Sunday, May 18, 2014

HeLLo pEnaNg - PaRt 2 (omaigod-panjang-gila-entry)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



As a second part here, I'm sorry sebab lupa nak bagitahu why I'm so excited sampai nak kena buat dua entry pasal Penang sahaja. Penang je pon. P.E.N.A.N.G.J.E.P.O.N. (Nampak tak statement nak bagi orang hangat hati macam mana?) Well, after six years I guess, sejak aku tinggalkan UiTM Merbok back then in 2009 so this is like my second time pergi Penang sebab tu dia macam excited sebab rasa macam homecoming yelah aku bukan ada sedara mara or kawan-kawan rapat like bff ke apa dekat sana so nak cari reason untuk saja-saja pergi sana tu macam susah sikitlah.





Then bila bunga-bunga cakap tak jadi nak ke Cherating instead they're suggesting Penang as our trip destination, aku pun ok-lah-jum. Yang penting ada pantai. Pantai! Aku nak pergi pantai! Macam mengidam sangat gamaknya kan biasalah pembawakan budak. So, here's the story of our second day at Penang! (bersedia-untuk-annoying-sebab-I-dah-cakap-this-entry-is-so-panjang)






We were starting our day with morning exercise like this. Ohmai, aku suspek Peah ni kalau suruh dia buat yoga stunt ala-ala Pauziah Gaous pun dia buat kot. So basically begitulah perasaannya bila pagi-pagi dah berendam separuh badan dalam air laut dan menggelapkan kulit yang sedia gelap di bawah terik matahari. Buat-buat tak bersalah walaupun tak pakai sunblock. Kisah? Dekat Shah Alam tak dapat beb.





Jalan-jalan tepi pantai instead of texting each other like:

'wei-kau-dah-gerak-pergi-library-belom?'

'kalau-dah-sampai-cop-tempat-dulu-weh'

'aku-sampai-lambat-sikit-baru-bangun'

'jumpa-kat-kafe'

And bla-bla-bla.

Honestly, Tuhan saja yang tahu betapa hecticnya life kami masing-masing sem ni. Paling ketara semestinyalah Iema and Peah sebab nak menyiapkan thesis and at the same time struggle untuk tiga subjek lagi. Maigod, memang this is sooooo what we need. Escape! Yeah, escape to north walaupun hanya dua hari. Masing-masing hampir nak meroyan gamaknya so walaupun dua hari tapi rasa macam nak sujud syukur sebab dapat menjauhkan diri daripada Shah Alam dan segala mak nenek yang ada dalam wilayahnya. #uitm #assignment #dateline #thesis #stayup #mcd #kfc #ppas #lifeless






And paling best kalau setiap pagi mandi-manda begini dengan anak-anak tak payah dah hantar pergi kelas swimming kan. Oh ya, Encik Bakal Suami tolong fokus sample kondominium dekat belakang tu kang senang nak cari rumahku syurgaku. (angkat-angkat-kening) #citylife #hectic #sarcastic #takadakenamengena #okbai







And this is our homestay. Baan Talay. Only Peah knows how to pronounce it. And nama pun budget trip, so we didn't expect much. Yang penting ada tempat nak tidur ada tempat nak mandi and ada tempat nak ber'pillow talk segala memang way better than Shah Alam again tak habis-habis kutuk Shah Alam daripada tadi tak sedar diri ke Shah Alam tulah tempat kau menimba ilmu nak dapatkan ijazah dan masters segala bagai hah Ocha? #maafkanakushahalam #insaf






See the Komtaq? Itu je point I letak gambar ni kang tak percaya I dah jejak Penang kan?







Irfan and the aunties. Masa ni masing-masing take a break at Georgetown White Coffee macam exhausted sangat bershopping and mengantuk like I really don't know macam mana shopping boleh mengantuk padahal selama ni shopping-is-the-most-excited-things-to-do kot. #penangisweird #dahpuaskutukshahalam #nakkutukpenangpulak #orangpenangsilatabah






And still at the Georgetown White Coffee. Aunties dekat dalam, mama papa Irfan dekat luar. 
Something about this picture I think rambut Irfan baru lepas masuk saloon kot. 
Apasal pacak semacam je ni menantu?






Ok, this is the best part. Are you ready honey??? Well, after cerita pasal pantai, shopping at town, makan tengah hari dekat Bayan Lepas lepas tu back to town, maigod makin petang makin huru-hara journey we ols macam tak tentu hala dah rasa dok ulang-alik-ulang-alik lepas makan tengah hari back to street art, bergambar dan bertachap (sila-rujuk-gambar-di-atas) lepas tu cari cafe yang ada coffee 3D tu but unfortunately tak jumpa lepas tu taknak give up nak jugak meng'coffee so jumpa Toys Cafe pun bolehlah.







Pose Irfan paling honest. Yang lain buat-buat happy padahal dah nak malam dah and actually almost nak give up cari cafe 3D tu as our last destination before balik ke Shah Alam. #penangstreetpening #gpspunkonpius #ipunnakhonestjugak






Another street art picture.

Aku tahu dalam hati korang mesti cakap bila kau-nak-berhenti-membebel-ni-Ocha? Dah-la-gambar-banyak-membebel-pun-nak-banyak-banyak-buat-apa? Ok, aku terjun bangunan sekarang! #puashatikau #taknakkutukpenanglagidah #sorrypenang






Ok last. Nak fefeeling taching sikit sebab gambar ni macam significant sangat to four of us I mean for me actually. Biar aku explain ok. Bila tengok gambar ni aku terbayangkan something like we're on the rocky path, stumbling and fall but we had each others back and hands to hold on to. We support each other, we cheer each other, we laugh and cry together, they grab my hand when I'm about to fall, they smile for my happiness even they're in sorrow and pain. They're the shoulders to cry on and the reason for every smile and laugh I had. They are my sisters and I'm so grateful having them walking with me through this tough-and-upside-down journey.





Walaupun mulut masing-masing macam puaka, walaupun perangai masing-masing bitchy sepanjang masa (except-for-Anis), tapi inilah orang-orang yang tolong naikkan pointer aku setiap sem, inilah muka-muka yang tahan dengar aku meroyan, inilah kepala-kepala hotak yang rajin melayan aku punya request yang mengarut dan entah hapa-hapa. And actually dioranglah yang beriya nak buat trip ke Penang sebab diorang tahu request tu mula-mula sekali keluar daripada mulut aku and it's not just for the sake of vacation. #iheartpenang #andtheonethatimetthere #iheartyoutoobungaaasss (caption-macam-familiar)






Ok, I'm sorry. Emotional sangat tadi padahal nak cerita pasal gambar je (sapu-ayaq-mata). So a big thanks to Anis and abang ipar (berani-declare-abang-ipar-sebab-abang-ipar-dah-jadi-part-of-the-bungaaas), so again, thank you sebab sporting habis layan adik-adik u ols ni punya perangai. Ampunkan kami sebab mengajar Irfan yang bukan-bukan. Being-sarcastic, puffay-twideeerrr, gelak-aunty-iema, taklah ajaran sesat sangat kan. Heee. Anyway, your sweetness overload pictures dekat atas ni buat I makan hati sangat. Tapi sebab I sayang you ols tak apalah. And message to Abang Nabil, welcome to the-bungaaass-family. Lepas ni tak payah nak cover menggila sangat hokey. Please jujur. Hahah. #sarcastic






Our last check point. Toys Cafe. 
Before we're back to reality, and there are few last words from me...






#1. Jangan tegur mamat handsome depan suami. Nanti sesat jalan kau gelabah.
#2. Grape and strawberry have the same smell.
#3. Heading to north you will cross along Scotland.
#4. Don't meroyan on vacation.
#5. Kalau nak belajar ilmu rumah tangga boleh belajar dengan Anis and Peah.
#6. There's a word selain daripada 'jatuh-sakit' which is 'jatuh-malu'.
#7. Lain kali kalau pergi vacation standby powerbank sebanyak mungkin.
#8. Jangan jerit-jerit on your first date.
#9. Jangan percaya GPS.
#10. Thank you Encik Domoi sebab bawa kami ke jalan yang lurus.
#11. Thank you Iema and Anis for your gojes camera.
#12. Thank you bungaaasss!

I.L.O.V.E.Y.O.U

Friday, May 16, 2014

FoR tHoSe YaNg SuKa 'CoMpLiCaTeD'kaN kEaDaaN


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Maaflah. Aku bukan sengaja nak kasi orang meluat dengan cerita 'in-relationship' or 'mencari-calon-suami' or 'jodoh-di-tangan-Tuhan' kekdahnya sebab kalau dah nampak contoh depan mata yakni manusia yang sangat susah nak keluar dari kepompong selesa tapi bising sampai sekarang masih tak berjumpa calon idaman habis tu nak buat camano? Kau espek jodoh boleh datang bergolek? Kang aku cakap kau ni boring, malas nak make effort, demand tinggi, paranoid, takut nak face challenges and kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya kang mula la emosi. Taching, tarik muka dengan aku, rasa nak maki, pastu kecik hati padahal hakikat beb.





Jadi atas rasa tanggungjawab, aku tulis jugak dekat sini. Especially because we're women and we tend to complicate things padahal bendanya simple je (and-i-admit-sometimes-i-did-it-too). Biasalah, perempuan kan. I know, we're expect things like fairy tale sebab dari kecik kita dah disuakan dengan kisah-kisah dongeng dan semua benda yang fake dunia luar padahal realiti jauh sekali.




Aku banyak cacat dan cela. Kurang serba-serbi. Tak tahu itu ini. Luar dalam semuanya flaws. Sebab tu bila aku jumpa someone yang aku rasa boleh terima cacat cela kurang serba serbi aku itu, what more should I expect? Takkan aku nak demand dia jadi Bradley Cooper pulak hoi hoi tak sedar diri punya perempuan kang dia mintak kau jadi Megan Fox kau mampu? So, jangan complicatedkan benda yang mudah. Tak kiralah physically or inside your body, love yourself then only you will love others the way they are.





And to make it more simple, act the way you want to act. Jangan compare diri kau dengan orang lain sebab sampai bila-bila pun kau takkan puas hati. Kita bukan dilahirkan dengan kebolehan yang sama. Buat apa yang kau rasa happy dan kalau boleh orang sekeliling kau pun happy. Tak perlu dengki, iri hati, sebab at the end kita jugak yang akan sakit hati. Aku tak kisah kalau orang nak compete dengan aku. Itu dia punya pasallah. Yang pasti, aku takkan terhegeh-hegeh nak ikut cara orang, nak transform diri aku jadi macam orang lain. Aku is aku. Dalam dunia ni ada seorang je manusia macam aku. So aku buat apa yang aku selesa, apa yang aku suka, as simple as that.





Dan bila kita rasa selesa buat apa yang kita suka, jangan expect orang pun suka apa yang kita suka. Adatlah tu. Kita pun bukan suka semua orang. Tapi tak perlulah sepanjang masa membenci. Lagi worst bila dia tambah dengan perangai yang suka judge orang. Suka-suka hati je assume orang begitu begini. Apa perasaan bila orang buat dekat kita pulak? So, instead of cambahkan benci dalam diri, apa kata berkasih sayang sesama manusia. Mana tau besok lusa tak bernafas lagi. Sia-sia je.





Nama pun manusia. Buat salah tu biasalah. Kita pun tak boleh assume yang kita sentiasa betul. Sekali-sekala apa kata terima pendapat orang lain. Tak nak apply pun at least dengar dan fikir. Kalau memang kita bersalah, jangan ego untuk minta maaf. Yang stok-stok keras kepala ni memang selalu bikin aku hangat. Rasa nak bagi makan kaki pun ada. Ntah apa yang dia dapat dengan ego pun taktaw. Itu pasal benda senang jadi complicated. Selalu rasa diri sendiri je betul. Tak payah mintak pendapat oranglah weh. Pointless.





Dah hujung-hujung ni aku pulak rasa emosional. Sebab sambil aku menulis ni, dalam kepala aku ada dua orang je. Dua orang yang memang selalu buat aku hangat when it comes to relationship and benda-benda simple dalam hidup and dua orang ni suka sangat complicated kan keadaan. Eventually, aku pulak yang tak tahan maka aku pun meroyan dekat sini. Tapi taklah meroyan sangat kan...? Heee.





Gambar macam tak ada kena mengena kan?
Kisah?





Ok, sekian sari berita utama. Kalau rasa-rasa nak consult dengan panjang lebar lagi, boleh la buat appointment. Tapi bayar ah. Ingat free???



Thursday, May 15, 2014

HeLLo PeNaNg - PaRt 1


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Ok. Mula-mula sekali kena mintak ampun dan maaf dekat sisters sebab lama gila ambek masa nak update belog pasai trip ke Penang hari tu like almost seminggu kot baru naik entry. Biasalah, busy mengalahkan orang yang sepatutnya busy. Nak mintak gambar dah kena tunggu dua hari, nak pilih gambar makan masa sehari, nak edit gambar sehari lagi, upload gambar sehari lagi, sampai masa nak tulis mukadimah dan intro terus macam jemu sebab kenyang tengok gambar yang melimpah ruah tu dan bersedialah dengan lambakan gambar di sini sebab ini baru part one, coming soon ada lagi part two part three part four kalah sekuel ironman pulak dah.






Honestly, niat utama nak mai Penang is sebab nak touchdown dekat second bridge ni je. Which is hajat dah tercapai and kalau ikutkan memang nak u-turn and patah balik Shah Alam tapi macam mengarut sangat drive 3 jam lebih semata-mata nak touchdown and patah balik kan perangai apa ntah orang gila pun tak buat macam tu tau. Sia-sialah sesat dekat ss18 subang semata-mata nak pergi Penang 2nd bridge and patah balik. Haila perangai so tak jadi nak buat u-turn.





So, we continue our journey. Memang aku suka buat essay panjang-panjang, assuming that semua orang pun suka baca tulisan aku padahal dalam hati masing-masing dah niat nak buat solat hajat agar aku insaf dan bertaubat. 






Baiklah, gambar on the road ni aku letak banyak-banyak sebab aku suka sangat tengok different mimik muka masing-masing esp Irfan (obviously) and was feeling like a real family vacation bayangkan saja pergi bercuti dengan kakak and abang ipar and anak buah and sisters yang lain. Tak ke bunyi macam bahagia tu...






Walaupun bukan kaki selfie tapi terpaksa selfie sebab masa ni kakak-kakak tengah tido lepas checked in dekat homestay. Anis and abang ipar pulak pergi workshop pasai kereta breakdown sebaik sahaja touchdown alahai mencabar sungguh perjalanan. Tapi tak mengapa. Mengidam nak pergi pantai punya pasal, pukul 3 matahari terik pun sanggup jejak kaki tepi Tanjung Bungah ok. Silalah faham rintihan hati beta.






Lepas kakak-kakak perasan I nyanyi lagu Amelina 'pasiaq putih tepi pantai' dekat twider, barulah diorang insaf dan sedar diri dan join I sekali. Maka bermulalah selfie secara berleluasa. Like seriously banyak gila gambar selfie masa ni sampai aku tak sanggup nak upload.






Okbai.




 And gambar kat bawah ni, jalan-jalan dekat street art after kereta pulih seperti sediakala. Alhamdulillah.






And tuan rumah finally called me petang tu, so that's why gambar I tak ada dekat basikal.
Actually... Ada... Tapi... Oh, nebermind...






one word
J.E.A.L.O.U.S
(but yuno i'm happy for you kan kakak)






by right nak tunggu anak aku besar macam Irfan ni, masa tu umur aku pun dah almost 30 kot.
so, fefeeling mummy dekat anak orang pun boleh laaa.
Irfan panggil I 'mummy ocha' ok.
(mukabangga)






Seriously I think Irfan takkan ada masalah untuk berdepan dengan kamera di masa hadapan. Just look at his aunties pun dah tau kan. Mintak je dia buat gaya macam mana pun, tadahal beb.
Well done baby!






See... I told you.






And semua pun nak fefeeling Monroe.
Hambeklah.






Ok, because I perasan gambar-gambar di atas macam bias tak banyak kakak and abang ipar I and walaupun jealous and puas memendam rasa sebab laki I jauh (sarcasticnyastatement) tapi tak apalah, because I sayang you macam I sayang kakak-kakak yang lain so it's not fair lah kalau gambar you tak banyakkan Anis. Walaupun the truth is gambar post-wedding you melambak gila kot. Tapi eh banyak sangat 'tapi' ni dah kenapa?






Dah maghrib. So anggap sajalah ni gambar last untuk first day at Penang. Actually our plan was like nak pergi night market dekat Feringgi malam tu. Tapi sebab hujan, tapi sebab tour guider tak ada, tapi sebab masing-masing pun penat, tapi sebab banyak sangat alasan sebenarnya ok, actually boleh je pergi bak kata pepatah nak seribu daya tak nak beribu sesalan hah dah kenapa keluar lagu jaclyn, shila, ning tibe-tibe?





Ok, cukuplah. Nanti I post second entry pasal Penang ok. Mintak maaflah, entry ni tak boleh jadi guideline untuk sesiapa yang nak buat trip to Penang. I bukan vacation blogger. Saja nak share personal moments sahaja. Google kan banyak...heee. 





Anyway, kalau nak tengok gambar dengan lebih banyak, boleh link ke fb I, Ocha Omar. And ada link ke fb Cik Iema Zamri (kalau tak friend, kena add dululah nampak gayanya) because her folder was like a real timeline sepanjang vacation we ols ni so tak payahlah I bersungguh sangat nak upload semua gambar kat sini eh. Sekian, see you next entry. Thank you for reading this. Bye!


Monday, May 12, 2014

YaNg BaKaL JaDi SuRi RuMaH GaMaKnYa



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Sebelum aku potpet pasal vacation dekat sini, which is sure akan panjang gila nak skrol, which is actually aku tengah tunggu hausmet balik sekolah nak jemput dia kejap lagi which is kalau tak blogging kang ngantuk which is kalau aku tido siapa nak jemput hausmet aku which is jugak aku boleh je buat benda len such as baca slide untuk presentation petang ni ke tapi haruslah tak rajin nak baca kang tido nak salahkan siapa? Which is, dah habis dah intro.





Ok, actually aku tengah practice menulis belog dalam masa 60 minit. Sebab nanti bila aku dah kahwin and dah ada anak, aku takmau tinggalkan belog macam blogger lain yang dah bersuami dan beranak. Aku dah lama bersetia dengan belog ni jadi aku berkeputusan untuk terus aktif berbelog tak kira sesibuk mana pun aku. Cakap macam nak jadi mak orang bila-bila masa kan?





Mungkin aku boleh limitkan berapa perenggan aku harus taip atau berapa keping gambar untuk satu entry atau berapa point penting yang aku harus higlight dekat setiap entry. Sebab nanti kalau dah berkeluarga skill multitasking aku yang sedia ada ni semestinya harus digandakan. Basuh baju sambil masak ke. Lipat baju sambil reply email ke. Mandi sambil basuh bilik air ke. Tulis belog sambil makan ke. Macam yang aku tengah buat sekarang nilah.





Lepas tu laki aku pun mesti kagum rumah terurus and at the same time ada pulak entry-entry baru dekat belog macam tak boleh hidup tanpa gosip kan. Fecabook pun memanjang je online. Sangat updated. Lepas tu laki aku pun cari perempuan lain. Sekian terima kasih. Jangan addicted sangat dengan teknologi. Pesanan ikhlas dari ai. Ni semua propa sahaja. Mana lagi penting? Belog ke suami?





Ini ada bau-bau macam bakal jadi suri rumah tangga gamaknya. Oh, hebat profession aku. Belajar tinggi-tinggi duduk rumah. Oh, mentaliti masyarakat. What's wrong with that?





muka macam riak kan?
ada ciri-ciri la tuh.



Sunday, May 11, 2014

aTaS DaSaR sETia


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Sebab dah lama tak update belog, sebab dah lama tak membebel kat sini, sebab actually tak ada benda pun nak cerita, tapi atas dasar setia, aku rasa aku patut tulis sesuatu agar belog aku ni tahu yang aku sayang dia.





It's been a week agaknya. Ke lebih? Memanglah. Kalau sendiri tanya sendiri jawab tu maknanya memang sah la dah lama tak berbelog. Perangai begini memang biasa kita jumpa di mana-mana. Because today is Sunday and I pun baru balik dari short vacation, maka hari ni I decide untuk bermalas-malasan sahaja. Padahal actually hari-hari pun perangai malas.





So, as a teaser, I letak satu gambar je dulu. Nak lebih-lebih, tunggu aku cerita pasal vacation sampai dua, tiga entry nanti. Silap haribulan, termuntahlah kau sekalian rakyat jelata membacanya. Ok bye.





#iheartvacation
#cubatekakatmana

Thursday, May 1, 2014

BiLa ReTiS rEpLy TuWiT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Pada suatu hari, hamba terlihat video ni dekat 'recommended' section yutiub hamba. Lalu hamba mem'play' video ini sebab eager sangat nak tahu lagu apakah dia.










Lalu hamba terberkenan. Sebab best kot yelah kalau tak best takkan hamba tersenyum soghang-soghang sehingga ditegur oleh rakan hamba. Ketika itu hamba di library. Maka bila duduk di library sambil mem'watching' yutiub semestinyalah assignment hamba yang sebakul itu tergendala di pertengahan jalan.




Lepas tu terus hamba rasa nak follow dekat tuwiter. Lepas tu tak sangka abang rapper follow hamba kembali. Lepas tu saja mengada nak tuwit abang rapper and tak sangka lagi sekali abang rapper reply tuwit hamba. Siap feveret lagi. Sekian, tu je nak cakap. Eh eh eh, orang lain pun twit retis jugak tapi tak perlulah sampai eksaited begini kan...






Tapi nak eksaited jugak. Tak kira!
Line clear pulak tu.
Oh, ok.





p/s: harap-harap Encik Domoi tak baca entry ni...heee

Monday, April 28, 2014

sOmEtHiNg AbOuT bEiNg iN ReLaTiOnShiP


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Sebelum sebakul spekulasi sampai ke pendengaran, aku bagitahu awal-awal entry yang bakal aku tulis ni ialah atas permintaan Peahlofa. Sebab baru-baru ni beliau mengalami satu pengambaran drama epik yang memang tak dapat kat mana-mana atau siapa-siapa. And of course, this is all about relationship. Sebab yelah, umur-umur macam ni, krisis misis fefeeling camni standard lah kan. Lepas tu pulak masing-masing spesis cepat je nak meroyan, hah, memang kenalah update gamaknya.





Hari tu dalam facebook aku dah point out dua benda yang aku rasa paling penting dalam relationship. Communication and trust. Status kemain panjang lebaq dah macam e-book gamaknya. Kisah pulak aku kan. Tapi kali ni, Peah request untuk highlightkan satu benda lagi which is commitment. So, basically commit, communicate and trust, cuba cari dalam search engine, confirm akan jumpa tiga point ni. Or one of it at least. Confirm. Dan antara sebab kenapa sesuatu hubungan tak berjalan dengan cantik pun, sure disebabkan salah satu daripada tiga benda ni missing. Or maybe ketiga-tiganya (kalaulah aku gigih search assignment macam ni).





Ok, let me be honest. Aku memang tak berapa nak faham apa yang terjadi between Peah and her boyfriend but base on my general view, I believe that they have these three elements in their relationship. Kalau tak, takkan lepas dah berdrama pun relationship still go on kan. They commit to each other, they keep communicate (gaduh pun communicate jugak ok) and they trust each other. Serius, aku sangat kagum sebab ok, actually aku rasa masing-masing tak bersalah pun. Krisisnya is just ada 3rd party yang sengaja nak usik-usik relationship diorang ni. Saje nak bergurau la tu. Kasaq gurauan tuan hamba. Hamba yang tak ada kena mengena ni pun rasa macam nak bagi makan kaki kat tuan hamba hokey. Lepas ni jangan buat macam tu lagi tuan hamba, biadab namanya. Mak marah nanti.





So alhamdulillah. Relationship mereka sudah kembali lancar. Biasalah tu asam garam rumah tangga. And nampakkan contoh dah terang-terang depan mata. Betapa pentingnya untuk percaya pada pasangan, commit and communicate dengan mereka. Tu baru satu. Nak contoh lagi, ok I'll give another one. Remember Mr. Feelingless? After 17 days meroyan, ingatkan nak give up. Rupanya tidak. Aku takkan cerita panjang pasal dia. Cuma nak bagitahu kenapa the relationship can not work is because we can't communicate well. I mean, he was so busy with works and some other problems eh eh tak boleh la nak terima alasan sibuk sampai tak boleh nak contact orang. Sangat tak boleh terima.





And trust issue as well. Simply say, I can trust him but still I feel insecure. Sebab tak tahulah. Lack of communication kot. See, dia patah balik issue communication tadi. Yelah, kalau tak communicate macam mana nak update dengan life masing-masing? Macam mana nak feel secure kalau dah start paranoid? Mulalah nak fikir yang bukan-bukan. Mulalah nak meroyan. Dahlah. Penat nak ulang. Communication tu penting ok communication tu P.E.N.T.I.N.G. Tak kira la bergaduh ke, berkasih-sayang ke, bergurau ke anything yang penting kena ada communication.





Lepas tu the problem with commitment. Yang cerita aku tadi actually bukanlah aku nak paksa dia settle-down pun. Tapi kalau belum apa-apa lagi dia dah mengaku memang tak nak commit into relationship, so fahamlah. Alasan yang ni lagi best. Kita-tak-tahu-apa-akan-jadi-in-future-so-why-should-we-commit? Oh, maksud you, kalau apa-apa jadi in this relationship you nak cakap something like benda-dah-nak-jadi or maybe we-should-just-let-it-go macam tu? Sebab kita tak ada commitment so you rasa both side tak perlu make effort untuk protect the relationship laaa? And so kalau you tak commit then once you jumpa orang lain senang la you nak cakap, we're-not-even-in-relationship macam tu ke? Haaa, nampak tak siapa tengah meroyan sekarang?





Emosi sangat mengenangkan perangai orang yang tak peka dengan perasaan orang lain. Tak nak commit? Ingat ni casual-dating? (For those yang tak tahu casual dating tu apa sila tanya Encik Gugel ok). But basically it's something to do with no-commitment-relationship. Yang bagi aku hanya orang-orang penakut je dating-macam-ni. And bagi aku jugak casual-dating ni samalah macam mempermainkan perasaan orang. Bunyi macam best kan sebab ada word 'dating' tu but the fact is you're still looking for another options sampailah kau jumpa someone yang lebih baik. Oh, kalau macam tu tak payah bercinta, tak payah commit, tak payah kahwin laaa. Boleh tukar pasangan hari-hari.





Ok, aku rasa aku patut stop kat sini. Nanti orang mulalah nak argue 'kita-nak-cari-pasangan-hidup-yang-terbaik' laaa 'kahwin-bukan-untuk-sehari-dua' laaa I mean, mesti ada yang nak agree dengan casual dating tu kan. Tapi I tak kisahlah. That's your point of view. I was telling mine. So, terpulanglah. Call me old school, call me kolot or whatever, but as for me, relationship and feeling is not something for us to play with. Do believe in karma, qada' dan qadar. Allah is always the Greatest.





Tibe-tibe rasa nak tengok The Notebook.
Sekian, eh apasal muka serius sangat? Rilek beb. Waaa memang macam ni.





p/s: sorry Iema, aku tak edit assignment Prof Chan lagi. promise lepas ni aku buat...heee

Thursday, April 24, 2014

bUnGa-bUnGa ReUniTe

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Tajuk macam dah berpisah bertahun-tahun padahal baru dua minggu je mid semester break urgh mengada sangat perangai. Tapi ok la. Walaupun tak ada mood sangat nak mendengar potpet lecturer dalam kelas tapi at least ada mood nak bergosip and nak jumpa kawan-kawan haaa nampak tak nawaitu dia pergi kelas nak buat apa sebenarnya???






And this gambar basically last night masa kelas Prof Chan which is kelas yang memang tak pernah balik awal dan jugak kelas yang memang tak pernah mengundang minat dalam hati dan sanubari melainkan sebab ada junior yang macam omel-omel dalam tu and jugak sebab ada tiga ekor super-excited-and-super-gila-punya-kepala-hotak di atas ini. Strategic planning tu amenda weh??? SWOT Analysis??? Apakah???






And malam sebelumnya ada pulak sesi membentangkan proposal untuk vacation. Masa ni tengah call Anis sebab beliau masih di kampung tak jumpa jalan pulang ke Shah Alam and memang spesis tak ada iman dan tak ada kesabaran memang tak menyempat nak tunggu Anis balik so dia nak call time tu jugak kalau boleh nak confirmation time tu jugak sampai rasa nak menghasut jadi bini derhaka eh eh taklah sampai ke situ gamaknya.






And dah setel vacation proposal, barulah discuss betul-betul punya assignment. Nampak tak beza antara orang yang betul-betul into assignment dengan orang yang buat-buat busy discuss pasal assignment sebab gambar ni flawless sangat memang obvious dan jelas dan nyata mereka ni dok diam keras buat gaya macam tu je yelah kang bergerak-gerak gambar tak cantek pulak kan. Nampak tak perangai?






Ok, sekian tak ada apa nak cerita lagi. Kang asyik nak bagi ceramah motivasi, asyik membebel pasal relationship, asyik nak meroyan kang meluat pulak orang baca. Habis tu dah umur-umur macam ni apa benda lagi issue yang melanda? Kang aku tulis komen issu berkaitan soalan bertulis di parlimen haaaaa amacam? Rare kan cerita politik dekat sini?





Tak payah. Kang bukan jadi when-my-hand's-talking, tapi tukar jadi talk-to-my-hand. Ok sekian. Aku lapar gila sebab tu tak boleh tulis panjang-panjang. I WANT MAKAAAN...!!!

Sunday, April 20, 2014

BeCaUse ThEy'Re aRiaNna aNd aQiL



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Look, I memang suka buat benda-benda random macam ni especially kalau tengah stuck and meluat and boring and serabut and sleepy kesan mengadap assignment so konon-konon nak escape la kejap tapi the actual reason I update entry ni tak ada kena mengena langsung pun dengan reasons di atas tadi sebab I tengah rindu yahamat like yahamat amat amat amat (boleh bayangkan tak yahamat tu macam mana) yahamat tu maksud dia sampaikan I boleh menitik air mata sebab tersangat rindu. Ok boleh bayangkan dah?





Maka terima kasihlah dekat Encik Domoi (bukan-nama-sebenaq) sebab dok mention nama Arianna semalam. Kan dah tiba-tiba rindu kan dah tiba-tiba nak tulis belog kan dah tak jadi nak buat assignment lepas tu Encik Domoi pun jawab aicheeeeh-dia-punya-statement takpun dia akan cakap macam ni lu-sembang-kasi-wa-bimbang hah memang pun nak bagi you bimbang walaupun bukan salah you mention nama Arianna tu I know I know, tapi dah teringat nak buat macam mana?




So, basically semalam Encik Domoi and me were on the PUBLIC phone sembang-sembang-sembang sekali keluar nama Arianna and Aqil. Tak payah cerita detail la latar belakang Arianna and Aqil kang duapuluhtujuhhari pun tak habes nak baca. But I give you simple gateway which is kalau nak detail boleh kelik entry I dulu-dulu dekat bawah ni even though tak semua entry tu ada kena mengena pun. (it's ok, no need to subscribe or comment or whatever) - nak bagitahu je.








So basically, that's all I had. Entry kenangan when I was a "Teacher Ain". Just the point is I tiba-tiba teringat si Arianna and Aqil ni sebab dulu masa I kerja dekat kindergarten, those are my dearest one (plus Amirun) and boleh dikatakan my bias jugak tak tahu kenapa. Really. Sampaikan anak-anak yang lain pun pernah mention, Arianna-kan-anak-Teacher-Ain. Nampak tak nampak tak how bonding we were sampaikan kids yang lain claim macam tu? 





She was the most adorable one for me sebab mulut dia suka pot-pet-pot-pet macam mak nenek and perangai memang macam mak-mak sangat but at the same time dia sangat bijak and baik dengan kawan-kawan dia (suka bajet macam kakak padahal rakan sebaya je pun). And all I can say is she's the brightest one among her friends sebab instead of main toys ke apa, dia prefer tolong teacher dekat dapur, tolong teacher sapu sampah, tolong teacher take care kawan-kawan dia yang lain like seriously? At the age of five? Matured sangat perangai tau. And sejak itulah berkenan dengan nama Arianna sampaikan nanti kalau ada anak perempuan I want that name for my own girl. Bapak dia nama apa I don't know laaah.





And as for Aqil pulak actually memang nama tu dah simpan lama sangat and memang dah berkenan dari dulu I don't know dah berapa tahun serious tak ingat and nak jadikan cerita when I was a "Teacher Ain" pun ada anak murid nama Aqil, maka teruslah bernekad nak simpan nama tu sebab Aqil ni one of the brightest boy dekat school jugak. Umur lima tahun dah pandai baca jawi dengan pantas. Baca story book tak payah cakaplah. Bm ke English ke, pejam mata pun boleh. Mengaji pun hebat yuno. Hebat sebab that was exceeding his age target dekat kindergarten masa tu. He's so quiet but cool enough. Bayangkanlah masa kawan-kawan dia yang lain tengah take a nap, dia datang dekat I and mintak I temankan dia baca buku. My god Aqil. Really, I wish he was my real son.





 both that I missed so musssshhh. 
(tak-tau-kenapa-eja-much-macam-ni)





Bagus kan perangai assignment nak submit monday boleh update belog lagi.
Well done, Ocha.





p/s: dalam hati nak salahkan Encik Domoi jugak sebab mention nama Arianna tu and buatkan I teringat and buatkan I rindu and buatkan I tulis belog ni and buatkan I ignore assignment lepas tu I know Encik Domoi akan cakap dengan deep voice - (dia-dah-buat-dah-perangai) - ok bye!



Friday, April 18, 2014

dEnGaR CaKaP aKu Ni ~ cLiChE BuT iT's TrUe


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Memang aku punya perangai selalu macam ni. Konon-konon nak tulis belog sikit je, like sikiiiiiiit je lepas tu promise, aku nak buat assignment lepas ni. Tapi end up tulis belog saja nak dekat dua jam lepas tu penat lepas tu promise nak buat assignment FIRST THING in the morning hai tak fahamlah macam mana manusia perangai macam aku ni boleh wujud atas muka bumi.





Tapi tapi tapi, kalau nak biarkan segala benda ni sarat bermain dalam fikiran pun tak boleh jugak. So aku kena luahkan jugak. Because it's about something yang sangat close dengan life and aku asyik fikir pasal benda ni je lately. And starting dia sebab hausmet aku semalam dok mengadu pasal ex dia. Kawan tu datang cari. I know, datang cari tu tak bermakna datang nak rujuk balik, tapi biasanya macam tulah. b.i.a.s.a.n.y.a ok tak s.e.m.e.s.t.i.n.y.a





Well, it might sounds cliche, but time really heals everything. Nasihat ni aku tujukan khas untuk kau hausmet sebab tengok keadaan kau semalan pun aku tahu, the feeling is still there. It's just kau sengaja keraskan hati, hold your ego, tak nak admit yang kau masih sayangkan dia. Berapa bulan je pun. Tak mungkin secepat itu hati kau sembuh. And I know that feeling very well. Tiga bulan lebih. Itu masa yang paling cepat bagi aku. And itupun sebab masing-masing diam and tak initiate any conversation. Meaning that masing-masing dah terima kenyataan and have decided to move on. But in your case, jangan nak menipu konon cakap kau dah lupakan dia, kau dah boleh terima hakikatlah apalah, nak makan tangan aku kau go on. Tak sampai tiga bulan pun korang break up and in the meantime ada masanya korang tegur each other, seriously, buktikan yang kau betul-betul dah move on. Aku tak percaya.





And we learn from mistakes. Cliche nombor dua. Memang kita selalu dengar sampai dah naik muak dah. But it's true. Kalau tak pernah gagal, kita takkan berjaya. Kalau tak pernah jatuh, kita tak tahu macam mana nak bangun. Kalau tak pernah break up, kita tak tahu which one pasangan yang tepat untuk kita. Kemain aku bagi nasihat macam banyak pengalaman padahal sorang pun tak pernah ada. Ok, yang tu kita tolak tepilah. Aku cakap ni general ok g.e.n.e.r.a.l hospital. Ayat cliche kan tadi. So, back to your case hausmet, learn from mistakes, learn from your past. Take care of your relationship again. Don't waste it because it comes the third cliche...





Things happen for a reason. Selalu dengar jugak kan? And selalunya memang betulkan? Samalah macam ayat 'setiap-yang-berlaku-ada-hikmahnya'. Kenapa Allah datangkan dia dalam hidup kita?- mesti ada sebab. Kenapa korang break-up? - mesti ada sebab. Kenapa ex kau datang cari kau balik? - mesti sebab dia gila talak. Heee, tak tak. Mesti ada reason. Cari sampai jumpa, InsyaAllah, jumpalah. Ayat apa ntah ni. Ok,  the point is, adalah tu nanti. Mana tahu second chance ni buatkan cinta korang bertambah kuat ke, mana tahu second opportunity ni buatkan korang lagi value each other ke. Seram ah tulis ayat macam ni. Ok dah.





So at the moment, jangan serabutkan sangat kepala hotak kau dengan anasir-anasir luar especially anasir yang nagatif. Enjoy your life. Kalau rasa nak ketawa, ketawalah. Kalau rasa nak nangis, nangislah. Kalau rasa nak marah ke meroyan ke, kau punya pasallah. Asalkan tak mengganggu rumah tangga orang lain sudah. Tapi kalau aku, sure aku akan pilih untuk ketawa. Cliche lagi, laugh is the best medicine. Tapi tak ada siapa boleh deny. Ketawa itu bahagia. Ketawa itu gembira. Buat-buat ketawa pun boleh happy jugak ok. Dan alhamdulillah, Allah kurniakan aku keluarga dan kawan-kawan yang selalu buatkan aku bahagia. Yang selalu buatkan aku tak cukup nafas nak tergelak. And obviously, that's the best gift ever dalam hidup aku. Sekarang ni #prayforhusband pulak. (iklan)





Ok last last. Lepas ni promise aku baca buku. Ayat cliche yang terakhir which is kalau jodoh tak ke mana. Eh, tibetibe masuk cerita jodoh. Hausmet, I still wanted to relate this phrase to you. Kalau korang memang meant to each other, biaq pi lah sorang mood ke laut, sorang mood ke sungai, upside down macam mana pun relationship korang, at the end aku yakin akan bersatu jugak. Samalah dengan orang bercinta bertahun-tahun, kalau Allah kata dia bukan jodoh kau, maknanya dia bukan jodoh kaulah gileee.





So, moral of the story, benda-benda cliche ni memang cliche sangat kita dengar. Tapi benda-benda cliche inilah yang eventually akan berlaku. Sebab benda-benda cliche ini memang betul. Dan benda-benda cliche ini biasanya takkan terjadi sekelip mata. It takes time, it takes patient. Agree or not, you better agree. Untuk hausmet, aku dokan kau bahagia. Make up well. Aku dah mula berangan nak makan nasi minyak u ols. Ok bye!






p/s 1- gambar ini tak ada kena mengena dengan entry
p/s 2 - gambar ini gambar 2 tahun yang lepas
p/s 3 - tak ada p/s 3





(sambil-jeling-buku-kat-sebelah)



Tuesday, April 15, 2014

YoU LoSt mE - (muka-happy-yeay)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Macam mana nak express kan perasaan ni hah? Aku tak tahu nak rasa marah ke gembira ke tapi sejak aku end the 'relationship', I mean dengan Encik Yang Tak Ada Perasaan tu, aku seriously rasa tenang dan langsung tak kisah untuk be in relationship lagi. Ok, bukanlah tak ada langsung. Maksud aku it's good to feel like I'm strong enough to reject him walaupun semenjak dua menjak ni dia macam meroyan call and text aku tak henti-henti. Pedia?





It's exactly like a dream which I had few weeks ago. Masa dia mula-mula ignore aku dulu and masa tahap paranoid aku masih tinggi ketika itu. Aku mimpi pasal dia dua kali. And dua-dua mimpi ni memang betul jadi kenyataan. Aku berani cerita sebab yelah, dah jadi kenyataan. So, cerita jelah. Mimpi aku yang pertama, dia hantar mixed signals dekat aku referring to our relationship. Aku terus faham sign tu sebab dalam mimpi tu dia memang bersungguh-sungguh ignore aku and tak lama lepas tu aku baca status dia dekat fb 'I-dont-want-to-be-alone-I-want-to-be-left-alone.' Something like that aku pun tak ingat sangat ayat sebenar dia macam mana. Then, masa tu aku buat keputusan, ok-faham.





Then, sampailah aku dapat mimpi yang kedua. Like dua tiga hari lepas tu kot. Which is dia meroyan nak balik dekat aku. Masa tu pulak Alhamdulillah, hati aku ni macam dah tak ada perasaan. So, I thought it was just 'mimpi' la kan. Sekali tak sangka, dua tiga hari kebelakangan ni dia cari aku balik dah macam orang gila talak pun ada aku tengok. Call pakai handphone dia, pakai no office, pakai no rumah, dia tanya kenapa aku block dia dekat whatsap, fb, skype semua and siap request untuk unblock and also request nak jumpa lagi what-the ??? Seriously, dia ni tak ada perasaan ke? Ok, actually aku taklah terkejut sebab dia meroyan tu. Tapi sebab mimpi aku memang betul-betul jadi kenyataan. Macam something tau. Nampak tak, Allah nak tunjukkan dekat aku.





So ceritanya sekarang, aku memang totally turn-off dengan dia. I offer him no second chance. Samalah macam apa yang aku buat dekat crush aku dulu. Yang tu pun actually dan dua tiga kali peluang aku bagi tapi tak apalah. We learn from mistakes. Like seriously, aku bukan kejam sampai nak simpan dendam dekat orang. In fact, aku tak reti pun nak berdendam-dendam ni. Aku cuma terkilan and kecewa sikit, after all I did for our 'relationship', dia ignore aku macam tu je. Siapa tak sedih? Orang tak appreciate kita. Lepas tu tak nak make effort untuk make up. Excuse me, batu, kayu, tunggul pun makhluk Tuhan jugak. Ada perasaan walaupun dia diam tak melawan. Mungkin aku tak argue banyak sebab aku tahu it's pointless. Aku bukan tak pernah cuba untuk approach dia. Dah orang tak sudi. What other options that I have?





Tapi, eh janganlah emo sangat. Aku ok je. Kesian dekat Encik Tak Ada Perasaan tulah sebab terlepas precious item yang pernah ada depan mata dia. Obviously, he's not the one who deserve me. Yang ruginya dia. Bukan aku. And tak tahulah kenapa, tapi aku selalu fikir, kalaulah aku boleh duplicate diri aku sendiri, dah lama aku buat. Make it male version and kahwin dengan dia. Kalau nak describe aku ni macam barang dekat kedai, honestly, aku bukan branded punya item. I'm not limited. I'm just a RARE item which is stand on my own and definitely tak mampu di 'copy' oleh sesiapa (apasal-ntah-tiba-tiba-cakap-macam-ni). Ok, fine. I'm just nobody. Ok. Nobadi nobadi batchu.






amaran: lagu ni tak ada kena mengena dengan entry
ada kena mengena dengan tajuk entry je.
no spekulasi. please.




Well, I should thank someone for that. Yang secara tak sedar sebenarnya give me strength to move on. Someone that I wish I met him earlier before that jerk. Tapi Allah itu Maha Tahu. He must have reasons for things that happened before. And I'm really thankful for that. Really. Aku bersyukur sangat dia datang. The one that I'm currently knowing. Doakan saja yang baik-baik untuk aku. Who knows if he's the one? Ok la. Nanti aku cerita lagi. And thank you for reading this. Awesome readers la awak. Heee.










p/s: sangat tak ada kerja tulis benda ni tengah-tengah malam.



Wednesday, April 2, 2014

Ber - DiNnEr - La - KiTa


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Memang kalau spesis suka update entry lambat-lambat tu namanya akulah. Tapi biasalah. Tuntukan kerja dan kerjaya membuatkan aku cuba mencuri-curi masa menghapdet setakat mana yang boleh (muntah). Nak buat essay sampai bermuka-muka surat tak bolehlah. Jadi, nak ringkaskan cerita, hari tu ada dinner rakan sekelas di Flamming Steambot Shah Alam. Dinner sendirian berhad je. Sebagai memperingati musim terakhir untuk sebahagian daripada kami semester ini (muka-nak-nanges-sebab-aku-bukan-sebahagian-itu). Tapi tak apa. Pointnya nak bagitahu dinner ini dibuat sebagai gathering dan juga kenang-kenangan mana tahu lepas ni dah tak jumpa lagi kan.






So basically, nampak macam ramai kan. Tapi actually lima belas orang je kelasmet aku. And sembilan orang je yang dalam gambar ni yang betul-betul klasmet ai. Tak termasuk abang kapten (baju merah paling kiri) tu sebab dulu masa part one je dia ada lepas tu dah tak sambung lagi dah. Wife dia (yang sebelah tu) je yang teruskan perjuangan chewah. Yang lain yang tak datang dinner, biasalah masalah rumah tangga macam-macam alasan tak larat nak list kat sini. Untung gamaknya jadi orang bujang ni. Sakan keluar masuk rumah.






Suka gambar ni sebab tengok pose Irpan. Terbaik tau oren kat mulut sambil buat peace.
Tu lah anak si Anis. I think ni gambar Irpan yang pertama dalam belog ni kot.
Anis mesti bangga.Tu dah buat muka riak dia dah.
Tau la anak u tu hot.






Tak cukup setakat makan, celebrate cik belated besday girl yang tak tahu kali ke berapa entah. Aku ni jadi tukang support idea orang je. Tak buat apa pon. Dah la tak bagi hadiah. (buat-muka-mintak-simpati) Happy Belated Birthday Cik Iema yang selalu bagi pinjam kamera henpong megasale yang gojes.






They claimed each other BFFE - Best Friend Forever Everrrrrrr. (huruf 'R' tu bagi tebal sikit)






And I call her BCE - Best Classmate Ever. Masa degree dulu tak dapat okeh. (feeling loser)






Encik Kamal pun which I take him as a teman gila seperjuangan jugak. 
Yang depan I tu tak payah kenalkan lagilah.






Tibetibe rasa nak transform belog ni jadi ala-ala beautiful nara kejap.
So this is the pasangan kontroversi. And mesejnya di sini, jangan kacau besday girl ok.
She's taken.
T.A.K.E.N






Jadi secara automatiknya, I sorang jela yang available. Yang paling kanan tu kalau nak declare single jugak memang aku bagi dia makan apa sahaja objek berhampiran yang sempat aku capai. Peah and Iema basically taken. Tapi selagi tak sah, boleh je kalau nak mencuba. And as for me, (cricket moment begin)





Well, belum pun sampai penghujung sem, tapi aku dah fefeeling sedih nak berpisah dengan korang tau. Tak tahulah macam mana kita boleh bonding dengan begitu cepat dan kuat dan rapat. Rasa macam sister sangat sebab dengan korang je aku boleh jadi AKU. Promise jangan leave group 'bunga-bunga' dekat whatsap ok! I want to keep update with you guys no matter where you guys are. Nanges. Tak boleh sambung tulis lagi sebab taching terlampau. (padahal actually tak tahu nak tulis apa lagi - hantukkepalakatdinding) Ok. Bye!





Sunday, March 30, 2014

i DoN't CaRe ~ MaY YoU ReSt iN PeaCe



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Sampai satu masa, aku dah give up nak kenal dengan orang. Initiate something is really not me. Nak kena introduce dari mula bagitahu itu ini benda yang entah tak tahu nak cakap berapa kali dah immune sampaikan secara tak langsung aku pandai-pandai je assume orang yang aku baru kenal tu boleh tau je semua pasal aku. Patutnya aku kena buat handbook pasal aku so that bila ada orang nak kenal, suruh dia download handbook tu and tak payah nak tanya aku macam-macam. Kan? Lepas tu relationship tu tidak akan bermakna apa-apa. Baguslah.





Ok, dah nak masuk bulan empat, aku rasa perjalanan aku sepanjang 2014 ni penuh dengan misi mencari menantu mak ayah dengan amat dan sangatlah gigih. Aku kenal orang ni, kenal orang tu, flirt sana sini, usya orang masa tengah jogging, masa tengah window shopping, masa tengah berenti dekat lampu merah pun aku nak usya orang, orang send friend request aku pun approve je walaupun tak kenal. Boleh katakan memang aku sangat gigih tahun ni. Sebab angka 24 tu macam something tau. Walaupun bagi aku muda lagi, tapi mak aku tak fikir macam tu. This is the age when she had me. Tengok la dia komen profile picture aku bawah ni macam mana?







Nampak tak nampak tak nampak tak permainan ayat beliau bagaimana. My God, only if I can see who will I end up with in future, memang aku dah suruh orang tu masuk meminang like sekarang jugak or at least aku akan bagitau mummy dengan konfiden, mak-nilah-dia-menantu-mak-nanti-tapi-tak-boleh-nak-kahwin-sekarang-sebab-along-tak-habis-belajar-lagi-and-tak-keje-lagi-bakdatang-tak-ada-masa-depan-yang-stabil-lagi-so-mak-kena-bersabar-jangan-meroyan-sangat-nak-sambut-menantu-kang-kena-kang. Hah, berani pula aku lontarkan dialog begitu.







But the thing yang aku nak tulis dekat sini bukanlah itu sebenarnya. Ingat tak few months ago aku punya entry pasal paranoid la, pasal feelingless la, pasal something to put on my diary pages ke something entah aku pun tak ingat tajuk entry sendiri, well kalau ada yang ingatlah, all those entries was referring to someone yang aku ingat betul-betul la macam were in relationship dengan aku. Tapi sebenarnya memperbodohkan aku eh jap jap betulkan statement, aku tak bodoh, aku dah nampak dah jalan cerita 'relationship' tu akan pergi ke mana, tapi sajalah nak main-main nak test daya ketahanan emosi dan segala dan yes, I know I was right. Kagum dengan naluri sendiri.





So basically, that Mr. Feelingless yang aku pernah mention before, memang betul-betul FEELINGLESS. Aku tak pasti sama ada dia tu manusia ke, menatang ke, hantu ke, jebon ke, bomoh ke whatever aku tak peduli tapi memang kalau korang jumpa dengan makhluk macam ni, korang silalah cepat-cepat angkat kaki. Sakit hati melayan. Buang masa buang karen. Buang duit??? Err, depends sejauh mana kesanggupan korang memiskinkan diri sendiri laaa. In my case, kalau bukan dia yang lebih, probably sama rata kot. Entahlah. Malas nak fikir. Relationship tak sempat nak start dah consider tamat.





Anyway, tau tak macam mana this JERK punya perangai and kronologi dia flirt dengan aku? Well, everything was sweet and beautiful at the beginning. Biasalah tu. Semua relationship pun aku rasa macam tu. Memang the best skill yang dia ada is MENGAYAT. Sebulan pertama, memang rasa macam fairy tale. Sungguh terbaik. Bahagia siang malam. Senyum tak pernah miss di wajah. Ok, yang ni memang aku rasa bodoh sangat. Tapi tak payah tunggu sebulan, actually hari pertama kitorang jumpa lagi dia dah buat perangai. Tapi biasalah, jenis hati lembut. Semua pun tak apa, semua pun nak biarkan, semua pun nak bagi peluang.





Sebab that was happened too fast. Aku pernah cakap kan lepas lima hari chat kitorang jumpa. Lepas jumpa tu masih suwit lagi, sampailah jumpa kali kedua. Masa tu dah tak ada segan silu sangat, terus keluar setan dia tapi memang spesis bangang dan bodoh jugak aku ni (finally aku mengaku bodoh) masih lagi nak bagi peluang. Eleh, nak mengisi masa lapang katanya. Ada ke boleh main-main dengan perasaan orang? Bongok. Masing-masing bongok. Sumpah bongok.





When I was finally realized the reality, masa tulah dia pandai cover line balik. Memang sungguh aku bagitau dia punya game sangat hebat. Kena pulak dekat aku ni yang memang tak pernah betul-betul in relationship. Jadi conclusion nya di sini, percaya pada naluri sendiri. Walaupun orang cakap, jodoh tu biasanya bertentangan dengan sifat kita, tapi pastikan apa yang bertentangan itu sebenarnya melengkapkan kita. Bukannya bertentangan yang memang tak boleh masuk langsung tau faham tak faham tak faham tak? Contoh eh, dia tak tahu masak (normal la tuh) and kita bagitahu nama-nama peralatan kat dapur tu yang mungkin dia tak tahu like for example grater or mixer or apa-apalah. And kita pulak tak tahu pasal kereta and dia ajar kita macam mana nak chek minyak hitam, macam mana nak pam tayar. Jadi masing-masing tugasnya ialah complement each other. 





Yang tak complement each other tu bila this JERK which I mention this whole time dia cuma tahu macam mana nak show off dengan Mercedes yang MAK dia baru beli and bangga sangat dengan 220kmph bila dia drive atas highway and tak pernah sekali pun dia kisah nak tanya pasal aku atau menunjukkan minat dekat apa yang aku minat. It's all about him and everything is him him and him. Jadi, pilihlah orang yang melengkapkan diri kita. Bukan yang melingkupkan dan hanya tahu pentingkan diri sendiri. 





Sekian, sebaik sahaja entry ini di publish, aku akan block lelaki durjana ini daripada menjadi kawan aku di facebook. Dia tak perlu tahu apa yang aku kutuk dia di sini. Dan kalau dia tahu pun, aku sure dia takkan faham. Betapa kasihannya. Berlagak tuan dia tanah orang, tetapi masih tidak sedar diri. Jangan sampai aku berdoa setiap hari, may you rest in peace.





Thank you for filling my diary pages. I learn a lot from you and one thing for sure, I did't regret any of it. Two month's enough. So go fudge yourself.





the history

Followers