Tuesday, May 29, 2012

KaTaKaN TiDaK kEpaDa NaFsU DaN sYaiToNniRrOjiM - ThE DEcLaRaTiOn Of WaR


Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah saw
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, abang2 kakak2, anda sihatkah?



Kalau sihat, jangan lupa...



Kalau sakit pun cakap alhamdulillah jugak sebab itu tandanya Allah mengingati kita dan menyayangi kita.




Aku lupa nak cakap dalam entry aku yang sebelum ni. Kawan-kawan, please jangan jadi macam aku. Aku bukan kawan yang baik. Aku memang tak layak dapat gelaran ‘bestfriend’ dari sesiapa pun because I am really not. Seriously. Kalau nak cakap this-is-the-end-of-our-friendship dekat aku, boleh dipersilakan. I deserve that.




Tapi itu saja. Aku bukan nak cakap pasal kawan lagi hari ni. Tengok tajuk, aku sure mesti ada antara korang yang dok pikir aku nak cakap pasal hawa nafsu, nafsu seks, nafsu nak berlaki dan sewaktu-sewaktu dengannya ye dok? Memang itu namanya nafsu tapi nafsu itu bukan semata-mata ‘itu’ (malas nak ulang banyak kali), tetapi lebih kepada perasaan dalam diri kita yang selalu buatkan kita rasa aman bahagia suka seronok gembira happy habes semua sinonim perkataan aku sebut padahal maksud sama je.




Siapa kata tak ada hadith tentang nafsu? Sabda Baginda Rasulullah, jihad melawan nafsu itu lebih besar daripada jihad di medan peperangan. See? Nak katakan betapa besarnya pengaruh nafsu tu dalam kehidupan manusia sampaikan kau peranglah sekuat mana pun dekat medan perang, tapi kalau kau tak berjaya berperang dengan nafsu kau sendiri, kau bukanlah orang yang hebat.



Jadi, marilah kita...






Aku tak sure aku dengar atau baca dekat mana, tapi seseorang ada menyebut (rasanya imam muda ashraf kot). Katanya, kita ni ibarat dalam satu kapal yang sedang berlayar menuju ke suatu tempat bernama Akhirat. Dan kapal itu sekarang sedang singgah di sebuah pulau bernama Dunia. Nakhoda kapal kita pesan pergilah cari apa-apa bekalan yang patut sebagai keperluan kita bila dah sampai Akhirat nanti. Maknanya, pulau yang bernama Dunia ini bukan destinasi kita. Jadi bagaimana kita boleh rasa senang dan seronok sedangkan orang lain bertungkus-lumus cari stok nak bawa pi Akhirat. Analogi sahaja. Harap hangpa paham noh?




So berbalik kepada nafsu tadi. Kalau nak cerita aku punya sejarah nafsu serakah (saja bagi ayat gempak padahal tak refer kamus dewan pun apa makna serakah), ok kalau nak cerita aku punya nafsu ni, paling simple, SHOPPING! Tanyalah orang perempuan mana pun, weh kalau jumpa yang bukan kaki shopping tu aku salute habes lah. Memang stock idaman lelaki. Kewangan rumah tangga di masa hadapan konfirm terjamin tapi masalahnya percentage dia tu berapa?






Kita ambik ibadah pulak. Katalah kan kita dah niat nak qiamulail ni lepas tu kita pun set alaram. Lepas alarm tu dah bunyi, kita pun dok tersengguk-sengguk kat hujung katil lagi muhasabah (saja bagi ayat sedap lagi padahal termenung je pun), fikir nak qiam ke nak tido. Mata memang berat gila ni. Rasa macam sekontena setan dok bertenggek. Pandang katil luaih (luas) macam padang bola, empuk siap gummy bear lagi. So di pagi-pagi hening begitu agak-agaknya berapa ramai yang berjaya bangun pergi bilik air ambil wudhuk and perform their qiamullail? Nafsu jugak tu.




Contoh lain lagi? Marah-marah time traffic jam dah memang duduk Shah Alam bandaq besaq nak buat camana sabaq saja la tak mau jam pi caghi keja kat lereng bukit sawah padi bendang suma nun. Nafsu nak pandang lelaki. Aigoo, comey gilos hero cerita korea ni aaaw cool dowh dia perform on stage MasyaAllah dia bukak baju pulak pergh abs dia tak boleh tahan (berdarah hidung). Memang tak boleh tahan tengok aurat orang sebut MasyaAllah pulak tu. Eh eh, macam kena kat batang hidung kan? Kena kat batang hidung aku jugak. Sekian.



Yup. This is what I USED TO BE.
Alamdulillah, sekarang tak lagi (kot)



Perempuan. Biasalah. Kita ada berapa nafsu dik? Sembilan nafsu dan satu akal. Ye pandai. Tapi bukanlah semua nafsu itu jahat. Nafsu pun ada tingkat-tingkat dia. Daripada seteruk-teruk syaitonirrojim sampailah ke tahap para Nabi dan Rasul yang serba sempurna subhanallah.




Jadi cara aku senang je. Sebaik-baik cara nak kawal nafsu, PUASA. Ye. Satu alternatif terbaik untuk mengekang nafsu chewah mengekang ayat aku. Nabi pun ada cakap pasal ni remember? Ok, kalau nak cara lain, rajinkan diri beribadah dan jangan tangguh-tangguh. Bertangguh tu nafsu la tu. Nak tips elak bertangguh? Refer entry aku yang sebelum-sebelum ni yang pasal macam mana nak berubah tu. Kalau tak boleh jugak, berdoa banyak-banyak kat Allah mintak dibersihkan hati. 




Ada la tu something wrong somewhere. Pi hantaq workshop, service balik noh. (macam hati aku dah cukup service sangat). Tapi insyaAllah dalam proses lagi. Tengah dok repair la ni. Sebab tu aku post entry lagu ni. Cakap pun suma nak slang utara pengaruh Imam Muda Asyraf dengan Ustaz Don sunnguh. Lain kali aku cakap Nismilan (negeri sembilan) ala-ala Imam Muda Fattah pulak. InsyaAllah kalau berkesempatan.




So in conslusion. Tak ada jalan shortcut nak lawan nafsu ni. Aku cuma berkongsi tips. Bukanlah bermakna aku dah terer sangat nak lawan nafsu aku sendiri. Kita amalkanlah bersama-sama. Ambil yang baik-baik. Mudah-mudahan kita bawak bekal yang cukup untuk ke destinasi kita nanti. InsyaAllah. (muka serius macam budak comey kat bawah ni ^_^)



Hei setan, hang pi main jauh-jauh!



Sekian, wabillahi taufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ^_^


4 comments:

Qawiem Khairi said...

Salam alaik. Apa khabar? Salam ziarah dri Lautan Rabbani. Teruskan bertinta. Moga Allah kasih.

Pelaut Rabbani. :)

Unknown said...

Wassalamullahi alaik.. alhdulillah, khabar baik dar malaysia.. syukran. insyaAllah doakan sntiasa di bawah kasih sayangNya ^_^

Sayidah Nafisah Ruslan said...

nafsu aku paling kuat adalah dendam. once aku dah berdendam dengan orang tu, sampai bila aku takkan maafkan dia.. nafsu aku yg paling susah aku nak lawan.. huhu

Unknown said...

haish jgn begitulah syg.. tu semua syaiton tu, harus fight dgn sabar.. kalau x lagi setan2 tu seronok tgk kita x dpt kwal marah.. tautautau ^_^

the history

Followers