Wednesday, November 30, 2011

We MaDe It - KeMBaRa HaTi BeRsaMa mCc iS dOnE FiNaLLy.


Assalamualaikum wbt...



Akhirnya, Kembara Hati itu selesai. Dah agak dah memang tak ada pun yang nak call konon la nak bagi sumbangan dekat rumah kebajikan anak-anak yatim tu. Sangat menyedihkan poster kemainlah banyak bertampal sana-sini dekat Melati ni tapi berapa kerat je yang prihatin. (Even PPP dengan JPK pun tak) Tak payah nak sentap sangatlah kan, ini hakikat. Anyway, kepada warga Melati yang sudi menghulurkan barang-barang derma untuk program Kembara Hati yang lalu, hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Terima kasih yang tidak terhingga dari pihak kami. (kesat air mata dua-dua belah tangan) Mucho arigatou.




Walaupun hari program tu jatuh pada 27 NOV bersamaan hari ahad dan bersamaan juga dengan MAAL HIJRAH (saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah di sini), tapi komitmen daripada AJK-AJK akak ni memang terbaik. Tak tahu macam mana nak express keterharuan ini di sini. Yang korang harus tahu, bukan senang nak handle projek dan projek yang di handle itu berjalan dengan lancar. Amin Alhamdulillah.....





Baiklah, macam orang selalu tulis, wordless wednesday hari ni akak memang wordless (padahal atas esei kemain dah). Ok, sebab kejap lagi ada test Bahasa Arab so tak boleh tulis panjang-panjang. Cuci mata tengok gambar saja ye darling. Ok chiow...




Location - Rumah Siti Khadijah
Meru, Klang.




Game pertama - Menara straw




Game kedua - Toxic Box




Game ketiga -  Fishing Bottle yeay...!!!
(Tak faham kenapa nak yeay)




Separuh masa pertama, rehat di bawah matahari terik.
Tengok bayang-bayang pun dah tahu macam mana dia punya terik kan.




Kakak-kakak MCC yang terbaik pasal belanja 26 orang adik-adik tu ais-krim ya Allah kau bayangkanlah pahala bagi makan dekat anak-anak yatim begitu. (obviously there's no me in the picture)




Ok, continue with the last game - Balloon stomp.
Gigih adik-adik ni buat benteng tamau kasi akak-akak ni pecahkan belon depa.




Habis game, adik-adik lepak dok lepas lelah goyang kaki and turn kakak-kakak ni take over the places. Take over gotong-royong okeh. Nampak gigih tak gigih tu?




Lunch time. Nasi ayam dengan tembikai dengan sirap.
Seronok tak?




Separuh masa kedua after lunch and solat, sesi indoor game pulak.
Not really care masa ni sebab kakak pengarah tengah karang ucapan untuk majlis penutupan kejap lagi.




Kejap je dah ending. Itulah tuan rumahnya. Ustazah Hasnah Bahari.




Speech yang sepatutnya disampaikan oleh ketua pengarah sudah bertukar di saat-saat akhir. You know who's that makcik kan?




Pengarah naik time nak bagi hadiah je.
Fine Roy, fine!




Last performance. From kakak-kakak fasi. Ada permintaanlah kononnya padahal budak-budak menguap mengalahkan badak dah.




Sesi bergambar.
Supposedly by group and dengan kakak fasi saja, tapi kakak tak fasi pun nak join jugak so sila fahamlah ye.






In conclusion, as the first timer, aku rasa program yang aku dan Roy handle ni dikategorikan sebagai berjaya. Bangga jugaklah sebab it's a charity program walaupun bajet sangatlah teramat ciput, but we managed to succeed it till the end. Dikesempatan ini, saya nak mintak maaf kepada para AJK (kot ada yang baca entry ni) kalau sepanjang kita bekerjasama ni, assistant director awak ini sangatlah meng'annoying'kan. Apapun, you guys did a great job. Thank you for helping we both.




In conclusion jugak, I need THIS more than I need my NASIK!
Oh, seriuosly, jam tangan aku tetap nampak di tangan walaupun tak pakai jam.

Saturday, November 26, 2011

Di BeLaKaNg JaLaN LuRuS - aWeSoMe!


Assalamualaikum wbt =D



HEBAT...!!! Itu saja perkataan yang aku mampu cakap tentang MOCK TRIAL THE MUSICAL - DI BELAKANG JALAN LURUS yang aku, Honey Bunny, Azra Rara, Ezzy Wani dan Umi Nazeera tengok malam tadi (wah kelas suma nama kawan-kawan aku). Organized by Law Society UiTM (kalau tak silap) dan nothing else. I am more than satisfied.




-The setting-

Memang tak berapa nak nampak lah kan. 
Tapi in real, seat kitorang boleh dikatakan agak strategik and surely NICE VIEW. 
[Thanks to Ila yang reserve tempat earlier.. =)]




-And bila dah tutup lampu-

And bila Imran Ajmain start 'relaku-menunggumu-seribu-tahun-lama-lagi'
So u can imagine how the Dewan Agong was like huh.




I really wish I could describe the feeling last night but... Seriously. Aku. Tak. Rasa. Ada. Orang. Yang. Boleh. Kau faham tak bila kau terlalu teruja dan excited (sama la tu) maka body coordination kau boleh berhenti berfungsi seketika. Tak tahu nak susun ayat macam mana sebab tu orang kalau 1st time bercinta lidah dia kelu, mulut dia bisu, lutut menggigil hapa sume eh sekarang ni aku cerita pasal teater ke pasal bercinta hah?



.   .   .




-Yang kiri Umi, yang kanan Honey- 
Yang tengah tu tak kenal ok bye.



Sebab tadi aku nak cakap, aku masih excited dengan teater muzikal malam tadi sampai tak tahu nak cerita macam mana. So aku cuma mampu highlight beberapa perkara je (self opinion - no offend okai)




Satu. Since I'm no longer a law student apatah lagi pemegang title BLS Hons, so aku memang tak berapa nak kenal la diorang tu melainkan rakan sebaya masa asasi dulu like Izdiyani as pendakwa raya Ustazah Hajah apa ntah nama dia dan Ezwar as pendakwa raya Tukiman dan Amir Mustaffa as Amir himself. More detail? Tunggu kejap lagi.




Dua. Yang Arif tu sangat rock. Setiap benda yang keluar dari mulut dia tak pernah fail buat aku tergelak. Sungguh weh kalau hari-hari aku tengok mock-trial ni, memang awet muda 10 tahun.




Tiga. Iz cakap slang arab tapi aku dengar macam slang siam. Tapi performance dia memang class. Menari pun class. Cuma dia tak perform solo je. Kalau tak memang dah setanding glee dah aku rasa.




Empat. Ezwar memang layak sungguh jadi pendakwa raya yang buta tu. Tambah pulak slang Jawa kan. Ko memang kelas Ezwar walaupun kadang-kadang tak mampu nak cover senyum atas stage tu kan. Whateverlah. Ko hebat jugak.




Lima. Pendakwa raya Siti Saka, solo performance dia memang setanding Rachel Berry dah aku tengok. Suara dia dasat sangat. Part mengilai tu satu, part dia nyanyi tu lagi satu. Tapi aku tak kenal la siapa kan. Amazed dari jauh saja. Ok dah.




Enam. Tu belum masuk peguam bela si gedik Miss World, Hang Tuah Santa Clause dengan Si Mummy Ku Mengandung lagi. Interpretor rambut kaler biru merah tu. Saksi-saksi like Datin J, Alisia Kunci, Jacob Munchy Hup Seng, Inspektor (lupa nama dah), Latifah bla bla bla sumelah penat aku nak recall sorang-sorang weh. Ok conclusionnya, semua casting ada part masing-masing yang best.




Tujuh. Amir Mustaffa walaupun tak banyak sangat perform atas stage tapi still 'wow' bila aku tengok a few clip yang diorang dah record sebelum tu. Especially part 'gay-eww-eww' tu. Aku rasa macam nak histeria pun ada tengok part ni. Tanya Hani kalau tak believe.




Lapan. Dan kesimpulannya, DI BELAKANG JALAN LURUS BEST! Sangat satisfied and MILLION thanks ini aku tujukan kepada;




-Haajar-

For giving the ticket (yang aku tengah pegang tu) FOR FREE...!!!
Cayang dia mucho-mucho.




-Hani Afiqah-

Yang omel-omel tu sebab dia orang pertama offering me for this theatre.
(Kalau tak aku memang tak tahu apa-apa pasal ni.)
And also for sharing her laugh with me.




-Rara-Ezzy-Umi-




 -Izwar and the gang-

Sebab gambar dekat atas tu rupanya dalam handphone dia.
Actually Min yang ambik.  So wakilkan diorang to say thanks dekat Min
(boleh ke macam tu?)




Ok. Credit to mobile uploads by Izwar. Kelik SINI dan SINI for more pictures.





Sekian, majulah Law Society, lain kali ajak I lagi. 
TQ.





P/S: xoxo untuk Hani and Haajar... <3
p/s lagi: gambar tu actually memang phone yasmin. so nak delete gambar gang izwar tu ke tidak eh?

Thursday, November 24, 2011

aKu TaK mEnYeSaL JaDi BuDaK BaHaSa

Assalamualaikum wbt




Semalam aku pergi Parlimen for the first time in my life (ayat sadis). Jakun tak jakun sangatlah sebab apa yang teruja di sana ialah the moment ahli dewan tu bersidang terus rasa kagum gila (dengan Yang Berhormat Sri Gading je) like they are definitely awesome berkata-kata kalau compare dengan aku yang setakat former pre-lawrian ini memang jauh panggang dari apilah kan.



But if I still a law student pun itu bukanlah jaminan aku mampu bercakap dengan baik (no offend kawan-kawan). As far as I concern, it depends on individu tu jugak. Like my classmates, there are a few yang agak experts dengan political issue ni (tak faham apasal tiba-tiba masuk isu politik) so they are totally mesmerized lah kot dengan Yang Berhormat, Yang Berbahagia, Datuk Sri, Tan Sri what so ever Sri Sri lah yang bersidang semalam.




Dan apa yang lebih sadis lagi, Izzah Anwar dengan Anwar Ibrahim ada kat depan mata pun aku boleh tak perasan thanks sangat-sangatlah dekat kawan sebelah dok bisik-bisik bagitau Anwar baru sampai dan aku pun like eh-mana-Anwar-mana-mana? Rupa-rupanya orang yang aku dok tengok dari tadi tulah Anwar apa tak loser sangat perangai?




Tu yang lega tak ambik law sebab aku memang tak ada perasaan langsung pada politik ni. Tapi I tell you something this is secret yang memang aku tak pernah reveal dekat siapa-siapa. Pernah weh suatu ketika dahulu, masa asasilah, aku sangat taksub dengan politik Malaysia dan juga Malaysian Bar. Tak tahu kenapa tapi 'satu ketika' itu memang betul-betul pernah berlaku adalah dalam seminggu kondisi aku konon-konon feeling macam politician habes. Dan kalau nak katakan waktu itu aku expert macam Zharif Badrul pun boleh memang geli sangat ayat aku kan.




Tapi perasaan tu semakin berkurang dan lama-lama dia hilang terus macam sekarang nilah. Tak ada politik dalam kepala otak dah nak define politik pun tak tau. So jadi maka bila aku renung-renungkan aku kembali kepada hikmah dari Tuhan yang memang jelas dan nyata aku tidak salah memilih bidang. Banyak benda yang aku belajar dari Akademi Pengajian Bahasa tu rupanya ada kena mengena dengan minat aku. Salah satunya 'menulis'. Salah dua salah tiga kau cari sendiri. Ok sekian.








Desperately upload gambar ni (before off to parlimen) sebab tak ada gambar dekat sana.
Ada, tapi biasalah bukan dalam kamere henfon gini. 
Nak tunggu kawan-kawan upload, raya tahun depan baru dapat kot.

p/s: saya rasa sangat skema tiba-tiba. 
anyway, thanks Haajar sebab sponser bag.





Aku tak faham bila otak aku bercelaru menulis tanpa merangka apa-apa maka inilah jadinya. Tangan aku pun main cakap je apa dia nak so sila faham. Sebagai penutup, terimalah...





Video matlutfi (faveret) yang seratus kali aku tengok pun seratus kali aku akan gelak macam sawan






Tuesday, November 22, 2011

HaRiMaU MaLaYa, tHeY'rE bOrN tO WiN...!


Assalamualaikum wbt



I know it was a tough game. But still they managed to earning that gold. Jangan tanya soalan gila. Of course I'm proud to be Malaysian. Kalau tak, takkan sanggup setia tiga jam lebih dekat Khalifah semata-mata nak tengok final bola sepak antara Harimau Malaya dengan Garuda malam tadi kan? In this case, seriously aku berterima kasih sangat-sangat dekat Ustazah CITU aku sebab postpone test to next week. Ustazah memang sangat memahami. (kesat air mata).




Dan kepada kekasih hati yang sudi temankan saya malam tadi, thank you so much for sharing the excitement. Kalau bukan kau memang tiada yang lainlah, Haajar. Not to forget, Hani Afiqah juga sebab sama-sama jerit dalam telefon. Sungguh aku terharu dengan kau orang sebab sangat-sangat mempraktikkan words 'sharing is caring' tu. (kesat air mata lagi)




Ok, tak nak cakap banyak. Cukuplah aku tak senang duduk semalam. Dengan aksi masing-masing nak tergolek terlentang, terlambung sana terlambung sini. Diorang ni kerja nak mencemaskan akuuuuuu je. Dengan partner kat sebelah dok pegang-pegang baju akulah bagai, siap tutup-tutup muka especially part penalty tu kan. Seriously ini tengok bola ke tengok filem hantu ni? Rasa macam tengok game gimnastik pun ada.




Abang google memang baik sebab selalu jadi sponsor untuk gambar saya. TQ ^_^




Kesimpulannya, diorang sangat hebat. Daddy cakap, Malaysia memang sakit kalau jumpa skuad Indonesia dengan Singapura. And nasiblah bertemu jodoh dengan tuan rumah malam tadi kan. Walaupun tak dapat nak skor banyak, tapi defend diorang sangat membanggakan. Khairul Fahmi, tahniah sebab jadi keeper terbaik sukan sea. Kalau aku jadi mak kau mesti aku akan cakap, 'sejuk perut mak mengandungkan kau Pahmi.' - Ok bye!




Dan berbalik kepada partner saya tadi, kerja wajib beliau ialah tukang point player yang comel-comel di atas padang. Kalau piala Malaysia dia excited dengan keeper Negeri Sembilan si Farizal tu, malam tadi aku memang tak tahu nak cakap apalah kau boleh bayangkan duduk sebelah dia jadi cheer leader tak bertauliah untuk Yong. (geleng kepala lapanpulohempat saat) Lepas ni kena buat pertimbangan yang serius kalau nak ajak budak tu teman aku tengok bola lagi - (padahal aku pun tergedik sama dekat referee korea masa game sebelum ni err yang Malaysia lawan Myanmar tu kalau tak silap.)




Sekian, majulah kedai mamak Khalifah untuk tengok bola sebab teh tarik dia best..!




p/s: Pusat komersial malam tadi sangat LIVE...! (aku rasa satu Malaysia pun sama)

Sunday, November 20, 2011

BiLa eNtRy McGaRrEtT DaN cHaRiTy EvEnT bErSaTu


Assalamualaikum wbt



Tak sia-sia balik rumah. Tahu kenapa? Manusia yang sekian lama tidak berjumpa dengan encik tv akan cakap begini;




"Kau tahu, Hawaii Five-0 season 2 dah broadcast dekat axn aku tak tahulah starting bila tapi yang pasti aku baru tengok eposiode satu tadi. Sambungan season 1 lepas McGarret kena tangkap sebab kononnya dia yang bunuh gabenor, tapi akhirnya dia dilepaskan sebab arwah ayah dia (arwah?) ok fine sebelum ayah dia mati, ayah dia sorokkan kamera video dekat pejabat gabenor tu then Danny dengan Chin jumpa, then Stve pun dilepaskan." 




Ada macam ayat karangan UPSR tak weh? Fine, apa-apalah. Yang penting point aku kat sini 'SIAPA-SIAPA YANG ADA DONLOD TV SERIES INI SILALAH WAR-WARKAN KEPADA AKU. I TAK LELAP TIDO KALAU TAK TENGOK MCGARRETT SEHARI' (muntah)




Cuba angkat tangan sikit siapa-siapa yang muka cenggini? 
Rasa-rasa nak jadi 2nd husband I tak?

1st husband of course I nak Melayu. Orang nogori kalau boleh?
Ok, kita kembali ke jalan yang lurus. Sekian.




Dan selain daripada McGarrett, saya juga ingin meng'war-war' kan kepada anda semua bahawa minggu ini  saya balik sebab minggu depan saya tak balik. Sebab apa saya tak balik, sebab minggu depan akan lebih bizi daripada biasa. Dah minggu ke berapa? Yang kesepuluh. So macam biasa, time-time beginilah akan sibuk dengan assignment submission, presentation, plus this weekend, saya ada satu lagi event anjurran KELAB KOMPUTUR MELATI atau lebih dikenali sebagai MELATI COMPUTER CLUB (MCC) yang omputih always sounds commercial kan?




Dan saya sebagai timbalan pengarah projek, berasa sangat takut dan gementar memang kalau nak jumpa mak mertua pun tak takut macam ni sebab seumur hidup saya tak pernah handle projek melainkan handle rombongan ke Melaka masa zaman SPM dulu. Dan haruslah cuak sebab banyak halangan sebenarnya yang saya and the gang lalui. Oh, lupa nak cakap event apa. Ini...








Terima kasih kepada team promosi di atas poster yang omel ini. So, u ols, kami Kelab Komputer Melati akan mengadakan event Kembara Hati Bersama MCC which is, charity event yang melibatkan anak-anak yatim di Rumah Anak-anak Yatim Puteri Siti Khadijah dekat Meru Klang.




Dan of course, projek ni tidak menelan belanja yang banyak (even we hope it could be more), so harapan saya, kepada sesiapa yang bermurah hati ingin menyumbangkan sebarang bentuk bantuan tidak kiralah dari segi kewangan atau material boleh berhubung dengan Roy dengan Intan seperti yang tertera pada poster di atas ataupun kepada saya menerusi talian 013-4130579. (ini bukan promote number phone ok. hanya pertanyaan tentang charity event ini sahaja yang akan dilayan). So peeps, please show your concern towards society. Siapa tahu, sumbangan sikit pun dapat berkat. Dekan sem ni?




Tapi hati mesti ikhlas ok. Itu saja.




Lagu tema entry ni. 
Walaupun lirik tak ada kena-mengena.
Tapi tajuk entry nak dekat sama kan kan kan?
So, aku tak pedulik.




Sekian,
Entry carca-marba ini dibawakan khas oleh,
perniagaan budu cap layang-layang.




p/s: tak ada pi es.

Thursday, November 17, 2011

TaNgGuNgJaWaB tU SiaPa NaK JaWaB?


Assalamualaikum wbt


Tanggungjawab bukan perkara yang kecil yang boleh di ambil ringan sebab dia memang tak ringan so dia memang beratlah. Saya bukan hebat dalam menguruskan tangguangjawab sampai nak tulis berjela-jela karangan tentang kenapa kita perlu jadi seorang insan yang bertanggungjawab. Cuma sebagai seorang islam, anda harus tahu bahawa tanggungjawab itu satu amanah. Dan amanah itu akan dipersoalkan di akhirat nanti.



Kalau anda pemimpin sejati, jangan banyak alasan. Buat kerja dengan ikhlas. Tak payah nak gembar-gemburkan penat-lelah atau rungutan anda dekat mukabuku dan sebagainya dengan sangat keterlaluan. Berpada-pada cukuplah. Bukan anda seorang saja pemimpin di muka bumi ini. Kita semua ok. KITA SEMUA!



Assignment dah siap? See, leader apa kalau diri sendiri pun tak boleh handle..



Gambar tak ada kena mengena. 
Saja letak sebab rindu kat beliau. 
Terima kasih abang google.


Wednesday, November 16, 2011

aDa oRaNg Tu SuRuH aKu pEtiK aYaT Ni




Nak kasi blog aku jiwang katanya.




p/s: apa, selama ni kau tak geli ke baca ayat jiwang aku hoih?

Saturday, November 12, 2011

NoT tHaT BaD KaaaaaN???


Assalamualaikum wbt...


First of all, mari kita beramai-ramai mengucapkan welcome home kepada Encik Tens, Encik Stress, Encik Frust, Encik Pecah Kepala, Encik Mental dan sekaum dan sekerabat dengannya. Sebab besok dah nak balik Shah Alam. Besok hari isnin ye saya tahu. Memang rutin saya semenjak hidup di Shah Alam ni kalau balik asrama Melati memang akan balik pagi Isnin sebab balik dengan Daddy. Melainkan tiba-tiba dapat boyfriend yang sudi nak hantar balik hari ahad ke atau seminggu awal ke tu lainlah.




Dan selain welcome wish itu, saya tak ada apa pun nak cakap. As I mention before, 3rd assignment memang dah siap semalam... 




DRAFT SAHAJA




Hehehehe (sambil angkat kening kiri kanan). Sebab hari ni Sunday, which is hari malas saya. Atau maybe sebab saya dah packing semua buku thats why tak boleh nak study walaupun saya memang nak study. Alasan yang memang mengundang maut.




Dan satu lagi saya nak cakap, semalam I made this one...




My second Red Velvet.
Isn't she adorable? 
Like me? 
(muntah)




Ok, lupakan entry dua hari yang lalu. I was so excited and mesmerized by her sampai sayang nak makan tapi mummy and daddy and beruang and tomato dengan rakusnya menghabiskan mereka. Omaigod. Saya masih teruja. Itu buktinya saya bakal tercalon sebagai menantu pilihan kan kan kan...? (Paaaaaaang!)




Tak dinafikan, still lacking this and there. Tapi so far, inilah pencapaian terbaik Ain Nathasha Omar sepanjang penglibatan beliau dalam bidang 'menjahanamkan dapur'. Encik Omar, sila berbangga dengan anakmu ini. (glowing eyes)




Thanks to papan kek yang disimpan birthday hari tu. Tak sia-sia rupanya kau. Dan tak sia-sia jugak ulang-alik pergi Giant. Lepas satu, satu bahan-bahan aku short. 




Anyhow and anyway...




Not that bad kaaaaan??? (hidung kembang kempis)



p/s: my dear honeybee, tak tahu la cukup untuk bawak balik Shah Alam atau tak. Tengok balance stock ok. jangan marah nanti kena jual...^_^

Friday, November 11, 2011

TaK MaHu NaMPaK tUa?


ASSALAMUALAIKUM WBT


Sebenarnya tak ada motif nak tulis benda ni. Saja sebab tarikh hari ni yang cantik tapi tak berapa nak cantik sebab dah ramai sangat orang mention nak chop untuk kahwin la, nak chop untuk bertunang la, nak chop untuk beranak laaa uish untung anak kau jah nombor ic chantek je 111111-XX-XXXX. 




Dan mujurlah mood aku malam ni agak baik. Dengan angin kipas di siling yang sepoi bermacam-macam bahasa, dengan lagu hindustan yang sedang berkumandang di speaker Aki kesayangan bole churiya bole churiya katanya dan ermm apa lagi? Dengan Fish yang empuk bergelimpangan dekat sebelah aku ni hoih hoih habis satu rumah kau nak describe. (konon-konon marah pasal nak cover line.)




Assignment baru siap. Apa tak heppy. Maka I selak-selak magazine kejap kasi break sebelum continue assignment ketiga. Apa magazine tu cakap? Ok, tips macam mana nak elak daripada nampak tua. Untuk kita-kita yang masih kategori remaja dan gadis-gadis sunti gitu (bajet muda sangat haku) tak mau la nampak macam kaum-kaum ibu kan. Maka tips yang pertama...




Kalau u ols keluar jalan-jalan atau keluar pergi ke mana-mana, jangan sesekali angkat beg yang digendong hitu ke telinga untuk nak kasi sure ‘hanphone aku ke yang bunyi tu?’. Gila. Memang akan mendapat kritikan bernas lagi pedas bagi setiap mata yang memandang. Seriyes. Tak percaya cuba buat aksi begitu di khalayak ramai. Recommended: Dataran Cendekia during lunch hour. Kelas kau jaaaaah.




Kedua. Pakai perfume bau ros klasik. Ahah. Tu dah kena tembak dah tu. Ambik kau Timah. Perfume ros dalam wardrobe kau tu baik kau buang tukar kepada bau strwberi dot dot dot ke, banana ke, epal ke, cellery ke...??? Sorry, saya tak pakai perfume tak tahu bau apa yang tengah in sekarang. Yang pasti magazine tu cakap jangan pakai klasik ros so kau jangan pakailah.




Ketiga. Kalau lagu-lagu Hetty Koes Endang, Sharifah Aini, Al-Jawaher ada dalam ipod kau, baik berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Pastikan tak ada kawan-kawan kau yang tahu rahsia godang kau itu atau kau akan berada di ambang maut. Gila maut apanya. Pergi bukak carta era sekarang donlod list 20 diorang sekarang! (yang aku dok layan hindustan sekarang boleh pulak)




Keempat. Jangan pakai barang-barang ‘dalam’ yang menggelebeh atau sudah tamat riwayat getahnya kalau anda mahu nampak bergetah. (Sejak bila aku pandai bermain ayat begini?) Kau faham maksud aku kan? Maka no further komen. Itu ‘barang’ kau. Kalau kau nak buat khazanah seratos tahun pun kau punya pasal la.




Kelima. Kalau kau tengah stress ke, frust ke, tension ke, jangan petik heater bancuh sebarang air panas even hot chocolate yang dengar macam wow-pasti-tenang-jiwaku-dengan-aromanya. Tenang tu kalau memang kau betul-betul berjiwa keemakkan maka jauhilah teknik menghilangkan tekanan begitu. Banyak lagi versi muda-mudi yang korang boleh buat contohnya layan drama korea, dengar lagu korea, tengok variety show korea. Dah, kau pergi daftar jadi warga korea sekarang!




Keenam. Jangan pergi kedai makan atau port lepak yang sunyi. Maksudnya jangan parking dekat kafe-kafe yang hanya kau dan kaum-kaum ibu kau sahaja yang ada. Memang kalau kau berbisik pun orang hujung meja boleh dengar. Very tak remaja. Jadi kalau nak tahu mana port-port menarik, kunjungilah pusat komersial seksyen 7 dan kawasan-kawasan sekitarnya pasti anda akan rasa muda sentiasa.




Ketujuh. Harus peka dengan teknologi semasa. Jangan jadi macam aku, tak pandai twitter, tak pandai upgrade blog, tak pandai pakai hanphone tashskrin, tak pandai main game. Ok, bab yang ni je aku jadi kaum ibu dan I don't even care! Moral of the story, get updated!




Kelapan. Memang high waisted selesa dipakai. Tak kiralah, kain ke seluar ke, tapi peraturannya ialah jangan sesekali pakai pakaian yang terdapat di mother’s department di shopping complex berhampiran anda. Melainkan kalau kau memang nak pergi dinner dengan tema ‘makcik-makcik sedunia’ maka dipersilakanlah tanpa was-was.




Kesembilan. Cuba cek beg tangan atau apa-apa beg yang u ols selalu gendong ke ulu ke ilir tu? Banyak barang atau tidak? Kalau banyak, barang-barang tu betul-betul penting ke tidak? Tak payah tengok koranglah. Beg aku pun sama. Purse gabak, pencil case gabak, payung, minyak angin cap kapak saiz XL, patutlah tulang aku rapuh. Ok, jom minum anlene! (tibe-tibe)




Last sekali. Sepuloooooooooooh (eksaited sikit pasal dah nak habis). Ok, part ni aku tak pernah alami lagi. Kalaulah, ok kalau... Boyfriend atau girlfriend atau bestfriend atau beastfriend kau tiba-tiba kasi hadiah berupa produk anti-aging heeee (muka sinis) maka kau harus lempang pipi kau kiri dan kanan dan muhasabahlah diri bahawa kau sememangnya sedang menuju ke alam berzakh tua.



Mari sertai kelab disney, nescaya tak tua-tua (perangai).



Sekian, assignment ketiga dah panggil. Ok darling, I datang...
Anyway, I prepare sikit dekat bawah ni.



Tips cover line: 

- I pakai macam ni sebab nak feeling retro.
- Aku minum hot chocolate pasai aku memang nak minum laa hang sibuk pasai apa?
- Saya nak cari jeans untuk nenek saya? Yang getah punya ada?
- Perfume ros ni nak letak dekat bunga rampai.
- I lepak kat Pak Li ni untuk cari ketenangan. (sejak bila Pak Li tenang?)

Thursday, November 10, 2011

ToLoNg LeMPaNG SaYa


ASSALAMUALAIKUM WBT


Sudah masuk hari keempat cuti sekolah (hari raya tak kira ok), dan setakat ini progression assignment saya...




Dah khatam season 1




Glee season 1




 Glee season 2




My Princess.
Khatamkan dua episod terakhir yang tergendala sebelum bukak sem hari tu.
(The only korea yang aku layan cuti ni)




Dan my favourite. Hawaii Five-O.
Harus tercangak depan AXN untuk menatap McGarret kesayangan.



Itu sahaja perkembangan assignment saya setakat ini. Sekian, tolong lempang saya dengan kelajuan tujohpuluhsembilankilometersejam. Kita kembali ke sri pentas. Terima kasih abang google atas tajaan gambar... ^_^

Wednesday, November 9, 2011

BaiK KaU CaKaP iNi ReD vELvEt Ke ReD dEviL?


Assalamualaikum wbt


Dan sebab dah terlalu letih menunggu upload gambar yang tak berapa senonoh di bawah ni maka darjah kerajinan aku untuk menulis sudah pun menurun. Finance aku terbengkalai lagi tu kau tahu semata-mata nak post pasal Red Velvet ini.




Ok, biarkan dulu. Kau ingat lagi last entry yang aku tulis pasal jalan-jalan cari makan dekat The Manhattan Fish Market dengan Baskin Robin sebelum ini? Aku lupa nak mention kakak aku yang sorang itu sebenarnya mengidam Kek Red Velvet. Tapi puas pusing-pusing satu Subang Parade masih jugak tak jumpa. Dan kesudahannya aku tak tahu sama ada beliau masih kempunan lagi atau tidak. (harapnya tidaklah)




Maka disebabkan itu, petang tadi aku tiba-tiba terajin untuk beli bahan-bahan kek tersebut. This is my first try okeh SEUMUR HIDUP maka rupanya memang kalah habis-habisan dengan secret recipe lah fine aku tak nafikan kejujuran kau orang dalam menilainya (tu dia ayat). Apapun, mummy approve rasa dia yang memang best apatah lagi disaluti krim keju yang berlapis-lapis dan disimpan pulak dalam freezer pergh, memang kenikmatan berganda dan lemak kau pun berganda-ganda.




ni gambar sebelum potong




dan ni gambar selepas potong.




Itu je yang aku mampu caption. Sebagai baker amatur dan sebagai percubaan pertama, aku boleh katakan kek ini BERJAYA dari segi rasa. Mungkin aku tak biasa decorate kek sebab tu rupa dia jadi DEVIL lagu ni. Ok Hani Afiqah, sila jangan seriau kalau jumpa Red Velvet dekat mana-mana lepas ni mereka tak bersalah. Nanti once I improved, I'll bring it to you. Sila jadi juri saya yang pertama ok. You too Haajar.




p/s: it's actually agak merah jugak. tapi biasalah camera akuuu...

Friday, November 4, 2011

gOsSiP GiRlS YaNg SoO cOoL LiKe IcE-tEa, Wo aAi Ni SaMPai MaTi


Akhirnya, aku keseorangan di UiTM ni.
(tajuk entry aku panjang gilo kan weh?)




ASSALAMUALAIKUM WBT




Semua orang dah balik kampung. Ye, aku tahu. Raya Haji dah dekat. Aku sepatutnya post pasal Raya Haji atau sesuatu yang sewaktu dengannya seperti mantai, semolih lombuu, bagaimana nak memasak nasik impit, rendang, kuah kachang dan sebagainya tapi aku tak mampu dik. Memang Melati ni sayang nak lepaskan aku rupanya. Anyway, kepada yang sudah selamat tiba di samping famili jangan lupa sinsing lengan tolong mak abah di rumah. Jadilah anak yang baik yang tak menghabihkan boreh ok.




Dan kepada insan yang bertuah itu, 


TERIMA KASIH BANYAK WEH KORANG AKU YANG DAH SEPARUH MENTAL NI TERUS HIDUP SEMULA BILA DAPAT KELUAR DARIPADA SHAH ALAM PETANG TADI AND SUMPAH BEBAN MASALAH AKU HANYUT TERUS DAH HILANG SEMUA KUSUT SERABUT MEMANG KALAU KANAK-KANAK RIANG DI HARI RAYA, AKU LEBIH RIANG DARIPADA MEREKA. SEKIAN.




Maka, tips-tips menghilangkan tekanan hari ini, macam biasa, JALAN-JALAN CARI MAKAN edisi yang ke berapa aku tak tahu sebab memang dah lama gila tak gigih keluar bersama. Maka wajib terharu bila plan dua minggu lepas telah terlaksana jua akhirnya. (kesat air mata)





THE MANHATTAN FISH MARKET bersama duta beliau Cik Siti Wan Haajar, akhirnya lokasi we oll hari ni. Bukan sebab duit masing-masing tengah berkepuk dalam poket so dengan meriahnya kau nak melabur duit mummy and daddy di situ tapi sebab memang nak makan di situ. Tak payah blogwalking past entries sebab memang tak pernah JJCM di sini so this is the first time dan memang gayat habis kau tak payah tanya.




THE MANHATTAN FISH MARKET bersama expert Cik Siti Wan Hani merangkap kakak, merangkap tukang order merangkap driver merangkap ketua rombongan dan memang semua benda kau merangkap-rangkaplah kan gila!




Kan dah cakap memang wajah gayat sangat teserlah. Hani Apikah je behave dengan senyuman manis bak bergula bermadu bercreamer dan sebagainya sebab sebagai kawan kepada duta dia harus mengekalkan imej The Manhattan tersebut. Well done Hani! (tepuk tangan dengan meriah)




The duta again. Ok, the very nice pose. (aku tak tahu tang mana yang nice) Muka berseri-seri bak bulan mengambang. Memang sah aku tak faham motif tulis begini. Haajar kau comel. Ok bye!













So, bercerita apa yang dimakan, ringkas saja murid-murid...




Mine and Hani, Small-grill-set (wakil satu gambar je ok Hani.)
Small grill - Dori, prawns, cuttlefish, fries and vege on top of the rice
With regular soup and fizzy seperti beberapa gambar di atas.




And for Haajar, Small-flame-set,
Small grill - with dori (tapi gabak sikit daripada aku la)
Also with prawns, fries, vegetables on top of the rice.
Dia kasi flame live depan mata ok!




And each, forRM29.90 only tapi BEFORE tax. 
Kalau aku tunjuk resit kang takut kau pengsan pulak so tak payahlah.




Kau jangan risau ibu-ibu bapak-bapak sekalian, walaupun tidak sesedap air tangan ibu di kampung tapi kau takkan menyesal sampai keluar air mata darah apabila makan di sinun. Maka silalah datang ke THE MANHATTAN FISH MARKET di outlets yang berdekatan. Macam mana Haajar? Boleh aku sain kontak jadi duta after kau tak?




Ok sekarang round 2!




(Aku tak tahu kenapa tapi aku suka GILA gambar ni)




Mungkin sebab senyuman kau berdua begitu tersirat tapi aku suka dah ok, seperti yang aku katakan di awal rancangan tadi tentang tips-tips mengurangkan tekanan (nak kasi hilang terus memang takkan la), so this is the best method bagi aku. Kau suakan saja apa jenis cap aiskrim pun, memang aku takkan pernah tolak. And fine cup aku yang paling besar (refer gambar atas) maka sudah terang lagi bersuluh lagi bersilau lagi berkilau maka akulah yang paling tension di kala itu. Hanya gossip girl yang tahu behind the scene jadi untuk keterangan lanjut sila tanya mereka kalau kau memang busybody.




Percaya dah?



Dan sekarang sesi...
Mencari duta BASKIN ROBIN

















Dah tapayah susah-susah semua considered as qualified.
TAHNIAH ANDA BERTIGA.




Actually mood aku sangat swing hari ni. Kalau nak mention satu-satu memang kau boleh kenduri depan laptop ni makan, minum, segalanya di sini nak kasi khatam tapi cukuplah aku ringkaskan bahawa mereka berdua sungguh tak dapat ditukar ganti. Kau bagilah aku rumet dengan siapa pun, still takkan ada seperti yang ini...








Ai wan nobadi nobadi bat chu tak-tak-tak (tak-tak tu sound effect). Ok, aku ada krisis dengan rumet lately. Double it with club-mate, neighbour-mate, class-mate, subject-mate haaah apa lagi MATE kau nak letak? Dan, aku cuma nak keluar dari Shah Alam ni. Tak ada yang tak stress dekat sini. Tak ada yang tak serabut dekat sini. Itulah definisi Shah Alam merujuk kamus anamekudotblogspot edisi keempatbelasratos sila dapatkan di pasaran sekarang. TQ.








Sebagai penutup, THE ONLY ONE, self-camera with three of us sebagai bukti GOSSIP GIRLS IS STILL ALIVE! Siapa cakap aku dah berpaling-tadah? Siapa cakap aku dah lupa kawan? Siapa yang cakap aku dah berubah? Kau yang bermulut manis di sana tu, sila renung-renungkan dan selamat beramal. Depa the best girlfriend ever. KAU MAMPU?




SEKIAN, WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH.




SELAMAT MID-TERM BREAK
SELAMAT HARI RAYA
SELAMAT SEMBELIH LEMBU
tapi jangan lupa dating dengan buku ok!




BONUS
(walaupun tak faham motif dan objektif)




p/s: takjub dengan kejaiban bilik after balik jjcm tadi. tepuk tangan untuk diri sendiri.

Thursday, November 3, 2011

MaRi JiWaNg BeRsaMa-SaMa


Assalamualaikum wbt


Again, it's Wednesday and it's a rainy day. You may say it's such a heaven when you don't have any class today. (refer to rumet depan bilik aku ni). Ahaaa, untung diaaa. Sementara aku, dengan menggelabahnya pergi kelas tak mandi pasal nak kejar presentation pagi tadi sekali tak cukup masa so postpone lepas raya oooh, sebal hati hanya Tuhan yang tahu.




Begitu juga dengan petang setelah gigih aku bersangkak-sanggak menghafal dialog bahasa arab untul oral hari ni tapi Ustazah bilang mau postpone juga lepas raya. (Nampak gaya, macam tak raya je aku nanti.) Fine, fine, fine!




Maka sebab mood agak gembira hari ni sebab baru lepas rembat dua pasang kasut dari jiran sebelah bilik yang tiba-tiba terjah bilik tadi, begini ceritanya...




Izzah: KAK O , KAK O (nama glamer short form daripada Ocha and only Izzah yang panggil.) 




Aku: (Dengan muka comel yang tak jadi) YE, ADA APA IZZAH?




Izzah: NAK TENGOK KASUT TAK? KAWAN KITE JUAL.




Aku: KASOOOOOT????? (Dengan gaya mata bersinar-sinar mengerlip-ngerlip bagai bintang di langit)




Aku campak novel yang aku tengah hadap tu. Aku gagahkan diri keluar daripada comforter yang tengah melingkar badan aku tu. Aku keluar berkaki ayam pi terjah bilik sebelah (nama pun bilik sebelah kalau nak pakai kasut jugak tak taulah kan), dan inilah diaaa...





Selamat menjadi hak milik kekal abadi Cik Ocha Omar.
Memang adik aku si Izzah dan kawannya itu nak kena rembat kaw-kaw dengan aku.




Well then, as long as it's KASUT, I'm fine with it (sengih lebar sampai mulut koyak). Nak buat macam mana, bak kata ROY and LEEYA, bagi kad kredit pun boleh over limit macam ni. Tunduk kepala bertafakur. Aku faham weh, aku faham (muka insaf)





And don' be surprise, Haajar turut terjebak dalam kancah ini tadi. Cuma tak sempat snap gambar si purple itu saja. Begitu juga Linda. But just not in time. Size dia tak ada.




And anyway, itu bukanlah pointnya yang aku nak cakap di sini. Sebab aku just nak sampaikan pesan dekat gossip girl aku, itu saja. Dan pesanannya berbunyi...




Walaupun kita masing-masing sibuk dengan urusan sendiri, tapi tak ada siapa boleh halang kita daripada saling merindui. Yes, I miss you sooooo much and every single moment we used to spend together. Tak kiralah kau lihat aku rapat dengan siapa, pergi mana-mana dengan siapa, camwhore dengan siapa, jjcm dengan siapa, tapi still, there is no other than you. You know who you are. XOXO.




SEKIAN, KITA KEMBALI KE SRI PENTAS, 
NAH...!








p/s: ayat jiwang pasal mood malam ni memang tengah jiwang. so, mari jiwang bersama-sama :)

the history

Followers