lagi la...

2 la, jadi orang perempuan ni kena pandai jaga diri... paling senang, jaga cara pemakaian kita... kalau tutup litup pon ada orang kacau, yang x tutup litup tu macam mana pulak...? bukan tu je, jadi orang perempuan ni, kena keraskan diri, kena berani, kena tegas dan kawasan2 yg sewaktu dengannya... kalau ada self defence laaaagi bagus... orang lelaki sekarang ni bukan dia kira... teragak dia nak sosah*, dia sosah je... so girls, always becareful yaa...

for adik2 yang masih stay di merbuk tu, kalau nak sewa kreta kat gemilang or semarak, ambik tips ni... dont u ever write ur personal information kat borang kereta tu... bantai je alamat apa-apa, no telefon pon letak je any 7 digits, kalau dia mintak matrik card, give any excuse or reasons even korang nak tipu pon x pe... demi keselamatan diri... and beware, kalo ada sapa2 yang tibe2 baik semacam dengan korang sume... BAEK ADA MAKNA TU... okeh??

message ni dibawakan khas oleh...
OCHA..:)

Thursday, October 15, 2009

pLeAsE HeLp mE...!!!

Korang taw betapa susah beta punya hati... hari2 dok kena kacau dengan hantu sekor niyh... Makhluk paling sengal, mangkuk hayun, titi hayun, semua yang hayun2 tu dia la tuh... tolong aku weyh... kepada sesiapa yang membaca post nih, tolong beri inisiatif kepada aku bagaimana untuk menghentikan gangguan seksual, fizikal dan mental daripada hantu nih... aku dah x tahan dah...!!!

* Ocha... gila la ko pasni...
* n for stupid semarak, jangan sampai aku publish no fon ko kat sini...!!!

Monday, October 5, 2009

jAnGaN kAcAu AkU oK...!

Aku tahu, kau x puas hati dengan aku... apa yang aku buat, semua x baik dan x cantik di mata kau... aku tahu kau perfect, kau pandai, kau lebih baik dari aku... tapi aku x pernah kisah tu semua... aku ok jer... happy feet sentiasa... x penah pulak x cukup makan disebabkan kau.. ada aku mintak duit kau? ada aku menyusahkan kau?

Friday, October 2, 2009

x SaBaU nAk PoSt...

kalo nak bace pasal penang... tengok la belog azra... kalo nak bace pasal ari raye... erm, belog sape2 pon ade... kalo nak bace pasal exam... laaagi banyak belog buleh bace... so in conclusion... aku skrang tataw nak tulis ape... tapi the one thing for sure... x sabau nak post satu mende niyh... eventnyer x berlaku lagi... doakan aku panjang umo n murah rezki... sampai masanyer, korang taw la ape menda tuh...hehe... okkeh, chiow...!!

Sunday, September 27, 2009

rAyE mEmAnG x bEsT...


To hani: Aku taw raye ko taun ni sangat best...

x kira, ko n orang2 yg kat depan laptop skrg ni, kena dengar jugak jeritan batin aku... for the first time weyh, x penah rase raye sesedey nih... coz of what? every inch of rumah aku tu, mesti ade je part yang boley buat aku menangis terkenang kat kawan2 skolah dulu... tulah tempat diorang lepak, tulah tempat diorang bace komik, tempat diorang makan, tido, baring, tergolek, terlentang... (konfirm aku buleh nangis skrang jugak...)

dulu walaupun aku jauh kat kedah ni, korang (bukan korang yg bace ea)... still form six lagi kat mahad tu... still wujud kat sebelah pagar rumah aku tu... kalo stakat nak datang tengok kelliwoon every jumaat malam, x de hal la kan... sms je aku, sah2, pintu gate rumah aku tu terbukak automatik... and kalo dah namanya lepak sambil tengok kelliwoon tu, konfirm ar korang belasah sekali barang2 dapur umah aku tu an... kalo xde stok pon, korang boleh je dengan selamberland potong buah mangga and blender sndiri mangga2 aku tu walaupon time tu dah hampir tengah2 malam... (korang peduli ape warden nak tangkap korang kan3)...

dasar gedik, bile ari raye je, satu muka tu boleh sampai dua tiga kali singgah... alasan korang, nak teman budak2 lain yg x penah datang rumah aku raye... yela2, aku terima je alasan tu... and before nak datang tu, pandai pulak order siap2... nak mi bandung la, nak laksa la, nak nasi ayam la... korang memang gedik... tapi mak aku bagi jugak... bagi mi goreng... sampaikan bila next time korang datang, korang dah x mintak menu lain kan... coz mi goreng bunda aku @ bunda x rasmi korang tu jugak, memang korang x kan tinggalkan seutas pon... (betul bobo..??)

korang memang kuat makan... (aku taw sangat tu)... and bila datang rumah aku, rajin je korang masuk dapur kan... yela, stakat tunjuk muka je... kalo datang nak makan je, segan pulak ye tak... demad lagi, x nak makan sayur la, x nak pedas2 la, tapi tetap habis licin korang bedal sume...

bonda...?? x penah dia peduli korang keluar masuk rumah tu... yela, da macam rumah korang sendiri kan... dah macam anak2 dia pulak... bila lapar, korang balik rumah, pastu pegi sekolah balik... alaa korang ni... comey je bab2 macam ni ea...

tapi series, sekarang korang sume dah jauh kat mesir... seciput pon x tinggal kat m'sia niyh... kalo ada pon, of coz bukan korang la kan... so, raye taun ni, memang sangat lain... bunda pon cakap macam tu... see? bukan aku sorang je rindu kat korang... empat tahun weyh aku kena tunggu korang balik sini... and meaning, empat tahun aku akan rase raye macam niyh... tengok mi goreng je nak nangis, tengok mi goreng je nak nangis... huuu... balik la cepat weyh... aku rindu niyh...

walaupon muke korang, perangai korang dan segala2 yg tentang korang tu terlalu amat sangatlah sengal... tapi aku tetap sayang korang...

Saturday, September 12, 2009

gEnG jALaN2 CaRi MaKaN D hUsPiTaL...

Hari khamis ari tu, setengah beban kitorang sume dah gedebak jatuh dari bahu ni... at last, economy test aku berakhir dengan hampeh... what? yela, aku serius ni... memang hampeh aku rase... betul2 harapkan markah daripada topic unemployment je untuk skor... yang lain2 tu entah la... tawakkal alallah je la ea ocha... any how, sehampeh hampeh eco tu, aku puas ati la coz untuk test law and global i did quite well... kot same gak cam eco tu, alamatnye... haish, selamat tinggal kawan2, aku nak merajuk pegi yugoslavia nih... UN da anta surat untuk mission impossible kat sane... (agak laa...)

okeh2, kita patah balik kat malaysia... nak cerita la ni... pasal kitorang gi melawat shah a.k.a anak datuk ismail a.k.a klasmet kitorang kat huspital sg petani tu haa... pe name huspital tu ntah, x sempat plak nak investigate...

dan ni... antara babak yang sempat di saksikan oleh kamera k770i saye ni haa...

mule2 kitorang gi kat wat kenanga... pastu nurse kat bawah tu kata shah da tukar kat wad bunga raya...
(ape la name2 bunga je sume ni, x komersial tol)

haha, saye dah nampak dah pintu wad dia... nih2...

nak dekat lagi...? hambek kaw...
sila perasan sesuatu... wad ni 4 orang je taw...
meaning...?? high kelas tu... ahaks..

dah2, gi masuk cepat...

tadaa... ni lah shah...
alamak shah ni, pandang la kamera ni haa...

yaaa... ini yang kita mauu...
okeh presenting... geng jale2 caghi make di hospital...!!!

xde pape gmbar makanan untuk di snap...
even shah punye lunch pon da selamat masuk dalam perot beliau...hehe..

tapi x pe... kita masih ade makanan untuk di pertontonkan di sini... coz after gi huspital, kitorang pegi ke lokasi jalan2 carik makan kami yang terletak berhampiran jam besar... tapi kekesalan sket coz x de bukti betape besarnyer jam tu dengan hangpa suma naa... huwahaha, bayangkan je la jam tangan korang tu sebesar bas skolah, pastu tegakkan kat tengah2 jalan..hahah...

terletak di lokasi yang x dapat dikenal pasti...
di lorong yang agak sempit dan kecil...
tetapi masih mempunyai nilai2 menarik...
ape yang menariknye...?? haa, ini yang kite x taw niyh...
(hani, sila jangan gelojoh ye, kontrol2...)

okeh, much better hunny...

and presenting...
kerew jemputan kitorang pada minggu niyh...
ezzy a.k.a bufday girl...
(lupe plak nak intro tyme kat huspital tadi hehe... achik kaw)

and bile perut dah kenyang...
jalan2 cari baju la pulak ek...

okeh dah2... jom pulang, besok2 kita shopping lagi... dan kepada shah, semuga cepat sembuh la ye... walaupun da kuar huspital da skarang ni an... x kisah la... semuga selamat sume2nye... anyhow... wait for the next post... ade yang lagi best untuk dikungsi kan... hahai...

p/s: i wish, mak cik yang crash aku ari tu, not take any legal action on me... coz sey ni x la mengamalkan undang2 jalan raye walaupun ber'title' pelajar undang2... (ape lagi ocha, ko pegi tukar kos skrang...)

BULI BAA KALAU KAU...

Monday, September 7, 2009

kALaU jOdOh KitA xDe LaGi...

korang promise ea jangan lupakan aku... bila aku pikirkan yang kita dah nak abes part 3 niyh, aish, rase cam x caye pulak... sok2, kalo kite x de jodoh, kot terjumpe kat mana2 tu, tegoq2 la ea... nak tanya jalan ke, nak tanya alamat ke, nak tanya nama pon boley la... janji korang tegoq... (ingat ni kaunter pertanyaan ape?)

Pastu, nak kawen nanti jangan pulak buat2 lupa nak ajak aku... insya-Allah, korang kawen dekat bumi mane pon aku akan datang... haa, time tu, buleh la aku letak wedding ceremony korang kat belog aku niyh...haha.. komersial kan...???

korang ingat wasiat aku ni taw...

ESPECIALLY... korang bertiga...
kalo korang x jemput aku, aku ban korang punye nama dalam belog aku niyh... FAHAM...!!

Saturday, September 5, 2009

BiLe DaH BoRiNg...

erm, ni tag dari ummi nadzirah... bukan ummi kepada nadzirah atau ummi yang anak2 panggil kat mak diorang dalam bahase arab tu... tapi ummi yang kawan2 nadzirah panggil beliau... uish, paham ke dok nih..? ala, senang citer, tag ni datangnye khas dari syazni nadzirah laa... lame betol nak cari specific date and time nak buat mende nih... (ala, cam la penting sangat)... memang x penting pon... tapi bile darjah keboringan dah mencecah tahap nak panjat bumbung mahsuri or dah sampai rase macam nak kira berapa banyak daun kat pokok depan apartment aku nih, so... baek aku buat ni dulu... kot x hilang2 jugak boring tu, erm, nak mintak nasihat pakar matematik la pulak... rasanye idea nak suoh pakar matematik tu ulang balik topik2 algebra, index and linear equation kat aku pon ok gak an... nak menghilangkan boring punye pasal...

da la, da la... scroll down please...

"100 Truths. After you've filled this out, tag 15 people and have them do the same"
(nak ignore ni boleh?)

Last beverage → air oren f&n campur pati sarsi and beberapa titik minyak angin perisa serai. (no kidding) Last phone call → bonda, along dah beli jubah kuning tu...!!! love it so much... Last instant message → aku nak masuk tido dulu... jom la tido... (agak2 siapa beliau?) Last song you listened to → tum agar samne (konfirm hindustan) Last time you cried → folder bel 332 dalam pendrive hilang gara2 banyak hantu bernama trojen... (sememeh ocha ni)

HAVE YOU EVER:

Dated someone twice → nope even one Been cheated on → hardly or lightly...? dua2 pon penah... Kissed someone & regretted it → Ya Allah... sumpah x mau ingat... lips to lips u noe... when i was in standard one... (ala, budak2, euwww...) Lost someone special → sebab tu x mau jadikan sape2 special... coz i dont want to lose them...

IN THE PAST MONTH HAVE YOU:

Fallen out of love → not in the past month but since the past 2 years... (loyal habes ni..!) Laughed until you cried → over la tu sampai nak nangis2 pulak... Met someone who changed your life → haven't reach that level yet... one fine day maybe... Found out someone was talking about you → mulut orang x boleh nak tutup... tapi bila part find out one that talking bout me, erm... kandid reaction orang tu and frame pastu gantung kat bilik ok gak... Have you kissed anyone on your top friends? → kalo top friend tu husband i, tanpa ragu2 la i jawab YES...!!! kalo girl...??? in your dream la... How many people on your top friends do you know in real life? → not many... sorang dua maybe... How many kids do you want to have → 2 football team boleh...?? or netball ke... rugby pon jadilah... Do you have any pets → dulu ade ikan kaloi... slalu bagi makan nasi melukut dengan sayur keladi sambil nyanyi lagu ala2 crita bawang merah bawang putih... Do you want to change your name → bukan tukar... saje nak modified and bagi laen drp yang laen sket... (nama ocha tu komersial what) What time did you wake up today → 4.11 pm (series x tipu)... coz stay up sampai kol 5 pagi... What were you doing at midnight last night ? Mandi, texting and editting my speech... Name something you CANNOT wait for → nak khawin...!!! (dasar gatal punye budak) Last time you saw your father → when he waved me the moment i get into the transnasional bus last week... (malam merdeka aritu)

What's one thing you wish you could change → my past for sure...! Have you ever talked to a person named Tom → Tom Cruise...?? mesti la penah... baru jumpe time sembahyang terawikh tadi... (uish, da masuk islam ke beliau?) What's getting on your nerves right now → i'm missing someone... really...!!! What's your real name → ain nathasha binti omar... (sedap??? haa, tambah la lagi nasik tu, jangan malu2...) Zodiac sign → cancer... i ni budak ketam taw... sepit kang...! Elementary/primary School → institut pengajian tinggi tadika kemas, sek.keb.datuk abdullah (bukan ahmad badawi ye), sek men rendah agama gemencheh... High School → maahad ahmadi (laka hubbi wa fuadi...) Hair color → merah jambu... komersial x...?? Long or short → 250 kilometre per hour... amacam? dare to bet? Are you a health freak → so far, nope. Righty or lefty → kalo i kata dua2 pon boleh, u all caye x...??

FIRSTS:

First surgery→ x penah... tapi teringin gak nak rase... (chis, jumpe doktor gigi pon takut) First piercing → telinga la, takkan lidah pulak... adoyai... First best friend → bib (agak2 laki ke pompuan) First sport you joined → isi air dalam botol... hahai, malu akak nak ngaku, dik... First pet → wonderpet... sejak dia femes masuk tv tu, terus jadi kachang lupekan kulit... ape la diorang nih... First vacation → dalam rahim bonda saye... seronok sangat tempat tu... nak pegi lagi boleh...? First crush →banyak kali... but the hardest, for two years i'm hoping...

CURRENTLY :

Eating → cheezy chachos... Drinking → air sarsi oren perisa minyak serai tadi la... Waiting → for madam shafinah, for replying my message petang tadi...

YOUR FUTURE :

Want kids? → plural itu penting... x mau singular okeh... Want to get married? → itu sunah, mesti la... Careers in mind? → nak ajar kanak2 di china, jepun or korea, tatabahasa dan peribahasa bahasa melayu... even aku tataw bahasa diorang... ah, aku x kiree...

HAVE YOU EVER:

Kissed a stranger → awat dok gedik sangat tanye soalan kiss2 dari tadi niyh...?? aku kiss ko nak...?? Lost glasses/contacts → of course... but i dont bother try to find it... (ape jenis orang aku ni ntah) Ran away from home → kalo nak bonda jadi part time freaky lecturer, buat laa... Broken someone's heart → pernah... i'm a heart breaker... x taw ke...? Been arrested → walaupun saye x de lesen, tapi so far not yet... Turned someone down → x sampai hati la... with unintention penah kot... Cried when someone died → belum pernah lagi mengalami kesedihan melampau begitu... and hope i won't...

DO YOU BELIEVE IN:

Yourself → YES... as i noe myself very well... Miracles → mukjizat... god willing, of course la caye... Love at first sight → i have a different definition about love... first sight...? not me... Heaven → syurga dan neraka... of course i do believe it... Santa Claus → kalo aku betul2 nampak dia tunggang 7 ekor rusa kat udara tu... i'll think trice... Kiss on the first date → kalo first date tu jatuh pada malam pertama... SAYE SETUJU...!!! Angels → x payah pikir panjang... diorang tengah catit kat kiri kanan bahu kowrang tu skrang niyh...

ANSWER TRUTHFULLY :

Is there one person you want to be with right now? → not one... saye nak jumpe madam shafinah...!!! (to consult my speech), bonda (nak tunjuk jubah baru) and him... immediately..! Had more than one boyfriend/girlfriend at one time? → sorang pon x pandai nak jaga... Is this questionnaire a waste of time? → yup... but i'm not as bored as before... (yeay!)

who would like to answer this...? who wants to be a millionniare...?

1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15

millionnare...?? kalo betul2 buleh jadi, aku nak lagi skali la... (kan dah cakap, nak ignore mende niyh tadi...) malas ahh layan...

Friday, September 4, 2009

sAyE x LuPe, cUmE x dE mAsE jE...

Ari tu kawan baek saye tanye, x de post baru ke...?? saye jawab la x, coz memang x de ape yang nak di post... maybe, saye faham sesuatu... x tawu la samada ape yang saye faham itu same sperti ape yang beliau maksudkan atau tidak... tapi yang pasti, lambat macam mane pon, saye tetap akan post jugak ape 'yang saye paham' tu untuk dia...

HAPPY BIRTHDAY SHAYANG...
(this is belated post, not belated wish kan?)

here, a note to say:

knowing you is the best thing happen to me,
meeting u has been my greatest pleasure,
u make me feel happy,
u make me want to sing,
our friendship no one can measure,
and i guarantee it is for sure,
may Allah bless u,
may all your dream come true,
may you grow wiser too...


hehehe, sengaja nk wish awal sket,
coz bile umo bertambah,
jodoh pon makin dekat... kan? kan?


okeh, ni betui2 punya...
absalutely truth u noe...

p/s: ingat, angka umur kita dah sameeeee... yeay...!!!

Saturday, August 22, 2009

sELaMaT bEr "RaMaDhAn..."

hari ni jumaat, sya'aban 30... honey di melawati, eyz di alor staq... dan ocha...?? ocha sorang je kat bilik ni... tapi nasib baek b temankan ocha malam tadi... x lah bosan sangat coz ade kawan nak berborak... berborak pasal ape...?? pasal diorang pegi penang semalam... seronok depa suma naa... jeles akak... and b, what is your topic sentence malam tadi...?? (haa, ini yg kite x taw niyh...:P)

okeh, as stated above, ari ni da 30 sya'aban... meaning, besok dah satu ramadhan...!! (fuh, siap highlight lagi tu)... dah macam semangat satu malaysia pon ade jugak... bese la, x lame lagi nak sambut merdeka pulak... aish, x kisah la... yang penting bile ramadhan dah dekat ni, bermakna exam pon nak dekat... kuliah pon tinggal lebih kurang 3 minggu je... after that cuti raye, and naek je cuti, exam pon bermula... (waaa... mati la aku, mati laa..!!)

well, bercakap pasal ramadhan ni, tibe2 rase sedeh pulak... tambah2 lagi this is my first time sambut 1st ramadhan jauh dari bonda... even roomate pon x de... so, agak berat jugak hati ni nak terima... sumenya gara2 hambatan kerja yang menghambat diri ocha ni haa... nak buat debate script la, law presentation la, 2nd draft la, persuasive speech outline la... sila ingat, sume tu markah k ... ingat buleh blaja ke kalo balik...?? (erm, kdg2 buleh jugak)

cakap pasal persuasive speeh tadi, teringat pulak ocha pilih tajuk 'fasting; less is more'. untuk speech tu... rase2 cam buleh nak persuade orang dgn tajuk tu... tapi since speech tu di buat dalam bulan pose niyh, hmm... x yah persuade pon orang kene puase gak... so, x efective la speech ocha tu jadinya... macam nak merayu kat madam shafinah je untuk tukar tajuk lain... can or cannot madam...?? hentam sajalah labu... (x pe, nnt aku persuade kowrang puase 6 berturut2..haha)

Ok, back to ramadhan... pagi tadi bonda call, kejutkan ocha suruh bangun basuh baju, padahal waktu tu dah pukul 11.40... (ok, please jangan reject aku jadi calon isteri) dan jugak untuk mengingatkan ocha beli lauk malam nanti untuk sahur... tibe2 teringat malam ni ade crite nur kasih... so, setan pon menjalankan misi2nye yang terakhir sebelum start diikat besok... nak terawikh ke, nak tengok nur kasih...?? alahai setan ni... (blah la setan, blah la...)

kadang2 ocha terfikir, kenapa bila ramadhan je baru diri ni rase nak buat baek...?? ni gara2 sesi muhasabah malam tadi la ni... baru berazam nak qiamulail la, nak tahajud banyak2 la, nak khatam quran la ape sume... tapi kenapa kena tunggu ramadhan datang baru nak buat sume tu...?? kadang2 ocha geram dgn diri sendiri... makin hari macam dah makin jauh dgn kebiasaan waktu kat sekolah dulu... sampai satu tahap tu, rase malu sangat... x taw mane nak letak muke ni ha... Dan ntah ape angin yang datang, tibe2 rase nak pakai purdah pulak... nak jaga batas2 diri punye pasal kan... alang2 tu boleh jadikan sebagai mask untuk mengelakkan h1n1... tapi takut kontroversi pulak kat uitm ni nanti... sape nak jawab tu...?? (ocha, sila muhasabah diri anda lagi)

and another things is, 2nd ramadhan nnt, bestfriend ocha dah tambah satu angka kat umur dia... (haha, encik mudd, take note ok... kita sama2 dah tua..) takut x sempat or terlupa nak wish, so biarlah ocha put the opportunity for him kat blog niyh... since he's my bestfriend kan...

sanah hilwa ya jamil... shingri quai lee... selamat menikmati sisa2 terakhir belasan tahun dan happy befday my friend...!!!


(sila abaikan awan kecik tersebut ye encik)

Akhirul kalam... selamat berpuase ocha ucapkan kepada semua kawan2...

p/s: malam ni nanti jangan lupe niat... - to my 's' my 'b', ma-e, toki, ummi and the gang, kalo nak pegi tarawikh tu, seru2 la ocha ni haa... - oh ya, mudd pon same gak...hehe... - jage mata anda sume ye... - kawal nafsu, kawal nafsu... (ayat onie...) - pose penuh taw... (exception 4 girls) hehe... - banyak2 kan bersabar, berzikir, beribadat, bersedekah, beramal jariah dan sebagainye... - nak pegi bazaar ramadhan nanti ajak la... boleh pow pape yg patut.. hehe.. - okeh, tu jee... - selamat menjalani ibadah puasa... mudah-mudahan ibadah kita diterima oleh-Nya, insya-Allah...




Sunday, August 16, 2009

tEn SiMiLaRiTiEs... ChEcK iT OuT...

KALO KAWAN2 SAYE POST GAMBAR AND THEY TALK ABOUT THE MEANING OF THE PICTURE, FRIENDSHIP AND SO ON, TUJUAN SAYE POST GAMBAR KALI NI, COZ NAK BAGITAU KAT DEPA SUMA ADE SATU FAKTA "AJAIB TAPI BENAR" YANG BERLAKU DENGAN GAMBAR2 KELAS YANG KITAORANG AMBIK ARI TU... NAK TAU APE...?? PLEASE CHEK THIS OUT...

10 SIMILARITIES DETECTED BY OCHA...


1st: INI ROOMATE SAYE...
NAME DIA HANI AFIQAH...
CUMEL KAN DIA POSING...??

2nd: NI BAILEY... (KATA DIA ENSEM CEPAT)
DIA MERAJUK AKU X TAW...
HANI CUMEL KAN PAKAI TOPI WITCH TU...
(THE CUTEST WITCH...HEHE)


3rd: SETERUSNYE, NI HERSHAN...
SAME2 CUMEL...
HANI... ERM, X DE PAPE LA...

4th: NEXT, NI UKHTI SAYE... MAISARAH NAME DIA...
ERM... KAWAN2 ADE PERASAN SOMETHING X...??


5th: X PE LA, NI ACHIK SAYE... EZZY...
WITH HANI...
WITH THE SAME POSE...
DAH PERASAN DAH KAN...??



6th: THIS IS TOKI...
DUA2 PON DUA KALI LIME JE POSE...


7th: B, S & V...
HANI MASIH X BERUBAH2...
HANI, TUKAR POSE SEKARANG...!!!



8th: X MAU TUKAR...?? DEGIL EA...


9th: HANI... TUKAR POSE LA AKU CAKAP... PLEASE HANI... PLEASE...


10th: SAYE MERAYU NI....




11th: (xtra 1 gambar) ISH, X MAU JUGAK... BIAQ PI LANTAK HANG LA...

MALAS AKU NAK LAYAN. MALAM NI KO TIDO LUAR EA. AKU X KIRA. TAPI KALO SEJUK, KETUK PINTU AMBIK SELIMUT. PASTU TIDOQ LUAQ BALIK. OK. SOO, KAWAN2. TU JE YANG SAYE CUBE NAK SAMPAIKAN NIH. TO HANI: MISSION COMPLETED. KALO X PUAS HATI, KITE JUMPE KAT SEPANG... HAHA

Saturday, August 15, 2009

WaJiBuL mAnZiLiY daRi Ezzy...

kepada achikku ezzy,
arap anda terime jawapan saye nih dengan hati yang terbuke yer...

**********


*5 tempat membeli-belah yg wajib anda kunjungi*


-Scotland (Coz nenek angkat husband i punye kawan kat sane slalu balanje)
-Switzerland (Mak mertua kat sane suruh i temankan dia shopping)
-Disneyland (anak2 i suke pow mickey mouse kat sane)
-Negeri Sembiland (tempat faveret i... macam2 ada)
-White House..!! (obama yg ajak... salahkan dia, dia, dia.)

*5 benda yg wajib anda beli*

-Tv LCD/Home teatre (Husband i suke tgk ulat dlm batu. That's y la kena bagi besaq sket...  
-Ketuhar gelombang mikro elektronik supersonic ultra violet (Dah ade kat pasaran blom?) 
-Set barang kemas habib, reflessia, poh kong & wah chan (Tokeh kedai pon da muak tengok muke i) 
-Stok barangan dapur seumur idop. Kering dan basah. (Takut da kuarantin nanti x bley kuar rumah plak kan...) 
-Ferrari (Sebab dia kaler merah)

*5 benda yg wajib ade dalam beg anda*

-Ubat Nyamuk (Kat mahsuri banyak serangga niyh) 
-Sabun pencuci serba guna (selain basuh baju, pinggan atau rambut, i boleh basuh orang skali) 
-tongkat sakti + buku jampi (coz i x hafal jampi2 dia. maklum la, x grad lg mase kat hogward dulu) 
-Botol susu (untuk emergency anak2 i...) 
-Coki-coki (Haa, ini yang paling penting...)

*5 gaya pemakaian yang anda gemari sewaktu bersiar2 atau shopping*

-Pakaian kerabat diraja zaman Dinasti Ming (feveret my husband) 
-Retro 60-an. (Kebaye ketat ala2 saloma tu biase laa..) 
-Kostum superhero (In case kalo berlaku kekecohan di CS ke Tesco ke Village Mall ke...) 
-Pakaian pahlawan melayu melaka (Husband i prefer Hang Tuah. I prefer Tun Fatimah la kot) 
-How about batik mim? (Darling, u ade x? Kalo x de, i boleh pinjamkan dekat kawan2 i...)

*5 tempat yg anda gemari bersantai bersama pasangan/teman anda*

-Bumbung KLCC (Boleh nampak gunung kinabalu)
-Di tengah2 pulau terpencil (Privacy sket nak buat projek)
-Bersantai di masjid banyak pahala (Kan sayang?)
-Kat rumah mak mertua (Oh, sukenyeee)
-Atas katil... (Tido pon santai jugak...)

*5 topik yg anda gemari semasa bersama pasangan/teman anda*

-Macam mane nak cari vaksin untuk wabak h1n1 niyh...
-Cmne nak pastikan suami x cari perempuan laen...


-Macam mana nak masak ikan bilis berempah maggi adabi babas...


-How to overcome child labour (series-series)
-Cmne nak buat mak mertua sayang kat kitee...?? (wink2)


*5 orang yang anda nak tag*


-Datuk K dan isteri...


-Angelina Jolie Pitt...


-Amitabh Bachan dan anak-anaknye...


-Michael Jackson atau warisnye yang terdekat...


-Erm, Datuk Najib ade mase x...?? Pleeez datuk...



*DONE*
Sooo, acikku ezzy wanie, sile satisfied dgn jawapan yang saye berikan ini ye... sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

the history

Followers