Friday, March 28, 2014

The EnDLeSs LoVe CraZy ShOrT VaCaTiON


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





I tell you people, if I'm a guy, I will definitely dating this girl. Haajar. Yang aku tak tahu berapa kali aku mention nama dia dalam belog ini dan aku faham statement aku tadi macam gewli sawngat dan semua orang pun mesti rasa nak muntah nak lempang nak maki ok ok aku tak gay, percayalah, aku ada skandal baru sekarang which I won't mention him in any of my site (other than twitter) sebab I don't want banana fruit two times. Jadi lupakan sengketa lama, marilah kita bersuka-ria pada hari ini.





Faham tak perasaan when I was so busy with other things sampai tak ada masa  nak berblog cerita pasal recent excitement dan bila dapat free time tiba-tiba rasa macam dah lemau tak tahu nak cerita macam mana dah.










So basically she's my the other half versi perempuan (sebab versi lelaki tak jumpa lagi). Someone yang kalau orang bercinta tu dia panggil 'soulmate' or someone yang boleh connect dengan kita tanpa perlu ucapkan apa-apa macam ada telepathy wah gitew ayat aku kemain.





Memang bunyi macam geli tapi ini kenyataan. Haajar is my real bestfriend like she knows everything about me inside and out. Meaning that kalau aku tak tahu nak explain perangai aku macam mana, korang boleh hubungi Haajar di talian hot stuff beliau dan aku berani jamin dia boleh tulis essay pasal perangai aku. Nanges. Terharu. Samalah dengan aku. Nak tahu pasal Haajar, tanya je apa benda. Semua dalam poket ini ok.(walaupun sekarang aku pakai seluar yang tak ado poket- kisah pulak)





Because that hari tu Haajar busy dengan wedding kakak dia, so we plan a short ladies day out sempena melepaskan kerinduan dan juga sempena meraikan lawyer-to-be ini yang akan memulakan chambering beliau minggu depan. Berikan tepukan gemuruh.(pasang-background-music-applause)






Lepas lunch dekat Mahkota Parade (yang gambar paling atas tadi) terus la fefeeling ke Bandar Hilir bajet macam tourist selfie tengah-tengah jalan, tengah-tengah crowded orang ramai apa semua, memang akhirnya impian menjadi kenyataan. Dah lama kot plan nak buat benda ni. Tapi memanjang je tak jadi. So, tahniah untuk kita berdua Haajar. (muka bangga)























































I don't know what else to say. But to my dear bff, that moment we spend together was so fun and crazy and I really-really-really happy that I can finally have my crazy burst with you. I wish you all the best for your chambering. Make a wonderful memories there. Learn as much as you can. Be a diva driver but be careful on the road. I will always miss you and I really thankful for the endless love you give to me. I love Malacca. But I love you more. Take care darling. Till me meet again.





Monday, March 24, 2014

MaCaMaNa NaK JaWaB sOaLaN ''BiLa-NaK-kaHwiN?' - bY oCha


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Sekarang ni jemputan kahwin, amboi kemain bertingkek-tingkek rasa macam tercabar pulak tengok pelamin nan berseri-seri, khemah kahwin bersusun depan rumah, berbaju kurung sambil menyenduk nasi minyak ke dalam pinggan, disamping gulai kawah dan kambeng tergolek-golek haish, mulalah terfikir entah bila nak nampak khemah tegak depan rumah sendiri.





Lepas tu yang paling-paling-paling-paling-paling mencabar lagi, bila berhadapan dengan soalan-soalan cepumas seperti 'kau-bila-pulak?' 'bakal-mertua-orang-mana?' 'tak-lama-lagi-la-tu' padahal the truth is bau-bau jodoh pun tak ada, inikan pulak nak bagitahu bila tarikh nak akad nikah sekian dan sekian. Maka atas desakan emosi, I prepare beberapa jawapan yang agak tricky untuk I ols dan u ols yang mungkin mengalami situasi yang sama macam I bila dibambu dengan soalan-soalan cepumas tadi. Cepumas ke cemas ntah.




Ok, trick yang pertama, kalau orang yang tanya kita tu juga bujang, korang hantar balik soalan yang sama dekat beliau. I think, si tukang tanya soalan akan reverse mind dia and terus dok fikir pasal wedding dia pulak. Tak kisah la kalau yang bertanya tu bride-to-be ke, original punya single ke, yang penting kita tak sesak kepala otak nak fikir jawapan. Atau maybe, soalan tu boleh dilengahkan untuk beberapa ketika. Depends kepada kepandaian u ols memanipulate soalan tersebut.




Kedua, bagitahu dekat si tukang tanya tu, zaman sekarang tak ada yang rare bila orang perempuan kahwin lambat. 30-an pun dah consider standard age lagi-lagi dengan status career women. Kalau korang advance lagi, boleh campak statistik dekat si tukang tanya berapa banyak kes cerai-berai sebab nikah awal. Tambah la dengan calculation bajet untuk wedding, kenduri, sewa itu ini, preparation, harga minyak naik, harga barang naik, harga lembu, kerbau, kambeng sekor da berapa ribu ratus, dah semua nak naik, hah kau tanya soalan ni nak naikkan darah aku pulak ke? Ok, yang last tu tak payah la gamak sangat.





Ketiga, bagitahu kat si tukang tanya, yang dalam perut korang tu memang dah ada baby. So korang memang tengah cari tarikh secepat yang mungkin untuk kahwin supaya baby bump tak obvious di kemudian hari. Yang ni aku tak pernah buat lagi sebab bergantung kepada si tukang tanyalah. Kalau mak-mak sedara korang yang tanya, aku nasihatkan jangan pilih jawapan macam ni. Tapi kalau rakan-rakan sebaya, aku bajet kalau tak ternganga, paling-paling pun mesti kena tarik tangan bawak ke sudut terpencil dengan muka serius tanya korang bak wartawan melodi yang kehausan gosip panas. Perempuan sangat perangai.





Trick keempat pulak aku plan begini. Korang bagitahu yang boyfriend korang dah banyak kali propose tapi korang yang say no. Lepas tu buatlah muka annoying seolah-olah banyak benda penting yang korang kena fikir selain daripada kahwin like career, parents, study, ok, macam boring kan. So apa kata buat drama sikit. Sebelum orang lain tanya 'kenapa?' korang cepat-cepat blah. Jangan buat muka bitchy sangat. Cool and steady je. Sure akan naiklah nama korang dikalangan kaki gosip nanti. And mungkin jugak soalan-soalan  yang lebih hangat akan menyusul. Tengok keadaanlah.





Yang kelima, korang boleh cakap dekat tukang tanya, especially kalau yang tukang tanya ni memang spesis busy body dan annoying. Korang bagitahu yang wedding korang tak lama lagi dah. Saja tak nak hebohkan awal-awal. Lepas tu explain panjang lebar yang korang tengah busy buat preparation untuk majlis kahwin, konon nak buat kecil-kecilan ke apa kan, bagi dia terfikir 'eh-tak-jemput-aku-pun' haaa, itu point dia.





Orang-orang macam ni kena ajar begini. Tapi korang jangan bersungguh pulak. Kang tak pasal-pasal kecoh dekat orang lain. Agak-agak dia dah gelabah tu, bagitahu la yang korang melawak je. Chances untuk dia bertanya tu rasanya akan berkurangan la kot. Mintak-mintak spesis manusia yang bertanya ni ada sifat memahami dalam diri. Kalau yang tak reti bahasa jugak tu, korang pergi buat-buat nak tambah nasi minyak. Kisah pulak kan.





So, lima cukuplah kot. Pilih je yang mana satu nak praktis. Time ni lah nak keluarkan bakat-bakat acting dalam diri. Nak tengok boleh psycho orang ke tidak kan kan kan. Oh by the way, kat bawah ni gambar masa pergi wedding kakak Haajar, my so called BFF dekat Melaka Sabtu hari tu. Pergi sorang-sorang je. So, tak ada peluang sangat nak praktik jawapan-jawapan di atas. Haish, psycho diri sendiri.






dua-dua, soon to be
dah macam gay pun ada gaya memasing aku tengok






Yang paling mahal, tag yang aku tengah pegang tuh.
Hah bakdatang taken by whom? Mana? Mana?






Lepas tu fefeeling duduk berdua pulak tak lama lagi.






Saje propa. I'm taken la sangat. Single tapi tak sedar diri.
Masih berharap agar prince charming muncul dalam mimpi.
Sebab realiti memang takkan terjadi.





Anyway, thank you for reading this. Laptop rosak lima hari yang lepas. Banyak sangat benda nak update, tapi tak sempat taip lagi. Soon ok soon. Those who messed up with me, ready to get published here. Memang aku nak bantai kau cukup-cukup punya. But as for now, take care all you beautiful readers! Bye...





Thursday, March 13, 2014

It'S aNotHeR FuN mOmEnT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Orang sekarang henpon semua Mr and Mrs canggih. Rasa macam nak nanges mengenangkan betapa besarnya jasa klasmet aku si Zam Azima yang selalu bekorban dan bersusah payah menyumbangkan hampir semua gambar yang aku post dalam belog ni. Maksud aku, post pasal aku dan kawan-kawan master laaa. Sebab kalau nak harapkan nokia aku ni (ini pun pinjam ok) mahunya belog aku ni bersawang tanpa berita. Kalau tak ada gambar pon boleh letak berita jugak tapi berita yang tak berapa nak sensasi la sebab kalau ada gambar baru best sesi story telling.





Jadi, saya berazam untuk kumpul duit beli henpon yang ada kamera canggih. (muka serius)
Tapi kalau dah yuran pun 2k lebih??? (ok, muka hampa semula)





Oh, semalam ada talk bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dekat Dewan Agong Tuanku Canseleri dekat UiTM. Sekian lama tak fefeeling pergi talk dengan kawan-kawan kelas, kalau ada pun entah berapa tahun yang dulu yang semestinya pergi dengan terpaksa sebab kalau tak, tak ada markahlah, tak dapat kolejlah, kupon wajiblah, urgh, nampak tak seksanya zaman degree??? Tapi semalam, macam tak percaya pergi talk dengan rela hati. In fact, kitorang orang pertama kot daftar. In fact, Dr. M kot. In fact... Ok dah. Heee. Sajeee.






Bukti yang memang kitorang datang awal gila. Talk tak start lagi tapi gambar dah penuh dalam kamera. This one, taken dalam pukul 11 ke something padahal talk start pukul 2. Terserlah sangat area DATC lengang sebab semua orang pun bergambar macam tak sedar diri masing-masing dah layak jadi alumni UiTM tapi perangai macam budak semester satu masuk universiti.






Sama la dengan yang ni. Dah masuk dewan, tapi orang pun tak ramai lagi, krew-krew pun berkeliaran di sana-sini, MC siap duduk depan kami tulis skrip padahal kalau nak cakap hard-core sangat dekat Dr. M rasanya Kak Dyna (yang biru tu) je sorang yang beriya record talk and bawak buku Doctor in the House tu dengan penuh semangat. Siap nanges time sajak lagi. Tapi tak apalah. Tumpang eksaited sekali. (aku memang budak bahasa sejati sebab tulis belog pun berima okeh) - Tahniah Kak Dy, dapat autograph Tun.






Well, actually bukan nak highlight pasal Iema atau Kak Dy atau Peah yang tak join talk ni sebab kena kerja (yeay). Hari ni star I ialah Mama Irfan so called, Puan Anis. See, see, see, nampak tak perbezaan sebelum masuk dewan dan selepas masuk dewan masing-masing? Anis mekap okeh. Tengok bibir dengan mata saja dah tau. My God, kalau I pun tengok boleh terbeliak biji mata, bayangkan cik habang dia pulak tengok. Satu badan terbeliak. Agaknya. Ok. Statement ni macam something.






Lepas tu semua pun pakat-pakat nak bibir merah jugak. Meriah sangat. Tak pasal-pasal hakak jadi duta Revlon. Must have item for every woman. Love That Red. Cari lipstik itu kalau nak feeling gojes macam I ok. Mula la nak berkempen "Go Kissable!" ~ Amboi aku semenjak dua menjak ni. Tak tahu apa dah jadi. Sorry, I was affected by haze. Boleh tak nak salahkan jerebu tibe-tibe.






Then terus pergi kelas Prof Gurnam. Dah malam kot. Muka pun dah tak larat nak tacap apa lagi ntah. Bibir pun dah malap. Well, gambar ni I letak sebab nak masukkan Peah je. Kang tak letak, ada yang kena sindir kaw-kaw dalam kelas. Lagipun bak kata Kak Dy, kalau tak cukup lima orang rasa macam missing something. Oh, Kak Dy memang selalu suwit walaupun aku tersangatlah suka bila si Peah ni tak ada. Faham kan???




And last but not least...










Rasa bersalah pulak tengok gambar dak Anis ni.
Rasa macam mengajar orang lain ikut perangai dan ajaran sesat.
Anis, jangan buat macam ni lagi ok. Awak innocent sangat.
Kalau disebabkan saya awak jadi macam ni, please jangan kawan dengan saya lagi.
Oh, drama.





Anyway, well done Anis. You're hot!



Tuesday, March 11, 2014

tHe LeaSt I caN dO ~ kEeP PraYiNg


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Dah berapa hari ntah, almost seminggu rasanya, batuk semakin berleluasa. Sampai tahap paling ekstrem, rumet I cakap malam tadi I mengigau. Tibe-tibe rasa seram. Oh, nak cakap awal-awal I have no feeling nak cerita pasal cik kak yang rampas laki orang ke, pasal cik kak yang da pregnant ke, pasal politik ke, dissertation yang masih lagi dalam dilema nak register ke tidak ke, langsung tak ada tak ada tak ada. 





Because I guess I'm still a human, giving my care and concern to the recent shocking news of missing plane in my country. It's been five days and I still feeling like a dream. It's a tremendously mysterious and I still have no idea imagine how chaos people in charged out there dealing with each and every question, speculation, assumptions by the whole world. Deep down, I really hope to hear good news soon. Anything good. Please. Don't stop praying, don't stop putting our hope and believe that everything will be fine. Please. InsyaAllah.





And those who's having fun, playing with people's heart and emotions out there, please, stop creating those crap and nonsense jokes. It's not funny at all. Just imagine if your family members, your uncle, your aunt, your best friends, someone so dear that you know were in that plane and people make jokes about it, how devastated you will be. Just remember. They are human, we're all human. We sure bleed when we fall down and this is not the best time to play around. Allah sure knows best what, why and how can this tragedy happened.





Just keep praying. 
Keep our faith on Him. 
Miracle, please do happen.








Friday, March 7, 2014

i CaRe EnOuGh


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Masuk hari ketiga kelas, dah rasa simptom-simtom nak demam, sakit tekak segala bagai. Serius, baru semalam aku joging pusing satu tasik Shah Alam dengan penuh bersemangat, malam tadi lepas kelas Prof Chan tiba-tiba rasa tak sedap badan pulak. Tak mungkin begitu lemah tahap imunisasi aku. Yelah, kalau Allah nak bagi sakit, tak payah ambik kira semua tu kan? Bila-bila masa pun boleh dapat. So macam tulah. Aku punya mood lately pun macam asyik nak swing je. Sekejap up sekejap down. Kesian orang-orang sekeliling aku. Terjangkit meroyan sekali. Pembawakan budak agaknya.









I rasa I glowing sangat lepas joging semalam walaupun tak pakai mekap (geli). I tak minum air sejuk, tak minum air manis. I teguk air masak sebanyak-banyak yang boleh setiap hari. Tapi tak tahu macam mana sakit tekak ni boleh datang jugak. Haze barangkali. Jadi, silalah jaga kesihatan anda semua ok.





Lepas tu masuk pulak gosip yang paling hangat semenjak dua menjak ni isu rampas laki orang. Tak tahu macam mana malam tadi I dengan Linda, my rumet, boleh terbukak cerita lalu bergosiplah kami berdua pasal benda ni. Sampaikan entah dari mana datang dalam kepala otak, I came out dengan statement, "aku rasalah Linda, kalau aku kahwin nanti, it's just because dah sampai masa untuk aku kahwin kot" I mean, bukan sebab aku sayang dekat dia ke, bukan sebab aku boleh percayakan dia seumur hidup aku ke, lelaki sekarang bukan nisbah one in a million dah, tapi one in a trillion saja yang boleh dipercayai. Scary dah bertambah, paranoid pun dah meningkat, insecurities pun mula mendadak-dadak. Tengoklah, dah berapa banyak examples depan mata. Yang belakang mata tak tahu lagi.





Ditambah dengan situasi yang aku rasa sendiri semenjak dua menjak ni, semakin tak faham aku dengan makhluk yang namanya lelaki. I never thought that dealing with them will be this challenging. Agaknya tak pernah ada pengalaman kot. Tapi bagi aku setakat ni boleh lagi la. Setakat emosi yang upside down, yang sorang sibuk dengan kerja, yang sorang lagi paranoid tak sudah, yang sorang dengan family problem, yang sorang gedik nak attention macam budak kecik, mujur lagilah tak sampai ke tahap bertekak baling pinggan mangkuk ke apa. Ada sifat matang rupanya dalam diri. So, be patient sajalah. Bukan tak biasa. (Konon ayat macam dah biasa in relationship pulak padahal...)





Baiklah. Sorry Kak Ojai sebab ambek balik ubat yang Ocha bagi dekat akak semalam. Buruk siku pulak nampak gayanya. Tapi Ocha pun dah tiba-tiba tersimptom demam sakit tekak selsema semua, terpaksalah ye kak. Sorry to rumet or hosmet yang lain and to tomato jugak if ada yang tempias swinging mood I lately. Sorry to Kak Dy for making you worry so much. Sorry to you too. Who had enough trouble to handle and I keep bothering you, request nonsense things. I just miss the day we used to have.





p/s: seems like there's always someone who disapproves. hhmmm.


Tuesday, March 4, 2014

WeLcOmE BaCk To ScHoOL, LaDiEs


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Finally, I'm officially here, in Shah Alam for another 4-months-something. Class has started. Yesterday. Yeah, not so much different since I already travel back and forth to Shah Alam, meeting my supervisor for that damn beloved thesis which I still in the middle of making such a tight decision leading my emotion up and down ouch sounds so good to me. Well, I really enjoy the feeling. Sarcastic. As always.






Anyway, the best thing about back-to-school is that there's always so much excitements no matter how many times I've met the bunga-bunga before our class started. And of course with these people, I never get tired to get ready at 6pm to go to class because I know, I'm not really going to class instead to meet them and to have some fun together. Nerdy? Of course that's not me.






Ok, there's a hidden message here.
And maybe you're the only one know it.





So basically, these are our very first day pictures of our final and senior year. The pictures of hope and faith and the hidden suffered behind all the smiles from each and everyone of us. With hope that this will be our final semester as well. Who knows. May be I can make it, may be I can't. Lets see how it goes.





Anyway, I'm not that upload-pictures-on-facebook kind of person.
So, here's the secret path to my lifetime pictures album.
I know you know.


























Cheers for another 14-almost-want-to-commit-suicide-weeks girls!





p/s: when house-mates started to ask who's that guy who steal your heart away, kak ocha? and I was like #%@$& (speechless) - mana korang tau ni?



Friday, February 28, 2014

ThE vVvVvViP iN mY LiFe ~ HaPpY biRtHdaY mUmMy


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Ok. This is awkward. Dah biasa setiap tahun tulis entry birthday mummy walaupun mummy tak baca, tapi tahun ni sebab mummy dah advance, dah ada facebook, dah ada whatsapp, dah tau macam mana nak kelik link-link yang I post dekat facebook termasuklah link untuk ke blog I ni so semestinya, for sure, haruslah mummy dah jadi one of my stalker sekarang. Jadi nak tulis entry HAPPY BIRTHDAY tiba-tiba rasa macam buat karangan surat kiriman tak rasmi pulak.





Ke hadapan bonda yang anakanda sayangi. Hah, gitu intro dia. Selamat ulang tahun kelahiran yang ke tet tet tet tet tet anakanda ucapkan. (she's normal. freak out bila orang bagitahu umur). Semoga panjang umur dan murah rezeki. Anakanda mohon agar Allah memberikan bonda kesihatan yang berpanjangan, kegembiraan, limpah rahmat dan kebahagiaan yang tidak berbelah bagi.





Anakanda mohon ampun dan maaf sekiranya ada kata-kata anakanda yang menyinggung hati bonda. Tingkah laku anakanda yang mengundang risau di hati bonda. Gurau senda yang terlampau. Tak angkat call sebab handphone tinggal dalam kereta. Terlupa cabut charger tab bonda sebelum masuk tido. Lambat bangun pagi. Malas basuh kereta. Suka gelak kuat-kuat, nyanyi kuat-kuat, buat perangai terencat bila bangun pagi, merenyam tak tentu pasal, moody tak bertempat. My God, banyak betul bonda besabar dengan anakanda.





Ni kalau mummy tak gelak, mesti rasa nak sepak kan kan kan? Konon sangat tulis karangan surat kiriman tak rasmi padahal perangai jauh sekali nak membahasakan diri anakanda bonda begitu. Apapun, anakanda harap bonda gembira hari ni. Walaupun sambutan sempoi dan ringkas gila. Walaupun menu nasi ayam tu anakanda decide lepas main gita lagu happy birthday dengan pitching dan chords yang berterabur terbarai segala. Walaupun hanya kita bertiga di rumah. (Bear dengan daddy tak pulang lagi) Walaupun tak ada kek mahal, walaupun tak ada candle light dinner. Anakanda harap bonda gembira hari ini. Dan hari-hari jugak.





So this is my latest cake after daddy's birthday last October
p/s: cake by me, deco by Ame a.k.a tomato
We had so much much fun making this one. 
Last night was hilarious, right sista?






And the simplest Nasi Ayam EVER
(for the record, this is my first time masak nasi ayam)
pps: soup by Ame (again) thank you darling for helping me.





My God, beratnya hati nak balik Shah Alam ahad ni. (nanges)

Wednesday, February 26, 2014

RaNdOm MiDNiGhT pOsT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




I think, people really love to know about others private life. Only if you can see how many hits on my previous entry, sure you won't believe it. Well, I myself, don't even expect that Mr. Feelingless would read that entry either. Tengok. Sekarang semua nak speaking. Siapa punya pasal ni? Well, ok. I won't talk about that again. Unless if he did something which terribly makes me want to shout out loud to the whole world, then I will mention him again. I don't know. Maybe something like the best night date I ever had. Or maybe the best heart broken moment too. Who knows. I told you. He's unexpected.





So here again. Me. Talking with myself. Just started reading 'Remember Me' by Sophie Kinsella. My all time favourite writer. And I just finished registered two subjects for this coming semester. I don't know what happened to another subject. And don't know whether should I register my dissertation as well or not. It's like asking 'will-you-marry-me' question because once I say 'i-do' then there's absolutely no turning back. I have to commit myself into it, probably give up my mid-night-movie times, give-up my sleep, my ladies-night-out, my shopping-regime, ready to stick a beautiful dark-panda eye on my face, be a very good friend with all coffee brands and ready to embrace library as my first home. Sounds awesome anyway!





But I'm still thinking. Till at this point, I really can't decide. How should I put it on words? It's a great thing actually. I just need to hear some courages from people around me. Mom and dad. Aemy. Queen B. Bunga-bunga sisters. My girls. And maybe you Mr. Feelingless. Just convince me to take this risk. Lift me up to believe in myself that I can do it. Because after met Prof Chan yesterday, all the positives nerves in me flown away just like that. I know, he wants me to take this dissertation thing seriously. There's no point to rush and blah blah blah all that. Ok, I might be selfish. But I really want to graduate on time and whatever it takes, I am so ready to commit. I can do it. Tell me those. It's all I ever want and need. (boleh pulak mintak mintak kan?)





Well, I pretty much sure this semester will never be as easy as always. The obstacles, the hardness, the soreness, I feel it already. Yes. I might look normal. I smile, I laugh, being sarcastic as always and I write every happy moments here. Sometimes with the spices of motivation. Sure I enjoy every moment. Live peacefully. But the truths only lay on my diary pages. God knows my insecurity, the anxiousness, the curses words that I always want to spit out, the F and B feeling, the heart-broken stories. Tweets? Those are the nicest word I can think about. Soon, please don't expect me to be good all the time. Don't expect me to be able to control my anger. Don't expect me to say only nice words or even to act innocent. No. Not anymore. I will just, do whatever I want and trust my heart to the fullest.





Anyway, to those who believe in me, I really thank you for that. I'll try my best, but please don't push me so hard. Allow me to choose my path and stay with me so I won't go astray. So with that, good night you beautiful people.






it's time to give me a hug, Pearl





p/s: 
no matter how busy you're, do take good care of yourself, ok. 
i miss you.

Sunday, February 23, 2014

SoMeThiNg To PuT On My DiArY bLaNk PaGeS


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Yes. I used to have such a very bad relationship experience. Met someone, being loyal for years, hoping that 'just-friend' relationship would turn into 'dating' like I was pretty much sure he also got some feeling for me. The butterflies in my nerves, the excitements. Well, at least I know that we're a little bit more than 'just-friend'. But at the end, all I can say is, that was once upon a time story. In my previous year diary. We're over now. He's nothing but someone that I used to know. Sounds like a song? Yeah, by Gotye.





And it took three months for me to recover. (Or maybe more). God knows how much I suffered and how devastated I was. The screwed up feeling. The awkward moment whenever I see him appear online on FB. Obviously there's no other than my mum and Queen B and my 'bunga-bunga' girls staying by my side, give me the incessant support and lending me their shoulder to cry on, wipe my tears and listened to my relentless-trashy-harsh-offended-cursing-words to him. Well, I guess he deserved that. Because it's never easy to fix my heart. But now not anymore. I'm decent now. Really? Hahah.





Then he came. Like really out of nowhere. And I have no idea how can I end up open my just-fixed heart to a total stranger. I mean, we just talk to each other like five days before we decided to meet and ok that was awkward and strange. I don't know what happened to me. But I got a feeling, tell me that he-is-something. You really think that I can easily give my slightly interest to just anyone? Ok. Maybe because he's such a sweet talker and really know how to flirt. No. Not really. It comes with his super gut feeling and maturity. Maybe because a little bit arrogance and over-the-top-self-confident that he has. It could be the double-sided characters too. I don't know. I just feel like I really into him. So, I asked myself should-I-give-him-a-chance? Well, why not?





So basically, he's not yet 'my man'. We're still at the very very very early phase. To say that this will be a last-long relationship, really I'm afraid even just to think about it. So, what I think the best is just enjoy the present. Don't look into past, don't even think about future. I mean, the future on this relationship-thing. He knows how much insecure I feel, how much young we still, what aims that I set in study, career and life. Settle down? No at the moment. That's all I can say.





Tell you what, another incredible thing about him is he's not a local. Sick of Malay guys? No. Nothing racism here, baby. It's all about manners, attitudes, which I will say if people ask me the 'how' or 'why' questions. I don't really care about looks, what you're working as (at least not jobless), how much you earn, how old you're, as long as I feel comfortable and as long as I can be ME when I'm with you, that means you're really something.





Well, of course I know mum don't really agree with the term 'dating' between us. But I told her that we're just friend and we both have a very long way to go. In fact, yes we are. So mum, don't worry about me. I know what I do and as always, you are my priority. I just don't want to be 24 and do nothing but the same routine over and over. I just want to find some excitements and unexpected things out there. Something that can makes me breath spectacularly. Something that I can tell to my kids when they're at this age as mine. Or maybe at least something that I can write on my diary blank pages.





And guys, I tell you what, he's really nice and sweet (did I said already?). Ok, he's unexpected too. He's full of surprise, he always drives me crazy, he makes me laugh so hard, and he can also makes me realize on the very next day I will find out that he's such a mean and rude feeling-less guy and those harsh words coming out can make my tears falling down immediately and yeah, sometime I can feel as if the world is ending. Then he picks me up and makes me feel like I'm on top of the world (again). He's weird and sometimes creepy too. But still he's a good son and that's the reason why somehow I feel tremendously in love with him. And you need to know that he also has the ability to change that feeling into hate and annoying right in the next second. Wow, am I riding a roller coaster or something?





I don't know


Anyway, I just want to say that I really in love with...





CAPPUCINO





And also, the good thing is,
I don't feel like to give up. 





Well, at least, YET.


Friday, February 21, 2014

CoUraGeS, cOnFiDeNcE, iNdePeNdEnCe


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Walaupun tadi lepak tak adalah lama mana dekat library, tapi something about being there with one of your besties obviously sudah cukup untuk jadikan masa itu sebagai quality moment in your life. I really love Anis. The way she think and talk bukan saja cool tapi selalu buatkan kepala otak aku bekerja keras untuk mencernakan apa yang dia cakap. In short, she got the point. No matter how contrast it is, she's always got something right when she voices out. My God, wish I could have that skill. Sebab aku selalu sangat merapu merepek, went around the bushes, jungle, forest. Macam sekarang ni lah.





Perkara paling lemah dalam hidup saya (wah, tibe-tibe saye pulak) ialah melihat wanita di aniaya. Dulu masa ambek kos peguam (pun ada kos peguam kan), actually aku punya aim masa belajar law dulu motifnya nak bantu wanita-wanita yang selalu dianiaya oleh lelaki. Macam kes-kes dera dalam rumah tangga, kes poligami, kes penderaan seksual, kekerasan terhadap wanita, really, only if I was struggled with that aim, surely aku pun dah start chambering dengan kawan-kawan asasi dulu agaknya.





Lepas tu bile bertukar kos linguistik, jadi orang bahasa, mula masuk dah sistem saraf segala mak nenek tatabahasa, gaya bahasa, budaya, nilai-nilai ketimuran aku cuba nak serap dekat semua orang. Padahal tak sedar diri tulis belog kemain rojak lagi ada hati nak terapkan nilai cintailah bahasa kita pergh, dalam mimpi pun belum tentu mampu. Walaupun tak dapat nak pengaruh orang, pengaruh diri sendiri pun jadilah. At least, masih sudi sarung baju kurung lagi. Oh motif. Dan sekarang dah masuk sem akhir ambek sarjana pengurusan dan kepimpinan. Masih tak lari jauh. Masih sempat modified aim untuk membela wanita. I mean, kali ni I really want to courages woman to stand on their own. At least to defend themselves. Bring leadership value in each and every lady that I related with. Ni tak ada nak cerita pasal budaya, ciri ketimuran ke lady of leadership ke apa segala. Serius nak patah balik cakap pasal wanita tadi.





So, selepas beberapa hari di Shah Alam. Jumpa dengan kawan-kawan dan berkesempatan dengar kisah luahan pengalaman nasihat mak nenek segala tentang diri mereka, there's something I feel like to say. Well, typically, people tend to say that we're such a tender human being. Emotional, full of feeling, caring, macam-macam lagi ayat yang aku tak terfikir nak tulis dekat sini. Tapi zaman sekarang, please, one thing that I really want for each and everyone of girl out there to have is 'COURAGE' or maybe one more thing. 'CONFIDENCE'. And 'INDEPENDENT' too???





My God. Apa benda tu kalau setiap kali keluar nak pergi mana-mana kena update dekat semua family member? Check in check out dekat shopping mall pun kena bagitau makcik? Unless you're making such a big thing, memanglah kena minta pendapat family member semua. Tak salah nak bagitau, tapi kalau setakat nak pergi beli burger depan rumah pun %#@*& apakah? Bawak kereta slow, ok aku masih boleh terima. Tapi confident itu penting. Nak tukar lane, sila confident. Nak speed up kereta masa traffic light amber, sila confident. Nak masuk simpang, sila confident. Nak potong lori simen kat depan, sila confident. Have some courage and confidence.





One thing about driving a car which I really proud about is, I can drive manual. And tiba-tiba rasa nak courage semua girls yang membaca ni untuk belajar bawak kereta manual. So that men will not have that kind of mind-setting 'oh-perempuan-bawak-kereta-auto-jeeerrrr' And well, I can drive fast. But not with my mommy's precious thing. Soon, when I have my own, siap la siapa yang dok bangga sangat hantar video drive kereta 200km/h tu dekat aku. Well, bonus, if you can be at par with dude driver and at the same time still managed to take care of your car cleanliness. Because guy, they lack of this thing. Diorang tak rajin kemas kereta dan basuh kereta and what not (maybe tak semua. sorry kepada lelaki yang rajin kemas kereta!). 





My mom is the one yang selalu bising pasal ni and I end up jadi orang yang rajin jaga kebersihan kereta seperti beliau (agaknyalah) So patah balik point dia, go get some courage and confidence. And keep your coolness too. Especially bila kereta you guys pernah kena sagat dekat orang yang dengki sebab kita park kereta depan rumah dia masa nak pergi pasar malam, don't hesitate to balas dendam balik. Pergi sagat kereta dia jugak. And be cool bila tayar kereta tiba-tiba pancit waktu malam time tak ada kedai tayar bukak lagi waktu tu. Don't freak out. Takkan ada kedai tayar tibe-tiba bukak untuk korang no matter how menggelabah korang punya perangai.





Ok dah habes cerita kereta. Masuk cerita lain tapi aku sebenarnya malas nak komen banyak. Yelah, cerita hidup orang. Lain orang, lain perangai, lain pendapat, lain pendirian. Mungkin aku boleh bagi semangat dekat orang untuk jadi berani dan konfiden sebab aku tahu aku ada ciri-ciri tu. Dan independent jugak. That's why, aku pernah cakap dekat adik aku, kalau kau rasa kau nak buat, buat je. Yang penting, kau kena ingat Tuhan, ingat mak ayah, ingat apa akibatnya kalau kau buat apa yang kau nak buat tu. As simple as that. Jadi aku cuba semua benda. 





Terseksi terseksa, semua aku pernah buat. Baru-baru ni ada sorang kawan lelaki aku, penuh dengan ciri-ciri courage, selamba ambush aku dekat inbox FB. Pasal hari tu aku ada post satu gambar yang memang melampau jugak rasanya. Aku sambut je teguran itu sebab memang betul aku terseksi terseksa. Jangan malu mengaku kesalahan sendiri. Terima teguran orang kalau betul dia betul. Terus aku delete gambar tu and know what, aku respek gila dekat dia sebab tegur aku. Then cuba fikir, kalau kita pun ada courage yang sama macam tu untuk tegur orang lain? Mungkin tak semua orang akan terima tapi effectnya orang akan lebih hormat dekat kita. Tak rugi apa pun.






Hidup ni bukan lama mana. Kalau tak banyak kumpul pahala, at least tak lipat gandakan dosa. Bukan tak boleh bercinta, tapi at least kena tahulah hukum hakam agama, batas-batas bergaul apa semua. (which is aku tengah cuba sebaik mungkin lah sekarang ni). Bukan tak perlu ambil langkah berjaga-jaga bila orang yang kita baru kenal ajak jumpa or dating or keluar sama-sama, tapi at least kalau ada terjentik rasa percaya dalam diri tu just please, go with your heart. Sampai bila nak semakkan kepala otak dengan 'what if' questions yang bila-bila pun tak pernah habis. It's ok kalau kita tersungkur sikit, terlajak atau terbabas. That's the game. Mana ada jalan hidup yang smooth sentiasa. Take a risk lady. Jangan takut-takut lagi ok!





Tak tahu kenapa daripada feeling macam pakar motivasi terus bertukar jadi sesi meluahkan perasaan pulak. No. Again. The point is, ladies, wake up. Don't be scared. Trust me. Gain your courage and embrace your confidence. Everybody makes mistake. But there's thousand of ways to fix it. If things doesn't work, keep moving. Even we don't have strength like a man, at least we can stand like them. Life's too short to be dumped.






and trust me, do some work out too. this is so good emotionally
lemak nak hilang ke tak nak ke dia punya pasal. yang penting feeling sweaty itu sangat best.





Rasa macam nak kena hashtag entry ni sebab nanti bila hari broken heart datang, boleh baca kata-kata motivasi tulisan sendiri. Oh, bye lady readers yang awesome.




Tuesday, February 18, 2014

MuSiM taK siUmaN sUdaH bErMuLa



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Tadi, lepas Iema datang rumah nanges-nanges membentangkan usul research proposal, aku tiba-tiba jadi down. Tiba-tibe demotivation sebab kalau kawan aku hebat dah buat all out begitu pun Prof Chan masih hentam kaw-kaw, apatah lagi aku yang masih tak sedar diri bermalas-malasan tanpa rasa bersalah padahal dah tahu dah within three months dah kena submit full dissertation dekat fakulti. Macam-macam perangai aku jumpa dalam diri aku sekarang. Tapi yang ni memang dah lama ada. Perangai terbaru, paranoid dan insecure eh eh jangan nak tukar cerita lain.





Aku tahu, jalan aku untuk tiga atau empat bulan lagi bukan senang. Dah nampak liku-liku dia macam mana. Tapi aku takkan biarkan liku-liku itu mengkaramkan kapal aku. Kapal karam? Jalan berliku? Serius tak ada kena mengena. Laut berliku? Laut berombak kan sepatutnya? Dah masuk cerita apakah ini?





Baru-baru ni aku jadi penganalisis cerita cinta. Aku find out cerita kawan-kawan aku, aku dig in pro and con, akhirnya aku buat kesimpulan, rupanya perempuan ni memang semula jadi fitrahnya 'insecure'. Apatah lagi kalau setakat in relationship. Tak ada yang secure melainkan kahwin. Aku tak kata tak betul, tapi aku rasa as a lady, as a woman, we have to control and manage our feeling and emotion well. Lelaki tak ada masa nak layan benda-benda feeling ni. They're very straightforward, they said what they feel, they won't go around the bush well, maybe not all. But almost. Diorang tak nak hilang freedom jadi bujang sebenarnya.





Kejap. Nak tanya. Macam mana boleh masuk cerita feeling ni padahal mula-mula tadi cerita pasal thesis? Ok, sekian entry pening untuk hari ini. Nak gigihkan diri buat research tapi, sebab tulis belog pun pening, tulis research masuk hospital gila agaknya.





Ok, masuk hospital pun boley laaa 






kan dah cakap tadi 
musim tak siuman sudah bermula



Saturday, February 15, 2014

bUNGa - bUnGa - TuPai - tUPai


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Alhamdulillah, result dah keluar. We managed to do it tak kisahlah naik ke turun ke yang pasti semua lulus dan dah boleh buat next move naik sem tiga yakni sem terakhir. SAY WELCOME TO FINAL SEMESTER YEEAAAAYYYY! And cograts bunga-bunga!!!





Dua minggu lepas (kot) kami kitorang lepak-lepak tengok Frankenstein dekat Sunway makan dekat The Chicken Rice Shop, tentatif macam biasalah. Macam tu jugaklah plan asal untuk semalam. Dah petang semalam masa aku on the way balik Shah Alam si Peah meroyan call aku melalak-lalak 'aku-rasa-down-la-ocha' kau tak tahu berapa kali dia ulang ayat tu sampai aku rasa kalau budak ni ada depan mata aku memang dah arwah agaknya. Ok, so untuk meredakan perasaan, maka aku ajak dia berjimba. Peah pun buat group Geng-Bunga-Bunga dekat whatssap terus la ramai-ramai brainstorming plan nak pergi mana celebrate result yang suam-suam suku gitew. Yang penting paper statistic semua lepas. Dah. Tak payah pikir yang lain lagi.






Ok baby mata sepet, aku harap dengan membahan aku dan melahap sebanyak-banyak udang semalam kau mampu melupakan kesedihan kau walaupun seketika. Jangan down-down lagi ok. Hidup mesti diteruskan. Biar pointer tak gempak tapi happy.






Without Anis, maka semalam inilah wajah-wajah bunganya. Kak Dy, walcome back! And artis jemputan sekali lagi Kak Ijan. Yang dua orang kiri kanan tu macam biasalah kena tahan mual dan muntah sebab bakal hari-hari mengadap mereka dalam kelas. Bakal jadi kaki library kembali dan juga bakal tadah telinga gosip sesama sendiri. Yang part last tu aku tak mual. Serius!






Oh, lupa nak bagitahu makan di mana. Jangan salah faham. Ini bukan celebrate belated Chinese New Year atau Chap Goh Mei ataupun Valentine. Ini Tupai-Tupai-Seksyen-13. Memang makan besar jugak. Steamboat kalau makan kecil-kecilan bukan steamboatlah namanya. Habis rabak diet aku rosak rosak rosak!






Sebab tak tahu macam mana konsep makan dekat Tupai-Tupai ni sangat, maka tak tahu nak promote macam mana. Sekarang dah malas nak bajet JJCM lagi. Tak kuasa dah. Apa yang ada depan mata ngap je. Sebab memang awal-awal dah niat keluar semalam memang nak melepak dengan Geng Bunga-Bunga je. So, kisah pulak aku nak melahap sakan.






Jadi sekian terima kasih.
Bunga-Bunga nak minta diri.






Siapa nak cuba, boleh datang ke sini.
Tapi kalau diberi pilihan, p/s: Seoul Garden lagi best kot. Hahahah.
Sorry abang Tupai-Tupai.
Thank you snap gambar kami.





p/s:





Peah, tolong tingkatkan skill anda menggunakan chopstik ok.

Iema, tolong makan dengan lebih banyak.

Kak Dy, tolong jangan bagi gift macam tu lagi nanti nanges.

Kak Ijan, bila nak approve friend kat facebook?

Wednesday, February 12, 2014

oM nOm NoM nOm


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Punyalah gelabah sistem saraf dua tiga menjak kebelakangan ni. Disebabkan nak tunggu result keluar hari Jumaat nanti. Aku tahu ada yang dah boleh check result in advance. Tak tahu macam mana diorang buat aku harap aku boleh hack uitm punya website sekarang jugak tak kiralah aku fail ke lulus ke yang penting aku nak tahu SEKARANG! Tahu tak SEKARANG, SEKARANG! Siapa boleh jadi hacker upahan saya sila angkat tangan!





Sebab nak buat apa pun tak ada mood dah, buat itu tak kena, buat ini tak kena so kalau boleh nak tido je sampai hari Jumaat sebab tak nak ingat apa-apa nak bangun tido terus check result lepas tu kalau ok boleh teruskan kehidupan kalau tak ok nak bagitahu boyfriend suruh masuk meminang sekarang jugak oh pathetic. Saya rasa macam nak nangis lagi. Maafkan saya. Tak boleh tulis panjang-panjang dah nanti bertambah meroyan. Ok bye!





omnomnomnomnomnom

Friday, February 7, 2014

FeELiNgLeSs


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




At this stage, aku mula rasa paranoid. Tak tahu sama ada disebabkan aku ketam yang memang sentiasa letakkan security dalam relationship atau ????? Yup. Bukan satu kerja yang senang nak bagi aku confident. Tapi once aku dah bagi lampu hijau, maksudnya tak lain tak bukan, u have to keep moving. Jangan stop separuh setengah atau sekerat jalan memang aku suka bagi sinonim sebab nak emphasis apa yang aku rasa dikala ini. Memang risky. Tapi aku rasa relationship ni makan masa sikit kalau nak stable. Well, tak sampai sebulan pun to be exact. Memang tak kemanalah kalau masing-masing gelabah nak rushing kan.





Maka aku ingatkan diri sendiri supaya tidak terlampau excited, tidak terlampau over, clingy, dependent, annoying dan sebagainya sebab aku tak feeling in relationship sangat pun bila aku je yang terlebih melebih berlebih-lebih. You ols yang membaca I ols tak tahulah. Dah la perangai sensitif dan emosi terlampau, kang bila ada benda-benda yang terasa menyakitkan hati, yang terasa fishy, yang curiga muriga datang bertandang, itu adalah part yang paling aku tak suka. Again, paranoidlah aku gamaknya. Pengajarannya, jangan bagi aku paranoid. Gosh, kalaulah dia boleh baca apa yang aku tulis ni.





Dan aku banyak kali cakap dengan dia. Dia tu actually beruntung sangat-sangat-sangat-sangat-sangat sebab dalam banyak-banyak-banyak-banyak-banyak lelaki yang datang, yang nak kenal, yang nak in relationship dengan aku dan aku end up dengan dia sebab aku ada feeling macam something yang aku sendiri pun tak tahu nak cakap macam mana. Aku bukan jenis yang senang nak percaya kat orang dan bukan jenis yang senang nak bagi muka walaupun ada perangai sifat kesian tapi dalam kes-kes macam ni 'sifat kesian' definitely tak boleh diguna pakai. Dan baguslah, dia pun cakap aku ni lucky-lucky-lucky-lucky-lucky sangat sebab ok aku tak tahu sebab apa. Mungkin sebab dia rasa dia hot and aku tak. Biadab.





Maka aku cakap depan-depan-depan hidung dia, yang dia tu beruntung dapat kepercayaan aku dan kalau dia main-main dengan 'trust' yang aku bagi dekat dia, memang sepit aku akan naik satu badan. Ini ugut ke apa? Agak-agak dia give up tak? Wah, aku monolog sendiri cakap dalam hati macam bagus pulak bagi warning macam tu dekat orang. Lepas tu tak sedar diri yang awak pilih untuk dating tu ialah si kembar. Perangai up side down yang memang suka bagi orang feeling insecure. Hari ni cakap dengan orang lain, besok cakap dengan orang lain. Padahal sebenarnya sorang je. Sekali dia turn off haaa padan muka kau. Mesti tak faham kan?





Oh fine. Aku sebenarnya tak tahu berapa bulan boleh go on dengan relationship ini. Dan aku sebenarnya tak tahu apa motif aku perlu tulis ini semua di sini. Nak kata itu jodoh, hhhmmm macam susah pulak nak nampak. Jauh sangat nak tengok masa depan. Tapi kalau tak ada, well, takkan nak unfriend dekat facebook pulak semata-mata. Kawan je. He's fun to be with anyway. Mana nak cari kepala otak macam tu??? Pernah dating minum starbucks dekat Sunway, tengok movie dekat KLCC lepas tu dating tepi tasik Putrajaya dalam masa satu malam? Aku pernah.





taknampakmasadepan





p/s: ketam dengan kembar tu ialah bintang malam rembulan. bukan nak percaya. cuma sedikit sebanyak rasa macam ada betulnya. macam tak mungkin bersatu je. hhhmmm. #takrasanaknangispon



the history

Followers