Monday, January 10, 2011

A Magnolia Sherbet A Day Make Our Friendship Yummy!

Kalau ada sesiapa yang dalam kepala tu terlintas apasal dok tetiba hang nak yummy-yummy friendship ni ocha oouih, haa ni aku nak habaq mai la sikit pasal peraduan nuffnang kat website depa tu. Biasa la since peraduan Repunzel hari tu kempunan nak masuk and kalau masuk pun macam la nak hadiah ps3 dengan perfume tu dan itu pun kalau menang la...


So, I take for granted la kali ni sebaik saja nampak iklan seperti yang di bawah...



Okeh close up sikit...





Nampak tu nampak tu, Lift Your Senses with F&N Magnolia Sherbet. Tu tajuk post blog dia. Tapi tak ada kena mengena pun dengan belog ini melainkan war-war tentang peraduan tu haish sejak bila pula rajin memperaduankan diri ni. Tak pe. Kita try and error. 




Since baru-baru ni baruuu je makan si sherbet baruuu tu dengan cik ani yang berambut baruuu (saje nak letak baruuu jugak dekat situ tak tahu kenapa) dan terbacalah iklan peraduan sherbet yang tak baruuu di website nuffnang tu, nampak sangat tak bukak website mereka sampaikan dah jatuh the oldest post dekat home page. Okeh, okeh, cut it off. Jadi marilah saya perkenalkan anda semua kepada si sherbet ini.





Bukan model ni yang nama Sherbet. Tapi Si Kecik kat tangan beliau tu haa. Sherbet ye, Sherbet nama dia. Model yang pegang Sherbet tu Hani Afiqah ye, Hani Afiqah nama dia.






Dan itu Ocha ye. Ocha nama dia




Okey, puas dah godek-godek nak perisa apa nak kaler ape nak berapa cawan nak beli ke tidak tapi sebab dah termengidam sejak baca Cleo Haajar hari tu terus cakap dalam hati HARUSBELI HARUSBELI, nanti tak pasal-pasal dia buat sketsa Batu Belah Batu Bertangkup dekat dekat rumah sebab kempunan nak Si Sherbet haa, macam mana nak buat tu? Jadi kita harus elakkan dengan membeli secepat mungkin. Alaa, RM2.50 satu. Beli, beli, jangan malu-malu.





Maka dia ambik. Nampak kat tangan tu, nampak tak nampak tak? Siap letak mark 'XOXO' kalau mengaku tak nampak jugak memang nak kena paku mata kau. Oh dan iklan shushi tu sila abaikan. Tak beli pun.






Jadi, memperkenalkan inilah dia perisa idaman kalbu. Mangosteen aaaww aaaww. Aaww aaww tu sebab bila masuk mulut sekali, dia terus masuk mulut berkali-kali rasa macam takjub dan terus takjub dan terus takjub dah macam orang gayat tak pernah makan ais-krim punya perangai.






Dan takziah kepada Hani kerana harus pasrah dengan ketakjuban perisa Melon itu. Not bad apa. Tapi best lagi mangosteen kan? Maka Mangosteen menang, yeay! Tak perlu berteka teki. Harus tahu sebaik tengok muka beliau.



Dan haruslah juga tidak bersifat tamak untuk membeli semua perisa yang ada. Jadi di sini saya lampirkan sekali bahan bukti perisa lain yang terdapat dalam pekej F&N Magnolia Si Sherbet ni selain Melon dan Mangosteen yang saya dan Hani makan tadi, 





Di atas sebelah kiri, perisa Lychee dan bawah sebelah kanan perisa Orange. Dan sebab Mangosteen dan Melon dah jadi tuan rumah so tak payah perkenalkan mereka lagi. Tunggu bila dah beli Lychee dengan Orange, baru dia upgrade sikit dengan model-modelnya sekali. Don't worry. Siapa berminat nak jadi model, boleh mesej saya dinombor yang tertera nama saya pada telefon anda. Sekian terima kasih.





Laluan iklan penutup...


Si Sherbet bersama gelang cap yang tak cukup quota. Mana lagi satu mana? Mana?






Dan juga close up tuan rumah agar penonton semua cakap dalam hati 'OH MACAM NI RUPA DIA SEBENARNYA' instead of cakap 'OH INI KERJA KORANG BERDUA RUPANYA!'





Tweet. Dah omel angat of course la tak tergamak nak buang bekas omel. Apa lagi bila ada kenangan indah sewaktu makan Sherbet bersama BFF sebab tu la letak tajuk Sherbet buat friendship kita Yummy , haa dah faham kan sekarang. Okey saya sahut seruan kerajaan untuk mengitar semula bahan buangan dan buat isi duit shiling untuk kegunaan di hari tua.. Hari tua? Apa tu? Dah la eja syiling pun tak reti.





Sekian. Bye-bye sherbet. Lepas ni boleh tanamkan azam dan bertekad dan berhajat untuk menyunting Orange dan Lychee di taman. Nak bagi cukup pekej bekas duit shiling saye. Alarm tu alarm. Jadi sila faham wahai sekalian model tetap.






p/s: Tak mahu berebut tempat duduk belakang teksi setiap kali pergi JJ Bukit Raja? Solution, jangan pergi Bukit Raja lagi...

Sunday, January 9, 2011

SaYaNg SaMPai MaTi



Kadang-kadang kita jadi terlalu sensitif pada benda paling kecil 

dan biarkan benda tu dalam hati 

dan tak pernah nak luahkan pada orang lain. 

Apa tu? Simpan perasaankah?

Untuk apa simpan-simpan ni?

Jangan ingat benda paling kecil, 

harus dipandang sebelah mata saja. 

Sedangkan efek yang datang kemudian hari,

kita tak tahu betapa besar kesannya dalam hidup kita,

Mungkin juga perjanjian utuh itu boleh terlerai,




Pengajaran yang aku dapat hari itu 

sangat amatlah besar dan bermakna dalam hidup aku. 

Aku tak patut mudah bersangka negatif pada orang. 

Aku tak patut simpan perasaan sorang-sorang. 

Aku patut lebih terbuka. 

Aku patut luahkan apa saja 

Aku tahu aku bukan siapa-siapa tanpa mereka. 

Sebab tu aku cuma mahu katakan 

aku akan sayang mereka sampai mati

sampai aku mati...




Dan aku rasa mahu gelak guling-guling baca tulisan aku kali nih..

Saturday, January 8, 2011

aDa HiKmaH bELi kaSuT BarU


Sekalung pingat penghargaan saya tujukan kepada Cik Honey Bunny Serina aka Clover Girl (tuu dia namaa) sebab sudi temankan saya pi perabihkan duit semalam. Itu saja intro untuk hari ini. Bak kata cikgu muet masa form six separuh jalan dulu, keep it short and simple dan beliau ringkaskan jadi KISS. Jadi nak cakap kat sini, saya suka KISS.




Bak kata orang tua-tua juga, ikutkan hati, mati, ikutkan rasa, binasa, ikutkan perut, kenyanglah jawabnya. Apa lagi kalau melayan tekak yang buat dialog macam ni...



"Tasha makan Jhonny nak?"




"Nak. Jom!"


Maka berlarilah kanak-kanak itu dengan penuh bersemangat merebut tempat di Jhonny Restaurant walaupun harus tunggu sepuluh minit untuk mendapat tempat memandangkan full house dah macam bulan puasa pulak rasanya.


(Iklan Ayoub melintas dekat tv tadi so stop kejap. 
Sekarang boleh sambung balik.)


Saya tak berniat nak tulis entry ni panjang-panjang sebab malulah entry sebelum ni beriya tulis pasal orang lain nak beli kasut, tapi lastly diri sendiri yang terjebak dalam kancah membeli kasut. Tak weh, ini bukanlah sebab gagal mengawal nafsu hati ke godaan hasutan syaitan nampak kasut tu nak beli, nampak kasut ni nak beli, bukanlah mengaruk macam tuh, tapi sebab memang dah jadi kewajipan saya untuk membeli. Waaah, gitu. Ayat dah macam iklan kerajaan dah ni haa...




Haruslah letak gambar cik ani membelek skirt pendek sebagai pembukaan kalau tak kang, ada pulak yang terkejut tengok makcik skirt tak pendek buat aksi &%#@$^* apa tu weh?


Daaaan, bila refer balik tajuk di atas I cuma nak cakap,


Siapa cakap keluar tak cukup kuota tak besh? Kalau terjadi miracle walaupun terpaksa tinggalkan salah seorang kat rumah jaga baby dan lepas tu boleh buat perasaan masing-masing jadi selesa dan bahagia, I guess it worth it kan? Jadi mulai hari ni saya declare awak BFF saya secara rasmi depan dunia.



Awak, yang buat sesi heart-to-heart depan saya sambil makan nasi goreng pineapple dengan awak yang request egg tart tapi tak nak makan bagi dekat saya balik macam hape entah punye perangai tu, lepas ni apa orang nak cakap pun lantaklah we know how close our heart even people see it apart. (Baca laju-laju nanti dengar macam pantun. Okeh, baca sekali lagi.) 



Dah macam sesi Fadzilah Kamsah Selami Jiwa pulak dah ni. Enough. Dah sesiapa pun tak payah nak terasa.





Jadi kita teruskan dengan kasut yang pertama


Kurang berkenan sebab model tak cukup kepala jadi mari kita lihat kasut yang kedua...




Dah nampak kepala model dah, tapi dark grey di kaki tu nampak macam...




Okeh, kita cuba yang tu pulak!



Terlupa pulak nak close up kasut. Jadi biar saya jelaskan, kasut ketiga ni agak mengerlip sikit. So terus tak jadi nak beli karang orang ingat hang ni nak pi koko ka nak pi perarakan olimpik. Ok, letak balik, letak balik.




Malas nak try lagi, terus mintak auntie Bata carikan pasangan kasut yang pertama tadi, nak cuba kedua-dua belah pihak kaki.



Dah macam orang cacat dah aku tengok.




Kesian Cik Hani Bunny jadi camerawomen amateur. Nah hadiah. Terimalah bergambar di sisi model agar kita berdua  boleh cepat-cepat pulang ke pangkal jalan.





Dah selamat dah pakai pergi koko pagi tadi. Sekian terima kasih.Cantikkan weh... 



Tapi kenapa PINK?

Wednesday, January 5, 2011

tErUja UnTuK oRaNg LaiN

Kelas sangat bosan biase la kan awal-awal ni semua student baik-baik belaka. Tapi malang lecturer semua tak ada tapi kau jangan bising sangat sekali lecturer masuk tak berhenti baru kau mimpi nak bersenang-lenang. Mujurlah perasaan teruja tetap ada apalagikalaubukan sebab nak keluar weekend ni. Kau tahu betapa aku punya semangat nak countdown hari jumaat. Teruja ni teruja!


Dan tercakap pasal teruja, ini saja nak bagi pre-post sebelum aku letak sekajang-kajang essay di lain rancangan nanti. Al-kisahnya yang nak dikait dengan situasi kelas tak ada lcturer di atas ialah, disebabkan lecturer tak masuk, jadi kelas jadi pendek, duajam jadi satu jam dan masa bersenang lenang bertambah banyak kat bilik dan masa untuk kelik-kelik kedai online pun banyak. Saya pun mewakili tuan badan untuk express keterujaan meng'usha' boot di internet. Sila kelik forever 21 atau paperlime atau shopruche atau chickdowntown atau joansheep atau shoplasticland atau heels.com jika rasa nak join teruja sekali shopping boot hari jumaat nanti. Go Boots Go!!!



Dan antara yang menjadi rambangan mata,


RM290




RM375



34.8 USD



RM150





RM120



RM430





Gaya macam nak menjual kan weh kan. Yelah, yelah aku gedik.

Tuesday, January 4, 2011

kRiSis RuMEt mEmAnG taK rOcK!

New year dah masuk dan inilah post pertama aku for this year. Double one tak ada apa yang boleh membuatkan aku teruja untuk kembali ke Shah Alam melainkan GossipGirlTotallySpies dan JJCM. Memang perut susah nak digest dan terima hakikat kau-harus-kembali-pressure. Sebab tu assignment jatuh tangga terbawah! No worry. Sebab pressure terawal pun dah dapat. Yang ditaja oleh power root. Jadi, terima kasih power root!



Being ignored is not fun. NOT FUN AT ALL OK.  Tak kiralah post ini boleh jatuh under category tak-patut-la-weh-kau-post-kat-sini tapi aku nak letak jugak jadi silalah pasrah. First nak cakap seriously rindu part two I mean rumet part two, maksudnya rumet part two la PART TWO!!! Tapi bukanlah menyesal melangkah ke part 3. TAK. Kau patut jadi insan yang amat bersyukur tak ada repeat apa-apa paper. Tak kena kick out dari UiTM kalau tak menangis makbapak. Cuma sekarang tengah cakap pasal rumet okeh RUMET, jadi sekarang aku nak cakap pasal rumet.



Dulu la dulu, masa satu rumet dengan kak Ani sangatlah have fun sebab once bila tahu kak Ani dari Terengganu terus ingat orang ramai cakap orang Terengganu aka Kelantan ni suka geng dengan diorang-diorang je, berpuak-puak, tak mahu kawan dengan orang negeri lain eh eh bila dah kenal kak Ani langsung fakta itu jatuh tangga paling bawah tak ada kena mengena dengan kak Ani jauh menyimpang tu. Kak Ani sangat fun okeh dan langsung tak ada Terengganuism dalam diri dia jadi bad impression dah boleh syuuh jauh-jauh.



Cuma this sem, I mean THIS SEM, rumet aku sekali lagi Terengganu. Dahlah takmau komen lebih-lebih. She's okey what...






Cuma... we were apart n i’m kinda dying this semester.

Thursday, December 30, 2010

JJCM PeNuTuP 2 ThOuSaNd 10



 
Masa orang semua tengah sibuk tonton piala Suzuki AFF sambil jerit GO MALAYSIA GO depan tv, aku pun sibuk jugak depan Beno yang dibawa khas dari dalam bilik dengan berhati-hati dan penuh jimat cermat sebab tak mahu charger dia berpisah dari soket aaa macam mana kau nak bayang tu? Dan masa itulah aku pun terjerit-jerit GO BEROK GO apakah tidak makhluk BEROKBAND ini sungguh menguji kesabaran apa orang semua tonton bola pakai setelit broadband ka? Dah duaempetbelas ni aku tak tidur lagi ni. Dah la Ayoub tak ada tadi rasa nak saman je tivitiga tu kalau buleh nak kasi sound sikit apa tak ada cerita lain ke selain Indiana Jones tu kau nak siarkan hah?


Iklan penaja;

Hei tivitiga! Kau ni memang &%#!#@$^%#@ tau tak! Tergamak kau pisahkan Ayoub dari haku? Kau kejam kejam KEJAAAM!!!



Ehem, ehem. (throat clearing 4 a second.) Jadi penghujung cuti sudahlah tiba. Shah Alam pun sudah menyeru pulanglah pulanglah pulangkaaan, haaa ala-ala Pontianak Harum Sundal Malam giteew. Dan, kesedihan pun mula tiba dan semakin berleluasa sebab masa untuk bermalas-malasan, masa untuk menggemukkan badan, masa untuk tebus azam lama juga sudah la tamat. Letakkan pen semua orang!



I thought I could write another two or three more posts for December but I guess CANNOT LA WEH like kau orang pun tak pedulik aku tulis ke tidak kan weh kan. Ada apa dengan cinta belog ini? Buat geli aku baca saja. Dahlah sampah sarap rubbish haramjadah tak berilmu dan tak bermanfaat. Ini yang rasa macam nak berazam buat belog ni jadi belog untuk Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tahun baru ni! untung-untung lecturer TERsinggah boleh dapat side marks sebab memperkasakan bahasa baku dalam kehidupan seharian. Dah la geli lagi aku dengar azam diri sendiri.








Ooouh, enaflah. Actually last Tuesday, I had my laaaast family vacation. Since ayah kerja, then kerja akulah untuk mengangkut segala beruangs beserta Bunda untuk ke Ulu Bendul ooh I manalah kaya sangat nak bawak all those bears to oversea but over the hill I guess no problemo kan kan kan? Cukuplah semua ini akan buat aku rindu untuk lima bulan akan datang. Cepatlah cuti sem lagi sekali...!!! (orang gila memang akan cakap macam ni.)







Jadi sebaik tiba di lokasi pengambaran, bunda dan dua ekor beruang di atas saling bertungkus lumus mengaplikasikan teori-teori pengakap masa koko di sekolah. Waktu nilah nak menyesal sebab tak beri perhatian pada kelas teori haa padan muka kau! Dan sila abaikan orang gila tadi. Dia tak ada kesedaran sivik untuk membantu.





Bunda paling hebak terbaik dari ladang . Tak ada Pak Omar di sisi pun, masih berwajah tabah dan penuh cekal jujur dan amanah biarpun bergelar ibu tunggal sementara. Itu yang kita mahu ya para hadirin dan hadirat. Chalo mere beteh!





Wajah suci dan murni para beruang sebab teruja seumur hidup ini pertama kali mandi air terjun. Memang nak mati punya statement!





Memang dasar beruang gayat dan jakun. Tengok batu pun boleh teruja.






Ini bukan jakun ni dah tahap beruang terencat dan menghidapi sindrom kronik dah kau tahu.





Ya, masing-masing sudah kembali normal.





Semenjak faktor cuaca tak mengizinkan, semenjak air bertukar kelabu, aku dan cik tomato terus naik ke darat dan tukar baju dan duduk melepak menikmati Cosmopolitan dengan orang tersayang. Masa nilah aku mesej korang pasal wedges hitam idaman kalbu tu ye BFF sekalian! Sila semak halaman 69 kalau tak silap.

* sdah chek dah. It's 83.



Dan inilah orang tersayang yang saya maksudkan tadi, Kak Zue. Alahai, macam comel je panggil mama sendiri kakak. Perasanlah awak ni, Puan Zubaidah...





Ooh, giliran dia pulak terencat. Beruang pun join sekali naik ke darat dengan muka yang sungguh berlagak enter frame dalam photo shoot insan lain. Kenapa kau naik darat cepat sangat? Air bertambah keruh ke?





Mungkin juga. Maka terbentuklah The Bears Gang atau dalam bahasa melayunya, Geng Beruang-Beruang! Chop. Yang tengah tu tak termasuk okeh!





Tomato tak join sebab dia sayur. Jadi dia department lain iaitu kemaskan barang-barang dalam khemah. Arigatou gozaimasu tomato.






Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bagus. Anda semua layak untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara!





Bagus lagi dan lagi dan lagi. Majulah camping untuk negara!





Cik Tomato naik pangkat jadi supervisor. Tak gulung khemah dengan kemas dan saksama siaplah kau kena maki dengan aku! Yang benar, tomato.





Kak Zue, sudah-sudahlah jadi camere lady tu. Jom kita balik jom. I drop by dekat Giant Supermarket kita shopping voucher yang bapak beri itu ye!






Yeah, then tamatlah sudah JJCM Family Version untuk 2 thousand n 10. Memang tak nampak makanan sebab tak teringat pulak nak kelik kelik. Halalkan sajalah gulai lemak cili api ayam dengan sayur kangkung dengan ikan masin dengan fries dengan nugget ayam dengan buah pisang dengan buah mangga itu dihadamkan di dalam perut kami semua okeh. MINNA SAYONARA!




2 thousand 11, CAN'T WAIT 2 SEE YOU!!!





Thursday, December 23, 2010

aKu RiNdU kaU



Aku ada seorang kawan. Nama dia Nur Atiqah Binti Rosli. Aku panggil dia Tikah. Dia panggil aku Tasha (promote la nama sikit). Masa dekat Kedah dulu, selain Haajar dengan Hani, Tikah la kawan aku yang paling rapat. Setiap petang kitorang pergi makan dekat dining hall sama-sama. Sebabkan Tikah duduk bilik bawah, dia akan miskol dulu bagi hint nak makan. Aku buatkan ringtone khas untuk nombor dia. Sebab bila ringtone dia bunyi, aku fahamlah dan terus siap-siap turun bawah tanpa perlu tengok handphone dah tertanya-tanya siapalah yang gedik miskol aku petang-petang ni.


Kalau kat dining, Tikah suka makan nasi goreng abang Vietnam tu. Hari ni nasi goreng cina, besok nasi goreng kampung, lusa nasi goreng kerabu, suka hati selera dialah. Tapi Tikah ada alergi. Dia tak boleh makan seafood. Sebab tu kalau makan char kuey teow dengan Tikah, udang aku jadi empat padahal sepatutnya dua ekoq jaa. Haha, aku suka part ni. Terima kasih Tikah. Dan Tikah juga alergi dengan sabun. Maksud aku, sabun basuh baju. Sebab tu setiap minggu dia mesti balik rumah untuk basuh baju. Kalau tak nanti tangan dia pecah-pecah. Bukan pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas tu. Ni pecah kira macam kulit sensitif laa.


Macam mana boleh rapat dengan Tikah? Aku tak tahu. Tapi Tikah pernah cakap, roommate dia takut nak tegur dia. Setiap hari pergi kelas sama-sama. Duduk dalam kelas pun sama-sama. Assignment group pun hampir selalu sama-sama. Mungkin sebab dari part one lagi kitorang sekelas, sebab tulah kot. Kadang-kadang waktu malam dia akan datang dekat blok aku untuk tengok tv sama-sama. Kalau datang bilik aku pun macam tu jugak. Laptop aku, al-sama al-dengan al-laptop al-dia al-juga. Comel di situ.


Dress up Tikah sangat sempoi. T-Shirt dengan seluar jeans dengan kasut sport. Tudung dia pun main campak kiri kanan. Tak ada pun nak pin sana brooch sini, melainkan hari Isnin di mana semua orang wajib pakai baju kurung. Waktu tulah baru nampak Tikah girly sikit. Kalau tidak, hari-hari aku akan cakap dalam hati, TIKAH KAU MEMANG ROCK!


Tengok trademark pun tau.


Tikah tak banyak cakap. Maksud aku bukan potpet-potpet jumpa orang ni gossip, jumpa orang ni mengumpat. Itu tidaklah. Tapi walaupun dia diam, dia tahu banyak benda. Pasal current issues, movie, cerita korea terbaru, channel Astro dekat dining, semua dia tahu dan siap bagi sinopsis dekat aku. Bila bercakap pulak, dia akan gunakan ‘kami’ sebagai pronoun untuk diri dia. Memang Kedah sejati. Kalau bukak folder gambar masa dekat kedah dulu, memang banyak gambar dengan Tikah. Especially masa part 1.


Cuma, mungkin sebab kitorang sama-sama CENCER, perangai pun hampir sama KOT. Aku assume macam ni saja. Aku ingat dekat Tikah. Tikah ingat dekat aku. Tapi aku ni bukanlah peMESEJ orangnya. Dan dia pun sama. Jadi persamaan ini buatkan kitorang dah tak contact lagi dah lepas tamat pre-law. Anyhow, aku tahu dia sekarang dekat UiTM Melaka. Sekarang Tikah dah rapat dengan Bella, dengan Rain, dengan Cya. Aku tumpang gembira saja. Cuma aku harap, Tikah tak lupakan aku macam mana aku pun takkan lupakan dia.


TIKAH, RINDU KAU!


Rindu pakai blazer nak ambik gambar kelas same-same dengan kau.


Rindu potpet-potpet forum pasal hantu same-same dengan kau.


Rindu jalan-jalan kat vm same-same dengan kau.


Untuk Tikah,

Kalau kau membaca karangan aku ni, aku cuma nak cakap, aku rindu sangat-sangat dekat kau. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku selama ni. Kalau ada salah dan silap yang tak terampun lagi, maafkan aku ye Tikah. Zahir dan batin. Dunia dan akhirat. Kalau senang-senang nanti kita reunion okeh. Sayang kau. Rindu kau. Sumpah tak tipu!



p/s: tikah, kenapa kau tak reply mesej aku?

Wednesday, December 22, 2010

KaKaK MiSaLi. AkU La tUu...


Aku boleh jamin yang aku ni sorang kakak yang baik. Amboih statement. Buktinya? Bawak adik-adik keluar tengok movie itu baik kan? Apatah lagi kalau tengok movie hantukaklimahbalikrumah (kau kena cakap laju-laju macam iklan promo dia tu ok). Adakah itu boleh jadi bukti? Boleh boleh, B.U.L.I.H. Ya, aku tahu, aku memang kakak yang baik. Beri tepukan yang gemuruh semua orang...


Baiklah, ini bukannya JJCM sangat. Cuma jalan-jalan saja. Layan perangai adik-adik semua. Sorang nak main boling, sorang nak pergi karaoke, sorang nak shopping seluar jeans, sorang nak makan ais-krim eh tiba-tiba adik aku jadi ramai pulak.


Kalau nak tahulah kan, aku buat tak layan je dengan permintaan diorang tu. Haa, dah sampai Seremban Dua, dah beli tiket hantukaklimahbalikrumah (cakap laju-laju lagi tau), aku pun cakap dengan diorang, kau-nak-merayap-ke-mana-kau-pergilah-nanti-dah-pukul-dua-jumpa-kat-atas-siapa-lambat-kena-belanja-pop-corn. 


Punyalah tak prihatin dengan adik-adik. Kan dah kantoi bukan kakak misali.


Si beruang tu macam biasa. Popular memang tempat feveret. Komik kat situ dah macam komik dia. Amir (kawan beruang) pulak pergi merayau kejap. Then baru diorang masuk k-box. Jadi aku redho sajalah. Si tomato dan aku pulak ambik kesempatan berfitting. 



Eh, aku tak fitting, tomato sorang saja. Kau tengoklah dia fitting jaket jeans tu. Tak padan dengan tembam. Scary betol budak nih.


Tapi satu rahsia aku bila keluar dengan budak-budak bawah umur ni kalau kau nak tahulah kan, automatik feeling tu jadi macam mak-mak. Jadi aku tak berapa nak fitting sangat. Tengok dress pun tahu.



Ini bukan mak-mak ni. Dah macam janda berhias dah aku tengok.



Seterusnya, dah puas tomato tu berfitting, perut dia dah berkeruk-keruk, barulah tayang muka kat aku nyanyi lagu tolong-kami-bantu-kami, itu tandanya minta simpati belanja makan. Dan aku pun melangkah ke Jhonny. Redha sajalah melayan tekak yang gatal sangat bagi suggestion pada diri sendiri untuk ke restoran tersebut. Duit elaun simpanan beberapa minggu, aku ucapkan sayonara... Aku tak pedulik janji aku dapat makan mee kaler hijau tu!!! So, siapa yang patut nyanyi lagu tolong-kami-bantu-kami sekarang, kau cakap!



 Pertama kali pergi Jhonny dengan servis paling hampeh. Almost an hour tunggu makanan sampai. Aku rasa macam nak ketuk je waiter yang pakai topi krismas yang ada spring tu. Ban Jhonny Seremban! Tak kira!



Then layan mata pulak tengok hantukaklimahbalikrumah (jangan lupa fast version sekali lagi ye). Boley la, no thumbs up. Tak menyesal pun kalau tak tengok. Dah TER'tengok', itu sajelah yang aku mampu komen. Mungkin boleh tebus balik  tengok Tron. Mungkinlah. Tapi dengan cuti yang semakin suntuk ni aku tak tahulah sempat ke tidak. Oh Tuhan, sempatkanlah...



See, adik-adik aku pun setuju dengan pendapatan aku. 
Hantukaklimahbalikrumah tu tak la best sangat.
Diorang cakap!


Fine-fine. Aku malas nak fikir dah. Tarik nafas, sedut nafas, eeah, silap. Tarik nafas, hembus nafas. Aku tengah countdown 3 haribulan ni. Pertama kali teruja nak tunggu sem bukak. Kenapa ye?



Gambar last. Ni Amir. Geng beruang. Siap pesan letak gambar dia sekali dalam ni. Sebab gambar kau tak banyak kan Mir kan, terimalah Kak Ocha sebagai pasangan..huwahaha. Geli!




p/s: Sebab adik orang pun aku angkut, jadi aku layak dapat anugerah kakak misali kan weh kan...:P

Tuesday, December 21, 2010

SeBaB kEnaPa SaYa DaH LaMe TaK UpDaTe DaN raJiN uPdaTe BeLoG

Ada member aku tegur,  ‘rajin-kau-update-blog-sekarang’. Aku senyum-senyum saja buat muka comel macam kim hyun jung waving waktu breakfast dekat jepun dalam WGM. (Haajar kau mesti tau part ni kan?). Walaupun aku rasa dia lagi comel tapi aku nak perasan comel jugak lantaklah!


Dan aku pun jawab dekat member aku tu;


Ocha – Dulu Beno aku rosak la weh. Charger dia tu cetak rompak punya brand. Aku mana kaya nak beli original tiga gatus ringgit Malaysia tu. Dahlah bukan kaki mesej. Nanti kang tak online orang cakap aku ni laksana Alien yang dah kembali ke planet asal pulak. Langsung disconnect. Tak tahu kabar berita. Sebab tu aku merajinkan diri untuk update, biar orang tahu perkembangan aku. (Bajet artis tak weh?)


Member – Oh, patutlah dulu kau jarang online. Habis sekarang Beno kau dah eloklah?


Ocha – Elok tak elok sangatlah. Masih lumpuh jugak. Ni kira mukjizat Tuhan tau aku dapat online dalam bilik. Kalau tak, HARAMJADAH.


Member – Tapi buleh pulak kau online dalam bilik. Bukan kau cakap bilik kau tu tempat jin bertendang ke?


Ocha – Hayun mangkuk ni, agak-agak la nak cakap bilik aku tempat jin bertendang. Kan aku dah cakap itu mukjizat Tuhan. Mana aku tau tiba-tiba buleh dapat line 3g dalam bilik tu. Entah-entah bumi sedang mengalami peralihan orbit ke, line marikh tercampak kat rumah aku ke, kerak bumi terlebih gelombang ke...


Member – (Dia buat muka blurr pandang aku.)


Ocha – (Pandang mata bagi isyarat dalaman ‘kau-nak-makan-selipar-aku-ke?’)


Member – Ok, ok. Tak kisahlah, janji kau online. Lama dah aku tak baca post kau, ingatkan dah meninggal tadi.


Ocha – Pang!!! Ambek kau penampar Nihon satu.


Member – Tergamak kau weh. Apa pun terima kasih. Memang dah lama aku tak makan penyepak ni. sedap gak.


Ocha – (Terangguk-angguk faham)



SEKIAN DAHULU CERITA SAYA, BERSAMBUNG LAGI DI LAIN RANCANGAN



Ini dia muke comel kalah Kim Hyun Jung yang aku cakap tadi. Ambik kesempatan web cam sebelum pergi rumah orang kawen. Kau jangan salah paham dengan wajah tanpa cela itu.

aLaSaN taK NaK DieT




Aku nak buat pengakuan sikit ni. Kawan-kawan, harap jangan terlalu terkejut sampai rambut tercacak atas kepala okeh. Ni nak bagitahu, kalau sesiapa yang kenal pakcik bluehippo tu, beliau kirim salam. Weh seriyes ni. Aku kamceng dengan beliau dah sekarang kau jangan tak percaya pulak. Kalau duduk sebelah dia pun, tak ada bezanya, sama je saiz. Haa, take point take point. Itu yang aku cuba nak sampaikan tu sebenarnye. Tak tahulah manusia jenis apa ni asal masuk dapur je melantak, asal melantak je masuk dapur. Dapur tu kalau tak berasap kau jangan percayalah. Dengan adanya aku di rumah, nescaya, wajib habis gas di dapur melainkan kalau rumah aku pakai dapur kayu. Makanya, kayu yang akan habis.


Cuma sekarang ni aku bukan nak cakap apa benda yang aku melantak atau apa benda yang aku masak untuk orang-orang dalam rumah aku melantak. Tak tak. Aku cuma nak cakap perasaan ingin berdiet tu ada. Sentiasa ada. Tapi pada masa yang sama perasaan ingin makan pun sentiasa ada. Makin meningkat setiap hari, aaa canne tu? Jadi kalau nak excercise kau jangan mimpilah. Aku punye alasan kau dengar sini okeh.



1st sebab aku tak ada sport shoes sekarang. Aku tak tahulah kalau gossip girl aku baca post ni atau tidak tapi yang pasti, sila sampaikan mesej aku ini kepada diorang okeh. Kau cakap, aku nak Girls-Day-Out-JJCM-Versi-Shah-Alam-Season-3 SEBELUM, sebelum hari sabtu minggu pertama ya. Sebab aku tak ada kasut nak pergi koko kembara ari sabtu tu nanti. Dahlah elergi terlampau pada setiap komander, sekurang-kurangnya ada kasut baru nanti bersemangat waja la sikit aku nak melangkah ke padang kawad tu. And kau cakap dengan gossip girl tu, kalau diorang tak nak, tunggu la detik 12 malam, nescaya aku rembat kasut diorang. Percayalah. Tolong sampaikan ye. Terima kasih.


Alasan pertama aku dah bagitau. 2nd reason. Haa, kau tahu kenapa? Tak tahu kan? Ni aku nak cakap. Even aku ada sport shoes pun, kau expect aku nak jogging ke mana? Taman perumahan aku ni kecik je. Tak sempat peluh pertama nak menitik, dah habis pusing satu taman dah. Baik tapayah kan weh kan.



Dan 3rd alasan. Kau jangan harap aku set alarm semata-mata untuk bangun pagi pergi jogginglah ye. Kalau kat UiTM mungkinlah aku punye alarm ter’set’ secara semulajadi. Tapi kalau kat rumah mintak maaflah. Selagi mak aku tak gegar bilik aku dengan batang sudip dia, tak ada maknanya anak dara ini mahu melangkah keluar dari bilik. Uish, malu dow cerita perangai buruk sendiri depan orang ramai. Bila aku cakap macam ni mesti korang fikir ‘apa-kau-ingat-kau-buat-public-speaking?’



Jadi sebelum aku kantoikan keburukan diri sendiri dengan lebih lanjut, moleklah kiranya aku berundur diri dahulu. Kepada sesiapa yang ada tips-tips untuk memikat hati suami menurunkan berat badan tanpa perlu excercise, silalah kongsikan bersama ye. Tak baik weh kedekut ilmu. Tuhan marah. Aku mintak diri dulu. Terima kasih kepada penaja kita pada hari ini, ubat nyamuk cap elefen. Anyeong...






Sebagai alternatif untuk menggantikan excercise, aku jadi petani moden setiap petang. Kalau kau tak percaya, kau memang kawan sejati aku.

the history

Followers