Wednesday, April 14, 2010

PEnGaJaRaN sEmEsTeR saTu

Entry kali ni, tak mau dah tulis dalam esei. Nak simpan skil menulis esei dengan panjang lebar tu untuk final exam ni nanti. So, kalau tengok pada tajuk, senang sangat la nak elaborate dalam bentuk point. Haa, jadi, sila lihat senarai-senarai berikut, dan sila jadikan pengajaran untuk semester hadapan.~


Yang pertama. Jangan suka bertangguh.
Peribahasa ada menyebut, ‘bertangguh mencuri masa’. (peribahasa arab). Memang benar. Banyak masa aku yang Encik Tangguh tu dah curi. Semua benda suka buat last minit. Padahal tajuk assignment dah bagi awal-awal. Baik kerja kumpulan ataupun individu, sama je perangai si ocha ni. Tak berubah-rubah.
Formula: bertangguh = tak tidur malam + gelabah + tak sempat nak double check + typing error + lecturer minus marks (esp tatabahasa) + mata lebam + muka pun huduh. X de sape nak~ Huwaa..!


Kedua, kena pandai pilih group member.
Pilih orang yang ada komitmen. Yang sanggup sacrifice harta benda, masa dan tenaga. Yang tak berkira. Yang boleh dibawa berbincang. Yang boleh diharap. Punctual. On time. Menepati masa. (Ocha, sila paham, semua tu sinonim ye..~) Oouh, ok2. Saye paham. Semua ciri-ciri tu kita add lagi dengan sedikit unsur-unsur ‘sekepala’. Tak dengki antara satu sama lain. insyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar.
Formula: Group member yang sempoi + full of commitment + boleh terima teguran dan kritikan (even dia lebih tua dari kita) = assignment yang hancuss pun boleh jadi baguss...:)


Pengajaran yang ketiga. Jangan selalu online.
Hahaaa~ Atau lebih tepat lagi, ‘bermuka buku @ facebooking’ (Siapa x setuju dengan statement aku, memang penipu besau. Meh sini pipi kau aku nak lempang.) Alaaa, bukan fesbuk je, online ni macam-macam. In term of chatting, gossiping, commenting, gaming, online shopping... Ok, ok, blogging pun termasuk jugak. Yang mana semua benda ni sometimes akan jadi addicted pada sesetengah orang. Dan tak mustahil akan timbul bermacam-macam masalah. Masalah ape? Haa, ini yang kita tak tahu...
Formula ni paling mudah, iaitu; TAK PAYAH PAKAI BROADBAND...! What? (Sambil buat expression muka nganga mulut besar2 sampai gajah pon boleh masuk)


Yang keempat ye tuan2 dan puan2 sekalian, kena pandai bodek lecturer.
Iyeee, jangan tak tahu, ok. Atau jangan sekali-sekali kau buat-buat tak tahu sampai aku rasa macam nak bagi rembatan kencang kat kau. Gedik an? Haa, gedik itulah faktanya. Kena rajin gedik-gedik dok mesej dengan lecturer every nite. Kena rajin komen fesbuk lecturer. Kena rajin angkat barang-barang lecturer. Kena selalu beramah mesra, ringan mulut, borak-borak hal semasa dengan lecturer. Jadikan lecturer macam member kamceng. After kelas dismissed ajak lecturer ambek gambar sama-sama. Kena selalu puji lecturer. Cakap baju lecturer cantik, tudung lecturer lawa, kasut lecturer menjadi idaman semua gadis-gadis di luar sana...
Formula: Kaki kipas + kaki bodek + kaki ampu (semuanya bukan profession aku) = assignment full marks..! (maknanya aku tak dapat full marks ok... dah diam..!)


Seterusnya, jangan salah daftar kolej.
Sebab nanti bila kau nak buat assignment, atau nak buat group discussion, atau nak gossip-gossip dengan gossip girl sampai lewat malam, semua tak boleh. Limit sampai 11 malam je. Lepas tu kau kena chiow...! Dan disebabkan kolej kau sorang je yang special, maka ramai yang akan meng'interview' kau, dan bertanya dengan penuh taksub "macam mana kau boleh dapat kolej tu haa..?" seolah-olah kagum dapat kawan satu kos tapi berlainan kolej...~Dan jugak, secara automatiknya kau akan dapat title penduduk setinggan kat Mawar.
Formula: Salah daftar = Penat + letih + leceh + menyusahkan diri sendiri (padan muke kau)


Lagi... Jangan bagi muka dengan kawan2 yang satu kos.
Especially kawan-kawan yang pandai mengayat, yang pandai pujuk rayu, jiwang-jiwang karat, yang mana aku kategorikan itu semua sebagai (GEDIK yang TERLAMPAU). Setakat kau nak kawan dia, never mind. Go ahead. Tapi adalah sangat tak digalakkan ye, kerana Kementerian Kesihatan Malaysia amat menitik beratkan soal ini di kalangan pelajar universiti... (Eeehh..??)
Formula: Baru kenal + dah mintak couple + mintak duit + mintak tolong bagi assignment = REJECT & TIADA KOMPROMI..!


Lastly, lepas ni kena jadi selfish.
Selfish ialah sejenis ikan yang sepatutnya dimiliki oleh semua pelajar yang nak dapat dekan every semester. Walaupun cikgu cakap jangan kedekut ilmu, tapi kite kena kedekut jugak bila orang yang mintak ilmu kita tu kedekut dengan kita. Haa, kau rasa la apa yang aku rasa. Aku dah tolong kau, kau tamau tolong aku pulak. Dah tu, nak jatuhkan aku, nak tikam belakang aku, nak dapat dekan lepas kau kerah peluh dan keringat aku. Lepas ni, aku kena memilih kawan. Korang pon kena memilih ye... WAJIB memilih..!
Formula: Tak tau dah nak bagi formula apa. Pegi tangkap ikan 'selfish' tu cepat. Simpan dalam akuarium. Next sem bawak datang uitm...! Lagi banyak, laaaagi baguih..~
formula one: x selfish = x dekan (tibe2 je ada formula one kat sini... PEDIA..~)


So, kepada semua pembaca, eloklah rasanya jika anda save page ini untuk dijadikan panduan dan pedoman pada masa akan datang dan juga sabagai bekalan dunia akhirat. Sebaik-baiknya print out dan fotostat dan sebarkan kepada kawan-kawan dan jiran tetangga, saudara mara, keluarga mentua, dan sluruh muslimin dan muslimat di Malaysia termasuklah parajurit-parajurit yang sedang berjuang di medan perang untuk mempertahankan keamanan negara kita yang tercinta ini... Sekian, terima kasih.
Berkhidmat untuk Negara Burkina Faso Burundi,
~Ocha~

Sunday, April 11, 2010

KaU Ni CoPyCaT Laa~

Seronok kalau dapat jalan-jalan cuci mata... Sambil tengok gelagat orang... tengok perangai orang yang kadang-kadang boleh terkeluar statement like "Ooouh, what a cutie cutie boy" (dasar gatal kau ni, ocha) Or maybe like, "How sweet...~" Especially bila kau nampak a loving husband and wife tengah jalan2 pimpin2 tangan, sambil 'i tenung mata u, u tenung mata i.' (Owh, pasangan boifrend dgn gefrend yang buat macam tu x masuk dalam kategori terbabit ea. Perhaps aku akan cakap macam ni, "Oh my esprit, gelinya aku tengok kau." (tambah-tambah pulak bila dok tengok teenage2 nowadays ni yang feshion depa dok loklaq memanjang tuu, haish!) Haa, kan, kan? Seronok tengok gelagat orang ni. Sometimes, dari sini la idea-idea bernas aku untuk menulis cerpen akan muncul. (Idea bernas? Nak pergi muntah jap lepas bace ayat sendiri...~)


Ermm, apa-apa pon, i dont think that i would like to post about all those statement seperti yang tertera di atas. Bukan apa, aku tulis intro macam tu pon sebab nak cakap, kadang-kadang bila tengah dok usya-usya orang tu kan, tanpa kau sedari, tiba-tiba akan keluar statement macam ni pulak; "Eh, handphone dia sama macam aku la" "Aaai, macam kenal je corak tudung minah ni." "Alamak, macam mana baju yang dia pakai ni sama macam yang aku pakai?" "Adoi, sama la pulak design kasut dia dengan kasut aku. Setakat kaler je lain, heh."


Naaaah... Sebab dah selalu jumpa orang yang sama taste macam aku, tiba-tiba teringat pulak dialog Bib kawan baik aku yang sama sengal dan sama penin yang sama-sama panjat pokok rambutan belakang asrama waktu form 3 dulu...


Ocha: Weh bib, jam kau ni sama la macam jam yang ayah aku beli hari tu.
Bib: Abis kau ingat, kilang jam tu buat jam untuk kau sorang ke?


Bhaaa, ambek kau sebijik jawapan dia. Sampai sekarang aku ingat lagi ayat minah tu. Because of what...??? Practice makes perfect...ngahaha. (kantoi ar ko selalu bagi bijik2 tu kat orang, kan?)


Tapi x pe, biase la tu semua. Bumi mane yang tak ditimpa hujan? Laut mana yang tak pernah bergelora..? (Pedia budak ocha nih?) Haaa, sengal dia dah mula dah. Ok2, masuk point terus...


Awak... kalau dah 'TER'beli barang tu tak apalah. Ni kalau yang saje-saje nak beli nak tiru barang orang. "Eleeeeh, ingat kilang tu buat jam untuk kau sorang?" "Ada nama kau ke?" Hek eleh... Meh sini aku pulak nak eleeeeh ngan kau. Masalahnye, kau beli jam tu lepas nampak aku pakai. Maknanya, kau beli jam tu sebab kau nak pakai jam yang macam aku pakai jugak, kan?


Kau ni COPY PASTE laa.. Eh silap. Kau ni COPYCAT laa.. Aku tak suka orang macam kau ni tau. Sebab bagi aku, orang macam kau ni tak ada pendirian. Suka jadi pengikut. Orang buat macam tu, kau pon buat. Orang buat macam ni, kau pon buat. Tak geti nak tegak. Macam lalang di padang rumput... (aicheh)


Dulu aku pernah jumpe sorang. Suka tiru apa yang aku buat. Aku pakai jubah dia nak pakai jubah. Aku beli wedges, dia pon nak beli wedges. Aku suka handphone flip, dia pon nak suka jugak. Sampai mamat yang aku suka pon dia gedik nak suka jugak. Punyalah bengkek hati aku time tu. Bersungguh-sungguh aku separuh mati nak reka stail sendiri supaya tak sama macam orang lain. Saaangat weh. Saaangat x suka bila ada persamaan dengan orang lain. Aku nak aku soraaaang je yang pakai barang tu, yang ada barang tu, yang guna benda tu, yang jadi tuan benda tu. Tak kisah la walaupun sebenarnya ada orang lain jugak yang guna. As long as aku tak tau, it's FINE..!


But this is soOo... OBVIOUS! Tak sangka kat sini pon aku jumpa lagi orang macam tu. Si Copy Paste. Eh, salah lagi. Si Copycat...! Haa, COPYCAT. Yang terlalu amat sangat sangat dan sangat nak ADA APA YANG AKU ADA. Apa perasaan kalau kau jadi aku? Apa yang kau buat semua orang ikut? Apa yang kau ada, semua orang nak? Apa yang kau buat, semua orang nak buat? Sampaikan orang lain mengiktiraf orang yang copycat kau tu yang mulakan stail tu dulu. Meluat an? Haaa, pandai. Macam tu la aku rasa. Bengkek, bengkok, bengkung, bengkarung... (???) Semua ada..!


So, kepada kau... Just SATU je yang aku nak pesan. Aku tak kisah kalau kau betul-betul berkenan tahap nak mati dekat barang-barang yang aku pon berkenan jugak tu. Tapi PLEASE, jangan la sampai menampakkan barang yang kau berkenan tu sebijik macam yang aku berkenan. Orang lain mungkin bangga kot bila orang lain suka ikut fashion or style macam dia. Tapi bukan aku ea..! Bukan Cik Ocha. Aku tak suka sama sekali. AND NEVER EVER LIKE IT...!



Haa, kau COPY la diri kau sendiri, CAT...~

Thursday, April 8, 2010

pEnYaKiT DaH MuLa SeMbUh~

I've just finished my laaaaaast killer presentation... Finally, alhamdulillah. Walaupun bukan dalam erti kata 'finish' yang sebenar, tapi at least, aku tak perlu la meneruskan hasrat untuk suicide beramai-ramai lagi lepas ni. Dan bilik yang aku book dekat tanjung rambutan tu, dah boleh cancel kot. Oouh my dolce gabbana, group assingment teramat sangatlah mendatangkan banyak wabak penyakit kepada aku yang masih muda remaja ni. Apa kejadah an? Kesian betul aku dengan diri aku sendiri. Muda-muda dah dapat penyakit. (Haa, korang yang tengah skodeng belog aku tu pon, sila kesian jugak...!)


Geramnya akuu...! Ini semua gara-gara..... Ok, tak mau kutuk-kutuk orang dah. Mengumpat-ngumpat pon tamau. Cukuplah segala dosa yang telah aku lakukan selama ini. Pahala dah la tak seberapa. Amal ntah ke mana? Mana nak cover yang lain-lain lagi? Haaa, jawablah kalau berani? Konfirm masuk syurga ke nih? Konfirm jadi bidadari syurga ke? Jadi mak guard pon belum tentu layak, ade hati eh kau nak jadi bidadari? Maksiat dah la tak terkira. Yang kau tahu, berfoya-foya je. Apakejadahnye? Apakebanefitnye? Boleh bagitau saya sekarang...? Haa, encik yang baju biru yang kat hujung tu sila bangun dan jawab...~


And done pasal assignment sume. I just need as many ecstasy as i can, to help me stay up every night without leave the eye bag circle around my eyes. Hahaha haduuuh, nak mintak supply kat sapa ni haa? Sape pengedar ecstasy kat sini, angkat tangan! (Ahaaa, abang joe..~)


Tak pe, tak pe. Tu kita cerita di belakang tabir ye. Recently, terasa amat rindu pada pintu pagar bewarna maroon yang berkerawang-kerawang keemasan setinggi dua kali ganda dari aku tu, dengan cat dinding kuning terang yang mengalahkan istana YDP Agong di istana negara, yang dihiasi pokok-pokok bunga yang tidak berbunga, (itu pokok hiasan namanya), beserta lampu bulat comel di atas tiga tiang kecil di atas tembok yang tertera nombor 3882 itu, waaa, sesungguhnya kerinduanku sudah sampai ke tahap kritikal.. (Naaa, tipu la tu).


Ape pulak tipu, i story yang benar ni. I rindu betul kat rumah. Maksud i, isi-isi dalam rumah tu. My bunda, my ayahanda, my beruang2, my little soldiers, my peachy bedroom, my mom's kitchen yang dah lama aku tak kerjakan... (buat gaya tengah berfikir nak buat kek ape balik weekend ni ye..?). Hmmm, kalau sebelum ni i akan balik bila tiba rasa stress ya amat, tapi kali ni lain pulak ceghitanya. Dah release presentation, dah release assingment, dah release segala test yang macam nak mati kau mengadap hari-hari sebelum ni, haaaa, barulah kerinduan dan perasaan nak balik tu membuak-buak u noe.


Eh, tapi logik jugak what? Kalo x release, ada kau nak bersenang lenang kat rumah tu...? Haa, logikal thinking laa kan... Betul, betul. "Saya setuju lah dengan ststement awak tu.." - si baju biru yang duduk kat hujung tadi tiba-tiba menyampuk. (eh, ape kes?)


Daaaan, as 4 conclusion, in the nutshell and in the coconut shell,



Ntah, tak tau apa nak conlude di sini. Entry tamat. Sebab termasuk kat jalan mati pulak... haish.... (reverse balik, reverse balik...)



p/s: bundaaaa, i'm coming home.....~!!!

Monday, April 5, 2010

"sAyE nAk kAwEn DeNgAn TaN sRi, CikGu~"


Kenal dialog tu..? Haa, itu bella yang cakap. Siapa 'bella'? Dia kawan baek i. Sangat baik. Selalu dinner dengan i, bagi nasihat dekat i, bagi opinion dekat i, bila i nak pegi kelas, 'bella' tolong pilihkan baju untuk i, then, 'bella' jugak selalu teman i keluar jalan-jalan cari makan, teman i shopping, teman i chatting, teman i until end of my happy ending. (wah, ayat kau). And sometimes, 'bella' pon ada tidur bilik i. Especially, on weekend. Owh, how sweet u bella...~


Tapi bila berbalik pada dialog tadi, owh, i'm so sorry... she's no longer wants to marry with tan sri, coz she's already got 'her jutawan FAKIR'. Ok, diam. Sekarang, bila bella dah low profile, biar i pulak demand high profile. I ulang dialog bella tadi, "SAYA NAK KAWEN DENGAN TAN SRI, CIKGU." (sambil buat muke gedik yang teramat.) Dan cikgu pon akan bagi reaksi bagai nak terkeluar biji mata bila i jawab soalan beliau tu dengan wajah yang konfiden, yakin dan pasti, suci lagi murni...~ (eh, no, no, 'bella' yang jawab actually)





Hai, nama saya intan mastura, seorang pembaca berita 'jejak jenayah' dan juga seorang penyiasat persendirian dengan rakan kongsi a.k.a abang saya Ari (nih, nih, yang kat atas ni) yang selalu mengekor saya ke hulu ke hilir.. Owh my prada, menyibuk je. But never mind, biarkan dia. Biarkan je. There's nothing to do with him since dia pon sibuk menguruskan gangster-gangster bawahan dia lately... (Naah, ade hati tuu~) Semuanya pisau cukur punya pasal. Salahkan pisau cukur, salahkan dia...!

And now back to the title.. Oh, dear... What can i say, thats sooOo true. Tak percaya ke i nak kahwin dengan tan sri..? Tolonglah percaya. Tak nampak ke bagaimana kuatnya i mempertahankan status single i selama ni? Ada u nampak i pandang jantan lain? My, gucci... Tak ada, kan? Meaning? Laaah, takkan i nak jadi andartu melampau kot. Memang nak mati la tu. Nak tangkap ikan besar la, ape lagi... Ada pancing tak? Can u give me one...?


And u, sorry honey, u're not my taste. Maggi tastelyte pon bukan my taste. I memang nak kahwin dengan tan sri, tapi bukan tan sri yang dah beristeri, ok. U kena tau satu fakta, i ni bukan perosak rumah tangga orang dan TAKKAN merosakkan rumah tangga orang, owh my esprit, simpang malaikat empat puloh empat, kau nak mati kena hamun dengan bunda? Silap-silap dia tamau mengaku kau anak dia...! Hah, siapa nak tanggung i nanti? Dah la sugar daddy tak jumpa lagi.. Sugar candy ade laa...~ Owh, dear, mane aku nak rembat 'ayah gula' aku ni..


~IKLAN KEJAP LAPAN PULOH TIGA SAAT~


Ok lah, tanpa ragu-ragu, tanpa perlu berfikir panjang, toksah la u all sume berangan yang i ni akan dapat kahwin dengan tan sri. Apatah lagi yang belum berumah tangga, yang bujang, yang single and available, yang hot stuff, stok menantu idaman semua mak-mak dalam dunia ni, and toksah juga berimpian ilayana nak duduk dekat kerusi vvvvvvip on my wedding day nanti (since i kahwin dengan tan sri, kan) Because dah sah-sah la tak akan wujud, exist, ada dan terdapat orang bujang yang berstatus tan sri seperti yang i idam-idamkan tu... Paling-paling pun mesti dah ada anak sorang yang mungkin baya-baya i nihaa.. My versace...~ Adoi, musnah harapan.



Jadi, kesimpulannya di sini,




"Tak dapat Tan Sri, Datuk pon jadilah.
Jom 'bella', temankan i 'memancing'...!"




Bukan apa, kalau Datuk, konfirm ada je yang bujang, single and available, berstatus hot stuff, hangat di pasaran dan konfirm masuk carta paling atas calon menantu mak i.. Ambik contoh, Datuk Shiekh Muszaphar? (not available dah), Datuk Lee Chong Wei? (sekali cina daa), Datuk K? (Sekali misai tebal la pulak, heh.) Ermm, Datuk Najib? (Tak pasal-pasal Datin Rosmah hempuk aku dengan heels dia tu kang), Abis tu...? Macam mana ni 'Bella'....??? Mula la nak keluar 'Oouh my anna sui' ni..





Bella: "Hei, intan, I dah jumpa dah Datuk yang u nak tu."
Intan: "Hah, mana? Mana?"
Bella: "Tuu, Datuk Mawi~"
Intan: What? (Pengsan terus tak bangun-bangun.)


p/s: Bila masa Mawi dapat 'Datuk' ea..?~ Ok, entry i ada kesilapan teknikal ni sini.. Jap, i antar servis jap..~


~annoying pulak aku bace post aku kali nih...heh.~

Saturday, April 3, 2010

tRiBuTe To Allahyarham DiN BeRaMbOi

Sumpah, aku menangis baca entry dekat blog pak nil nih..



Buat Allahyarham Din Beramboi, semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aku juga akan merinduimu...





~Al-Fatihah~

Thursday, April 1, 2010

MaSiH x pErCaYa LaGi Ke..?



Kan aku dah kata, crita ni best..
Korang tanak percaya..
Tak pela.. fine la..
Tak percaya suda la..
Tak tercekik pon chipsmore yang aku makan tadi~


(Rosak anak bangsa kalau sepuloh oghang perangai macam aku. Asyik nak paksa oghang je. Haish~)

Wednesday, March 31, 2010

BirThDaY iJaAa @ KL dRiFt II...!!! (sambil menjerit kehisteriaan)

Semalam, ooouwh... Sangat bahagia... Saaaangat bahagia. Want to know why...? Hasrat nak tengok muvie akhirnya tercapai sudaa... Bukan calang-calang muvie ni. Evolusi KL Drift II tau.. (Ok, sila annoying dengan aku sekarang!)

Entah la, tak tahu apa X-Factor filem tu yang buleh buat aku separuh suku 3/4 hampir mati dan gila sampai sanggup tengok dekat cinema dua hari berturut-turut weyh. Seriyes gile, kan? Pernah ke buat macam aku? Tak pernah? Bagus. Jangan buat dan jangan ikut. Ini contoh yang tak baik namanya.

Tak apalah, aku kasi chan kat diri sendiri. Lepas ni ocha, jangan keluar lagi kecuali kolej, kelas, ko-ko, dan tempat-tempat di mana kau boleh mendapatkan kupon sementara stok masih ada. (Yelah, next sem nak dok kolej aan). Dan lepas ni, gonna keep my broadband at home. I mean, leave it to bunda, until i'd finished my final exam. And after that, going to apologize to all my friends for ignoring their texts and calls. In the mean time, i'm gonna be mahadiah (again, same resolutions, but never work at all).

Sudah la, ini entry, sudah masuk lain punya cerita maa...~

Haa, ok lah. Just to make the simplest one, i went to JJ Bukit Raja, as i promised to my cousin to celebrate her 17th birthday yesterday. HAPPY BIRTHDAY IJAA. Then, after kena pow, take a few minutes 'jalan2, cuci2 mata", after enjoyed the McD as her request. Nak harapkan aku yang request? Ayat macam ni yang akan keluar nanti, "McD? Ermm, kita makan benda lain la eh..?"



Owwh, suwit innocent je wajah beliau an..
Yela, suwit seventeen la katakan~
Tambah2 lagi dapat pow kakak kezen dia nih
bahagialah tu, heish~

Ah sudah. Okeh ya kawan-kawan, now after perot dah kenyang, could you allow me to express my 'keterujaan" here, as the Evolusi KL Drift's dah start and the actors was soooo, (fuh, x boleh tidoq malam kau),


Eh, no, no, no... Not the actors actually, but the action maa~ Can u imagine the car that 'cilok sana, cilok sini', vroom, vroom, dengan begitu megah on the road. The moment that Ary fell down from the highway divider, so tragic, heh. The explosion scene, real kowt. The romantic scene between Zack and Aliya. The sweetest value of friendship between Sham and Zack and Zul and Muz. Whooaa, what a superb stunt they had, the races, the pistol that pechiew, pechiew along with the pedang samurai, (giler ah) and the engine which sounds like music on my ears, (heh, muzik la sangat), AND plus, the AARON AZIZ, who the biggest TAIKO yang boleh buat aku separuh suku mati macam yang aku cakap tadi, can u believe it...? (Hmm, mesti x caya ni..~) Tamau caya suda la... Aku cakap jujur ni.

And of course, the actor admired by my suwitest seventeen's cousin, Ijaa nih ialah...


Heh, apasal la inspektor kamal tu yang ko gila-gilakan ijaa cuba kau gila-gilakan taiko macam kat bawah ni haaa, komersial sikit.. And the best part, kan, u noe what? dialog ni haa...


"Gua nak habiskan ini cerita"
(bukan time ni, tapi before dia nak tembak tu, hee~)
macho an..? (pheww, pengsan lapan puloh lapan saat)



Haa, kau tengok, kereta zack yang kuning tuh terbang2 di awan biru,
kereta my taiko jugak yang maintain, dik..huu, peewit~



Yang 'merahnnye mak ngah' tu la Ary,
Sama muke kejam macam muke abang Joe* i tu.
Phew, phew (rasa nak pengsan lagi)


*Joe tu nama taiko besau tu laa~
nih, nih yang kat bawah ni haaa


"Hei ya chi lei yaa"
(ape maksud dia, agak2?)

Haha, cuak, cuak. Ntah mana rembat picture ni ntah. Tapi memang agak histeria la, coz tengok muke yang gile ganaz macam ni kan. Pheww, pheww, pheww, ocha akan pengsan betul-betul dalam masa lima perpuluhan enam lapan saat. So, i kena "KASI HABIS INI ENTRY", huwahaha...!!! (tiru ayat taiko besau di atas)


~ENTRY TAMAT~

Bukan cerita pasal birthday Ijaa sangat pon, dok gila melalut pasal Aaron Aziz...
(Sengal punye ocha) :P

p/s: Annoying n meluat (tahap kritikal) dgn oghang yg tamau support filem m'sia sndiri. Memang la x se'superb' TFTF, tapi tak yah ah nak kutuk2.. Kecik ati dowh..

Tuesday, March 30, 2010

ToLoNg BaCa sEpErTi pEmBaCa bEriTa yE..~

INTRO: Tiiit, Tiiiiit....
(Bunyi macam dalam radio RTM sebelum nak start berita tu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
(nada skema).


Berita disampaikan oleh Sharifah Ocha Syed Omar.

Pada semalam yang lalu, seorang gadis dilaporkan bertengkar dengan seorang kawannya gara-gara berebutkan seorang lelaki yang mereka kenali hanya melalui fesbuk. (Yennaday, ape daaa)


Kedua-dua sahabat baik itu dikatakan saling membelagakkan diri antara satu sama lain dengan mengatakan bahawa lelaki yang baru mereka kenali itu lebih memberikan perhatian kepada diri mereka masing-masing.


Masalahnye sekarang, (pembaca mula emosyenel), lelaki tersebut langsung tidak ada hati kepada kedua-dua gadis tersebut, malahan sedang berbahagia dengan kekasih hatinya sekarang.


Menurut sumber yang boleh dipercayai, (mungkin sumber air bawah tanah), kedua-dua gadis terbabit adalah berasal dari sekolah yang sama, iaitu sekolah yang mengasingkan mereka daripada bercampur dengan jantina yang berbeza. (paham x ni?)


Dan menurut seorang pakar bimbingan remaja wanita, iaitu Doktor Ocha Septriasa Omar, beliau berkata, kecenderungan gadis2 yang berasal dari sekolah perempuan sahaja, terhadap jantina yang berlawanan dengan mereka adalah sangat tinggi. "Senang cakap, depa ni desperate la haish. Tapi desperate yang macam mana? Haa, ini yang kita tak tawu..." ujar Doktor tersebut lagi.


Oleh itu, kerajaan dan kementerian (bukan sama ke?), ehem, saya ulangi... Oleh itu, kerajaan dan kementerian akan memansuhkan sekolah satu jantina di seluruh Malaysia ini, bagi mengelakkan pergaduhan antara gadis-gadis remaja lain pula tercetus.


Hasil temubual bersama Supretendan Inspektor Ocha Amar (eh, sejak bila tukar bapak..?) , beliau berkata,


"Kami khuatir ya, jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera, kejadian tersebut mungkin akan berulang dan menular dan mungkin juga akan menyumbang ke arah jenayah yang lebih kritikal seperti contoh menolak kawan mereka ke dalam perigi, lalu lemas dan bertukar menjadi ikan kaloi, lantas diberi nasi melukut dan ditangkap, kemudian di masak, masak lomak cili api dan tulangnya di tanam di belakang rumah lalu tumbuh la pulak pokok beringin yang rendang dan rimbun bersama pekej buaian ajaib yang boleh berbuai sendiri sampai cucur atap." (????? - wartawan yang menemu bual tiba-tiba rasa seram dengan inspektor tersebut dan terus cabut lari.)


Oleh itu sampai di sini sahajalah berita untuk hari ini.

Kesimpulannya,
(tiba-tiba nenek ocha kebayan pulak masuk ke studio pembaca berita)


"Cucu semua, kesimpulannya di sini, nenek nak pesan. Toksah la hangpa dok berkelahi, bertengkaq, bergadoh dengan kawan2 hangpa suma pasai oghang jantan noh. Buat-buat gadoh x pa. Atau pun buat gado-gado laaaagi x pa. Nanti buleh pos sikit kat nenek noh. Lapaq nih... TQ."


Teeet, Teeeeeet...
(Berita tamat)


p/s: Annoying la dengan kau. Nak sangat jantan tu, hambek...!

DiLeMmA La kOnOn2 NyeEe~

Family Day APB and MCC Bowl Challenge. Heh, do i have to choose? Dua-dua event pon aku nak attend kot. Agak2nya fakulti ban nama aku tak? Dah dua kali skip aktiviti APB ni. First, tak attend induction sebab pegi camping kembara hari tu. Then, this time pon tak attend jugak dengan alasan join aktiviti kolej. Padahal mana lagi penting? (jawab dalam masa 0.0071 saat) Tet, masa tamat!


Cancur harapan i tau? Musnah impian dan masa depan sebab tak dapat nak kenyit2 mata dekat abang2 senior time family day tu. Tula, sape suoh tak pegi. Lebur, punah, ranah, ranap, remuk, redam, rendam, badak berendam, semua ada laa. Sampai i pon rasa nak join badak-badak tu berendam sekali.. (buleh tak encik badak???) Haish, menyesal, menyesal.


Tapi tak apelah, i promise, this week, we’re gonna have sport day, rite? Haaa, i join punyee~ konfirm. Tengok la nanti, i kongker sume game sport day tu. Main futsal, aku. Netball, aku. Volley ball, aku. Baseball, aku. Football, aku. Softball, aku. Hah, bol ape lagi kau nak? Cakap, cakap, caaaaakap je. Asalkan bukan cheerleading...ngahaha. (Mau makan kaki? Silakan bagi pom2 tu kat aku, heh~)


Sebabkan x pegi family day, so, i post gambar mcc bowl challenge ari tu k. Sikit je takleh banyak2. P N C ni tawu...huu~


(Berikut ialah bukti2 yang menunjukkan bukannya aku sengaja nak skip family day, ok. Huu, tolonglah faham...~)







Ok dah. Ini champion sedang bermaharaja lela di sini... Tolong la faham ye. Dah, pergi main jauh2. Tak meluat ke tengok muka aku ni...?


p/s: Aliaa, kalo ko baca ni, tolong la rasa jeles... huu, ruginye ko x pegi.. besh shangat2 tau...!

Monday, March 29, 2010

jJcM vErSi PeNiNg - (bukan Penang, OK!)

Dah pagi, kan..? Haa, inilah waktu yang i tunggu2 selama ini. Aicheh, bajet ayat macam tak pernah jumpa pagi pulak. Apa kedehal, buat2 tak ada hal la yeh. Padahal, kat depan mata i sekarang ni, terpampang satu list yang bukan main gedabak lagi, tertera list to do within this week, including assignment, test, presentation, outline, assignment correction (damn!), aku benchi semuwa hini...!


Tapi nenek ocha bukan nak berceloteh pasal senarai2 list to do itu semua, cuma nak bagitahu, di sebabkan kesuntukan masa untuk mengupdate belog dan tak tahu nak merepek meraban apa di sini, kepala batu si nenek ocha ni masih menggedik-gedik jugak nak post pasal jalan-jalan cari makan dekat TS hari tu. TS tak tawu ke? Alaaa, ti es, taim skuer laaah...~ Nak specific lagi, hah, kau pegi la pasific!

Ni haa, The Teppanyaki..
(Ntah betul ntah tidak aku heja nih.)
"Ouch, maafkan jari nenek ocha, tuan saya ni ye," bilang memon.


Okeh, sekarang boleh la enjoy the jalan-jalan cari makan, time...!!!
(bunyi latar belakang tepuk tangan)
baca bismillah dulu ye...~
kang ada yang pengsan pulak tengok aksi2 terlampau kat bawah ni..

Ok b, posing sikit, aaa, sikit lagi,
haa, lagi sikit, sikiiiit je..heh,
ok cun suda.. weeewit...~



s pulak dok kusyuk susun2 gelaih ataih meja nun,
x pa la, teruskan menyusun
sat lagi la hang posing naa.. huu~



tuuu diaa, sikit punya cumel gelas2 yang S da susun,
cumel kan gelaih2 tu.. haish...
rasa mcm nak hangkut bawak balik je..


Ini namanya appetizer, GYOZA~
walupun nampak huduh
but i give full marks for this, yeay!!!
(bunyi latar belakang tepuk tangan lagi sekali)

Ini pun appetizer jugak...
dia peram berapa lama ntah
i wonder what they used as the ingredients..heh~
minus marks... so total, NO MARKS..
huwahahahahahahaha...!!!
(gelak kejam stail ajaa)



Ouwh, the teppanyaki's chef..
harus diberi markah keredit kepada mereka..


kerana apa...?


kerana sangat tidak kedekut...



TAUGEH...!!!
TADAAAAAAAAAAAAAAAA...!!!

(Hah, hambek, hambek, hambek)


as the result...~
Ginilah jadinya. Kan dah menymbang ke arah pembaziran.
baik i bagi ikan kaloi i kat melati tu,
laaaagi bagus..


oOuuoOh, cantik decoration pinggan awak s,
balaja deco bersama eric ke..?
or deco bersama sony ericson awak.. (???)
Dah kenyang pon masih tak geti2 nak belajar posing..

Okeh, tak pelah, nothing else to display.
as long as perot i kenyang, soo, i shadap laa..~


S dah menyedari tentang kepentingan posing
so, dia kasi vavavooom punya..
(pheew, ezwar pon pengsan~)

B pon nak vavavoom jugak...
hah, hambek..!
(suhel pulek pengsen..)
neno neno neno, ambulan pon datang.

sekian, nenek ocha mintak diri dulu ye,
maklum la, dah tua2 ni,
tak larat sangat nak tekan keyboard ni haaa...
adeh, adeh, adeh...~


p/s: lepas ni sape nak join nenek naik roller coaster pulak..??
(semua orang pon pengsan, ~weee~ )

Sunday, March 28, 2010

BaS RaPiD..~ (x komersial lak ai, tajuk..)



Menariknye gambar intro... Cantik kan? Haa, ini semua al-semalam punye al-pasal. Bayangkan satu rombongan cik kiah budak ni hangkut bawak pegi kl central. Haa, satu rombongan, u... Aww~ Mula-mula tu bahagia lah. Mentang-mentang baru habis test, tambah lagi dah weekend pulak tu, semua nak joli sakan je keja. Hape kau ingat ni merbok ke nak keluar every weekend...? Nak kuar pegi Time Square pulak tu, (tak boleh belah), dah tu bukan ada transport sendiri. Betul2 harapkan pakcik rapid bus tu 'pick up' ahli2 rombongan ni... Haish...~ (Da nama pun rombongan, mana ada rombongan naik kereta, kan?)



Kemudian, (dah naik bas ni) tengah2 termenung, tercangak2, termimpi2 dalam bas tu an, boleh je terlintas dalam kepala batu aku ni nak post sesuatu. Nak pos pasal bas rapid. Nak promote pasal bas rapid. Bas rapid yang selesa. Bas rapid murah. Bas rapid yang laju hampir kalah formula 1. Bas rapid yang anggun bergaya. (habah kau!) Dan ocha pon berkempen,



"Marilah semua warga kota, marilah kita mengimarahkan pengangkutan awam kita"
(Pengangkutan awam? Geli lak ai ayat, heh.)



Yelah, baguih apa bas rapid ni. Dah la murah, sekali naik singgit, dua kali naik dua hinggit, tiga kali naik tiga hinggit, (Walaupun sekali naik nak ke kl central tu dua hinggit setengah, aah, lebih kurang la tu..~) Lepas tu, selesa. Ada penghawa dingin, (apasal poyo sgt nih?). Sampai boleh tido2, senget2 kepala kat bahu orghang sebelah, nak mimpi putera raja kapur sekapur sireh pon boleh. Silakan, sila sila. Sebab kalau naik kereta sewa abang gemilang yang 60 hinggit setengah hari tu pon belum tentu ada air-cond, tau. Dan sah2 kau tak dapat tido bila kaki kau asyik bengkok je dok tekan pedal minyak. Lepas tu, radio pon stok nak hentak kat dinding.



Naik bas rapid, bukan setakat radio, video pon ko boleh tengok. Tak payah bengkok2 kaki, nak lurus kaki, nak silang kaki, nak main teka silang kata pon boleh. Walaupun kadang2 rasa bagai nak mati asyik dok tengok Kan-Cheong Kitchen 8tv tu sepanjang masa, kan. At least, ~boleh laaa~, Apa susah. Tamau tengok sudah. Tak yah dok langut2 kepala tu. Pasang ear-phone dengar mp3. Abis ceghita.




Haa, bahagia kan...? Lepas tu hambek kau, semangat sangat dok kempen2 kat oghang, "Jom naik bas rapid, jom naik bas rapid." sekali bila sume orang dah sahut seruan kau... Hah, hambek la, sepanjang masa kau kena sexual harassment dalam bas tu. Intentionally ke, unintentionally ke, tak tawu la kan. Ape kes? Kalau dah macam sadin tak cukup space. Mampat gile sampai rasa nak halau semua orang dalam bas tu turun. Heh, bus without benefit. Macam nak mintak balik je duit tambang kat pak cik ensem yang bawak bas tu.



"Pak cik ensem, boleh tak pulangkan duit tambang bas saye tadi? Saye bayar sama je dgn orang lain, tapi diorang duduk 1st class, saye duduk double down class. Siap kena sexual harrasment lagi tu. Boleh la pak cik. Kalau tamau pulang semua pun, bagi la discount. Student rate. Please...~"


muke tensyen walaupun duduk upper class..heh~

Achik kau..~ Baru tahu azab tak azab naik bas rapid macam tu. Tambah2 lagi kalau tiba2 dia bersatu dengan genetik siput atau kura2 atau labi2 dan suku sakat yang sekaum dengannye. Haa, best kan pakcik tu dapat pahala free, dosa akuuu jugak berganda-ganda dok kutuk2 dia dalam bas. (Tak baik tau, ocha, Kalau dia mati, sapa nak bawak bas? Dah tak boleh balik yuhaitihem...hmm~)



Sekarang, izinkan saya, menarik balik kempen saye tadi.



"Toksah la dok naik bas rapid tu. Mahal nak mampos. Secret recipe pon lagi murah. Dah la panas. Sampai banjir ketiak kau. Deodorant cap ape pun yang kau pakai, sume tak berkesan punye. Cayolah cakap den nih. Lepas tu, lambat. Terhegeh2. Tergedik2. Terkinja2 (ade ke bas terkinja2?) Xpe, yang penting niat saya, nak tarik balik jugak kempen nih! Jangan naik bas rapid lagi ea, jangan tau. Biar saye je naik. Saye dah biasa pegi kelas lambat2 ni. Peluh2 pon dah biase dah. Sebab tu memang tak pakai ubat ketiak hapa kejadah sume tu. Haa, toksah naik ea, terima kasih~"



p/s: Jangan sahut seruan ocha tu...~ Dia bukan kerajaan. So, sahutlah seruan kerajaan, bukan seruan ocha. TQ.

Saturday, March 27, 2010

Me...!


Swirls of color, fabric of silk

breakfast as simple, as cornflakes and milk

occult fascinates and horror chill

just a teenager finding some thrills


beaches of white, ocean of blue

the love of my life and it is true

nature and music entwine as one

homework and papers and books never done


friends misunderstand, that is what i can't stand

why don't they take me as i am?

i rebel but with a causes

to change all within me that is flawed


understand me its not very hard

emotions play a very big part

thoughts of mine fly like colors in time

sing songs of harmony that fall in rhyme

try to understand me is all i ask


try to understand me

and this too shall pass


~ love ~

me~ n ~wanda marie goh


p/s: Hek eleh, tak habis2 nak poyo..~

Thursday, March 25, 2010

OoowH aBaNg JaCk...~

Entry ni, bukanlah ditujukan kepada kapten jack sparrow seperti yang digembar-gemburkan dalam cerita pirates of the Caribbean tu ye, bukan jugak kepada jack and the bean-stalk (kacang ijau yang melingkau2 naik ke langit tu), mahupun kepada jack and jill atau adik beradik yang seangkatan tentera darat, laut dan udara dengannya. Bukan ea, bukan, sume tu bukan tau..! Dah, lepas ni jangan dok tanye lagi siapa itu jack..~

Jadi, meh sini i nak cerita sikit dekat u all semuwa pasal seorang peniaga petai yang rumahnya terletak di hujung sebuah kampung di kawasan pedalaman di hulu langat shah alam... Lorh, sejak bila pulak hulu langat letaknya dekat shah alam ni... (Hadoi, jap2 i nak check mind map kejap)

Eh, tapi... (dalam gaya tgh lari2 lepas tu tibe2 brek),

Dah title entry nama abang jack, dah konfirm2 la nak ceghita pasal abang jack. Yang dok gedik sangat cerita pasai abang petai ni pasai apa...? Haish, kalau abang jack tu dah tukar profesion jadi businessman petai yang berjaya tu, lain la kan. Tapi dalam entry ni abang jack dengan abang petai tak ada kena mengena. Abang petai jual petai la, abang jack jual benda lain.

So, I tak kira. I tamau cerita pasal abang petai, because i nak cerita pasal abang jack jugak. Kalau u all nak abang petai, pergi caghi dia dekat hulu langat shah alam tu. Dah, pegi2..~ Walaupun abang jack ni manusia yang idup dalam hikayat pada zaman dahulu kala, kan. Pedulik hape i. So, mule2 i start macam ni eh...~

Ada seorang puteri raja. (Apasal masuk cerita puteri raja pulak nih) Diam kau...!

Ada seorang puteri raja. Satu hari ni, dia pergi bersiar2 dengan dayang dia. Pegi PWTC. Naik rapid bus dari istana yuhaitihem dia, ke kl central, lepas tu naik monorail la, nail lrt la (pergh, independant kan?) Itulah, nak pergi ke book fair katanya. Bertemankan dayang nan seorang tu, singular ya, bukan plural. Maka, sebaik sampai di pwtc itu, kelibat seorang putera datang kat dia. (masa tu puteri tak tawu putera itu putera). Ensem...~ Hampir kalah kapten jack sparrow i. Tapi mujur x kalah. Hampir2 je, okeh...~ kena faham statement tu.

Haa, lepaih tu (tiba2 masuk kedah), Okeh, jangan menyampuk...!

Lepaih tu kan, dan dan si putera tu approach si puteri. Ajak dia duduk2 sat, mai sembang2 sambil main chess, (catur putih menang dengan check mate pada minit ke doblas) hebat kan..? Lepaih tu lagi, dok ice breaking hitu hini, bla, bla, bla hapa suma. Aisheyman, sekali bila time putera tu dok itroduce himself, hah hambek kau,

"My name is,
'YANG TERSUNGGUH PALING AMAT MULIA,
TENKIU MAHKOTAK ONION JACK'
(opochot mak hang, terkejut si puteri tiga belas saat...~)
I'm bachelor, I live at bangsar
but my hometown at sungai petani kedah.
And you...?"

Hambek hang, tu diaaaa, terkebil-kebil si puteri. Macam cicak tertelan sekerew. Tak sangka boleh jumpa rakan sebandar waktu mude2 dulu, time study kat sg petani. Ape lagi, si puteri pon tersipu2 malu nak introduce kan diri beliau. Da la muka putera tu ensem hampir kalah jack sparrow, siap offer diri suoh si puteri hangkut dia bawak bakik istana 'yuhaitihem' lagi, haaa, setan banyak niiii... dont, dont, jangan macam ni, jangan, jangan....~

Si puteri masih kuat iman. Putera pelawa ajak lunch dekat hotel tingkat lobi pwtc tu pun dia tolak dengan penuh sopan santun dan adat istiadat. (Weh, nak refuse pon ada adat istiadat ke?)

Dan sekarang, kita ringkaskan cerita, si puteri pun minta diri untuk pulang... Dan si putera pulak, merembeskan hormon gedik dengan meng'offer' diri... Cheh! Lepaih tu lagi, sempat noh, depa bertukaq2 nombor telefon. Tapi x sempat pulak nak mintak emel atau nama dekat dinding facebook, (terkilan macam mati laki tu!). Tapi, tuan puteri pulang jugak bersama dayangnya. Itupun selepas si putera berjanji untuk datang ke istana 'yuhaitihem' pada minggu depan.

Haaa, so sekarang saya kasi bukak ini tawaran, siapa mau ketemu dengan itu putera ONION JACK,~ Nak kan..? Nak kan..? Haaa, tunggu... Hadirin dan hadirat diminta bertenang semuanya. Bawak mengucap. Ucapkan kalimah syahadah. Ucapkanlah cinta...~ (???) Pihak kami tidak dapat memberi sebarang ulasan mengenai ketiadaan gambar putera jack tersebut. So, oleh kerana tidak ada gambar, x dan la nak upload noh...? Nanti dia datang i hambek gambar dia sampai penoh memori kad handphone ni. Mana tahu ayahanda si puteri tu berkenan, boleh la naik pangkat jadi pewaris takhta... huwahaha.

p/s: onion jack? entah2 putera ni bekas komunis tak...?

Tuesday, March 23, 2010

bErFaLsAmPaH pULak kAu Ni..~

this morning, when i woke up,
i sensed that something changed,
but it was nothing i could see,
nothing was rearranged,
for some unexplainable reason,

when i looked into the mirror,
even though the image was the same,
i could see myself a little clearer,
my hair was just as frizzy,
but it didn't matter, it's just hair,
and i still have curves in all the wrong places,
(but i still like it)

but for some reason i didn't care,
then there were my pimples scars,
that clearly appear when i'd tried my best,
to bury it under my concealer,

and for once i liked my marble eyes,
though i never imagined i might,
for once i felt just perfect,
like i finally looked the part,
and i realized the change wasn't outside,
but rather,
inside my heart...

Fulamak aih... ocha ke tulis nih?

p/s: bese la, nak resit muet la katakan...~

the history

Followers