Wednesday, May 30, 2012

Mr.FoOd, I uSeD tO LoVe YoU... (butnownotanymore)


In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Peace Be Upon Him, Our Beloved Messenger, Prophet Muhammad SAW
And Peace Be Upon You Too, My Dear Brothers And Sisters,



The Messenger of Allah saying: "No human ever filled a vessel worse than the stomach. Sufficient for any son of Adam are some morsels to keep his back straight. But if it must be, then one third for his food, one third for his drink and one third for his breath."



I am a person with a huge desire for food. Tiba-tiba cakap pasal desire padahal orang tak tanya pun. Okey. Takpe. Takde hal punya. Cause I’m telling you in case that you might ask me in future (or you had already know about that?) Okey. Takpe. Takde hal punya.






Aku tiba-tiba tergerak tulis pasal makan ni bukan apa. Sebab ada satu cerita aku nak bagitau. Tak tahulah lawak ke tidak bagi korang tapi bagi aku memang lawaklah. Minggu lepas, aku pergi satu restoran ni. Nama dia biarlah rahsia ye. Memang ekslusif habes nak cakap budak-budak hingusan taraf-taraf aku ni memang tak layak langsunglah nak masuk. Tapi sebelum masuk tu tak sedar diri lagi. Dengan konfiden nye aku angguk dengan kawan-kawan yakin sungguh lalu kami pun melangkah masuk. Ye kami. Pasal aku pergi restoran tu dengan kawan-kawan aku.




Azab. Ekslusif itu rupa-rupanya memang “ekslusif ya amat”. Ambek hang harga spaghetti sepinggan 22 hengget campur air pisang 10 hengget mana nak dapat? Secret Recipe, Kenny Rogers, Pasar Ikan Manhatan pun aku boleh selamba. Tapi restoran ni memang tak boleh belah betul sampaikan aku balik kolej rasa macam nak solat taubat. Rasa macam dah buat dosa besaq hangpa tau dok?




Tak tahulah kan kalau aku rasa macam tu pasal dah hujung-hujung sem ekonomi dah mula merosot ke apa kan tapi logik la sikit dengan service charge lagi ntah apa yang depa dok service aku haish 36 hengget in total tu aku boleh beli baju raya tau! (kain jela, jahit sendiri) Menyesal? Forget the past. Malas nak fikir dah. Tapi lepas ni, no more makan benda-benda macam tu lagi. Taubat. Sungguh taubat nasuha dah.






And I just suddenly remember something on that day. Lepas balik kolej petang tu aku rasa mengantuk sangat. So aku pun tido. Malam pun aku rasa mengantuk lagi. So aku pun tido awal. Lepas tu hajat nak bangun qiam, tapi terlajak. Subuh je yang aku mampu. Lepas tu, baca ma’thurat pun tersengguk-sengguk. Lagi best, lepas subuh aku pi sambung tido balik. Haaa, ini yang aku kata cerita lawak tu. (sure korang tak gelak) – aku tahu. aku pun tak gelak. Tapi aku define dia lawak sebab peristiwa ni bagi pengajaran yang sangat-sangat-sangat besar dekat aku.




First – Jangan membazir. Kena sedar diri, kena tahu tahap kemampuan sendiri. Kau bukan anak raja, anak tan sri, datuk sri nak belanja duit macam air macam tu. Kalau kau anak raja, anak tan sri, anak datuk sri pun, kau tetap kena berjimat-cermat jugak sebab dalam al-quran ada sebut,



“Membazir itu amalan syaitan”






Second – Jangan banyak makan. Nanti hati gelap tak ada nur. Walaupun makanan yang kita makan tu halal macam Nabi cakap ni:



“Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak (berlebih) makan dan minum, walaupun yang halal. Kerana hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air”.






Third – Banyak makan jugak boleh buatkan hati rasa tak tenang. Apatah lagi kalau makanan tu mendorong ke arah pembaziran (mahal sampai 36 hengget tenang apakebendanya?) Lalu hati pun jadi resah gelisah. Tak tenteram. Tak senang duduk. Gelisah macam orang bercinta. Betul. Sebab aku dah rasa dan aku tahu dan aku bagitahu supaya korang tak buat apa yang aku buat.




Fourth – Banyak makan akan mengurangkan ibadah dan kemanisan dalam beribadah. Simple example macam yang aku cakap tadi la. Dah kenyang, balik bilik, mengantuk tak sudah-sudah. Seronok sangat agaknya syaitonirojim tu bergayut dekat mata aku sampai qiamullail terbabas nasib baik yang wajib dapat diselamatkan. Alhamdulillah. Tapi ibadah pun tersengguk-sengguk. Mana kusyuknya? Mana manisnya? Jadi kurangkanlah makan. Because...



Allah grants this world to those whom He loves and those He does not love but only grants hunger to those whom he loves.






Fifth – Aku bukan nak bersangka buruk dekat restoran tu, tapi boleh jadi ada benda-benda yang syubhah masuk ke dalam perut aku waktu tu so that’s why aku jadi biol for the whole day. Ibadah memang hancus. Syaitonirrojim tepuk tangan dengan gemuruh. Lagi-lagi bila aku dok makan western punya menu. Aaah, logiklah kalau bahan-bahan dia tu ada unsur-unsur syubhah kan. Bukan syu’zun (bersangka buruk). Tapi betul apa. Aku pun bukanlah nak janji yang aku tak akan makan western lagi, tapi insyaAllah lepas ni aku akan cuba elakkan dari makan kat luar. Alaa, bukan tak reti masak sendiri haih.




Sekian. Dah. Aku bukan nak ceramah banyak dekat sini walaupun aku boleh je buat sukahatiaku. Tapi benda yang baik, why not kita share. Aku cerita kesilapan aku, kekhilafan aku, bukan sebab nak bukak aib sendiri, tapi nak bagi pengajaran supaya orang lain tak buat silap macam aku. Aku tulis dengan muka seriyes ni.




Dan tambahan sikit. Rasulullah pernah bersabda lagi, sesungguhnya:



“Berat atau ringannya sakit sakaratulmaut itu bergantung kepada sedikit atau banyaknya kenikmatan dunia yang kita ambil. Jika banyak kenikmatan dan kesenangan dunia yang kita ambil dan nikmat, maka beratlah kita hadapi sakit sakaratul maut, kerana sedih dan sayang untuk meninggalkan dunia yang telah mendarah-daging bagi kita.”



In short, kalau nak senang mati, jangan banyak makan. Peringatan untuk aku, jangan membazir dan harus lebih alert soal halal haram. Pernah dengar kan we-are-what-we-eat? Nikmat dunia ni banyak. Bukan tak boleh ambil, tapi gunalah berpada-pada. Cukup sekadarnya sahaja. Rasulullah sendiri tak pernah berasa kenyang seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a;



The family of Muhammad (sas) never filled themselves with wheat bread three days in a row from the time he came to Madinah until he passed away."



Haa tudiaa budak comey!



Kalau boipren lapaq sanggup kita terkontangkanting pi cari nasi. Kalau dia lapaq, kita pun sanggup berlapaq skali. Tapi kenapa Rasulullah berlapaq kita tak ambik port langsung? Dia bukan kekasih kitakah? Contohilah Baginda, InsyaAllah semuanya indah. Sekian, Assalamualaikum ^_^


Tuesday, May 29, 2012

KaTaKaN TiDaK kEpaDa NaFsU DaN sYaiToNniRrOjiM - ThE DEcLaRaTiOn Of WaR


Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah saw
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, abang2 kakak2, anda sihatkah?



Kalau sihat, jangan lupa...



Kalau sakit pun cakap alhamdulillah jugak sebab itu tandanya Allah mengingati kita dan menyayangi kita.




Aku lupa nak cakap dalam entry aku yang sebelum ni. Kawan-kawan, please jangan jadi macam aku. Aku bukan kawan yang baik. Aku memang tak layak dapat gelaran ‘bestfriend’ dari sesiapa pun because I am really not. Seriously. Kalau nak cakap this-is-the-end-of-our-friendship dekat aku, boleh dipersilakan. I deserve that.




Tapi itu saja. Aku bukan nak cakap pasal kawan lagi hari ni. Tengok tajuk, aku sure mesti ada antara korang yang dok pikir aku nak cakap pasal hawa nafsu, nafsu seks, nafsu nak berlaki dan sewaktu-sewaktu dengannya ye dok? Memang itu namanya nafsu tapi nafsu itu bukan semata-mata ‘itu’ (malas nak ulang banyak kali), tetapi lebih kepada perasaan dalam diri kita yang selalu buatkan kita rasa aman bahagia suka seronok gembira happy habes semua sinonim perkataan aku sebut padahal maksud sama je.




Siapa kata tak ada hadith tentang nafsu? Sabda Baginda Rasulullah, jihad melawan nafsu itu lebih besar daripada jihad di medan peperangan. See? Nak katakan betapa besarnya pengaruh nafsu tu dalam kehidupan manusia sampaikan kau peranglah sekuat mana pun dekat medan perang, tapi kalau kau tak berjaya berperang dengan nafsu kau sendiri, kau bukanlah orang yang hebat.



Jadi, marilah kita...






Aku tak sure aku dengar atau baca dekat mana, tapi seseorang ada menyebut (rasanya imam muda ashraf kot). Katanya, kita ni ibarat dalam satu kapal yang sedang berlayar menuju ke suatu tempat bernama Akhirat. Dan kapal itu sekarang sedang singgah di sebuah pulau bernama Dunia. Nakhoda kapal kita pesan pergilah cari apa-apa bekalan yang patut sebagai keperluan kita bila dah sampai Akhirat nanti. Maknanya, pulau yang bernama Dunia ini bukan destinasi kita. Jadi bagaimana kita boleh rasa senang dan seronok sedangkan orang lain bertungkus-lumus cari stok nak bawa pi Akhirat. Analogi sahaja. Harap hangpa paham noh?




So berbalik kepada nafsu tadi. Kalau nak cerita aku punya sejarah nafsu serakah (saja bagi ayat gempak padahal tak refer kamus dewan pun apa makna serakah), ok kalau nak cerita aku punya nafsu ni, paling simple, SHOPPING! Tanyalah orang perempuan mana pun, weh kalau jumpa yang bukan kaki shopping tu aku salute habes lah. Memang stock idaman lelaki. Kewangan rumah tangga di masa hadapan konfirm terjamin tapi masalahnya percentage dia tu berapa?






Kita ambik ibadah pulak. Katalah kan kita dah niat nak qiamulail ni lepas tu kita pun set alaram. Lepas alarm tu dah bunyi, kita pun dok tersengguk-sengguk kat hujung katil lagi muhasabah (saja bagi ayat sedap lagi padahal termenung je pun), fikir nak qiam ke nak tido. Mata memang berat gila ni. Rasa macam sekontena setan dok bertenggek. Pandang katil luaih (luas) macam padang bola, empuk siap gummy bear lagi. So di pagi-pagi hening begitu agak-agaknya berapa ramai yang berjaya bangun pergi bilik air ambil wudhuk and perform their qiamullail? Nafsu jugak tu.




Contoh lain lagi? Marah-marah time traffic jam dah memang duduk Shah Alam bandaq besaq nak buat camana sabaq saja la tak mau jam pi caghi keja kat lereng bukit sawah padi bendang suma nun. Nafsu nak pandang lelaki. Aigoo, comey gilos hero cerita korea ni aaaw cool dowh dia perform on stage MasyaAllah dia bukak baju pulak pergh abs dia tak boleh tahan (berdarah hidung). Memang tak boleh tahan tengok aurat orang sebut MasyaAllah pulak tu. Eh eh, macam kena kat batang hidung kan? Kena kat batang hidung aku jugak. Sekian.



Yup. This is what I USED TO BE.
Alamdulillah, sekarang tak lagi (kot)



Perempuan. Biasalah. Kita ada berapa nafsu dik? Sembilan nafsu dan satu akal. Ye pandai. Tapi bukanlah semua nafsu itu jahat. Nafsu pun ada tingkat-tingkat dia. Daripada seteruk-teruk syaitonirrojim sampailah ke tahap para Nabi dan Rasul yang serba sempurna subhanallah.




Jadi cara aku senang je. Sebaik-baik cara nak kawal nafsu, PUASA. Ye. Satu alternatif terbaik untuk mengekang nafsu chewah mengekang ayat aku. Nabi pun ada cakap pasal ni remember? Ok, kalau nak cara lain, rajinkan diri beribadah dan jangan tangguh-tangguh. Bertangguh tu nafsu la tu. Nak tips elak bertangguh? Refer entry aku yang sebelum-sebelum ni yang pasal macam mana nak berubah tu. Kalau tak boleh jugak, berdoa banyak-banyak kat Allah mintak dibersihkan hati. 




Ada la tu something wrong somewhere. Pi hantaq workshop, service balik noh. (macam hati aku dah cukup service sangat). Tapi insyaAllah dalam proses lagi. Tengah dok repair la ni. Sebab tu aku post entry lagu ni. Cakap pun suma nak slang utara pengaruh Imam Muda Asyraf dengan Ustaz Don sunnguh. Lain kali aku cakap Nismilan (negeri sembilan) ala-ala Imam Muda Fattah pulak. InsyaAllah kalau berkesempatan.




So in conslusion. Tak ada jalan shortcut nak lawan nafsu ni. Aku cuma berkongsi tips. Bukanlah bermakna aku dah terer sangat nak lawan nafsu aku sendiri. Kita amalkanlah bersama-sama. Ambil yang baik-baik. Mudah-mudahan kita bawak bekal yang cukup untuk ke destinasi kita nanti. InsyaAllah. (muka serius macam budak comey kat bawah ni ^_^)



Hei setan, hang pi main jauh-jauh!



Sekian, wabillahi taufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ^_^


Sunday, May 27, 2012

iT's NoT aBoUt ThE PiCtUrEs, iT's aBoUt Us


IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM RASULULLAH SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



Ibn Hazm said: “Anyone who criticises you cares about your friendship. Anyone who makes light of your faults cares nothing about you.” 



(amaran: entry ini ditulis semalam tapi baru post hari ni. jadi sila jangan fenin. dan entry ini juga sangat panjang. jadi kalau rasa-rasa tak nak buang masa, sila jangan baca ^_^)



Alhamdulillah. Baiti jannati. Rumahku syurgaku. My home my paradise (direct translate teghoih). Tengok muka ayah, tengok muka mak, nothing else to say – GEMBIRA. Adala dalam sejam lebih yang lalu aku sampai. Lepas salam mak ayah, terus terjah dapur cari nasi. Kalahorangsetahuntakmakan. Lauk masak lomak cili api pulak tu YA ALLAH memang inilah syurga. Lepas sembahyang asar terus mintak duit dekat ayah nak beli buttercup. In short, sekarang tengah tunggu kek vanila masak dalam oven. Mengidam tiba-tiba ^_^ tak tahu kenapa. And of course I’m in the kitchen right now. Sekian. Dah. Tamat mukadimah.




Tapi, semalam ada cerita best dengan totally spies. Clover, Alex and Me. Sila pengsan sekarang aku pun tak tahu kenapa tulis macam ni. Ye, semalam after a looooooong period of time, we finally hang out together (sungguh kalau boleh aku nak tambah lagi huruf ‘o’ dekat perkataan ‘long’ tu). And this time around, JUST 3 OF US! Aku tulis capital letter macam nak cakap jangankacaukawanakuduaekoqni kan? Ye. Kalau ikutkan hati, begitulah. But...






Persahabatan itu juga bukanlah sebab kita ingin memilikinya. Tetapi kerana kita inginkan kasih sayangnya tidak kiralah walau di mana pun dia berada.




I used to be in the dark world. Zaman kegelapan. Maksud aku zaman kegelapan hati, kegelapan akal, kegelapan dalam menilai. Aku jadi macam alat permainan syaitonirrojim. Apa yang aku buat, apa yang aku cakap, apa yang aku tulis, semuanya tak berlandaskan iman dan syariat. Sesat habes. Aku main redah je tanpa pedulikan hati dan perasaan orang.




And yes. I am talking about them. Totally spies tadi (haish apela totally spies tak ada katun yang islamic sikit ke?). Sebab diorang yang paling rapat dengan aku dekat UiTM ni dari Merbok sampai Shah Alam, so most of the entries here were talking about them. About having fun together, facing problems, sharing our thoughts, bad talk about each other, sindir-sindir, perli-perli, you name it. They were all here in this blogspot. Kalau rajin carilah. Sebab aku tak pernah padam entry-entry tu semua. And those will be my bittersweet moments that I will never forget. InsyaAllah.




But, these few semesters, which I can say that I regret the most. Don’t know where and when it begins. We were slowy apart from each other. she talked about her. her talk about she. Who said that I excluded? aku rasa akulah manusia yang paling banyak bunuh kawan aku sendiri. Kalau boleh nak je aku menjerit kat diri sendiri BODOH-BODOH-BODOH dua-dua-pun-kawan-kau-la-itu-pun-tak-reti-nak-jaga-ke?





And hey Hani. Eh silap. Assalamualaikum Hani. This is me, Ain Nathasha Omar. Your stupid ex-roomate and your foolish friend (if I can still be considered as a friend).






I was in a great faulty way before. I always do bad assumptions towards you. Talk behind you. I didn’t treat you equally. I didn’t treat you the way I supposed to. Yes. I used to be biassed. I used to hate you as well. I thought that I can understand you the way I understand Haajar. But I was wrong. You both are different. You are different. You’re special on your own way. It’s true that you’re a bit annoying. A bit over. A bit loud. But I am in a BIG regret for covering myself from looking at your good side. Your kindness, your sweetness, your goodness. It's all there. It's all in you.




For me, there’s nothing to make up actually. We all do mistakes. Yang dah lepas tu biarkanlah. As I said just now, let it be our bittersweet moments. From now onwards, I just want to be friend with you because of you. Because that is you. And don’t forget sayang, because Allah want us to. This is all what I’m dying to say. I can’t say it out loud because we know each other kan? Masing-masing nak jaga hati masing-masing. Plus masing-masing nak pegang ego masing-masing. As you said, we’re fergile. Rapuh. Sensitive. Nodding. Yes we are.




So here, I let my heart talks to you. Walaupun tak aci korang boleh baca luahan aku tapi aku tak boleh baca luahan korang but I guess I can be a mind reader. Lepas tu buat assumption sendiri. Lepas tu misunderstand lagi. Lepas tu gadogado lagi. Lepas tu taching lagi. Nay. InsyaAllah. Aku doakan semua tu takkan berulang lagi. Because I...






Patah balik cerita yesterday. We didn’t talk much right. Apatah lagi korang asyik cakap pasal assignment and project korang hew rasa macam nak jerit dari seat belakang tu ‘couldyoucutthosecraps?’ kuat-kuat but it’s ok since nobody can tell how much I appreciate those time we spend together. Lebih-lebih lagi after such a long period of time. Akward? At first it was. In the middle pun it was. Sampailah akhirnya aku berjaya tunjukkan perangai gedik dan annoying aku dekat korang then you know siapa si gedik yang annoying itu kan? The same Tasha that you know 5 years ago.




What? We’ve been friend for 5 years seriously?




Aku tak mintak banyak.
Aku cuma nak korang jadi kawan aku sampai bila-bila.




p/s: btw, we still need to talk face to face. and don't simply judge me from this entry ok. iloveusomuch berapa kali nak cakap ni?

Friday, May 25, 2012

ThaNk YoU ALLAH, FoR gUiDiNg Me,


Bismillahirrahmnirrahim
Assolatu wassalamu ala Rasulillah SAW
Assalamualaikum wbt my dear brothers and sisters,



I had a dinner last night. With this cute and schuweet little girl. Haha, little girl? Because I cant’t accept her statement, I-am-matured-enough. Yalayala macam aku dah matang sangat. Saje nak cari pasal. I know she is.




And it has been a while since we spend our time together minus yesterday night when we have a talk sambil makan aiskrim Trophy Magnum dekat bangku bawah blok-blok Melati ni haa. I really am thankful. The feeling is still the same even I used to tell you about my missing normal kan. Alhamdulillah. ‘that’ normal one, is still there. And now I realized that I should appreciate her more and more. Because my love is getting more and more jugak. Sebabnya? She’s a gift from God. I know.




Jadi, eh dah terlajak mukadimah pulak. Jadi, semalam we’re fasting together. Tak tahulah dia puasa ganti ke puasa sunat rejab ke sunat khamis ke tapi yang penting we were fasting together laa. So we walked. We talked. And we loved that.





Looking at those kicap and sambal you know it Wong Solo kan?
Thanks to the model as well. Then you know who she is. The one I talked about just now.








So dua-dua pun nak makan set pecal lele. 
Tapi tak payah la dua-dua gambar pun nak ada kat sini eh ^_^




Kind of. Semenjak-menjak dah lama gila tak keluar makan sama-sama ni, skill nak buat entry jalan-jalan cari makan pun macam dah tak tahu dia pi mana. Alaa, entry makan je pun. Ada ke sesiapa nak kisah? 




So bercakap pasal kisah, I feel like to tell you this.




At first, aku sebenarnya risau jugak. Sepanjang tempoh masa aku berubah ni, ada la sekali dua aku terfikir, boleh-ke-kawan-kawan-aku-terima-perubahan-ni? Memanglah berubah ke arah yang lebih baik macam tak logik pulak kalau orang tak mahu terima kebaikan kan? Tapi rasa risau tu masih ada. Takut kalau perubahan ni bagi apa-apa effect dekat our friendship ke. Because I used to be kind of 'rock-and-crazy' suatu masa dulu wah suatumasadulu ayat aku, tapi sekarang hew macam mana ntah nak describe. Ok, you judge me.




So kawan-kawan, the choice is yours. I took this way. And if you're with me, then lets walk together. I just want you to know that I'm happy this way and I really want to share it. Paham kan maksud aku? I'm not changed because of you, my parents or the senior which almost makes me commit suicide. Eh? Boleh pulak aku terniat buat kerja haram tu. Ok, even at first memang it was because of him. But now (geleng-kepala-sambil-goyangkan-jari-telunjuk) NOT ANYMORE.




I changed, 
because He wants me to.




Alhamdulillah. Aku rasa perubahan ni taklah sebesar mana. Memang selama ni pun aku pakai tudung, tutup aurat, jaga adab-adab bergaul lelaki perempuan but I can say it was not in a proper way. Masih banyak compang-comping, libang-libu lagi wah keluar ayat kamus dewan aku. Maksudnya masih banyak cacat cela lagi lah. So that, I decided to be BETTER. Dan so, macam mana nak buat? Macam mana nak start berubah?




I'll tell you based on this book.
Which is my daily planner.
And in simple term (I hope).




Pertama sekali. Harus mulakan dengan diri sendiri. Jangan pandai suruh orang berubah tapi diri sendiri dok buat dosa lagi. Sebab nanti orang cakap kita ni cakap-tak-serupa-bikin. And remember my previous entry? Berubah dengan niat kerana Allah swt. Bukan sebab boipren hang suoh, bukan sebab mak pak hang suoh, bukan sebab ustaz ustazah suoh. But because of it's your choice. Hang belajaq tinggi tahu dosa pahala jadi pandai-pandailah pikiaq noh.




Kedua. Berubah sikit demi sikit. Jangan drastik sangat kang apa pulak kata masyarakat. Ok example. Macam aku nak biasakan diri buat solat sunat rawatib. Which is solat sunat sebelum dan selepas solat. Memang setiap fardhu solat kita ada sunatnya. Tapi aku nak buat solat sunat mahgrib je. Waktu lain biaq pi dulu. Bila dah biasa solat sunat time maghrib, aku upgrade pulak solat sunat time isyak ke, subuh ke. Gitew. Taklah orang kata kau-ni-buang-tebiat kan...




Ketiga. Jangan bertangguh. Kalau dah ada niat nak berubah tu, buat teghoih. Jangan postpone-postpone. Jangan hold on or what so ever lah. I always tell you, kalau Allah nak tarik nyawa kita, kalau Allah dah hantar Malaikat Maut datang kat kita, boleh mintak Malaikat tu postpone ke? So in short, jangan bertangguh-tangguh nak berubah. Tapi kalau nak berubah jadi Lagy Gaga tu boleh postpne. Malahan sangat afdhol.




Keempat. Keraskan hati. Err, bukan keraskan maksud dia berubah jadi degil ke apa. Tapi jangan manjakan nafsu. Biasa la mula-mula memang susah sebab kita dah terbiasa dengan tabiat lama. But the key is, jangan mudah putus asa. Buat bersungguh-sungguh. Kalau cara aku, bila malas tu datang, aku bayangkan sebelah aku ada syaitonnirrojim tengah tengok aku sambil gelak-gelak sebab rancangan dia nak sesatkan plan aku hampir berjaya. So aku akan gagahkan diri jugak. (sampai akhirnya aku senyum sorang-sorang macam aku baru lepas berhempas pulas kalahkan setan tu dengan skor 100-0.) - and it works - seriously.




And last. Bila sekali kita dah berubah tu, cuba biasakan. Buat berulang-ulang. Buat setiap hari. In simple word, ISTIQAMAH. Dan cara nak istiqamah? Ulang step yang keempat tadi. InsyaAllah, kalau kita lakukan dengan hati yang rela, tanpa paksaan, tanpa unsur-unsur riak atau nak menunjuk-nunjuk dan sebagainya, yakinlah it will turn out become something beautiful than you can ever imagine.




"Simple" term lah sangat. Ok ok. Maaf panjang lebar entry ni. Harap walaupun tak banyak tapi at least ada sesuatu yang baik untuk dimanfaatkan. I tell you this because I love you. Selamat berjuang brothers and sister! And don't forget,




^_^

Thursday, May 24, 2012

SeBaB aPa AkU bELaJaR?


IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL,
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD SAW,
ASSALAMUALAIKUM BROTHERS AND SISTER,



Salam ya akh.. 
I just want to apologize for unfriend you. 
It's not because that I want to, but because I have to. Asif..



It 24th already. May Mei Mayu. Why you so laju? Tak tahu kenapa bulan ni rasa cepat sangat berlalu. And you can say it's a month already since... nay just forget it. The quotes above I believe it proves enough to shows that how much hurt I still. And the moment I write this entry, those salam ya akhi bla bla bla was already posted around 30 minutes ago. Tru his inbox of course its just that I can't view his wall and recent activities kind of like cacing kepanasan but I HAVE TO KEEP HOLDING ON nak buat apa lagi dah takdak cara len dah.




Sekian untuk introduction yang memang tak berilmiah. Saja tulih omputih takmau bagi nampak kritikal sangat dah budak ni punya lovesick kan kemain. Sesungguhnya aku terpaksa buat macam tu pasai takmau bagi tangan aku ni dok gatai stalk page dia tiap-tiap hari so kalau dah unfriend tu takkan nak add balik kan. Just because I feel a bit guilty so that's why I ask him for forgiveness takut dia salah paham pulak kang. Kot laa.




Ok dah so,


‎"...belajar tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran..
hidup tanpa matlamat ibarat perahu tanpa haluan..."
(sounds like tibe-tibe kan)


Dan alhamdulillah, aku baru selesai bab satu dan bab dua proposal untuk tesis aku. Tinggal nak print dan hantar dekat supervisor besok. Alhamdulillah once again. Thank you Lord for ease my way. Wish it become become easier day by day. Definitely it still requires a tons of effort mana ada jalan senang nak berjaya kan? But don't forget we have HIM. And He's The Best Helper as said in Al-Imran : 150








Jadi apa yang aku nak cakap sebenarnya? About knowledge definitely. Walaupun aku ni bukanlah pandai mana tapi aku cuma nak kongsi satu tips di sini. Tips atau lebih tepat lagi adab dalam menuntut ilmu. Bila aku cakap satu tips tu maksudnya SATU jela eh. Sebab Nabi cakap.. 








Oleh itu, adab menuntut ilmu itu ialah (google lah banyak mana pun korang akan jumpa tips yang pertama which is,) PERBETULKAN NIAT. Sebelum belajaq, betulkan niat. Bukan belajar je actually in everything we do. Set our heart. SAHAJA AKU BELAJAR KERANA ALLAH TAALA. Bukan belajar sebab nak dapat anugerah dekan. Bukan belajar sebab nak dapat 1st class degree. Bukan belajar sebab nak bangga diri dengan orang nanti dapat kerja hebat. Gaji besar. Beli kereta. Beli rumah. Atau juga sebab nak jumpa boyfriend mentang-mentang satu kelas kan hamboih... TIDAK SAMA SEKALI. Kalau niat macam tu, macammana ilmu nak berkat. Sudahnya apa pun tak melekat.




Nak ambik wudhuk kita berniat. Nak solat kita berniat. Nak puasa kita berniat. Nak musafir kita berniat. Banyak lagi amalan-amalan seharian kita yang selalu kita mulakan dengan niat sama ada kita sedar atau tidak. Jadi kenapa tidak, tengah siap-siap waktu pagi sebelum keluar nak pergi kelas tu niatkan kerana Allah taala. Balik kelas, nak start buat assignment, duduk dekat meja study dengan niat kerana Allah taala. InsyaAllah, setiap amalan baik yang kita lakukan, akan menjadi ibadah dan ibadah tu kan ganjarannya pahala. Kalau dalam perjalanan kita nak ke kelas tu tiba-tiba (katakanlah tiba-tiba eh) ajal kita sampai, dapat title syahid. Mati di jalan Allah. Ganjarannya lagi? Syurga yaw. Eh, yaw pulak. InsyaALLAH.




Dan jangan lupa. Dalam menuntut ilmu, atau dalam apa sahaja majlis yang berunsurkan ilmu, malaikat akan sentiasa memayungi kita dan mendoakan kita. Nak niat belajar untuk dapat dean list bagai-bagai sume tu tak salah. Cuma jangan jadikan dia sebagai matlamat utama kita. Sertakan dengan usaha dan keyakinan kepada Allah swt. InsyaAllah, dunia dalam genggamanmu.






Thank you for reading. Kan aku dah mention tadi aku nak bagi SATU point je. Point-point lain hang pi google sendiri noh. Toksah dok sengih-sengih baca tulisan aku skema lagu ni. Memang aku skema semenjak-menjak buat proposal ni soh whut? 




Sekian. Ni pesanan untuk aku sebenarnya. Kalau hangpa nak ambik, ambik la yang baik-baik saja. Yang tak baik, biaq pi... ^_^ Assalamualaikum wbt~

Monday, May 21, 2012

Hey, It'S ReJaB


Bismillahirrahmanirrahim
Solawatuwassalam ala Rasulullah SAW,
And Assalamualaikum peeps!!!




Setelah sekian lama asyik dok letak gambar google je dalam entry kan, jadi sempena malam yang barakah ini aku menggigihkan diri capai kertaih (kertas) A4 hok kaler hitam yang konfirm tak bulih nak tulis nota tu dan capai liquid paper maka akhirnya...!!!




motif sangat nak cover muka kan




Well, tak payah nak terbitkan isu aku tunjuk muka ke tak sebagai manusia biasa sudah semestinya aku bukan artis dan semestinya tak ada siapa nak kisah dan berbalik kepada point utama HEY-IT'S-REJAB. Seronok kawan-kawan kat pesbuk suma dok update status cakap pasal bulan Rejab, fadhilat bulan Rejab, doa malam Rejab, moh puasa satu Rejab hai, satu Rejab je ke yang afdhol puasa? Haaa, begitu kau kemain emosi membuak tiba-tiba.




Tapi apa-apa hal pun, kita baca doa dulu noh,








Dan baca niat untuk berpuasa Rejab besok,




SAHAJA AKU BERPUASA REJAB SUNAT KERANA ALLAH TAALA




Yang ni tak ada gambar. Eniwei, nak tanyalah. Yang semangat sangat nak puasa sunat Rejab tu puasa ganti dah habes khatam finish oredi ke? Yang dah settle tu Alhamdulillah dan tahniah la ye. Yang belum lagi tu, segera-segerakanlah. Takut tak sempat nak ganti puasa nyawa pun hilang wallahualam. Jodoh rezeki ajal maut semua di tangan Allah lagipun kan sunah mengingati mati so aku ni mengingatkan saja. Janganlah sentap. Dahulukan yang wajib. Jangan excited sangat nak puasa sunat tapi wajib tak buat. No point yuno!




Dan kalau nak cerita fadhilat-fadhilat Rejab ni nescaya akan panjang dan lebar dan lapang dan luas entry aku ni nanti. Dan kalau nak cerita puasa di bulan Rejab ni bukan 1 Rejab sahaja afdhol puasanya. Pendek kata tersangat banyaklah benda kalau nak cakap pasal Rejab ni. Tu belum masuk cerita Isra' Mikraj lagi. Cerita solat fardhu 50 waktu jadi 5 waktu lagi. Cerita Perang Tabuk lagi. Haish, boleh kalah panjang proposal aku kang bab satu pun tak siap lagi hew selamba kan. Tapi gistnya, bulan Rejab uniknya pada 27 Rejab which is peristiwa Isra' Mikraj tadi. Then bulan Syaaban fadhilatnya dengan Nisfu Syaaban dan Ramadhan semestinya dengan Lailatul Qadar.




Apa lagi? Bonus 3 bulan berganda sudah pun tiba. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. (macam promosi iklan pulak kan). Ye. Tak kisahlah. Yang penting marilah kita sama-sama perbanyakkan amalan dalam ketiga-tiga bulan tadi dan kalau boleh sampai puasa 6 nanti. Eh, kalau boleh sampai bila-bila laa. Gitew kan. Barulah kelaskaujah. Belum raya dah dapat bonus.




Sekian. Nanti-nanti kita borak pasal Rejab lagi okeh. Proposal dah panggil. Selamat berpuasa semua. Assalamualaikum. 

Sunday, May 20, 2012

aKu bUkaN LaGi FoReVeRaLoNe



In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful,
Peace be upon him, Rasulullah SAW,
Assalamualaikum wbt



Aku berdiri sebelah mak. Aku perhatikan je mak masukkan benang mesen jahit tepi tu satu persatu. Bila sampai part nak masukkan dalam lubang yang kecik-kecik tu, aku akan take over. Mata mak dah mula rabun. So kalau nak jahit, mesti ada cermin mata. Tapi sebab aku ada kat situ, maka aku harus jadi cermin mata mak. Satu benang siap. Mak teruskan dengan benang kedua dan ketiga. (Siapa tak tahu mesen jahit tepi ada tiga benang angkat tangan!)




Dan aku senyum pandang mak. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah diri sendiri, jahit pandai, masukkan benang pun tak tahu. Sedih.




Ocha: Menyusahkan mak je.

Mak: Nak tutup aurat anak-anak. Tak apa.




Seriously! Ini bukan dialog rekaan ok. Aku rasa macam nak nanges time-time tu jugak. Haish, mak ni suke tau buat babak-babak air mata macam ni. Dan lepas tu mak pun selamba jahit tepi bahagian bawah jubah aku tu. Padahal aku mintak tolong mak masukkan benang je. Bila aku cakap tak payah, aku boleh jahit sendiri, mak cakap aku jahit tak cantik. Amek kau kena sebijik. Sudahnya mak aku jahit semua. Aku tercegat je kat sebelah mak sampai habes.




Ocha: Mak, along rasa macam nak pakai tudung labuh balik la.

I don’t know why out of the blue I mentioned that. Tapi muka mak selamba je. Tak terkejut, tak pelik, tak de perasaan.

Mak: Tudung labuh ke, tudung tak labuh ke, tu tak penting. Yang penting jaga hati. Elokkan akhlak. Kau nak pakai tudung apa kau pakailah. Jangan tak pakai tudung langsung sudah.




So how? The power of mother. I don’t know if she's also one of the stalker of this my anameku.blogspot as well but somehow I feel like she’s kind of know everything about my thoughts. I was surprised last night. Seriously. And the conversation dekat mesen jahit tu, she even mentioned about the ‘Ustaz’ dan aku terus macam wow-mom-you’re-amazing. Macam mana mak tahu ni?




Ok then aku dengan pasrahnya pun bercerita and I end up with, biarlah-mak-selagi-along-tak-naik-pentas-konvokasyen-tak-ke-mana-perginya. Mak angguk saja. Dan senyum. Dan aku pun senyum. Seriously, even right after the end of my last semester nanti kalau ada orang masuk meminang, kalau soleh orangnya, kalau baik akhlaknya, aku terima terus. Tak payah tunggu graduation day. Kau tahu yang aku memang tengah berada di tahap hukum-wajib-kahwin kan sekarang. Entah. Yeke? Suka-suka je aku letak hukum sendiri. Nah sabda Nabi SAW,




"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya." 




Tapi kalau dah sampai tahap aku berpuasa setiap hari tu macam mana? Tak wajiblah. Kalau wajib tu puasa pun tak jalan. Jumpa tok kadi teghoih. Cuma kan dulu-dulu laaa, aku pernah berada dalam dilema macam ni...




Satu. Patut ke aku layan je perasaan ni dan teruskan angan-angan dengan bayangan yang memang tak masuk akal tu semua. Aku bayangkan aku kahwin dengan dia. Aku nak didik anak-anak aku jadi soleh dan solehah. Memang murni sangat impian aku. Tapi merepek! Aku tahu itu mainan syaitan.




Dua. Aku pernah dalam dilema untuk buat tindakan berani mati. Kalau tiga hari istikharah aku ni tak dapat ketetapan hati, tak nampak petunjuk, aku akan minta Ustaz Muhammad, ustaz yang aku kenal dan agak rapat dekat sekolah aku tu jadi orang tengah. Jodohkan kitorang kalau boleh. Lagi merepek. Takkan nak kahwin sekarang?




Atau tiga. Lupakan dia. Focus on TOP PRIORITY – Study –Family – Worshipping Him. Solehahkan diri sendiri dulu baru layak nak berdamping dengan orang soleh. Dapatkan title pelajar cemerlang baru layak nak berpasangan dengan pelajar cemerlang juga. Dan paling penting, utamakan family.




Dan aku pilih yang ketiga. InsyaAllah doakan aku semoga istiqamah begini.




Eh, aku cerita pasal mak aku kan tadi?




Ok, sekian . Walaupun dulu aku selalu rasa aku ni loser sangat foreveralone bak kata orang kan tapi sekarang baru aku sedar bakdatang kau mana foreveralone. You never alone as long as you have Allah by your side. Lainlah kalau kau tak percayakan Allah kan. So, in short...








and








Thursday, May 17, 2012

a fOoLiSh JuNiOr wHo HaRd tO FoRgEt HeR sENiOr





In the Name of Allah,
The Most Gracious, The Most Merciful,
Peace Be Upon Him Rasulullah SAW,




And peace be upon you too,

The theft of my heart,

For being someone who captured my eyes,

I am thankful to you,

For being someone who opened my heart,

I am thankful to you,

For being someone who did a great caliphs duty on Earth,

I really am thankful to you,

I can't effort to forget you, but I'll try,

As hard as I can,

As much as I could,

I can't help to not to stalk you, but I'll try to end it,

With 'unfriend' with you,

With forgo everything about you,

You know that I merely understand about this feeling,

I can't even figure out my own heart,

Static, statue, like a fool,

Though it's hurt, but I am still thankful,

I am still  grateful,

To have you as a person I loved,

And really,

I wish nothing between you and me,

We're not even friend, we're not even couple,

We're just a two people who knows each other,

And that's it...

Au revoir~






Dan lega. I said what I feel like to say. And at last, I hope this can be the end of my sickness. End of my hardness. End of the moment I've gone thru. Feeling like a crazy head. And I hurt a lot of people around me with my weird acting as well. I can't help it. But I also can't pretend. Thus, I'M SORRY. BIANE. GOMEN. LO SIENTO. Dan SAYA MINTA MAAF.




Yes. It was him, the one that I talked about (above). The senior who made me go insane these few weeks. I lost my words. Kenapalah dalam ramai-ramai manusia yang aku jumpa, I end up falling in love with him. Tapi tak apalah. Insane-insane pun, crazy-crazy pun, I end up enhance myself with something precious and worth. Sampaikan roomate dah join sekali pakai stoking pergi kelas. And she even told me her intention to wear tudung labuh. Alhamdulillah. That's the positive effect he brought!




But those who knows me, inside and out, they would say that I'm not that kind of person who can forget easily. Recent update, I heard that he already has someone in heart. I heard as well that girl is someone from 'utara'. And worst, I even heard that he's getting engaged. Pengsan. (Gimme 30 minutes breath taking) To be honest, those 'heard' hurt me so much. But somehow, it does make sense. We're like a pauper and prince. Macam fairy tale. Sounds funny but it is true. So there's no other way. I will keep holding on and have faith on Him. Because love is the hardest thing to predict on Earth.







p/s: semoga zaman pathetic aku khatam dengan cepat.

Wednesday, May 16, 2012

uR aURaT iS nOt FoR pRoMoTiOn


wanita..

jangan kau robekkan maruah dan keperibadianmu yang sangat tinggi nilainya dengan ditayangkan ke sana sini, cukuplah apa yang digariskan oleh Islam iaitu wajah & kedua belah tapak tanganmu, garisan manhaj Islam itu ada kemanisannya, cuaca panas, rasa kuno dan perasaan angkuh dengan kecantikan yang diberi, harapnya bukanlah alasan untuk aurat-auratmu ditadahkan pada pandangan mata lelaki yang ketagihkan dosa..tutuplah selagi ada masa..takut nanti tak terjumpa jalan ke syurga,jalan neraka pula yang menanti diri-dirimu.....^_^



In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful,
Peace be upon him, Rasulullah SAW,
Assalamualaikum wbt,



Tersenyum aku melihat status si dia. Bertambah rasa cinta, menyemai kekuatan iman di dada. (pengsan baca tulisan sendiri). Walaupun hakikatnya memang betul. 'Sakit' aku belum sembuh lagi. 'Normal' aku masih tak dapat dikesan lagi. Aku pasrah dan redha saja bila classmate aku tegur semalam. (memang classmate aku sangat concern hari-hari mesti ada nak tegur). Katanya, you're-acting-weird. Kau-ok-ke? - Nodding. Smiling. I'm totally fine. But in different way. My own way. The way that I choose. The way He wants me to choose. Allahu akhbar. I can say this is such a miracle. Not that BIG MIRACLE  macam wahyu turun dari langit ke apa kan, but still it was pretty much affected on me. Pretty MUCH ~




Iklan sekejap sebab mood jiwang tiba-tiba.




I was admired with this statement. Katanya, dia tak mahu perempuan yang bertudung, tapi mahu yang menutup aurat. Boleh bezakan tak? Perempuan yang bertudung memang banyak. Ramai I mean. Alhamdulillah. Tapi berapa ramai yang bertudung dan menutup aurat? Ye. Memang aku suka cakap pasal tudung-tudung ni. No offend please. But this is part of my duty jugak. In the mutual teaching of Truth and of Patience and Constancy. (surah al-asr, 3rd verses). And since my eyes can't stop looking around, observing and thinking, as I used to said in previous entry, depa ni bukan tak tahu guideline yang Allah tetapkan dalam menutup aurat, tapi lagi suka dok buat pekak, buta, bisu. No offend lagi sekali. Aku juga pernah sesat begitu!








"And tell the believing women to lower their gaze (from looking at forbidden things), and protect their private parts (from illegal sexual acts, etc.) and not to show off their adornment except only that which is apparent (like palms of hands or one eye or both eyes for necessity to see the way, or outer dress like veil, gloves, head-cover, apron, etc.), and to draw their veils all over Juyubihinna (i.e. their bodies, faces, necks and bosoms, etc.)..."

An-Nur verse 31




Suka aku main highlight-highlight sekarang ni kan. Ye. Memang. Saja nak kasi mata aku yang dah mula start main-main-rabun dengan aku ni jelaih (jelas versi utara) sikit kang nanti senang aku nak refer kalau tiba-tiba syaitonirrojim datang nak bawak aku ke jalan kesesatan kembali kang. Nauzubillah. And because all these times I do aware and knowledge about it tapi sengaja memilih jalan kesesatan, jadi janganlah hangpa pun dok jadi macam aku - dipersilakanlah kembali ke pangkal jalan. Ingat apa yang ustaz ustazah kita pernah dok ajaq time skulah dulu. Walaupun tak skulah agama tapi mesti ada skulah KAFA pakai baju putih kain hijau kan?








Pakailah tudung ikut guideline al-quran. Tundukkan pandangan. Tutup semua anggota badan melainkan muka dan tapak tangan. Dan LABUHKAN TUDUNG. Just LABUHKAN je. Ada al-quran mention suruh pakai tudung bulat yang hok jahit kat tengah tu? Tak ada. Jadi kalau nak pakai shawl silakan. Nak pakai tudung segera, tudung express, tudung Indons dan adik-beradik dengannya silakan. Nak pakai tudung bawal silakan. Nak ikut gaya Yuna, Hana Tajima, Diana Amir juga dialu-alukan. Dengan syarat LABUHKAN menutup dada dan pastikan ia TIDAK JARANG.




Aku tak rasa dua syarat itu susah. Cuma lagi cantik kalau dipadankan dengan baju yang longgar. Tutup punggung. Tundukkan pandangan. Tak ada istilah nak jadi ustazah dekat sini ok! Kalau mak ayah kita tak kasi buat itu ini, pasti ada sebab. Allah buat guideline macam tu juga pasti ada sebab. Muslimah's beauty is not for promotion. Not for attraction. But special, exclusive just for him entitled your husband. Kesian kat laki hang dok tengok benda yang orang lain dah tengok dulu. Tak ada yang special dah. Gomen.








Malaysia memang panas. Biaq pi. Do you have any idea how hot there in Neraka Allah? Orang nak pandang sinis dekat kita. Biaq pi. Asalkan Allah pandang kita dengan pandangan rahmat-Nya. Orang nak cakap kita kuno, tak up-to-date. Biaq pi. Tanya dia balik, iman-hang-dah-up-to-date ka? Subuh pukui berapa tadi? Jangan bagi alasan belum-dapat-hidayah. Tu lagi kuno! Lagi tak up-to-date. Sudahlah. Korang mesti nak cakap aku poyo tulis entry macam ni kan? Fine. Memang aku poyo! Tapi aku bukan munafik. So mana lagi best? Jadi poyo atau jadi munafik? Ok bye!




Nah. Bonus!


Sekian,
Ambik yang baik-baik sahaja ya,
Yang tak baik, biaq pi




p/s: memungkiri janji juga tergolong dalam ciri-ciri munafik. tapi aku bukan mungkir janji, cuma postpone janji. hani cepat date nanti ada orang update status perli aku! sentap~

the history

Followers