Tuesday, October 29, 2013

aMaZiNg RaCe uNtUk HaNtU maKaN - - - - - MaCaM aKu


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




FYI (for your information) - stalker belog Kak Ocha yang setia - this is a super-super-super quick entry. Sebab Kak Ocha dah tak banyak masa untuk membebel sorang-sorang dekat sini (dah tahu pun masih nak membebel jugak) bukan apa u ols, sebab dah janji previous entry nak cerita pasal food hunt, maka kena ceritalah kan.





So, last saturday aku join food hunt organized by News Straits Time. (Kan aku dah kata, yang aku ni memang busy - busy membuang masa). Tapi aku masih tak faham macam mana aku boleh ada masa untuk bukak blogger.com ni. Ok dah, tengok gambar jelah...





Food busters is our group name.
Members? Aku baru kenal diorang masa food hunt tu sebab diorang kawan Kak Dy.
Pun boley.






This is at the starting point. Berkobar-kobar sangat.
Kononnyalah padahal tak menang pun.







Al-kisahnya Food Hunt ni kalau u ols nak tahu kejadah apa, dia macam explorace tau. Nak upgrade lagi, dia ala-ala amazing race gitew sebab the task is each group kena pergi sembilan check point dalam masa 5 jam, merayau satu KL, makan dekat setiap check point, sambil complete task dalam 'passport' which are soalan-soalan yang ditanya berdasarkan berita dalam news straits times hari sabtu 26 October hari tu. Bunyi macam best tak? Gila tak best? Kalau dah kerjanya makan je dekat setiap check point. Memang sebijik macam amazing race. Tapi syarat dia, tak boleh naik private transport. Public transport sahaja dibenarkan. Bayangkanlah tahan teksi bagai nak rak, turun naik stesen KTM. Omaigod, penat gila tapi sumpah best and fun. 





Setakat ni faham tak? Kalau tak faham, gugel laaa sendiri.
Rajin pulak aku nak explain lagi sekali.






And this is my team members. Sebelah I, Kak Dyna. Sebelah Kak Dyna, member dia, Kak Huda. And yang lelaki tu adik Kak Huda. Ewan namanya. Masa ni kitorang dekat ending point. Tengah tunggu announcement pememang. Our team, mestilah tak memang...hahah. But the most important is we managed to complete our task within the time given. Kau ingat tak penat ke makan laju-laju lepas tu lari laju-laju, selak paper laju-laju, semuanya laju ok. Tolonglah faham.






And last but not least, dapat certificate. Bangga jugaklah sebab... kau ada? Hikhik. Dan jugak few goodies from NST as well as the other sponsorship. I guess, for the first timer macam aku ni, not bad jugaklah. Next year, kalau ada yang berminat nak join, or berminat nak jadi part of my team, dialu-alukan. Dengan syarat, mesti KUAT MAKAN! Nak jaga diet kau sangat, tak payah. Boley belah! Ganas perkataan aku. Sorry. Kak Ocha weng sikit malam ni. Ok bye!





p/s: nak tahu kitorang makan apa masa race tu, kenalah join tahun depan. hikhikhikhik.


Sunday, October 27, 2013

FiNaLLy - JJCM - cOmEbaCk SeaSOn - aGaiN


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



This week aku memang terlebih aktif sikit. Banyak benda nak kena setel. Kena turun naik Yayasan Negeri Sembilan untuk uruskan pinjaman pelajaran. Tak susah mana pun, tapi saja nak jadikan tu alasan untuk dapat permission mummy nak bawak kereta dekat Shah Alam. Nak jadikan cerita jugak, assignment pun semakin bertingkek-tingkek. Walaupun bawak kereta, tapi tak ada mananya nak pergi berfoya-foya sentiasa. Bersyukur sebab minggu ni jugak aku join food hunting. Jadi ada reason untuk aku stay pada hari Jumaat. Yes. Sayang mummy bertingkek-tingkek. Muuuaaahhh...!





Jadi last Friday, memang jadi hari dating sedunialah. Rasanya ini pertama kali aku dan Haajar berdating dengan sangat lama setelah sekian lama. Faham tak maksud aku? Maksudnya, selama ni kitorang selalu dating sekejap-sekejap je. Makan dan blah. Tapi kali ni, lama gila. Dia punya gila tu daripada Zuhur, bawak ke Asar, bawak ke Maghrib, bawak ke Isyak. Mujur tak patah balik bawak ke Subuh, bawak ke Zuhur ok dah dah...






Kalau tuan hamba bijak bestari, di manakah kami?
Haaa, tiba-tiba keluar pantun.
(kau mesti tak tahu aku bila masa aku snap gambar ni kan Haajar?)







Kalau dah namanya tercegat depan cermin gabak begini, semestinya kat mana lagi kalau bukan Setia City Mall. Nampak tak perangai kakak-kakak u ols ni bagaimana? Dah besar panjang bergalah-galah tapi perangai tak geti nak berubah. Daripada asasi, degree, sampai dah LLB master masing-masing tetap pantang kalau jumpa cermin. Aku pun tak tahu nak cakap apa dekat diri sendiri. Sigh.





Lepas tu tak sah kalau tak mengkayakan Starbucks. 











Dan tak sah jugak kalau tak menambah lemak dalam badan. Nampak tak nampak tak? Aktiviti wajib kalau dengan BFF macam mana? Haaa, dalam masa beberapa jam je bertingkek-tingkek lomak den. Macamlah lemak tu faham kalau kita cakap dekat dia 'syuh-syuh-pergi-main-jauh-jauh' haaa gitew. Kan?











Alah, sekali sekala langgar pantang (padahal pantang apa pun tak pernah). 
Tengok pinggan paling kanan. Silalah kira berapa tingkat kalau rajin.





Siapa suruh makan Seoul Garden kan? Tak kisahlah. Yang penting, aku suka dating dengan makcik ni . Sebab kalau dating dengan dia jam aku automatik jadi laju. Lepak dekat Seoul Garden dari lepas asar sampai ke maghrib pun rasa macam rushing. Itu timing untuk makan je tau. Belum timing untuk shopping lagi. Mujur tak gedik nak movie. Kalau tak lagilah. 





Faham tak perasaan aku macam mana sekarang? Ok. Kalau dah faham ok lah. Cerita pun dah habis. Memang aku gedik nak letak gambar je kat sini. Sekian. Coming up, cerita food hunting yang aku cakap tadi. Memang aku tak ada assignment nak buat. Ok bye!

Thursday, October 24, 2013

LaiN kALi JaNgaN sPrEaD tEnSiOn DeKaT oRaNg


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Macam biasa, tengah-tengah malam begini aku tidak berapa ada feeling nak study sangat. Nak log in library uitm asyik denied access je. Sakit hati la pulak. Kan kan kan. Dia memang tahu, time aku semangat berkobar-kobar nak bukak lembaran assignment, masa tulah dia nak denied access segala. Cuba kalau waktu aku sibuk berfoya-foya, mahu pulak dia.





Maka disebabkan terlajak tension, maka aku putuskan untuk pergi mandi. Moga-moga dapat sejukkan hangat hati dan juga itu merupakan tanda-tanda aku harus mengutamakan mana yang perlu diutamakan. Tak solat isyak lagi. Pasal tu agaknya access denied. Ok. Maka aku pun melangkah terkedek-kedek ke bilik air. Dan dalam perjalanan, selisih dengan adik housemate kesayangan, Zaf nama dia. Masa tu dia kat dapur...





Mandi ke Kak Ocha? (Zaf tanya sambil sengih-sengih kacau jag berisi gula dengan uncang kopi (kot) - dan sambil tunggu air panas masak)


Taklah. Nak main bola. Zaf nak join? (aku jawab sambil buat muka tak bersalah)





Zaf buat-buat gelak. Gelak tak puas hati. Tension dengar jawapan aku la tuh. Eh, kejap. Aku baru nak tutup pintu bilik air masa aku perasan Zaf bancuh air apa dekat dapur. Gembira la apa lagi. Seriously kopi? Elok sangatlah tu. Biar aku segar lama sikit malam ni.





Buat kopi eh Zaf? (aku tanya dengan harapan tekaan aku betul bahawa uncang dalam jag itu memang uncang kopi)


Taklah, basuh kereta ni tak nampak? (Nur Zafira senyum penuh kepuasan)






Ok,
well done, Zaf. 



Wednesday, October 23, 2013

TeRLeBiH mELeBiH


BISMILLAIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Dulu masa kecik-kecik, aku ada satu tabiat yang susah nak kikis. Yakni tabiat suka nak berlebih. Dan tabiat tak boleh tengok orang lain lebih. Jenis tabiat yang bukan berlebih nak buat benda baik, tapi benda yang tak berapa nak baik. Atau benda yang mungkin tak ada kena mengena dengan definisi baik...





Macam contoh la kan, kalau buat cekodok. Ini cerita cekodok bodoh-bodoh je tau. Yang bahan-bahan dia tepung, garam, air. Dah. Kacau-kacau-kacau, lepas tu campak dalam kuali. Kisahnya, masa kecik-kecik dulu, aku selalu perasan, mak aku kalau goreng cekodok, mesti letak kunyit sikit. I mean, serbuk kunyit la bukan kunyit hidup hoih. Tak tahu kenapa mungkin sebab wajah cekodok yang putih bersih dan pucat dan plain itu buat dia rasa annoying kot...hahah. Jadi budak-budak kan, bila tengok orang buat, aku pun nak buat la. Masuk la makmal eksperimen. Bancuh-bancuh tepung, letak garam sikit, air sikit. Tapi serbuk kunyit hah hambek kau satu sudu aku campak dalam tu. Kaler kuning diraja cekodok aku. Habis tu kau ingat laku? Semestinya operasi cokodok itu berakhir di tong sampah. Ok bai.





Lepas tu, aku eksperimen benda lain pulak. Kali ni, eksperimen buat kek coklat. Aku memang pakar buat kek coklat. Ini bukan riak. Tapi jaminan. Kalau resipi aku, memang takkan fail. In fact, aku sendiri addicted dengan coklat yang aku buat. Tapi ceritanya, dulu-dulu, aku pernah buat eksperimen kek coklat. Kek coklat ni bukan resipi biasa yang aku buat. Dah nama pun eksperimen kan. Jadi aku tak tahu kenapa, masa tu serbuk coklat melimpah ruah dekat rumah. Maka dengan tamaknya aku rasa nak buat kek tu ektra coklat. Biar puas hati aku makan kek yang kaya dengan limpahan coklat. Oh fine. Tak payah teka. Biar aku bagitahu. Kek itu bertukar menjadi raksasa hitam yang berperisa pahit sepahit-pahitnya. Orang kencing manis pun tak sudi nak makan ok. Dan tak payah teka lagi. Aku bagitahu, kek itu juga menamatkan riwayatnya di dalam tong sampah. Bukan tong perut.





Contoh lain aku nak bagi. Perangai berlebih-lebih aku ni bukan masa kecik je. Dah jadi habit sampai terbawak-bawak bila dah besar. Kali ni bukan cerita cekodok, bukan cerita kek coklat, tapi cerita tentang perangai remaja. Hobi seorang remaja perempuan. Yang suka bershopping tak tentu arah. Berlebih-lebih la jugak namanya tu. Berlebih-lebih berbelanja. Dulu aku pernah gila pashmina. Pashmina tu kalau siapa tak tahu, dia tu jiran aku dari Syiria. Aku gila sangat dekat dia sampaikan aku beli banyak gila pashmina padahal menda alah tu sama je. Cuma kaler yang lain. Sudahnya tak pakai pun. Melekap yang hitam jugak atas kepala. Siapa yang poning macam mana jiran aku boleh duduk atas kepala tu aku tak tahu nak cakap apalah...





Maaaaaacam tu jugaklah bila masuk bab-bab hati dan perasaan ni. Dah besar tau. Dah 23 tau. Tapi perangai tu masih nak berlebih-lebih jugak. Suka sayang orang berlebih-lebih. Suka sacrifice untuk orang dengan berlebih-lebih. Selalu tak sedar diri, buat-buat tak nampak border depan mata, buat-buat gagah padahal selemah-lemah alam. Suka buat-buat happy padahal setiap hari dengar lagu You Lost Me by Christina Aguilera. Suka bajet cool padahal tak cool manapun. Now you see me? Now you don't. Hahah. Aku buat kesimpulan akhirnya, berlebih-lebih itu sebenarnya tak bagus untuk kesihatan.





Balik kepada teori. Kalau terlebih garam, darah tinggi. Kalau terlebih gula, kencing manis. Kalau terlebih lemak, obesiti. Kalau terlebih cili, berasap telinga tahan pedas. In short, jangan berlebih-lebih tau. Sayang diri sendiri. Dengar cakap akak ni. Kalau sayang dekat orang lain pun macam tu jugak. Jangan sayang lebih-lebih. Nanti sakit dia pun terlebih-lebih. Masa tu mulalah menangis terlebih-lebih, taching terlebih-lebih, emo terlebih-lebih. Akak cakap macam ni pasal memang pernah jadi dekat diri sendiri. Tapi sekarang, dah ok, so akak cakap dekat orang lain pulak. Turunkan ilmu mengubat hati. Ya, ilmu tak nak bagi hati pedih iaitu jangan terlebih-lebih.





Sekarang apa tunggu lagi? Sila sambung balik Quality Management for Organizational Excellence: Introduction to Total Quality by David L. Goetsch Stanley Davis Seventh Edition. Hah, tak faham la tuh.






sekian, pesanan daripada kak ocha dan 'jiran' kesayangan beliau.


Tuesday, October 22, 2013

ExCiTeD tErLaMpaU


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Omaigod. I am so excited. My housemate, kalau perasan dalam entry 'masa-untuk-pecah-ais-dengan-orang-rumah' yang aku post berminggu-minggu yang lalu, ada sorang yang dah kahwin. That one yang ambik gambar ala-ala team bola sepak tu, yang nama dia Kak Rozaini a.k.a Kak Ojai. Haaa, bukan excited pasal dia dah kahwin, tapi pasal dia dah ada baby dalam perut...hwaaaa!!!!! (macamtakpernahjumpaorangpregnant)





Hikhik, minta maaf la para pembaca yang budiman. Saya ni memang spesis begini. Meroyan tak kena tempat. Macam biasalah, dia nak blame pressure buat assignment padahal menatang tu tak bersalah pun. Ok, ok, patah balik cerita Kak Ojai. Tadi sempat lepak-lepak dengan dia, seminggu tak jumpa macam sister sangat kan... Then bermulalah interview gitew. Dengar dia cerita pasal morning sickness, cerita pasal dia surprise kan husband dia, cerita pasal husband dia blur-blur bila dapat tahu dia pregnant (even sampai sekarang kot). Hahahah, cumel sungguh! Nanti aku nak buat dekat laki aku macam tu jugak ah...





Congrats Kak Ojai. 
Tak sabarnye nak tunggu turn wish dekat diri sendiri begini.
(gila)





Tak ada cerita lain dah. Sah, mood tengah mengarut malam ni. Lagi mengarut sebab daripada hari tu tak dapat-dapat nak tengok meatball. Cloudy With A Chance Of Meatball II (CWACOM - II) sampai macam tu sekali yuno! Tak tahulah. Mungkin, dah sampai masanya untuk aku pecah rekod. Tak pernah tengok wayang sorang-sorang sebelum ni. Now, I guess it's time. Aku nak tengok jugak cerita ni....!!!!!










Sekian. Nothing else to say. Wish Kak Ojai and baby sihat sepanjang pregnancy trip beliau. And ok, aku da excited balik. Bye. Nak sambung buat esaimen. Kenapa eja esaimen macam ni? Tak tahu. Pasal dia excited terlampau. Kot.


Monday, October 21, 2013

aCt CoOL


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Ada sebab kenapa kadang-kadang Allah tak permudahkan kerja kita. Pertama sekali, check balik solat kita macam mana. Or adakah kita solat atau tidak? Check hubungan kita dengan Allah. Obviously, siapa yang boleh lawan di atas sana? Because He’s the Most Powerful after all. And then, check hubungan dengan mak ayah. Sejauh mana kita ikhlas dengan mereka? Jujur tak kita dengan mak ayah kita? Or dengan mak ayah kita pun selamba kita bantai kelentong tanpa rasa bersalah?





Honestly, orang yang paling aku benci atas muka bumi ni ialah orang yang suka menipu. I can’t stand a liar. So bila dah sekali menipu aku, forget about the second chance. You don’t deserve it. Sebab tu kadang-kadang perasaan kita tak berapa nak gembira atau tak berapa nak tenang sangat. Sebab tu kadang-kadang Allah tak mudahkan jalan kita. Sebab tu kadang-kadang kau rasa dengki dengan aku. Ada tak? Well, that maybe because you was cheating on me.










silent is cool


stingy is cool


bare faces is cool


selfish is cool


cold is cool


but being a liar is not cool


at all


bye!


Friday, October 11, 2013

I'm On BuSiNeSs, BaBy!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Ingat tak last few previous posts aku ada cerita pasal something projek yang aku nak buat this week? Yes, projek itu sedang berjalan. Alhamdulillah dengan lancar. Aku jadi businesswoman yuno. Eh tapi tak beriya pun. Sebab member dah ajak join, so aku pun ok jelah. Biasalah, semenjak masuk kerja-kerja sukarelawan like charity walk hari tu, macam dah tak reti duduk diam dah. Lagipun sekarang kan dah tak kerja, I mean, memang tak nak kerja pun. Then daripada duduk mengembangkan badan, buat kerja-kerja macam ni ok la kot...hee. Kumpul duit, kumpul pengalaman, kumpul kawan, kumpul pahala... err.





I was planning to make this project seriously. Empat hari rasa jadi makcik jual kain, buatkan aku rasa macam nak buat bisnes online pulak. Cheh, macamlah ada modal. Macamlah mampu nak manage bisnes. Kang dengan belajar ntah ke mana, bisness entah ke mana. Hah, mulalah tu nak dilema.





Ok dah dah.






So, this how our very first day was looked like. 
Kedai baru nak warming up.






Yesterday. I mean, hari keempat.
Baju dah banyak. Sale pun not bad.
Alhamdulillah.





I guess, memang betul kawan aku cakap. Berniaga ni mula-mula memang takut, tapi bila dah lama-lama, kita dah rasa seronok tengok orang beli barang-barang kita, practice skill memujuk pelanggan, macam mana nak psiko orang dengan harga-harga barang yang kita jual, yang sempat berkenal-kenalan pun ada. Hmmm, seriously, it was kinda fun! Memang niat mula-mula nak get some fun pun. Who knows, it was end up to be like this. Duit pun dapat. So, ok lah. Fair play.




Now, aku tengah serious memikirkan pelan perancangan masa depan. Mungkin nak berkolaborasi dengan mana-mana fashionista untuk join aku bukak online shop. Well, angan-angan memang senang. Cuba jadikan kenyataan? Dah la cerita mengarut pun dah ke laut. Ok, fine!





Baiklah, maybe ini entry yang last sebelum Raya Haji. Kalau nak cerita panjang lagi, rasanya boleh masuk episod air mata pulak kot. Aish, tak payahlah buat orang menangis. Tak baik.


Thursday, October 10, 2013

MaSa uNtUk PeCaH AiS dEnGaN oRaNg RuMaH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





For the first time ever, I feel so close with a bunch of people macam house-mates I sekarang ni. Imagine, dalam masa tak sampai sebulan I boleh sayang dekat 10 or 11 orang serentak. Haaa, tu dah ada unsur-unsur positive perception tu because you know kan sayang, I takut nak close dengan orang cepat-cepat nanti bila dah suka bila dah sayang mesti sampai satu moment dia akan jadi vice versa. Choi, mintak-mintak yang ni tak adalah. I sayang satu rumah kot (plus kawan kepada kawan rumah sekali). Kang kalo jadi vice versa alamatnya pindah rumahlah I...huuu. Takmo takmo.






Jadi for introduction, untuk mengeratkan silaturrahim sesama kami (ayat SPM sangat), maka kami pun berpiknik sama-sama last Sunday. I tak rasa weird walaupun cinta berputik tak sampai sebulan, instead I rasa macam dah lama gila kenal diorang. See the kanak-kanak riang yang main air dekat atas tu? Haaa, jangan tak percaya, they're super fun to hang out with. Kau takkan rasa seperti outsider langsung. Never.






Tak pe, enjoy the pictures dulu. Later, I introduce them one by one.





So, nak dijadikan cerita, I memang teringin yahamat nak berendam kat situ. Kau gila? Air terjun dia cantik kot. Dah la diorang buat aksi-aksi extreme slide daripada cerun tu, biadab diorang ni lawan tokey sungguh. Fine. Pasal kaki aku sakit jadi aku pendamkan perasaan gedik nak buat aksi extreme jugak (konon). Eh, lupa nak bagitahu nama air terjun. Ok, welcome to Sungai Gabai. Sungai ni dekat area Sungai Congkak gitew. Tak sure, tapi rasanyalah. Don't ask me to direct the way, I duduk dekat seat belakang je. So I just enjoy the view bukan enjoy the direction, sorry...heee.





Well then (sambung balik ayat pertama perenggan atas tadi), disebabkan I dah beriya jalan kaki dekat Putrajaya a day before, maka, menjadi kewajipan kaki I ini untuk terkejut dan krem or should I spell like cramp? Ok, and if you ask me, memang serius nak bend kaki masa tu Ya Allah keazaban yang tidak terhingga. Tapi I buat muka cool je sebab tak tahulah sebab I memang suke bajet cool kot. Tak apalah. Sebab hari tu dah berendam kat Ulu Bendul masa reunion few few weeks before so nak sedapkan hati sendiri, anggap je sama macam pergi Ulu Bendul hari tu dah habis cerita.






Tapi dishes tak macam Ulu Bendul laaa. Tak ado bbq pasal we ols kekurangan tenaga maskulin aicheh padahal boley je. But instead, we prepare yang simple-simple yang senang-senang yang sedap-sedap yang murah-murah je macam mihun goreng, nugget-nugget, sosej-sosej, sandwich-sandwich, sushi-sushi, dan blablabla. Blablabla tu maksud dia kau tengoklah sendiri apa yang ada dalam gambar.






Tak lepak lama pun. Dah puas mandi sejam dua, baliklah nak bertapa kat air terjun tu lama-lama kejadah apa? Haaa, tapi sebelum tu, baca caption nama sorang-sorang kat bawah ni dulu. Nak perkenalkan bakal menantu mummy u ols, or bakal kakak ipar u ols, or bakal adik ipar u ols, or bakal mak tiri u ols, pun boley...






Yang merah-merah delima tu, Zura, next sebelah dia, Cik Ain. Sebelah Cik Ain, yang ayu-ayu rambut jatuh kat bahu tu nama dia Cik Fyza, sebelah Cik Fyza pulak bajet model ubat gigi nama dia Cik Nina, sebelah Cik Nina, kita panggil dia Zaf. Tiba-tiba tak ada 'Cik'. Sila sabar dengan statement akak eh Zaf. Then, next to her, Cik Aqma. Lepas tu sebelah Cik Aqma pulak, muka omel-omel bajet model ubat gigi jugak, nama dia Cik Faa. Sebelah Cik Faa tu nama dia Ida Nerina hah tiba-tiba muncul retis dalam rumah I. Giteew. Ok, Cik Ida je nama dia. Next yang dekat bawah, sayap kiri, Kak Rozaini aka Kak Ojai, then midfielder, Kak Ocha, yang depan tu kapten pasukan. Nama beliau Nazatul Natasya...haa tiba-tiba kasi nama penuh. Ok, dah habis ice-breaking. And we turned out jadi team bola sepak.





And some additional info, Zura and Aqma tak serumah dengan we ols pun. Tapi perangai masyaAllah subhanallah kalah tuan rumah...haaa giteeew. Just kakak sulong we ols, Kak Uda tak ada. Beliau balik rumah jumpa Cik Abang tercayang muahmuah. Kak Uda dengan Kak Ojai (yang sebelah I tuu) dah kahwin ok. Sebab tu saja duduk sebelah Kak Ojai, ambek berkat sikit. Biar cepat naik pelamin kalau boleh lepas raya haji ni haaa kemain.






Masa untuk balik. Memang depa ni tak pernah kenyang. Padahal bekal yang bawak dari rumah tadi bukannya habis pon. Ok, ok. Kak Ocha tak marah. Saja je tulis. So, marilah kita kembali ke pangkal jalan. Kak Ocha pun dah kering otak pikir nak tulis apa lagi ni haaa... Dah sampai masa untuk men'skema'kan diri, time to bercinta dengan buku dan nota u ols. Hew, geli.





p/s: I miss our fun chat moments together so much...


Monday, October 7, 2013

DiVas WeNt OuT 4 ChaRiTy


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku bukan nak certa sangat pasal berjalan kaki amal ni sebenarnya, tapi sebab tension tak jumpa tajuk proposal yang baru. Cari-cari artikel, sekali terjumpa blogger.com. Memang alasan sangat. Lagipun, bila sebut perkataan 'amal' itu sahaja sudah membuatkan aku rasa oh-aku-sudah-dewasa-rupanya. Seoleh-olah sudah tidak lagi bernafsu buas untuk berjimba seperti pada zaman muda-mudi dahulu padahal kalau nampak diskaun 50 peratus pun dah terbelahak bijik mata apatah lagi 70 peratus. Jadi lupakan sahaja angan untuk menjadi dewasa. Selagi tak dapat tengok bebola daging (atau nama penuhnya cloudy with a chance of meatballs), aku tidak akan berhenti tulis perkataan itu di sini. Tibe-tibe. Kau tahu aku memang rajin mengarut kalau kepala dah serabut. Nasiblah. Siapa suruh baca belog aku?








Patah balik patah balik. Ini poster World Hunger Relief yang aku cakap tadi. It's a charity walk yang disertai ribuan pejalan kaki sebagai simbolik untuk menyelamatkan dunia daripada kelaparan. Selamatkan dunia okeh. Haaa, kan dah tiba-tiba rasa macam superhero.









Jadi, bertempat di depan Palace of Justice, (one of my favourite building dekat Putrajaya) semalam, we started the walk. Kak Dyna yang gambar atas tu, dialah yang bawak kitorang. Nor and me. Tapi Nor tak ada, dia miss we ols sebab we ols jalan laju gila macam tengah masuk amazing race cari registration counter sekali walk-in registration kejadah registration semua pun tutup, memang ngam-ngam sampai masa tu, orang tengah aerobic warming up bagai lepas tu terus flag off. Maka dengan muka tak bersalah we ols pun berjalan. Tak kira nak join jugak jadi superhero tak berdaftar even they screwed up our registration.





Dan Nor, yang we ols miss tadi, dia duduk je dekat khemah walaupun dia pakai complete sports attire. Ingatkan kat belakang, bajetlah nak tunggu dia catch up. Sekali dia decide nak tunggu dekat ending point je. Aku yang tak berniat nak join pulak yang terjebak. Dah la pakai seluar jeans, pakai blous, tudung kalah ular sawa melingkau cekik-cekik leher bagai dan of course dengan selipar kegemaran, sambil bimbit beg tangan gabak nak mati. Tak segan silu weh aku join jalan dengan orang-orang tu. Aku pun tak tahu kenapa. Bajet macam jalan atas red carpet feeling diva sangat.





Kan lain sangat tu. Macam heroin nyanyi lagu hindustan baju dia sorang je rare, penari dekat belakang semua seragam. Hah, bayangkan macam gitu ok kau jangan buat aku rasa loser sangat.





Lepas tu, dengan muka berlagak tak nak jalan 3km, nak pilih 5km sampai depan Putrajaya International Convention Centre pulak. Nampak kan PICC yang tercatuk tinggi dekat hujung jalan tu? Sepatutnya, dekat traffic light depan tu boleh je u-turn siapa nak buat setakat 3km. Tapi tak best la, diva jalan 3km je. Mesti up la maksimum distance kasi dapat title Iron Lady Diva Divana. Enak title aku bagi kat diri sendiri. Sudahnya sampai garisan tamat...








Kak Dyna maintain lagi. Aku pun nak bajet gagah jugak. Sekali masing-masing ketaq lutut. Kak Dyna spray kaki tak henti-henti. Peha kiri aku pulak krem tak bagi salam. Terkejut tuan dia tiba-tiba bawak jalan 5km konon boleh cairkan lemak berapa kilogram. Mimpinya Laila sangat. Habis charity walk, pegi Alamanda sumbat carbonara jugak. Perangai diva, gitu gamaknya. Dah la dah la, malas cerita charity walk lagi. Tahun depan aku nak join lagi sekali. Promise, masa tu aku tak nak bajet diva lagi dah.





Ok last. Dah bye!

Thursday, October 3, 2013

PaRi-PaRi StaRbUcKs


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Happened to be we were so over sugar dose last night. Nak kata mabuk, I don't think so. Choi. Tak pernah sentuh alkohol seumur hidup ok. But who knows, thought that I never find such a gedik and happening klik classmate after sekian lama (ever since asasi or degree ntah), rupanya malam tadi baru jumpa. Semestinyalah darling after a long period of mental and physical torture back then. Bila? When I was a teacher remember? Hah, torture habes. Nak cerita balik? Jangan buat gila, kang ada surat lawyer sampai rumah kang. Ingat aku kaya nak bayar saman? So buat-buat tak tahu je yang aku pernah jadi teacher dulu. Buat muka tak bersalah layan starbucks padahal baru je mengaku tak kaya tapi order large cup banana frappucino tak ke bingai namanya.






This is Kak Dy (pronounce 'dai'). She is the one yang sebelah muka glee tuhaa. Tak sangka jumpa geng retarded walaupun dah masuk master level. If I tell you her age, mesti kau worang sumpah takkan percaya. Yah. Age is just a number. Aku pun masih tengok barbie sampai sekarang. Apa nak heran. Retarted pun retarded lah. Bukan laki aku marah pun kan bang...





Oh, ceritanya begini. Jangan salah faham macam mana aku boleh terlepas kandang semalam. I'm not driving anymore ok baby. Takut kang ada orang blame aku berfoya-foya padahal aku bukan bawak kereta pun. But that Kak Dy, yang super super super angel, pasal apa aku panggil dia angel? Because she fulfilled my wish. She took me to that starbucks sebab masuk je kelas semalam, I was like merengek manja-manja gitu depan Kak Dy, (bukan manja tu namanya gedik)





"Terasa nak minum starbuckslah."

"Really? Jom?"

"Serius?"

Kak Dy angguk.





Macam tu je. Then aku terus text roomate yang juga super super super angels nak belikan starbucks sebab kebetulan dia pun keluar, then aku dah order dekat beliau nak starbucks tu - memang terserlah sangat aku punya mengidam tahap kritikal kan. Tak tahu kenapa. Maybe sebab tengah hari tu makan sambal so perut pun rasa pedih-pedih so tekak pun mulalah terasa nak minum something sejuk and sweet and aku tahu alasan je semua tu. Lalu aku pun mesej, tak payahlah Ida (my roomate nama dia Ida). Tak payahlah belikan starbucks untuk akak. Kejap lagi akak nak keluar dengan classmate, so nanti akak beli sendiri. And tadah...





Ladies night out. Kak Dy, Iema and me. Sebab ini kelasmate master I so rasa macam tua sikit so rasa macam tak best la letak title 'girls-night-out' lagi sebab tu dia tukar ladies cheh tang mana ladies pun aku tak tahu. Dah la ayat tak reti nak fullstoop.






  tonight





we





own





the starbucks...hahah





and it was really ours.





And that was Kak Dy with her so-called greediness. Hahah. Taklah. Kak Dy yang comel, I hope you will find this entry since we're not meeting each other online. I mean, mestilah dia tak jumpa entry ni sebab dia tak friends dengan I dekat FB. Jangan pelik you ols. It's just, not yet. But still, I'd like to thank you (I mean Kak Dy) sebab sudi jadi pari-pari to fulfilled my wish. I'm genie for you girl. Hah, tibe-tibe. Ok. Tak faham tak pe. Tanya orang K-Popers. Bye!





I know I'm so excited sebab sebelum ni tak pernah kenalkan classmate master I kan kan kan?





p/s: i nak tengok cloudy with a chance of meatballs. siapa plak nak jadi pari-pari ni?

Monday, September 30, 2013

sELaGi Ada MaSa


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Lately, aku rasa hidup aku miserable. Insecure. Paranoid. Pathetic. Nah. Cakaplah aku gila. Aku terima. Ni semua gara-gara cerita yang aku tengah tulis. Padahal bukan cerita triller atau horror. Cerita mengarut yang memang kalau hantar dekat Syamsul Yusuf untuk bikin filem memang sah kena gelak tak cukup tanah. Tapi aku tak kisah. Sekurang-kurangnya aku memberi senyuman kepada hidup beliau. Kau tahu kan dia tengah bersedih sekarang? Haa, dah tu pergi layan juga KL Gangster yang adik aku download. Double bangang.




Cerita aku ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang belum mati. Semuanya fantasi mengarut bak kata Kak Arin, budak tudung labuh yang bajet hipster dan bermulut puaka tanpa insuran seperti aku ini memang begini. Aku suka cipta dunia sendiri. Kalau nak join, boleh register hari ni. Besok tak boleh. Aku ada temujanji.





Jadi aku suka tulis angan-angan. Apa yang aku nak jadi, apa yang aku nak buat, apa yang aku suka, apa yang aku harap. Kadang-kadang jadi kenyataan. Kadang-kadang... jauh tersesat. Achelli, aku tengah frust sekarang ni. Entah macam mana aku boleh tersalah register kelas pergi daftar kelas part-time. Kepala hotak dia berjambul. Patut la nama aku tak ada dalam list kelas. Haa, dah satu hal pulak nak kena jumpa lecturer sorang-sorang bagitahu mereka sambil buat muka kasihan. Kalau tak diorang blacklist aku. Sia-sia tergolek terlentang buat assigment sekali markah tak boleh nak masuk dalam sistem pasal tak ado namo. Dem.





Ok. Minggu ni aku ada projek besar. Eh, minggu depan. Tapi aku belum bincang dengan team aku lagi. Kalau dah konfirm, nanti aku war-warkan. Jangan risau, siapa lagi nak promote aku kalau bukan aku sendiri. Yah. Sekian. Aku nak sambung cerita merepek. Harap-harap Shamsul Yusuf tak nangis lagi. Bye!







quote aku untuk hari ini.
kredit to gugel: mari berpoya-poya selagi ada masa.




oh ya, bye September!
(sapu air mata)

Monday, September 23, 2013

aNgaN-aNgaN KaLaU JaDi YB


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku pernah ada niat nak jadi YB. Yang Berbahagia atau Yang Berhormat, entah aku lupa. Mesti Encik Mail malu nak mengaku aku anak murid dia. Nama je dapat A untuk subjek penghujahan, tapi biadab, tak amalkan ilmu. Maafkan saya Encik Mail. Maafkan aku Tuhan. Memang hanya niat. Bukan betul nak jadi pun. Bukan bersungguh pun. Kang hancur rakyat jelata Gemencheh dapat aku jadi ADUN. Hari-hari berkampung depan pejabat buat bantahan besar-besaran. Gamaknyalah.




Nah. Sekarang aku ambil Master in Education. Tapi aku tak nak jadi cikgu. Sebab aku tak pandai mengajar. Aku tak pandai ajar budak-budak buat benda baik. Benda jahat, benda sesat, itu boleh. Nanti aku manjakan anak orang, nanti diorang spoil. Tapi kalau aku bengis memanjang, aku pulak yang spoil. Maka kesimpulannya, aku kena ada satu tema je. Tema mak tiri atau mak kandung. Kau faham tak? Tak faham tak apa. Teruskan membaca kalau masih tak berputus asa.




Tapi tapi tapi. Aku tak cakap yang aku tak boleh. Aku pernah cuba. Aku pernah rasa. Aku pernah ada (pause sekejap) pengalaman. Kenapa kena pause? Aku punya sukalah. Ok, sambung balik. Cerita pengalaman aku mengajar, aku tak salahkan cikgu, aku tak salahkan ibu bapa kalau anak-anak spoil. It might be a factor. Tapi tak semestinya. Sebab dalam satu hari, masa budak-budak lebih banyak di sekolah berbanding di rumah. So, ada logik tak kalau aku cakap cikgu lagi kenal anak murid daripada mak bapak? Logik.




Anak-anak sekolah sampai petang. Balik rumah sambung lepak dengan kawan siapkan kerja sekolah. Itu group yang bijak pandailah. Kalau yang tak berapa bijak pandai, pergi kau merayau merempit buang masa buang duit segala. Sedih. Kesian. Tapi nak buat macam mana? Bukan salah cikgu. Bukan salah mak bapak. Tapi pihak sekolah. Eh, tak juga. Sekolah ikut arahan PPD. PPD ikut arahan Jabatan. Jabatan itu arahan Kementerian. Dah polisi kata hantar kerja sekolah, assignment, hambat anak-anak dengan aktiviti sukan, kelas tambahan. Tak cukup hari sekolah, hujung minggu boleh bantai. Elok-elok anak jadi pandai, terus berenang terkapai-kapai. Segala benda nak capai. Haa, kan dah berima.




Habis tu nak buat macam mana? Semua nak naikkan taraf pendidikan, pencapaian, grades, tapi kalau satu sekolah sampai berbelas-belas kelas satu tingkatan, lepas tu satu kelas pulak sampai 30 orang lebih pelajar, mana nak dapat naik taraf pendidikan? Nak manage kelas pun dah ambil setengah jam. Berapa minit tinggal untuk lesson plan? Ingat cikgu tak ada kerja lain selain menjerit-jerit masuk kelas suruh budak-budak diam? Takkan semua cikgu kena tukar karekter jadi cikgu disiplin? Takkan semua cikgu nak kena genggam rotan ke hulu ke hilir?




Saya cadangkan tambah bilangan sekolah. Tambah cikgu. Tambah fasiliti. Pasak kepala otak cikgu untuk pupuk anak-anak dengan pendidikan yang berkualiti. Bukan ranking. Tak guna kalau anak-anak bijak pandai hari ni bila besar jadi menteri kerjanya manipulasi. Dah cikgu didik dari kecil. Moral. Adab. Intigriti. Itu benda kecil. Tolak tepi.




Mana tahu Tuhan nak makbulkan niat aku nak jadi YB. Dapat pulak kahwin dengan menteri. Senang aku minta sekolah sebiji. Pengetua masuk, cikgu masuk, budak-budak masuk, semua cuci kaki. Sekolah kampung, tapi canggih dengan teknologi. Yang penting, sorang cikgu jangan bagi anak murid berpuluh-puluh. Mana lepasan maktab yang susah nak dapat kerja tu? Meh sini datang mengajar kat sekolah aku. Sekolah kampung, budak kampung, aku briefing dulu perangai diorang macam mana. Nanti aku cuci kepala otak budak, kepala otak cikgu sekali. Macam yang aku cakap tadi. Semuanya kalau. Kalau aku jadi YB. Merangkap pengetualah sekali.




Kau tamak!





Biar aku tamak. Kau doakan niat aku jadi reliti.
Lepas tu kau tengoklah nanti.





Hah, apa tak matching dengan kos? Management & Leadership? Lah sangat...

Wednesday, September 18, 2013

GoOd NiGhT ThiEf


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Aku rasa bulan September ni bulan reunion la. Dan aku rasa korang pun mesti boring pasal aku dok tayang gambar macam dah tak ada folder nak simpan kan? Ok. Aku pun tahu penat jugak. Dan sekarang, rasanya cerita reunion aku dah habis. Lepas ni cerita reunion dengan buku sahaja. Sekian. Nampak sangat boring tengah-tengah malam. Ok bye!






aku serius tengah gila dengan lagu ni.
ada aku letak dekat fb.
tapi kalau aku nak letak dekat sini jugak so?







versi BM pun best jugak!
esp part "dari darjah satu, darjah satu" OMAIGOD!
ok, itu je nak cakap










anyway, gud nite u beautiful people yang sudi baca belog saye!

Tuesday, September 17, 2013

ReUniOn SeaSoN: aT sEoUL


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Bukan senang nak spend quality time sekarang. Dulu bilik depan-depan, sebelah-sebelah, tak kira pagi ke petang ke malam ke, memang akan jumpa punya. Tapi sekarang masing-masing dah bekerjaya, makin sibuk dengan urusan dunia, memang susah sangat nak tunjuk muka. Sebab tu kesempatan cuti pada Hari Malaysia, kami buat reunion. Berjumpa dengan adik-adik yang rasanya tak jumpa sejak Kalumpang hari tu kot. Ingat tak cerita Kalumpang? Kalau tak ingat kelik sini.






So ini Kak Long aku. Aku panggil dia kak long sebab dia lahir bulan satu. Ada logik? Ada. And gambar tu? Bukan susah nak teka dekat mana kan? Seoul Garden. Selalu makan dekat OU. Tapi semalam kitorang pergi Paradigm. Baru tahu Paradigm ada Seoul Garden. Oh sedih.






Gambar atas belah kanan, Kak Chu and Yatt. Yang purple tu Kak Chik. Biasalah, kamera masing-masing tak berapa nak canggih. Itu pasal tak nampak orang nampak asap je. Tak kisah la. Mana paling canggih itu yang kita pakai. Yang penting memori tersimpan. Kalau tak dalam kamera, dalam ingatan. Yang penting semua ada. Yang penting ada penaja. Penaja transport, penaja kamera dan penaja perut. Ya. Penaja perut itu sangat penting. Sebab bukan Seoul Gardeners sejati kalau tak makan dekat sana lebih daripada empat jam. Aku impress dengan pengusaha Seoul Garden ini. Sangat!






Adik yang kelaparan. Ok, tak nak kacau.





Sekarang blogging dah jadi part time. Sebab tu aku dah tak tulis versi karangan sangat. Ok. Aku nak sambung tulis cerita berangan. Kalau ada rezeki korang baca dekat kedai eh. Omaigod angan-angan aku sungguh indah bagai disorga!






After that kami pergi mana tak payah ceritalah k.
Bye!

Monday, September 16, 2013

30 MiNuTeS LaTe: SoRrY MaR. HaPpY BiRtHDaY


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




My abang, dia kawan baik I. Kenal sejak tahun pertama degree I mean sejak hari pertama kelas lagi. Bukan setakat tu je, master pun nak sama kelas jugak. Tapi sem ni, tak lagi. Dia nak pergi UPSI. Tinggal la aku seorang diri. Budak bahasa kan. Ayat pun nak berima-rema.





Nama penuh dia... ok tak payah bagitahu kang femes sangat. Aku panggil dia Mar je. Aku suka kawan dengan dia sebab dia baik. Sebab dia rajin. Orang jahat, orang malas, aku tak nak kawan. Dia duduk Tampin. Yes. We ols sekampung. Orang kampung. Aku suka kawan dengan orang kampung. Pasal orang bandar gedik! Laser mulut aku kan macam laser budak Mar ni jugak. Haaa, jangan marah eh Mar. Laser kau, aku je yang tahu. Tapi tak la sampai nak burukkan kau. Lagipun ni entry Hari Lahir kau. Jadi harus cerita yang baik-baik saja. Yang tak baik aku save dalam recycle bin...gitew.





Selain tu, aku suka kawan dengan dia sebab dia suka tolong aku. Dia selalu tumpangkan aku bila balik kampung. Dia selalu ajar aku kalau aku rasa bangang gila tak faham subjek apa aku belajar ni kan. Dia jugak selalu update aku dengan latest isu, latest information, latest dateline. Selalu bagi aku pinjam kamera dslr dia yang vavavooom tuuu. Kau punya kamera selalu bikin belog aku berseri-seri tau Mar. Kau jugak yang tolong aku untuk dapat praktikal dekat PPD. Sampai aku bercita-cita untuk sambung master sebab nak jadi pegawai PPD. Murni kan cita-cita? Jadi terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak-banyak sangat aku ucapkan dekat kau.





Well, aku tahu memang lambat gila wish Happy Birthday dekat kau. Sebab tadi aku balik kampung. Sepupu aku semua sibuk mintak ajar kord gitar. Punyalah susah nak hafal G. Last-last aku hempuk diorang dengan gitar sekor-sekor. Terus hafal sampai kord L. Ada cikgu kau ajar? Cikgu aku ada.





Oleh itu, sekian, aku dedicate kan entry ini untuk kau sebagai hadiah hari lahir. Tanda aku mengingati kau dan menghargai kau sebagai sahabat aku selama ini. Selamat hari lahir yang ke 25 Muhammad Marzuwan. Aku minta maaf atas segala salah dan silap yang pernah aku buat dekat kau. Halalkan segala makan-minum yang pernah kau belanja. Halalkan segala ilmu yang pernah kau ajarkan.





Doa aku, semoga kau berjaya dalam hidup kau. Dapat title DR nanti jangan buat-buat lupa kat aku pulak. Kot selisih dekat Nagoya Tampin tu kalau kau buat-buat tak nampak, haaa tunggulah nama kau naik lagi dalam belog ni. Hahah. Happry Birthday lagi sekali. Selamat jadi budak UPSI weh!





Gambar Mar sangat limited dalam file aku.
Ini sahaja yang ada, maka aku letak saja.
Alang-alang tu aku nak dedicate kan rindu kepada u ols sekali.
I MISS YOU GENG PUAKA!

the history

Followers