Tuesday, August 27, 2013

BuLEtiN HaRi LaHiR - PaRt II


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Last week ada birthday celebration dekat tadika. Birthday celebration ni like a tradisi tau sebab memang setiap dua bulan sekali it will be celebrated. Sepanjang 3 kali birthday celebration yang aku join selama ini, aku rasa this one yang paling fun dan meriah. Bukan sebab aku celebrate dekat BSP (kang Kak Sarah or Kak Yana or kakak-kakak Putrajaya yang lain bace kang sentap pulak), tapi sebab celebrate sekali sempena Hari Raya. Like open haus gitew. Kan meriah tu kan kan kan.





Pagi-pagi punya aktiviti, pun dah sekian masyaAllah banyaknya dan seronoknya. Starting daripada setting tempat dengan anak-anak dekat luar (termasuklah gantung belon yang berapa kali asyik nak meletop je kejenya), lepas tu short assembly macam biasa, praktikal solat, dan barulah sesi menternak lemak di dalam badan. Breakfast semua berkolesterol tinggi. Alah, off pantang sehari. Ok bye!





Dah setel menternak lemak, maka aku kembali mengaktifkan saraf anak-anak dengan memasang lagu raya kuat-kuat, membiarkan mereka terkinja-kinja sendiri. Lepas tu Kak Wawa buat few activities like musical chair dan juga mengadakan konsert hari raya pakai musical instrument yang ado dan saya secara rasminya melantik diri saya sendiri sebagai tukang PA system dan camerawomen.





And that's Alif Haziq (the boy in black). The only birthday boy hari tu sebab lahir bulan Julai and no one yang lahir bulan Ogos. So he was very the VVVVVVVVIP on that day. Takpe Alif, Alif geng dengan teacher kaaaaayyyy...





Kemudian, lepas menternak lemak dengan kek dan menu nasi impit sempena hari raya, sesi berpeluh-peluh di halaman asmara tadika pula. So fun and adorable anak-anak aku nih. Bayangkanlah kalau gambar banyak-banyak ni aku post one by one. Mesti korang rasa nak lempang aku empatpulohlimaribukali kan?





Ok, ni last. Sebab rasanya lepas ni tak ada event begini dah kot dekat tadika. Tak tahulah kalau aku gedik jugak nak bukak cerita mengarut entah apa-apa. Aku memang suka share detik-detik bahagia dengan orang walaupun sebenarnya aku taklah bahagia sangat. Mamat motor biadab mana entah cium bumper Vivy merah mummy aku hari tu, dahlah call rescuer pun tak respon. Hati sakit dan panas dan bengkak segala ni tapi tak apalah. 400 lebih terkorban. Ya, Allah itu Maha Tahu.




Baiklah. Sekian sahaja buletin hari lahir part ii saya kali ini. Bulan depan siapa nak booking publisiti, kaunter pendaftaran sudah dibuka. Bye!

Saturday, August 24, 2013

BuLeTiN HaRi LaHiR


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Masih dalam mood hari raya. Mana-mana pergi pun ada jugak lagu raya berkumandang di sana-sini. Malah aku juga masih terkinja-kinja meraikannya. Tak kisahlah masih memegang status layak menerima duit raya atau tidak, aku tetap gembira meraikan aidilfitri tahun ini. Lebih-lebih lagi apabila aku masih berpeluang raya bersama keluarga tercinta. Sanak saudara. Sahabat handai. Lepas tu sahabat handai ramai pulak yang berulang tahun bulan ni. Maka, kita jamakkan ia menjadi sambutan hari raya dan juga sambutan ulang tahun kelahiran.




Dan disebabkan mood menulis agak baik semenjak dua menjak dan tiga menjak kebelakangan ni, kau perasankan entry bulan Ogos ni agak melimpah ruah, maka aku dengan rela hatinya ingin memberikan populariti dan liputan secara terbuka kepada kawan-kawan yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka pada bulan Ogos ini. Sama ada yang sudah berlalu ataupun bakal berlalu. Nah terimalah...




Kak Sarah (14 August)




Kak Sarah is my roomate masa aku duduk dekat Putrajaya dulu. Dia sangat gila. Naturally, siapa yang kawan dengan aku semestinya dia pun berperangai gila juga. She's a one tough girl for me. Banyak gila masalah dan dugaan dan cabaran yang datang dalam hidup dia tapi aku tengok dia cool je. Like hari ni dia menangis tiba-tiba, besok kau jumpa dia dah boleh gelak terbahak-bahak dah. Awesome.




Aku suka Kak Sarah. Sebab dia sangat care. Walaupun kadang-kadang dia suka buli aku, tapi most of the time rasanya aku yang selalu buli dia. Masa mula-mula kenal dulu honestly eh Kak Sarah, ada jugak part-part yang macam annoying sikit. (I always starting a relationship with people dengan anasir-anasir yang negatif). Tapi bila dah lama kenal, I have to admit that I love her like my own sister. (Sebab dia tahu aku tak suka makan instant noodles selain daripada Mamee). So, dear Kak Sarah, happy belated birthday. May happiness always by your side. May Allah bless you. Terima kasih sebab selalu support Ain dan jaga Ain dan sayang Ain. I love you kakak.









Dato' K (23rd August)




Dato' K is my bestfriend. Kalau perasan entry-enrty dan komen-komen dalam belog I sebelum ni, beliau antara nama-nama yang top, yang memang kaki stalker yang kaki gosip huuui, boleh tahan kalau bergosip dengan beliau yuno. I memang susah nak serius kalau dia ada. Sakit perut sebab selalu tergelak macam kena sawan. Tapi tipulah kalau I gelak sepanjang masa. Dia bukan pelawak pun. Tu yang ada entry-entry mengamuk meroyan segala bagai tu, kadang-kadang disebabkan dia jugak. Tapi marah-marah pun, mengamuk-mengamuk pun, dalam hati sayang jugak.




BFF. Siapa tak sayang? Tapi cam pelik sikit sebab BFF dengan lelaki. Bukan aku yang pelik. Orang lain. Aku lantak je. Lelaki ke perempuan ke, kalau spesis masuk air, spesis gila, spesis mengarut segala benda, memang aku naik taraf jadi kawan terus. Jadi kepada yang berhormat Dato' K, I nak ucapkan happy belated birthday jugak dekat you. Semoga panjang umur murah rezeki. Semoga sentiasa di bawah naungan RahmatNya. I don't know if I should wish you to get married early. Sebab you tak boleh langkah bendul. Tapi tak apalah. Kalau dah sampai seru tu, jalan jelah ok. Thank you sebab sudi kawan dengan I yang gilo ni.





Identiti Dato' terpaksa dirahsiakan.
(aku tahu ada yang dah tahu)
As for now, ini wakil saja.




Haajar (28 August)




Yang ni memang like forever. Tahu dalam dan luar. Atas dan bawah. Kiri dan kanan. Depan dan belakang. Nak tahu kenapa aku sayang dia, characteristic yang pertama semestinyalah dia juga gila seperti aku. Characteristic yang lain malas nak cakap dah sebab setiap kali 28 Ogos, entry dalam belog ini dia yang punya (tapi tahun ni awal 4 hari). Nampak tak Haajar betapa BFF nye kau kepada aku??? Haaa, yang kadang-kadang rasa nak lempang pun ada jugak sebab selalu buat benda mengarut like out of blue ajak keluar makan time aku sedang berkabung untuk menghadapi test. Menghadap test macam nak berkabung kau bayangkanlah.




Jadi di kesempatan ini, aku ingin mengambil kesempatan ke atas kau juga Haajar, menjamakkan sekali birthday kau dengan suku-suku kesayanganku yang lain. Boleh eh Haajar. Aku kebizian lately sebab sibuk menyahut seruan kerajaan untuk kempen kibarkan jalur gemilang. Tapi kau tahukan, sampai bila-bila pun you'll be my love list. Maka, selamat haru ulang tahun kelahiran (in advance) darling. Semoga Rahmat Allah sentiasa melimpah ruah buat kau. Stay healthy stay blessed. Happy 23rd birthday dear. Muah muah muah.





our next appointment bila?


Wednesday, August 21, 2013

bErTeMu KeKaSiH OmeL-oMeL


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSLAMUALAIKUM WBT




Semalam I went to Putrajaya for the reasons nak jumpa Kak Zai (assistant principal yang sempoi dan best gila), nak jumpa Kak Yana (teacher yang I cakap cuti lama hari tu) and nak jumpa boyfriend (after a long school break) dekat sana. Memang eksaited yahamat sebab memang rindu gila! Faham tak kalau dah ada word 'gila' tu maknanya dia memang rindu macam orang gila yuno.




So that's why menanti pukul 4 semalam rasa macam omaigod kau kenapa jalan terkedek-kedek hah jarum jam??? Tiba-tiba jarum jam yang tidak bersalah itu menangis teresak-esak. Kan dah mengarut mukadimah. Ok aku masih lagi berfeeling eksaited walaupun actually tak puas hati sebab tak dapat lepak dengan mereka lama-lama. Tunggulah tahun depan. Doakan aku habis belajar on time, aku pindah balik dekat Putrajaya. (muka-penuh-keazaman)





These are the pretty and adorable and gojes and beautiful and seriously rindu gila dekat princess ni semua. See muka masing-masing bila Teacher Ain hadapkan kamera depan diorang. Yuno like teacher like students. Tengok pose pun dah tahu kan kan kan. 





Ni boyfriend yang aku cakap tadi. Kalau tak ingat nama, pergilah cari entry-entry sebelum ni. After sebulan lebih tak jumpa rasa macam Ya Allah, cepatnya anak teacher ni membesar. Rasa macam nak nangis pulak sebab dia memandang aku dengan malu-malu dan blur dan mengambil masa yang agak lama untuk kembali bermesra-mesra seperti dahulu. Entah-entah dia cakap dalam hati where-on-Earth-this-teacher-coming-from? Oh, tergamak Amirun (eh, terkantoi pulak nama).





Sorry. I memang bias.





Finally, cinta bertaut kembali.
Kau tahu betapa punya susah nak tackle kekasih lama ini???





And this is Sufia Nur Iman. Yang ni tibe-tibe terharu sebab aku bukan mengajar dia pun, tapi bila aku datang semalam, she's the only one yang cakap, "rindulah-dekat-teacher". (sapu-air-mata) Amirun pun tak cakap macam tu dekat I okeh. Fine Amirun, kita clash.





Dan memang sepanjang aku duduk melayan potpet-potpet para ahli jemaah P18 semalam, memang Iman diam dan senyum je duduk kat sebelah aku. Tak ada pulak dia nak mengarut macam kawan-kawa dia yang lain. Oh Iman, tiba-tiba teacher dah jatuh cinta pada awak.





Nampak tak, angle ambek gambar pun dah tahu memang Iman maintain stay je sebelah aku tak berganjak ke mana-mana.





Yang ini pulak Fatihah Solihah. Klasmet Iman. Nak tahu kenapa nama dia naik jugak?





 Because dia ada 'di mana-mana'.




See, nak join teachers club jugak. Bulihlah Fatihah bulih. And itu Kak Sarah and Kak Yana by the way. Happy to see you back Kak Yana! (Kak Zai dengan Kak Keena tak ada sebab dah balik awal - later)




p/s: was having an open table session last night. so out of blue but kinda cool. 

Monday, August 19, 2013

BeR-pOt-PoT-pOtLuCk


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Taman dekat area rumah aku hari tu ada buat potluck sempena hari raya. Well, I can say this is the first time orang-orang taman melakukan aktiviti sebegini. Sebab selalunya asyik beropen house sahaja. Tahun ni tiba-tiba tukar style pulak. Mungkin disebabkan tidak berkesempatan nak menziarah dari rumah ke rumah, dan nak pilih hari untuk rumah terbuka pun belum tentu free masing-masing, maka bagus jugak buat makan-makan macam ni. Semua orang turun padang. Semua orang boleh tunjuk muka. Semua orang pun kenyang!




Taman perumahan aku ni kecik je. So bila buat potluck tu tak la awkward sangat jumpa batang hidung masing-masing walaupun boleh kira berapa kali keluar rumah pusing-pusing taman dalam setahun. Especially yang pegang status-status anak dara tu kan. Memang terperap jelah kerjanya. Maka, kesempatan yang ada setahun sekali ni, memang takkan miss punyalah.






Tomato memang akan jadi bestfriend aku di mana sahaja. Nak duduk bersembang dengan kaum-kaum ibu di meja sebelah memang seboleh-bolehnya nak dielakkan. Kang tak pasal-pasal soalan cepumas terbit out of nowhere, menempah maut namanya tu.





Tomato juga akan jadi model gambar aku sebab aku segan nak mati berpoyo-poyo beratur ambek makanan-makanan yang menjerit-jerit mintak masuk dalam kerongkong.





Mujur anak-anak jiran pun tumpang berpoyo sekali.
Port tepi longkang pun jadi wei.





Anak-anak dara jiran versi kecil-kecilan.
Yang ni port sopan sikit. Depan ghumah.





Osah fake gila.





Ni masa tunggu VIP Encik Omar and the gang pulang dari masjid. Sebab majlis pun tak boleh nak mula, dan untuk mengelakkan kepala otak memikirkan lapo lapo lapo, marilah kita bergambar dan membuang masa bergosip di tepi pagar. Aku dan tomato semestinya.





Akhirnya. Satay idaman kalbu.




p/s: Dear Encik Q, sepupu angkat awak tanya "mana along lagi satu?" dekat saya. Acanno den nak jawab tuu???


Sunday, August 18, 2013

bEsKoT cHoCoCha (kEmaiN wEh NaMa)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




It’s quite unexpected kuih raya yang paling laris tahun ini akan jatuh kepada my new beskot nestum hazelnut. Baru masuk dalam my kuih raya list since tahun lepas. Dan tahun ni I buat lagi sekali for the sake of beruang. (His favourite). Tapi tak sangka pulak bila I bawak pergi PPD and when people coming beraya, most of them suka gila kot. And for sure lah kanak-kanak will be the most excited one. Maybe sebab ada choco chip dan nestum dan hazelnut lalu membuatkan beskot I berperisa ala-ala muncys gitew. Maybe juga mereka considering about their health. (angkat-angkat bahu). Tak tahulah.




Baik. So that I write this entry as requested by Kak Zu my so-called officemate sebab kenal masa praktikal di PPD dulu. Honestly, I'm quite shock sebab masa I datang PPD hari tu, Kak Zu dengan Encik Ridwan (you-know-who-is-he), beriya wei mengadap balang beskot I. Feeling gembira semestinyalah. So Kak Zu, here’s the recipe.




BESKOT CHOCOCHA
(nama dah di modified...hahah)




320g buttercup

320g icing sugar *

560g wheat flour *

160g corn flour *

160g nestum (recipe asal kena kisar halus, but I didn't)

160g hazelnuts (kisar halus but not that ‘super halus’)

160g choco chips (recipe asal tak letak pun)

vanilla essence




Well, to be honest, I rasa tahun ni ramai orang suka beskot ni maybe sebab I use gajus instead of hazelnut (supermarket tahun ni tak supply imported nuts kot) and nestum tu sepatutnya kena kisar halus tapi I tak kisar langsung. Saja nak bagi crunchy-crunchy sikit. And maybe sebab I add on some choco chips kot. Or maybe because of the sugar amount memang I tak pernah patuh pada recipe. Mesti kurang 0.10g or more macam tu. Or maybe jugak because I ALWAYS, ayak all the tepungs and icing sugar (yang ada tanda * tu) I don’t know why maybe sebab dah terbiasa. Or maybe sebab beskot ni I did manually agaknya. Means tak pakai mesin langsung even untuk putar butter dengan icing sugar tu. Dari mula sampailah siap. No acuan at all. Yes yes. I guess that’s the reason kenapa ramai orang suka sebab daripada mula sampai akhir semuanya AIR TANGAN I okeh. Omaigod, terharunya...




(Mesti korang rasa nak lempang aku kan tulis entry ala-ala gedik begini)




Baiklah. Next step, cara-cara membuatnya amatlah senang gilo. Sebatikan butter dengan icing. Sebatikan je. Jangan bagi kembang sangat. Sebab tu kalau buat beskot I prefer manual. Kalau kek tak apa kembang-kembang. Lepas tu leburkan je semua bahan yang lain. Sebelum tu, gaulkan segala jenis tepung dan tepung dan nestum dan kacang dan choco chips dalam satu bekas. Kang takut tak balance pulak perisa. Lagi satu bukan apa, nak bagi kerja tu cantik sikit. Taklah huru-hara segala bekas berlonggok kat tepi.




Lepas tu tepek-tepekkan atas dulang pembakar. As I said, beskot ni tak pakai acuan. Maka pastikan tangan you ols bersih suci dan murni sebelum menepek. And there are no certain degrees for me untuk baking-baking beskot raya gini. Semua beskot pun sama. Yang penting, api jangan besar sangat. Lower than medium pun ok rasanya. Bakar sampai masak. That’s all you have to do.




And tadaaaaah...








sila adik sila abang sila selera jamu selera
(tenghoih keluaq lagu dato' siti yuno)




Maka dengan itu, sekian sahaja lintas langsung laporan secret recipe daripada saya Chef Ocha Omar a.k.a future tukang masak for my husband omaigod tak ada statement lain ke kau? Siapa yang dah try, sila drop komen dekat bawah ok. Ini paksaan! Kalau tak, aku sumpah beskot korang tak jadi sampai bila-bila...hahah.




Maaf. Saya bergurau. Selamat mencuba!

Tuesday, August 13, 2013

uCaPaN kHiDmaT MaSyaRaKaT


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Akhirnya dia dah berkahwin. Tadi nampak artikel dekat Nara. Rasa macam nak menangis tibe-tibe hahah gedik. Lee Byung Hun, pelakon Korea yang pernah aku tulis dalam entry ini (sila-kelik), akhirnya menamatkan zaman bujang dia pada usia 43 tahun.




Weeeeiiii, 43 tahun baru dia kahwin yuno. Yang sibuk-sibuk cakap pasal kahwin dok menangis soksek-soksek tu apahal? Malas aku nak layan. Dah-dah, mulai hari ini tak ada episod taching-taching lagi dah. Bagitahu dengan semua orang, aku nak kawan dengan siapa, aku punya pasal. Aku nak kahwin dengan siapa pun aku punya pasal jugak. Sekian. Tutup majlis dengan tasbih kafarah.




And back to the story, secara jujurnya aku bukanlah peminat gila mati dekat Lee Byung Hun ni. Tapi sebab karakter-karakter dalam filem dan drama dia yang buat aku 'cair' sikitlah hoi siapa tak suka dekat lelaki gentleman. Anyway, sebelum cerita semakin jauh dari jalan yang lurus, aku ingin mengundurkan diri terlebih dahulu. Nak pergi berkhidmat untuk masyarakat sekejap. Heeee...





Apapun, selamat pengantin baru abang Lee Byung Hun!
(cam gilo pulak buat wish macam ni)




Tak kisahlah. Yang penting bahagia sedang melanda. Senyum. Cakap Alhamdulillah dalam hati.




credit to: beutifulnara.com

Monday, August 12, 2013

BeRkaMpUnG-kaMpUnG, sEkaMpUnG-KaMpUnG


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Terlebih dahulu, saya mewakili keluarga Encik Omar, iaitu daddy saya yang misai melenting tetapi baik hati dan kelakar dan handsome kacak bergaya di bawah ini, serta mummy saya yang comel, serta beruang dan tomato yang debab di kiri dan kanan, ingin mengucapkan, SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA para pembaca anameku.blogspot ini.









Halalkan makan dan minum, ampunkan segala silap dan salah, dari hujung rambut hingga hujung rambut kaki. Semoga Aidilfitri ini bertambah barokah dengan kemaafan yang saling diminta dan diberi. Saya sendiri, Ain Nathasha binti Omar, turut memohon ampun dan maaf secara peribadi, sekiranya ada coretan-coretan saya di dalam belog ini mengguris hati dan sanubari para pembaca.




Terutamanya kepada 'anda' yang pernah menjadi mangsa amukan saya dalam belog ini. Mengamuk-mengamuk tu biasalah. Macam tak kenal pula angin saya yang sentiasa lintang-pukang asyik nak beromosional sahaja kan. Ikhlas dari hati, saya sudah maafkan semua orang yang pernah menyakitkan hati saya. Dan saya harap, saya juga dimaafkan. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah redha...




Ok, takmo taching-taching lagi. Dah hari raya kelima pun nak sedih-sedih. Jadi lupakanlah segala sengketa, mari join saya beraya dekat Rembau, kampung halaman teratak atuk dan wan tercinta. Hari tu kan dah janji nak share gambar raya. Jadi inilah dia. Cerita hari raya saya.....





Siapa tak tahu pakcik yang hensem ni, memang nak kena sepak laju-laju. Beliau ialah boyfriend saya sejak saya kecik lagi. Nama dia Encik Omar. Pagi satu syawal, memang tradisi family Encik Omar ni, kami akan beraya di rumah sendiri terlebih dahulu. Sebab sekarang dah besar gedabak, segan nak tidur kat kampung. Lepas raya rumah jiran-jiran terdekat, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, barulah we ols akan ke Rembau. (lagu Rembau Most Wanted pun berkumandang)





Yang ini bestfriend sejak I dalam perut dia lagi.
Sekarang dah keluar dari perut, dah pandai main tumbuk-tumbuk.





Yang ini pulak kalau tak tahu nama sebenar tak apa.
Panggil je sorang tomato sorang beruang.
Ok, mereka pun bestfriend jugak sebab selalu gaduh dan sayang sama-sama.




Finally, welcome to rumah atok dan wan.





Introducing, my very big family. Yang ini cousin sahaja. Memang semua stock jantan-jantan daripada anak Pak Ngah (which is my daddy) sampailah anak paksu. Anak-anak maklong semua dah status mak-mak orang. Jadi faham-faham sendirilah giliran siapa pulak jadi mak orang lepas ni. Nak tunggu gigirl tiga orang kat depan tuuu...??? Ok.





Yang betul-betul geng anak dara, inilah saja yang tinggal.
Spesis yang semakin diancam kepupusan.





Genetik apakah adik-adik sepupu aku tinggi bergalah-galah begini aku pun tak tahu. Yang pasti, kalau balik kampung, tidak perlu berkerah tenaga kerana adanya mereka.





Dan sila jangan hairan kenapa aku menjadi seorang kaki bola kerana aku dibesarkan bersama kaki-kaki bola dan kepala-kepala bola iaitu mereka pakcik-pakcik bola di kiri di kanan di atas dan di bawah.





Sesi melepak dan bergosip anak-beranak di bawah rumah.





Dan sesi photoshoot.





Dan photoshoot lagi.
(sampai tak tahu dah nak pandang kamera yang mana satu.)





And kita jamakkan sekali, ini semua geng sepupu saya di kampung. Tidak termasuk beruang sebab dia yang snap gambar ni. (kot). Jadi, boleh calculate sendiri, ranking umur paling tua, starting dengan si baju merah paling kiri itu, 24 tahun. Lepas tu next lalalala. Tiba-tiba tak de mood nak tulis pulak...





Dan menjadi acara wajib juga kalau balik Rembau, tak gegar pokok rambutan atok tak sah raya.





Menikmati rambutan dengan kusyuk dan tawadhok.





Kemudian bergosip lagi.
Eh eh, bukan gosip. Sesi santai bersantai di hari raya.




Sekian, dah habes cerita hari raya. Tak ada gambar pergi rumah sanak-saudara. Sebab kalau tengah beraya, melantak konfirm tak ingat kamera. Jadi tak adalah gambar tengah beraya. Yang ada, gambar selepas melantak. Mana yang bulih share, kita share. Raya kalau balik Rembau memang beginilah. Tak tahu tahun depan bulih terkinja-kinja lagi atau tidak. Buatnya pakcik omar jadi sambut menantu? Haa, tahun ni calon je datang, tahun depan, kereta menantu parking depan rumah.




Pergh, jauh kau berangan...

Sunday, August 11, 2013

MaNa JoDoH? MaNa? MaNa?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku penat. Aku dah banyak menangis. Aku sedih sebab selalu dipertemukan dengan orang yang salah. Aku bukan tidak yakin dengan percaturan Tuhan, cuma kadang-kala aku lelah menunggu. Walaupun aku tahu suatu hari nanti orang yang betul akan muncul, tapi bila?




Mak banyak sabarkan aku. Berikan aku kata-kata penguat untuk aku teruskan hidup seadanya. Katanya, ada sesorang di luar sana diciptakan untuk aku. Cuma aku belum jumpa dia. Atau mungkin aku dah jumpa tapi tak nampak. Atau mungkin aku dah nampak tapi buat-buat tak tahu. Bukan. Aku bukan buat-buat tak tahu. Aku memang tak tahu.




Aku pernah jumpa orang yang terlalu taksub dengan diri dia sendiri. Ingatkan belajar tinggi, bolehlah berfikiran tinggi sedikit. Tapi rupanya kalah budak-budak. Selalu minta aku top up kan kredit dia. Minta tolong aku buatkan assignment dia. Setakat missed called saja lepas tu expect aku akan call balik. Aku cakap pada diri sendiri, janganlah buang masa layan orang begini Ocha.




Aku juga pernah jumpa orang yang sangat desperate. Adalah dalam 2,3 orang. Sorang tu kawan sekolah rendah, sorang tu pulak aku kenal masa praktikal. Approach dia berbeza, tapi dua-dua orang ini sama annoying. Minta maaf. Bahasa aku kasar sikit hari ni. Tapi lelaki yang desperate, aku rasa, mana-mana perempuan pun tak akan sudi. Tapi kalau jual mahal sangat pun, tak ada yang sudi jugak kot.




Aku pernah hampir bertemu dengan orang yang betul. Disatukan oleh orang tengah. Tapi expectation dia yang terlampau tinggi, buatkan aku malas nak go on. And finally, the relationship berhenti setakat di situ sahaja. What he expected? Yang bertudung labuh. Yang bijak dalam diam. Muslimah yang aktif memperjuangkan hak asasi manusia di Palestin. Memang jelas dan nyata bukan aku calon idamannya. Kerana dimatanya, aku jauh daripada ciri-ciri itu semua. Terpulanglah. Hak asasi manusia juga namanya tu.




Aku pernah juga hampir tersangkut dengan suami orang. Kedua-duanya cikgu. Tapi bukan sekaligus lah. Ceritanya kat sini, pernah. Tapi aku bukan segila itu untuk ber'relationship dengan lelaki yang berstatus suami orang. Walaupun katanya hanya untuk berkawan. Minta maaf. Pendirian saya, elak sebelum terlambat. Sampai masa kalau dah jatuh sayang, aku takut keluarga pun aku tolak ke tepi. Nauzubillah, aku tidak tergamak untuk melakukan itu.




Penat dengan orang dewasa, budak kecik (bagi akulah), yang lima tahun lebih muda daripada aku pernah berterus-terang datang rumah, cakap dengan mak nak kahwin dengan aku. Meroyan apakah itu? Minta maaf. Situasinya, sama macam di atas tadi. Tiada belas kasihan untuk orang yang terlalu desperate. Agak-agaklah dik, sekolah pun tak habis lagi.




But there's someone, yang pernah setia tunggu aku sejak empat or lima tahun yang lalu. Kalau tak silaplah. Yang ni, bersungguh-sungguh katanya nak tunggu sampai aku habis belajar. Lepas tu nak masuk meminang. Well, kesabaran menusia memang ada batasnya. Recently I found out he's already have a girlfriend. Not a big deal anyway. Since our previous relationship pun suam-suam suku saja. Mungkin tambahan masa setahun setengah itu terlalu panjang bagi dia. Aku masih boleh tersenyum. Tak apalah.




Wei, perasan tak cerita aku macam lagu S.M Salim yang tajuk dia Apa-Nak-Jadi tu??? Kan kan kan. Rasa macam nak nyanyi depan orang ramai sekarang sebab bila balik kampung, bila sedara-mara datang rumah, bila kawan-kawan lama menjengukkan muka datang bertandang, soalan cepumas, kau-bila-lagi? mertua-orang-mana? betul-ke-tak-ada-siapa-siapa-lagi?




Adakah kau merasakan aku sudah tahu memasak, aku sudah tahu menjaga anak kecil, aku sudah memiliki segenggam ijazah, maka aku harus tidak menjadi single? Aku masih punya orang tua untuk berbakti. Aku masih punya baki setahun belajar untuk berhempas-pulas menghabiskannya. Aku masih ada hutang ptptn yang belum selesai. 




Tapi aku tidak menolak jika jodoh menyapa. Aku bukan muda untuk habiskan sisa-sisa hidup dengan terkinja-kinja. Mak ayah aku juga bukan muda untuk melihat cucu membesar depan mata. Kadang-kadang aku jadi sedih. Jika perkahwinan aku boleh membahagiakan mereka, mengapa tidak aku tamatkan zaman bujang aku di sini?




Aku bukan cerewet. Aku cuma tak suka buang masa untuk mulakan hubungan baru dengan orang baru yang semestinya tidak akan faham aku. Dan aku bukan hanya mencari teman hidup, tetapi mencari anak lelaki untuk emak dan ayah, dan juga abang untuk adik-adik aku. Aku tak mahu bahagia sorang-sorang. Aku mahu satu family aku juga bahagia sama. Di penghujung jalan, aku kembalikan semuanya kepada Tuhan. Aku hanya mengikut percaturan yang telah Dia tetapkan. Aku tidak mahu melawan. Aku tidak mahu merungut. Aku tidak mahu Dia murka.




Ini bukan entry merepek weh. Aku bercakap jujur dan benar. Aku penat nak yakinkan orang yang aku single tak ada siapa-siapa. Orang gelak, aku pun gelak. Tapi dalam hati aku menangis. Ada orang nak join menangis sekali?




Mana jodoh??? Mana??? Mana???




p/s: Entry ini bukan Ocha yang tulis. Ok bye!

Saturday, August 10, 2013

BaR BeaR qUe (sila-baca-laju-laju)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Ini cerita malam raya ya. Memanglah terlambat sikit sebab dah masuk hari raya ketiga, tapi tak apalah. Aku nak cerita saja. Kalau nak baca, bacalah. Kalau tak nak pun tak apa. Teaser beriya, sekali coming update tak ada kena mengena. Haha. Malam raya pun cerita raya jugak dik. Ok sekian.




Ceritanya, mummy memang dah lama plan nak buat makan-makan sefamily malam raya hari tu. Ya. Memang dah selamat pun makan-makan semua. Dengan pelita depan rumah. Entah si beruang tu mimpi apa agaknya nak berpelita bagai tahun ni. Dahlah duit aku jugak yang terkorban. Tak apalah, tak luak pun, tahun depan bulih recycle balik. Chop-chop, perempuan selalu macam ni kan. Suka cerita melalut-lalut tak nak straight to the point. Ye, sekarang cerita malam raya kembali. Kami buat barbeque, bakar ayam sekali la dengan satay. Plus hari mantai kan. Dengan kuah kacang mummy masak siang tu, dengan nasi impit sekali, pergh, malam raya tahun ni rasa memang live hari raya betul. Misi mengembangkan badan dengan gigih yuno. (Minus, tak ada orang rumah je nak dating bawah pokok dalam gelap kat depan rumah.)





Dan disebabkan tak ada orang rumah, maka akulah tukang hidup api, akulah tukang masak dan akulah juga tukang makan. Kau boleh bayangkan tak bagaimana feeling malam raya bila semua 'aku'? Haish, memang kalau bulih target tahun depan nak raya berduet lah macam ni...





Encik Satay sedang dalam perjalanan. Honest. Ini kali pertama bersatay-satay di malam raya. Dan bakal menjadi acara tahunan untuk tahun-tahun seterusnya. Siapa nak join, sila buat muka tak malu. Ini pelawaan serius. Datang je ok. Malam raya, I memang akan buat open haus...





Sedikit messy. Dengan buku The Smurf kanak-kanak tadika yang aku jadikan sebagai kipas, maka beginilah kesudahannya. Rentung-rentung pun licin jugak. Siap ada second round lagi tu. So, consider profession sebagai makcik tukang kipas satay berjaya la eh...





See, daripada satu family, jadi dua family, lepas tu tiga family, sudahnya satu taman pun turun join the barbecue. Daddy siap bentang tikar lagi. Lepas balik dari takbir dekat masjid lapar katanya. Bermeeting sekejap kaum bapak-bapak dan ibu-ibu di hadapan rumah beta. 





Pasal belum ada anak sendiri, layan jela anak-anak jiran main bunga api.
Oh. Ok. Fine.





Tahun depan kot tak dapat terkinja-kinja begini lagi. Jadi kesempatan yang ada, bedal je main bunga api. 23 tahun pun apa kisah kan. Jadi kanak-kanak riang sekali-sekala. Padahal dalam hati...




Riang la sangat...




p/s: thank you mummy for the awesome chicken. tahun depan buat kita perap 3,4 ekor pulak yap!

the history

Followers