Thursday, July 29, 2010

UnTuK EnCiK bEnO MemOnaLeiZe AiMaN

Maafkan saya Encik Beno MemOnaLeiZe AiMaN aka Ben,

Kalau selama ni saya selalu sisihkan awak,
saya selalu ketepikan awak,
padahal awak la perkara terbaik
yang pernah muncul dalam hidup saya.
Saya tak dapat bayangkan
macam mana saya nak teruskan hidup ni tanpa awak.
Selama ni awak la yang selalu tolong saya.
Siapkan assignment saya,
teman saya tengok movie,
jadi orang tengah antara saya dengan kawan-kawan saya,
semuanya awak.

Maafkan saya encik Beno,

Kalau selama ini saya kasar dengan awak.
Saya buat awak macam tak ada perasaan.
Macam awak tak bernilai.
Padahal awaklah harta termahal yang saya ada.
Saya belum bersedia untuk cari pengganti awak.
Awak adalah yang terbaik bagi saya.
Terlalu banyak kenangan manis yang saya simpan dengan awak.
Dan saya mahu kenangan itu terus ada antara kita.

Maafkan saya Encik Ben,

Saya tahu saya selalu sakitkan awak.
Dua tahun sudah cukup lama untuk awak lepaskan
segala kesabaran awak dengan saya selama ni.
Tapi saya mohon, tolonglah jangan sekarang.
Janganlah luahkan kemarahan awak itu sekarang.
Saya janji saya takkan berkasar dengan awak lagi.
Janganlah tinggalkan saya plezz.
Saya tak mahu kehilangan awak.

Ben,

Kalau awak dah tak sayangkan saya lagi,
tak apalah.
Saya terima andai itu keputusan awak.
Mungkin,
sampai di sini saja jodoh kita.
Saya terima segala ketentuan.
Mungkin dari awal lagi
semuanya memang salah saya.

Tulah, sapa suruh tak jaga laptop elok-elok...



Beno, kalau kau nak talak aku pun, tunggu la sampai habis sem dulu. Kalau kau tak ada, macam mana aku nak buat kerja sekolah? Cikgu marah nanti...

Wednesday, July 28, 2010

iN tHe MiDdLe Of SyAaBaN

Dah sampai pun nisfu sya'aban. Bermakna lagi beberapa hari je nak puasa Ramadhan. Kepada sesiapa yang berpuasa hari ni, selamat berpuasa. Alhamdulillah, tahniah sebab anda sangat peka dengan kalender kuda tak macam saya langsung tak tahu hari ni nisfu sya'aban. Itu pun sebab before pergi kelas tadi rumet sempat buat muka konfident cakap ''Hari ni nisfu sya'aban la Tasha'' dan saya juga dengan konfident membalas ''Semalam la nisfu sya'aban, Hani.'' Lepas tu terus google kalender islam dan sekali kau...
July 2010
Rajab 1431 - Sha'ban 1431
SunMonTueWedThuFriSat




1
19
2
20
3
21
4
22
5
23
6
24
7
25
8
26
9
27
10
28
11
29
12
30
13
1
14
2
15
3
16
4
17
5
18
6
19
7
20
8
21
9
22
10
23
11
24
12
25
13
26
14
27
15
28
16
29
17
30
18
31
19







Haa, nampak nombor limabelas yang kaler oren tu...?
Itulah 15 Sya'aban 1431 bersamaan 27 Julai 2010.

Dan kepala otak terus rewind, "Ini Encik Mastermind punya pasal la ni. Bukan main lagi cakap dalam telefon malam tadi yang kawan-kawan dia puasa nisfu sya'aban. Haa, kan dah terpengaruh..."

Tak apalah, tak ada rezeki nak dapat pointer lebih dari Allah bulan ni. Walaupun malam nisfu sya'aban dah berakhir, walaupun malam nisfu sya'aban lagi setahun dari sekarang (Moga Tuhan panjangkan umur Ocha), walaupun malam nisfu sya'aban kepala aku rasa sangat berat, walaupun malam nisfu sya'aban aku deman gara-gara terkena hujan, walaupun aku tak puasa nisfu sya'aban hari ni...


Aku berdoa dan semoga Allah makbulkan doaku ini...


Ya Allah …
Yang Maha Pengurnia… tanpa dikuniai
Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau

Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan

Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu

Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku

Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ....sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan

Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir

Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara

Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya

Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani
Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya

Ameen...

Tuhanku, Ya Allah...
Aku mohon semoga Ayahanda dan Bonda dikurniakan kesihatan berpanjangan,
Semoga Angah pandai menjaga diri dan cemerlang dalam SPM tahun ini,
Semoga Adik menjadi anak yang soleh dan mencapai impiannya,
Semoga rezeki kami sekeluarga halal dan diberkati olehMu,
Semoga keluarga kami bertambah akrab dan bahagia...

Tuhanku ,Ya Allah...
Aku mohon semoga Hani dapat menempuh segala ujian dalam percintaannya,
Semoga Haajar bertemu jodoh dengan kosmet dia,
Semoga Ummu tidak mengalah dalam memburu cita-cita hidup,
Semoga Nurul berjaya sambung degree dalam bidang syariah,
Semoga VSB sentiasa bersama,
Semoga ukhuwah kami berpanjangan selama-lamanya...

Tuhanku, Ya Allah...
Aku mohon semoga Encik Mastermind sentiasa sihat dan kuat meneruskan double major dia,
Semoga Aizat, Ashraf, Ikhwan dan Syafiq menemui insan yang terbaik untuk mereka,
Semoga kawan-kawan sekelas sentiasa happening,
Semoga ilmu yang semua ustaz, ustazah dan cikgu di sekolah, juga pensyarah-pensyarah di sini berikan diberkati dan berkekalan dalam diri,
Semoga adik-adik Maahad Ahmadi sentiasa mendapat tarbiyah yang terbaik,
Semoga semuanya di pelihara Allah yang Maha Menjaga,
Semoga Allah memberkati semuanya...

Tuhanku, Ya Allah...
Aku mohon agar segala urusanku dipermudahkan,
Aku mahu menamatkan ijazah ini tanpa sebarang kesulitan,
Aku mahu meneruskan Master bersama kawan-kawanku,
Aku mahu membahagiakan Bonda dan Ayahanda,
Aku mahu bertemu jodoh dengan jejaka yang soleh tapi gila-gila macam aku,
Aku mahu menjadi graduan yang tidak menganggur,
Aku mahu menjadi anak yang solehah,
Aku mahu menjadi kakak yang terbaik untuk angah dan adik,
Aku mahu menjadi sahabat yang sejati untuk Hani, Haajar, Ummu dan Nurul,
Aku mahu menjadi isteri yang taat dan solehah untuk suamiku,
Aku mahu jadi mama kepada sepasang kembar,
Aku mahu berjaya di dunia dan akhirat,
Aku mahu menjadi hambaMu yang taat Ya Allah...

Tuhanku, Ya Allah...
Aku tahu aku tidak layak meminta semua ini daripadaMu,
Aku hamba yang lemah,
Aku hamba yang serba kekurangan,
Aku hamba yang tak punya apa-apa
Melainkan Kau pinjamkan kepadaku,

Tuhanku, Ya Allah,
Bantulah aku menghadapi hidup ini dengan sabar,
Bantulah aku mengharungi segala ujian ini dengan tabah,
Hanya engkau yang berkuasa ke atasku,
Hanya engkau yang berhak memberi rezeki kepadaku,
Makbulkan sagala impianku Ya Allah,
Tunaikan segala harapanku Ya Robb,
Ameen, ameen, ya rabbal alamin...

Tuesday, July 27, 2010

aFiLiAsI kUmBaNg vs bUnGa


Psst.. pertama kali aku nak puji lecturer dalam belog ni. Madam Noriza namanya. Berikan tepukan gemuruh semua...


Wuhuu, sebab dia sangat best okeh. Tapi jangan tanya kenapa aku cakap best. Aku pon taktau sebenarnya. Mungkin sebab dia suka bagi lecture sambil pot pet-pot pet dengan sangat lawak plus banyak bagi tips-tips kebahagiaan rumah tangga, weh, first time aku salin semua cerita merepek-repek lecturer dalam note book aku okeh. Itu pun sebab aku rasa cerita merepek itu juga adalah silibus untuk aku. Macam aku cakap merepek-repek dalam belog suka cerita meleret-leret tapi ‘meleret’ dia tu versi lecture la. Ada input dan bermanfaat tak macam aku tak ada input dan tak bermanfaat. Kau tak boleh dengar pot-pet dia kan, so aku cerita di sini sajalah.






Teringat hari tu Madam Noriza cerita pasal kumbang dan bunga. Bunga si perempuan, kumbang of course lelaki la. Jangan kata tak ada kena-mengena dengan subjek. Adaaa... Terus terang la ye, sebelum ni aku tak sedar afiliasi kumbang dengan bunga ni sangat dekat dalam hidup kita. Yang aku faham perempuan tu bunga sebab bunga tu cantik, menarik tertarik kau memang da bomb dan kumbang pulak memang semulajadi sifatnya suka dekat bunga so setakat itu sahajalah akal fikiran aku ni. Cetek, bukan?



Tapi Madam Noriza bagi description dengan lebih detail lagi. Nak tahu? Ok baca.



Bunga itu cantik. Perempuan pun cantik. Walaupun ada yang tak cantik, tapi kebanyakannya memang cantik. Ada yang besar, ada yang kecil. Ada yang harum ada yang busuk. Ada yang boleh dipegang, ada yang tak boleh dipegang. Ada yang segar, ada yang layu. Ada bunga asli, ada bunga tiruan. Perempuan pun macam tu.



Ada yang cantik, ada yang huduh. Ada yang berisi ada yang ramping menawan. Ada yang dara ada yang tidak, eh betul la weh. dah tak suci layu la. Ada yang susah nak tackle ada yang senang nak bawak ke hulu ke hilir. Ada yang single ada yang not available. Ada yang yang melayu asli ada yang mat saleh celup rambut karat-karat semua benda pun nak fake. Plastic surgery sana, botox sini. Haa, dah nampak persamaan, kan?







Kalau kumbang pulak, memang dominan dengan lelaki sebab kumbang obviously haiwan yang paling suka duduk dekat bunga. Ada kau nampak lalat suka dekat bunga? Nyamuk? Belalang? Mentadak? Mentadu? Mentimun? Memang taklah mentimun tu hidup kat laut weh. Orang suka petik bunga simpan dalam rumah buat hiasan. Tapi mana ada orang suka simpan kumbang. Nak buat hiasan apa dah la tak cantik tak harum. Macam manusia la. Lelaki memang suka semua perempuan. Kalau boleh nak simpan semua buat stok bini. Ada kau dengar perempuan simpan lelaki?



Lagi kau pon tahu kumbang memang suka hisap madu bunga. Samalah macam lelaki suka rosakkan perempuan. Taklah semua suka buat macam tu. Mana yang spesis kumbang tak bermoral tu, memang laa. Ada kau dengar Aminah rogol Ali? Ada? Ada? Sumpah Aminah itu memang ganas! Dan ada kumbang yang berbisa, ada yang jinak, ada yang beracun ada yang tak, tapi mostly memang tak menariklah kalau nak dibandingkan dengan bunga, kan.



Jadi, itu contoh sajalah. Nak describe asal usul dari mana orang tua dulu-dulu dapat idea dapat ilham cipta beribu-ribu simpulan bahasa, peribahasa, pepatah, perumpamaan, bidalan, bla, bla, bla semua tu. Sebab semuanya berkait rapat dengan manusia cuma dalam deskriptif yang lebih lembut dan berlapik kata saja. Padahal sama. Biasalah orang melayu memang bersopan santun kan?



Jadi motif entri kali ini? Entah.



Ocha...... bab merepek merapu ni dia memang suka. Lagi-lagi bila kelas Madam Noriza batal hari ni, sebab tu la tiba-tiba teringat lecturer kesayangan. Fine. Masa dah tamat. Baca buku laras undang-undang sekarang Ocha!




p/s: Kau memang kumbang durjana!

Sunday, July 25, 2010

eNtRi JiWaNg


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.



Tapi masalahnya seorang umat manusia pon aku tak pernah jumpa. Memang taklah aku nak tahu betul atau salah tu. Weeeehh...

Friday, July 23, 2010

eNtRy EmOsi


Miss Diary,

Ya, memang aku sedang emosi.

Sebab Miss Diary tak tahu apa yang aku mahu.

Sebab Miss Diary tak tahu apa yang aku harap.

Sebab Miss Diary memang tak tahu apa-apa...


Miss Diary,

Aku tak mahu dia teruskan hari-hari mendatang dengan perasaan itu.

Aku tak mahu lihat riak wajah dia setiap kali dia sendirian.

Aku tak mahu tinggalkan dia keseorangan.

Aku mahu lihat senyum dan gelak ketawa dia.

Sebab aku mahu itu sahaja...


Miss Diary,

Tahukah kau, sakit dia sakitlah aku,

Pedih hatinya pedihlah hati aku.

Menangis dia, menangis juga aku.

Sebab kau harus tahu

Dia, sebahagian daripada aku...


Miss Diary,

Sampaikan pesan pada Tuhanku yang Maha Mendengar,

Moga Tuhanku tabahkan hatinya,

Moga Tuhanku kuatkan jiwanya,

Moga Tuhanku tenangkan perasaannya,

Sebab aku tidak mampu melakukan semua itu untuknya...


Miss Diary,

Sampaikan lagi pesanku pada Tuhan,

Supaya tunjukkan dia pilihan yang benar,

Jalan yang terbaik untuk dilaluinya,

Insan yang benar-benar layak untuk bersamanya,

Sebab aku tak layak menentukan keputusannya...


TUHAN, janganlah Kau berikan ujian yang tidak mampu dipikul olehnya. Andai beban itu mampu Kau alihkan, aku pohon, alihkanlah ia dibahuku...


p/s: jangan cakap macam ni sayang...

Thursday, July 22, 2010

ShOoTiNg JJCM HaRi JaDi vs MoDeL iKLaN kOmErSiaL ...~


Aku tak tahulah kenapa nak intro dengan gambar ni...


Kalau gambar ni ke...


Atau gambar ni ke...


Komersial la sikit...


Tengok. Gambar ni lagi...


Gambar aku mana weh...?








Ok. Dah nampak gambar tuan tanah kedaun tadi. Jadi sekarang boleh cerita panjang-panjang sikit. Hari tu al-kisahnya gossip girl macam biasalah pergi shooting jjcm kaworang macam la tak kenal kan. Kalau hari tu pergi Papa John kali ni pergi Jhonny Restaurant pulak sempena menyambut Birthday Girl entah siapa korang jangan tanyalah. Tapi apasal semua Jhonny John jeni aku tak paham la. Jhonny Depp tak bukak restoran ke weh?


Fine, gambar memang tak ada kohesi dan koherensi. Jadi I nak rewind balik. Kalau u allz sangat rajin, silalah baca sambil roll gambar-gambar di atas tadi. Kalau rajin sikit baca sajalah tak payah roll gambar. Tapi kalau tak rajin, itu korang punya pasal la aku malas nak layan.


First tadi gambar Cik Lily dan Cik Lavender posing dengan ice-lemon tee masing-masing harga dia RM5.90 korang jangan lupa time two. Second one, Mixd Suki yang Cik Kenanga order harga dia RM5.95. Gambar ketiga dan keempat, set B steamboat + kuah tomyam harga RM29.90 + RM10. Gambar kelima pulak, Thai BBQ Chicken and Thai BBQ Beef Noodles harga setiap satu RM5.95. Maknanya darab dua lagi la weh. Lepas tu gambar float strawberry walaupun ada float chocolate kat sebelah tu tapi sebab dah habis so tak mahulah capture sebab dah licin rupa pon dah tak komersial tapi yang penting harga dia RM2.30 satu gelas yang ni pun kau kali la dengan dua lepas tu tambah lagi lamapulohsen caj untuk plain water. Gila mahal kan! Anak orang kaya ke kau ni woih...


So no wonder la total kau boleh dapat sampai RM70.55 sekali dengan service charge RM7.05 and government tax RM3.53 dan sekarang haaaaaa...... macam mana tak tercekik tengok harga RM81.15. Dah, aku pon tak tahu kenapa post JJCM ini sangat detail. Tapi lantak lah. Nak taknak korang kena layan juga. Ini belog suka-suka hati, jadi suka-suka hati akulah haih...!

Krew jalan-jalan-cari-makan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jhonny Restaurants kerana membenarkan kami membuat shooting di sini dengan harga yang SUNGGUH BERPATUTAN!


JUMPA LAGI MINGGU DEPAN...!!!
(ITU PON KALAU RASA NAK JUMPA LAA)



BICYCLE... BYE BYE CYCLE...!


YO, bersama model-model terkini, terimalah iklan komersial yang akan disiarkan selama limapulohempatsaat dari sekarang...

On your mark, get set...

GOOO...!!!

Model Iklan Veet


Model iklan Madu Lebah cap Jepon



Model iklan cheesedale, planta, mentega, keju dan sewaktu dengannya



Model iklan Yoghurt Dutch Lady



Model iklan solivite + vitagen.



Model iklan solivite, vitagen, tropicana twister dengan yoghurt dutch lady sekali lagi.
Maaf, ini iklan ulangan.



Model iklan nugget ayam


Model iklan cookies.


EEEHH... SEMUA TENDER IKLAN PON KAU NAK AMBEK. Haa, hambek, hambek, hambek...!!!


Ok, dah. Jangan bagi semua orang annoying lagi. Cukup setakat ini sahaja. Titik. Apa korang tak tahu ke meng'update' belog ini satu kerja yang penat! Birthday girl punya post birthday girl yang kena update ke?



Sumpah gambar Haajar paling dominan dalam entry ni.
So, apa lagi hani, jom buat mata slek dekat dia sekarang...!




p/s: Dears, thank you for celebrating my birthday... Korang memang terbaik dari ladang even setiap kali naik cab pon memang aku stok partner pakcik driver teksi. Fine!

Wednesday, July 21, 2010

Apa GoSsiP GiRL bUaT LaSt FriDaY...?

Every week memang tak sah kalau tak balik. Biasalah dulu masa duduk Kedah limaenamtujuhlapan jam baru sampai rumah, kalau nak balik pon kena fikir duatigaempatlima kali berbaloi ke tidak kalau cuti pendek-pendek tu buat apa kan? Tapi sekarang balik rumah berapa jam je. Paling-paling pon dua tiga jam dah tercangak tercatuk terkebil-kebil depan pintu rumah macam tak percaya je kau boleh sampai rumah dengan begitu cepat.


Psssst... Sebab tulah mulut mak potpet-potpet asal weekend je balik, asal balik je weekend.


Ya, memang tak ada kena mengena dengan tajuk entry. Langsung tak ada. Cuma terkenang hari jumaat lepas. Bila si gossip girl tak ada kerja. Time orang dengar khutbah jumaat, cuba tengok apa diorang buat dekat kawasan blok melati bawah ni...









Inilah kerja mereka. Buat aksi lapanbelas sssxxx berani-berani je terjun masuk longkang tu semata-mata nak ambik perfume. Weh... komersial la tu masuk longkang semata-mata nak ambik perfume. The body shop punya brand takkan nak relakan masuk ke logi pembuangan begitu saja?


Dah tu Hani, cepat keluar, kontroversi nanti kalau orang nampak...





Ok, yang ini tak tahu nak caption apa. Saja ambik tender photographer tak bergaji.


Dah balik dah mak cik aksi berani tadi. Lepas cuci mencuci botol perfume tu terus buat aksi tak senonoh macam ni. Mujurlah Haajar maintain buat aksi gadis melayu walaupun duduk tak bersimpuh.


Dah, sebab semua orang tak bercita-cita nak jadi photographer macam aku, jadi sekarang dah pandai cari alternatif buat self-timer kat telefon. Maknanya semua orang pon boleh enter-frame. Even aku tak enter-frame dari episod awal tadi. Takpe lah korang, lepas ni dendam akan terbalas. Kalau ada gambar korang lagi lepas ni, mungkin itu atas dasar kasihan. PERCAYALAH!


MUAHAHAHAHAHAHAHA
(Tibe-tibe nak jadi kejam sikit)


Monday, July 19, 2010

OcHa, HaPpY biRtHdaY...!

Actually, feel a bit strange to post my own birthday's entry since tak ada siapa nak wish ' HAPPY BIRTHDAY OCHA' dekat siapa-siapa punya belog. Yo, ada kau nampak? Kalau ada bagitahu la boleh aku nak start taching kalau jumpa makhluk yang sudi wish birthday aku begitu.


Dah dah, korang pon mesti mula rasa annoying aku letak entry ni kan like, "Eh, tak de kerja ke kau ni ocha wish birthday sendiri dekat belog sendiri hah?"


Tak, aku cuma nak bagi kau annoying satu benda je. Hadiah paling comel aku dapat. Surprise from Mrs.Ezwar, Cik Honey Lily yang bakal jadi besan aku empatpulohtahunadarisekarang. Yosh!



Mesti para penonton di rumah dan di studio rasa dengki iri hati cemburu dan jeles tengok tart keju yang cumel-cumel ini kan? Eh, air liur tu cover sikit. Orang sebelah nampak kang buat malu je.



Jangan main-main tart ni sekali pekej dengan pak guard sekali okeh. Itu si oren blossom power puff girl yang kat tepi tu dah kasi warning 'apa pandang-pandang? kalau nak mintak la. dua singgit. itupon kalau tuan tart nak jual'





Tapi belum sempat jual kedai dah tutup. Jadi telan air liur sajalah semua okeh! Haah, aku memang kejam kedekut dan tamak haloba bab ini.



Jadi, macam biasa mummy di rumah memang selalu jadi orang terawal wish birthday... Di ikuti dengan gossip girls tersayang Cik Honey Lily dan Cik Haajar Lavender. Dan orang yang seterus-seterusnya tak perlu di senaraipendekkanlah ye. Kang lagi annoying pulak nak baca.


and lastly. the old lady which is still feeling like "Owh, i'm still young" padahal tahun depan dah layak mengundi...


akhir kata, undilah calon MPP untuk fakulti anda.
EEaaaaHHHHhhhh......?????
(buat gaya stail nakatsu dangan ashiya mizuki dalam hana kimi)


SEKIAN TERIMA KASIH KITA KEMBALI KE PENTAS UTAMA




p/s: Angka dua di depan. Scary weh...~

Sunday, July 18, 2010

MaCam MaNa NaK LuPaKaN DiA...?



Mengenangkan seorang kawan yang beriya-iya mintak petunjuk, petua dan khidmat perunding nasihat dari cik ocha ni, cik ocha pon tak sampai hati pulak untuk buat tak tahu. Buat dono buat derk apatah lagi. Cubalah bayangkan kalau kau mintak tolong kat orang tapi orang buat tak layan je apa perasaan weh? Taching kan?


Baiklah, ini aku kopipes saja dari belog seorang hamba Allah ni. Beliau ambik dari mana pon tatau la katanya ini adalah motivasi daripada Dr. HM Tuah Iskandar. Aku malas mau edit dan olah dan sebagainya, jadi kopi sajalah sebijik sebijan. Haa, kau yang rasa-rasa terasa dengan title post aku ni ape lagi bacalah weh...!


Tip melupakan seseorang yang istimewa

(Bersama: Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj)



YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN ORANG ITU TIDAK BOLEH DILUPAKAN. DIA SENTIASA DITEMUI; DI TENGAH JALAN, DI DALAM BAS, KETIKA SAMA-SAMA MENUNGGU ANAK DI SEKOLAH, DI PASAR RAYA, DI PASAR MALAM, DI PEJABAT, DI DEWAN KULIAH MALAH DI MANA-MANA SAJA. LEBIH SEKSA KALAU ADA KENANGAN-KENANGAN TERTENTU BERSAMANYA. SETIAP KALI CUBA MELUPAKANNYA, SEMAKIN RINDU PULA JADINYA.


Begitulah hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu melupakannya.




Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu mengelak. Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhan untuk melupakannya juga tidak kesampaian. Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan.


Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.

“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.”

Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.

Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.


Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.

- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.


- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.


- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.


- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.


- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.


- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.


- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.


- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.


- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.


- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.


disebabkan saye kopipes, jadi inilah pokok kopinye yer.. sila kelik jangan tak kelik.

Sekadar gambar hiasan. Ini iklan tak berbayar. Terima kasih.

p/s: Yo, rilek la weh... Aku pon pernah rasa macam tu jugak. Bunga bukan sekuntum...

the history

Followers