Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah saw
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, abang2 kakak2, anda sihatkah?
Kalau sihat, jangan lupa...
Kalau sakit pun cakap alhamdulillah jugak sebab itu tandanya Allah mengingati kita dan menyayangi kita.
Aku lupa nak cakap dalam entry
aku yang sebelum ni. Kawan-kawan, please jangan jadi macam aku. Aku bukan kawan
yang baik. Aku memang tak layak dapat gelaran ‘bestfriend’ dari sesiapa pun
because I am really not. Seriously. Kalau nak cakap this-is-the-end-of-our-friendship
dekat aku, boleh dipersilakan. I deserve that.
Tapi itu saja. Aku bukan nak
cakap pasal kawan lagi hari ni. Tengok tajuk, aku sure mesti ada antara korang yang dok pikir aku
nak cakap pasal hawa nafsu, nafsu seks, nafsu nak berlaki dan sewaktu-sewaktu
dengannya ye dok? Memang itu namanya nafsu tapi nafsu itu bukan semata-mata ‘itu’
(malas nak ulang banyak kali), tetapi lebih kepada perasaan dalam diri kita
yang selalu buatkan kita rasa aman bahagia suka seronok gembira happy habes
semua sinonim perkataan aku sebut padahal maksud sama je.
Siapa kata tak ada hadith tentang nafsu? Sabda Baginda Rasulullah, jihad melawan nafsu itu lebih besar daripada jihad di medan
peperangan. See? Nak katakan betapa besarnya pengaruh nafsu tu dalam kehidupan
manusia sampaikan kau peranglah sekuat mana pun dekat medan perang, tapi kalau
kau tak berjaya berperang dengan nafsu kau sendiri, kau bukanlah orang yang hebat.
Jadi, marilah kita...
Jadi, marilah kita...
Aku tak sure aku dengar atau baca
dekat mana, tapi seseorang ada menyebut (rasanya imam muda ashraf kot).
Katanya, kita ni ibarat dalam satu kapal yang sedang berlayar menuju ke suatu
tempat bernama Akhirat. Dan kapal itu sekarang sedang singgah di sebuah pulau
bernama Dunia. Nakhoda kapal kita pesan pergilah cari apa-apa bekalan yang
patut sebagai keperluan kita bila dah sampai Akhirat nanti. Maknanya, pulau
yang bernama Dunia ini bukan destinasi kita. Jadi bagaimana kita boleh rasa
senang dan seronok sedangkan orang lain bertungkus-lumus cari stok nak bawa pi
Akhirat. Analogi sahaja. Harap hangpa paham noh?
So berbalik kepada nafsu tadi.
Kalau nak cerita aku punya sejarah nafsu serakah (saja bagi ayat gempak padahal
tak refer kamus dewan pun apa makna serakah), ok kalau nak cerita aku punya
nafsu ni, paling simple, SHOPPING! Tanyalah orang perempuan mana pun, weh kalau
jumpa yang bukan kaki shopping tu aku salute habes lah. Memang stock idaman
lelaki. Kewangan rumah tangga di masa hadapan konfirm terjamin tapi masalahnya
percentage dia tu berapa?
Kita ambik ibadah pulak. Katalah
kan kita dah niat nak qiamulail ni lepas tu kita pun set alaram. Lepas alarm tu
dah bunyi, kita pun dok tersengguk-sengguk kat hujung katil lagi muhasabah
(saja bagi ayat sedap lagi padahal termenung je pun), fikir nak qiam ke nak
tido. Mata memang berat gila ni. Rasa macam sekontena setan dok bertenggek.
Pandang katil luaih (luas) macam padang bola, empuk siap gummy bear lagi. So di
pagi-pagi hening begitu agak-agaknya berapa ramai yang berjaya bangun pergi
bilik air ambil wudhuk and perform their qiamullail? Nafsu jugak tu.
Contoh lain lagi? Marah-marah
time traffic jam dah memang duduk Shah Alam bandaq besaq nak buat camana sabaq
saja la tak mau jam pi caghi keja kat lereng bukit sawah padi bendang suma nun.
Nafsu nak pandang lelaki. Aigoo, comey gilos hero cerita korea ni aaaw cool
dowh dia perform on stage MasyaAllah dia bukak baju pulak pergh abs dia tak
boleh tahan (berdarah hidung). Memang tak boleh tahan tengok aurat orang sebut
MasyaAllah pulak tu. Eh eh, macam kena kat batang hidung kan? Kena kat batang
hidung aku jugak. Sekian.
Perempuan. Biasalah. Kita ada
berapa nafsu dik? Sembilan nafsu dan satu akal. Ye pandai. Tapi bukanlah semua
nafsu itu jahat. Nafsu pun ada tingkat-tingkat dia. Daripada seteruk-teruk
syaitonirrojim sampailah ke tahap para Nabi dan Rasul yang serba sempurna
subhanallah.
Jadi cara aku senang je. Sebaik-baik cara nak kawal nafsu, PUASA. Ye. Satu alternatif
terbaik untuk mengekang nafsu chewah mengekang ayat aku. Nabi pun ada cakap pasal ni remember? Ok, kalau nak cara lain, rajinkan diri beribadah dan jangan tangguh-tangguh. Bertangguh tu nafsu la tu. Nak
tips elak bertangguh? Refer entry aku yang sebelum-sebelum ni yang pasal macam
mana nak berubah tu. Kalau tak boleh jugak, berdoa banyak-banyak kat Allah
mintak dibersihkan hati.
Ada la tu something wrong somewhere. Pi hantaq
workshop, service balik noh. (macam hati aku dah cukup service sangat). Tapi
insyaAllah dalam proses lagi. Tengah dok repair la ni. Sebab tu aku post entry
lagu ni. Cakap pun suma nak slang utara pengaruh Imam Muda Asyraf dengan Ustaz
Don sunnguh. Lain kali aku cakap Nismilan (negeri sembilan) ala-ala Imam Muda Fattah pulak. InsyaAllah kalau
berkesempatan.
So in conslusion. Tak ada jalan shortcut
nak lawan nafsu ni. Aku cuma berkongsi tips. Bukanlah bermakna aku dah terer
sangat nak lawan nafsu aku sendiri. Kita amalkanlah bersama-sama. Ambil yang
baik-baik. Mudah-mudahan kita bawak bekal yang cukup untuk ke destinasi kita
nanti. InsyaAllah. (muka serius macam budak comey kat bawah ni ^_^)
Sekian, wabillahi taufiq
walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ^_^
4 comments:
Salam alaik. Apa khabar? Salam ziarah dri Lautan Rabbani. Teruskan bertinta. Moga Allah kasih.
Pelaut Rabbani. :)
Wassalamullahi alaik.. alhdulillah, khabar baik dar malaysia.. syukran. insyaAllah doakan sntiasa di bawah kasih sayangNya ^_^
nafsu aku paling kuat adalah dendam. once aku dah berdendam dengan orang tu, sampai bila aku takkan maafkan dia.. nafsu aku yg paling susah aku nak lawan.. huhu
haish jgn begitulah syg.. tu semua syaiton tu, harus fight dgn sabar.. kalau x lagi setan2 tu seronok tgk kita x dpt kwal marah.. tautautau ^_^
Post a Comment