| July 2010 | ||||||
| Rajab 1431 - Sha'ban 1431 | ||||||
| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
| 1 19 | 2 20 | 3 21 | ||||
| 4 22 | 5 23 | 6 24 | 7 25 | 8 26 | 9 27 | 10 28 |
| 11 29 | 12 30 | 13 1 | 14 2 | 15 3 | 16 4 | 17 5 |
| 18 6 | 19 7 | 20 8 | 21 9 | 22 10 | 23 11 | 24 12 |
| 25 13 | 26 14 | 27 15 | 28 16 | 29 17 | 30 18 | 31 19 |
Wednesday, July 28, 2010
iN tHe MiDdLe Of SyAaBaN
Tuesday, July 27, 2010
aFiLiAsI kUmBaNg vs bUnGa


Sunday, July 25, 2010
eNtRi JiWaNg

Friday, July 23, 2010
eNtRy EmOsi
Miss Diary,
Ya, memang aku sedang emosi.
Sebab Miss Diary tak tahu apa yang aku mahu.
Sebab Miss Diary tak tahu apa yang aku harap.
Sebab Miss Diary memang tak tahu apa-apa...
Miss Diary,
Aku tak mahu dia teruskan hari-hari mendatang dengan perasaan itu.
Aku tak mahu lihat riak wajah dia setiap kali dia sendirian.
Aku tak mahu tinggalkan dia keseorangan.
Aku mahu lihat senyum dan gelak ketawa dia.
Sebab aku mahu itu sahaja...
Miss Diary,
Tahukah kau, sakit dia sakitlah aku,
Pedih hatinya pedihlah hati aku.
Menangis dia, menangis juga aku.
Sebab kau harus tahu
Dia, sebahagian daripada aku...
Miss Diary,
Sampaikan pesan pada Tuhanku yang Maha Mendengar,
Moga Tuhanku tabahkan hatinya,
Moga Tuhanku kuatkan jiwanya,
Moga Tuhanku tenangkan perasaannya,
Sebab aku tidak mampu melakukan semua itu untuknya...
Miss Diary,
Sampaikan lagi pesanku pada Tuhan,
Supaya tunjukkan dia pilihan yang benar,
Jalan yang terbaik untuk dilaluinya,
Insan yang benar-benar layak untuk bersamanya,
Sebab aku tak layak menentukan keputusannya...
TUHAN, janganlah Kau berikan ujian yang tidak mampu dipikul olehnya. Andai beban itu mampu Kau alihkan, aku pohon, alihkanlah ia dibahuku...
p/s: jangan cakap macam ni sayang...
Thursday, July 22, 2010
ShOoTiNg JJCM HaRi JaDi vs MoDeL iKLaN kOmErSiaL ...~
Ok. Dah nampak gambar tuan tanah kedaun tadi. Jadi sekarang boleh cerita panjang-panjang sikit. Hari tu al-kisahnya gossip girl macam biasalah pergi shooting jjcm kaworang macam la tak kenal kan. Kalau hari tu pergi Papa John kali ni pergi Jhonny Restaurant pulak sempena menyambut Birthday Girl entah siapa korang jangan tanyalah. Tapi apasal semua Jhonny John jeni aku tak paham la. Jhonny Depp tak bukak restoran ke weh?
Fine, gambar memang tak ada kohesi dan koherensi. Jadi I nak rewind balik. Kalau u allz sangat rajin, silalah baca sambil roll gambar-gambar di atas tadi. Kalau rajin sikit baca sajalah tak payah roll gambar. Tapi kalau tak rajin, itu korang punya pasal la aku malas nak layan.
First tadi gambar Cik Lily dan Cik Lavender posing dengan ice-lemon tee masing-masing harga dia RM5.90 korang jangan lupa time two. Second one, Mixd Suki yang Cik Kenanga order harga dia RM5.95. Gambar ketiga dan keempat, set B steamboat + kuah tomyam harga RM29.90 + RM10. Gambar kelima pulak, Thai BBQ Chicken and Thai BBQ Beef Noodles harga setiap satu RM5.95. Maknanya darab dua lagi la weh. Lepas tu gambar float strawberry walaupun ada float chocolate kat sebelah tu tapi sebab dah habis so tak mahulah capture sebab dah licin rupa pon dah tak komersial tapi yang penting harga dia RM2.30 satu gelas yang ni pun kau kali la dengan dua lepas tu tambah lagi lamapulohsen caj untuk plain water. Gila mahal kan! Anak orang kaya ke kau ni woih...
Krew jalan-jalan-cari-makan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jhonny Restaurants kerana membenarkan kami membuat shooting di sini dengan harga yang SUNGGUH BERPATUTAN!
BICYCLE... BYE BYE CYCLE...!
YO, bersama model-model terkini, terimalah iklan komersial yang akan disiarkan selama limapulohempatsaat dari sekarang...
On your mark, get set...
GOOO...!!!
Model iklan Madu Lebah cap Jepon
Maaf, ini iklan ulangan.
Wednesday, July 21, 2010
Apa GoSsiP GiRL bUaT LaSt FriDaY...?
Monday, July 19, 2010
OcHa, HaPpY biRtHdaY...!
Sunday, July 18, 2010
MaCam MaNa NaK LuPaKaN DiA...?



Saturday, July 17, 2010
aLaHai aBaNg PoLiS
Percaya atau tak sebenarnya aku anti-polis. SANGAT anti itu tidaklah. Tapi lebih banyak tak suka daripada suka. Nak percaya atau tak itu kau punya pasal. Aku sendiri pon tak tahu kenapa tapi memang aku tak suka dengan polis Malaysia ni walaupun hakikatnya atok aku dulu polis, pak-pak sedara aku polis, kawan-kawan aku pon ada yang jadi polis. In fact, aku sendiri pernah bercita-cita nak jadi polis. Biasalah masa ambek law dulu bila rasa macam tak qualified nak jadi lawyer so polis memang tersenarai sebagai cabang cita-cita aku dah full stop.
Itu cerita pasal zaman muda-muda dululah. Actually aku di rumah hari ni. Pagi-pagi pergi market mak suruh beli cili kering, beli santan kelapa, abang santan kelapa siap mintak nombor telefon lagi tapi sorry la abang, handphone abang tu tash skrin tak? Kalau ada saya boleh bagi dah full stop lagi la ok.
Aku terus berjalan. Nampak seorang pakcik tua, atau lebih tepat aku kira seorang atok tua atok memang tualah weh, dia naik motor dan tak pasal-pasal ada sorang abang polis gagah perkasa ni tahan dia. Pukul sembilan pagi weh apa ke haram jadah polis tu buat road block dekat pasar? Sorang-sorang pulak tu. Paling-paling pon letak la kon dengan palang yang ada tulis “awas, pemeriksaan polis” ke hapa ke yang patut, kan. Barulah komersial nampak la hebat sikit sampai aku boleh cakap “waaaah, bagus gila polis ni pagi-pagi dah menjaga keamanan negara menjaga lalu lintas seorang diri pulak tu.”
Aku tengok muka atok tua tu macam dah cuak. Perlahan je motor dia bila polis tu tahan. Nak patah balik memang tak sempat la kan. So, nampak sangat atok tua tu bermuka confident menghulurkan tangan untuk berjabat mesra dengan abang polis gagah perkasa yang menjaga keamanan negara tadi. Tak tahu apa polis tu tanya tapi nampak macam serius. Kesian aku tengok atok tua tu weh. Atas alasan apa polis tu nak tahan dia aku pon tatau. Setakat nak pergi pasar beli sayur, beli lauk, beli roti canai nak bawak balik rumah sarapan, tak pasal-pasal je kena saman. Yela, kena saman la weh. Tak pakai topi keledar, tak ada lesen memang la kesalahan undang-undang jalan raya dah aku nak full stop lagi.
Abang polis tu pon satu. Kalau iye pon nak saman orang, saman la mat-mat rempit ke, budak-budak sekolah bawah umur ke, orang tua yang gagah perkasa ke, ini atok tua tu. Dah la tua, tak berdaya, nak bertegang urat pon tak mampu apatah lagi nak jerit-jerit kasi abang polis gerun sama dia. Kesudahannya, (aku rasalah), abang polis pon bagi alasan dia kesian dekat atok tua tu nak pergi pasar so dia pow sepuloh ringgit pon cukuplah. MUNGKIN. Mungkin itulah yang abang polis tu cakap sebab atok tua tu nampak macam hulur sesuatu tak pastilah apa aku bukannya nampak tapi rasa macam rasuah. Uiks? Takbaiklakauniochaitufitnahdowh.
Aku tak berani nak konfirm la. Tapi kalau itu bukan sesutu yang baik, itu pasti rasuah. Ooi cik abang polis ooi, tahu tak kau buat aku semakin anti polis? Itu rasuah la woi, RASUAH, RASUAH. Kau nak kembung perut ke makan harta atok tua tu? Atok tu dah tua-tua pon larat cari rezeki halal at least duit yang anak-anak dia bagi tiap-tiap bulan, kau tak malu ke tak sedar diri tu gagah perkasa tapi tak reti nak cari harta halal. Eh, kau sila jawab depan Tuhan di akhirat nanti...!
Cuba cari rasionalnya. SEORANG polis tahan seorang atok TUA. Depan pasar. Pukul SEMBILAN pagi. WITHOUT PROPER PROCEDURE. Road block hape tu weh...?