I will make it simple as I know everybody are in their dream right now (Termasuklah rumet kat sebelah ni). Bukan mengeluh tapi entry sebelum ni yang banyak cakap pasal penat, letih, exhausted dan sebagainya itu cuma nak menegakkan bahawa semua orang sibuk dan semua orang ada peranan masing-masing tak kisahlah dekat Fac ke dekat Kolej ke, even dalam kelas pun tanggungjawab tetap tanggungjawab. Nanti kat akhirat kena soal macam mana?
Haaa, so tak payah rajin nak ber'excuse' sangatlah ok. I really am tired and annoyed already dengan orang yang spesis begini. Nak jadi ketua, semua benda nak handle, tapi setakat nak nama je. Print nota pun nak suruh orang, nak photostate buku pun nak suruh orang, nak call lecturer pun nak suruh orang. Kalau bercinta tu pandai pulak. Tak payah orang suruh pun pffft...
Ini semua la ni muka-muka yang tak reti nak independent. Kalau iye pun nak mintak tolong orang agak-agaklah kan. Benda senang, kecik, simple, molek gitu kot what the hal tak boleh buat sendiri? Kalau memang tengah betul-betul darurat sangat tu lain, ni memang kemudahan dah ada tinggal rajin tak rajin je. Susahlah kalau dah kerja nanti pun perangai macam ni tak berganjak anak tangga. What the hal lagi kan ambik kau...
Dah. Mood marah telah menyekat idea yang turun mencurah-curah tadi. Sebab sekarang dah tak ada idea, maka sekian terima kasih ajelah...
p/s: tak paham tajuk entry dengan isi entry. karangan failed masa upsr nak buat cmne...
Pertama kali dalam hidup, aku rasa teramat bizi sampai on the way nak balik kelas pun boleh terhuyung-hayang macam orang mabuk tapi bukan sebab mabuk tapi sebab mengantuk. Bila dengar dari mulut orang 'kau ni tak ada masa untuk diri sendiri' Alaahai, what the hal cakap macam tu bro? Gua ok ape. Gua sempoi je. Setakat ni tak pernah lagi missed kelas - Alhamdulillah - Apatah lagi lepas dengar kata-kata Sir Faizal yang cute semalam, rasa lagi bersemangat tak mau ponteng kelas Finance dan kelas-kelas yang lain.
Pasal Sir Faizal yang cute tu cakap, dulu masa dia belajar, ada sorang classmate dia umur 75 tahun. Memang ketegori tua la. And Sir Faizal yang cute panggil dia Pak Ungku. Nak pendek cerita, Pak Ungku ni sangatlah komitment in pursuing his Master padahal logiknya dalam umur macam tu nak buat apa belajar beriya-iya sangat kan? Just to gain knowledge katanya. Sampaikan at the end of his day (which is hari Jumaat), lepas walikan anak perempuan dia lepas asar, dia terus berkejar pergi kelas pukul 6 and malam tu Pak Ungku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Lepas tu semangat aku terus berkobar-kobar naik. Tak paham ayat macam pening...
Semalam je berkobar-kobar. Hari ni dia dah malas balik. Habis tu camne? Sampai seriyes serba salah gila dekat gossip girl. Dah la kolej masing-masing tak tahu apa cerita. Aku nak tolong macam mana pun takde idea. Tu, dok gatai tiba-tiba sem ni jadi class rep sampai balun dua kelas sekali. Dah upgrade responsible dah kat situ. Dengan MCC punya program lagi. Dok take care adik-beradik kat bilik depan ni, adik-beradik kat Bangi nun, sampai adik-beradik gossip girl depan mata pun terabai. Sentap you cik Hani kirim salam rindu semalam. Nampak sangat lama tak bergossip.
Kalau aku ni kaya dengan masa memang dah berjuta entry dah aku post. Memang harus korang takkan nampak bahawa semester ni aku dah pandai bewajah hipokrit. Kalau aku letak semua gambar-gambar ceria dan bahagia tu padahal dalam hati macam Tsunami dua kali ganda korang mesti tak boleh nak detect. Konfirm tak boleh punyalah.
Itu belum kira lagi macam mana penat dan terkejar-kejar setiap hari. Turun naik Cempaka Kenanga Melati padahal dah dua minggu berturut-turut puasa enam and followed by puasa ganti macam nak putus nyawa dah rasa berkejar ke sana sini lepas handle kelas nak berkejar balik bilik nak masak untuk adik-beradik seriyes ini bukan cerita tipu weh. Sampai telefon mak pun seminggu sekali apa cer?
Pernahkan saya mention azam
semester ni tak nak pergi kelas pakai pakaian kasual means tak mau pakai seluar
sebab nak jadi wanita melayu terakhir? Ada kan kan kan? Tapi kalau tadi saya
pergi kelas pakai jubah tapi dalam pakai seluar jeans sebab hujan ribut (memang
serius ribut ok) dan konon nak memudahkan perjalanan (kaki) la kononnya. So
azam tu valid lagi ke tidak u ollz rasa?
Tengok tu asal Rabu je hujan asal
Rabu je hujan. Bukan mengeluh tu cuma meluahkan perasaan bahawa, kesulitan dan
kesukaran itumuncul setiap kali nak
pergi kelas Arab je (hari rabu) kenape ek? (cakap slang Johor). Serius memang nyaris nak ponteng tadi dengan
alasan hujan ribut yang memang serius ribut. Apa maknyanya tu? Ketahuilah wahai
muslimin dan muslimat sekalian bahawa setat dari minggu depan saya akan
terlebih-lebih solehah sebab kelas arab saya sudah bertukar ke group B. U know
what is that mean? U know who is in that class? U know how crazy I’m gonna be?
Apa-apa pun, kepada warga Shah Alam dan Lembah Kelang, selamat meredah banjir
kilat dan GANBATTE KUDASAI. Motif cakap macam tu? Tak tahulah pasal lepas kena
hujan wire short so paham-paham la u ollz.
Then meet my roommate. Syamimi
Hanun, our future accountant.
Yang duduk paling dekat dengan saya itu haruslah rumet. Sebelahnya Leeya future Computer Scientist, and Roy, also future accountant jugak. Saya? Tak nampak masa depan lagi. Sekian.
(Iklan kejap nak mengumpat pasal rumet.)
Mimi tu dah part 5 and currently tak ada dekat bilik
sebab pergi dating dengan boyfriend dia tak tahu dekat mana. (Jangan risau, dia
balik nanti saya tanya.) Well, rumet kali ni obviously tak ada sebarang komen
sebab dah nama pun request nak sebilik so kalau ada jarum yang patah tu buat
apa nak pakai lagi kan? (Tak faham apa kaitan) Cume she makes me feel somehow Hani
Afiqah is still my roommate cuz they got few similarities there. Nak taching ke?
Oooh please jangan buat begitu dikala hujan-hujan begini u ollz. I dah puas
meratap bila nak dapat rumet yang masa asasi tu lagi.
Ok, kita sambung topik yang ada kena mengena dengan tajuk.
Sedikit rungutan tentang
beberapa subjek yang saya ambil semester ni. Apparently Finance bukanlah subjek
yang saya nanti-nantikan selama ini. Kelas teori saja dah blur inikan pulak
kelas praktikal di mana saya harus berkawan baik dengan Cik Kalkulator. But
mujur Sir saya orang Negeri Sembilan dan handsome. Secara tak langsung
saya sebagai class rep (plis jangan histeria) saya ulang lagi, sebagai
CLASS REPRESENTATIVE, adalah manjadi kewajiban saya untuk selalu keep-in-touch
ala-ala secretary pun iye, kepada Sir Faizal yang handsome itu. (I don’t
care even he’s married). Ok tak sopan. Mintak-mintak Sir Faizal tak jumpe blog saya
ni. Amin.
Then subjek Bahasa. For this sem,
I got Semantik teach by Puan Noriza yang potpet-potpet best punya tu and satu
subjek lagi tak tau apa nama best dia tapi something to do with Debate by Encik
Mail atau nama komersialnya Prof Madya Ismail Abdul Rajab. (Tu diaaa) Apa
debat-debat? Dah pencen daripada Law ingatkan tak ada dah nak main cari-cari
evidence, facts, indication ni suma. Sekali hambek kau asal masuk
kelas je kena belagak jadi diplomat. Memang sah la menyimpang daripada cita-cita
asal nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Nak buat macam mana? Lepas ni, meet
me at PTAR anytime ok. I should be available there. Geli punya ayat. Sejak bila
hang kaki PTAR?
Ok last ni last. Subject
Management or depa dok panggil OB je senang short form untuk Organizational
Behavior subject. Ini memang tak boleh lari lagi daripada jadi class rep jugak pasal
Dr. Norzanah sendiri sendiri yang point anak Melati dia ni yang over bunyi kat
dalam kelas. Ha’ah. Betul la tu saya ni anak Melati pasal dia pengetua Kolej
Melati. Memang kebetulan yaw tapi nak buat macam mana. Dr. Norzanah cakap. Love
at the first sight. Geli lagi kan ayat saya.
Dan Bahasa Arab setel kan tadi?
Part yang bakal gila once dah masuk kelas B tu u ollz buat-buat tak baca jela. Then
CITU? Nothing to say. Obviously ustazah itu best dan rock. Itu yang kita
mahukan. Tazkirah yang kena dengan zaman kontemporari ni so tune dia lain macam
sikit. Maka bila kena dengan flow hati dan jiwa dan raga saya maka insyaAllah
di penghujung sem nanti azam ketiga akan tercapai. InsyaAllah, tuan hamba
doakan hamba, hamba doakan tuan hamba juga. Sama-sama kita berdoa untuk satu
sama lain. Dan sekian, wabilahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Saya masih belum habis bercakap pasal cuti rupa-rupanya. Ok this is REALLY the final. Nak wrapped up pasal subjek for this semester korang sume bukan nak ambik tahu sangat pun. Yang pasti, koko saya dah habes dan itu bermakna kena struggle to death sebab subjek senang A dah missing satu. Next sem pulak tak tahu nak struggle to what sebab Bahasa Arab pulak tak ada. Okeh itu kita cerita sem depan la. Tapi so far, subjek bahasa semua best sebab already know all the lecturers.
Dan sekian, semester ini juga saya ada 3 azam untuk dipraktikkan dan setakat ini perlaksanaan itu masih berjalan dengan lancar. Satu. Saya berazam untuk tidak ponteng kelas DENGAN SENGAJA. Kalau ada excuse tu lain ceritalah ye. Dua. Saya berazam tidak akan pergi kelas dengan memakai pakaian kasual. Dalam erti kata lain, saya akan memakai baju kurung dan jubah saja. Kalau ada event APB tu lainlah. Dan Tiga. Saya berazam untuk... Ok yang ketiga ni biarlah rahsia. Tak boleh cakap nanti takut tak masin tak jadi kenyataan pulak.
Of course sem ini juga kena strive more. Kalau nak stay up dah tak boleh depend pada Nescafe lagi. Doktor tak kasi ambik sebab ada masalah dengan sistem kitaran bulanan. Macam mana nak hold on? Pandai-pandailah.
Ok back to previous holiday, tak payah nak KLMJ sangatlah. Cuma kepada kesayangan saya Cik Nurul Nabihah yang tengah struggling for her final sekarang, this is for you darling...
JJCM at Seoul Garden sebab teruja tengok post yang pre-post atau yang real post masa zaman dulu-dulu. Ok sekian cuti dah habes. Boleh jadi budak skema sekarang. Bye!
Assalamualaikum u ollz... (intro tak boleh belah lagi)
Jangan potpet banyak. Nah ni sambungan konflik drama sebabak kalah samarinda ngko semalam... I'm sorry for not explaining briefly earlier. Actually, drama sebabak ni berlaku semalam masa Hani n Haajar datang melepak dekat bilik aku semalam. Patung alaa vodoo tu Haajar yang bagi. Bim Bum is for Hani and Bum Bum is for me. Haajar punya Bim Bim dekat rumah dia so dua watak ini saja yang wujud semalam. Tengah saja-saja dubbing sebab tak ada kerja dalam bilik, Haajar pun ter'idea nak record suara kitorang bertiga. Gitulah gamaknya u ollz ingat akak ni expert ke mende-mende ginih?
Sponge Bob: Saya kata kedai dah
tutup dah tutup la. Encik Crab baru lepas kunci Crabby Patties. Crabby Patties?
Eh bukan Crabby Patties tapi Crusty Crab. (Konfirm Sponge Bob tengah biol yang
terlampau time ni.)
Sponge Bob (dubbing dengan
tamaknya): Mintak maaf, hari ni hari Holiday Crusty Crab. Awak datang lain kali
ye Encik Bim Bum. Maafkan saya, saya ada banyak tugas menanti. (blah tanpa
pedulikan motif nak rebut Bum Bum tadi. Dasar Sponge Bob Biol.)
Bim Bum: Bye-bye Encik…(terus bertukar jadi gay)
Muzik ending Sponge Bob pun
berkumandang. Maka tamatlah cerita cinta tiga segi Sponge Bob dan Bim Bum dan Bum Bum yang
biol tadi. Sampai akak-akak pun naik biol dok transkrip dialog dubbing tu u
ollz. Bayangkanlah betapa gigihnya pause recording tadi semata-mata nak salin
real dialog daripada para pelakon dubbing yang haram jadah semuanya ni. Hebat
kalau akak buat assignment segigih begini kan u ollz…
KAU MAMPU?
p/s: It was a nice day yesterday Haajar...^_^ saranghaemida..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (sila jawab
dengan lengkap juga u ollz)
Siapa rakyat Shah Alam di sini pasti tahu bahawa around 12 tengah hari tadi hujan
tak berhenti-henti turun kan u ollz. Penat akak berdoa supaya berhenti (atau
paling-paling kasi selow sikit the speed) sebab akak nak pergi kelas Bahasa
Arab tadi nyaris nak TERponteng dengan alasan hujan lebak ribuk taufang.
Alhamdulillah, azam TAK NAK PONTENG KELAS semester ni masih berjalan dengan
lancar. Muka bangga sekejap.
Maka, dikesempatan ini akak
dengan mood bahagianya (sebab tak dapat assignment lagi) ingin membuang masa
sebab angin sepoi-sepoi bahasa Melayu akak malam ni macam ada baek sikit
nak buat story telling dekat u ollz suma. Pasal cerita cinta tiga segi antara
Spongebob Square Pants dengan adik Pink Panther yang nama dia Bim Bum yang
berebutkan Bum Bum. (amek ngko nama memasing semua nak komersial meletopz kelas kau Jaaah.)
Tu dia gambaq nak kasi fofulerkan para watak.
Bim Bum (dubbing by Queen B) dan Bum Bum (dubbing by akak separuh masa pertama jew and lepas tu by Pwincess S)
(gambar masa zaman percintaan mereka tengah hangat, hot, panas dan kawasan-kawasan yang seerti dengannyew)
Sponge Bob
(orang ketiga dalam hubungan Bim Bum dan Bum Bum)
Dubbing by Cik Akak tau u ollz.
Achelly cerita ni lagi best kalau
u ollz dengar live. Tapi dah berapa tahun hidup pun tak geti-geti nak tukar
format audio nak kasi senang upload kat sini. So akak buat transcription saja recording tadi bagi senang u ollz dapat gambaran we ollz punya dubbing tadi la noh...
Ok, tu depa mai dah…
Bum Bum: Oh Bim Bum.
Bim Bum: Oooh… (eksaited jumpe girlfriend selepas 16 minit
berpisah)
Bum Bum: Saya sebenarnya datang ni nak bagitau awak yang
saya terpaksa tinggalkan awak bum (tersasul nama) …Bim Bum. (muka tak bersalah
nak mintak clash.)
Bim Bum: Tapi kenapa? (Bim Bum punya dubbing tak tahu kenapa
high pitch tiba-tiba. So kitorang gelak histeria satu setengah minit.) – apasal
suara kau ajaa? Okeh sambung.
Bum Bum: Saya… aaaaa… (konon-konon serba-salah la ni)
Bim Bum: Awak ada pengganti saya ke?
Separuh masa pertama, Hani tibe-tibe menyampuk campur
meroyan jerit
“NAK MASOOOOK!!!”
Bum Bum : Eh, macam mana awak tahu? (teruskan dialog tanpa
terjejas dengan jeritan tadi .)
Bim Bum: Siapa? Siapakah pengganti saya? (berlakon dengan
penuh dramatis.)
Sponge Bob pun masuk dengan bangga
Sponge Bob: Eh, siapa yang berbicara di sana tuuu?
(semua pelakon dubbing suara gelak histeria tak cukup tanah
sebab Sponge Bob pakai bahasa Melayu klasik tibe-tibe. Pedia…)
Sponge Bob: Eh, diam. Saya ni bekas pelajar Akademi
Pengajian Bahasa di UiTM lah.
Bim Bum: Siapa kau?
Sponge Bob: Saya ni Sponge Bob. Awak nak saya nyanyi lagu
ke?
Bim Bum: Aku ingat…
Sponge Bob tiba-tiba nyanyi intro lagu tema walaupun depa tak mau dengaq:
"Whooooo… who
live in the pineapple under the sea…"
SPONGE BOB SQUARE
PANTS!!! (Bim Bum dengan Bum Bum pun sama menyampuk tanpa rasa bersalah)
Sponge Bob: Ye, sayelah Sponge
Bob yang popular tu. Awak ni siapa? Kenapa saya tak pernah kenal awak haaa?
Bim Bum: Saya adik beradik Pink
Panther.
Sponge Bob: Pink Panther?
Bim Bum: Sebab tulah kurus macam
ni.
Sponge Bob: Oooh, bukan Patrick
ke?
Bim Bum: Bukan.
Sponge Bob: Saya ingatkan awak
Patrick. Mintak maaf, saya mintak diri dulu. (dengan penuh sopan santun mintak
diri padahal tak sedar storyline dah lari.)
Hani gelak histeria lagi separuh
masa kedua. Nasib baik Bim Bum pandai tarik line.
Sekian, cukup untuk part I. Akak sambung tomowow ye u ollz. Pwincess time akak dah tamat. Pukul doblas nanti kereta kuda akak akan bertukar jadi labu, kuda-kuda akak akan jadi tikus, dwess bling-bling akak ni akan jadi kain buruk. Tomowow akak janji akak hapdet sambungan drama penuh konflik ini walaupun u ollz langsung tak heran nak hadap kan u ollz kan kan kan... Kelas kau Jah buat entry nak mintak maki macam ni haish...
p/s: jumpe kak ani n the gang depan koop mawar tadi. taching tak habis sampai sekarang...
Saje la nak letak exclamation mark banyak-banyak dekat tajuk tu. Konon eksaited la nak tayang 1st day bukak sem hari ni. Of course the best part is jumpa gossip girl dua ekoq ni.. Cekidaut kejap muke masing-masing first day masuk sekolah tadi...
Ok, tu je. Macam nak pergi rumah terbuka kan? Tapi tak. Kalau dah pakai tudung tak matching tu tak ada la nak keluar area Melati sangat. Tolong cakap dengan makcik kakak warden tu bukakkan pintu pagar je. Kereta Cik Ani tak dapat nak keluar. Haa, ambek ko...Sapa suruh park kat dalam.
Aku baru je lepas habis gunting baju kurung polka dot tadi. Take a break kejap. Then ternampak pulak post baru oppa kesayangan dekat blog diorang. Comey gilos. Happening je macam nak join melompat sekali dengan diorang tu sume haa...
Tapi Heechul dengan Siwon tak ada. So aku share je la video lapan orang yang ada tu dekat sini. Lepas ni aku nak sambung menjahit pulak. Nanti aku update lagi kalau ada apa-apa nak share ok. Bye!
Para pembaca yang dikasihi, ini memang personal punya post. Tak payah susah-susah komen sebab nak jadikan pengganti diari saya yang putih suci itu yang tertinggal di rumah saja.
Minggu ni, supposedly aku nak siapkan jahit baju kurung yang aku beli hari tu untuk naik sem baru. (gedik asal bukak sem je semua nak baru). Tapi dah terlajak dekat Shah Alam 4 hari so tak tahu apa cerita sama ada sempat siap ke tidak. Okey, masuk sikit point nak cakap, benefit cuti 4 bulan ni ialah dah pandai jahit baju kurung (YEAY!)
Hari isnin starting the journey to Shah Alam dengan beraya kat rumah Nurul sebelum menghangkut makcik tu ke Melaka untuk raya dekat rumah Haajar pulak. Lepas tu singgah rumah bekas bakal mak mertua dekat Seremban dan barulah tergedik-gedik bertolak ke Shah Alam. Sempat singgah Tesco Extra beli selipar toilet dengan ubat gigi sebab lupa bawak jugak. Dan ambik kunci bilik dan selamat berkemas. Ok cukuplah tak larat nak explain panjang. (Memang sumpah mood tengah malas ni.)
Day 2, aku bangun pagi-pagi (tak la pagi sangat pasal dah nampak matahari) dan pergi standby depan pejabat Melati jaga kaunter untuk sambut adik-adik baru. Muka memang manis habes. Memang kencing manis siapa pandang lama-lama. Siap kalau ada mak cik-mak cik yang terlebih ramah tu, kena keluar ayat manis pulak memang boleh diabetis la orang ramai kalau tengok aku hari tu. Lagi-lagi yang datang tu dengan abang pergh... Bajet chiyut macam actress korea tak usah cakap. Dah tahap nak meninggal pasal detect kadar gula merenyam yang keterlaluan dalam badan. Dah. Tamat riwayat hari dua. (Dengan sangat penat jugak yaw.)
By the way, petang tu sempat cabut pergi Jabatan Agama Islam Selangor hantar si Nurul (yang kat bawah ni) ambik contoh lafaz taklik untuk lampiran dalam tesis dia.
Muka bangga tak sudah dapat maklumat idaman.
(Semoga tesis kau cemerlang dik. Amin.)
Dan aku pulak ambik borang untuk kursus kahwin ^_^
ok bye!
Day 3. Eh aku lupa nak cakap yang aku jumpa Linda. Dia jadi PM handle adik2 ni punya orientasi dekat Melati. Harus eksaited kejap the moment I met her yesterday. Macam jumpa Taylor Swift teruja ya amat. Ummi pun ada tapi dia dekat Mawar. So aku kirim salam saja. And I met my Sis Tiya as well. Abang MPP APB mujur belum nampak batang hidung lagi. Kalau tak mesti dah lama masuk wad gila.
Ok. Lupa nak cakap jugak. (Nampak sangat otak dah biol asyik nak lupa segala dengan alasan penat padahal tak buat kerja pun.) Aku sempat melayan Pak Li dengan depa ni semua semalam. Penat + Lapar = RAKSASA RAKUS pun muncul
Cik Nurul
Cik Roy
Cik Alia
Dan sudah tentu aku.
(Tak sanggup nak letak gembar sebab memang sebijik raksasa real woih)
Nak sambung lagi untuk day 3 tadi. Mujur orang tak ramai hari ni. Pasal semalam dah penoh blok 4A so hari ni mak cik- mak cik dan pak cik-pak cik TERPAKSA menghangkut barang-barang anak mereka pakai tangga pasal hari ni depa kena penuhkan blok 3B yang tak ada lif tu.
Cakap pasal bilik. Don't worry to all my dearest fwens yang tak belum dapat kolej. Blok 4A memang di reserve untuk student lama. Blok 3A pulak di reserve untuk student yang berjaya dalam permohonan rayuan. Level bawah setiap blok di reserve untuk student OKU dan student yang sakit dengan syarat ada surat sakit daripada doktor. Nak buat surat sakit sendiri pon boleh kalau dah terdesak bebenau tak dapat bilik kan. Bilik air ground level luas yaw...
Dan tomorow aku nak pulang ke kampung halaman semula. Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa homsik. (Dan mengada). So tak jadi stay sampai hari jumaat. Lagipun nak hantar Nurul balik KUIS. Then mummy pesan singgah Nilai 3 beli kerusi malas yang style vintage yang macam ni..
Tapi bukan kaler corak lagu ni la kau nak bagi mak aku rembat dengan mop letak kerusi ni tengah-tengah hall?
So sampai kesudah pun holiday aku memang rasa tak cukup.
Sekian. Lintas langsung daripada Wartawan Cik PA Melati Computer Club.
Bersama jurukamera Roy dan Jurumekap Ayna.
(Diari dah jadi entry akhirnya. Aku memang terer tulis karangan pasal tu tak pandai-pandai twitter sampai sekarang.)
Okey, ni top secret ye. I’ve never mention bout this before tapi macam biasa la budak-budak bila dah makin besar bila hormon gatal dia semakin berleluasa bila dah mula buat praktikal nak jadi bakal menantu mithali (kerja wajib bila cuti sem) so ini saya bagitahu awak (especially yang namja) saya bukanlah orang yang akan pandang dua kali kalau ada mana-mana lelaki yang lalu sebelah saya dengan gaya maskulin habis semata-mata nak tarik perhatian girls generation – dengan motor besar – jeans mahal – jaket kulit - spec hitam – minyak wangi satu tong – Ya Allah, tu nak mintak side kick boleh.
So berbalik kepada top secret yang saya cakap tadi, sebenarnya mak dah mula curious siapa la orang yang rajin bebenau dok mesej saya call saya sepanjang 2,3 bulan kebelakangan ni. Suspek beliau tu pulak bukan boleh caye. Semua orang dia main tembak je. Budak yang tu ke? Budak yang ni ke? Budak yang duduk kat situ ke? Budak yang duduk kat sana ke?
The only thing yang terbaik untuk dibuat is tersengih je bila dengar mak tanya. Lepas tu bukak cerita lain walaupun itu hanya akan mengundang spekulasi yang teramat. Tapi setakat ni… (muka bangga) Alhamdulillah sorang pun belum tak tahu.
Sekian, itulah dia ‘Encik L’ saya. Lepas dia datang raya malam tadi, terus ter’idea’ nak tulis benda ni dalam diari. Tapi sebab list panjang sangat, so I decide, post dekat blog pun ok kot. “So ini 10 sebab kenapa saya rasa dia sangat sweet ^_^”
Satu. Dia sweet sebab dia bukan jenis orang yang really nak declare ‘we’re dating’ atau tukar relationship dekat facebook untuk officialkan perkara ni. Dia cakap bila relationship yang bermula dengan akward tu maka as a big girl I should understand what is that mean.
Dua. Dia sweet bila tanya ‘drama korea yang u tengah layan sekarang dah habis ke?’ dan bukannya bagi expression muka ‘u layan k-pop?’
Tiga. Dia sweet bila datang rumah dengan alasan nak jumpa mak ayah. Masuk rumah cari mak ayah. End call atau mesej dengan ayat ‘kirim salam mak ayah’. Mana ending ‘good nite I miss u’? Tak tahu. Tapi bila dia ingat mak ayah saya lebih daripada saya, consider as sweet la tu.
Empat. Dia sweet bila suka buat-buat lupa my initial name dekat facebook padahal hari-hari letak post dekat wall. (Korang takkan nampak sebab dia customize to 'ocha omar' sahaja). Sampai rasa macam nak hentak dia dekat wall pun ada setiap kali dia tanya begitu.
Lima. Dia sweet kalau tengok bola sepak macam cakap sorang-sorang. Mulut kumat-kamit tapi suara tak dengar. Dia marah player ke, dia sokong player ke, memang susah nak dengar suara dia terpekik-pekik macam orang kat kedai makan yang saya kerja dulu. Dia jugak sweet bila main bola sepak dengan budak-budak kecik bila tak ada geng besar nak join. Tapi dia cakap saya lagi suwit kalau sokong dia main (perkara yang tak pernah saya buat depan dia). Don't tell him ok!
Enam. Dia sweet sebab tahu my all time favourite hasil kerja part-time as a stalker dan juga hasil siasatan daripada my family and friends. Not directly ask from me. Sweet ke? Boley laa..
Tujuh. Hey, dia sweet jugak bila ajak saya lepak kedai mamak and ask me where should he works during holiday sebab cuti lama lagi sampai bulan 10 nanti kan. Nasib baik ajak lepak kedai mamak bukan untuk ask for my money even he’s already employed. Pening? You all fokus yang the first point td je senang. Dah.
Lapan. Dia 'sweet' bila congrates me with smiley icon when my favourite football club kalah 8-2 hari tu. Tak nak kawan arsenal.
Sembilan. Dia consider as a sweet person sebab tak kisah I mention Fabregas atau Lee Dong Hae atau Aaron Aziz atau Jhonny Depp more than I mention his name. Maybe sebab dia tak jealous dengan mereka. Obviously!
And lastly. Dia sweet bila act dengan yakin dan confident depan orang ramai like we’re just friend padahal kawan-kawan dia bukan main rajin membahan dia. Erm, actually kawan-kawan dia pun macam kawan-kawan saya juga. Masih blurr dan tertanya-tanya siapa yang kau in relationship ni haaaah?
p/s: kena tunggu tag dekat kad jemputan fesbuk baru tau siapa.
Semenjak aku buat entry sekuel pasal Encik L dan budak cengeng hari tu rasa macam seronok pulak main entry letak ‘part-part’ ni. To be honest, aku tak boleh kalau tak share gossip dengan orang. Kalau orang tak nak dengar atau baca tu lantak dialah. Yang penting, once aku dah publish dekat sini, ‘happily ever after’ tu yang kita nak ye puan-puan. Siapa blogger dia tahu.
Ok kenapa cuti 4 bulan berbaloi? Memang selalu sangat dengar kawan-kawan cakap ‘alaa, kau budak degree best la cuti lama’ hahaha (berguling 17 saat), memang best ya amat (sampai nak meroyan dah rasa) sebab 1st of all, dapat jumpa kawan-kawan lama. Yang betul-betul funya lama ni zaman tok kadok tok batin tok bomoh dulu-dulu yang stok kalau jumpa cuti ni memang expression muka dia macam nak baling pinggan kat orang je rasa - Asal kau pandang aku macam tu haa weh? – Aku tengok kau makin kembang. Tu yang kagum pandang lama-lama tu – Kan? Apa tak rasa nak baling pinggan.
Dan semua start sejak aku kerja part-time dekat kedai makan tu. Kalau tak kerja memang tak keluar rumah. Dan kalau tak keluar rumah memang takkan jumpa kawan-kawan yang selalu lepak makan dekat kedai Hafiz Tomyam tu. Memang tak jumpa dunia la bak kata orang. Ok, senang cerita sekuel reunion tu macam ni.
Kak Chik tu (yang pernah aku mention dalam entry-entry sebelum ni) sebenarnya kawan sekolah rendah aku. Means ambik UPSR sama-sama satu dewan la. And after that memang tak pernah jumpa langsung u-know. Lalu kedai makan itu la yang me’reunion’ kan kami berdua. We getting close (padahal time sekolah dulu pun tak rapat macam ni) sampailah tadi hari dia bernikah sekaligus hari reunion kawan-kawan sekolah rendah kami yang lain.
Dan itulah sebenarnya nak nak cakap. Kalau tak cuti lama, aku takkan kerja part-time. Kalau tak kerja part time, aku tak jumpa kak chik. Kalau tak jumpa kak chik, aku takkan pergi wedding dia sebab we’re not so close (u-know what I mean bila pergi wedding orang and not as a vvip). And kalau tak pergi wedding dia aku tak jumpa cekadak-cekadak macam ni…
Bersama Cik Zura - Yang membawa aku ke kancah k-pop ni
Bersama pengantin baru, Kak Chik.
Dan yang sama-sama kuning tu Famieza - Yang tak kurang k-popnya.
Onestly, tak tahu apa nak buat sekarang. Makin nak masuk sekolah, makin rasa menggelabah. Masa mula-mula cuti dulu, sumpah kemain boring rasa hidup macam tak ada masa depan duduk rumah makan tidur laptop tv. Sebulan mengadap korea. Baik drama, baik mtv, baik variety show, tergelak sorang-sorang macam orang mental. Sedihnya tengok diri sendiri berperangai macam tu.
Sekarang ni boleh cakap more less tinggal 2 minggu lagi sebelum masuk dewan kuliah (padahal mana ada ada dewan kat kenanga). Yee, tipu! Semangat nak balik shah alam tu dah ada dah, tapi semangat nak bukak buku tu masih berkeliaran lagi. Tak tahu mana dia merayau bukan main susah nak suruh dia kembali ke pangkal jalan. Lain kali kalau nak cuti sem, siapkan semangat belajar tu dengan GPS supaya bila dia merayau nanti tahu cari jalan yang lurus untuk pulang dan naik sem dengan perasaan berkobar-kobar untuk dapat dekan bukan untuk jalan-jalan cari makan. Sekian petua daripada nenek kebayan ocha.
Ya Allah, kazen aku yang diploma dekat merbok dulu dah grad. Kau bila ni?
p/s: anime girl dengan cik bk kemain aktif lagi belog u allz. belog tamanteman u apa cerita?
Hai semua. Bukan senang jadi Queen B aka Haajar Mohd Puad ni. Setiap kali birthday mesti kena tinggal. Bayangkan dah tiga tahun kenal, tiga-tiga tahun tulah dia celebrate without S and V (kalau dia celebrate dengan boyfriend dia aku tak tahulah kan). Maknanya, so far perkenalan mereka selama lebih kurang 3 tahun ni, exactly 28th August tu belum pernah disambut. Every year mesti postponed. Kau faham perasaan main postpone birthday ni macam mana? Tak feeling beb. Tak ada kick. Rasa nak kick orang ada. Haa, baru kau tahu susah ke senang jadi Queen B itu...
Sms? Aku tak main la wish birthday pakai kredit. Aku tak pandai tulis short form-mort form ni. Mms? Apa barang setakat send gambar kek. Bau pun tak ada. Post kat wall fesbuk? Sesapa pon boley buat dik. Dokumentari edisi khas macam ni? Ada jumpa dekat mana-mana belog tulis – Weh Ajaa, post ni aku tulis special untuk kau. Amacam? Gempak tak? (muka riak) – sekali kang semua kerabat uitm yang ada belog semua nak dedicate special entry untuk kau Haajar. (frust. tak tahu dah nak pikir idea apa lagi nak kasi wish lain daripada yang lain).
Well. It’s now begin. Macam biasa aku akan bagi warning kepada para pembaca bahawa entry-entry special macam ni memang meleret-leret panjang tinggi lebarnya. Tak payah ukur, kalau aku cakap panjang tu maknanya memang panjanglah. So sebelum kau muntah, baik kau stop sampai kat sini. Pangkah page ni cepat dah pergi main jauh-jauh orang tua-tua nak berburak ni.
Suatu masa dahulu, orang klasik America cakap ‘once upon a time’, aku kenal somebody ni. Macam dalam movie and drama pulak kan, ada la budak baru dalam kelas kitorang ni masuk masa awal sem part ii pre-law. Lepas tu berkenal-kenalan. Senggol-senggolan. Cubit-cubitan. Aku menynyi kau petik gitar ewah-ewah. Kemain kau punya dangdut sekejap. Ok, first sight love memang tak ada. Aku pandang dia macam nak kasi lempang tu ada. Tu dia ‘senior syndrom’. Taklah, she’s just a bit silent and shy and kepantangan aku pulak ialah orang-orang yang sebegini.
So aku approach la dia tanya basic background padahal bukan nak ambik tahu sangat pun. Saja nak suruh dia bercakap. Then aku still ingat dia lukis cartoon dekat test pad and passed it to me during klas Madam Hidyati. (teruk grammar aku ni haish). Nampak sense nya di situ kan. Kesian la budak baru tu asyik berdua je dengan Cik Yana. Oh dengan Cik Fara sekali. Memanjang je diorang tu bertiga. But slowly they managed to adapt dengan kanak-kanak riang yang lain yang originally dalam kelas tu termasuklah Hani, Lydia, Fara, Bella, Ezzy, Umi, Linda, Onie, Ocha, Tikah dan lain-lain. Syukur Alhamdulillah. (muka satisfied)
Then masuk part 3 memang the best semester ever. Haajar jadi sebahagian daripada aku dan Hani. Mahsuri yang dia tak pernah-pernah nak jejak dulu da jadi tempat lepak setia dia. Baik tennis court, dining hall, koop, kerusi batu, bilik study, bilik tv, bilik aku kau jangan cakap. Memang hampir jadi warga Mahsuri dah budak ni. Outing ke CS, VM, almost every week. Tu belum cakap penang lagi. Nak pergi Tesco pun eksaited. Nak dinner dekat kedai makan depan UiTM tu pun teruja. Haa, macam tu la aku punya feel setiap kali spent time dengan budak ni.
Bab makan jangan susah hati. Semua yang masuk perut aku akan masuk perut dia jugak. Maknanya kitorang tak pernah ada masalah sembelit. Eh, maknanya kitorang tak pernah ada argument dalam bab makan. Dan maknanya kitorang ni sangat kawan rapat. Dan maknanya kitorang banyak kongsi rahsia. Dan maknanya jugak, sudah tiba masanya untuk aku reveal rahsia budak ni. Ngahahaha (gelak kejam)
Ok first. Orang mungkin nampak dia macam sombong at first (same as my 1st impression dulu). Tapi actually Haajar ni manja orangnya. Suka act cute bak kata orang korea buat ‘aegyo’ sebab she thinks she naturally is. Dan sayangnya I hate to say – YES SHE IS. (puas hati kau?) Whatever and however, walaupun dia manja, tapi I must say she’s the strongest one di antara kami (aku, hani, beliau). Like in term of arguing about everything, kalau cakap berdasarkan fact dia memang akan menang. Tapi kalau cakap mengarut dan merapu, ooh that’s me. Dan air mata dia pun susah nak tengok melainkan kalau dia menangis sorok-sorok daripada aku (atau senggugut). Maknanya dia memang kuat kan? Whatever it is, Haajar, kalau air mata kau pernah tumpah disebabkan aku, dari hujung rambut sampai hujung kaki aku mintak ampun mintak maaf ye. Nak aku nyanyi lagu maafkan kami macam bujang lapok tu ke?
Ok secondly. Orang mungkin nampak dia pendiam. Tapi dia sengal sebenarnya. Tak kenal memang tak tahu. Tapi kalau melawak tu bukanlah melawak style nak masuk raja lawak. Dia suka bergurau. Suka cari gaduh. Bercakap benda yang mengarut yang merapu-rapu yang tak wujud macam contoh bila part dia menokok-tambah cerita aku, memang sengal storyline tu jadinya. Suka loyar buruk. Mengutuk-ngutuk orang pun ye jugak. In short, she has a lot of humor inside (yang tak semua orang nampak). Dan tu yang buatkan she’s fun to be with. Dan antara orang yang selesa untuk aku luahkan perasaan atau mengadu atau merungut atau apa-apa saja.
Third. The biggest reason yang merapatkan kami is KOREA! Memang tak dinafikan similarities ini yang buat aku eksaited dan dia eksaited dan kitorang akan sama-sama eksaited bila berjumpa. Obviously sebab ada point nak cerita dan teruja. Maka relationship tu jadi gila! Daripada dia gila dengan Jae Joong DBSK dulu, bawak ke Thunder MBLAQ, Akanishi Jin, sampailah Chansung 2PM recently. Dah tahu sekarang siapa yang bertanggungjawab dengan ke’obsess’an aku selama ini? Ya, BELIAU orang! Ok Haajar, oppa 2PM ada kirim video happy birthday dekat kau. Diorang kirim salam. Nah!
haha, kagum tak dengan aku?
Baiklah, fourth. Pulau pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga. Aku tak tahu apa motif aku berpantun sebenarnya. Tapi secret yang keempat ni aku nak cakap yang dia satu-satunya feeling detector yang paling canggih di abad ini. Sekali scan je dia dah tahu perasaan orang. (detector yang canggih ke atau aku yang tak pandai sorok perasaan?) – Apa-apalah. Yang penting she’s the first yang akan tanya samada aku ok atau tak everytime aku rasa uneasy. Tak tahulah mana dia belajar ilmu tu. Saya jadi protégée awak belajar ilmu psycho tu boleh?
Now, fifth. Secret yang paling aku nak cakap sangat-sangat selama ini. Haajar, kalau aku lelaki, sumpah dah lama aku tackle kau habis-habisan. Aku rasa macam nak lempang je pakcik yang kau kipas-susah-mati tu pasal tak nampak ke’comel’an kau ni dan ke’lembut’an kau ni dan ke’suwit’an kau ni dan ke’romantik’an kau ni dan ke’gila’an kau ni dan ke’sengal’an kau ni dan bermacam-macam ‘ke’ lagi yang kau sorokkan. (Ini bukan kipas-susah-mati untuk kau). The fact n truth. Sebab exclusive dalam entry ni je aku cakap lepas ni tak ada dah. (kau merayu pun aku takkan cakap live depan kau lepas ni)
Maka actually aku susah nak feel tulis benda ni sebab dah lama tak tatap hidung arab kau tu sayang. Dah lupa angle dia berapa darjah. Tapi setakat ini, itu saja yang aku nak reveal. Dah berjela-jela entry sebelum ni yang ada mention pasal kau tu kalau rajin back-to-back sendirilah ye. Sebab dah berpisah 4 bulan ni buat memory aku berkarat sikit. Dah la gambar habis hilang semua. Betul-betul harapkan sisa pictures dalam fesbuk album tu haa. Tu pasal la habis berterabur entah bila kurun punya pose aku letak. Bantai jela eh... Janji ado.
Sekian, itu saja.
Kepada cik adikku sayang,
Miss Haajar Mohd Puad:-
(aku letak purple sebab kaler fave ko)
“Aku dah tahu dah apa perasaan kau bila sambut birthday without aku and Hani tahun-tahun sebelum ni. Itu yang aku rasa 19 Julai hari tu. Walaupun ada orang lain yang celebrate, tapi tak sama macam korang. Selama cuti ni, selama itulah aku tak JJCM dengan siapa-siapa melainkan dengan beruang dan tomato. Aku mungkin nampak macam ignore dengan semua perkara sekeliling. Tapi aku rindu sangat-sangat dekat korang berdua. Kejap. Aku rasa speech aku dah lain macam sikit ni.”
Mic checking, 123, hello hello.
-Haajar, happy 21st birthday sayang. Standard chartered cakap, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Aku pulak cakap, semoga panjang jodoh kita dan murah dengan kebahagiaan. Kau dah besar panjang sekarang. Dah sama-sama masuk 21st line dengan aku dan Hani. So, welcome to the club sweetheart! No big cake, no big present, no big bang either. Tapi a few weeks lagi kita pergi serbu restoran korea yang kau cakap dekat Sunway Pyramid hari tu okei. JJCM opening season. Celebrate belated birthday kita berdua. Kalau Hani tak mau bawak, kita pancitkan tayar i10 dia tu. (hahaha, muka jahat). And tak mau taching-taching di hari berbahagia ini ye. Raya nak dekat. So aku wish Selamat Hari Raya sekali. Bank in duit raya dalam account aku ok. Tenkiu.-
p/s: Terima kasih selalu teman aku jogging.
p/s: Terima kasih selalu teman aku shopping.
p/s: Terima kasih selalu teman aku movie-ing.
p/s: Terima kasih cuz oweys there beside me.
Tuhan, jagalah sahabatku ini sebaik-baiknya,
Lanjutkan persahabatan ini hingga ke akhir hayat kami,
Limpahkanlah kasih dan sayangMu kepadanya kerana dia selalu menjagaku,