Monday, March 28, 2011

ShOeS cRaZiEr bErSaMa KaK aNiE!!!


Assalamualaikum wbt


Petang jumaat hari tu, Kak Ani ajak keluar jalan-jalan teman dia cari baju dinner dekat PKNS so aku pun macam OKEY lah since besoknya dan besoknya lagi konfirm yakin dan konfiden bahawa aku akan terpenjara sehari suntuk dengan program APB. Tak mahu cerita pasal tu (tapi next post, MAYBE) sebab ini pun tengah taip stail menggelabah gila kang dah cakap dengan Kak Ani nak letak dekat blog sekali dia tunggu mana-Ain-ni-tak-hapdet-hapdet-belog-lagi-nih. Kwahaha, macam geli bajet perasan femes belog sendiri.




So, those picture were taken after segala kelengkapan UTAMA which is baju dinner Kak Ani dah selamat dijumpai. Sorry I can't reveal the pictures yet sebelum dinner sebenar. Kang tahu dek Kak Ani kang mengamuk sakan dia punyalah berahsia taknak bagitahu orang aku sedap-sedap kantoikan kepada masyarakat. 




Anyway DONE with the baju sebab lepas tu kitorang pergi SACC untuk cari kasut which is the only thing yang aku rasa boleh display kat sini. Macam aku pulak nak pergi dinner bila rasa teruja bersama pilih kasut dengan Kak Ani hari tu. Ke, memang aku ni dasar mata yang PANTANG TENGOK KASUT? Oooh, konfius kejap.




Okeh, kita tengok kasut yang pertama. Kak Ani suka yang ni sebab dia cakap selesa. Tapi aku tak approve sebab kaler biru. Tak match langsung dengan baju dia. Okeh dah.




Yang ni okey. Sebab manik-manik depan tu nampak traditional rasa macam sesuailah kalau pakai dengan baju dia tu. Kaler pun okeh. Tapi bila Kak Ani pakai aku tengok jalan dah macam hape dah. Senget kiri kanan. Ooooh, tapak dia kecik. Patut la tak stabil. Ok, next.




Yang ni Kak Ani suka. Aku pun suka. Tapi sebab tali-tali dia tu jenis elastic (sumanya getah semata), so aku cakap dengan Kak Ani in long term punya condition, kasut tu memang betul-betul akan jadi elastic. Jadi aku strongly reject sebab cakap berdasarkan pengalaman. Waaaah, dah macam doktor kasut dah ni.




Kasut ni nampak dari jauh macam sooo adorable. Sekali bila Kak Ani pakai, entahlah. Ada something yang aku ras tak kena kat situ. Cer korang cakap tang mana yang tak kena. Mengada konon instinct hebat sangatlah nak komen stail orang? Maybe sebab kaki Kak Ani kecik sangat kot...=) Ok, lagi?




LASTLY... Kak Ani terbekenan yang ini. Not bad jugak. Tapi Kak Ani cakap kasut ni berat. Nampak solid kan? Eloklah tu, nanti kang jalan taklah main gedah kasi pecah je. Kurang-kurangnya boleh jadi wanita Melayu terakhir walaupun sekejap...haha.




Yang ni pun I guess kena dengan kaki Kak Ani. Tapi since agaknya dia dah jatuh hati dengan kasut yang sebelum ni, dah tak nak pandang yang lain dah.




Okeh, konfirm dia ambik kasut yang sebelum tu tadi.
See the muka bahagia sebab hajat akhirnya tercapai.




Extra bahagia sebab rasa tinggi gila pakai wedges padahal masuk je vincci terus tuju the flats.




Extra lagi satu. Satu-satunya kasut yang snap luar daripada Vincci. (Kat kedai lainlah maknaya tu) Aku yang paksa Kak Ani try kasut ni the moment I saw it. Walaupun gabak daripada kaki Kak Ani aku tak kira. Lepas tu balik bilik terus got headache sebab terlampau memikirkan kasut ni. Chiiis, rasa macam nak lempang pipi kiri-kanan kenapa-kau-tak-ringankan-kad-atm-kau-haa-weh? (Mungkin ketetapan iman masih kuat masa tu tapi bila balik bilik dia terus meroyan) Kak Ani ottokee...? Ain suka gila kasut tuuu...!!!




 Ooooh, berbalik kepada Vincci...




Sambil menunggu kakak kedai tu carikan saiz untuk Kak Ani, masing-masing jadi terencat sekejap. Ye, memang semua orang akan retarded bila keluar dengan aku. Pffft.




p/s: anyway, terencat-terencat pun, inilah perangai yang aku and the gossip girl selalu dok buat.

Friday, March 25, 2011

DiaLaH Di haTi

Assalamualaikum jumaat...
(Tak tahu kenapa bagi salam pada Jumaat.)


Assalamualaikum juga kawan-kawan. Aku penat. Aku betul-betul kehilangan masa rehat sekarang. Malam tadi around pukul satu, rumet dah naik katil. Hujan lebat tu memang menggoda. Tapi aku masih tahan nafsu. Gigihkan diri jugak duduk kat meja studi buat notes marketing walaupun berapa ciput je yang boleh masuk dalam kepala batu ini. Tapi sepuluh minit. Syaitan menang dan aku kalah. Bilik aku terus gelap gelita. Tapi sempat tanam azam dalam hati notes sambung besok pagi. Alhamdulillah, done dalam kelas translation tadi. 




Ya Tuhan, I really wish to time goes slow. Aku takut tak sempat nak baca semua apatah lagi nak menghafal. Bukan sebab aku malas walaupun I really am 'pemalas'. Tapi sebab the snowball of assignment yang tak kurang lebatnya membuatkan aku sangat chaotic. Alaaaah, semua orang pun tahu campus life memang begini. Orang yang tak rasa, dia takkan tahu. That's why, aku sangat bengang bila orang nak emo sebab aku tak mahu layan masej dia or being cold with them macamlah keja aku melayan kau seorang. Unless kalau ada benda penting nak cakap tak apalah. Ini tidak. Sekadar nak bermesra nak bermanja HELLOOOW... Aku belum naik taraf sebagai isteri lagi untuk memenuhi segala tuntutan manja mesra kau itu. Pfffft.




Dan aku bertambah stress. Macam bersalah sangat being honest bila bagi mesej macam ni; "terus-terang-saya-cakap-saya-tak-suka-mesej-dengan-awak" like mesti dia kecik hati bila baca mesej yang aku tulis tu. Teruk sangat ke dia? Not really. Sumpah dia baik. In fact dah lebih 3 tahun dia bersabar dan bertahan dengan ayat-ayat kwanghajau aku tu segala. Sampai aku dah naik takut dah. Kenapa kau tak cari orang lain weh? Tolonglah jangan tunggu aku. Tapi nak buat macam mana. Bukan hati tak cuba nak sayang. Itu semua kerja Tuhan. Belum sampai seru untuk Dia buka hati aku lagi. Maaflah saya selalu berkasar dengan awak. Tapi saya memang tak boleh nak terima awak.




Pagi tadi telefon mak, nak mengadu la apa lagi kan. Pasal benda-benda macam ni memang mak je yang aku tuju, yang paling best nak merengek dan yang paling best nak dapat petua-petua alam dewasa. Mak cakap, "Jangan fikirkan sangat. Kau tu blaja lagi. Lelaki umur-umur macam ni memang macam tulah perangai dia. Nak tunggu betul-betul serius, tengoklah bila dia dah nak masuk 30 nanti. Masa tu baru tahu dia tu boleh pakai ke tak boleh pakai punya orang. Kalau ada sekarang ni pun belum tentu lagi masa depan macam mana. Kerja tak ada tapi dah menggatal." Ok chop... Begitulah pointnya lebih kurang. Selebihnya terpaksa di potong kerana mengandungi unsur-unsur peribadi yang keterlaluan.




Tapi jauh disudut hati, siapa tak mahu berkasih-sayang. Cuma tak tahulah kot aku ni demand sangat ke cerewet sangat ke, diva sangat ke konon-konon nak kekasih ala-ala Farid Zuhri tu kan. But I'm telling you, I found someone. He's not that charming like tall dark and handsome punya makhluk atas muka bumi ni tapi 'dia' boleh buat segala bulu aku meremang, yang boleh buat darah aku berderau, yang boleh kasi lemah lutut lemah jantung aku in fact nak pandang muka 'dia' pun aku tak berani. Memang sahaja aku tulis ini kerana Allah Taala sebab nak bagitahu aku ada seseorang di hati. Yang sangat jauh untuk dapat tapi tak mustahil kalau Allah mengizinkan. Barakallahu alaik.




Clue?

Dia budak APB yang aku jumpa masa pergi ceramah wacana hari tu.




Kadang-kadang aku rindu untuk bertudung begitu. 
(Abaikan rumet saya. Saya tahu dia cumel)




And away. 
Sebab blushing lepas buat confession. 
Sekian. Assalamualaikum.




p/s: segala pertanyaan secara live selepas entry ini ditulis tidak akan dilayan. annyeong~

Thursday, March 24, 2011

Di SeBaLiK maKaN bEraDaB ItU...



Assalamualaikum semua,



p/s: (wah, pi es letak atas sekali nih) Hai sayangS, thanks sebab bawak saya jalan-jalan tengok Merong Mahawangsa tadi. Nothing to say. I'm so touched sebab awak sudi melayan karenah gedik saya itu. About Merong? Hmmm, it proved enough to said I’m not a history lover. Anyway, cerita dia best jugak walaupun bukanlah best yang tahap BEEEEESSSSST sangat. Perhaps my lecturer's idea to do an analysis about that movie was not so bad. The translation. I focused more on that tadi. InsyaAllah, masuk dalam list tajuk untuk final project paper soon. Seven over ten? Ok la rating tu kan. Nak overview cerita pun rasanya tak payahlah. Tengok sendiri kalau nak tahu okei.





Sebab apa sebenarnya entry ni ditulis oooh macam biasa aku harus cakap pasal makanlah macam setiap hari hidup rasa tak lengkap kalau tak makan kan. Eh, memang hari-hari pun makan so aku terfikir jugak patut tak aku tukar url belog ni jadi anamekuatmakan.blogspot ke anamekuihmuih.blogspot ke, maybe something like that. Ok mengarut. Sampai bila-bila pun aku takkan buat. Never ever.




Jeling tajuk sikit. Aicheh makan beradap KONON tak boleh belah macam dah gatal miang gadang sangat nak makan beradap dalam konteks yang sebenar waaaah. Baiklah semua part 3 APB sila beri perhatian, memang anda semua diwajibkan pergi ceramah etiquette tu sebab memang kalo rasa-rasa dah cukup yakin dapat A untuk final tak mengapa. Boleh kasi markah ceramah tu dekat aku. Tengok fesbuk pun masing-masing penuh dengan sesi tag-mengetag gambar dah macam hari raya pulak rasa. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Nak angpau...




Apa hari raya? Ni seminar etika kau haa hambek! Tapi rasanya semua orang pun eksaited kot nak pergi sebab the first reason is dapat excuse semua kelas hari selasa tu walaupun tak ada beza sebenarnya dengan jadual kelas asal. And secondly boleh melaram over sikit sebab mentor-mentee sem ni is Family Day which is macam hari sukan sekolah ko nak melaram hape kan weh kan? So punah harapan nak perasan cantik macam Hari Raya sem lepas.



Memang saaaaangat perasan.




Sebab itu walaupun setakat hotel UiTM je...





Rembat baju orang itu WAJIB. Baiklah. Here you go. 


HAAJAR, ARIGATOU GOZAIMAS SEBAB SUDI PINJAMKAN BAJU KAU SETIAP KALI AKU ADA OCCASION APB




SEBAB MEMANG AKU NAK SEMUA ORANG TAHU BAHAWA BAJU RAYA YANG PINK ITU, DAN BAJU COTTON YANG VERY THE TRADITIONAL ITU WAS DITAJA OLEH KAU. SO, AKU SAYANG KAU DAN IN LOVE DENGAN KAU SEBAB KAU SANGAT BAIK... 




ikhlas.. 
walaupun geli la puji kau secara live begini.




Dah tu je. Sekian terima kasih.



Tapi aku bukan nak dedicate the whole entry ni untuk kau saja ye cik adik, sebab point utama is nak tunjuk five courses semalam. Belog makan la katakan. And not to forget the-sumpahan-haajar yang terbadi dekat aku yang aku rasa sampai bila-bila pon akan melekat chooooy. Jadi nak tak nak, korang kena tengok juga tayangan gambar ini. Mana la tau kot-kot suatu hari nanti boyfriend ajak makan kat HOTEL uitm, haaa boleh la recommend menu-menu seperti berikut...






 Eh, ini menu nasi lemak pagi tu. Tak perlu nak makan beradab dan tak payah recommend.




Yang ni baru boleh.




Ada je snap sebijik-sebijik. Tapi sebab malas sangat nak upload aku pap je satu set course sekali gus pandai-pandailah korang match kan nama dekat menu tu dengan gambarnya. Aicheh dah macam main teka-teki dah. Haa, siapa teka dengan tepat saya belanja ABC dekat dataran cendekia. Waaah, dataran cendekia ngko.




TADAAAA!!! Part yang aku cakap kena sumpah dekat haajar tadi haaa inilah dia. Makan salad pun boleh terpelanting pisau. Nasib baik pisau salad. Kalau pisau steak? Tak pasal-pasal kang arwah jiran sebelah aku tu. Nauzubillah. Haajar, baik kau jampi balik aku ni kasi buang sial time makan. FYI la kan the 'sumpah' is actully perangai aku ni yang kalau makan memang menggelabah sikit. Kejap kang lauk tumpah la, sudu jatuh la, berlanggar itulah, berlanggar inilah. Aku tak perasan pun mula-mula. But when she's always mention that aku pun, haa letak kau nama 'the-sumpahan-haajar'. Kalau aku kawen nanti kek tumbang masa tengah potong kek haaa macam mana?




Ini lagi satu. Bukan aku yang buat, tapi waiter tu yang jatuhkan. Tapi kenapa dia jatuh dekat tempat aku? Memang kena mandi bunga ni!




Tapi yang lain-lain is OKEY.
Kepada pembaca TERUNA, boleh approve jadi calon menantu mak kau sekarang.
(Tapi lepas mandi bunga nanti)



Aaaaw, abang waiter buat motion efek kat belakang. 
Sekian, tu je nak cakap. Assalamualaikum. Tata.



Tuesday, March 22, 2011

jjcm LaGi. VerSi bErUaNg & ToMaTo =D


Assalamualaikum eberibodi


Nak react macam mana pun tak tahu bila tengok nama sendiri dekat blog list orang lain dah jatuh nombor berapa like 'bila-jari-ocha-menekan-kekunchi-4-days-ago' punya post. Haaa, itu pun dah rasa YA-ALLAH-LAMA-GILA-TAK-UPDATE-BELOG. Macam tu ngko padahal ramai sangatlah konon makhluk Allah kat muka bumi ni yang sudi singgah menatap segala haram jadah yang kau tulis di sini. (Statement boleh kasi geli masyarakat)




Eniwei kalau tanya alasan macam biasalah I shall paraphrase 'kerja sekolah sangat melambak dan bersepah' dan 'balik rumah bercuti' sebab tu malas nak hapdet. Actually memang tak ada apa nak hapdet kan dah cakap memang kalau balik rumah I akan automatically DISCONNECT dengan planet bumi punya hellooow CUTI-IS-CUTI lah. (Bunyi macam kwanghajau gila kan) Ok, I'm sorry emak masak kari baju tak iron lagi jadi kita straight to the point lah. Besties jangan meroyan sebab I balik tak bagitahu U okei. Nanti I belanja U 'Rumah Penuh' next time. ~Pinky promise~




Jadi kesimpulannya, balik rumah sangat heaven sebab...




 Dapat berkasih sayang dengan adik-beradik. (sedih gila bunyi)
Oh, itu saya dengan tomato.




Dan itu tomato dan saya.
(Letak dua gambar sebab efek blurr di atas memang disengajakan)




Tak lupa jugak si beruang.
(Yang tak reti-reti nak pandang camewa)




Well, itu JJCM versi adik-beradik since haku memang jaraaaaaaang sangat berJJCM dengan mereka. Nampak berapa banyak 'a' dekat word 'jarang' tadi? Haaa, macam tulah nak cakap dia punya rarely, seldom and sometime punya time spending. Balik-balik mengadap nuget ayam dok melangut depan tv memang tak menjalani kehidupan yang sihat punya adik-beradik. Ok abaikan saja tabiat buruk itu. The point yang saya cuba sampaikan di sini is not 'VERY-THE-BIG-POINT' sangat pun. Biasalah muka kalau dah teruja datang pizza hut, of cos la sebab ada something new di situ which is...




BIG SHOT CHEESY POPS PIZZA ini tadaaaa~




Yup. Very the cheesy. Tengok crust saja dah tawu kan.




Super supreme versi kanak-kanak saja sebab tomato cakap dia dah makan the-big-shot itu jadi dia tak mahu makan lagi dah. Dan super supreme ini memang khas untuk dia walaupun semua orang pon bedal sekali. Sudahnya semua orang merasa dua-dua jenis pizza. Kan senang tak payah gado-gado.




Prawn calamari hape ntah mak lupa nyah nama dia. Eniwei, sebab dia appetizer (sebab dia sampai dulu sebenarnya), jadi dua ekor ni je yang selamat masuk dalam kamera. Lain-lain... (tunduk muhasabah diri sekejap sebab menyesali perangai yang terlalu gelojoh)




 Konon nak tunjuk efek sticky tapi tak kesampaian semua kamera murahan ni punya pasal. Hish! (tiba-tiba nak salahkan kamera padahal tangan sendiri yang suwey tak berbedung)




 Ok pizza dah abes semua boley balik asrama sekarang.




 Cik tomato usya mamat jiran sebelah yang ala-ala chinese look tu sebab mamat tu memang chinese pon.




Bila dah tak pandang kamera, again nak jugak lagi sekali snap nah ambek!




 Ini gambar tak ada motif.



Ini pon gambar tak ada motif jugak Cuma first time tengok motor abang delivery parking betul-betul depan pintu utama sebab tu la eksaited nak tayang jugak.




And lastly sebelum I tutup tirai dan buka tirai lain (nak studi la konon), JJCM ni achelly masa nak hantar beruang I balik hostel dia semalam. Hujan lebat gila dan tiba-tiba rasa bodoh pulak bawak kereta manual bapak macam hampeh punya perkara sume nak negatif je bermain dalam kepala hotak sepanjang perjalanan itu. Ehem, memang sangat cuak sebab I paling lemah bawak kereta masa hujan. Kalau hujan waktu malam lagilah seriau I sanggup stop tepi jalan dan tunggu hujan reda okeh. Dan motif cakap pasal hujan? Motif guna 'I' instead of 'aku' or 'saya'? Hish, semua benda yang cakap pun tak ada motif kat sini. Away.



Thursday, March 17, 2011

psssst, taK bOLeH BaGiTaHu KaT FeSbUk...!


Assalamualaikum kawan-kawan

Heeeeeeeee (Sengih lebar enampulohtigasaat). Gembira punya pasal sampai nak post dekat sini semata-mata nak bagitahu SAYA NAK BALIK KAMPUNG!!! Memang kampung sangat. Aaaaw, eniwei, I just packed my luggage. Beg besau engkaw. Macam nak balik cuti sem dah aku rasa. Tapi mana ada. Actually aku nak hangkut segala baju-baju yang dok menyemak dalam 'wardrobe' aku tu tapi tak geti-geti nak pakai. Jadi baik aku hangkut bawak balik rumah paling-paling pun boleh pakai pergi pasor ye dok? Ini memanjang je baju kurung yang menebeng depan mata haaaish tergoda pulak apek tu tengok aku kang pakai baju kurung beli ikan kat dia.




Oooh, lupa nak bagitahu tajuk kat atas tu aku letak sebab tak tahu nak tempek kat mana keterujaan perasaan ni pasal ada sorang kelasmet ni dia TER'excuse dengan lecturer kitorang hari jumaat (besok) supaya bawak kelas tu awal, means hari ni lah. Makanya lecturer tersebut setuju dan yeay bonus cuti satu hari. Tapi si tukang excuse dah warning tak boleh letak dekat status fesbuk cakap nak balik kampung whatsoever yang berkaitan dengan kelentong yang telah dibuat nanti kantoi the reason mintak cuti cakap dengan lecturer lain tapi yang sebenar-benarnya is sooo lain which is nak balik kampung tapi takkan nak cakap tomowow-nak-balik-kampung-boleh-tak-forward-kelas-hari-jumaat-tu-puan? Sooo tak munasabah dan munasarawak dan psssst jangan bagitahu sesiapa okei. OMAIGOD can I shout it one more time?




SEWONOKNYE NAK BALIK RUMAAAAAAH!!!


HOOOO YEAH, OOOH, OOOH,
OOO YEAH, I'M FEELING GOOD

(Buat tarian MBLAQ lagu ooo yeah tu kejap sambil tak peduli kau orang nak cakap apa sebab Tuhan je yang tahu perasaan aku bila 3 minggu tak lalu dekat lebuhraya utara selatan)




And with that....




ILAL LIQA...
SAYONARAAA MINNA SAN!!!




p/s: Fara, happy birthday. Tak de entry untuk kau sebab tak celebrate bersama. Haha. Meh datang Melati meh, aku buat bilik terbuka untuk kau~

Wednesday, March 16, 2011

iNsaF daN bErMuHaSaBaH


Assalamualaikum...


Sejak akhir-akhir ni kesihatan aku memang sangat unpredictable. Bila pagi-pagi tu rasa macam panaaaaaas sangat. Padahal baru lepas mandi. Lepas tu malam-malam rasa sejuuuuuk gila. Sampai ber'sweater' bagai kau tahu. Even turun beli nasi lemak dekat gerai bawah Melati tu pon pakai sweater orang tengok dah macam nak maki Hoih-kau-hidup-dekat-kutub-mana-ni? Tapi bila matahari tercangak atas kepala, memang 'rentung' dah rasa. Sekapal ais pun belum tentu cukup. Lepas tu antibodi badan rasa macam lemah ya amat. Tersepak botol syampu pon nak 'adoih'. Kenapalah aku jadi begini agaknya. Faktor cuacakah? Faktor ekonomikah? Faktor politik? Haish, merepek apa ni?




Aku selalu terfikir, macam mana kalau itu petanda ajal? Macam mana kalau Allah tarik nyawa aku dalam masa terdekat ni? Aku masih banyak dosa lagi. Aku masih belum puas nak tatap wajah mak ayah (sebab jarang dapat balik rumah sekarang). Aku belum sempat nak pakai jubah konvo. Belum sempat nak bagi mak ayah duit gaji aku yang pertama. Nak merasa alam rumah tangga jauh sekali. Apatah lagi nak tengok anak-anak membesar. Beranak? Huish... Jauh gila fikir. Tapi seriyes. Macam mana kalau Luh Mahfuz dah tetapkan begitu? Tengok bumi sekarang pun semakin menakutkan. Orang-orang bumi pun menakutkan. Mujur aku tak kenal orang Marikh atau Jupiter kalau tidak boleh buat perbandingan.




Dan satu perkara yang aku selalu fikir, aku ni kategori ahli syurga atau ahli neraka? Aku solat, baca Quran, tutup aurat, puasa, tak derhaka pada mak ayah, kadang-kadang bersedekah, belanja kawan-kawan, tapi adakah itu semua jaminan aku tak dibakar api neraka? Kalau boleh cakap begini, seriyes aku tak tahu macam mana skema penilaian yang Allah akan buat ke atas aku di padang Mahsyar nanti. Semua orang pun tak tahu actually. Tapi bila aku fikir-fikirkan macam mana orang yang serba baik itu merasakan Allah tak terima taubat mereka sedangkan aku yang tak baik ni, dengan bahagia dan gembiranya merasakan amalan aku dah cukup untuk terlepas daripada seksaan kubur.




Kadang-kadang aku menangis, menyesal dengan dosa yang aku pernah buat. Menangis bila teringat segala maksiat dan kemungkaran yang banyak melingkar sepanjang hidup aku. Kalau dosa sendiri pun tak terampun, layak ke aku nak mohon Tuhan ampunkan dosa mak ayah aku, dosa adik-beradik aku, dosa kawan-kawan aku? Macam mana kalau Tsunami di Jepun tu Allah sasarkan ke Malaysia? Macam mana? Macam mana? Memang sah tak sempat nak fikir orang sekeliling. Nak fikir shopping, tengok movie, makan secret recipe lagilah tak peduli.




Jadi sementara Tuhan masih beri peluang, aku harus istiqamah dengan perubahan aku sekarang. Bukan diri aku saja, tapi semua yang membaca. Biarlah sikit asalkan konsisten. Aku tak mahu kencang bercakap pasal iman manusia sedangkan iman sendiri dipandang sinis oleh orang. Zalim kalau aku mengkritik orang sedangkan aku selesa dengan dosa yang aku buat. Aku tak tahu dari mana titik puncanya. Kesedaran itu datang macam bagi warning supaya aku perbaiki diri. Aku anggap itu sebagai amaran Tuhan. Kalau umur aku masih panjang, syukur Alhamdulillah. (Sempat aku merasa nasi minyak kawan-kawan aku nanti.) Tapi kalau tidak sepanjang itu, pintu taubat masih terbuka. Ocha, sila berubah!




Entry insaf sebab baru lepas baca entry Kak Sri dan Kak Hana. Plus, baru lepas tengok video kat bawah ni. Sumpah menakutkan sampai menitik air mata. Subhanallah, ALLAHUAKHBAR.
















Please pray for them,
Sekian, assalamualaikum




p/s: macam manalah Yamapi, Kamenashi dengan Akanishi kat sana. Huuuu...~

Tuesday, March 15, 2011

TaMaN sEouL

Assalamualaikum w.b.t.



Pening sangat tak tahu nak letak tajuk apa haaaah aku letak saja nama tempat makan yang kitorang soooting untuk JJCM hari tu. Dah tak surprise dah kan Hani kan Hajar. Nak buat macam mana semua pembaca pong mesti dah kantoi dah tahu sebab dah letak dekat pre-post hari tu. (Part 'semua pembaca' tu memang tak boleh belah.) Lagi-lagi kalau ada yang dah pernah pergi The Seoul Garden tu mesti geleng dan tunduk kepala cakap alahaaaaai looser betul budak Ocha ni orang dah naik muak telan segala kejadah dekat situ kau baru nak kenal ke? Hoh. (Berlalu pergi sambil buat muka ignore)




Wa tak pedulik lu nak cakap apa bro yang penting wa teruja menulis entry ni (walaupun actually hanyalah sisa teruja pasal dah 4 hari berlalu) tapi wa nak cakap kalau lu nak bawak lu punya family, kaum kerabat, orang kampung, rakan sekelas, jiran tetangga, masyarakat setempat pon boleh tapi kena make sure perut memasing kempis dan kosong dan selim dan klear. Clear la means CLEAR-KOSONG-EMPTYSTOMACH macam lu tunggu waktu berbuka puasa tu kalau tak memang rugilah bayar mahal-mahal tapi makan ciput lagi-lagi kalau bukan bertaraf student. Dah lah makanan dia YA ALLAH sangat KAYA dan MEWAH dengan LEMAK kau tahu!






Sampai efek lemak yang terkumpul boleh nampak time tu jugak. Haaa, tolonglah percaya. 




Tapi taklah lemak mana actually. Mana ada creamy-creamy cheesy bagai sumanya barbeque tapi bila dah dua tiga kali tambah apa tak sama ke macam makan 3 set Kenny Rogers? Wahai perut bersabarlah, bukan selalu kan? Bapak pon cakap duit belanja tu bapak beri untuk makan. Anak yang taat ikut cakap ibu bapa kaaaan.





Dan kat bawah ni, sikitlah gambar wa nak tunjuk dekat lu pasal banyak yang dah masuk dalam usus besar usus kecil pancreases dan segala organ dalaman lu isilah tempat kosong sendiri okei. Lupa nak snap masa awal-awal makan, ini je yang ada dalam camera album. Nampak sangat kebulur tahap rakyat Bosnia Herzegovina kan weh kan.


Antara yang adoo...



Sayur-sayuran yang berkhasiat tetapi berkhasiat itulah yang tidak habis dimakan.Ok next.



Seafood yang tak tahu macam hapa punya rasa tapi tiram tu tak habis. Cuma scallops tu je yang boleh diterima usus. Mujur...



The barbeques...



Yang sangat kaya dengan protien dan sangat sedap dan sangat paling banyak masuk perut.



Dan sangat menarik bukan? 
Huaaaargh, tiba-tiba mengidam lagi nak makan kat sana.




Gomen guys. Tak dapat nak tunjuk banyak. Anywei, apa kata korang tengok gamba kitorang pulak. Haaa, yang ni memang banyaaaaaaak GILA. Sampai kena fikir dua tiga kali nak teruskan baca entry ini ke tidak. Memang agak kurang waras punya aksi dan pose tapi kau orang tengok sajah. Dan jangan tak percaya, pinggan yang banyak-banyak atas meja tu hanya kami bertiga yang makan, Tiada anasir luar yang terlibat. Sebab bukan apa, kawan aku Si Piah tu dia tengok gambar ni semalam dia tanya aku pegi dinner dekat mana ni? Aku bagai nak rak eksplen tapi dia tak cayo. Dinner tang mana aku nak pergi dengan wajah serabai begitu Piah hang habaq mai sat.




Wajah kanak-kanak riang di hari raya.




Dia kelihatan gembira.



Dia juga...




Oh, dia yang menggelabah.




Pose Hani yang suwit dan pose dia yang geli.




Memang dasar kanak-kanak riang. 
Aku tak tahulah siapa yang dah 21 tahun antara kami semua sebenarnya.





Okeh yang kanan tu arab betul. Jadi sila berbangga sebab dapat makan semeja.










OOoOoooh girls, I really am sorry sebab memang tak pandai betul nak buat kronologi dan mengarut merepek dalam entry kali ni. Tak tahulah faktor yang mana paling banyak menghalang. Assignment yang melaut ke, kesihatan yang tak berapa nak stabil ke, penat dan stress yang terlampau ke, seriously I can't explain myself kenapa jadi macam ni but since dah cakap I will post the enrty about The Seoul Garden yang kita pergi hari tu.



Dan di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada kesayangan H kuasa dua saya, sebab sudi berjimba bersama dan meluangkan masa walaupun sekejap cuz it's not about the time, but the value that we treasure together. And there's another thing that I realized, DEAR, YOU REALLY ARE MY SISTERS. (Sebab teringat dialog masa Hani cakap dia nak duduk dekat kondo Sunway tu) dan juga sesi sentap menyentap a day before, but at the end semuanya kembali macam biasa. Sayang koruuunk... Muaxxx (tulis macam budak gedik tak?)




Okeh, tulis stail matang sikit. Aku sayang korang sampai mati weh ~Pinky promise~




p/s: kalau tak pernah pergi, apa lagi ajak apak dan amak sekarang. berbaloi-baloooi...

the history

Followers