Saturday, January 12, 2013

sToKiN bUkaN bEnDa ReMeH TaU!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE B UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Oh My God! Nak dengar satu cerita tak I kena ambush dengan Mummy petang tadi? It's that when I was playing with Alicia, mummy suddenly asked me this,




"Sekarang kalau balik rumah dah tak pakai stokin eh?"




Gulp! Telan air liur dengan kepayahan. Pedas pulak rasa air liur sendiri. Muka tiba-tiba berbahang. Padahal petang tadi hujan lebat okeh nak bahang apanya, bahang apanya??? Dah tak senang duduk pulak. Habis tune gitar berterabur. Phew ~




"Malas la mak. Lagipun balik rumah kan."




I tersengih-sengih selepas diam for few seconds. Selamba macam tu dengan mummy. It's not because I tak hormat mummy ke apa, tapi that's the way to cover the shame yang teramat sangat masa tu. So what? Dengan Allah pun tak malu, inikan pulak dengan mummy. Alaaa, apalah sangat setakat tak pakai stokin je. Tudung still labuh tutup dada. Baju tak ketat. Tak terkinja-kinja, tergedik-gedik apa semua.




"Malas? Tutup aurat malas?"




Uhuk uhuk. Batuk pulak tibe-tibe. Tekak gatal yaw. Terus diam. Terus teringat entry kak long about istiqamah tuu. Honest. I don't like this normal feeling. Feel weird but it's just that I ignore the guilty feeling. Buat tak tahu macamlah Allah tu tak Maha Melihat. Padahal dulu masa gatal miang sangat jatuh cinta dengan senior sekolah tu, kalau boleh 24 jam nak duduk atas tikar sejadah. Bila jiwa kacau barulah nak fikir Allah sepanjang masa.




Dulu rajin baca Ma'thurat pagi petang. Sekarang seminggu sekali pun susah. Yaasin, bukak malam jumaat je. Al-Quran pun untung la dapat selak kalau lepas Maghrib tak rushing nak buat apa-apa (normally, rushing for assignment menjadi alasan padahal boleh je take 5-10 minutes untuk selak dua mukasurat at least). Subuh pun kemain liat nak gagahkan diri. Qiam jauh sekali.




See. The thing that I afraid the most just happened. I can't istiqamah with myself. But I keep asking people to be good. Perangai apa tu? Ingatkan tahun baru nak berazam jadi lebih matang dan solehah dan bertanggungjawab dan jadi contoh kepada orang lain. Rupanya...




I'm so poor :(




Mummy jarang buat aku malu macam ni. But I truly thank her with that very direct sound. Because I know, it's not from her, but from Allah SWT. Who reminds me and wants me to realize that, stokin itu bukan benda remeh tau! 




Haaa, ni baru namanya bestfriend. Selamba sound direct. (Bestfriend yang lain, sila terasa...haha)



Orang yang memilih akhirat, dunia akan datang bergolek-golek kejar dia. Allah tak janjikan kesenangan dunia, tapi Allah janjikan syurga. Wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadapNya dan amat bersungguh-sungguh menjauhi laranganNya. Meskipun untuk itu diri mereka menderita. Berbahagialah untukmu, wanita yang memilih jalanan taqwa.





Kamon, ayuh berjihad!

Friday, January 11, 2013

SpEaK nOw, sPeaK NoW, SpEaK nOw


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt







Currently, I'm listening to "Speak Now" by Taylor Swift. (Loser sangat baru tahu the existence of this song). But it's so cute sampaikan terus google guitar chords and capai gitar dekat sofa belakang ni dan semestinyalah niat aku untuk membuat nota pragmatik tergendala walaupun that very important date just 3 days from now and I don't touch even a single topic of this grrr (sound effect) paper. 'Grrr' tu maksud dia 'tough' laa. So, dah tahu paper susah lagi boleh selamba main gitar. Tahu tak tadi mummy I punya mengamuk macam mana?




"Ni dah last paper jangan nak main-main"




"Empat tahun kau belajar bersangkak-sangkak yang last ni buat betul-betul."




"Mak tak nak kau sangkut ke, repeat ke apa ke."




Hish mak ni. Nauzubillah tau jangan dimintak-mintak repeat tu. Makin nak habis ni makin scary tau mummy I punya perangai. Tang mana nak buat nota, tang mana nak update blog tang mana nak main gitar. Eh eh, but I tell you what, lagu ni serius comel gila. Bayangkan kalau aku nyanyi dekat someone yang aku suka. Terjah lelaki tu masa dia nak salam tok kadi.




"Jangan lafazkan akad nikah tu pleaseeeee!!!"




Selamba je nak musnahkan majlis kahwin orang. Mesti dramatic habis sebab the song's story line itself dah macam a cute fairy tale dah tau. Wish I have that awesome voice as Taylor Swift (mimpidisianghari). Tak apa. Aku feeling dengan Alicia sorang je. Lantaklah suara ke sungai ke, ke laut ke, ke gaung ke kan.




Oh ya, hi readers. Rasa macam lama tak update blog padahal baru berapa hari. And I've been 3 days at home. Ralat sangat duduk Shah Alam lama-lama. Macam alergik pulak rasa. Bukan homesick. It's just because that I don't want others to feel uncomfortable with me. Menyusahkan orang is something that I really hate to do the most. Mummy thought me that. Be independent. Be a tough girl. Orang tak akan pedulikan kita bila kita susah. They smile. They clap their hands. Kalau ada yang betul-betul care pun, it's REALLY hard to find. Rarely exists. Tapi mummy cakap kita jangan marah dekat diorang. Sebab diorang yang jadikan kita kuat. So be thankful.




"Thank you guys for making me strong." 
(bow 90 degrees)




And as for my latest updates, tak tahulah nak cakap macam mana. I really am regret with a lot of things happened recently sampai kadang-kadang syaitonirrojim tu bermaharajalela sangat menghasut you know it can give me the feeling of benci yang tak terhingga dekat someone yang I tak sampai hati nak state dekat sini. Dan tak tergamak. Dan tak sanggup. Dan tak sudi pun nak taip nama dia. Kalau terasa nasiblah. I pun malas dah nak jadi orang positif. Positive towards that stupid d*m* b***h anymore! Sebab Allah itu adil. What you give, you get back.




A.N.Y.W.A.Y.




My spirit is not that down to hell. Macam mati laki punya gaya nak beriya sangat emotinal kenapa kan? Tadi kata strong. Tough. Ahli bina badan. Eh? Ok lah. Nak sambung buat nota balik. To BFF yang sedang membaca, I got another dilemma. Tapi I tak boleh state dekat sini. So kalau you guys tak busy, let me know and I'm going to catch you up. Nak buat sinetron samarinda heart to heart. 




Eh, da pandai main gitar lagu speak now laaa ^_^

Tuesday, January 8, 2013

23rd aLrEaDY: KaK LoNg, KaU DaH tUa Laaaa!!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT





Aku tak romantik. Sebab aku tak pernah bercinta so aku tak tahu macam mana nak buat benda-benda yang suwit untuk orang. Tapi aku manja sikit. Sikit je. Sekadar cukup untuk tunjukkan ciri 'perempuan' aku disebalik kata-kata biadab dan kegilaan yang tak pernah tercapai di kepala otak kepala lutut sesiapa.




Jadi sebab aku tak tahu macam mana nak ekpresskan rasa sayang dekat orang, biasanya aku tunjukkan dalam bentuk yang indirect. Macam contoh hari ni hari berbahagia kakak aku. Walaupun aku anak sulung tak ada kakak dan abang, tapi kawan-kawan baik aku yang aku sayang sangat sangat aku akan panggil diorang kakak atau adik depends diorang lahir awal atau lambat daripada aku. So cara aku tunjukkan yang aku care atau sayang dekat seseorang, typically on someone's birthday like today, aku akan create satu entry khas untuk orang tu dan cakap dekat dia,




I LOVE YOU LIKE A LOVE SONG BEBEH




aku cuma mahu kau sentiasa gembira dan retarded macam ni. haha




Ok. Kak Long yang aku sayangi. Ada satu pengakuan ones yang aku nak bagitahu. Dulu masa mula-mula kenal kau (masa kau jadi rumet Aliya), perasaan pertama aku dekat kau ialah negatif. Aku tahu kau tak ada buat salah apatah lagi dosa apatah lagi dosa besar dekat aku tapi my 1st impression aku dekat kau ialah -akutaksukakau!



Lepas tu bila dah jadi rumet kau, aku kenal satu demi satu perangai kau. Kau macam ni. Kau macam tu. Kau suka ni. Kau tak suka tu. Kau rumet yang boleh buat aku jadi diri aku. Aku tak perlu nak berlakon depan kau. Aku tak perlu sorok apa-apa dengan kau. Aku boleh gelak macam setan depan kau. Aku boleh menangis macam budak kecik tak dapat pensel kaler Luna depan kau. Pendek kata aku selesa bila dengan kau. 




Memang lumrah dunia ni orang yang kita tak suka itulah yang akan kita sayang. Macam bestfriend aku Nurul, macam Jannah, macam Haajar, macam Hani, macam Encik YB pun, semuanya bermula dengan perasaan aku yang sangat meluat dekat diorang. Aku menyampah. Aku memang suka tanamkan sifat negatif dalam diri. Tak tahu kenapa. Tapi itulah sejarah disebalik cerita aku dan kawan-kawan aku. Last-last sayang macam darah daging sendiri. Aku sendiri tak faham kenapa Tuhan rencanakan introduction begini dekat semua kawan-kawan aku.




Dan kepada kak long sayang busuk masam masin, aku hanya akan cakap benda ni dekat sini je. Kalau kau nak suruh aku repeat depan-depan, buat live confession. Sorry. Dalam mimpi pun kau belum tentu dapat...haha. Aku tak nak jiwang-jiwang sangat. Cukup aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau macam aku sayangkan 'adik-beradik' aku yang lain. Semoga kau sentiasa berada di bawah naungan rahmat Tuhan. Semoga kau terus istiqamah dengan segala amalan dan kebaikan yang kau lakukan. Aku tak kawan dengan budak jahat ok. So, be good! hahaha.




HAPPY 23rd BIRTHDAY KAKAK
MAY GOD BLESS
(amin)




p/s: tak ada pi es.

Monday, January 7, 2013

MaK CiK pErGi KaRoK Tu bUaT Pa?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Mula-mula ambil wudhuk. 

Lepas tu bentang sejadah. 

Lepas tu capai telekung. 

Pakai elok-elok. 

Berdiri tegak. 

Rileks. Istighfar beberapa kali.

Angkat takbir. 

Dan...

Allahu akhbar dengan serendah-rendah hati.

Simple steps untuk cari penawar hati.




Aku tak ingat bila kali terakhir aku menangis. Oh ya. Mungkin masa mak aku accident hari tu kot. And tadi aku menangis lagi. Tibe-tibe je tanpa signal. Tanpa warning. Air mata aku menitik dengan sangat laju. Sebab satu-satunya ayat yang aku faham dalam surah yang aku baca tadi;




"La Tahzan, Innallaha ma'ana."
(Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kita) 
- At-Taubah 9:40.




Ada ayat sambungan dia tapi aku faham sekerat je. Aku harus asah balik lidah arab ni. Malu dengan Allah bila baca quran tapi tak faham. Baca berlagu-lagu tapi tak tahu maksud. Roh Al-Quran tak masuk. Syaitan pun tersipu-sipu ketawa.




Oh, kisah terserempak dengan ayat 'La Tahzan' itu tadi bukan rekaan. Memang aku tak sangka lidah aku boleh terhenti di situ dan hati aku tersentak lalu terus menangis. Mungkin Tuhan ingin berkata-kata dengan aku. Memberitahu sesuatu. Disaat aku perlukan seseorang untuk mendengar segala luahan hati, kenapa aku lupa bahawa Dia sentiasa bersama aku? 




Terlalu mengharapkan telinga manusia untuk mendengar masalah dan cerita. 
Sedangkan Yang Maha Mendengar itu ada. 




In short, seberat mana pun masalah atau beban atau tekanan, karaoke bukanlah penyelesaiannya. Dah tua-tua ni bertaubatlah wahai makcik. Malu tengok dek anak-anak. Budak-budak sekarang kepala otak masing-masing bukan tak pintar litar pintas. Nak didik anak jadi soleh solehah tapi mak bapaknya tunjuk contoh nauzubillah. Manusia sekeliling semakin menakutkan rupanya.




nothing related. i'm just listening to this rite now :P




p/s: harap kau faham apa yang cuba aku kaitkan dengan La Tahzan dan karaoke itu. aku budak bahasa yang penuh dengan maksud tersirat. aku unpredictable. aku complicated. aku kadang-kadang gila. tapi aku baik. gud nite beautiful world ^_^

Sunday, January 6, 2013

RoLLiNg EyEs o_O


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULULLAH SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




It's quite frustrating when you came back to the place you wish to avoid but all you have and must do is just stay there and wait. Waiting is just not me. I hate waiting. I am impatient. I feel like to give up. Now I know how hard it is to survive in this world. Feel like to ignore everything. Rasa macam nak duduk pondok mengaji hari-hari, khatam quran seminggu sekali like what is that? Duniawi-duniawi, but still I have to take care of it. Aaaah, aku kena bukak buku tajwid balik! (tibe-tibe-meroyan)




Kepada para pembaca,


Aku cuma mahu merepek dan cakap apa yang aku nak. 


Luahkan apa sahaja seperti sampah yang aku selalu tulis dalam diari hari-hari. 


Tak ada point. 


Tak ada isi.


Yang ada cuma frasa-frasa keji yang aku campakkan dari hati.


Aku bukan merungut.


Jauh sekali mencaci maki.


Cuma pada saat-saat akhir begini.


Aku sedikit lemah dan penat.


Terasa seperti mahu melaungkan sekuat hati betapa


"LIFE IS SO UNFAIR"


Aku tahu itu bukan kata-kata yang patut aku ujarkan


Kalau aku tulis ayat yang baik-baik, 


itu bukan sampah namanya.


Naaah, aku akhirnya terasa sedikit merdeka. 


Sedikit sahaja. 


Kerana Encik Final masih memandang aku dengan sinis. 


Cuma sekarang masanya untuk bertawakal bagi paper lapan jam kredit itu. 


Aku sudah muntahkan isi dan idea yang terbaik. 


Beri apa yang diminta. 


Buat apa yang dimahu. 


Sekarang, 


jatuh bangun pointer aku tinggal bergantung kepada Yang Esa semata-mata.


Aku penat. 


Aku rindu Alicia di rumah!




Alicia tu nama gitar aku.




Sekian, end of press conference to introduce my new baby. Tiga hari lagi... Oooh lamanya lamanya lamanya lamanya lamanya.....

Friday, January 4, 2013

TaKe TiMe To ReaLiZe THe FaCt ThaT...



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Hari-hari bahagia aku hampir menjelma. Final exam? Dua minggu bagi aku it's quite a long period of time. Alaaa, dua paper je. Sempat lagi nak shopping, update dua tiga entry dekat belog, strumming dua tiga lagu maybe??? Aku rasa, minggu pertama 2013 ni banyak benda gila yang aku buat. Benda gila yang semestinya duniawi semata. Sampai dah boleh agak malaikat mana yang lebih banyak mencatat kiri ke kanan? Lepas tu tak tahu apa kena mengena aku tiba-tiba tak ada idea nak tulis. Dan ke'percuma'an yang aku miliki sebab kelas dah finish oredi aku manfaatkan dengan fecebooking almost twentyfourseven dan terbaca satu article dekat page member aku ni haaa...




Saja nak share. Bye!




HUMAN BRAIN ANALYSIS - MAN VS WOMAN



1. MULTI-TASKING


Women - Multiple process. Womens brains designed to concentrate multiple task at a time. Women can Watch a TV and Talk over phone and cook.

Men - Single Process. Mens brains designed to concentrate only one work at a time. Men can not watch TV and talk over the phone at the same time. they stop the TV while Talking. They can either watch TV or talk over the phone or cook.




2. LANGUAGE

Women can easily learn many languages. But can not find solutions to problems. 

Men can not easily learn languages, they can easily solve problems. That's why in average a 3 years old girl has three times higher vocabulary than a 3 yeard old boy.




3. ANALYTICAL SKILLS

Mens brains has a lot of space for handling the analytical process. They can analyze and find the solution for a process and design a map of a building easily. 

But If a complex map is viewed by women, they can not understand it. Women can not understand the details of a map easily, For them it is just a dump of lines on a paper.




4. CAR DRIVING.

While driving a car, mans analytical spaces are used in his brain. He can drive a car fastly. If he sees an object at long distance, immediately his brain classifies the object (bus or van or car) direction and speed of the object and he drives accordingly. 

Where woman take a long time to recognize the object direction/ speed. Mans single process mind stops the audio in the car (if any), then concentrates only on driving.




5. LYING

When men lie to women face to face, they get caught easily. Womans super natural brain observes facial expression 70%, body language 20% and words coming from the mouth 10%. Mens brain does not have this. 

Women easily lie to men face to face. So guys, do not lie face to face.




6. PROBLEMS SOLVING

If a man have a lot of problems, his brain clearly classifies the problems and puts them in individual rooms in the brain and then finds the solution one by one. You can see many guys looking at the sky for a long time. 

If a woman has a lot of problems, her brain can not classify the problems. she wants some one to hear that. After telling everything to a person she goes happily to bed. She does not worry about the problems being solved or not.




7. WHAT THEY WANT

Men want status, success, solutions, big process, etc... 

But Women want relationship, friends, family, etc...




8. UNHAPPINESS

If women are unhappy with their relations, they can not concentrate on their work. If men are unhappy with their work, they can not concentrate on the relations.




9. SPEECH

Women use indirect language in speech. But Men use direct language.




10. HANDLING EMOTION

Women talk a lot without thinking. Men act a lot without thinking.










And my conclusion through a random observation : Some might be true and some might not. Terpulanglah. Semua tu bukan tak boleh diubah...lalalala.




p/s: menghirup udara gemencheh umpama terapi. bahagianya...

Wednesday, January 2, 2013

"ThaT tHiNG" - 2013, LeT's RoCk ToGeThEr


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Malam tahun baru hari tu, aku membuta dengan kadar segera. Menanti fireworks sambil terkinja-kinja laungkan "HAPPY-NEW-YEAR" bukanlah habit aku. Azam tahun baru pun dah lama tersemat sejak Maal Hijrah hari tu. Bunyi macam tak masuk dek akal Ocha beriya celebrate New Year Hijrah padahal tak post apa-apa pun pasal Maal Hijrah. So now aku nak post boleh?




Haha, dalam mimpi kau nampaknya. Dengan mata stim begini kau mahu aku bercerita pasal Maal Hijrah, lupakan sajalah. Aku bagi salam pun dah cukup bagus demi untuk menghapdet entri baru pada 2013. And "THAT-THING" yang beriya aku caption untuk title itu is my new resolution yang memang baru meroyan nak buat tahun 2013 ini. Maal Hijrah hari tu tak terfikir pulak nak buat, so I list it as the new one. Yang tahu, tahulah. Yang tak tahu, jangan tanya.




Benda itu hanyalah something yang baru yang aku nak belajar sampai pandai bukan untuk berlagak dengan orang ke hapa tapi untuk melepaskan gian di hati sebab rasa macam best pulak bila berangan pada masa hadapan lepak dengan kawan-kawan sambil bercakap tentang "benda-baru" itu. Statement saja nak bagi hangat hati.




Oh ya, remember that I told you guys about my "wedding-account" yang aku cakap dalam entry anak ayah hari tu? Yeah, account itu mungkin akan mula dibuka pada tahun ini. Dan tahun ini juga rasanya dah boleh mula fikirkan tentang masa depan dengan lebih serius. Tak boleh main-main. Tak boleh boros. Tak boleh kecewakan family. Sentiasa fikirkan cara terbaik untuk kekalkan senyuman pada wajah ibu ayah dan adik-adik. Jadi anak yang baik, jadi kakak yang baik, jadi sahabat yang baik, azam yang membosankan booo ~




Ok, simpan azam yang merepek dalam diari elok-elok. Biar Tuhan saja tahu apa 'gila' yang bakal aku buat nanti. Don't worry, I'll never cross the border limit. Masih tahu baik dan jahat, dosa dan pahala, halal dan haram. 2012, sayonara bebeh. 2013, let's rock together. 




"Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya, tidak akan mengenai sasaran" - Fawat Al-Fawayat, 3/87 - Beirut: Dar Al-Sadir.




Berfalsampah aku tengah-tengah malam buta begini. Penat meniti hari-hari terakhir bergelar student punya pasal. Cepatlah habis belajar. Aku tak sabar nak bawak anak-anak pergi Legoland.









How funny is that my junior did asked me this on twitter. Apa aku nak reply?






Saturday, December 29, 2012

WaRmiNg Up uP Up


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Lamanyaaa tak update belog. Kesian baby saya ni dah bersawang mawang bawang kerana diabaikan selama seminggu. Alah, tak update seminggu je pun. Ape?




So, Alhamdulillah, mummy semakin baik... Aku bukan Alhamdulillah refer to her health condition (itu memang Alhamdulillah sangat-sangat), but its more to her emotional state sebab dekat rumah aku tu kalau korang nak tahu, dia ada macam satu spirit tau. Spirit ni macam mambang la. Mambang air, mambang angin, mambang tanah, mambang tuan tanah kedaun segala macam mambang lagilah. Dan mambang-mambang inilah merupakan punca disebalik tabir kemalangan yang berlaku kepada mak aku hari tu. Sebalik tabir macam mana? Nanti jumpa aku sila interview eh.




Dan sebab terlalu lama bercuti daripada blogging, kepala otak aku agak tepu dan beku untuk menyusun ayat buat para pembaca tersayang. (muntah). Jadi, sebagai warming up, aku cuma nak cerita pasal outing with tomato and beruang last week. Last tu Krismas tau. Orang ramai gila keluar pergi shopping complex. Tak pernah-pernah aku masuk dalam waiting list bowling dan Johnny  tapi hari tu aku terpaksa bersabar dan menjadi orang beriman sebab bukan selalu dapat ber'reunion walaupun dengan adik-beradik sendiri.




Ditambah pulak dengan mambang-mambang yang ada dekat rumah masa tuu, memang siapa pun takkan dapat rasa tenang dan takkan dapat duduk diam dekat rumah. Mummy yang tengah sakit kau jangan ceritalah hebat dia punya sabar macam mana? Dan understandingnya mummy, dia yang halau kitorang pergi berjimba. Sebab dia tahu betapa kitorang tiga beradik sangat stress dan tension dan pressure dan tidak tenang dengan kehadiran mambang di rumah itu. Arrrggghhh, tulis pasal mambang, tiba-tiba stress datang balik.




Jadi, tataplah gambar kenang-kenangan supaya hilang gundah dihati, galau dijiwa, what a blissful moments with you tomato and beruang ^_^ Sukew nyew hew.












Kelaparan, kerakusan, kegelojohan












Tiba-tiba rasa nak makan tomyam pulak (telan air liur)




Kesimpulannya, sementara mak ayah dengan adik-adik ada depan mata ni... Alololo, macam nak taching pulak. Ok, cukup sesi warming up untuk hari ini. Mambang dah tak ada dekat rumah lagi. Syukur! It's a freedom ^_^ Boom syakalaka.


Friday, December 21, 2012

KeTiKa Dia DaTaNgKaN uJiaN


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA RASULULLAH SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT





Tuhan kadangkala menguji. Tuhan mahu lihat bagaimana kita menerima, bagaimana redha hati hamba-hambaNya dengan setiap apa yang Dia direncanakan. Each and everything He gives to us wouldn’t come without hikmah. Cuma kita tidak tahu sama ada lambat atau cepat tirai hikmah itu tersingkap. Kerana masa inilah tahap keredhaan manusia itu diuji Allah. Semakin cepat dia redha dengan ujian Allah, semakin cepatlah Allah tunjukkan hikmahnya. Kerana Allah itu dekat. Kerana Allah itu sentiasa bersama kita.




"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat..." - Al-Baqarah (186)




Tetapi kadangkala manusia juga lupa. Dia merasakan kesusahan dan ujian yang diberikan Allah kepadanya adalah sia-sia. Tak mendatangkan apa-apa melainkan kemudaratan, kesusahan bagi dirinya. It’s getting worse kalau manusia itu tidak sudah-sudah menyalahkan diri sendiri.




“Kalau aku tahu nak hujan, dah lama aku bawak payung.”




“Kalau aku ikut cakap dia, mesti tak jadi macam ni.”




Aku Islam. Aku muslim. Tapi aku lupa. Tuhan sudah berjanji bahawa Dia tidak akan memberikan kesusahan atau ujian kepada hamba-hamba-Nya melainkan dosa-dosanya diampunkan. Maha pengasih dan penyayangnya Allah, Dia timpakan ujian, lalu dia mengangkat darjat hamba-hamba-Nya. Jadi, jangan sesekali ber'kalau-kalau'. Sebab itu dalam rukun iman diletakkan 'percaya kepada qada' dan qadar'. Supaya kepercayaan itu menjadikan diri kita lebih beriman.




Jadi, aku selalu ingatkan diri sendiri. Pesan pada hati, tabah dan sabarlah dengan setiap ujian yang Allah berikan. Dia bukan beri saja-saja. Mesti akan ada hikmah di sebalik setiap kejadian itu. Dan aku mengaku, ketabahan dan kekuatan aku bukan datang dengan sendiri. Family, kawan-kawan, suami dan anak-anak, merekalah insan yang paling banyak memberi support kepada aku. Terharu. (sapu-air-mata)




Dan nak dipendekkan cerita, Alhamdulillah, Mummy semakin baik. Syukur yang teramat sangat sangat sangat sangat sangat sebab tak injured kat mana-mana. Tolonglah. Setitik darah keluar dari tubuh badan dia pun aku tak rela. Terdetik seketika dalam hati, betapa kuatnya iman orang lain yang diberi ujian yang lebih berat daripada ni. Jadi Allah tahu, tahap kemampuan aku cuma setakat ini sahaja. Muhasabah diri. Yakin. Dan bersyukur sekali lagi kerana realitinya bukan seperti perkara-perkara buruk yang aku bayangkan.




Detail story about my mom, boleh kelik entry ni Tragedi Disember yang Tomato tulis dekat belog dia. She’s the one yang berada di tempat kejadian dan tahu how to describe the real story. Deep inside, I really am thankful she was there besides my mom. Thank you sister.





Si Kancil masa dekat balai polis. Now dah masuk workshop. Tapi apapun, awak kancil yang sangat berjasa. Terima kasih kerana masih mampu melindungi ibu saya daripada cedera.




Pernah terdetik dalam hati aku, kenapa mesti langgar dekat bahagian driver? Kenapa mesti kereta emak aku yang orang tu langgar? Kenapa benda ni berlaku masa aku tak ada dekat rumah? Tetapi, iman yang nipis ini berkata, sedarlah Ain Natasha, alam ini bukan milik kita. Semua ini bukan aturan kita. Kau yang berkuasa atau Tuhan?




Aku redha.
Ya Rabb, terima kasih kerana masih mengizinkan aku menatap senyumannya.

Thursday, December 20, 2012

RoKoK : sCeNt AnD sMeLL aNd sTuPiD


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Smell. It can be odor, it can be fragrant, it can be stinks, it can be whatever as long as it can be smells. And as for this woman, she can't really smells everything. Allergy of smell. That might be the reason why she keeps dizzy, can't breath and almost like to faint. She can't smells blood. Pening. Rasa nak pitam. She can't smells perfume or deodorant. She can't smells smoke. And the latest fact. She can't smells durian. Pening sampai boleh meroyan. Kak long, kau sila percaya.





Gambar tak ada motif. 
Just represent smells or something like that :P




All these facts tergerak dalam hati nak tulis sebab aku tak faham kenapa aku sangat sensitif dengan bau. Semalam aku pergi jalan-jalan dekat pasar malam seksyen 7, durian berlonggok tepi jalan. Aku rasa macam nak lempang je pakcik jual durian tu sebab bau-bau durian tu sangat mengganggu ketenteraman aku nak gossip dengan Ayu. 




Masa nak naik bas rapid pulak, ada sorang budak perempuan ni dok sebelah aku dengan bau wangi yang teramatlah... Tuhan saja yang tahu betapa aku perlukan bantuan pernafasan ketika itu. Lalu aku pun keluarkan losyen. Sapu dekat tangan. Lepas tu buat-buat sapu muka nak cover punya pasal kan. Memang dua-dua benda, perfume dan losyen itu wangi. Tapi bagi aku, wangi perfume dan wangi losyen itu sangat berbeza. Sebab tu selama 22 tahun hidup ni, aku tak pernah pakai perfume dan juga deodorant. Pakai losyen je. Ini fakta. Nak percaya, percaya. Tak nak percaya, sudah.




Itu belum cerita lagi masa aku pergi supermarket kat rumah hari tu. Ada la sorang brader ni line up dekat cashier depan aku tu dok mintak menatang yang setan suka tu apa tu nama dia? Rokok. Haaa, betul la rokok. Yang ada tulis cap garam ke apa entah tu kan. Padahal dia tak merokok pun masa tu. Tapi obviously bau badan perokok ni kita boleh tahu. Nasib baik que dekat cashier lain panjang. Nak cepat punya pasal, aku bertarung nyawa jugak tahan nafas menunggu brader tu blah dari situ.




Dan itu highlight kita untuk hari ini. Punyalah panjang intro rupanya nak cakap pasal rokok. Pedulikah aku? Langsung tidak. Rokok, perokok, merokok. Whatever terms are, aku sangat benci dengan perkataan itu. Dan orang yang mengamalkan menatang tu. Dan orang yang membeli menatang tu. Dan orang yang menjual menatang tu. Dan orang yang ada kena mengena dengan makanan feveret syaitonirrojim tu. Benci. Tak suka. That's it!




"The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful"




Clearly stated. It is prohibited. HARAM. Sebab dia memudaratkan. Sebab tu orang-orang yang merokok ni bagi aku jelas sekali tak ada otak nak fikir (maaf-sebab-bahasa-kasar-sikit-tapi-aku-memang-geram-sangat-dengan-orang-begini). Menatang tu clearly bahaya, tak ada faedah, dah la beracun, membawa maut, tapi nak jugak sedut. Aku tak la rajin sangat nak state apa jebon yang ada dalam menatang rokok tu jadi aku letak gambar ni saja kalau pandai baca maka fahamlah maknanya tu.




Binatang pun tak makan benda-benda ni. Manusia pulak yang makan. 
Haish, pelik campur kagum pun ada.




Ok, aku bukan la nak emotional sangat pasal orang merokok ke apa. Tapi kalau merokok tu bunuh diri dia sorang-sorang, tak apalah jugak. Ini orang-orang sekeliling pun dia bunuh sekali. Memang aku tak boleh nak kompromi sangatlah. Lagi-lagi kalau ada budak kecik bawah umur yang tak tahu apa-apa. This syaitonirrojim's habit could be their example in future faham tak cik abang? Ye, you got your own right to do anything you want. However, the fact that it cause harms to others, sorry to say, whoever you're, lecturer, police even ustaz sekalipun, you're stupid.












Sebab Tuhan dah cakap dalam Al-Quran, "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan - Al-Baqarah (195)" - Jadi sudah terang dan nyata rokok itu membinasakan tubuh manusia dengan macam-macam penyakit. Sakit itu, sakit ini. Kanser itu, kanser ini. Kalau perintah Tuhan pun dia tak faham, apatah lagi fatwa-fatwa ulama. Orang biasa macam aku ni, lagilah tak jalan. Jadi, jangan marah kalau aku panggil orang yang merokok itu stupid. Walaupun aku bukan lawyer, tapi masih boleh lawan hujah kalau rasa diri tu di pihak yang benar. Sebab aku ada fakta lagi.




Dalam surah Al-Araf (157) - Allah dah berfirman "Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk." Allah kurniakan akal. Maka berfikirlah. Membazir, membahayakan kesihatan, buang duit, buang masa, tolonglah adik, abang, pakcik, janganlah merokok. Sayanglah diri awak tu sikit. Allah dah bagi badan elok sihat walafiat, awak nak musnahkan nikmat sihat tu. 




Jangan beri alasan ketagih untuk tidak berhenti merokok. Ketagih boleh dirawat. Tak ada benda yang mustahil dalam dunia ni biiznillah dengan izin Allah, insyaAllah. Jadi mantrakan ayat ini "aku-nak-berhenti-merokok" maka kata-kata itu akan menjadi doa, dan Allah SWT tidak pernah menolak kepada hamba yang meminta kepada-Nya. Oh ya. Untuk permulaan, apa kata cuba dengan berpuasa. Puasa dapat menahan nafsu dan maksiat. Dan tidak terkecuali, rokok ^_^








Jadi, kalau ada yang berniat nak berhenti merokok tu, jangan tangguh lagi. Aku membebel ni sebab sayang. Kalau tak sayang, aku tak peduli hidup mati makan minum sakit pening kau. And for record, because daddy is not a smoker, jadi ini termasuk dalam ciri-ciri calon suami jugak. Kalau merokok, maaflah. Aku terpaksa tolak pinangan kau dengan bismillah. Tapi kalau dah jodoh dengan perokok. Tak apalah. Aku pasrah.




"Tuhan, Kau Maha Mendengar dan Maha Tahu. Lindungilah aku dan bakal zuriatku daripada kebinasaan. Amin."




Sumber gambar : www.google.com
Sumber artikel : e-fatwa.gov.my  

Tuesday, December 18, 2012

HoMe-MaDe ChOcoLaTe YaNg GaGaL bErTuKaR mEnJaDi CuPcaKeS YaNg CuTe ^_^


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Hari tu masa balik rumah tak tahu kenapa rasa rindu gila dekat dapur. Lama sangat tak rasa pegang senduk, pegang periuk, pegang mixer, biasalah sejak asyik berkasih-kasihan dengan Encik Thesis jadi hari tu kepala terasa gatal sangat dok fikir hari-ni-nak-buat-apa-eh? Tiba-tiba dapat suggestion untuk buat coklat yang home-made punya coklat padahal tak pernah buat pun. Maka dengan konfidennya Cik Ocha pun masuk dapur dengan niat nak buat home-made coklat. Memang senang gila. Pakai choco chips, campak cocoa powder sikit konon tak nak buat manis-manis la kan then campak planta sikit sebab dalam recipe bilang begitu.




Tapi oh please jangan gelak. Home-made chocolate saya berakhir dengan kegagalan. Tak tau la salah acuan ke atau salah recipe ke sebab dah sejuk lama gila dalam peti ais pun coklat tu tak reti nak keras-keras. Dah la puas aku hentakkan acuan tu dia tak nak keluar-keluar jugak. Aaargghh, dengan muka tension yang teramat maka aku pun korek balik coklat-coklat dalam acuan tu and cairkan balik. Mesti korang tak faham kalau tak keras kenapa nak hentak? Keras maksud aku dia bukan keras macam coklat bar tu laa. Kalau tekan-tekan pun boleh tenggelam jugak jari alkisahnya. Nak buang rasa sayang, dah la rasa sedap macam coki-coki. Jadi aku manfaatkan dia jadi chocolate ganache kalau tak tahu apakebenda ganache tu dia ala-ala topping tapi versi cair sikit laa gitew...




Amboi panjang mukadimah. Jadi disebabkan recipe home-made coklat tak jadi, maka kita kena sentiasa ada back-up plan. Maka dengan ganache itu, aku pun merajinkan diri untuk buat cupcakes dengan niat untuk treat adik-adik kesayangan aku dekat Melati iaitu Izzah dan Husna yang dah banyak bersusah payah untuk Kak Ocha mereka ini. Niat itu penting tau. Jadi bila kita niatkan yang baik-baik, maka hasilnya alhamdulillah...




Beginilah jadinya...





oooh sukanya tengok mereka duduk diam dalam cup polca dots begitu.









Ditambah pula dengan hujan petang semalam. Lepas tu pekena dengan teh o. Daddy geleng kepala je tengok aku leka susun heart-heart atas coklat tu semua. Lepas tu anak-anak pun sibuk nak deco cupcakes sekali ambik kau asal masuk dapur je terus feeling masak untuk anak-anak, kemain.




Haha, so untuk minggu kedua stay dekat Melati, Kak Ocha semakin sibuk dengan kelas yang walaupun tak banyak tapi melihat assignment yang mendatang rasa nak deman tiba-tiba. Jangan demam, please jangan demam, please jangan demam ~




Dan Alhamdulillah akhirnya selamat tiba di Melati pagi tadi.
Alhamdulillah, glad they love it. 
Next week ada request cheese cake pulak amboih korang, kemain tau.
InsyaAllah kalau ada masa Kak Ocha buatkan ye.




Baiklah. Masa untuk fokus. 




Jum study!





p/s: lepas ni cuba lagi buat home-made chocolate. mesti jadi. mesti. mesti. mesti!


Monday, December 17, 2012

aNaK aYaH ^_^


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULULLAH SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



Jujur, aku tak pernah sangka pada usia 22 tahun macam ni aku masih terima pemberian daripada mummy and daddy. Bagi aku, umur macam ni adalah umur untuk aku memberi kepada mereka bukan menerima daripada mereka. Tapi words "Anak-ayaaaaah" (dengan nada paling lembut) yang selalu ayah sebut, buatkan aku rasa betapa aku ni manja sangat dengan ayah. Sampai aku rasa berat betul nak ulang alik Shah Alam sorang-sorang naik bas or KTM kalau bukan ayah yang hantar atau jemput aku. Bukan tak pandai berdikari, tapi sebab dah selalu dimanjakan begitu.




Daddy tak pernah beri izin untuk aku duduk rumah sewa sepanjang aku belajar di Shah Alam. Bahaya kat situ, bahaya kat sini. Pastikan dapat kolej every semester. So, nak tak nak, aku harus aktif join kelab itu ini untuk pastikan dapat Kolej dari sem satu sampai nak habis Januari nanti (walaupun-terpaksa-menumpang). That's why, masa aku dapat praktikal dekat TV Al-Hijrah dengan RTM hari tuu, daddy langsung tak bagi because the reason that I have to stay at rumah sewa sampai macam tu sekali ingat tak ingat tak? Ok, so bila dapat PPD, legaaa...




Tapi dilahirkan sebagai anak sulung sedikit sebanyak membuatkan aku rasa macam ada kesedaran secara automatik bahawa aku tak boleh terlalu selesa dengan kesenangan yang mak ayah berikan kepada aku. Memang mak ayah tak bagi aku kerja walaupun aku dah cakap kelas aku semester 6 ni ciput je. Kata mereka, yang sikit itulah yang harus difokuskan. Ya, aku faham mereka sangat mengambil berat tentang masa depan aku, tapi aku masih ada sedikit perasaan memberontak dalam diri. Itu yang kadang-kadang bila determination aku datang, kerja kedai makan jadi tukang basuh pinggan pun aku tak kisah walaupun mummy menentang habis-habisan.




Sebab aku ada satu prinsip dalam diri iaitu aku tak akan penuhi kehendak sendiri dengan hasil ttitk peluh mak ayah. Sebab tu kalau aku ada aim nak beli apa-apa, aku akan ikat perut buatlah apa saja asalkan aku dapat dengan duit sendiri. To ask from mummy and daddy, tidak-sama-sekali. Macam tu jugaklah kalau nak kahwin nanti. Aku plan nak bukak satu akaun khas untuk kahwin saja. (Tapi belum buat lagi la, baru rancang je).




So dalam akaun itulah aku akan menabung untuk belanja kenduri, katering, hantaran, photography, baju pengantin semua, termasuklah jugak untuk beli perkakas rumah baru lepas kahwin nanti. Maknanya, selagi tak mampu nak saving, jangan kahwin. Dan jangan duduk rumah mak ayah lepas kahwin. Sebab itu harta mak ayah bukan harta sendiri. Itu prinsip aku. Korang jangan buat muka terkejut cipan sangat aku lempang kang...




Berbalik cerita anak yang manja tadi. Kadang-kadang bila terlalu dijaga, pergerakan kita pun rasa tersekat. Belum aku bukak cerita pasal balik rumah sampai lewat malam lagi. Pergi dating, lanyak kereta daddy sesuka hati, belanjakan duit macam air, honestly, mummy and daddy tak pernah ajar aku benda-benda macam tu. Sebab sentiasa ditatang bagai minyak yang penuh, mereka jarang lepaskan aku keluar rumah sorang-sorang. Tapi satu yang aku bersyukur, sebab mereka hantar aku ke sekolah agama, maka aku tahu betul dan salah, halal dan haram, pahala dan dosa. So, nakal-nakal aku pun, aku tak jahat ok. Aku masih pandai jaga diri. Aku masih dara ^_^ Amboih...




So, begitulah panjangnya mukadimah aku untuk up kan mummy and daddy. Demi untuk mengukir senyuman di wajah mereka, kadang-kadang kita tak mintak pun sesuatu benda tu. Tapi kalau menerima pemberian itu boleh membuatkan bibir mereka tersenyum gembira, maka I'm more than happy to receive those beloved gifts. 








Starting with Encik Nokia yang aku panggil Nokia Butterfly (betul ke butterfly?). Hadiah daddy masa form 3 dulu. Ye, form 3. I got my first phone few days sebelum nak PMR ok. And followed by Encik Ericsson yang walaupun tak bentuk butterfly tapi ada gambar butterfly dekat situ oh comey comey comey memang masa tu mengidam sangat nak handphone flip dan tadaaa pari-pari daddy jadikan ia satu kenyataan. Dan berkhidmatlah beliau selama tiga tahun since aku masuk Shah Alam. Sangat terhutang budi dengan awak Encik Eric. So semalam, saya dapat sorang lagi kawan baru nama dia Encik Qobi.








Now say hi to Encik Qobi dan kembarnya Encik Corby. Sorry tomato kau kena cari nama lain untuk handphone kau tu sebab nama Corby tak glamer dah la sama kaler hahaaa sister sangat kan. See, my daddy yang sangat fair and square walaupun aku tak mintak, dia tetap belikan untuk aku sebab alasannya, apa yang adik aku dapat, aku pun mesti dapat. Begitu jugak kalau aku dapat, si tomato pun mesti akan dapat. Ya ampun, mana nak cari daddy macam ni zaman sekarang?




Itu pasal kalau aku list kan sifat-sifat daddy untuk cari calon suami, konfirm sampai ke tua aku tak berlaki. Nak cari suami yang ada ciri-ciri macam ayah aku is impossible ok. Jangan berangan la nak jumpa in real life. Dalam mimpi boleh. Ok. Pergi tido dan jumpa bakal suami dalam mimpi sekarang.




Tapi aku tetap berdoa semoga dijodohkan dengan seseorang yang ada sifat-sifat penyayang ayah. Bukan apa, aku nak anak-anak aku rasa apa yang aku rasa sekarang ^_^




Oh ya. TQ SO MUCH DADDY. I LOVE YOU I LOVE YOU I LOVE YOU I LOVE I LOVE YOU I LOVE YOU I LOVE YOU I LOVE YOU I LOVE YOU dah cukup sepuluh kali belum?





Ok, I LOVE YOU ^_^

the history

Followers