Saturday, July 17, 2010

aLaHai aBaNg PoLiS


Percaya atau tak sebenarnya aku anti-polis. SANGAT anti itu tidaklah. Tapi lebih banyak tak suka daripada suka. Nak percaya atau tak itu kau punya pasal. Aku sendiri pon tak tahu kenapa tapi memang aku tak suka dengan polis Malaysia ni walaupun hakikatnya atok aku dulu polis, pak-pak sedara aku polis, kawan-kawan aku pon ada yang jadi polis. In fact, aku sendiri pernah bercita-cita nak jadi polis. Biasalah masa ambek law dulu bila rasa macam tak qualified nak jadi lawyer so polis memang tersenarai sebagai cabang cita-cita aku dah full stop.



Itu cerita pasal zaman muda-muda dululah. Actually aku di rumah hari ni. Pagi-pagi pergi market mak suruh beli cili kering, beli santan kelapa, abang santan kelapa siap mintak nombor telefon lagi tapi sorry la abang, handphone abang tu tash skrin tak? Kalau ada saya boleh bagi dah full stop lagi la ok.



Aku terus berjalan. Nampak seorang pakcik tua, atau lebih tepat aku kira seorang atok tua atok memang tualah weh, dia naik motor dan tak pasal-pasal ada sorang abang polis gagah perkasa ni tahan dia. Pukul sembilan pagi weh apa ke haram jadah polis tu buat road block dekat pasar? Sorang-sorang pulak tu. Paling-paling pon letak la kon dengan palang yang ada tulis “awas, pemeriksaan polis” ke hapa ke yang patut, kan. Barulah komersial nampak la hebat sikit sampai aku boleh cakap “waaaah, bagus gila polis ni pagi-pagi dah menjaga keamanan negara menjaga lalu lintas seorang diri pulak tu.”



Aku tengok muka atok tua tu macam dah cuak. Perlahan je motor dia bila polis tu tahan. Nak patah balik memang tak sempat la kan. So, nampak sangat atok tua tu bermuka confident menghulurkan tangan untuk berjabat mesra dengan abang polis gagah perkasa yang menjaga keamanan negara tadi. Tak tahu apa polis tu tanya tapi nampak macam serius. Kesian aku tengok atok tua tu weh. Atas alasan apa polis tu nak tahan dia aku pon tatau. Setakat nak pergi pasar beli sayur, beli lauk, beli roti canai nak bawak balik rumah sarapan, tak pasal-pasal je kena saman. Yela, kena saman la weh. Tak pakai topi keledar, tak ada lesen memang la kesalahan undang-undang jalan raya dah aku nak full stop lagi.



Abang polis tu pon satu. Kalau iye pon nak saman orang, saman la mat-mat rempit ke, budak-budak sekolah bawah umur ke, orang tua yang gagah perkasa ke, ini atok tua tu. Dah la tua, tak berdaya, nak bertegang urat pon tak mampu apatah lagi nak jerit-jerit kasi abang polis gerun sama dia. Kesudahannya, (aku rasalah), abang polis pon bagi alasan dia kesian dekat atok tua tu nak pergi pasar so dia pow sepuloh ringgit pon cukuplah. MUNGKIN. Mungkin itulah yang abang polis tu cakap sebab atok tua tu nampak macam hulur sesuatu tak pastilah apa aku bukannya nampak tapi rasa macam rasuah. Uiks? Takbaiklakauniochaitufitnahdowh.



Aku tak berani nak konfirm la. Tapi kalau itu bukan sesutu yang baik, itu pasti rasuah. Ooi cik abang polis ooi, tahu tak kau buat aku semakin anti polis? Itu rasuah la woi, RASUAH, RASUAH. Kau nak kembung perut ke makan harta atok tua tu? Atok tu dah tua-tua pon larat cari rezeki halal at least duit yang anak-anak dia bagi tiap-tiap bulan, kau tak malu ke tak sedar diri tu gagah perkasa tapi tak reti nak cari harta halal. Eh, kau sila jawab depan Tuhan di akhirat nanti...!



Cuba cari rasionalnya. SEORANG polis tahan seorang atok TUA. Depan pasar. Pukul SEMBILAN pagi. WITHOUT PROPER PROCEDURE. Road block hape tu weh...?


AKU RASA MACAM NAK KELUAR KERETA KASI FLYING KICK KAT POLIS TU. KURANG AJAR GILA ORANG TUA PON TAK ADA CONSIDERATION KE????? TAK ADA DUIT NAK BREAKFAST PERGI MINTAK SEDEKAH LA. TAK PAYAH NAK POW ORANG TUA. NO MANNERS PUNYA MAKHLUK.



p/s: No wonder la ayah tak kasi aku jadi polis dulu... Sekarang baru along faham ayah. Yo..!

Tuesday, July 13, 2010

ViVa eSPaNa...!


Siapa cakap aku tak bersengkang mata untuk FIFA Africa? Spain masuk final weih mana boleh kasi mata beradu. Kelas pukul tiga petang hari isnin jadi tak ada masalah la kalau terlajak tidur atau sengaja buat-buat terlajak tidur sampai tengah hari pon.


So, malam-malam kat rumah macam biasa sementara menunggu pukul 2 pagi, aku menceroboh dapur buat kasi cantik-cantik marble cheese brownies untuk cik Lily Hani tersayang. Nak tahu cantik tak cantik, nantilah upload kemudian. Ini cakap pasal Spain bukan kek ye...




ESPAÑA felicitaciones, especialmente a Iniesta.
Cogrates, congrates...!

Sayang sama Iniesta. Tapi I belum cukup cair untuk sokong Barcelona sebab Arsenal masih di hati. Tapi mana tahu suatu hari nanti pintu hati I terbuka. Aaah, mintak-mintaklah ye.


Eh, even satu goal pon sudah cukup kasi ocha berguling-guling seronok suke la weh...! Sayang sotong Paul jugak...! Siapa mau goreng u bagi tahu I tau, nanti I goreng dia dulu...huwahaha.

Tak sangka sangka-sangat. Biasa memang macam tu lah kan. Yang tak letak harapan tinggi itulah selalunya bagi kezutan. "Surprise-surprise." Bak kata Fabregas dekat I la... Konon macam dia main. Padahal Iniesta yang gantikan tempat dia. Tapi alangkah manis detik itu kalau dia yang jaringkan goal...! Huwahaha, geli ayat kau nih.


Eh, Mr.Fabregas, kau tak main final hari tu jangan nak berlagak sangatlah. Kasi sembuh cepat-cepat boleh la aku bersorak jerit 'GUNNER, GUNNER' depan ESPN pulak lepas ni...



Sorry dah tak boleh merepek panjang-panjang. Ada yang anti ESPANA tu kang tak pasal-pasal sabotaj belog nih. Ok, jangan marah-marah semua. Penyokong Jerman ke, Brazil ke, England ke, Natherland ke, kita semua satu Malaysia...! Diorang menang ke kalah ke, kita tak untung kita tak rugi. Saja nak join al-maklum la empat tahun sekali. Dulu masa kecik-kecik duduk asrama tak dapat tengok tv, kan, kan, kan...



P/S: Bila la Malaysia nak masuk world cup pulak nih...? Tapi kalau masuk pon macamlah aku sokong. Ok, laser sudaaa...

Monday, July 12, 2010

kENaPa aSyiK naK TuKaR BaCKgRoUnD Ni, GeDiK..?

Tak tahulah apasal hari-hari pon nak gedik tukar bekgraund itu tukar bekgraund ini.. Padahal dari dulu lagi dah tahu hati takkan suka yang lain. Mesti nak design yang sama jugak. Tengok bunga-bunga biru itu bertahan berapa lama? Dua hari saja lepas tu dia kembali kepada corak belang-belang seperti ini..



Lepas ni kalau nampak cik ocha tukar bekgraund belog lagi, memang wajib countdown berapa lama bekgraund itu bertahan. Percayalah, semua bekground pon tak komersial kalau tak bertahan lebih daripada tiga hari...


Chiou...


p/s: Online sambil bertugas. Aku dekat lab ni woih...!

FaY, aRiGaTo Naa...

Kepada ex-rumet yang tak pernah jumpa walaupon dah seminggu kuliah start,

Aku baca belog kau tadi. Sangat tersentuh weh. Mana kau dapat aku pon tak tau. Tapi mintak izin aku copy paste untuk share dengan semua orang yang baca belog aku ni ea. Aku tau followers kau lagi banyak tapi tak kisah la kita sama-sama sokong Spain, kan. (Ada kena mengena ke?)


KENAPA TAK ROGOL SAYA...???


Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Oh, dah jumpa sumber utama. Mudah-mudahan, anda mengambil iktibar dan pengajaran dan sebar-sebarkanlah kepada yang lain.



p/s: Tuhan, ampunkan aku dan segala dosa-dosaku.

Saturday, July 10, 2010

DaH dAPaT kOLeJ, FiNaLLy pErGi SuNwAy BeRTiGa...!

Eh, sekejap dah weekend. Perasaan di hati tak perlu nak ceritalah, of cos seronok, teruja, excited. Kau tak suka weekend aku pedulik hape weh? Oleh kerana aku sangat malas nak buat bedtime story hari ni. Kau pon bukannya rajin bace sangat kan? Jadi tapayah cakap banyaklah, kang habis kredit siapa mau top up?



Memang kalau perasan semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak ni memang aku sangat rajin meng’upload’ gambar. Biasalah, hobi baru. Tak hobi pon, kena buat jadi hobi jugak sebab dah kena paksa sampai 'orang tu' letak dekat wall mukabuku macam ni ‘UPLOAD CEPAT’ kalau tak upload Spain kalah... Huwahaha, jadi demi Spain yang tersayang, mission impossible pon jadi possible lah weh.



Sekarang boleh la kau cuci mata. Lagi-lagi bila gambar dah tak update kat facebook. Sebab biasalah stalker bersepah-sepah. Majlis Daerah pon tak larat nak kutip stalker yang bersepah-sepah tu. Itu pasal la semua gambar pon dipalang-palangkan. Dah pandai letak watermark sekarang. Biasalah kan dah majuuu.



Yosh, aku sukalah, kali ni JJCM memang cukup ahli, cukup forum perdana dan meggi cukup rasa, haa statement dah gile dah tu. Itu semua pasal aku gembira sangat sangat la weh, even destinasi Thai Thai yang dicadangkan dalam minit mesyuarat lepas tak di terima, tapi takpe. Hati tak kecik. Cuma menusuk ke kalbu siket la. Ye saya mengaku, part ni tak gembira.


Dan aku faham sangat la perangai masing-masing bila dah tak nak makan kat Thai Thai tu, jadi destinasi penggantinya memang susah nak decide la kan. Suruh lat tali lat tam plom masing-masing pon nak bantah cadangan bernas aku. Last-last semua buat muka konfident...


Konfidential. Konon-konon seriyus, tekun dan penuh komitment nak pilih tempat makan la ni. Bajet. Haa, carilah restoran mana kau nak. Carik, carik...!!!


Hampir sepuloh jam lapan belas saat berfikir nak makan dekat mana, akhirnya masing-masing pon bermuka pasrah bila I cakap "Weh, makan pizza sajalah." Tengok, senyum pon macam tak sudi.


Bila menu dah nampak macam ganjil, memang tak la pizza tu cap Pizza Hut Ni yang nak emo tibe-tibe ni, kan. Semua request aku asyik kena reject je. Dah la nak makan pizza fish and shrimp tak tercapai-capai. Nak makan Thai Thai pon tak dapat restu. Tapi sukelah, SUKA, SUKA..! Nak ambek gambar pon tak berapa nak segan tak macam Full Haus tu kan.






































Dan lokasi (kalau kau nak tahulah...)


Sebab tak capture mana-mana logo Papa John, jadi aku tunjuk ini sajalah. Kang tak percaya pulak. Sekali pekej dengan receipt tu weh. Nasib baiklah limapulohtigaringgit tujuhpulohsen. Ingatkan sepuloh ringgit tadi. Mujur sangat tak keluar makan dengan cik abang kat sini, kalau tak memang nak kena gelak la nampak nombor dua angka macam ni weh. Sebab cik abang I tak main dua angka dua angka ni. Paling-paling pon, ok dah, aku diam.


Lepas kenyang, baru afdhal nak mulakan aktiviti extreme. Kalau dulu main boling dengan geng Melati, buat flying fox dengan geng kembara, panjat twin tower sampai tingkat 20 dengan geng sorang-sorang, naik roller coaster dekat kosmo world pon sorang-sorang weh taklah dengan cik abang bila masa kau skodeng aku ni? Haa, ada kau nampak aku buat keje extreme meng’extreme’ ni dengan geng jalan-jalan carik makan aku? Ada? Ada? Ada?


Fine, sekarang kau akan nampak..


KAU AKAN NAMPAK WEH!






















































Okeh, riak muka tak perlu dijelaskan kenapa. Kalau siapa cakap main ice-skating for da first time adalah senang, itu pembohongan yang sangat besar. By the way, my dear B and S memang terbaik dari ladang. Bila teringat balik, (walaupun malu sebab banyak kali jatuh kat tengah-tengah orang ramai itu) sumpah buat aku gelak tak habis-habis.



Especially, bila first time pijak ais and masing-masing nak konker palang kat tepi tu. Then tak boleh bla bila Ajaa kena sound dengan abang yang keje kat situ suroh dia ikat tali kasut sampai atas =) Lagi tak boleh lupa time Ani menjerit-jerit tarik baju aku dan aku pon terjangkit jugak penyakit jerit-jerit dia tu. Semua rasa macam lawak gila bila tengok diri sendiri terkedek-kedek pegang tepi palang tu padahal orang lain selamberland macam angin berpusing-pusing rasa nak sumpah semua orang jadi bodoh skating macam aku pon ada jugak. Okeh itu melampau.



Lepas skating, sesi modelling la. Sebab masing-masing nak pujuk hati yang bengkek tak seronok dan enjoy sangat skating tadi, oleh itu terimalah, duta terbaru auntie annes...



Dengan kiwi banana dia tu. Teruja ye ani...?

Dah, dah. Lupakan skating. Nanti kita ungkit lagi cerita tu bila anak sulung aku dah masuk akademi luncur ais tu nanti. Sekarang aktiviti bershopping, mintak-mintaklah semua perasaan tensyen tadi hilang...




Okeh, obviously memang sangat hilang! (Sebab beg plastik dia yang paling besar, kan)


Jadi, kesimpulan hari ini, satu tamau skating lagi. (Mungkin nak kalau boyfriend ajak tapi dengan syarat boyfriend kena tahu skating laa). Dua bila dah dapat anak WAJIB hantar pergi kelas skating. Tiga, lepas ni jangan gelak kalau tengok orang taktau skating. Empat jangan ingat mat rempit taktau skating. Lima MAJULAH SKATING UNTUK NEGARA...!




p/s: Arigato muchas muchas to me amor B and S. Mungkin korang tak perasan, tapi deep inside my hati aku sangat HYPER HAPPY dan ENJOY hari itu. Thanks for those sweet and candy memories. Ni bukan nak bodek, tapi I really can't stop loving both of U...!

Friday, July 9, 2010

gOmEn Na...~

In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful. Forgive me Lord, cause being the worst among ur servants.


Encik Belog, kau tak payah la nak tanya kenapa intro aku macam tu. Perasaan ini sangat bercampur aduk sekarang.


Weh, teruk ke kalau aku menipu untuk kebaikan? Tau la tak ada istilah bohong sunat, makhruh, hapa kejadah sume tu. Tapi tak boleh la nak sentiasa jujur kalau akhirnya kejujuran tu membawa padah chewah ayat akuuuu.


Beginilah ye. Biarlah saya berterus terang sahaja. Entry sebelum sebelum sebelum sebelum ni memang nampak sangatlah macam I ni single mingle pringle and available sebab selalu hang out dengan kawan-kawan berjantina ‘ladies’ sahaja, kan? Tapi sebenarnya, dalam hati sudah lama terisi.


Ada jugak buat jjcm dengan cik abang si kumbang badak. Cuma malas mahu publish sahaja di sini dan di khalayak ramai. Kalau kau tak tahu prinsip aku, itulah dia. Mahu jadi se’low profile’ yang mungkin. Selagi belum konfirm dia jodoh aku, biar sahaja si kumbang badak berendam itu menjadi misteri.


Jadi kumbang-kumbang lain, sila jangan approach aku lagi. Atau cik abang si kumbang badak berendam sumbu itu akan melenting pada aku. Itu sahaja laporan saya hari ini, sekian terima kasih... kita kembali ke sri pentas.



Monday, July 5, 2010

OpENiNg Of 2nD sEmEsTeR

Seronok.. At last, the 3 of us ‘REUNION’ akhirnya... VSB macam biasalah lagi mau tanya ka...? Kesal, sebab tak ambik gambar bertiga waktu lunch semalam. Even teringat nak capture pon, tak tergamak nak keluarkan kemera sebab masing-masing tengah kebuluran, jadi saya ambil tender jadi kameraman amatur sajalah.




Kan dah kata masing-masing kebulur. Sorang pon tak nak fokus pandang kamera buruk I nih.


Ok, 1st day pergi kelas, nothing much. Setakat 1 kelas je apa nak cerita. Lainlah kalau kelas start pukul lapan sampai pukul enam tanpa henti itu memang nak mati post belog tiga hari tiga malam punye cerita pon takkan habis. Disebabkan fikiran masih sarat dengan YAMASHITA, TOMOHISA, YAMAPI, TOMAPI, TOMOPI, TOMO-KUN, (tak ada kena mengena dengan tomok ok) jadi that's why subjek-subjek macam Malay Cosmology, Constructive Analysis, Sociolinguistics dan sebagainya itu tak ada ruang nak masuk dalam kepala batu inilah, kau jangan tanya makhluk apa subjek itu semua aku belum buat ice-breaking dengan diorang lagi.


Daaaan..... tabiat bangun lambat pon masih lagi susah nak kikis. Apatah lagi kalau masih CUTI dari sebarang kewajipan rukun islam. Mujur, kesedaran masih bersisa, jadi bangun awal jugaklah.


Cerita pasal rumet? Waah, saya sangat berbangga, terharu, excited, gumbira macam nak lompat-lompat atas katil kerana dapat bersama si bunga Lily tercinta. Lepas ni bolehlah main sorong-sorong troli kat tesco beli barang dapur sama-sama macam sem 3 kat Kedah dulu. Lepas tu berebutlah nak offer kad tesco masing-masing sebab nak tambah point. Jangan tanya apa motifnya, saya masih menyiasat ni, ok.


Then every night lepas ni bolehlah bersiap sedia dengan request “Hani tolong pilihkan baju nak pakai besok.” Lepas tu bila nak makan, dah tau dah mana nak campak segala cili padi dalam pinggan saya ni. Tambah-tambah lagi bila puasa nak dekat, rasanya kena sediakan satu alarm ala-ala bom nuclear letak kat telinga supaya senang Cik Lily tu nak bangun sahur. Kalau tak, around pukul 9 pagi pon mulut dia dah berkicau “Tasha nak makan apa ek berbuka nanti?”


(Pssssst... Dia tinggalkan saya sorang-sorang dalam bilik ni. Bila dia balik nanti, siaplah!)


Ok, habis mengumpat pasal rumet. Lepas tu Cik Lavender tu, yang kalau rasa-rasa nak tolong I masak spaghetti ke, bubur ayam (segera) ke, bihun goreng (perencah segera) ke, cucur (Adabi segera) ke waktu berbuka bulan puasa nanti, pandai-pandai la turun ke bilik bawah tanah ini yer. Nak harapkan makcik Ocha yang dah tua kerepot ni menapak naik ke tingkat empat tu, mintak maap la bebanyak. Eh, dah, dah. Ni siapa yang start cerita pasal spaghetti, bihun hapa kejadah semua ni haaa?


Ok, mak cik mintak diri dulu. Sebelum tu, terimalah ucapan sepatah dua kata, sempena perasmian semester baru ini dari mak cik...


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...!!!

SERONOK DAPAT JUMPA AWAK SEMUA



(Gambar tak ada motif.)

Saja nak promote choco chip yang Cik Lavender buat nih. Mana tahu raya nanti boleh buat bisness. Huuu, kayalah makcik!

Sunday, July 4, 2010

CaLL mE mRs.YaMaPi

Kalau sebelum ini kau ingat aku sudah cukup obses dengan Yabuki Hayato. Kau belum tengok lagi tahap obses aku yang lebih dasyat dari itu. Entah macam mana boleh wujud manusia seperti itu di atas muka bumi ini akupontatau. Muka dah la tak hensem. Perangai macam serabai, selebet, selekeh, segala ‘se’ yang kau nak letak pon boley la. Apa punya taste aku ni, akupontafaham.





Semuanya bermula dengan NOBUTAWOPRODUCE. Kau jangan tanya itu cerita apalah, sebab aku malas nak buat story preview hari ni. Kau google sendiri ok. Tengok tajuk pon rasa tak ada kena-mengena kan jadi jangan cakap banyak. Aku tak mahu post gambar pakcik tua tak hensem serabai selebet selekeh dan sebagainya ini dengan terlalu banyak.



Sebab yang ini betul-betul punya wish mahu jadi HAKMILIKKEKALTUANBELOG. Tak macam YABUKI HAYATO. So, that’s why tamau kongsi dengan semua orang. (fahamilah perasaan aku ni weh.)













Tak sangka awal-awal sem dah gila macam ni. Semoga cepat sembuh, Mrs. Yamapi.




p/s: Ini obses tahap kritikal okeh. Tak percaya, tanya rumet dan bestmate i...

Saturday, July 3, 2010

HaMPiR DaPaT kOLeJ pOn PeGi SuNwAy PyRaMiD



Masuk kali ini sudah tiga kali I ulang alik pergi Shah Alam ok. Penat tak usah ceritalah. Waktu tulis entry ni pon entah berapa kali ‘backspace’ asyik salah tekan kekunci macamlah ada orang paksa kau tulis belog kan, like kalau tak siap dalam masa DUA PULOH TUJOH SAAT AKU BUNUH KAU. GILE APA? BUAT ASSIGNMENT PON AKU TAK SEKOMITED INI WEH!




Ehem, ehem, kepada Cik Ani yang sedang membaca, ENTRY NI KHAS UNTUK AWAK ok. LILY.




Kepada Encik Julai, your opening was awesome lah. I suke sangat. Dapat jumpe gossip girl saya dan keluar JJCM walaupun versi tak cukup hos. AGAIN. Ish, tasuke tasuke.




Posing pertama ajaa this season. SALUT!
& Location kali ni, we’ve decided




T.G.I Friday’s. Hapa kejadah entah. Aku malas nak cakap panjang pasal ni. BAN, BAN, BAN. Dah la mahal nak maut. Blackened Chicken Alfredo dengan air masam-masam which the name like ‘November Sea Breeze’ yang aku order, itu pon TIGAPULOHLIMARINGGIT ke? Belum kira spaghetti dengan lamonade Ajaa lagi. DASYAT, DASYAT. Saya ulang, restoran ni BAN, BAN, BAN. Duit abish, lemak tebal. Bagus-bagus. I LIKEEEE muchas, muchas...




















Ini muke hipokrit. Model sedang berpure-pure suke dengan santapan itu kau jangan percayalah ingat dia nikmat sangat ke makan? Ntah aku pon tak pasti sebenarnya tapi I didn’t like it.




Habis makan, melangkah keluar dari FRIDAY’S dengan sedikit bengkek, bengkak, bengkok, bengkuk ntah binatang apa bengkuk tu aku pon tatau. Dah la, aku nak pujuk hati pergi shioppin kejap.



Eksyen je nih. Kau ingat aku teruja sangat ke nak kardigan melekat-lekat nih?




Jangan lupa singgah toilet untuk tachap. (perlu ke cerita weh?)




Kemudian cuci-cuci mata tengok pasangan-pasangan kekasih berpegang tangan main ice-skating terkedek-kedek jalan lepas tu tergolek. Kitorang gelak-gelak jap. Lepas tu komen daripada juri pon keluar, “Boyfriend apa nih tak gantle langsung girlfriend jatuh pon tamau tolong.” Weh, apa boyfriend-boyfriend nih? Alergik lah.




Dan kemudian, ada sesi photo shoot. Part time model I, terimalah...












Macam magik seolah-olah kepala model ada pokok pulak. Eh, eh, tengoklah siapa kamerawoman.




Ini bukan model, harap maaf. Cuma nak promote trademark baru ntuk sem ni. Ocha Yamapi. Hipokrit not allowed. Aku dah tau kau bukan investor ‘trademark’ ni, KUCINGSALINAN...!!!


Dah penat bergambar. Duduk kejap. Gossip-gossip. Sambil menikmati Auntie Annes’s.
Sekali lagi bersama model kita.





dan akhir sekali,
Saya cadangkan kita JJCM dekat sini pulak next time. OK. Baiklah, cadangan ditutup. Chiou...~

the history

Followers