Saturday, November 13, 2010

TaG fRoM kAk eYjaZ. p/s: SorRy KaKaK 4 da LaTe PoSt :P

Assalamualaikum,



Ke hadapan Kak eyjaz, (amboih, dah macam tulis surat layang pulak)



Tak kisah la ye. Asalkan tulis. Kak Eyjaz oooh Kak Eyjaz. Mintak maap le bebanyak sebab lambat bebenau jawab tag akak ni. Al-maklum la baru je lepas habis final paper hari tu. Kelam kabut balik kampung uruskan rumah tangga walaupun tak tahu mana datang entah tangga rumah tu siyes konfius sampai sekarang.



Tapi walau apa pun, jutaan terima kasih mucho gracias arigato gozaimas bohot-bohot syukriya sebab kak Eyjaz sudi tag Ocha ni haa. Dah tu siap bagi award lagi mana tak kembang hidung.


Walaupun gambar award masih mengundang ????? sampai sekarang, tapi tak mengapa.
Ini pun dah cukup terharu dan taching ni. Siyes kak!


1. Apa yang bermain di fikiran y0u all sekarang?


Aaaa, tak ada yang spesifik sebab dah habis final jadi perasaan rasa aman makmur bahagia dan sejahtera yang teramat. Syukur syukur syukur Alhamdulillah. And recently, tengah mengunyah coklat gelap perisa almond dan hazel sambil buat konklusi bahawa coklat gelap perisa almond lebih sedap dan enak berbanding coklat gelap perisa hazel yang rasa pahit dan berhabuk-habuk sikit tu. Siapa mengajar istilah berhabuk tu tak tahulah. Tapi itulah yang Ocha fikirkan sekarang ni ye. Tak percaya, apa kata akak pergi kedai beli coklat macam kat bawah ni, cuba terai test. Dan satu lagi perkara yang bermain di fikiran Ocha sekarang ni ialah nak jawab tag kak Eyjaz ni versi unplug ke, siyes ke, versi main-main ke. Aaaaa.....


Ini yang Ocha tengah mengadap depan mata sekarang, jadi ini jela yang Ocha upload okeh!



2. Apakah nama samaran y0u all?


Ocha. Nak panjang sikit, Ocha Septriasa. Nak panjang dan sedap lagi sikit, Acha Septriasa. Nak nama samaran lain, Si Comel. (Woih bila masa orang panggil aku macam nama kucing ni?)



3. Berikan nama 3 orang yang y0u all sayang?


Sayang macam mana tu? Sayang sampai mati? Sayang main-main? Sayang gileeeee? Okeh, Ocha list dua je. Yang ketiga tu boleh isi sendiri bagi siapa yang berminat. Terima kasih.

  • -          Saya sayang mama saya, Puan Sri Zubaidah Omar
  • -          Saya sayang papa saya, Tan Sri Omar Mohd Noor
  • -          Saya sayang awak juga, __________.





4. Panggilan untuk si dia?

Saya panggil dia oppa. Lepas tu dia bagi saya penampar jepun satu. Dia cakap, "Nak mati ke panggil I macam tu?". Terus I panggil dia kambing tua sampai sekarang. Ok, jangan gelak sebab tak lawak. Kak Eyjaz, lain kali 'si dia' tu spesifikkan lagi sikit ea. Ocha tak faham sebab ini manusia sepisis pembaris, lurus punya orang, huwahaha boleh blah!




5. Hadiah yang y0u all impikan dari seseorang yang istimewa?


Istilah 'orang istimewa' ni pun satu hal. Tapi selalunya yang ehem-ehem tu kan? Sebab Ocha dah dapat penampar jepun tu satu, cukuplah. Tak mau hadiah apa-apa lagi. (Gila sedih cerita kau ni.) Ok ok. Buat insan istimewa saya (yang belum wujud lagi tu), saya cuma mahu cinta dan kasih sayang dan anak seberapa ramai yang boleh. Dah, ni paling senang punya permintaan ni. Tak dapat jugak tak tau laaa... (muka series)


6. Bl0g mana yang y0u all suka visit?


Belog sendiri. Pasti dan tidak perlu talian hayat. Yakin suci dan murni tanpa kompromi. Apasal? Tak puas hati? Jumpa kat court lawan belog siapa lagi best. Siapa kalah belanja sundae mekdi!


7.Tag kan 15 bl0gger y0u all?


Malas nak tag orang. Sebab semua orang yang Ocha tag semuanya buat dono dan lansung tak memberikan respon memberansangkan terhadap keprihatinan Ocha terhadap mereka. 


Apa aku merepek ni? Inilah padahnya menulis tanpa mendapatkan permit lesen daripada dewan bahasa dan pustaka. Mengarut sesedap rasa sampaikan semua orang rasa nak kelik pangkah sebelah kanan atas tu dan tidur. Untung-untung dapat mimpi basah indah dengan putera idaman. Baca belog ni apa yang dapat? Haaa, kan dah teremosyenal. And by the way, motif gambar sebelah ni saja nak bagitau, itu wallpaper saya (buat masa sekarang). Alaaa, yang saya addicted gila bagai nak mati tuuu. Ini bukan addicted gila sebab cinta nak pupuk perasaan lesbian ke hapa kau agak-agak sikit ea. Tapi sebab minat dan suka dan enjoy sangat sebab mereka cumel dan cumel dan cumel bila menyanyi dan menari dan rasa macam nak jadi ahli ke sepuloh dah merepek lagi. Sekian...

Wednesday, November 10, 2010

aNoThEr BaN PiZzA


Tahu tak, tahu tak, tauhu tak, hari tu kan aku terbaca dalam advertisment Nuffnang ni about 'GO WILD WITH PIZZA CHEESY PREMIUM BLAH BLAH BLAH' tak tahu dah slogan apa lagi dia letak tak kuasa la mak nak menghafal. Syarat beliau (iklan itu la), pergi pizza hut order cheesy premium tu makan la godek-godek apa yang patut, nak posing ke nak ambik gambar ke nak order saja lepas tu sedekah dekat orang ke (Alhamdulillah) kemudian boleh la sertai peraduan Nuffnang tu dengan harapan mane tau menang sepulohribu atau dapat iphone waaaaa, ternganga mulut tak sedar lalat langau dan sebagainya dah buat perkampungan hadhari kat dalam tu.


Tapi sedih, wa manyak sedih lu tau ka. Peraduan tu dah tutup duanovemberduaribusepuloh hari tu jadi musnah harapan nak menang iphone beserta wangtunai sepulohriburinggit dan musnah harapan lalat langau juga sebab tak dapat berkampung dalam mulut saya.


Eh eh, tapi bukan nak cerita pasal peraduan atau lalat dan langau itu sebenarnya ya. See the title see, see, SEE??? Haa, ini nak cerita ni pasal minggu lepas malam sebelum bertolak pulang ke kampung halaman di mana kami sangat gigih nak makan beramai-ramai ni. Walaupun Cik Hani tak ada, tak apalah Kak Ani ada sebagai pengganti.









Tapi semuanya hancur musnah dan punah disebabkan service pizza hut seksyen tujuh itu SANGAT-TAK-BAGUS eeh apa ayat aku ni sangat-tak-bagus? Entah tak tahulah ayat apa nak letak kang letak ayat hiperbola melampau-lampau kang kot sapa-sapa baca buat report dekat pizza hut tu habis aku kena bar semua pizza hut cawangan satu malaysia ni. Siapa nak tolong tu?


Dan tapi juga, betul apa aku cakap. Meja kiri kanan depan belakang yang sampai lambat dari kitorang ni sikit punya awal dapat makanan yang diorang order meja kitorang ni apa yang datang? Sup, Garlic Bread, Spaghetti, air revive 1 jag dengan semanguk salad itupun sebab ambik sendiri nak harapkan waiters semua minta maaf memang patutlah dapat award PIZZA-SERVICE-TAK-BAGUS. Aaaih, annoyingnya cakap macam ni.


Itulah, semuanya sebab kurang keimanan. (Refer sabar itu separuh daripada iman)


p/s: kepada pemilik pizza hut cawangan seksyen tujuh shah alam, tolong jangan saman belog saya duit ptptn itu untuk bayar yuran dan jjcm bukan untuk bayar saman lagipun saya cakap benda yang betul kaaaaan. Tapi kalau saya cakap pizza take away itu sedap, nak saman jugak ke?

Monday, November 8, 2010

MoOd MeNuLiS HiLaNg. gOmEn...



Sebab duapulohempatjam mengadap snsd variety show. Jangan salahkan saya. Salahkan makcik yang paling rapat dengan saya tu yang jadi punca saya addicted dengan semua ini.



p/s 1: kak eyjaz, tag akak nanti ocha akan jawab jugak. sabar ye...hihi.



p/s 2: kak ani, jjcm dengan akak versi ban pizza hut tu pun ain update bila dah ada mood nanti ok.



p/s 3: haajar, siapa suruh kau transfer banyak2 wgm and bla bla bla dalam hard disk aku ni, kan dah malas nak online. peminat aku menangis tak ada latest update nanti macam mana? haaa, jawab, jawab!



p/s 5: kepada semua orang, video di atas tu the lates music video from snsd aka girls generation. for the fisrt time maju about korea daripada haajar. bangga akak!



p/s 5: bye semua! iT'S tIme FoR holliday oOo0Oo yeAaaEeeeEaH...

Wednesday, November 3, 2010

rEzEki-BuKaN-rEzEkI aKu






Aku pernah buat sesi ‘jom borak’ bersama artis dengan sorang pak cik teksi ni. Masa tu aku dan rakan-rakan, apasal geli sangat rakan-rakan ni? Ok tak. Aku dengan gossip girl nak pergi JJ Bukit Raja macam biasa mana lagi lokasi nak tuju kat Shah Alam ni? Jadi dalam perjalanan pak cik ni ceritalah kisah dia yang pernah dapat call daripada budak-budak UiTM ni yang suruh dia ambik dekat tempat sekian sekian sekian terima kasih, kan. Sekali bila pergi tempat tu, budak tu dah naik teksi lain. Pak cik tu pun cakap, nak buat macam mana. Bukan rezeki dia. Rezeki pak cik teksi yang lagi satu tu la kan? Nampak tak konsep bukan-rezeki-aku yang aku cuba sampaikan ni?






Ok, cerita lain. Aku tengah tunggu bas. Nak balik kolej lagi-lagi dah lewat petang. Tengok langit mendung macam nak muntah selebat-lebat hujan. Pandang sekalian makhluk dekat bustop tu MasyaAllah, kalau aku tak buat aksi stunt, tolak-tolak, raba-raba orang dan sebagainya karang, memang konfirm aku tak dapat naik bas ni. Lagi malang kalau hujan turun awal dari due date konfirm da tau dah rupa sendiri yang basah kuyup macam memerang baru naik darat nanti macam mana. Tiba-tiba ada satu kereta ni berenti tepi jalan. Macam kenal. Ya, memang kenal. Kelasmet. Ajak naik kereta beliau tumpangkan sampai Melati. Jadi nampak tak konsep rezeki-aku di situ. Tak payah susah-susah berebut siku-siku smack down orang nak naik bas. Jimat seringgit duit tambang. Dan tak perlu basah kuyup macam memerang.


gaya memerang buat kuak lentang

Fine. Dua situasi di atas macam sama. Aku tunjuk contoh lain. Dulu masa sekolah form 1 dengan form 2 cikgu wajib pick aku untuk wakil sekolah masuk public speaking. Jangan tanya aku kenapa kau pergi tanya cikgu aku. Potpet-potpet cakap pasal corruption. Corruption is bla bla bla. Judges buat muka annoying pun aku bla bla bla jugak. Tengok, gigih tak gigih kecik-kecik dah pandai cakap pasal corruption nak praktis jadi ahli politik berkaliber dan beriman sebab siap keluar dalil hadis dan sebagainya. Lepas tu tengok wajah-wajah wakil sekolah yang lain mula rasa cuak. Orang public speaking tengok hand note, aku bawak kertas kajang sekajang-kajang, kajang pak malau kajang berlipat besar-besar depan hidung judges. 


Lepas habis berpolitik, tak tahu apasal wakil sekolah ni tarik diri, wakil sekolah ni ter’period’ lebih sampai baju putih jadi merah, yang wakil sekolah ni pulak tengah-tengah berpolitik separuh jalan, tiba-tiba stop eh dah habis berpolitik ke? Memang dasar kanak-kanak semua orang punya perangai waktu tu. Dan automatically, kemenangan berpihak di tangan aku. Apa lagi kembang hidung terus berleluasa dapat naikkan nama sekolah. Public speaking baca pakai kertas kajang dapat nombor satu. Itu rezeki namanya. Nampak tak konsepnya di situ?


Dah weh dah. Aku tulis ni sebenarnya nak cakap. Aku frust ya amat sebenarnya dengan paper aku semalam. Soalan empatpulohmarkah tu tak tahu kenapa aku boleh blurr boleh tiba-tiba jadi bangang boleh tak faham soalan. Dia nak lain aku jawab lain merepek apa sampai tiga muka surat pon aku taktau. Dah habis paper dengar kawan meja kiri kanan gossip aku sentap dalam hati ‘Soalan tu nak macam tu ke?’ SOALAN TU NAK MACAM TU KE WEH? Aku tak tido sampai pukul tiga empat pagi dok menghafal part tu siap boleh briefing lagi dengan kawan sebelum start paper semalam tapi kenapa aku tak diberi peluang untuk turunkan ilmu penghafalan aku semalam tu dalam kertas jawapan empatpulohmarkah tu woih kau jawab kau jawab! 


Sabar, bagi aku pengsan kejap.


Aku telefon mak, telefon ayah, boleh cover nangis lagi. Aku telefon Jannah pun pandai je buat suara hipokrit. Aku balik bilik tengok Kak Ani nangis, aku pun rasa nak join tapi aku try hipokrit lagi pujuk-pujuk Kak Ani bagi nasihat macam pakar motibasi. Lepas tu ambik wudhuk, aku nak sembahyang, masa tu memang tak boleh tahan. Dari rakaat pertama air mata aku dah mencurah-curah bagi lencun telekung sampai rakaat terakhir. Lepas tu Kak Ani keluar pergi basuh baju. Kau jangan tanya macam mana aku meraung dalam bilik sorang-sorang semalam. The point is AKU MERAUNG. Bukan meraung nyanyi lagu tomok yang tajuk dia MERAUNG jugak tu. Ini betul punya meraung ok. Sampai lastly aku call Kak Tia dan Haajar dan aku tak tahu dah nak call siapa lagi. Pergi mandi dan terus meraung lagi.
Kesimpulannya, nampak tak konsep ‘rezeki-dan-bukan-rezeki-aku’ di situ? Allah memang tak bagi rezeki empatpulohmarkah tu dekat aku. Allah bagi rezeki itu dekat kawan-kawan lain yang tak payah susah-susah nak cipta akronim terbang-tiung-atas-pokok-kelapa-pandan dengan orang-putih-tak-suka-naik-skuter tu sampai pukul tigaempatpagi yang kebetulan keluar dari mulut aku sebelum nak jawab exam tu dan memang rezeki diorang dapat salin jadi aku redha sajalah. Atau mungkin Allah nak bagi rezeki untuk paper lain. Aku think positive. Berbaik sangka pada Allah. Takkan sebab satu paper aku terus nak jadi negatif. Chill ocha, chill... Carry mark pun bukannya teruk sangat.


Kalau sume subjek hancus macam ni, kahwinkan jela along ni maaak...

Saturday, October 30, 2010

HKL aka JJCM aka ESKIMO haaa, pelik kan tajuk?

  • Terima kasih kepada semua yang membaca entry sebelum ini dan mengakhiri bacaan anda dengan doa untuk Hani Afiqah kesayangan saya. Alhamdulillah, keadaan dia makin baik, nampak segar dan ceria waktu saya dan Haajar dan Syazni dan Ezzy dan Linda melawat dia dekat general HKL semalam. Terima kasih Tuhan atas limpah dan kasih sayang-Mu. Kurniakanlah nikmat kesihatan itu kepada kawan-kawanku selalu... (Siapa mengaku kawan, amin cepat!)


Tak lama lagi, padam la nama tu. Doakan ye. Terima kasih.

  • Aaaaw, skema pulak guna saya-saya-saya ni. Haaa, saya tukar ye? Saya tukar tau? Siyes ni aku nak tukar. Aku nak tukar pronoun ni. Eh, eh, tak sedar dah tertukar dengan sendiri. Rasa magik pulak tangan sendiri taip tapi tak sedar. Macam MAGIKA. Aaaw lagi aaww aaaww...

  • Oh, ok dah, dah. Tuhan dah beri kesedaran pada diri ini. Tuhan dah beri isyarat dalam hati sampai ke neuron otak. Sampai sel-sel otak pun mula berkembang dan saling berhubung macam kanak-kanak dalam Anmun Essential Tom Tom Bak, maka selalulah terngiang-ngiang di telinga macam ada suara halus berbisik mengilai-ngilai cakap WAHAI-OCHA-hihihi-KENAPA-KAU-ONLINE-NI?-hihihi-TAK-RETI-RETI-NAK-STUDI-KE-hihihi-HEBAT-SANGAT-KE-TAK-STUDI-BOLEH-DAPAT-DEAN?-hihihi. 

  • Kenapa ada hihihi tu, sebab kan tadi dah cakap suara tu macam mengilai-ngilai. Tu konon-konon macam hantu pontianak harum sundal malam mak lampir sundel bolong la tu. Amboi, hantu pon nak nama glamer. Konon boleh buat hipotesis semakin glamer nama hantu tersebut, semakin takutlah dalam diri ini dan semakin takut untuk online dan semakin sedar diri pergi baca buku supaya berjaya dunia akhirat, sekian...

  • Owh, pagi semalam makan McD. Tunaikan hajat Haajar saya konon macam orang pregnant mengidam nak makan itu ini jadi wajib tunaikan hajat beliau kalau tak kempunan, nanti bila beranak anak pulak ikut mengidam dah macam keturunan mengidam pulak tu yang kita tak mau tu kan? Sebab tu harus bangun pagi gosok gigi cuci muka dan tubuh badan sume siap-siap pukul lapan bergerak pergi Mekdi PKNS breakfast. Uish, gigih.

  • Ni kalau mak-mak di rumah tahu ni konfirm berkicau mulut apa punya anak dara ni belum kahwin dah pandai biasakan diri sarapan di luar rumah. Nanti dah kahwin, pagi-pagi start enjen kereta cabut pegi drive tru husband masuk dapur je terus kagum waaaah-pandai-sayang-buat-pankek-cantik-comel-comel-macam-beli-kat-kedai-je sekali kantoi nampak paper bag mekdi dalam basket sampah. Haaa, macam mana tu?

OK dah, dah. Ocha, Ajaa, Syazni, Ezzy dan Linda, kami semua berazam lepas kahwin taknak praktik kan perangai macam ni. Jadi please jangan reject kami sebagai calon isteri. Please, please...!!!

  • Dah kenyang, lepas satu setengah jam perjalanan, lepas berhenti dekat tiga stesen minyak tanya jalan, lepas berapa kali jumpa trafic light, lepas berapa kali buang air kecik dan air besar, lepas berapa kali tepek bedak kompek dekat muka berminyak, lepas berapa kali nyanyi lagu kebangsaan dan patriotik dalam kereta, lepas berapa kali... Dah, dah, tak payah nak praktik retorik pengulangan sangatlah. Konon macam ahli politik buat kempen nak raih undian rakyat macam ada orang nak undi kau. Akhirnya... AKHIRNYAAA... Kami sampai juga ke Hospital tersebut. Kagum tak?

  • Siapa cakap tak ada GPS tak boleh jumpa jalan? Ni, bukti. Dah sampai pun HKL. Dah jumpa pun Hani Afiqah Mohamad Jamal. Pak cik Jamal pun dah jumpa. Isteri pak cik Jamal pun dah jumpa. Lupa nak interview nama. Tak apalah. Biarlah rahsia. Aicheh.




Gambar bukti 1



Gambar bukti 2



Gambar bukti 3



Gambar bukti 4



Gambar bukti 5


  • Dah percaya kan kan kan. Bagus. Ini baru contoh kanak-kanak independant. Harapan bangsa dan negara. Sebab sanggup pinjam kereta sewa Melati al-maklum la tak ada siapa simpati nak dermakan kereta hatta sehari dekat kami. Dan tak siapa pun nak sedekahkan kompas dengan map dekat kami. Oouh Tuhan, terima kasih kerana membantu kami dan permudahkan urusan kami. Ini betul-betul insaf punya ayat ni. Jangan gelak!

Lepas tu, dah tamat waktu melawat, balik Melati, Shah Alam, dan bermulalah sesi JJCM versi duo OCHADANHAAJAR. Hani, awak kat hospital, duduk baik-baik, kasi sihatkan diri dulu. Dah boleh senyum lebar, dah boleh gelak kuat-kuat, dah boleh gurau-gurau cuit sana cuit sini, dah aktifkan dirimu baru boleh JJCM versi trio ok.


  • Owh, tanak merepek banyak. Sebab macaroni prawn dengan spaghetti meatball dah selalu nampak. Ini je yang pelik. Jadi harus display.



Ni nama dia Strawberry Marshmellow Cheese yang dah lama display tapi tak rasa nak makan sebab ingatkan tak sedap sekali bila dah makan...




terus rapatkan bibir macam ni, cakap Eeemm-sedapnye-sedapnye-sedapnyeeee....!!!





Haajar pun rasa macam nak print out gambar ala-ala model dia ni lepas tu advertise satu kampus promote Strawberry Marshmellow Cheese dekat semua orang ntah-ntah orang lain dah naik muak telan kek tu kau je gayat baru first time. Kan dah kena. Haa, salah siapa tu?


  • Jadi kesimpulannya, semua kek Secret Recipe memang sedap dan jangan pandang rendah pada kek Secret Recipe walaupun nampak huduh, nampak tak macam delicious mouth-watering dessert, nampak macam kecik padahal kemain liat nak habiskan siap main tolak-tolak piring cakap kau la habiskan nanti aku bawak pergi tasik Shah Alam, yang sorang pulak cakap kau la habiskan nanti aku bawak pergi JJ. Eh, kau la, kau la, eh, eh, eh, nasib baik abang Secret tu tak buat aksi tiba-tiba datang konon nak selesaikan masalah cakap macam ni, biar-abang-jela-yang-habiskan-kek-you-allz. Haaa... Bulat mata kau masing-masing.



  • Eh, dah habis? Haa, dah habis dah pun. Masing-masing pun tarik nafas lega sebab dari tadi suma dok cakap dalam hati Bilalah-Ocha-ni-nak-berenti-merepek-ni kan kan kan. 



Ye, I nak berenti la ni. Haa, tu JJCM dah habis. Akhirnya pergi JJ tak pergi tasik Shah Alam. Maghrib-maghrib tak elok buat maksiat tepi tasik jadi lepas bayar harga sweater kuning dan lepas bayar harga jeans yang dia 'TER'beli dua helai tu, Haajar pow McFlurry Milo dan kami blah. 



  • Dah lama tak post JJCM aka Jalan-jalan Cari Makan kan? Sebab tu curi masa jugak hari ni walaupun SEDAR aka aku sedar diri la weh besok ada killer paper Sosiolinguistik nak jawab dekat Dewan Annex ala-ala antartika punya air-cond tu. Haa kau jangan terkejut  pulak kalau nampak aku macam orang eskimo dekat Menara Saas tu besok. Kalau keluar akhbar metro tajuk dia tulis 'GEMPAR-ORANG-ESKIMO-MUNCUL-DI-UITM-SHAH-ALAM haaa, itu aku la tu.





Thursday, October 28, 2010

i MiSs YoU rOoMaTe!


Lately, nak buat semua benda pun rasa tak kena. Melati ni rasa macam kosong. Bila dalam bilik, kosong itu semakin jadi bertambah-tambah-tambah-tambah-tambahlah berapa banyak kosong kau nak, takkan sampai sebanyak kosong yang aku rasa.


Aku cakap dengan Haajar waktu teman dia study Consti dekat KFC semalam,


"Bestnya, kalau Hani ada sekali." 


Haajar diam. Her face expression was enough to make me silent dan ingatkan diri sendiri Ocha-jangan-cakap-macam-ni-lagi-depan-dia-ok. 


But dear, if you know how much I miss her, 





Look at her pink teddy everyday, her bed, her pillow, her purple hanging cap, rasa macam each time air mata ni menitik aku nak lari pergi kat bilik kau Haajar. 


Yang membaca,

Selama ni Haajar is the only one yang tahu semua luahan hati saya. She's gonna sit for her exam today by 2pm. Wish her to answer the best in her CONSTI. Sebab tak mahu bebankan dia seorang, izinkan saya bebankan semua orang. Sekarang silalah tahu dan faham, SAYA RINDUKAN DAN SANGAT RISAUKAN HANI, roomate saya yang selalu saya buli, yang selalu saya kacau, yang selalu gossip dengan saya dalam bilik. But now, roomate itu tidak ada di sini sekarang. Di sini? Ya, di bilik saya!


Sebab sekarang dia di HKL. Ward detention for dengue fever. Dan saya tak dapat bayangkan bagaimana kesayangan saya tu, menanggung sakit sorang-sorang, kena ambil darah hari-hari, masuk air and so and so. Jadi anda semua, anda semua yang membaca, saya mohon, aku mohon, I'm begging you please pray for her good health, to get well soon, to come back here again, to sit for the final exam, to shoot JJCM with me and Haajar, to be together during the last days of this 2nd semester with other friends with no doubt who really love her and miss her as much as I do.


Hani sayang, 
Cepat-cepat sembuh ya. 
Tasha and Ajaa rindu awak. 
Tasha and Ajaa sunyi tanpa awak.




Peoples, 
Feel pleasure to recite this doa before you close my site,



.اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّاَفِي لَاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفآؤكَ شِفآءً لاَ يُغَادِرُ سَقَماً

Ya Allah, Tuhan segala manusia, jauhkanlah kesukaran/penyakit itu dan sembuhkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tak ada ubat selain ubat-Mu, ubat yang tidak meninggalkan sakit lagi."




semoga Allah membalas jasa kalian,
terima kasih semua...

Saturday, October 23, 2010

MaAfLaH, LaSeR LaGi...

I’m currently felt annoyed with somebody. Roommate, classmate, housemate, colleague mate, best mate, paper mate whatever mate, kau tak payah tanya yang penting aku annoying dengan ‘mate’ itu. Dia. Lelaki. Fuuh-selamat-bukan-aku. Kata kau la kaaan. Ha’ah, bertuah la bukan kau. Sebab memang ini aku nak sembur lado api yang podeh lagi berapi ni.


Aku geram tau geram, geram, GERAAAMM. Geram dengan orang yang with pleasure talk to me WITH OUT considering my feeling apa kau ingat AKU-NI-STATUE-KAYU-YANG-KAKU-DAN-BISU? OoUh, No hurt feeling please. PLEASE. This is my blog. Thus you should know, it's my own version, nak keluar apa pun, nak cakap apa pun kau harus terima, memang description title blog pun dah mention, ‘cakap depan orang memang aku lapik segala tapi bila menulis minta maaf tulisan aku memang paling laser’ kan weh?


Itulah aku cakap, tulisan je laser. Tapi bila cakap depan-depan, mulut aku indah sebenarnya. Tak busuk pun sebab aku berus gigi hari-hari dengan Colgate triple action dan kalau kat rumah dengan Colgate kayu sugi. Maknanya, insya-Allah tiada masalah nafas berbau. Tapi walau macam mana pun kadang-kadang dengan geng puaka kat kelas tu, aku cakap serupa hantu jugak. Dengan roommate dan best mate, aku dok potpet bergosip macam nenek sihir jugak. Dengan colleague mate dan sahabat handai rakan taulan yang sekepala sehotak, aku mencarut tak tentu pasal jugak kalau reunion sekali sekala. Masalahnye...


Haaa, ini yang nak jadi nenek sihir betul-betul ni. Aku tak pernah cari pasal dengan mamat mangkuk hayun malaun siput sedut yang aku rasa nak buat gulai lemak ni, dia tiba-tiba dengan segala hormatnya dok kutuk I dekat laman sesawang tu dengan sesedap rasa meggi cukup rasa what the hell? Kalau kau rasa kau tu makhluk cantik rupawan yang muda like jambu batu, bijak bestari dan berperangai wangi macam perfume cap body shop segala, AKU DENGAN SEGALA HORMATNYA tak kisah, tak kecik hati langsung. Malah, terus rasa merendah diri dan mengaku segala fakhta yang kau lemparkan itu. Tapi KAU-PERNAH-TENGOK-CERMIN-TAK-WEH? Agak-agaknya masa kau tulis statement tu part mana yang kau rasa INDAH sangat pasal diri kau?


Selaser-laser akak, akak laser dengan golongan-golongan tertentu je dik. Selaser-laser akak, akak tak kutuk ciptaan-ciptaan Allah yang maha indah ni dik. Selaser-laser akak, akak tak laser straight to the point dik. Selaser-laser akak, akak mintak maaf balik kalau rasa statement tu sampai ke tahap agak-agak nak kena tahan ISA dik. Selaser-laser akak, akak tak laser banyak kali, dik. Sekali dua tak apa.  Boleh sabar. Sebab sabar itu tanda orang beriman. Tapi sebab akak ni tak berapa nak beriman sangat, ini yang dah tak boleh sabar ni. Haa, KAUHAMBEK.



SEMOGA-BERJAYA-DALAM-PEPERIKSAAN-NANTI

SEKIAN-WASSALAM

Pesanan ikhlas 

Makhluk huduh lagi tua yang bodoh dan berperangai busuk.

p/s: lucky you I’m not the real bitch!



Laser tak laser sangatlah kaaan...


Tuesday, October 19, 2010

pErGi DuLu SeMuA

Study week sudah beberapa hari senyum-senyum pandang I macam nak cakap OCHA-KENAPA-KAU TAK-STUDY-LAGI-NI-HAA? Mujur beliau tak mampu berbuat apa-apa. Pandang dari jauh sambil main-main mata macamlah boleh buat I jatuh cinta pada dia. Buku-buku di Melati rasanya dah licin I hangkut bawak balik last Saturday. Obviously memang konon berniat nak bertapa di rumah la tu. Sekali minggu depan kau tengok meja study tu penuh balik dengan buku-buku dia semua. Kau tengoklah orang gila ni buat perangai gila dia tu macam mana nanti.


Kalau dah sampai minggu-minggu terakhir pun masih bertungkus-lumus untuk menyiapkan assignment nak buat presentation, nak edit itu, nak edit ini, nak re-test la bagai, study week ini dah macam satu Rahmat Tuhan yang tidak ternilai rasanya. Jadi, harus berterima kasih kepada Tuhan dan harus memanfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya, tak ada alasan untuk fail any paper or dapat result cukup-cukup makan. Wajib sukses. Wajib!





Dengan bekalan dadah seperti ini, 










I think tiga subjek pertama dah buleh cover. Tapi kau pandai-pandai la nak sorok eye-bag tu nanti macam mana ye. Dan juga dengan kepala hotak yang rasa boleh meletup bila-bila masa ini, errr... tengok movie, main boling, shopping, create cerpen, baking, pasang lagu kuat-kuat, karaoke, mana satu nak buat dulu ya? Bunyi macam stress sangat la tu. Cakap dengan dia, BOLEH BLAH!


Ok kawan-kawan. Minggu terakhir semester ini tak berapa nak rock sangat. Kelas biasa-biasa saja. Makin banyak konflik ada la. Carry mark pun menunjukkan masa depan macam dah gelap. Choooy... Sengaja nak doakan malapetaka untuk diri sendiri ke hapa ni? Ok, tak, tak. Kawan-kawan semua, doaka Ocha berjaya ya. Ocha juga doakan kalian, mudah-mudahan usaha kita mendapat balasan yang setimpal. Amin.


Jaga diri, jaga kesihatan, jaga makan – jangan gelojoh sangat. Nanti banyak makan malas pulak. Jaga mulut – kurangkan kontroversi. Asyik bergosip je bertambah dosa kang. Jaga mata – jangan dok tengok benda-benda tak senonoh. Postpone sex and the city after exam ok. Jaga telinga – Jangan asyik melayan lagu Lady Gaga je. Tukar Rabbani, In-Team, Hijjaz sekarang. Jangn lupa juga minta restu ayah bunda – salam cium tangan cium kaki cium pipi dahi sampai mak ayah cakap ‘MAK-AMPUNKANKAN-KAU-NAK’ ok, baru berhenti. Dan paling penting restu Yang Maha Esa. Jangan sesekali tinggal sembahyang. Kalau boleh upgrade lagi dengan sembahyang hajat, sembahyang tahajut dan sambahyang sunat-sunat yang lain. Baca yaasin, baca Quran. Kenapa nak exam baru kau insaf macam ni weh?



Sebab aku manusia biasa yang sering lalai dengan godaan dan hasutan syaitan. Wahai orang-orang yang beriman, pimpinlah aku ke jalan yang benar...



Kawan-kawan, saya minta maaf atas segala kesilapan yang pernah saya lakukan kepada anda semua. Kalau ada hutang, sila tuntut dengan saya. Dan kalau anda berhutang dengan saya, saya halalkan. Doakan saya berjaya dalam peperiksaan nanti. Itu saja. Sekian, pesanan ikhlas ini dibawakan khas kepada anda oleh Pati Ayam Brands. Wah, bajet jadi duta Brands dengan Shahir...






Saturday, October 16, 2010

HeRo SaYa, 51 TaHuN...

Saya tulis entry ini khas buat insan yang paling saya sayang

Buat insan yang menjadi asas dan tulang belakang saya,
Buat seorang HERO yang paling, amat, sangat saya kagumi,
Yang melihat jatuh bangun saya selama 20 tahun ini,
Yang mengesat air mata saya saat saya bersedih,
Yang ketawa bersama saat saya gembira,
Yang melangkah seiring dengan saya ke mana saja,




AYAH...

Terima kasih kerana telah membesarkan along,

Terima kasih kerana banyak bekorban untuk along,

Terima kasih kerana sentiasa menyokong along,

Terima kasih kerana menjadi tulang belakang along,

Terima kasih kerana selalu bersabar dengan along,

Terima kasih kerana menjadi kawan baik along,

Terima kasih untuk segala-galanya,

Along sayang ayah...

Along akan sentiasa kenang jasa dan pengorbanan ayah,


TUHAN...

Aku mohon pada-MU...

Sihatkan ayahku selalu,

Panjangkan usianya,

Murahkan rezekinya,

Permudahkan segala kerjanya,

Makbulkan segala doanya,

Berkati hidupnya di dunia dan akhirat,

Amin ya Robb...



kepada ayah,
OMAR BIN MOHD NOR

ini sahaja kad yang sempat along buat,


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-51,

~thank you for always there for me~

I LOVE YOU AYAH


Ya, saya tahu kad saya buruk. Tapi tu tak penting.
Asalkan senyuman itu terpancar dari bibirnya, akulah manusia paling gembira di atas muka bumi ini.
Tuhan, kekalkan senyuman itu selalu.

~Amin~

Thursday, October 14, 2010

SaYa SuDaH mEnDaFtAr, AnDa BiLa LaGi?

Selepas sekian lama, akhirnya dapat juga saya men'register course' for next semester. Rasa seronok weh nampak page kat student portal tu tulis 'please-select-a-group-for-courses' rasa macam nak berguling-guling sebab gembira punya pasal. Yela, rumet dah boleh daftar course. Dah bising-bising mau pilih subjek apa untuk elektif. Suara huru-hara kolejmet pon dah bingit dok tanya nak ambik 3rd language ape sem depan. Classmate pulak sengaja penuhkan fesbuk page survey sesama sendiri koko ape nak pilih nanti. Mau saja kutulis besar gedabak di wall mereka WEH-KORANG-AMBEK-KOKO-KRUNCH-JELA


Haa, tapi saya rilek saja. Buat muka konfiden. Third language dah set up. Of kos bahasa Arab is the most commercial option since there' is no Nihongo or Spanish provided. Tak apa, Go bahasa Arab Go! And koko memang I'd no choice. Commercial or not, I must say KEMBARA is the best. And elective course? Ape elektif-elektif? Dah la tak ada kena mengena dengan aku itu semua. Saya tak ambik LAW. Tak ambek, Tak ambek, TAK AMBEK!!!


Maka, di sini, tibalah masa untuk sesi meluahkan emosi. Saya tak berapa nak konfident gambar di bawah ni jelas atau tidak tapi yang pasti, ada dua subjek untuk sem hadapan, iaitu management dan marketing membuatkan saya sudah ketaq lutut. ADAKAH-SUBJEK-ITU-BERNOMBOR? oOoUhh Noooo. Fobia, fobiaaaaa!!!





Nampak tak yang nombor 5 dan 6 itu. Yang PRINCIPLES-AND-PRACTICE-OF-MANAGEMENT dan PRINCIPLES-AND-PRACTICE-OF-MARKETING wahahaha, apa lagi kau boleh buat CIKOCHA, buka mulut luas-luas sampai lalat boleh berkampung kat dalam tu sambil picit-picit kepala bajet nak migrain la sebab dapat tahu semester hadapan akan mula jadi budak BUSINESS padahal KAU-MINOR-SAJA tak payah berlagak macam budak MAJOR sangat la. Okeh, okeh. Fine! 


Dan satu lagi sebab sem depan jugak ada subjek CTU. Okeh, okeh. Fine! 


Dan juga masih ada subjek DISCOURSE-ANALYSIS. Tak tahu analisis apa tapi harap-harap seronok macam CONTRASTIVE-ANALYSIS semester ini la. Mungkin sequel subjek itu? Ntah tak tahu. Tak buat ice-breaking lagi. Okeh, okeh. Fine! 


Dan juga subjek PROTOCOL-AND-SOCIAL-ETIQUETTE yang langsung tak terlintas gambaran di kepala macam mana subjek itu. Mungkin etika-etika macam mana nak makan steamboat dekat Jhonny's Restaurant menggunakan chopstik dan bukannya sudu atau garfu. Okeh, okeh. Fine! 


Dan yang first sekali tu saya sudah mula menunjukkan KETERUJAAN sebab subjek TRANSLATION-THEORY-AND-PRACTICE itu nampak sangat menarik dan komersial. Aaaww. Okeh, okeh. Fine I stop sekarang.


Setelah selesai semuanya, jadi semua orang boleh buat muka teruja sebab dengan ter'register' nye kursus saya seperti di atas (tak termasuk 3rd languange dan ko-ko), maka konfirm lah semester hadapan kita akan berjumpa. Konfirm ye, dengan penuh yakin dan konfident saya tulis ni jangan tak percaya pulak.


Jadi, mesyuarat kita pada hari ini ditangguhkan,
Kepada yang membaca,
TERIMA-KASIH-DAUN-KELADI
lain kali saya bagi daun ubi pulak.

~sesi emosi sekali lagi~




p/s: Kadang-kadang, insan itu hanya teman di waktu suka dan bukan teman di waktu duka...~

the history

Followers