Ya Allah …
Yang Maha Pengurnia… tanpa dikuniai
Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan
Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu
Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku
Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ....sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan
Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir
Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara
Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya
Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani
Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya
Ameen...
Tuhanku, Ya Allah...
Aku mohon semoga Ayahanda dan Bonda dikurniakan kesihatan berpanjangan,
Semoga Angah pandai menjaga diri dan cemerlang dalam SPM tahun ini,
Semoga Adik menjadi anak yang soleh dan mencapai impiannya,
Semoga rezeki kami sekeluarga halal dan diberkati olehMu,
Semoga keluarga kami bertambah akrab dan bahagia...
Tuhanku ,Ya Allah...
Aku mohon semoga Hani dapat menempuh segala ujian dalam percintaannya,
Semoga Haajar bertemu jodoh dengan kosmet dia,
Semoga Ummu tidak mengalah dalam memburu cita-cita hidup,
Semoga Nurul berjaya sambung degree dalam bidang syariah,
Semoga VSB sentiasa bersama,
Semoga ukhuwah kami berpanjangan selama-lamanya...
Tuhanku, Ya Allah...
Aku mohon semoga Encik Mastermind sentiasa sihat dan kuat meneruskan double major dia,
Semoga Aizat, Ashraf, Ikhwan dan Syafiq menemui insan yang terbaik untuk mereka,
Semoga kawan-kawan sekelas sentiasa happening,
Semoga ilmu yang semua ustaz, ustazah dan cikgu di sekolah, juga pensyarah-pensyarah di sini berikan diberkati dan berkekalan dalam diri,
Semoga adik-adik Maahad Ahmadi sentiasa mendapat tarbiyah yang terbaik,
Semoga semuanya di pelihara Allah yang Maha Menjaga,
Semoga Allah memberkati semuanya...
Tuhanku, Ya Allah...
Aku mohon agar segala urusanku dipermudahkan,
Aku mahu menamatkan ijazah ini tanpa sebarang kesulitan,
Aku mahu meneruskan Master bersama kawan-kawanku,
Aku mahu membahagiakan Bonda dan Ayahanda,
Aku mahu bertemu jodoh dengan jejaka yang soleh tapi gila-gila macam aku,
Aku mahu menjadi graduan yang tidak menganggur,
Aku mahu menjadi anak yang solehah,
Aku mahu menjadi kakak yang terbaik untuk angah dan adik,
Aku mahu menjadi sahabat yang sejati untuk Hani, Haajar, Ummu dan Nurul,
Aku mahu menjadi isteri yang taat dan solehah untuk suamiku,
Aku mahu jadi mama kepada sepasang kembar,
Aku mahu berjaya di dunia dan akhirat,
Aku mahu menjadi hambaMu yang taat Ya Allah...
Tuhanku, Ya Allah...
Aku tahu aku tidak layak meminta semua ini daripadaMu,
Aku hamba yang lemah,
Aku hamba yang serba kekurangan,
Aku hamba yang tak punya apa-apa
Melainkan Kau pinjamkan kepadaku,
Tuhanku, Ya Allah,
Bantulah aku menghadapi hidup ini dengan sabar,
Bantulah aku mengharungi segala ujian ini dengan tabah,
Hanya engkau yang berkuasa ke atasku,
Hanya engkau yang berhak memberi rezeki kepadaku,
Makbulkan sagala impianku Ya Allah,
Tunaikan segala harapanku Ya Robb,
Ameen, ameen, ya rabbal alamin...