Sunday, May 30, 2010
"kEnaPaLaH aKu TaK BoLEh FiKiRkAn DiRi sEnDiRi?"
Friday, May 28, 2010
BoyFriEnD aKu mUdA 5 TaHun. KaU pErCaYa?
Assalamualaikum, hai, hello, apa khabar semua...? Ada satu soalan. Agak sulit untuk dibincangkan di ‘muka buku’. Tapi tak berapa sulit untuk dibincangkan di sini. Aku tahu laa, berapa kerat je yang baca ‘blog haram jadah’ ni... Sebab tu aku berani tulis...:) Wahaha, bijak, bijak. Oleh itu, soalannya di sini, terimalaaah...
“KAU SANGGUP TAK NAK TERIMA ORANG YANG 5 TAHUN LEBIH MUDA DARI KAU JADI BOYFRIEND KAU?”
Ditujukan khusus kepada kaum wanita (macam tua sangat je), ok tak. Ditujukan khusus kepada gadis-gadis di luar sana, tak kiralah sudah berpunya atau akan berpunya. Sebab tiada diskriminasi status ye di sini. And anyway, soalan itu tidak ada kena mengena dengan tuan rumah. Ciaou...~
So, macam mana pendapatan anda? Eh, silap. Pendapat anda?
Ok. Memang aku dah agak. Konfirm kau akan cakap, “KALAU DAH JODOH...”. Iyeee... memang tak dinafikan, jodoh itu ketentuan dan ketetapan Tuhan. Allah swt. Tapi yang mencarinya, kita. Yang berusahanya, kita. Kalau tak cari, kalau tak usaha, takkan tiba-tiba ada budak lelaki bawah umur tergedik-gedik nak datang meminang kau.
Situasinya di sini, tidakkah kau akan merasa seperti, “Ooouh, tuanya aku.”
Haaa, aku tau, aku tau. Orang perempuan memang sangat alergik dengan perkataan ‘TUA’ tuu... Dah, dah. Berbalik pada topik asal. Pada dasarnya, mungkin kau akan terima pasangan kau tu atas dasar ‘cinta’ atau ‘sayang’ pada si dia. Tapi jangan nak tipulah, mesti akan terdetik rasa ‘tua’ dalam hati tu, kan? Pengalaman? Oouh, tidak, tidak. Aku tidak pernah bercinta dengan orang yang empat atau lima atau enam tahun lagi muda dari aku. Enam belas tahun lebih muda, PERNAH La. (Paaaang! Hambek kau pelempang jepun satu...~)
Yela, yela. Maksud aku, rakan-rakan aku. Rasanya tak ada pulak diorang berpasangan dengan orang yang jauh lebih muda. Setakat muda beberapa bulan tu, biasalah. Kalau nak kirakan macam tu, confirm ramai...! Kalau muda setahun dua pulak... Adalah sikit. A few. Tak kisahlah, kawan perempuan aku yang berpasangan dengan lelaki lebih muda ke, atau kawan lelaki aku yang berpasangan dengan perempuan yang lebih tua ke. Yang penting... Ado...!
Tapi pokok pangkalnya, terpulang pada diri masing-masing. Untuk gadis-gadis di luar sana, pendapat aku pulak macam ni.
"Berpasangan dengan orang muda ni, obviously, ada pro and con dia jugak. Paling penting, his ‘life experience’. Tak kisahlah berapa muda pun dia. But if he is matured enough, why not? Lagi satu, chemistry. That is another thing that you should look over. Understand each other. And love him forever. That’s a secret for a happy ending life."
(Mak aaih, boleh tahan aku bagi motiBASI cinta kat hangpa noh...)
Aku punya sukalah... By the way, kalau kau nak kahwin 15 tahun lagi pon takpe. Umur kau masa tu BARU 35. Budak yang tadika sekarang, dah umur 20 tahun masa tu. Apakah salah? Ada orang nak baling buah tomato depan pagar rumah kau ke kalau jarak umur kau dengan boyfriend kau tu lima belas tahun? Nak tunggu ekonomi stabil, nak tunggu boyfriend kau tu bekerja? Apa susah? Tambah je lagi 5 tahun. Genaplah budak itu 25. Dan kau...?
(Takkan aku nak cakap kau tu masih kategori anak dara sunti lagi. Berdosalah aku sebab menipu!)
Orang lain punya anak dah bersemangat nak masuk universiti, anak kau pulak bersemangat nak masuk tadika. Oleh kerana matematik kau A1, kau fikirlah sendiri...
Kesimpulannya, kahwin awal...!
Dan pastinya dengan lelaki yang lebih tua ye...
Tapi kalau kau nak yang muda jugak pon boley laa...

p/s: Jodoh itu di tangan TUHAN. Tua atau muda? Cepat atau lambat? Terserahlah padaNYA... :)
Thursday, May 27, 2010
TaG...? AgAiN...?
Rules: It's harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people including the person who tagged you. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real..nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.
Monday, May 24, 2010
aPo NaK di KaTo
Haa, ceghito pasal cuti. Apo laie nak buek kek ghumah ni. Mombosar an badan tu dah memang wajib! Lain-lain, tak ado. Yang ado... Jago anak-anak den, tengok movie, online internet ni haa. Dan buang maso.
Tengok. Tuan rumah pon mengantuk. Tetamu ea apotah laie...~
Friday, May 21, 2010
iNi AdA LaGi SaTu...!
Wednesday, May 19, 2010
sEmAnGaT kEmBaLi DaTaNg
Aku tibe-tibe ‘ter’ perasan yang dua tiga entry aku sebelum ni, macam hiba je intonasinya. Macam orang putus cinta, kan? Dah tu pendek-pendek pulak entry tu semua.
Adoi, semua ni gara-gara hilang semangat weh, hilang, hilang, hilaaaaannnggg...!!!!!
Tapi, siape yang rasa-rasa dia member akrab (pergh, akrab), okeh, ulang suara. Sapa yang rasa-rasa dia member akrab aku tu, tahulah kot kenapa puncanya. Bagi yang tak tahu tu, semangat yang hilang (macam lagu la pulak), aah, semangat yang hilang tu actually adalah akibat serangan makhluk-makhluk pengkhianat beno kesayangan aku yang bernama ‘virus trojen’ ye. (padan muke kau, ocha. orang suruh hantar servis tamau!)
Beliau, (virus itu laaa), yang dengan bangganya menakhluki tanah jajahan external hard disk aku, especially folder yang bernama ‘cerpen ocha’ yang mengandungi lebih daripada 10 cerpen yang aku tulis sendiri yang tidak di simpan di mana-mana folder lain atau thumdrive atau emel atau peti besi atau peti surat atau peti ais atau apa-apa saja petilah yang rasa-rasanya boleh selamat. Maknanya? HILANG! Hilang weh semua cerpen tu.
Aku dendam kau penjajah!
Seharusnya, memang sugul lah aku 2,3 minggu kebelakangan ini. Tak tahu kenapa begitu mudah semangat aku diragut hanya kerana kehilangan cerpen-cerpen itu. Mungkin benda ni ‘hal kecik’ bagi sesetengah orang. Tapi tidak bagi aku. Jadilah aku, seperti wanita yang berkabung di atas kematian suaminya. Konon-konon balu lah ni ea... (gedik!)
Tapi sekarang, setelah puas berikhtiar pelbagai cara, tapi tetap tak berhasil jugak. So, aku putuskan, untuk meredhakan sahaja pemergian ‘cerpen-cerpen’ aku tu. Walaupun masih ada sisa-sisa yang dapat diselamatkan, tapi memang tak boleh tipulah. Sedih tetap sedih. Sampai bila nak bersedih? Tak tahulah. Hanya berserah pada Allah yang lebih mengetahui hikmah yang terhijab disebalik semua ni. Inilah dugaan namanya ye, Ocha.
Kepada kawan-kawan semua, maaflah andai terbeban dengan masalah ‘kecik’ aku ni, yang terpaksa menahan telinga dengar aku merengek-rengek dekat telefon tu. Minta maaf yang teramat sangat. Aku harap korang faham weh. Betapa susah payahnya aku menulis dan menaip cerpen-cerpen tu. Dan bayangkan bila hasil susah payah itu ‘hilang’ macam tu saja, agak-agak berat ke tak berat dugaan tu...?
(dalam hati pun berkata: this is the disadvantage of technology)
Apa pun, aku masih bersyukur. At least, bukan semua ‘folder’ dalam hard disk tu kena serang. At least, aku masih ada 2,3 cerpen yang ‘hard copy’, yang aku tulis sendiri pakai tangan. Dan yang paling penting, aku masih lagi ada sisa-sisa semangat untuk terus menulis walaupun proses ‘pemulihan’ tu memakan masa yang agak lama.
Don’t worry, I’ll keep writing!
Anyway, thanks to my supportive friends. Especially to Nurul Nabihah. And also Nurul Jannah, Haajar and Hani Afiqah yang oweys standing behind me. You girls are the best buddy ever.~ (asal macam poyo nih?)
Not to forget to say thanks to THE MOST SUPPORTIVE FRIEND, My beloved Bunda. Which only she knows how was I since I’d lost all those ‘cerpens’ tu.
And thanks Allah. I’ve learn the meaning of ‘SABAR’ through all these things. Alhamdulillah, it strengthened me.
p/s: semangat sudah kembali bukan sebab aku pergi jumpa dukun atau bomoh ok!
Tuesday, May 18, 2010
i HaTe YoU...!
Monday, May 17, 2010
To aLL tEaChErS...
Saturday, May 15, 2010
Owh, TiBa-TiBa RiNdU sEkOLaH sAYE...~
Tuesday, May 11, 2010
HaRi IbU?
Hari ibu. Eh, bukan hari ni ke? Owh, dah lepas? Hari ahad, minggu kedua, setiap bulan Mei? Owh, hari AHAD hari tulah maknanya ye? Patut la rasa macam ada something wrong je. Hek eleeh, yela tu, ocha...
Hellooo, siyesly, I dont remember what date of MOTHERS DAY laah. Tak tahu dan tak pernah ambik tahu pun hari ibu berapa haribulan. Tapi HARI BUNDA saya ingat! Sebab hari-hari pun hari untuk bunda...;P Yeah. (Bunda mesti bangga ni...kui3)
Eh, jangan ingat ocha ni tak menghargai para ibu-ibu pulak. Bunda cakap, HARI IBU ni tak elok disambut. Semua tu, PENGARUH BARAT semata-mata! Kasih sayang dan ketaatan kepada ibu bukan hanya dilakukan pada HARI IBU je okeh. Tapi itu adalah KEWAJIPAN kita sepanjang masa. That is, OUR OBLIGATION! Cuma...
"Maybe tak salah kot kalau nak express kan kasih sayang tu lebih sikit on that day, isn't bunda...?"
Yaaa, ada something yang Ocha nak share kat sini. Want to know how I celebrate this Mother’s Day? Celebrate? No, I mean, show my love for her. Al-kisahnye lah, memang dah lama dah nak bawa bunda keluar. Even bunda tu geti je drift, tapi beliau tak 'kaki jalan' macam I. U know, 5 days a week, non-stop working. Sooo, this is the best time kot nak 'paksa' bunda keluar, jalan-jalan cari makan... (Agak kuang hajau ye ayat 'paksa' tu). Takpe kan bunda. Sekali sekala...~
Mule-mule bunda tak nak tau. Tapi aku pujuk jugak. Pandai-pandai la mengayat kaaan.. Dan akhirnya, sampai jugak ke Nilai 3, tempat yang dulu masa kecik-kecik aku pergi, hampeh, haram jadah tak ada apa benda, tapi sekarang ni... terus rasa macam,
Huwaaa...!!!
Wa buleh pengsan lorgh kalau mau shopping kasi habis ini Nilai.
Lepas tu, mulalah cuit-cuit hujung baju bunda, and cakap;
“Bunda, nanti kalau along nak kahwin, kita datang shopping kat sini tau, tau, TAAAAU...!”
Amboi, gediknya kau ocha. Nak kena rembatan kencang Zaquan Adha? Okeh, tak komersial sangat skuad Hobin Jang Hobin. Tukarlah. Nak kena rembatan kencang midfield Arsenal, Francesc Fabregas...???
Dah. Diam. Tapi memang tak dinafikanlah, memang cantik. Sebab orang cakap, Nilai ni SYURGA PENGANTIN. Pusat BORONG terbesar kat Negeri 9. Tempat SHOPPING yang semua kaum wanita pun boleh jadi GILA laaah. Tak percaya, WAIT! Take a look at these first:
p/s: Nilai 3 tu bukan tempat pengantin semata-mata ye. Banyak lagi yang ada. Langsir, karpet, baju-baju, kain ela (bukan ella penyanyi 'retak' tu ok), cadar, lampu, perabot, pasu bunga, bunga-bunga (bunga-bunga cinta tak jual), daun-daun, pokok-pokok, ranting-ranting, dan @!~#$&^%*(&^)+$@! Tapi, yang menarik untuk di snap, adalah beberapa gambar ciput di atas tu laaah. Yang lain not interested!
Haa, kau dah percaya kan sekarang? Memang sangat cantik semuanya. Dan memang puas hatilah. Berjalan seharian pun tak rasa penat. Alhamdulillah, walaupun cuaca tak berapa nak ok, tapi mood bunda, memang TERBAIK...! Sporting habis. Haha, biasalah tu, kalau dah namanya shopping berdua, dan geng shoppingnye tu pulak sekepala, sama je taste, gila-gila sengal, mana tak hepPENING...!
Even tak habis masuk semua kedai, tu pun dah cukup puas hati daah. Nilai 3 tu besar dik oooi. Jangan kata bunda, akak pun tak larat nak khatam semua dalam masa satu hari...haish~
Hmm, to my beloved BUNDA. I just hope that my little things I did last saturday will make U feels bit happy coz that’s the best I can do for U just now. (X keje lagilah bunda, mana ada duit sendiri nak sponser karpet yang sekangkang kera tapi beharga RM460 hengget tuuu..)
Takpe, kan. Yang penting, bunda dah rembat ape yang bunda nak rembat. Muke pon ceria je berseri-seri lepas shopping. Haaah, memang terbaiklah tu maknanyaaa. Wokeh bebeh. Thats all just now. Till then, see u..~
p/s: TUHAN, Kau kekalkanlah senyuman dan ketawa itu dibirnya selalu. Semua orang sila cakap amin...!
Monday, May 10, 2010
~PeRiBaHaSa~
Saturday, May 8, 2010
BuKti yg AkU DaH mULe BoRiNg WaKtU cUti SeM Ni...









Friday, May 7, 2010
BoLEh OcHa JaGa DiOrAng...?


