Monday, August 30, 2010

aKu BeNci BiLa...


Aku benci bila;

Komander kembara dah jadi macam komander kesat. “Kamu jangan tarik muka dengan saya boleh tak? Saya tegur untuk kebaikan... bla, bla, bla.” Aku tahulah memang salah aku pakai serkup hitam. Kesalahan kecik tu kau sampai nak ceramah aku and buat perangai annoying depan aku. Kau tak payah nak harap aku bermanis muka sangatlah ok. Dah, sekarang kau sila masuk dalam list ‘anti’ aku. Lantak. Ada aku kisah?


Aku benci bila;

Orang pandai bodek-bodek aku minta tolong itu dan ini tapi bila aku nak minta tolong... “Akak dah bagi kertas tu dekat A. Kalau dia tak bawak akak tak tahu...” Ayat nak bagi kat aku macam nak cakap “That’s not my problem.” Bengong la. Softcopy kau ada, kertas kau ada. Kalau memang nak tolong orang, macam-macam inisiatif ada. Tak mau tolong cakap straight kan senang.


Aku benci bila;

Weekend. Sekarang dah duduk Shah Alam dan semua dah dekat dengan rumah so boleh balik rumah tiap-tiap minggu tingalkan aku. Aku pun dekat jugak tapi taklah sampai nak balik tiap-tiap minggu sampai aku rasa weekend in Shah Alam is nothing. Boleh list week yang mana satu aku have fun? Kejap, aku semak diari.


Aku benci bila;

Time aku nak keluar and semua orang sibuk dengan urusan masing-masing, angkat tangan like ‘please don’t disturb me”, tapi bila aku sibuk nak buat kerja, assignment, time tu laa semua orang nak ajak aku keluar and buat aku serba salah jugak nak keluar.


Aku benci bila;

Orang nak dapat nama bila sesuatu benda tu hasil titik peluh aku. Yang susah, yang payah, yang jerit perih semua aku, tapi pergi canang kat semua orang dia yang buat. Tak payah jadi parasit sangat la ok.


Aku benci bila;

Orang salahkan aku atas kesalahan diri sendiri. Please, don’t blame it on me when u yourself put me aside.


Aku benci bila;

Jatuh cinta dengan orang yang kawan baik aku sendiri suka. Aku bukan benci kawan aku, tapi aku benci diri aku sendiri yang bengong sangat pergi gedik nak suka orang yang sama. Setia kat sorang sudah la ocha.


Dan aku juga benci bila;

Aku terpaksa tulis macam ni untuk luahkan perasaan aku sendiri. Aku bukan jenis yang sanggup explode hati orang depan-depan macam aku tak ada perasaan. Especially orang yang aku sayang bagai nak mati. Tapi bila orang tak boleh nampak hati aku, ini saja aku rasa cara yang paling mudah untuk bagi orang nampak.



Laser tak laser sangatlah kan.



Friday, August 27, 2010

H.A.A.J.A.R


Ok Haajar. Post ini untuk kau. Nampak. Tajuk pun nama kau. Of coz aku nak cakap pasal kau. Bukan Arjun Rampal ok. Weh, kau orang tua yang tengah baca belog ni. SELAMAT HARI JADI YANG KEDUA PULUH aku ucapkan. Aku bukan kaya nak celebrate bithday kau atas cruise atau bawak kau pergi candle light dinner bagi sejambak ros besar gedabak, atau nak kenakan kau like hidden camere or whatever. Cuma satu hari suntuk ni, aku duduk bilik buat kad yang buruk lagi huduh ni dan konon ada hati nak bagi dekat kau itu pun kalau kau sudi nak terima...




Tengok, Mau Mau pun buat sekali dengan aku tau.



Walaupun kad ni tak indah dan tak menarik, tapi percayalah, kau takkan jumpa kad ni kat mana-mana kedai lain dalam dunia ni. Walaupun tak mahal, tapi percayalah, kad ni mewakili kasih sayang aku yang orang lain pun tak boleh beli dengan sepuluh kad kredit. (Sebelas mungkin boleh) Dan walaupun cuma ucapan pendek yang aku tulis, tapi dalam hati dan kepala hotak ni dah berjilid-jilid buku, jurnal, artikel yang aku tulis pasal kau. Dalam kad tu limited space ok, sebab tu tak muat.


Jadi, jangan sedih-sedih. Tahun ni aku ada di sisi kau even bukan betul-betul "di sisi". Aku doakan semoga kau sihat-sihat selalu. Panjang umur. Murah rezeki. Jangan nakal-nakal. Aku tak suka kawan dengan budak jahat ok. Dan jangan lupa maintain wajah comel macam upin ipin feveret kau tu.

Nah, diorang pun nak wish...~

p/s: Haajar, gomen! Ucapan aku tak komersial.

Tuesday, August 24, 2010

BeNo DaH SiHaT aka MeMoRy AyAm GoReNg DeNgAn AdiK bErADiK tiRi


Beno saya sudah pulih. Jadi hari ini wajib gembira. Tak kisahlah walaupun terpaksa menanggung kos perubatan sebanyak tigaratustigapuluhtigaringgit yang penting Beno kesayangan saya kembali sihat. Sebab tu teruja nak kongsi kegembiraan ni. Baiklah, sekarang masa untuk ucapan daripada Datin Paduka Hajah Sri Akira Kenzo kepada teman-teman istimewanya...

"Wahai kawan-kawan yang cumel, Cik Hunny Bunny, Cik Honey Bee dan cik yang tak lama lagi nak tua sikit, Mrs.Jae, terima kasih saya ucapkan di atas kesudian, keprihatinan dan kebaikan hati anda semua yang sudi meminjamkan laptop kepada saya seminggu yang lepas. Terima kasih daun keladi, daun kelapa, daun kesum, daun ketumbar ambik la semua daun yang kau nak. Kalau ada apa-apa masalah teknikal atau kerosakan pada laptop anda yang berpunca di atas kecuaian jari saya yang tak berbedung ni, boleh tuntut dalam masa lima saat. Ok masa dah tamat. Tak boleh kelim lagi dah. Bye."


Beno yang sudah kembali bermaharajalela di atas meje study. Meow~

Chop, chop. Sebelum berpisah, nak buat sesi meng'kerek'kan diri dengan rakan gossip kejap. KHUSUS UNTUK RAKAN GOSIP SAHAJA OKEH! dengan ucapan,


"Weh rakan gosip, tergamak korang balik last week tinggalkan aku. Benchinya. Dah la tak ada geng, lepas tu tambah-tambah benchi bila terpaksa kerah keringat nak jawab dua test dua hari berturut-turut. Oh my. Korang ni memang sangat menguji kredebiliti aku sebagai anak cucu cicit hang tuah. Mujur aku ada adik beradik tiri untuk menumpang kasih walaupun hanya sementara. Nah. Harap korang jeles dengan paparan gambar-gambar ini."


Sebab tiba-tiba terkenang waktu berbuka puasa bersama adik beradik tiri, adik beradik tumpang dan adik beradik tipu hari tu. Yela, saya ni anak pungut. Hidup sebatang kara je.


Hidup sebatang kara tapi mewah dengan kfc dan float kfc. Oh My Gucci, lapar pulak post entry ni siang-siang hari.


Introducing, kak Fira and kak Wahida. Dok telan air liur lagi tengok limaketulayamgoreng dalam satu pinggan. Dua pinggan dah sepuluhketul, tiga pinggan pulak dah... OK, tau la semua orang A1 matematik.


Kak Yuyu pulak dengan muka sungguh bernafsu tak sabar-sabar nak terkam ayam itu semua.


Dan kak Ani dengan aksi nak cucuk-cucuk pipi kasi nampak kurus sikit walaupun dah memang kategori kurus terlampau. Cukup kak Ani, cukup, cukup!


Ok, semua orang nak tayang ayam lagi.


Dan akhirnya, muka duta KFC muncul. Itu pun sipi-sipi. Pis sajalah. Nak buat macam mana. Dah sebatang kara kaan...



Ok lah. Sekian, terima kasih. Kita kembali ke sri pentas.



p/s: teruja!

Friday, August 20, 2010

HaRi SeMbiLaN pUaSa - OLd ToWn kOpi PuTiH

Sangat tak patut. Supposedly, I have test tomorrow p.m. And suddently, kak wahidah cakap test tomorrow a.m. Demmo... Akira shock!


Weh, jangan takut-takut sangat Ocha. Dah baca kan, tinggal mau ulang saja. Jadi, kesempatan malam ini, saya merasa tak perlu taip belog panjang-panjang. Cuma mungkin aktiviti jjcm kelmarin punya kelmarin saya rasakan sudah terlalu lama untuk diperap dalam penderaif, jadi ada baiknya saya beritahu, berbuka pada hari ke-sembilan memang menyeronokkan. (ayat agak 'sekolah' sikit)


Location: Oldtown



Hos macam biasa: Gossip Girls



Dan hos jemputan: Hanna Montaniah and Lily Lydia


Dan selaku tuan belog juga, malam ini saya ishtiharkan malas untuk menulis. Besok ada test jam sembilan a.m jadi harus ulang kaji sekarang! Sebagai penutup, terimalah serangkap pantun dari saya,

pisang emas di bawa belayar,
masak sebijik di atas peti,
kenapa belayar bawak pisang?
lantaklah dia!


Dan akhir sekali...

Kami daripada Oldtown White Coffee, mengucapkan Selamat Berbuka Puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat dan warga Malaysia. Selamat Hari Raya juga walaupun lambat lagi nak raya kan. Kepada mak ayah yang berada di kampung, rakan-rakan, sanak saudara, jiran tetangga, keluarga mertua, keluarga angkat, keluarga tiri......


pi es: tuan belog sudah dikuarantin. Bye!

Tuesday, August 17, 2010

2nd TiMe BeRbUkA DeNgAn G.o.O.d LOVE

Hari keenam puasa. Hello Shah Alam! I miss to hear ur azan yang lewat berapa minit dari negeri 9 tu. Tapi rindu jugak nak dengar radio Negeri FM and azan surau Maahad kat sebelah rumah. Bunda jangan sedih berbuka puasa sorang-sorang okeh. Dah tak boleh nak manja-manja lagi dah. Starting today, Ocha harus lupakan semua itu. Harus berdiri di atas kaki sendiri. Harus tabah mengharungi hidup. Harus tahan segala ujian. Harus kuat dalam dan luar. Tak boleh bocor-bocor mata lagi. Harus, harus, harus!!!


Disebabkan musuh sudah menanti weekend ini, maka harus sediakan sebatilion tentera army lengkap dengan m16, meriam, bom, peluru berpandu atau bila kau kalah masa tu jangan buat muka menyesal-aku-tak-study-awal-awal. Kau boleh blah kalau nak regret itu di kemudian hari. Itu iklan, pesanan penaja untuk ocha supaya dia rajin baca buku! Terima kasih.



Ya, aku tahu aku sudah merepek dengan sangat jauh. Main point cume nak ucap terima kasih kepada si buah hati G.O.O.D LOVE kesayangan yang macam sangat memahami dan bijak bestari mengambil langkah untuk hang out pada hari pertama kembali ke sekolah. Superb. Jalan-jalan cari makan edisi bulan Ramadhan di Secret Recipi berjaya membuatkan emosi seratus peratus menjadi stabil. Bukak nota, bukak buku, Alhamdulillah semua masuk dalam kepala otak yang batu ini tanpa sebarang kesesakan lalu lintas. Betapa hebatnya kuasa psikologi. Sekali lagi, terima kasih kekasih hati.




Mana lagi mau cari doktor psiko sehebat ini. Walaupun doktor jugak gila macam pesakit tapi sekelip mata saja dah boleh rasa bahagia. Mana lagi mau cari service macam ni? Cakaplah!


Dua orang gila yang sangat membahagiakan hidup!

p/s: malas la nak pi es!

Monday, August 16, 2010

LaUk TaK gRaNd

Ketinggalan zaman. Sangat ketinggalan zaman post nih. Tak kiralah zaman paleolitik ke, mesolitik ke, sebab aku geram ni ada someone degraded me. Terkecik hati, terguris sanubari, suke suki je cakap kat aku macam ni ‘ala, lauk orang bujang je. Awak kan suke makan grand-grand.’ Amboi, berbasa basi sikit tanye hari ni masak apa terus direct reply text aku macam tu. Ooo, aku makan lauk grand-grand ye. Nih-nih meh sini tunjukkan part mana yang grand tu?


Nasi putih dalam rice cooker haram, grand?


Ayam goreng dengan masak lemak pucuk ubi, grand?

Ikan keli goreng lada dengan telur mata kerbau, grand?


Kepala ikan keli yang macam kepala belut ni, grand?


Haa haa, grand sangat ke tu? Yelah, semua benda yang saya bernafsu nak makan, sume awak cakap grand kan. Awak tu tak payah la ingat lidah saya ni lidah orang kaya sangat tekak mat saleh segala. Ulam sambal belacan tu masih selera lagi saye nak telan. Lauk-lauk kampung tradisyenel nenek, wan dengan bunda punye air tangan tu masih lagi original cap melayu bukan murtad jadi mak saleh celup kot-kot la awak ingat saya panggil diorang grandma ke granny ke mummy ke kaaan. Choy choy choooy...!!!



Eh, tercicir. Kuih gulung, puding jagung, lepat ubi, talam ubi ni semua, grand ke? (Tibe-tibe nak emosyenel balik)


Dah la. Dah la tu. Lauk tak grand untuk hari pertaman berbuka di shah alam saya dah tunjuk dah. Sebab awak tak pernah nampak lauk-lauk yang tak grand yang confirm la saye tak snap. Lepas ni jangan la cakap macam tu lagi okeh. Menusuk kalbu la awak. Dah la hormon tengah tak stabil ni. Jangan kasi tambah tsunami puting beliung I la... Nahas u nanti!


Pheewit, model ekslusif!


Ini the first and the last time merasa tempat solat terawikh yang berekon dan imam terawikh yang sungguh rapid dekat uitm ni. Lepas ni tak ada dah. Kak ani cakap semua kena pindah kat PI. Kalau nak solat jugak, Melati sajalah jawabnya! Ya, MELATI...!


Ok, bye2 pusat sukan. Gonna miss ur air-cond.


P/S: Dah, jangan memilih sangat. Makan je apa yang ada. Sembahyang je mana yang dekat.

5 DaYs AgO

Aku tak ada di UiTM ni, nak cari ketenangan kat rumahlah kononnya. Yes, I did. Semua kelas dari hari khamis aku skip. Dua hari khamis, satu hari jumaat. Total semua tiga kelas. Plus koko hari sabtu jadi empat. Sangat dasyat punye serabut. Aku pun tak tahu kenapa sebegini dasyat aku tak boleh manage emosi dan kepala batu ini. Semuanya berlaku macam 'klik' just a blink of my eyes. Itu yang menangis sakan depan kolam sebelah bangunan canseleri tu.


Lepas tu tambah lagi masa sembahyang terawikh dengan kak Ani and kak Yuyu hari tu, konfirm, malam tu aku nekad nak balik rumah jugak. Apa nak jadi, jadi la. Haih, sedihnya mengenangkan diri sendiri. Sedih, sedih.


Begitulah cerita lima hari yang lalu. Sekarang, Alhamdulillah rasanya emosi semua dah pulih. Walaupun dompet merah yang dah serabai kesayangn tu masih tak berjaya dikesan, walaupun Encik Beno sudah tenat sampai terpaksa ditahan ICU maybe dalam tiga minggu, walaupun IC gambar muka innocent dah tak menjadi hak milik lagi, walaupun tekak sakit hidung berair-air mungkin disyaki demam labi-labi, walaupun assignment sebeban sudah bersiul-siul memanggil, weh ayat tak payah nak anafora sangatlah kan...


Yaa. Terima kasih Tuhan kerana masih panjangkan umur aku. Masih izinkan aku balik Shah Alam. Masih izinkan aku tengok muka rumet kesayangan pagi-pagi subuh tadi. Muka kesayangan dekat tingkat atas je tak sempat nak tengok. Yelah, mana tahu semalam ayah memandu dalam hujan lebat Allah nak tarik nyawa aku masa tu ke, masa aku panjat pokok manggis kat rumah nenek hari tu ke, masa aku drive dekat highway kuala pilah yang banyak gaung kiri kanan itu ke, nauzubillahi min zalik. Manalah tau. Dah la banyak dosa. Tak sempat nak minta ampun maaf zahir dan batin. IC baru pun tak sempat nak ambik. Sabar jela ayat kau ni.


Now. I am trying hard to make this Ramadhan as the best as I can. Kalau ikutkan hati, memang haram nak rasa seronok sambut puasa kat Shah Alam ni. Tapi satu je. Bila fikirkan kesayangan, I know I need them more than they need me. I love them more than they love me. I miss them more than they miss me. Five days without a single miss called from them, AKU RASA PELIK. Itu belum kalau ada 'cik abang'.


Cukuplah. Dapat sisters macam tu pun aku dah rasa bahagia. Sisters yang jauh, jangan rindu-rindu ok. Aku akan datang jenguk kau nanti. Jarak memisahkan kita. Tapi bukan hati kita. Hamboih ayat. Jannah, Nurul, I MISS U macam nak mati. Jiran Depan Katil and Jiran Level Atas, hari ni dan sampai cuti raya, korang berbuka WAJIB pandang muka aku. Aku tak balik rumah lagi dah lepas ni. Tapi kalau kau orang yang nak balik, tak apalah. Aku ada kak Ani. Chaiyok...!!! (Tak faham)


p/s: Semoga kau bersabar dengan segala perubahan hormon pra-matang aku ini.

Wednesday, August 11, 2010

AhLaN Ya RaMaDhAn


Mood menulis tak ada. Sebab worst week in this semester dah menjelma. Tapi sempena Ramadhan yang mulia ni, cool sajalah. Ocha kan kuat. Sabarlah sayang. Everything will be fine. Smile :)


p/s: Semua orang! Selamat ber 'Ramadhan'. Post panjang, tunggu bila ada masa panjang. Oke!

Sunday, August 8, 2010

sErOnOk BaLiK KaMpUnG oCha?

Jangan tanye la weh. Sangat bosan. Sebab? Geng aku tak ada. Sorang pun tak balik. Angah kat hostel. Kak nini pergi konvo. Ijah ada. Tapi lambat giler balik sebab sekolah dia buat sekolah ganti, cheh. Dari shah alam nak balik rembau. Confirm la petang dah nak maghrib tu sampai. So, I have no choice, terpaksa geng dengan kanak-kanak ribena.

Ooouwh, terasa muda sekejap.



Pergi main-main dengan lembu.

.

Jolok buah rambutan.


Tapi yang jatuh, buah cempedak.
Magic kan?



Lepas tu tengok mak potong ayam.
Tengok punye tengok, sekali kena suruh basuh.
Yeay!


Lepas tu bakar lemang.




Masak rendang.


Tapi yang ni tak sempat tengok.
Tau tau je dah siap wan masuk dalam periuk.




Dah gambar last baru teringat nak pakai tudung. Jadi, semua orang jangan sedih-sedih ok kalau tak nampak gambar tuan belog beraksi ala-ala telletubbies time basuh ayam, time gait rambutan, time perah santan dan semua time la. Teruja sangat di kampung. Bila teringat nak post kat belog, mula menyesal tak ada gambar yang available chis!


Walaupun tak berapa enjoy sebab tak ada geng, tapi tetap have fun dengan kanak-kanak ribena itu semua. Cuma sekarang tak tahu la. Bila fikir besok nak balik Shah Alam, dah mula rasa bosan, malas, mengantuk, tension, semua anasir negatif kau sebut je. Semua ada dalam senarai.


Dimulakan dengan kelas Bahasa Arab lepas tu terus GANTI kelas kosmologi. Lepas tu kelas GANTI analisis lagi. Harap-harap empat jam berturut-turut itu ada iklan berbayar. Jangan la tanpa henti woih. Beku aku dalam audi itu. Kang mati tak sempat pulak nak kahwin. Dr. Norizah tak sanggup buat saya macam tu kaaan...:P


p/s: puasa nak dekat. weh, bila nak shopping barang dapur nih?

Friday, August 6, 2010

LoOkInG fOr OpPa



Aku single. Wah, tibe-tibe. Kau apahal Ocha?




Sekadar gambar hiasan. Iklan kejap.





Tak weh. Bunda call tadi. Borak-borak. Tanye khabar, usik mengusik, ewah. Tiba-tiba masuk topik favourite beliau. Tak weh, topik feveret aku. Biaselah, nak gedik dengan siapa lagi kalau bukan dengan bunda sendiri.




Aku realize, bunda ayahanda sentiasa update aku dari jauh. Apa aku buat semua diorang tahu. Termasuklah bab berpasang-pasangan ni. Hoih, alasannya aku dah dua puluh? Haruskah? Wajibkah?



Taklah, bunda ayahanda tak pernah desak or kasi aku sesak nafas konon macam aku dah tiga puluh tahun plus plus, risaulah kot-kot tak merasa dapat menantu (fyi, aku anak sulung) or maybe depa risau kot aku jadi anak dara tua tak laku ke. Even adik perempuan aku tu, dari form 1 lagi dah ada balak amboi, amboi, amboi. Timber weh, timber. Nasib baik bukan Justin Timberland. Jadi bila ayahanda bunda tengok aku agak ‘lain’ dari adik aku or sepupu-sepupu perempuan aku yang dok ber’balak2’ tu, aku suspek, diorang mesti curious ni.




Serius, aku paling risau dengan ayah. Mungkin angka 51 pada umur dia, buatkan dia rasa tua dan mungkin sudah sampai masa untuk dia dapat menantu. Ayah, kenapa ayah kahwin lambat sangat? Duuh, kadang-kadang aku terfikir dapat ke aku nak sambung master nanti? Entah-entah lepas degree, dapat kerja, terus kahwin. Kahwin dengan siapa? Haa, itu kau kena tanya gossip girls la. Kerja diorang bergosip 24 jam dengan aku. Jadi boleh la dapatkan maklumat terkini dari them allz.




And Bunda pun kadang-kadang macam tu. Walaupun bunda yang paling memahami, tapi kadang-kadang bila duduk-duduk kat rumah tu, borak-borak, santai-santai, terkeluar jugak ayat yang boleh kasi aku telan air liur bagai nak rak. Mak oih, along baru dua puluh. Jangan kasi ceq rasa tua sangat la noh. Toksah dok cakap pasai kenduri kahwin, pelamin, mak mertua semua complete. Aai mak, macam menghalau je...:P




Jadi sekarang, aku rasa aku sudah boleh buka pintu. Pintu apa? Pintu suka hati. Abah hang. Weh, pintu hati la. Maybe dulu kalau orang datang aku buat tak tau, buat-buat tak faham, siap halau dengan penuh sopan-santun lagi. Tapi sekarang, aku sedar, angka dua di depan ni membawa makna yang sangat besar bagi aku. Aku tak boleh la duduk goyang kaki sahaja tunggu jodoh datang. Kalau tak cari mana nak jumpa. Walaupun mungkin belum benar-benar terbuka, tapi aku rasa aku sudah bersedia.



BOYFRIEND means commitment. Aku tak nak bercinta untuk suka-suka, untuk buang masa, untuk test market, weh, banyak kerja lain yang lebih ber’pahala’ dari itu.



Jadi kalau ada yang terjentik rasa di hati tu, insya-Allah timbang-timbang la atas beam balance. Lagi-lagi kalau ada ciri macam oppa kat bawah ni. Tak payah fikir lagi, I'm yours. Ok. Chiou...~




Oppa, sarang hae





p/s: Oh my, how he knew that i really love ice cream?

Thursday, August 5, 2010

MoOd SuDdEnTLy BeRuBaH. BaLiK RuMaH yEaY...!!!

Tiga minggu tanpa rumah, buat aku rasa sangat penat. Apa duduk uitm ni kau boleh fikir benda lain ke selain bukak buku, study lima subjek sehari, assignment, test, bla bla bla dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya? Woih, ingat aku begitu hebat ke untuk menaik tarafkan diri sendiri? Kalau tak terpaksa, aku takkan buat weih. Takkan... takkan...


Jadi, conclusionnya... Aku penat. Aku nak balik. Aku nak balik. AKU NAK BALIIIK...!!!


Sebab kalau balik, konfirm takkan buat perkara-perkara di atas tadi. Jadi jangan pertikaikan kerajinan aku. Itu semua fake semata-mata.


At the moment I write this entry, Cik Lily tengah packing-packing her stuff. Macam nak kahwin lari je gamak dia. Tak apalah, besok I pun nak kahwin lari jugak. Luggage ni rasa-rasa macam dah cukup pack nak kasi patah tulang rusuk I. Bayangkan la turun naik rapid Shah Alam, Central Market, Seremban, Tampin... Fuh, sampailah akhirnya bas tu berhenti betul-betul depan Taman Asahan Jaya dan GOOOOOLL....


Ok, ok. Semua orang pun mesti ingat aku dah tak betul ni. So, cukuplah dahulu laporan saya. Nak panjang-panjang buat apa. Nak bagitahu tentang keterujaan BESOK NAK BALIK RUMAH saja. Kau pedulik apa dengan aku, aku pun pedulik apa dengan kau? Belog siapa ini? Belog aku kaaan...


p/s: Selamat pulang ke kampung semuaa....!!!

Monday, August 2, 2010

sEriOuSLy HuRt

Tahu tak berpura-pura itu hipokrit? Hipokrit itu menipu. Dan menipu pulak bukan senang. Sakit weh. Hanya orang yang merasa saja yang tahu betapa sakitnya berpura-pura gembira bila hati sebenarnya sedih bagai disiat-siat. Aku rasa itu. Aku sedang rasa itu sekarang. Aku dah puas tahan, tapi aku tak boleh. Memang jenis manusia macam aku, kalau orang nampak aku gembira bermakna aku gembira lah. Kalau nampak aku sedih, bermakna memang aku sedih. Kalau nampak aku marah, benci, kecewa, memang itulah perasaan aku waktu itu. Aku tak pandai menipu. Serius aku tak boleh.


Maaflah, entry aku sangat emosional hari ni. Aku tak tahu kenapa aku terlalu sensitif sekarang. Sangat sensitif. Dugaan datang tak putus-putus dalam hidup aku tapi aku tahu aku tak patut mengeluh. Cuma kadang-kadang bila air mata ini menitik, tak ada sesiapa yang mengira berapa banyak titisannya. Aku rasa sangat lemah. Aku rasa sangat kalah sekarang. Aku yang paling bawah, yang paling malang dan yang paling hina sekali. Tapi bahu sesiapa aku nak pinjam untuk tumpahkan air mata murah ni? Biarlah. Aku dah biasa begini.


Cuma sedih bila orang lain lebih memahami diri ini daripada orang yang aku rasa sepatutnya lebih memahami. Cukup. I'm seriously hurt.

Sunday, August 1, 2010

It's SiStEr wEeK...~

Sisterweek!!!♥
Ifyou have a sister, whether biological or spiritual, who has
made you laugh, wiped your tears, prayed for you, hugged you tight,
watched you succeed, saw you fail, cheered you on and kept you strong;
Copy and paste this on her wall.

i love you ♥


happy fwenship day n sisterweek my dear v! love u sooo much thanks tok sume motivation, sume nangis n happy same2! yes im not a lemah person ye, dgr cakap kakak ni! hahahaha. nak lebih2 meh dtg katil! love u!


I've got those FB's post from my beloved sisters... Dah reply pon post depa tu. Tapi this is the other one. Not only for this "friendship day" or this "sisterweek", but I wish it will be forever...


I want everyone knows that...

To put to words our relationship,

they make me feel really light at heart,

it is not something that can be described easily by words.




They are my best friend, my strongest ally and my family spirit.

One year and a half is not a long time,

But that’s enough for me to say everything to them about what I feel,

and it’s like I can talk about anything without any worries.



I guess it’s a big thing that we spent our days together.

When we go through the biggest change in our lives,

I don’t think I’ll ever meet anyone else with

whom I’ve “grown up with” like them.



As for me, if we can do something together,

nothing will be more happy than that.



They are special existence for me.

Because they were there, I’m here today!



p/s: I love you

Thursday, July 29, 2010

UnTuK EnCiK bEnO MemOnaLeiZe AiMaN

Maafkan saya Encik Beno MemOnaLeiZe AiMaN aka Ben,

Kalau selama ni saya selalu sisihkan awak,
saya selalu ketepikan awak,
padahal awak la perkara terbaik
yang pernah muncul dalam hidup saya.
Saya tak dapat bayangkan
macam mana saya nak teruskan hidup ni tanpa awak.
Selama ni awak la yang selalu tolong saya.
Siapkan assignment saya,
teman saya tengok movie,
jadi orang tengah antara saya dengan kawan-kawan saya,
semuanya awak.

Maafkan saya encik Beno,

Kalau selama ini saya kasar dengan awak.
Saya buat awak macam tak ada perasaan.
Macam awak tak bernilai.
Padahal awaklah harta termahal yang saya ada.
Saya belum bersedia untuk cari pengganti awak.
Awak adalah yang terbaik bagi saya.
Terlalu banyak kenangan manis yang saya simpan dengan awak.
Dan saya mahu kenangan itu terus ada antara kita.

Maafkan saya Encik Ben,

Saya tahu saya selalu sakitkan awak.
Dua tahun sudah cukup lama untuk awak lepaskan
segala kesabaran awak dengan saya selama ni.
Tapi saya mohon, tolonglah jangan sekarang.
Janganlah luahkan kemarahan awak itu sekarang.
Saya janji saya takkan berkasar dengan awak lagi.
Janganlah tinggalkan saya plezz.
Saya tak mahu kehilangan awak.

Ben,

Kalau awak dah tak sayangkan saya lagi,
tak apalah.
Saya terima andai itu keputusan awak.
Mungkin,
sampai di sini saja jodoh kita.
Saya terima segala ketentuan.
Mungkin dari awal lagi
semuanya memang salah saya.

Tulah, sapa suruh tak jaga laptop elok-elok...



Beno, kalau kau nak talak aku pun, tunggu la sampai habis sem dulu. Kalau kau tak ada, macam mana aku nak buat kerja sekolah? Cikgu marah nanti...

Wednesday, July 28, 2010

iN tHe MiDdLe Of SyAaBaN

Dah sampai pun nisfu sya'aban. Bermakna lagi beberapa hari je nak puasa Ramadhan. Kepada sesiapa yang berpuasa hari ni, selamat berpuasa. Alhamdulillah, tahniah sebab anda sangat peka dengan kalender kuda tak macam saya langsung tak tahu hari ni nisfu sya'aban. Itu pun sebab before pergi kelas tadi rumet sempat buat muka konfident cakap ''Hari ni nisfu sya'aban la Tasha'' dan saya juga dengan konfident membalas ''Semalam la nisfu sya'aban, Hani.'' Lepas tu terus google kalender islam dan sekali kau...
July 2010
Rajab 1431 - Sha'ban 1431
SunMonTueWedThuFriSat




1
19
2
20
3
21
4
22
5
23
6
24
7
25
8
26
9
27
10
28
11
29
12
30
13
1
14
2
15
3
16
4
17
5
18
6
19
7
20
8
21
9
22
10
23
11
24
12
25
13
26
14
27
15
28
16
29
17
30
18
31
19







Haa, nampak nombor limabelas yang kaler oren tu...?
Itulah 15 Sya'aban 1431 bersamaan 27 Julai 2010.

Dan kepala otak terus rewind, "Ini Encik Mastermind punya pasal la ni. Bukan main lagi cakap dalam telefon malam tadi yang kawan-kawan dia puasa nisfu sya'aban. Haa, kan dah terpengaruh..."

Tak apalah, tak ada rezeki nak dapat pointer lebih dari Allah bulan ni. Walaupun malam nisfu sya'aban dah berakhir, walaupun malam nisfu sya'aban lagi setahun dari sekarang (Moga Tuhan panjangkan umur Ocha), walaupun malam nisfu sya'aban kepala aku rasa sangat berat, walaupun malam nisfu sya'aban aku deman gara-gara terkena hujan, walaupun aku tak puasa nisfu sya'aban hari ni...


Aku berdoa dan semoga Allah makbulkan doaku ini...


Ya Allah …
Yang Maha Pengurnia… tanpa dikuniai
Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau

Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan

Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu

Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku

Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ....sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan

Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir

Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara

Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya

Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani
Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya

Ameen...

Tuhanku, Ya Allah...
Aku mohon semoga Ayahanda dan Bonda dikurniakan kesihatan berpanjangan,
Semoga Angah pandai menjaga diri dan cemerlang dalam SPM tahun ini,
Semoga Adik menjadi anak yang soleh dan mencapai impiannya,
Semoga rezeki kami sekeluarga halal dan diberkati olehMu,
Semoga keluarga kami bertambah akrab dan bahagia...

Tuhanku ,Ya Allah...
Aku mohon semoga Hani dapat menempuh segala ujian dalam percintaannya,
Semoga Haajar bertemu jodoh dengan kosmet dia,
Semoga Ummu tidak mengalah dalam memburu cita-cita hidup,
Semoga Nurul berjaya sambung degree dalam bidang syariah,
Semoga VSB sentiasa bersama,
Semoga ukhuwah kami berpanjangan selama-lamanya...

Tuhanku, Ya Allah...
Aku mohon semoga Encik Mastermind sentiasa sihat dan kuat meneruskan double major dia,
Semoga Aizat, Ashraf, Ikhwan dan Syafiq menemui insan yang terbaik untuk mereka,
Semoga kawan-kawan sekelas sentiasa happening,
Semoga ilmu yang semua ustaz, ustazah dan cikgu di sekolah, juga pensyarah-pensyarah di sini berikan diberkati dan berkekalan dalam diri,
Semoga adik-adik Maahad Ahmadi sentiasa mendapat tarbiyah yang terbaik,
Semoga semuanya di pelihara Allah yang Maha Menjaga,
Semoga Allah memberkati semuanya...

Tuhanku, Ya Allah...
Aku mohon agar segala urusanku dipermudahkan,
Aku mahu menamatkan ijazah ini tanpa sebarang kesulitan,
Aku mahu meneruskan Master bersama kawan-kawanku,
Aku mahu membahagiakan Bonda dan Ayahanda,
Aku mahu bertemu jodoh dengan jejaka yang soleh tapi gila-gila macam aku,
Aku mahu menjadi graduan yang tidak menganggur,
Aku mahu menjadi anak yang solehah,
Aku mahu menjadi kakak yang terbaik untuk angah dan adik,
Aku mahu menjadi sahabat yang sejati untuk Hani, Haajar, Ummu dan Nurul,
Aku mahu menjadi isteri yang taat dan solehah untuk suamiku,
Aku mahu jadi mama kepada sepasang kembar,
Aku mahu berjaya di dunia dan akhirat,
Aku mahu menjadi hambaMu yang taat Ya Allah...

Tuhanku, Ya Allah...
Aku tahu aku tidak layak meminta semua ini daripadaMu,
Aku hamba yang lemah,
Aku hamba yang serba kekurangan,
Aku hamba yang tak punya apa-apa
Melainkan Kau pinjamkan kepadaku,

Tuhanku, Ya Allah,
Bantulah aku menghadapi hidup ini dengan sabar,
Bantulah aku mengharungi segala ujian ini dengan tabah,
Hanya engkau yang berkuasa ke atasku,
Hanya engkau yang berhak memberi rezeki kepadaku,
Makbulkan sagala impianku Ya Allah,
Tunaikan segala harapanku Ya Robb,
Ameen, ameen, ya rabbal alamin...

the history

Followers