Saturday, April 14, 2012

BiLa AgOnG DaH BaGi CuTi MaKa KiTa HaRuS MaNFaaTkaNnYa


ASSALAMUALAIKUM
PEACE BE UPON U PEOPLE
ANYEONG HASEYO
(gedik kan greeting last sekali tu?)



Ok. Daulat Tuanku. Terima kasih patik ucapkan kepada Tuanku kerana sudi memperkenankan patik dan seluruh rakyat jelata cuti umum pada hari rabu lalu. Maka bila keluar shopping masa tu, semua harga barang jadi luar biasa. Pergi Seoul Garden tak dapat student price. Pergi TGV pun tak dapat tiket murah. Tapi nasib baik Mirror Mirror itu berbaloi ditonton. Comelnya Snow White.




Isn't she?




Jadi bila dah tua-tua ni, tak ada dah perangai rakus-rakus nak bergambar. Dah lah tak comel macam Snow White tak sedar diri lagi nak terposing-posing dalam panggung wayang aku tak faham perangai remaja-remaja sekarang. Ok, tapi muka memang puas hati gila bila keluar dotdotdot galery dan pegang dua plastic bag rasa macam heaven sangat walaupun hanya berbelanja dua item dengan harga kurang daripada seratus ringgit econsave tak aku? Discount 70 percent memanglah econsave sangat.




Tengah tunggu kasut turun dari langit.




Tengah tunggu orang tua masuk fitting room.
(Sempat lagi u ols)




Kau mampu shopping begini?




Dan mirror mirror tu tadi. Silalah tonton. Memang harga tiket wayang aku during public holiday yang sebanyak 14 hengget tu rasa teramatlah berbaloi bila dapat melepaskan rindu terhadap Julia Robert dan Snow White nyew. Aku tak pandailah nak preview movie ni. Kalau aku dah suggest pergi tengok tu maka silalah pergi.





Tak puas promote lagi rupanya




Nanti nescaya muka akan bahagia macam ni...




Semestinya yang terbaik dari ladang ialah bila dapat bersantap seperti maharaja dan maharani dan mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Nak sesama alien kang macam kuang hajau pulak hiperbola aku tak reti nak beragak kan. Jadi memandangkan aku ada modul besok, rasa malas untuk menulis tiba-tiba membuak-buak pulak kan ayat aku membuak-buak gitew. Apalah dah tua-tua pun nak suruh berkenal-kenalan sesama rakan sebaya tak puas-puas nak ber LDK. Memang aku part one lagi. Dah, bye!





Mesti kau sangka ini manusia ke hapa yang makan begini kan?




Percayalah, ia memang manusia.




Manusia yang mengalahkan Bosniaharzegiviahayeebayeeba.
Kanak-kanak memang harus makan sayur dengan banyak untuk tumbesaran.




Dah la. Bye lagi sekali.




p/s: sedang merangka plan untuk ke tanah tinggi. aku tak kira, nak main roller coaster jugak!


Thursday, April 12, 2012

BeRtEmU SaMeEr SyaRma dEkaT kEdai NaSi aRaB cHeEwaH


ASSALAMUALAIKUM WBT


Broadband aku dah terminate. So tolonglah faham kenapa belog aku ni loser sangat lately. Tapi tadi baru bayar. So dah tak loser lagi dah. Tapi dah seminggu, tapi walaupun dah lambat sangat nak letak cerita kedai arab hari tu tapi aku punya belog maka aku punya suka hati. 




Hari tu kedai arab dekat seksyen 7 tu aku pergi. Dengan Haajar yang termengidam nak makan tekak negara mummy dia tu. Linda tak join sebab dia buat kerja sekolah nanti tak siap cikgu marah so dia tak mahu ikot. 




Sekian, aku pun tak tahu nak describe makanan kat kedai arab tu macam mana. Tapi dah nama pun nasi arab haruslah berkonsepkan arab beras basmathi kau panjang-panjang gitew. Yang aku tak faham kenapa sosej dia sebegini rupa








Walau apa pun yang bermain di pikiran hangpa, semua ni dah masuk perut kami.




 Dan beras yang panjang tuuu~








Eniwei, seperti yang I cakap tadi, semuanya habis sebab kami bukan manusia yang suka membazir alhamdulillah. Dan yang paling menarik, kedai tu hanya aku dengan Haajar je customer dia. Then bila dah half time, barulah masuk dua orang budak perempuan ni duduk selang semeja kitorang dan tak lama lepas tu pulak, masuk lagi satu grup foreigner ni. Guys ok and very the attention grabber.




 


Seperti yang aku caption dekat atas tu, nama dia Sameer Sharma. (cofident nama dia Sameer Sharma). Alaa, yang berlakon dalam filem Mohabbatein tu. Cuba korang google kalau tak kenal. Then itulah iras muka mat saleh yang Haajar dok seriau sangat malam tu sampai sanggup paksa aku mintak number phone beliau tak boleh belah. Haajar oooi, remember this, foreveralonebuatcaraforeveralone. Tak kuasa aku nak melayan kau minum vitagen kologen lagi bagus.






p/s: sayangi perut anda setiap hari VITAGEN!

Tuesday, April 3, 2012

SeTeLaH ia mEnJaDi ZoMbiE...


Assalamualaikum wbt~



And hellooooowww, kalah Datuk Najib punya bizi. Phew, memang list-to-do I taklah berderet seperti panjangnya orang beratur membeli kelapa jeli di tepi pantai Melaka, tapi setiap list yang pendek itu bagai ayam kena sembelih aku nak menyudahkannya. Metaphor kan ayat?




Oleh itu, tak sabar nak makan besok sebab nak ambek gambar dan nak update dekat belog. So, kalau tak makan, belog I loser. Kalau loser, mulalah rasa macam nak terjun tingkat sembilan Blok 4B Melati sambil buat muka tak ada perasaan macam kambing melintas jalan tak pandang kiri kanan. Samala macam kambing punya metaphor.




 Siapa kata I curang dengan LEE DONG HAE?
(tiba-tiba)




p/s: hanya zombie yang mampu tulis entry macam ni.

Sunday, March 25, 2012

nEw CrUsH At sEcReT rEciPe - CBCC


Assalamualaikum wbt



I woke up almost at 10 o'clock. Sunday morning biasalah. Celik mata tengok ada 3 mesej dalam inbox and one of that from Kak Totoy Bie, my senior yang sekarang tengah tunggu nak pakai jubah konvo hewhew untungnya dah nak grad so nak pinjam buku dia la niatnya. Maka bila kak Totoy kata dia nak pegi Jakel, maka aku sepantas kilat mencapai tuala pergi mandi dan ber'marathonkan diri berjalan kaki ke Jakel. Gigih kan aku?




Maka syaitonirrajim pun mula menjalankan misi jahatnya untuk aku sumbat anasir-anasir mewah di pagi hari. Pukul 10 pagi boleh mengidam nak makan kek secret recipi. Mengada ke tak mengada tu? Padahal at first dah berniat dah sahaja aku nak makan nasi dekat dc sekali kaki bagai autoset teghuih tanpa rasa bersalah dia masuk secret recipe. 




Dah lah makan sorang-sorang. Bukan weh. Aku nak lepak-lepak je sejukkan badan sementara tunggu Kak Totoy Bie tu haa. Tiba-tiba masa tengah dok scan kek dekat kaunter tu (scan tanpa niat nak makan), pap terus nampak Creme Brulee Cheese Cake (CBCC) so aku dengan rakus dok bukak beverage menu order Banana Milkshake tanpa rasa bersalah lagi. 




 Maka inilah yang terjadi.




And that was super heaven ok.




Macam mana perasaan Neil Amstrong ketika pertama kali menjejakkan kaki ke bulan, begitulah perasaan aku pertama kali makan CBCC ini. I bet, you don't even notice about it, right? Hahaha (gelak orang riak)




Ok sorry. Jadi lepas ni tak payah susah-susah nak pergi Full House semata-mata nak Creme Brulee. Pergi je mana-mana SR outlets, konfirm bahagia.




p/s: rasa macam nak tukar header belog ni laa. pendapatan u ols?

Friday, March 23, 2012

BaHaSa MeLaYu SuCkS - YoU sUcKs!


Peace be upon u people,
Assalamualaikum,
Selamat Hari Jumaat,



Rajin pulak aku menghapdet belog semenjak-dua menjak ni. Update bahasa mat saleh pulak tu. Kemain. Padahal der, wa ambil course bahasa Melayu je. Bahasa Melayu Komunikasi Profesional dan Bisnes. Then apa yang profesional sangat pasal course wa ni? Bahasa Melayu pulak tu. Budak English for Professional cakap course wa ni suck. Padahal depa cakap dengan kawan-kawan pun -korang-nak-makan-kat-mana-weh? Apasal tak cakap -where-you-wanna-eat-weh? Kan?




Memanglah. Kalau Bahasa Melayu je semua loser. A big capital letter L kalau boleh nak tayang depan mata. Der, jangan kau ingat kau student bahasa Inggeris kau hebat sangat cakap omputih. Setakat seketul dua yang dok pung pang pung pang speaking depan interviewer hari tu kau dah riak bangga takabur jangan der. Allah marah. Mummy daddy marah. Penyakit riak ni kalau simpan lama-lama boleh jadi munafik der. Sia-sia pakai tudung tutup aurat perfect gaya muslimah sejati macam ustazah pilihan dah complete pekej dah dengan muka lawa hebat speaking yelah dulu belajar oversea kan. Tapi kalau dah dapat title munafik, what's the point?




And if you're thinking that bahasa Melayu is sucks, then you're the one who sucks! Live anywhere you want but not Malaysia. We're practicing bahasa Melayu everyday. It's our national and formal language. Our symbolic. Our proud. Dalam parlimen pun cakap bahasa Melayu der. Until you don't even speak a single word in bahasa Melayu then I can accept your damn suck statement. Jangan nak poyo sangat dengan lidah mat saleh kau tu.




You know what? There are still thousand of people out there who really fluent and always comfortable with other languages. They can even speak Japanese, Mandarin, Arabic, Spanish yet they are still proud to communicate in bahasa Melayu. What is wrong with bahasa Melayu? And what is so proud with bahasa Inggeris? It's just a part of our talent and don't forget it's also a gift from our Creator. Setakat tahu satu bahasa, are you proud enough?




Jadi janganlah dok riak sangat dengan bahasa omputih tu sampai nak menghina-hina bahasa sendiri der. Wa pun belajar grammar. Tapi tak la sampai nak tukar rambut kaler blonde macam lu. Eh, rambut lu blonde ke?




i love apb
hewhewhew
salah der




SAYA CINTA AKADEMI PENGAJIAN BAHASA!
(dah, pegi solat jumaat sekarang)

Thursday, March 22, 2012

cOmBiNe ThE LeTtEr S To ThE o To ThE R To tHe r To ThE Y


Peace be upon you people.


So here the story.

I walked along the way from seksyen 7 to Melati.

And I was carrying not even 1kg of her KFC.

Not a big deal since I carried along my roommates'.

And I called her to wait down stair.

To pick her meal by herself.

It's just a single level different.

Nay. She refused.





Still it's not a big deal.

But I just can't hide my emotion.

I just can't hide my expression.

My facial expression cingu yaa.

You know me better than others.

Right?





But indeed,

I know it was part of my mistake as well.

I shouldn't do that.

I know you hurt.

So do I.





So, could you gimme another sorry?

Could you forgive me?

Could you still be my gossip mate?

Shopping mate?

Jogging mate?

Eating mate?





Kissing mate?
E.....................
E..............
W.......
W.




Sumpah lepas ni tak mau makan kfc seksyen 7 lagi dah. Damn you chicken!

Wednesday, March 21, 2012

aNd I'm CrAviNg FoR sWeEt


Assalamualaikum wbt


I feel so dizzy.

The moment I write this entry.

I feel so lazy, sleepy, hungry.

And all negative feelings are mixing right now.




I just wake up from my sleep.

Dreamed about 'bubur pulut hitam'.

Suddenly.

And I'm thinking of mummy.

I don't know why I'm always craving for something sweet lately.

I ate 2 cupcakes last night.

I ate 3 pieces of green, sweet and soft kuih for lunch.

But I don't know their name.




And suddenly I remembered the secret recipe I ate yesterday.





Not the black paper grilled chicken.





Not the lasagna beef either.




BUT





this superb cute and gorgeous chocolate walnut and pecan butterscotch cakes.





plus the apple celery




Then apa lagi? I want BASKIN ROBIN and BIG APPLE pulak...!!!

Darling do you hear me?

Tuesday, March 20, 2012

iT's TiMe To bE hEaLtHY


Assalamualaikum wbt




Sekarang musim untuk menyihatkan badan yaw.

Hari-hari joging, hari-hari harus ada aktiviti fizikal.

Sekarang dah kenal petanque, dah kenal snooker,

dah makin mesra dengan mini gym,

dah berkawan dengan sport shoes dengan lebih rapat,

bukan sebab untuk dapatkan badan sekeping macam artis korea,

tetapi atas kesedaran diri sendiri betapa pentingnya kesihatan tu.




And as for me, kalau tak ada masa untuk exercise setiap hari,

then ambil masa untuk pergi kelas jalan kaki.

Bila dah kerja nanti belum tentu dapat rasa semua ni.

In bracket, belum tentu kesedaran macam ni ada lagi.




And the most important is,

I don't want to look older than I supposed to be,

I don't want to be obese or overweight,

I don't want to get sick easily,

Because I still had a lot of things to do.

Because I still had a long journey to go.

And to you...




Thank you Haajar and Linda for being the best companion,

And you too roommate,

And you too jiran-mate,

And you too...




















...donghae oppa yang seksi gilos dalam video ni...:D aaaww

part mana yang seksi? Stop at minute 1.55.. Daa~




Sekian, entry ini ditaja khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tuesday, March 13, 2012

EnOuGh WiTh GoSsiPiNg AnD wAtCh ThiS


Assalamualaikum wbt




This is the worth seeing video I've ever watch. Just for sharing. Enough with gossiping...








I don't know how do you feel after watching it but my tears just can't stop even the moment I write this. Tell me what should I do?




p/s: Nak cari la filem Qurbaan ni. Sangat lama tak layan hindustan.

Monday, March 12, 2012

iT's ToMaTos' BiRtHDaY


Assalamualaikum wbt



Kalau tipu, aku akan cakap aku sedang tulis entry ni dengan penuh excited. Tapi kalau cakap jujur, aku sebenarnya mengantuk. Walaupun kelas sampai pukul 4 hari ni habis pukul 3 dan aku sebenarnya ada banyak masa untuk tido, maksud aku, boleh je kalau nak tido tapi memandangkan hari rabu ada kuiz economi dan lecturer economi itu bukanlah jenis yang boleh siapa-tak-datang-boleh-ambik-kuiz-next-class oh jadi a big NO to tido di petang hari.




Dan sebab itu aku berpura-pura rajin konon untuk bukak buku economi tapi bila dah mengadap laptop teringat pulak ada cerita jalan-jalan cari makan semalam yang tak tercerita lagi.




So, semalam birthday TOMATO. Ye, my one and only sister. Yang ke SEMBILAN BELAS. And it was celebrated at MELAKA...wohoo.




Dan sudah semestinya mummy and daddy ada bersama. Jadi dikesempatan ini,




"Tomato ayang, A VERY HAPPY 19th BIRTHDAY TO YOU. May God bless. Be a nice veggy. Eh, silap. Be a nice person. Be a wonderful daughter for mom and dad. Be a good friend. And always be my tomato ok. Remember that I love you so much. And I always do."




And trip to Melaka semalam, sila enjoy the pictures. It's TWIN version.

























Haaa, kau ingat peribahasa orang putih je ada like father like son. Tu yang kau tengok tadi, like sister like sister la tu. Penat la kalau upload sebiji-sebiji kan. So, itu pasal la dia jadi kembar




And the best part is...









The sisters naik Menara Taming Sari yaw. 
(Hei orang melaka, u dah naik ke?)




Sekian, the bonus one...





~The hottest couple on earth~
Depa pun nak honeymoon jugak.


Saturday, March 10, 2012

PhOtOsHoOt vs JaLaN-JaLaN CaRi MaKaN - CoMeBaCk SeaSoN BaBy...!!!


ASSALAMUALAIKUM WBT



Kalau tanya macam mana opening season 5 JJCM kali ni, my answer would be, 


it was awesome and daebak!
(tak tahu maksud 'daebak', sila rujuk kamus korea atau kawan-kawan yang hantu korea)




So macam tulah gambaran dia walaupun tak berapa nak tergambar sangat dekat fikiran korang kan. Jadi first and foremost, paling terima kasih sekali saya tujukan kepada Miss Queen B saya. you-know-who. (macam Harry Potter pulak sampai tak boleh sebut nama). Sebab pinjamkan DSLR NIKON dia yang sangat gojes tu. And juga Linda. you-know-who. Sebab completekan team ni. Sekian, foreword daripada saya. 




percubaan kamera.




Then, we're heading to PUTRAJAYA. Sebab masih terlalu awal untuk JJCM so kitorang pun ber'photoshoot' sepuas hati. And of course the pictures is more than you can see here kau gila ke nak aku upload satu folder kat sini? And yes, tangan Haajar adalah tangan yang paling ber'SENI' antara kami bertiga. Dapat tang gambar yang aku tangkap, semua hancus. Bagilah kamera mahal macam mana pun, memang wajib hancuslah.





Menikmati pemandangan di bawah langit yang cerah, (it's panas terik actually).





Melepak depan dataran Masjid Pink. Tengok bayang-bayang pun boleh tahu macam mana sunburn yang bakal aku lalui di masa depan kan? But still we had so much fun and joy.





Akhirnya mencari tempat berteduh di Masjid Besi. It's Masjid Tuanku Mizan actually. Untuk menunggu masuk waktu Zuhur. And since it's Jumaat, maka sempatlah kitorang dengar Khutbah Jumaat sekali. Semoga bertambah keimanan dalam dada. Dan semoga mendapat suami yang soleh. Aminkan untuk saya dan kawan-kawan saya plis.





Posing best daripada Haajar.




Posing vogue daripada Linda




Posing maut daripada aku. Nah!
(cover panas pakai purse. fine, aku sorang tak ada shades)




Yang tengah tu kebanggaan saya.





Dan peduli apa dengan panas. Posing lagi.





Linda pandai cari port cover panas. Still background view photo dia awesome.





And terus buat profil picture. Ambek kau!




Sekian cerita pasal Putrajaya. So sebelum jalan jam dengan kaun muslimin yang berpusu-pusu keluar selepas menunaikan solat Jumaat, maka kitorang cabut terus pergi Sunway untuk menunaikan kewajiban kepada perut.






And everybody can tell it's FULLHOUSE!
baby, shalalalala lalala
(saja buat effect lagu tema drama full house)





Linda punya fresh orange, Haajar punya vanila+strawberry+dragonfruit+iced blended (kau punya menu selalu bikin susah payah aku nak sebut), and mine, banana milk shake. Sekian. Semua memang teramatlah sedap gilos.





Muka teruja apabila makan tengah hari pada pukul 3. Maka lunch set yang jimat dah habis maka kena makan menu yang tak set dan sudah semestinya tak berapa nak jimat. Mereka berdua ambik spaghetti dan semestinya juga aku tak ingat apakenama makanan depa ni suma noh.





And so do I. Cuma nak bagitahu aku makan mushroom soup yang memang setiap kali suap dalam mulut tu maka mata akan terpejam secara automatik sebab pertama kali datang, dua kali datang, tiga kali datang, memang itulah menu cinta pertama aku dekat FULLHOUSE so darling, next time datang you sila faham-faham ok. And mee korea (konon korea sangat tu) it's actually mee maggi yang dicampur dengan sosej godang je. Macam mana tak meletop perut.





Dan sesi bergosip. (yang fake)





The best thing about FULLHOUSE ialah bila dah kenyang, maka aktiviti berposing di sekitar restoran itu amat baik untuk sistem penghadaman.





Dan kau tahu kenapa mata aku buntang sebegitu. It's actually because of the pencuci mulut. Creme Brulee. Ceritanya begini...



Sem lepas, aku dengan Haajar lepak dekat DC nak beli burger. Then sementara tunggu burger tu siap, aku pun baca la kosmopilitan yang aku baru beli masa tu. Lepas tu ada la terselak satu page ni dia cakap, 50 perkara yang korang jangan behenti buat. Salah satunya is pergi kedai mamak and cakap kuat-kuat roti canai atau teh tarik dekat kedai tu sedap. Then Haajar yang bijak bistari tu dia pun ter'idea' nak cabar aku. Dia suruh la aku cakap dengan abang burger tu yang burger dia sedap. And dia bagi chan sikit tak payah cakap kuat-kuat, just cakap dengan abang burger tu je. Kalau aku buat, dia nak belanja subway. Sekian, I did the challenge and since Subway tak boleh makan, aku pun tukar request kepada Creme Brulee Fullhouse. Dan kesimpulannya, aku yang ajak makan Fullhouse..haha.




Kemain panjang cerita aku. Ok, nanti lain kali aku cerita lagi! Thank you so much kosmopolitan.

Thursday, March 8, 2012

FiNaL YeaR YaW ~


Assalamualaikum wbt


Macam lawak aku rasa masa menaip entry ni. Tak tahulah kenapa tapi aku rasa lawaklah. Masuk sem baru hey saya sudah part 5 yaw. Kakak senior sudah tak perlu menggantung matrik kad di leher lagi tetapi masih bewaspada kalau-kalau pak cik guard terdetect dan terajin nak saman awal-awal sem ni tengah mewah boleh la cuba tunggu hujung sem tiba-tiba jadi junior balik sebab tak mahu kena saman kan. Pandai cover line ayat merapu.




Hari pertama aku ponteng satu hari kelas. Nak salahka natural phenomena hujan di pagi hari tarik selimut lepas subuh sampai terlajak so that's why tak pergi kelas, boleh pakai tak alasan macam tu? Seriously yaw, isu yang pertama ramai kawan-kawan akan berada dalam keserabutan sebab tak dapat kolej. If you ask me how to get in? Saya bukanlah ada link yang kuat dengan kakak-kakak staf melati ni melainkan bergiat aktif dalam kelab MCC. Penat nak promote setiap sem. Anyway, this is my last semester pegang jawatan. Lepas ni pegang jawatan suri rumah pulak...aaawww.




Well, isu kedua ialah masuk kelas semester ni subjek semua kena speaking ok. No more grammar, no more linguistik, no more semantik or whatsoever. It's all about minor subject you know entrepreneur, economics, management, international business management, retailing wow tak lupa juga subjek academic language studies iaitu subjek intro untuk projek paper aku last sem nanti. It's like a real proposal untuk sem depan. Oh, dan bel juga. Bel yang konon-konon akan train aku untuk pergi interview, how to dress up, eh betul ke subjek ni ajar begini? Tapi dengar-dengar macam kena pakai blazer... Haajar, get ready!




Isu ketiga nak tahu jugak. Sudah semestinya aku sibuk mencari bahan-bahan untuk buat draf proposal ni. Mungkin jugak kena buat borang soal-selidik. Nak kaji pasal adat perpatih. Nak ambik kesempatan jumpa  atok-atok sedara kat kampung, boleh balik rembau selalu kalau macam ni. Haha, Dr.Syahril sangat lenient to his student. I mean, at first thought, it's not as tough as you think. Semoga proposal aku ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Aku mahu A. Ocha, kau mesti dapat A!!!




Saja letak walaupun tak ada motif dengan tajuk.
Lama bebenaw tak tayang gambaw kat sini yaw.




p/s: prestasi turun dengan mendadak last sem, maka sem ni harus kurangkan kontroversi. doakan saya! harus doakan saya...!!!

Monday, March 5, 2012

uNtUk AdiK-aDiK



Assalamualaikum wbt



Agak lambat aku dapat mood untuk tulis pasal ni. Semuanya sebab sibuk ulang-alik shah alam (konon ayat sibuknya). Spent time dengan family. Shopping puas-puas. As i said before. Memang puas. Sampai habis dah duit gaji aku kerjakan. Tapi orang shopaholic begini kau harus biarkan saja. Jangan tegur, jangan cakap apa-apa. Rakan sebaya aku semua berperangai sama. Jadi anggaplah itu perkara normal.




Tapi walaupun aku seronok dan gembira dah dapat gaji, dah habis kerja, dah shopping sakan, dah lepas gian lepak dengan family puas-puas, tapi aku masih rindu suasana kerja. Pertama kali sejak aku berkerja aku rasa berat sangat nak berhenti. Semuanya sebab aku kenal insan-insan ni.




Wah, ayat ‘insan-insan’ padahal...




Khairil Adli

Orangnya kecik je. Tapi paling kuat cari pasal dengan aku. Paling rajin mengusik aku. Paling suka menyusahkan hidup aku. Sehari kalau tak raging aku buat air, tak sah. Kadang-kadang bila hot tempered dia datang, rasa macam nak nangis pun ada. Selamba je tengking orang. But still, he’s cute. Aku banyak tulis nama dia dalam diary masa awal-awal kerja dulu. And he’s the only guy yang aku rasa macam handsome sangat bila merokok. Maybe sebab dia kecik kot. Tapi smokers lain, sorry. A big NAY to you. Tapi Adli, still merokok tak baik untuk kesihatan ok.




Muhammad Firdaus

My new apperantice dekat western department. Sangat pendiam. Tapi dengan aku dia bising. Banyak benda dia nak tanya. It’s ok lah since aku pun bukan rajin sangat nak start conversation kalau orang tak mulakan dulu. Then he’s the only one yang buat aku rasa selesa sangat dekat kedai tu kot la tiba-tiba rindu nak speaking tapi tak ada sesiapa yang faham kan, so aku akan speaking dengan dia. Really he’s so well mannered guy. Sangat lelaki melayu terakhir.




Hanif

Taklah berapa pendiam sangat. Tapi tak cukup ramah untuk katakan yang he’s a talkative person. Sedikit pemalu dan agak lurus. Tapi dia sangat baik. Willing to do anything. Maksudnya if you ask for a favor, dia takkan tolak punyalah. Aku suka usik dia. Kalau dia sorang-sorang, tengah feeling-feeling ke, aku suka sergah dia. And one thing for sure, dia takkan marah. Paling-paling pun dia akan senyum then geleng kepala.




Hadi

Not really close with me. But dare enuf to start a quarel eh macam apa ayat aku ni? Maksudnya macam bagus sikit la budak ni nak cari pasal dengan aku walaupun aku tak rasa nak cari pasal dengan dia. Paling selamba dan kalau nak cakap dia agak kurang ajar pun eh tak baiknya aku cakap anak orang kurang ajar. Tapi he’s still a nice guy. Masih tak lokek senyuman ataupun pertolongan kalau orang memerlukan. Comel kan?




Azim

Manusia paling bermasalah dan yang paling aku annoying dekat situ. Suka cari pasal dan aku rasa meluat even nak pandang muka dia pun. Sekian, nak cakap pasal dia pun aku malas.




Siti

Comel. Gelabah. Dan banyak mulut. The latest newcomer dekat kedai makan tu dan the only anak dara yang se’geng’ dengan aku. Kuat makan. Tapi rajin. Sometime aku kesian dekat dia. Background family dia. Education dia. Financial status dia. I learned a lot from her. Dia buat aku rasa bersyukur dalam hidup aku. Dia juga buat aku rasa harta-benda tu tak penting mana kalau nak dibandingkan dengan nilai budi bahasa dan kasih sayang. Still I really thankful for everything.




Semua nama dekat atas tu, ialah adik-adik yang mengadap aku selama sebulan dekat Hafiz Tomyam tak tahulah kenapa tapi kali ni aku berat sungguh rasa nak berhenti kerja. Kalau bukan sebab cuti aku dah habis, memang konfirm aku kat kedai tu lagi sekarang. Semua tu sebaya adik aku. Baru habis SPM and buat part time. Comel-comel belaka. Sorry gambar tak ada. Tapi kalau aku dah cakap comel tu memang comellah!





macam depa ni pun adik-adik aku jugak ni




So, aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk mereka. Adik-adik akak, kerja baik-baik!

Wednesday, February 29, 2012

LiSa SuRiHaNi


Assalamualaikum wbt


Baca pasal cover girl cosmopolitan edisi mac, buat aku rasa nak kahwin dengan duda je (tapi duda kaya macam Yusri ok). Dahlah suwit romantik dari cerita macam mana diorang kenal sampailah kepada perancangan rumah tangga honeymoon dan sebagainya. Bahagia Lisa Surihani. Untung Lisa Surihani. Jeles aku dengan Lisa Surihani.




ini cover majalah yang aku dok hadap tadi




So in conclusion, jadikan Lisa Surihani sebagai icon untuk berjaya di masa hadapan. Rajin cari duit, independant, bijak, mesra kanak-kanak. Lepas tu gunakan semua produk yang menggunakan Lisa Surihani sebagai duta. Lip ice, garnier, celcom, mcd, eh kontrak dah habis. Dah tak jadi duta lagi dah. Tapi kesimpulannya, tiru semua gaya Lisa Surihani serba-serbi untuk jadi idaman jejaka atau mungkin juga duda kaya seperti Yusri.




Kenapa tiba-tiba cakap pasal Lisa Surihani? Saja. Sebab kan aku baru lepas baca cosmopolitan edisi Mac tadi. Tak sangka tua-tua bangka si Yusri tu ada juga sweet side dalam diri dia. Hik hik, aku pulak yang tiba-tiba malu nak cerita. Kau pinjamlah jiran sebelah rumah kau punya cosmo. Tak kuasa aku nak cerita.




p/s: hari ni last day kerja. sebab tu excited nak menempuh alam bahagia...hewhew.





walaupun mungkin tak sebahagia Lisa Surihani ketika ini.
sekian...

Tuesday, February 28, 2012

HaPpY BiRtHdaY mUmMy..!!!


There's nothing I wish, except for you to be healthy always...







HAPPY 46th BIRTHDAY MUMMY,
YOU KNOW THAT I LOVE YOU,
AND I ALWAYS DO


Thursday, February 23, 2012

JaNda YaYa



Assalamualaikum wbt...


Semua orang mesti  nak cakap pasal result kan? Semua orang mesti nak cerita siapa dean list, subjek apa lulus, subjek apa repeat haa, mampu kau nak cakap ‘aku-repeat-finance’ macam aku? Dari awal sem sampai ke hujung tak habis-habis menyebut finance-finance-finance kalau berzikir tu dah berapa ribu ratus pahala dah aku dapat cuba kau kira. Sebab tu orang boleh seriau baca belog aku pasal asyik kena psiko ‘ni-belog-budak-meroyan-dengan-subjek-finance’ padahal aku sasterawati la gila!




Ha’ah, geli punya sasterawati. Tapi siapa nak peduli pasal result. Final dah lama habis. Result pun dah lama dapat cuma tak tahu je nombor pointer tu berapa. Sebab tu aku takkan cerita pasal result kat sini. Aku tak sibuk tanya result orang, buat apa aku sibuk nak publish cerita result aku kat sini. Ok, ada la 2,3 orang yang aku tanya. Itu orang-orang terpilih namanya...




Jadi janda yaya itu akhirnya termasuk dalam kategori manusia yang paling meng’annoying’kan aku di muka bumi ini. Sama annoying macam komander-komander yang selamba tengking orang sebab terlupa pakai skarf putih pada koko hari sabtu, sama annoying macam kawan baik yang dapat nota tapi tak mahu sebar-sebarkan kepada orang ramai walaupun kawan rapat sendiri dan sama annoying juga macam bancuh adunan kek konon macam pro tapi kek jadi kawah. Ye, itu gambaran untuk janda yaya yang sangat meng’annoying’kan.




Janda yaya tidaklah cantik seperti yang digambarkan di dalam drama melayu, telenovela, akasia, samarinda, atau lagenda di tv3. Badan gempal dengan berat 68 kg dan aku percaya sekarang mungkin mencecah 70 kerana rutin makan nasi beliau setiap hari adalah 4 kali sehari. Nasi ok, nasi! Maka, jauhkan bayangan anda daripada janda seperti rozita che wan kerana janda yaya bukan begitu. In fact, sangat ngeri untuk membayangkan beliau begitu.




Cerita ‘annoying’ janda yaya bermula apabila dia selalu tergedik-gedik melayangkan punggungnya ke hampir setiap meja yang di datangi oleh lelaki separuh umur, suku umur, ataupun setengah umur di kedai tempat aku bekerja sekarang. As long as dia lelaki, maka janda yaya akan automatik tergedik tanpa dapat dikawal. Nauzubillah lagi apabila janda yaya pasti akan menghadiahkan jelingan manja, senyuman menggoda dan diakhiri dengan cebisan kertas yang tertulis nombor telefonnya. Macam yang aku cakap tadi, tanpa mengira umur sama ada duda, suami orang, bujang, pemandu teksi, askar, tukang saman parking. And she’s 44.




Dan dalam masa seminggu, si lelaki malang itu akan mula ber’sayang2’ dengan janda yaya, mengasihaninya kerana sudah kematian laki hampir 3 tahun lalu. Mempunyai anak 5 orang. Dan sudah pasti semuanya sudah besar panjang. Bujang senang. Lenang-lenangan. Nak kena tangan ke keluar dengan jantan yang baru kenal seminggu lepas tu buat maksiat berpegang-pegangan, raba-rabaan, cumbu-cumbuan. Janda yaya tak pernah malu mengaku yang dia mengamalkan konsep ‘kahwin-dulu-baru-nikah’ kepada orang ramai tanpa rasa bersalah.




Dan janda yaya juga tidak segan-silu merokok di khalayak ramai. Ketawa seperti ahli sihir ketika dirasuk jampi serapah syaitan. Dan menjadi benar-benar syaitan apabila line ‘maxis’ buat hal sehingga menyekat sebarang call atau mesej daripada menerjah masuk ke dalam telefon nokia warna merah jambunya itu. Maka aku dan orang-orang kampung yang lainlah yang akan menjadi mangsa janda yaya menghamburkan kemarahannya kerana dia rasa tanpa telefon, nyawanya seakan putus.




Gosh, kalau masuk ranking manusia paling meng’annoying’kan aku, janda yaya mungkin akan menjuarai carta itu. Tahniahlah janda yaya. Semoga Tuhan mengampunkan dosa-dosamu dan menerima taubatmu di saat usia semakin menginjak ke liang lahad.







p/s: lelaki sekarang pandang perempuan yang badan macam tulang je. kalau boleh satu inci lemak pun depa taknak. tapi depa tak tau otak manusia ni pun terdiri daripada lemak. apa depa nak cari bini takda otak ka?

Tuesday, February 21, 2012

BaBy LeT mE lOvE yAa



Assalamualaikum wbt...
(AMARAN: Tajuk entry sangat tak ada kena-mengena.)




Masa dulu-dulu, aku rasa belog aku ni macam best je. Rasa macam hot je semua benda mak nenek gosip ada dalam ni walaupun sebenarnya aku tak tahulah tang mana yang hot pasal gosip tu. Walaupun tak ada yang komen tapi at least bila aku tahu ramai yang baca tu kira ok lah. Tapi tu dulu. Sekarang baru aku sedar, tanpa jalan-jalan cari makan, belog aku ni tak ada function sangat pun sebenarnya.





Obviously, sekarang musim cuti kan? Musim aku kerja part-time. Kawan-kawan seangkatan pulak tengah praktikal. Memang clash teramat-amat sangat jadual untuk berdating. Jadi aku ingat nak buat jalan-jalan cari makan versi Hafiz Tomyam. Promote kedai bos manalah tahu hujung bulan dapat bonus...hik3. (tak ada maknanya). Tapi aku masih berpijak di bumi yang nyata. Kerja waitress bukan senang-senang nak tangkap gambar makanan. Semua nak cepat. Jangan kata nak dapat bonus, silap-silap senduk bos melayang kat aku nanti. Selamba kan nak biar customer tunggu lama-lama. Kelas international sangat profession kau ni.





Jadi aku terpaksa agree dengan Haajar. Beliau yang tak setuju hasrat aku untuk pencen jadi hos jjcm mengatakan (wah ayat mengatakan) bahawa, ‘THATS OUR LIFE MAA’, ok fine, that really is my life sebab tanpa makan, blog aku akan sunyi sesunyi keadaan aku di marikh sekarang. Waaa, betapa aku rindukan bumi. Menikmati cahaya matahari kala bangun tidur pukul 10 pagi, mendengar kicauan cengkerik di tengah malam. Eh, cengkerik berkicau? Ye, kau faham tak kan aku dah cakap tadi yang aku memang sangat rindukan bumi.





Di saat aku tulis entry ni, perasaan di hati sangat melayang-layang gembira sebab jeans kesayangan akhirnya muat di pinggang. Itupun setelah tidak makan nasi selama 2 minggu. (muka bangga) Tapi berat tak turun-turun jugak. So macam mana nak buat hipotesis tu? Pinggang kecik tapi berat tak turun? Baiklah, saya menyelam pakai goole dulu. Boleh jadi faktor genetik? Boleh jadi jugak pembawakan budak? Apakah?





Dan sekarang aku tengah merangka-rangka plan shopping besar-besaran minggu depan. Aku nak date berdua dengan mummy. Nak spend the whole day dengan mummy puas-puas sebelum balik shah alam. Nak belanja mummy makan. Nak bawak mummy pergi spa sri bulan dekat area rumah aku ni. Bersungguh-sungguh usya pekej massage hari tu taw. (angkat-angkat kening). Then plan dengan tomato dengan beruang. Nak main boling. Layan movie. (katahuilah, movie terakhir yang aku tengok is TAK TAHU. Hikayat Merong Mahawangsa?). Dan selebihnya nak buat surprise pergi jumpa ‘dia’ during lunch hour and bawak kek coklat. Romantik tak aku?






saya tujukan lagu ni untuk semua peminat yang saya rindui.
nantikan my comeback stage
3 MAC 2012 - di pawagam berhampiran
(gila, stage mana ntah aku nak panjat)




p/s: ajaa, plan ke melaka aku x knfirm mmandangkn due kita utk balik shah alam smakin hampir. but i’ll try my best, since teringin sgt nk tgk jj melaka yg ko gebang2 selalu tu kan...

Saturday, February 18, 2012

HaPpY, uNHaPpY


Assalamualaikum WBT


Inilah aku, yang keje balik pukul 2 pagi dan bangun subuh-subuh lepas tu pergi padang jogging tapi malas nak jogging. Duduk dalam kereta, rebahkan seat, dengan muka tak bersalahnya pandang dan tengok je orang lain ber'jogging. Termasuk mummy aku yang terjerit-jerit setiap kali melintas kereta 'MALAS! MALAS!' 




Aku dah cakap, aku bukan morning person. Tapi degil bega sangat nak tahan mata pukul 7 pagi padahal bangun paling awal pun selalu pukul 10. PALING AWAL. Kalau paling lambat tak tahulah. Apasal la semangat aku rajin sangat on off sejak akhir-akhir ni. Nak kata datang bulan, due lambat lagi. Ke ada sebab lain macam... alaaah, kalau malas tu malas jugak.




Ok. Penat kerja kot. Padahal aku rasa department akulah yang paling senang dekat kedai tu. Nak penat apa ntah. Datang kerja setengah jam lambat. Balik kerja setengah jam awal. Memang abang apis nano-nano tu abang akulah kan. Selamba. Sorry abang. Ain dah try nak balik lewat tapi dah kerja habis awal nak buat apa stay lama-lama kan?




Gila, kang aku cakap mood aku swing pasal aku dah mula rasa jatuh cinta dan tak dapat mesej 'dia' pagi  ni korang tak percaya pulak. Tapi itulah punca kemalasan aku menjadi-jadi hari ni. Dahlah, bye!








p/s: aku tak mampu nak bayar barang-barang makcik yang beratur belakang aku hari tu, tapi aku bagi dia bayar dulu. rasa-rasa dia hepi tak?

Tuesday, February 14, 2012

MiSsiOn FoR tODaY - AkU naK bUaT OrAnG GeMBiRa


Assalamualaikum wbt eberibody. Aku kan bizi sekarang. Jadi entry dah tak boleh nak panjang-panjang. Jadi kata-kata yang aku nak petik hari ni berbunyi...




Kindness is a language which the deaf can hear and the blind can see 
~ Mark Twain ~



Hari ni aku nak buat baik dekat orang. Kejap lagi aku keluar pegi supermarket, aku nak belanja orang yang beratur belakang aku time dekat kaunter bayaran.








p/s: itupun kalau dia tak shopping pakai troli.

Monday, February 13, 2012

uPdaTe TeRbaRu DaRi maRiKh


Assalamualaikum wbt...


Akhirnya, aku buat keputusan untuk melaporkan keadaan aku di marikh sekarang. Kesian dekat kawan-kawan aku, rindu-serindu-rindunyaaa tapi aku buat dono jew hewhew bagus sangatlah perasan begitu kawan mana entah yang gebang sangat nak rindu aku. Kredit daripada aku start cuti ari tu tak topup-topup lagi u-know.



Jadi lepas final hari tu aku ada masa seminggu je bersenang lenang dekat rumah. A day selepas aku panjat gunung angsi tu, abang apis awan nano-nano-nano-nano-nano suruh aku masuk kerja. Yelah of course aku yang mesej dia dulu tapi taklah penuh pengharapan sangat. Ingatkan cuti sebulan dia tamau ambik aku kerja sekali beliau sempoi je suruh aku masuk kerja jadi takkan nak tolak rezeki duit poket dah datang kan.



Maka sebab itulah aku dah tak ada masa nak kawan dengan lappy lagi. And geng MCC sorry aku tak dapat nak join korang untuk pendaftaran nanti. Dah janji nak date dengan beruang. Eh beruang? Tak bagitahu lagi yang dia tak jadi teruskan PLKN eh? Oh, sebab doktor check dia hari tu and disebabkan condition asma dia yang tak mengizinkan maka dia harus dibawa pulang. Dan sekarang after sebulan lebih kerja dekat kedai abang apis nano-nano tu dia dah berenti and kakak dia continue. Sekian.



Dan update ni pun sebab kebetulan aku dapat off satu hari, so curi-curi online kejap walaupun rasa malas masih menghantui cheh ayaaat menghantui kemain. Ooh, lagi satu lupa nak cakap, minggu first aku cuti tu actually, aku ada tulis satu cerita ni. Kau orang tak tahu eh yang aku ni a day dreamer yang berjaya? Maka fiksyen itu aku siapkan dalam masa lima hari dan tadi baru update dekat belog cerpen aku. Kalau rajin nak baca, kelik sini ye tq.



And to be onest, cerpen ni aku dapat idea daripada cerita dream high. Tapi aku ambik story tentang 3rd couple dalam cerita tu. Alaaa, kan ada aku mention dalam entry sebelum ni. Tapi only 30% aku ambik daripada cerita tu and the rest semestinya idea aku yang memang merapu dan merepek ni yaw. Sekian, jangan sampai geli pulak baca. And don't forget to leave ur comment as well eh. Next cerpen akan menyusul. Of course idea daripada k-pop lagi...huh budak-budak sekarang, plastik sangat.








p/s: tengah struggling untuk kecikkan pinggang. jeans feveret dah tak muat... argghh stress!!!

the history

Followers