Thursday, June 14, 2012

LeT's S.M.I.LE wiTh IrMa HaSMiE aNd Me ^_^


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM DEAR BROTHERS AND SISTERS



I bought this book. During the gab between IS and IBM class this morning. Lama sangat. Dari pukul 9 sampai pukul 12 takkan nak duduk kat kenanga kot? (geleng-geleg kepala) So, I went to MPH SACC Mall. Alone. Sebab dah tak tahan sangat memang dah lama mengidam nak beli buku ni.



SMILE 
by Irma Hasmie and Zamri Mohamad



I don’t know why. Perhaps because of the writer? Perhaps because of the illustration? (Irma-sangat-comel-at-the-first-glance). But I’m not that eager to search for it until I read the preview about this book at this one blog. (Can’t-recall-whos’-blog-is-that) but I can’t wait to grab this book and make it mine...haha. Macam budak-budak punye perangai tak gheti sabo.



But at last...



IT'S HERE ON MY TABLE...!!!





For something simple and motivated like this, RM13 is more than worth. Tak habis baca lagi. Till now, (I-read-4-stories-already) all I can say is, this-worth-buying-item, you must have it! Beli la di kedai buku berhampiran kalau malas sangat boleh pinjam kat aku takdehal sharingiscaring kan?




Jadi cakap pasal sharing, aku pun naklah sharing-sharing sikitlah cerita dalam buku ni,




Kisah 1: Meraikan Jemaah Syurga


I was touched with this story. It tells about how to give an advice, how to create difference and how to spread the love of Islam with the finest way. I agree that not everybody can accept advice or listen to other’s opinion. Different age, different level of mind, it requires different method. So this story made me thought that, ‘Aaahh, I shall choose the best word and the best term in order to convince others’ 



InsyaAllah, I’ll try it in future. And at the end of it, there’s a note saying;



“Ada orang merindui kamu. Walau dia tidak pernah bertemu. Kerana cinta dan kasihnya kepadamu. Lalu dia menyatakan rindu. Dia bertanya di mana kamu. Itu rindu Nabi Muhammad kepada dirimu. Di hadapan sahabat-sahabat agung. Dirimu masih menjadi sebutan di bibirnya. Ada orang jauh menunggu dekat. Mahu bertemu diri yang satu. Jemaah syurga itu adalah kamu.”



And my tears falling down. I miss you ya Rasulullah.






Kisah 2: Murah dan Mahal Tetap Sama


The story about twin sisters, which has been given a palaroid camera each by their mother. But the younger one did not satisfied with hers' because the camera looks cheap and smaller compared to her elder sister. Then their mom asked them to take the most beautiful scenary and show it to her. The younger one refused. And the mother ask her why? Suddenly the younger sister took the picture of her mother and said,



“Kerana ibu lebih cantik berbanding apa di luar sana.”



Subhanallah, isn’t that story make us think and look back to ourself. We always have the tools. Put aside the prices. It’s just the matter of how we use and utalize it to make it benefit to others. For example,



“Aku tahu aku punya blog ni bukanlah ramai follower pun. Tapi, daripada aku letak cerita-cerita yang tak berfaedah, lebih baik aku share sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain baca. Walaupun sikit, at least yang sikit tu berguna daripada merepek panjang tapi tak ada point. Am I right?”



Then I’ll make it extra beneficial next time. InsyaAllah.






Kisah 3: Siapa di Dalam Sana?


Special for those who have no confidence about themselves (including me myself). And the best way to search it just think about your mother and father. What are their capabilities? And list them up as much as you can. Then you’ll know, those are you yourself and remember the best quotes from Irma,



“Dalam diri, kita membawa bersama personaliti ibu dan ayah. Sama ada satu ataupun beberapa personaliti. Personaliti ini dipelajari sepanjang kita membesar. Personaliti yang positif membantu pembinaan karakter diri kita dan memberi kesan kepada dunia orang lain di sekeliling.”



And at this stage, I was thinking – tak-sangka-kak-Irma-ni-boleh-tahan-jugak-eh-skill-menulis-dia. ^_^ kagum!



Kisah 4: Anak Tangga, Semakin ke Atas Semakin Jelas


I have a dream. You have a dream. We all have a dreams. But how we achieve our dream? The analogy is like a stairs. It's ascending and always have another stage to climb. Thus in our life, in order to reach our dream, we always need to plan another strategy after each we have decided. It may takes a while for certain strategies. But the other one may takes longer than we predict. Just don’t stop and give up. Patient is the key!



Mine...? - I just want to make my parents PROUD to have me as their daughter. 
(tak-ada-kena-mengena-dengan-kisah-anak-tangga-tadi-hehe)






So, basically, I am more than satisfied with this book. Tak tahulah kalau actually aku ni bias dengan Irma Hasmie tu ke...^_^ Well, she’s quite inspiring. 






Dah lama aku update dengan perkembangan dia. Mostly on facebook and twitter. Aku kagum dengan perubahan dia. Dia berubah bukan setakat berubah yang biasa-biasa. Bukan macam artis lain yang berubah tapi setakat ‘berubah’. She was awesome and really shows her efforts in dakwah. Irma active in taking chances to spread the Islamic thoughts and share it with others. And this is what we need in our society. Wardina pun inspiring jugak tapi she’s the way more matured and lebih ke arah ibu-ibu gitew. Anyhow, I respect them both. 






And at the same time I always cemburu dengan Siti Khadijah r.a jugak kerana beliau merupakan permaisuri di hati Rasulullah saw - wish I could be like her - (inprogress) InsyaAllah, sama-samalah kita contohi mereka. 






Itu baru layak dipanggil Idol ^_^ 
With that, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
SMILE!



Tuesday, June 12, 2012

iT's jUsT a sMaLL TiNy LiTtLe ThiNg


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selawat dan salam atas Nabi junjungan Muhammad SAW,



Aku senyum lebar sekarang. Rasa di hati semakin hari semakin lapang. Sesungguhnya tiada siapa yang Maha Melapangkan melainkan Dia kekasih aku satu-satunya, ALLAH SWT. Alhamdulillah, selesai presentation Information System tadi. Nasib baik leader tukar turn presentation dengan group kedua kalau tak, konfirm postpone presentation tu hari khamis. (Yaw, I prefer to be the early one so that I can breath early jugak) Eh, hari-hari pun nak cakap pasal assignment, presentation, test bagai ni, perlu ke? ^_^ Gomen, gomen. Ok meh kita borak-borak pasal benda lain ye.





Pagi tadi sebelum pergi kelas aku post picture ni dekat wall fesbuk.





Boleh baca kan? Kalau tak boleh, aku post lagi satu versi belog punye... Kejap eh,






Haa, line clear kan? Alhamdulillah, bersyukur Allah masih pinjamkan nikmat melihat itu. So basically that was what I did this morning. Sebab quotes tu macam best je bila pagi-pagi bangun pagi, rasa malas, rasa lemau je macam beskot hup seng yang dah lemau cicah dengan air milo lalu bertambah-tambah lemau wah kemain metaphor aku lama tak tunjuk skill berbahasa kan...^_^ Gomen lagi sekali.




Ok jadi rasa semangat pun terus datang bila baca quotes macam tu di pagi hari. Dan sambil dengar MP3,  melangkahlah saya menuju ke bustop sambil standby duit RM1 kat tangan sekali nampak bas UiTM sedia menunggu, jimat duit seringgit syukur ada bas free.




Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan nak pergi lunch dekat DC tengah hari tadi, aku tiba-tiba tergerak dalam hati, "Eh, pagi tadi sebelum keluar bilik dah niat dah nak buat sesuatu untuk orang lain tapi sekarang dah tengah hari aku rasa macam aku tak buat apa-apa pun." Haaa, dalam hati aku cakap macam tu tau. Puas aku fikir nak buat apa? Nak belanja orang makan kang nampak sangat macam pelik tibe-tibe terbaik hati nak belanja orang macam buang tebiat ye tak? Pernah jumpa orang macam tu? Okei maybe la ada tapi normal people don't do that kan?




ok, saje letak sebab boring tak ada pictures ^_^



Dan sampai ke sudah aku tak tahu nak buat apa. Sampai aku pergi kelas retailing petang tadi pun Ya Allah kalau selasa petang je memang aku akan kehilangan lemak paling kurang 3 kilo waaah kemain yakin aku 3 kilo. Sebab dari kenanga aku akan pergi ke Fakulti Bisness dan naik tangga sampai tingkat 7 dan bermandi peluh seperti membanting tulang di sawah. Respiration system pun akan melonjak naik. Tatabahasa akan jadi tak betul bila bercakap. Basically, that is my weekly-tuesday-routine. 





Eh, ini bukan merungut tau. Aku menyatakan syukur sebab menuntut ilmu itu kan fardhu (wajib) bagi orang muslim, maka semestinya kita akan mendapat pahala menunaikannya sebab dalam bab al-ahkam ilmu usul fiqh ada mengatakan begitu. Haaa, jadi menuntut ilmu itu bukan sunat, bukan makhruh apatah lagi haram. So bila hukum dia wajib, bila kita buat perkara yang wajib, kita mesti dapat pahala. Lagi jauh kita berjalan mencari ilmu, lagi baaaaanyak pahala yang kita dapat...hehe, Lupa dah nak cakap apa tadi?




Oh, dan sebab semua orang pun termengah-mengah bila sampai dekat kelas, maka berlakulah penghidratan wah keluar istilah sains tibe-tibe. Kesian weh kawan-kawan aku muka semua macam mandi waterfall. Ok, aku pun. Nampak pulak dekat tangan aku ada botol 100 PLUS. Sejuk lagi tu. Haaa, ambek kau sorang-sorang teguk sampai at last tinggal betul-betul 2 inci dari aras laut eh dari aras bawah botol tu. Kau rasa-rasa apa perasaan aku masa tu?




Weh, aku pun naik tangga jugak taklah tibe-tibe ada telekopter doraemon yang boleh kasi aku terbang senang-senang kan. Peluh aku pun mencurah-curah ke ladang gandum kot. Kalau dulu-dulu, masa aku normal begitulah yang aku akan cakap. Tapi tadi, botol 100 PLUS yang kecik tu, boleh buat dahaga aku hilang walaupun berapa teguk je yang sampai kat tekak. Sebab tak tahulah, mungkin itulah 'little things' yang boleh mengisi 'biggest part' of their heart. Mungkin seteguk air tu sudah menghilangkan dahaga mereka dan membuatkan mereka rasa gembira. Pelik juga kenapa aku tak rasa nak cakap weh-kau-nak-kau-pergi-beli-sendiri-laa! 






Well, itu namanya kuasa Tuhan so aku tak tahu nak komen macam mana. Pelik. Seriyes, perangai normal aku dulu bukan jenis macam tu. Kedekut ya amat. Berkira ya amat. Paling-paling kalau aku bagi pun tapi dalam hati aku mesti menyumpah sakan. Haish, I really had no idea where's my 'normal' being. Sampai sekarang masih tak dapat dikesan. Dah boleh buat report polis belum? Dah lebih 24 jam dah ni.




Jangan berkira sangat dengan oranglah. Kalau tak, Allah pun berkira nak bagi rezeki dekat kita nanti tau~

Monday, June 11, 2012

PoSiTiVe ThOuGhT aPpEaRs


IN THE NAME OF ALLAH 
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD, RASULULLAH SAW



Once again Alhamdulillah, my chapter 3 proposal is finally done. Presentation retailing pun done. Tunggu presentation Information System besok which I really feel like Alhamdulillah seriously rasa lega sangat sebab kebanyakan perkara dalam list-to-do sudah 70 peratus selesai. Minus isu tak-tahu-nak-praktikal-kat-mana-lagi. Hmmm, yang tu susah nak cakap. I got no feeling towards that. 




Merepek juga APB ni tak mahu bagi student dia praktikal kat tempat sendiri padahal student dia la yang aku rasa paling universal sekali mana-mana department nak masuk pun boleh, administration boleh, editing boleh, publishing boleh, translating boleh, writing boleh, belum masuk skill minor yang marketing, management, retailing tu semua. Haish, semput aku rasa itu pun susah sangat nak lepaskan apa anak emas sangat ke student APB ni?




Haa, ambek dah lama rasanya aku tak tulis entry yang emosional macam ni. Saje la tu, Nak bajet-bajet marah konon geramlah sangat padahal sebenarnya aku ok je. Dah lama pasrah dah sebab second half-semester ni bila hati semakin tenang jadi semua benda pun boleh dilihat sebagai positif. It's true that I'm quite annoying with the decision earlier tapi sekarang aku-dah-lama-pasrah-dah. Tak payahlah sampai nak bergaduh dengan dekan, nak sumpah-sumpah dekan apa sume. Itu pasal la tak berkat macam mana nak dapat dekan?




Oh bercakap pasal dekan eh bukan-bukan, bercakap pasal list-to-do yang dah hampir siap tadi, aku terus teringat nak buat sesi luangkan masa dengan kawan-kawan. Nak jalan-jalan cari makan tapi term tu macam err, term zaman dulu-dulu pulak rasa so instead of that kita tukar dia jadi sesi mengeratkan ukhuwah...hikhikhikseramayatakunih. Dan sempena study week yang bakal menjelma ni. Sempena sem depan saya takkan berada di sisi anda lagi. Sempena musim rindu-rinduan yang bakal menjelma nanti. (kalauakulayakdirinduilah). Aku nak la spent time dengan rakan-rakan sebaya. Alert the name, Haajar, Hani, Linda, Lydia, Fara, Mimi, Yaya, Roy, Zura and Fay! Phew... Anytime ok. Just name it. At least minum ABC dekat DC pun jadilah ^_^




Dan insyaAllah, khamis malam jumaat ni ada majlis baca yaasin dan solat hajat anjuran tidak rasmi MCC dekat blok aku ni. Tapi dekat bilik orang lainlah. Bilik aku santek sangat tak appropriate for that event. Jadi sesiapa yang berkesempatan, dijemput hadir. Ada makan-makan juga. senyum-bahagia-bila-mention-pasal-makan. Harapan paling besar, mintak-mintak bulan tak mengambang. Ok itu saja.




Sekali lagi entry yang tak berapa nak berilmiah. Belum terfikir topik-topik yang sesuai nak post dekat sini. Ada yang umum, umum sangat. Yang sensitif, sensitif sangat. Sudahnya, keluar la entry macam ni.



Saya memang pendiam lately... 
Tapi for those I've mentioned above...



Ayat yang last tu GIST dia okeh ^_^



Sekian dulu, InsyaALLAH, ilham itu akan tiba. 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sunday, June 10, 2012

BeRtEmU kEraNa ALLAH, bErPiSaH PaSTi TaK gELiSaH



Rasa macam nak jadi aktivis alam sekitar sekejap. Nak suruh semua orang pakai kipas je instead of air-cond. Jangan pakai kereta, pakai public transport je. Jimatkan elektrik please. Tapi bukan senang nak cakap macam tu dekat semua orang sekarang masak pun bukan pakai gas lagi. Tak ada elektrik, laparlah. Tak ada elektrik, macam mana nak siap esaimen? Sebab bumi Malaysia semakin hari semakin panas. Suhu melampau-lampau sampaikan sidai baju dekat tingkap je pun. Tapi tak sampai sejam dah kering.






Kalau matahari tak terik pun peluh boleh mencurah-curah ke ladang gandum apatah lagi kalau tengah terik rasa macam sejengkal bertenggek atas kepala Allahuakhbar, macam manalah agaknya saat di padang mahsyar nanti ye? - terusmuhasabahdiri.




Astaghfirullah-al-azim, lupa nak bagi salam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Juga selawat dan salam atas junjungan baginda Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam. Maafkan saya. Excited sangat nak bercerita sampai terlupa. Siyes terlupa.




Semalam selesai dua aktiviti. Pagi sampai petang dekat FRIM, Kepong sempena Family Day APB (Akademi Pengajian Bahasa) aka Program Mentor Mentee yang mungkin untuk kali terakhir. Dan sebelah malam pula, Dinner MCC (Melati Computer Club) yang terakhir jugak. Memang at the end of dua-dua aktiviti tu air mata tak boleh berhenti mengalir sebab rasa sedih sangat bila mengenangkan ini kali terakhir dapat bersama dan berkumpul dengan mereka. Mudah-mudahan diberi izin untuk bersama lagi di masa hadapan. Insya-Allah.





Dah buat pertama kalinya dalam hidup, selama hampir 22 tahun bernafas di bumi Allah ini, saya membeli t-shirt muslimah. T-Shirt yang memang labuh selabuh baju kurung tu. Malu nak mengaku. Tapi seriously, this is the only t-shirt muslimah I had. Yang ditempah khas sempena Family Day semalam oleh kelasmet. Jadi, bila semua orang tempah yang biasa, saya tempah yang 'luar biasa' sikit. Bayar lebih tak apa. Mak ayah sure tak marah. Dan mungkin sudah sampai masanya perubahan luaran seiring dengan perubahan dalaman. IsyaAllah lepas ni akan bertambah banyak koleksi baju begini. Sebab bila pakai semalam rasa best sangat. Rasa macam ^_^  <----- macam ikon ni...hihi.




gambar yang di edit dengan keterlaluan.
macam kena penyakit kuning semua orang hahah.




Dan semalam juga, abang sepupu saya kahwin. Dah seminggu akad nikahnya. Tapi semalam kenduri belah lelaki. Tapi dua-dua belah pun saya tak datang. Maaf sangat-sangat. Apapun, kepada abang Ali and kak Ain, Tahniah ye.






Baik, baik. Melalut pun sudah panjang. Kerja pun terhenti separuh jalan. Apapun, kenangan semalam teramatlah indah rasanya dah hampir tahun 3 tahun bersama tapi rasa cepat sangat masa berlalu. Baik dengan APB mahupun dengan MCC. Tapi yang memang berpisah terus tu dengan MCC la. Kawan-kawan APB, insyaAllah lepas habis praktikal 3 bulan nanti boleh jumpa lagi sebab nak masuk kelas untuk part 6 dan viva dan finishing school dan dinner juga. Moga panjang umur mudah-mudahan dapat berkongsi gelak tawa macam semalam lagi.




Walaupun sedih, ingatlah, bila hati bertemu kerana Allah, kita tidak rasa gelisah bila berpisah. Berdoalah, semoga ukhuwah yang terjalin itu berpanjangan. Moga dipertemukan di lain kesempatan hendaknya. Amin. InsyaAllah. ^_^




untuk kalian yang sentiasa dalam ingatan,




Friday, June 8, 2012

SeBaB KiTa BuKaN MahRaM



"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik" (Al-Ankabut : 69)



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt kawan-kawan,
Eh, selawat ke atas Nabi SAW jangan lupa...^_^



Ok, Alhamdulillah. Terkejut macam beruk makcik ocha ni bila tengok traffic entry lepas macam peak hour dekat highway KL-Seremban. Maklumlah, belog saya ni tak glamer, siapa je yang bace, siapa je yang nak stalker (evenIdontreallycareaboutit). Tapi bila post pasal kawen, amboih, kemain semua orang.




Maaf, sebab dalam kelas tadi saya teremosi lagi. I guess I still can't get him out of my head. Suka tau berperangai macam ni. Tak tahulah boleh klasifikasikan diri ni sebagai matang atau tidak. Haish, dah la proposal bab 3 tak start-start lagi ni. Tibe-tibe. Padahal bukak laptop tadi memang dah aim nak bukak folder proposal, nak buat bab 3, tapi bila klick connect dekat celcom broadband terus hilang pedoman tak nampak jalan yang lurus dah (geleng-geleng kepala) Teruk betul perangai kata hari tu dah insaf.






Ok saya ambek masa sekejaaaaap je tulis entry ni. Lepas tu disconnect and tidur eh bukan, disconnect dan buat proposal. Macam mana nak cakap ye. Oh, sebab sekarang saya dah berubah, saya tak mahu gedik-gedik lagi dah. Sebab saya nak simpan gedik tu untuk suami saya nanti. Macam kartun kat atas ni cakap. Tapi dengan orang lain, saya tak tahu nak cakap macam mana. Kalau cakap direct kang takut orang-orang yang berkenaan tu terasa.




Sebab mereka yang saya maksudkan tu, kawan-kawan lelaki saya. Mereka bukan mahram saya. Mereka haram sentuh saya. Tapi halal bila dah kahwin dengan saya. Jadi saya kena behave. Bukan depan mereka saja tapi depan laptop pun sama. Meaning that kalau saya tak boleh sembang-sembang, gedik-gedik dengan lelaki face-to-face, sama la jugak saya tak boleh sembang-sembang, gedik-gedik, saja suka-suka tak ada motif tak ada hal penting walaupun dalam fesbuk, twitter, telefon, sms dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Saya tak pastilah apa hukumnnya. Tapi strictly, ISLAM ask us to avoid it.




Jadi kepada lelaki yang tak ada apa-apa relationship dengan saya yang kot tiba-tiba tersinggah dekat belog saya ni, kalau setakat nak tanya tengah buat apa, kat mana, dah makan ke belum, dah mandi ke belum, maaflah kalau saya saja buat-buat offline. Surely, sikit pahala pun saya takkan dapat dengan menjawab soalan-soalan tu. Sebab saya ni bukanlah cukup ibadahnya lepas tu nak tambah dosa pulak kan. Eh, bukanlah berdosa setakat borak-borak dekat fesbuk tu tapi bila hmmm perkara-perkara macam ni boleh je sipi-sipi nak sampai tahap dosa. Lagipun, buang masa tu kan kerja yang sia-sia.








Ok lah. Tak faham tak apalah, nanti saya explain detail. Tapi buat masa ni ada banyak lagi priorities dalam planner yang harus didahulukan. Mungkin suatu masa nanti, InsyaAllah. Mudah-mudahan diberi kesempatan. Kalau tak sabar sangat, gugel jelah. Awak dah besar, awak mesti faham. Jangan terasa dengan saya ye. Jangan buat smiley yang tak smile tu dekat chatbox saya lagi ye. Jangan perli-perli lagi tau. Oh, dan jangan gugel dalam bahasa Jerman sudahlah. Memanglah sampai ke sudah pun awak tak faham ^_^




(kalaudahsepulohtahondokjermanlainceritalah)




Sekian, assalamualaikum wbt.

Wednesday, June 6, 2012

HaDiaH BuaT pEnGaNTiN BaRu ^_^


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL,
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD SAW,
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH



Malaysia sekarang semakin panas ek? - tibetibepunyastatement. Eh, tapi api neraka lagi panas. Ingat tu. Jadi kepada para wanita di luar sana (khususnya kawan-kawan akhowat saya), sedikit peringatan, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak memakai tudung labuh, stoking atau sarung tangan. Watch out your aurat. Oh, peringatan untuk saya juga ^_^



Dan sekian saja, iklan tak berbayar. So entry hari ini merupakan sedikit hadiah buat seorang sahabat yang pernah sama-sama menuntut ilmu di bumi Maahad Ahmadi suatu ketika dahulu, sempena perkahwinannya. Tidak ada hadiah yang mampu kami siapkan, cuma sedikit doa yang aku himpunkan daripada kawan-kawan Usratul Uthman mendoakan kebahagiaan yang berpanjangan buat Pengantin Baru kita ni haaa. Azmuddin nama dia.




Tahniah Azmu. Ini saja wakil-wakil yang dapat datang dan berkesempatan berjumpa nta di hari bahagia hari tu. Dan Luqman juga. Tapi dia lambat sikit. Apa pun, lauk kenduri best ^_^




"Perkahwinan adalah satu institusi yang mulia kerana ALLAH SWT telah menjadikan lelaki dan wanita supaya mereka dapat mendirikan rumah tangga dan dengan itu mereka dapat hidup aman damai serta berkasih sayang." 

- in simple term, bercinta dengan cara yang halal.







Jadi first of all, saya sebagai tuan belog ini, ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sahabat saya, yakni sahabat kami yang bernama AZMUDDIN BIN RAZALI. Sebab beliau kelasmet pertama yang mendirikan masjid antara kami semua maka keterujaan tu jadi lain macam sikit...^_^ - (aku pulak tiba-tiba rasa nak kawen)





"Assalamualaikum wbt Azmuddin dan zaujah. Pertama sekali, mabrouk alaik. Syukran atas jemputan ke kenduri walimahnya. Harap-harap dapat berkat tahun depan turn aku pulak kawen (ochamimpidisianghari). Apapun, aku ucapkan selamat menempuh alam baru. Beralih fasa kehidupan beerti bertambahlah tanggungjawab dan amanah dibahu. Be the best LEADER. Ok, semoga bahagia hingga ke syurga." - nak bagi speech konon macam aku pulak yang dah kawen dulu. (Ain Nathasha Omar a.k.a Ocha Omar - Shah Alam, Malaysia)




Dan kawan-kawan, maaf sebab aku stalk fesbuk korang untuk ambik gambar. Jangan marah yaw. Jadi kepada Azmu...





"Tahniah dan selamat pengantin baru buat Azmuddin dan pasangan :) Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhirnya :) Amin :)" - Ainnur Awatif (peminatkpoptegar) - Malaysia.





"Selamat Pengantin Baru buat Azmuddin dan zaujah... Tahniah... Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.. Moge kekal ke akhir nyawa kalian berdua dan moge dikurniakan aulaad dan banaat yang soleh serta solehah macam kalian :)" - Nurul Jannah @ Ummu Anisah - Nilai, Malaysia.





"Assalamualaikum. Selamat Melayari Bahtera Rumahtangga kpd Azmuddin dan Iffah. Barakallahulakuma. Semoga tabah dan sabar melayari hari-hari mendatang. Sy doakan kalian bahagia hingga ke syurga." - Rahhayu Abd Rahman (gambartakdapatdikesan) - Rembau, Malaysia.





"Selamat pengantin baru wat Din dan isteri. Semoga kehidupan baru ni lebih membuatkan kalian lebih bermakna dan sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dari-NYA. Maap xpat dtg kenduri kawen ri tu. I wish both of you have a great moment in your life. Cepat2 la pat baby, leh tunjukkan kt kitorang ni..hehe" - iklas drp Zul Azreen & Mai (korangbilelagi?) - Nilai, Malaysia.





"Alf mabrouk wat Azmu dan pasangan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Maaf tak dapat hadir walimah kerana tarikh tu sama dgn walimah kakak mun. Wish both of you all the best.." - Sharifah Munirah & S.M.S's Family - Ex-Morocco skrg Seremban, Malaysia.





"Sekalung tahniah diucapkan kepada Ustaz Azmuddin dan zaujahnye. Semoga kekal bahgia hendaknye. Tiada hadiah yang dapat dikirim melainkan doa agar diberkati keduanya dan menjadi pasangan yang bersatu kerana-NYA dalam membina bait muslim yang akan melahirkan para mujahidin/mujahidat. Buat Azmu, semoga sentiasa bersabar dalam membimbing makmumnye yer. Jadilah IMAM yang terbaik untuk MAKMUMnye. 


Perkahwinan itu seperti laut. Dari pantai kita lihat sungguh indah pemandangannye. Tetapi apabila kita sudah menebarkan layar di tengah-tengah lautan, barulah kita merasai bahawa laut itu penuh dengan ombak dan geloranya. Maka bertindaklah sebagai nakhoda yang bijak dalam membuat sebarang keputusan dalam menentukan hala tuju pelayaran itu. Anak kapal hanya menurut. Nakhoda yang memutuskan kata-kata. Semoga sampai ke muara yang dituju insyaALLAH. Tu je kut...hehehe. Selamat-selamat semuanya. Aku gembira dengan kegembiraan sahabat-sahabat aku :)" 


Nukilan perantau mesir - Sya'rani (tokey donat) - Kaherah, Mesir.





"Amin [via Celcom SMS]"- Sarah Nur Al-Hafiz (Maisarah) - Nilai, Malaysia.





"Selamat pengantin baru. Selamat menjalani hidup berumah tangga yang diredhai Allah. Banyakkan zuriat supaya satu hari nanti dapat menjadi pemimpin yang di redhai. Doakan jodoh kitowang pulak lepas ni...hehehe." - Sayidah Nafisah (budakcomeltaktahukenapa) - Segamat, Malaysia.





"Tahniah Azmuddin n pasangan. Telah selamat masuk ke alam perkahwinan yang serius lain dari zaman bujang. Kalo bujang-bujang dulu bleh men game, FIFA sampai kena belasah 10-0 ngan Lyon. Tapi kalo da kawen ni kena bagi masa untuk family, pembelajaran dan lain-lain. Dah tak leh noty-noty tapi almaklumlah lelaki NORMAL memang noty sket...kikiki. Dan terakhir maaf la tak dapat nak datang walimah. Jarak antara dua benua yang memisahkan kita. Kami cuma doakan dari jauh la...:P Doakan kami yang bujang-bujang ni cepat sampai seru... K, itu je. Assalamualaikum ^_^ "- Izat Saleh a.k.a Bobo - Kaherah, Mesir.





"Tahniah Azmu. Semog bahagia di samping isteri tercinta... cheewaahhhh.... hahahahah. Sampai anak cucu cicit n piut...hahahaha. T time aku kawen kalo ko tak datang aku carik ko sampai lubang cacing... hahahahahaha." - Nur Harzizan Mohd Zaki a.k.a jijan - Nilai, Malaysia.





"Merahnya inai dijari, tanda kasih sudah termateri. Ikatan raja sehari." Kudrat -Nilai, Malaysia.





"Wah, akhirnya Azmu dah menamatkan zaman bujangnya...tahniah." 
- Nabyha Jalal - Nilai, Malaysia.





"Tahniah diucapkan kepada Ustaz Azmuddin yang akhirnya menempuh alam perkahwinan, dimana nikmat dunia yang ditunggu-tunggu oleh setiap insan yang bernama manusia. Semoga hidup kalian berdua setiap dilimpahi rahmat & nikmat oleh tuan empunya dunia. Satu ungkapan yang boleh dikongsikan "ramai orang mencari kebahagiaan tetapi tidak mencipta kebahagiaan." Jadi ciptalah kejayaan dan kebahagiaan di dalam rumah tangga Ustaz. Satu lagi, jangan lepaskan peluang dan ruang yang diberi. Sambar jew...hehehehe." Muhammad Qayyum (bajetartissangatkemain) - Bangi, Malaysia.




gambartakdapatdikesan

"Selamat melayari bahtera rumah tangga... ✿♥‿♥✿ " - Atas Satu Nama (Luqman) - Petaling Jaya, Malaysia.




"Moga bahagia Azmu dengan pasangan & diberkati oleh-NYA kerana perkahwinan adalah satu ibadah yang paling agung. Pandulah dengan cermat agar tak tersasar dari destinasi. Haa, macam pandu kereta daa." - Siti Humaira a.k.a missmyra - Kaherah, Mesir.





"Buat Azmu dan Iffa, selamat pengantin baru ~ Semoga bahagia hendak-NYA" - Siti Salbiah - Kuala Lumpur, Malaysia.





"Tahniah dan Selamat Pengantin Baru untuk Azamuddin dan Nur Iffah, serta pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu, iman yang sempurna, ilmu yang memberi menafaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumah tangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang berbayar, keselamatan di dunia dan akhirat nanti." - Muhammad Firdaus Hadi - Kaherah, Mesir.





"Kepado Azmuddin dan bini er, selamat berbahagio sampai ko penghujung nafas terakhir. Semoga dikurnikan anak yang soleh dan solehah. Tapi ko ingat!!! Bini ko bukan kilang nak buek anak reramai." - Mujahid (Gaban) pencegahmaksiat - Seremban, Malaysia.





"Selamat Pengantin Baru buat Azmu dan isteri. Bercinta hingga ke syurga InsyaAllah. Jangan lupa doakan untuk kami pulak :D" - Nur Shaliza Shafie - Ex-Morocco skrg Seremban, Malaysia.






"Tahniah dan selamat pengantin baru to Azmu dan zaujah. Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wa jam'a baina kuma fi kheir.. doakan kami2 plak menyusul pas ni e..hehehe." - Fatihah Mohamad Fisal a.k.a Teha - Mesir.








"Selamat pengantin baru, moga kekal ke anak cucu..:)" - Citra Warna a.k.a Mudd Al-Azim





Sekian. Boleh tahan jugak budak-budak ni punya ucapan. Kemain lagi ye korang. Jadi ada beberapa orang yang tak dapat nak mention kat sini tu kira kategori takdapatdikesan la ye. Apa pun, they will surely pray for ur happiness, Azmuddin. Sebagai penutup, once again, TAHNIAH...^_^ (tulisdenganteruja)









Monday, June 4, 2012

GiVe SaLaAm N sPrEaD tHe LoVe


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka. (Hadis Riwayat Muslim)


Bismillahirrahmanirrahim
All the the praises be to Allah
Peace be upon him, prophet Muhammad SAW,



hari ni bagi salam pakai kartun ^_^



Alhamdulillah selepas beberapa hari berehat daripada menulis, malam ni berkesempatan akhirnya nak curi-curi masa untuk ber'blogging. Walaupun tak sedar diri besokadatest, lusaadatest, khamisadatest, jumaatadatask (matisyahid5minit). Dan sambil menanti mesej daripada kawan-kawan menyetelkan misi rahsia yang aku bagi kat depa. Sesungguhnya, aku sangat rindukan zaman persekolahan aku haaah tibe-tibe. Pulanglah ke kampung halaman wahai kawan-kawan. Sebak dah aku ni woih.




Oh, hari ni aku tak ada specific topik nak cakap. Saja nak tulis sebab nak rest otak je. So, this entry will be just a simple care from me. ASSALAMUALAIKUM, is just a single word but has a thousand of meaning bukanlah meaning yang kalau translate dia buleh jadi banyak-banyak maksud tapi faedah, kebaikan, seribu satu fadhilat yang terkandung di dalamnya kerana apabila kita memberi salam kepada seseorang, beerti kita mendoakan kesejahteraan dan keamanan ke atas orang tersebut.




Berapa ramai yang jawab telefon terus bagi salam instead of "hello"? atau berapa ramai yang kalau jumpa kawan-kawan tak kiralah dekat mana, dia akan tegur dengan salam instead of "hai"? atau berapa ramai yang mulakan perbualan tak kisah lah dalam mesej, chatbox, blog dengan salam instead of terus terjah pungpang pungpang bercerita heh? (ye, saya angkat tangan)






Seriously, hari-hari kita bercakap pasal global issue. Oh, bukan kita means bukan aku la tu. Kita tu refer kepada media, orang ramai, err siapa-siapa lah. Semuanya cakap pasal pergolakan di west bank, krisis Syria, Palestin, Israel, oh... Thank God dia dipenjara seumur hidup - youknowwho. Allahu Akhbar...!!!




So what is the affiliation? Simple analogy-nya begini - 


when


We spread SALAAM


We spread DU'A (DOA)


We spread PEACE


We spread LOVE


TO THE WORLD



As narrated by Abu Hurayrah (ra), Rasulullah (saw) said, "The rights of the Muslim upon the Muslim are six." It was said, "And what are they Oh Messenger of Allah? He replied, "When you meet him, give him the greeting of peace, when he invites you, respond to his invitation, when he seeks your advice, advise him, when he sneezes and praises Allah, supplicate for mercy upon him, when he becomes ill, visit him, and when he dies follow him (i.e. to his funeral)." (Reported by Muslim)




(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan. (Surah An-Nahl ayat 32)




Semua orang nak masuk syurga. Tapi tak buat pun amalan-amalan ahli syurga? Acanne?




Assalamualaikum wbt ^_^

the history

Followers