Sunday, June 28, 2015

YoU CaN aSsUmE, BuT MaKe SuRe iT's aLmOsT tRuE


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku senduuu...huhuhu. This one guy is making me so out of nowhere fidgeting every-time we're talking to each other. Even tak se'creepy' kes yang pernah jadi kat aku before which is ada sorang ni text aku everytime aku pergi mana is like dia tau je aku tengah buat apa, aku keluar dengan siapa, aku balik rumah pukul berapa creepy kan weh? *thank god now tiada lagi*, but dia datang 'creepy' yang lain pulak. Haish, ini pun menakutkan actually. Extremely over read orang lain punya perangai sampaikan boleh come out dengan assumption begini. Apa kau tiada kerja lain???






Anyway, abaikan 'syg' and 'baby' itu semua the thing is aku sungguh impress sampai tahap macam tu sekali orang 'membaca' aku. Well, yes, I am transparent. Orang memang boleh nampak aku punya riak on the spot boleh tau tengok muka tension, maknanya memang tensionlah tu. Tengok muka happy, memang tengah happylah tu. Tengok muka emo, tengah datang bulanlah tu. Tapi ini dalam text pun boleh 'baca' jugak wah wah... kemain you punya internet lah, study lah, pergi jadi ahli nujum sanalah.





But he's good at reading me actually I can't deny it. A good friend tho. Sampai boleh 'read' macam tu sekali. No. He's saying the truth. I feel so 'bff' sebab tak payah buat essay panjang-panjang dia scan sekali je pap terus keluar report berjela-jela macam tu. Tapi part yang 'lonely' tu is not really. Sumpah kerja banyak gila weeeiii nak buat sampaikan aku hari-hari tengok tiket flight sungguh rasa nak lari pergi jauh-jauh nak off communication dengan sumorang nak duduk diam-diam cari ketenangan kat mana-mana ohmai makin hectic rupanya kehidupan ini.





And part 'keras hati' tu pun tidak benar sama sekali. Kau pujuk-pujuk sikit, nescaya cairlah aku. Dah kenapa aku cerita semua benda ni? Pasal sebenarnya nak bagitau, jangan mudah buat assumption dekat orang. Cakap depan-depan macam member aku ni, tak apalah. Tapi kalau cakap belakang-belakang, Mengumpat perangai orang? Depan orang lain? Rupanya perangai orang tu tak macam yang kau cakapkan. Haaa, jangan berperangai macam tu. Musnah rumah tangga kau rosak binasa. 





Aku bukan revenge-revenge punya orang. Cuma nak berpesan, hati-hatilah bila bercakap pasal aku. Atau orang lain. Kadang-kadang Allah dengar, tapi Dia tak nak kau melutut cari aku atau orang yang kau burukkan tu kat Padang Masyar mintak ampun nanti. So, Dia bayar cash. Aku tak mintak. Tapi dah Tuhan nak tunjuk. Tulah, orang yang spesis mulut manis santan kelapa bergula-gula ni tapi belakang aku ntah apa sampah dia tabur tuu. Sampai aku senyum sorang-sorang bila nampak 'the truth' Tuhan reveal satu demi satu. Sempena bulan yang mulia ni agaknya. Oh, peringatan untuk diri aku sendiri juga.





So, was thinking to go to the south instead of Krabi. *tibe-tibe* JB? Singapore maybe? You... read me again please...hah! Ok bye people. Wish me not having blue monday tomorrow please perempuan ni bukan boleh percaya, haish...





Friday, June 26, 2015

sO I'm GoNna GiVe aLL mY sEcReTs aWaY


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Alhamdulillah, selepas beberapa hari menderita batuk kronik, hari ni nampaknya beransur lega. Kronik tak kronik mana sampai kawan-kawan opis menjeling jugaklah. I seriously need a vacation. Nak pergi cuti wei (macam bau krabi tibe-tibe). Tak ingat last vacation pergi mana? Tengoklah lepas raya nanti. Sekarang mood saving sebab terbayangkan anak-anak buah berderet manadah tangan kat kampung di pagi raya diorang ni tak tahu ke raya nanti birthday maklong maka maklonglah yang diorang patut treat bukan mintak treat haish...





Nak masuk Julai dah... Ohmai, sekejap je dah setengah tahun. How time flies so fast. Dah tua sangat rasa. Remember when I mentioned "14 days to go" since I posted my entry on 1st of June hari tu? (ayat pening) Well, it's not that I forgot about that. I just decided to not talking about that particularly, here. 14th of June. Whatever it is, biarkanlah saja tarikh tu.





Well, another week to go! Anak-anak bakal pulang ke pangkuan ohmai tujuh subjek aku kena hentam this upcoming semester. Get ready to die memang aku kena ke Krabi jugaklah nampaknya ni. Soon baby soon! Aku tak kira... Itu je ke nak cerita? Ye. Itu je. Tujuh subjek ke, tujuhbelas subjek ke, tujuhpuluhtujuh subjek ke at least aku ada reason to be happy and working every single day lately. Ye, lately laaa. Sebelum ni pun happy, tapi lately ni happy dia sampaikan kepala asyik nak senget ke kanan je entah apa pesen ambek gambar ntah dia ni.






Perlu ke aku cerita semua?





Nanti aku fikirkan. Mungkin lepas raya. Sebab macam awal sangat pulak rasa.
Atau mungkin aku patut diam-diam saja. Ok, nak sambung kerja.
Happy weekend you beautiful people!





Nah. Lagu tema sempena tajuk entry. Motifnyaaaaa...






Sunday, June 21, 2015

CaNdLe LiGhT DiNnEr WiTh ThE A-LiSt hUsBaNd-MaTeRiaL


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




You know what, antara ciri-ciri husband-material yang selalu boleh bagi aku melting kaw-kaw punya, ialah... suka bagi aku makan. Tak kiralah, offer makan ke, bawak aku pergi makan ke, yang lagi best tak sampai sejam lepas makan dia akan tanya, 'lapar lagi tak?' atau 'nak makan apa-apa tak?' atau 'nak order apa-apa lagi order lah.' atau anything yang berkaitan dengan makanan macam contoh dia tau mana nak cari nasi ayam paling best, satay mana yang banyak pilihan dan kuah sedap atau area mana boleh makan dengan suasana paling santai atau romantik atau klasik atau apa-apa jelah, seriously ini bukan mainan perasaan atau lakonan, ini betul-betul boleh kasi aku jatuh cinta sungguh rasa macam nak cakap depan orang yang offer makanan tu marilah-kita-berumah-tangga. #danorangitupunpengsan






Eh, tadi tu statement general je. Yang ni cerita masa nak berbuka puasa hari tu. Sebelum makan, sempat paksa aku snap gambar makan dulu dengan alasan nak upload dalam instagram tak tahu ke perut ni dah meronta-ronta tengok rendang daging dengan sayur dengan telur dadar tu mintak kesian? Nasib baik bawak candle light dinner terus tak jadi nak marah ambek gambar makanan dengan dia-dia sekali aku ambek nak mintak upload dalam instagram skali la tu kalau tak takkan cover mulut begitu kaaannn...






So, kalau ada lelaki yang bawak dinner a.k.a berbuka puasa dekat restoran garden-garden macam ni, siap dengan candle la bagai walaupun bukan candle macam hotel tu, seriously, hargailah dia sebab dia takkan bagi kau lapar maknanya kalau dah kahwin, dia akan bagi kau cukup nafkah makan minum macam tak ada kena mengena makan dekat garden candle light restaurant dengan lepas kawin, well, kalau ada perempuan di luar sana yang berminat dengan partner dinner I ni, boleh pm. I'm sure you will like him.






Tapi kena blur kan gambar sikit untuk effect misteri.
*acah-acah misterilah sikit sebab background pun dah acah-acah hutan dah kat belakang tuuu*






Lepas tu, kalau dah makan and dia bawak kau beli selipar baru sebab selipar lama dah putus and alasan dia bila dah beli selipar baru boleh sambung jalan-jalan kalau tak memang nak hantar balik rumah je so bila dah beli selipar baru tiba-tiba rasa nak pergi jambatan Putrajaya and dia terus isi minyak and terus shoot pergi Putrajaya kenapa rasa macam ini pun patut letak dalam list husband-material jugak eh? Haaa, orang suruh halang lampu belakang tu dengan kepala lambat sangat kan dah muka penuh nur cahaya bagus jugaklah tak payah susah-susah edit blur dan sebagainya.






Ataupun saja letak gamba time you tutup muka macam ni??? Haha. I memang suka dengki dengan orang. Sila tabah.






And bila dari jambatan tu nampak ada something terapung-apung tepi tasik and you were so curious to know what exactly that floating things and ask him to figure out together and dia pun tanpa banyak songeh layankan je perangai curious kau itu maka secara rasminya that is another husband-material list. Meaning that dia nak tolong kau hilangkan question marks dalam kepala otak dengan membawa kau kepada jawapan a.k.a memberi jalan penyelesaian bukan memberi masalah dalam hidup kau aicheeeyyy. Ooohh, that floating things, rupa-rupanya ada sky expo dekat tepi tasik Putrajaya ala-ala wipe out punya game kalau tak tahu wipe out tu ape sila gugel malas pulak nak explain.






And when he asked how much for the hot air ballon ride tengah-tengah malam begitu and orang dekat entrance tu jawab 38 ringgit for 15 minutes ride maka aku terus buat muka innocent say thank you bagi hint untuk teruskan perjalanan cukup-cukuplah menyusahkan diri awak tu Encik Husband Material. *haaa... dapat nickname baru*





Anyway, thanks for your kindness. Haruslah paling seronok sekali bila bab makan tadi. Not to forget first time pergi bazaar Ramadhan dekat Nilai ni seumur hidup. Padahal nak cari kuih je. Padahal tak padan dengan kurus, siap dah plan next week nak buka puasa dekat mana, lepas tu dekat mana, lepas tu dekat mana sebab memang setiap kali dia bercakap pasal makan terus aku akan jadi lapar sampai sanggup la merayau cari berger pusing Nilai padan muka siapa suruh cerita pasal berger lepas tu tak jumpa lepas tu nak bawak pergi berger mekdi tak tau ke aku nak berger tepi jalan yang sos melimpah ruah tu bukan berger mekdi bukan bukaaaaannn...





Oh, ini bukan boyfriend saya. Not yet. Dia kawan baik tapi kadang-kadang saja nak fefeeling boyfriend jugak sebab dia sangat baik dan gentleman dan kelakar dan sporting lagi-lagi bila kita tanya dia soalan-soalan merepek dan menguji kesabaran macam contoh, apa beza minyak ron 95 Petron dengan ron 95 BHP? Kenapa orang Johor cakap besar tu beso? Kenapa jambatan Putrajaya ada tiga? Kenapa bentuk dia lain-lain? Kenapa yang ni melengkung, yang sana macam sayap burung, yang lagi satu macam bentuk kapal layar? Kenapa? Hah kenapa? Jawablah...





And you will never expect his answer believe me... sebab tulah aku cakap dia ni husband-material. Ok bye guys! PM sekarang sebab dia single and available and hot and muka macam Fauzi Nawawi konfirm anak comel... kah.





Thursday, June 18, 2015

HaShTaG JeDdaHToGo


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Lama tak blogging. Busy. Dizzy. 1st puasa hari ni. A bit mencabar. Sebab morning sickness datang kembali. Dari pagi pening-pening, tekak sakit, rasa nak muntah pun ada. Lembik je rasa. Habis semua nak mengadu kan. Mengada!





Anyway, today is the day Iema terbang ke Jeddah. See the hashtag below, #jeddahtogo. Betapa exsaitednya beliau dengan aku-aku sekali esaited melihat timeline beliau daripada zaman training sampailah entah berapa kali delay akhirnya fly jugak beliau ke Jeddah sana merantau pergh, ni baru betul nyanyi lagu dendang perantau chu ollsss...






*tumpang gembira*





Anyway, dengan kondisi badan yang tak berapa nak sihat ni, aku rasa memang akan pen-off awal sikit. Ni nak panggil demam kura-kura ke, labi-labi ke, penyu ke apa ntah aku pun tak tahu like seriously dia kejap sejuk, kejap panas, kejap cergas, kejap lembik, so, aku menghitung masa sahaja untuk balik kerja pukul lima kejap lagi nak masak untuk suami dan anak-anak kemain statement wei sebenarnya aku cuma nak cakap aku tak larat nak tulis panjang-panjang so aku screenshot insta aku sendiri yang aku tulis pada malam sebelum demam melanda, malam menggila sebelum puasa, dah kalah malam meraikan bakal pengantin pun ada...






Sebab nak screenshot gambar dan caption tak muat, so aku post gamba ori kat sini, lepas tu post caption screenshot je. Bijak kan? Yes, I know I am lagi-lagi kalau bab yang berkait-mait dengan kemalasan ni.







Sekian, itulah saja ucapannya.







Dan inilah kerjanya, melalak, meroyan, bagi petir guruh hujan ribut di tengah-tengah malam. Aku bukan kaki karok Iema, tapi demimu, aku relakan jua sudahnya sama-sama sengih pandang satu sama lain sambil angkat-angkat kening untuk round kedua pergh!






Tapi semestinyalah kau lead singer. Aku bekap sahaja.






Tenkiu bebeh. Actually, dihujung rancangan malam tu aku pun tak pasti siapa yang lead dan bekap sebenarnya. Tak pernah tak meroyan kalau jumpa ahli mesyuarat persatuan kaum-kaum ibu walaupun dua-dua pun belum jadi ibu tapi tadi dah morning sickness bakal la tu agaknya. Ok bye Iema, jaga diri kau baik-baik sana pramugari cantik!




Tuesday, June 9, 2015

sHe's NaThasHa


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Selalu tau, bila orang tanya nama aku, aku akan sebut nama tengah dulu. Natasha. (kalau eja ikut ic, n.a.t.h.a.s.h.a). Tapi I don't really mind as long as bukan n.a.t.a.s.y.a. No 'Y' please, no letter 'Y' la hoi cukup kau buang 'H' aku ni dah apahal intro pun nak meroyan? - oh, tak suka 'y' sebab bila huruf kecik kaki 'y' tu macam cacat sebab dia kat bawah.





And actually sebab lately selalu ada isu dengan nama. Nak cerita hari tu, di suatu pagi yang hening, masa aku nak pergi kerja, ada seorang jiran ni tiba-tiba meramahkan diri dok tanya nama aku. Masa tu aku nak turun lif. Maka aku pun memperkenalkan diri bimbang dilebel jiran-sombong-tak-sedar-diri-bajet-retis ke apa manalah tau kan. Maka aku pun menjawab 'natasha'. Kemudian jiran mengangguk tapi lepas tu dia membalas. 'ada-ea-dalam-islam-nama-natasha?'. Teruslah aku merasa 'ouch-sakitnya-tuh-di-sini' siapa yang berkata Natasha itu bukan nama Islam wahai jiran? Aku cuma mampu mengangguk dan berlalu sebab pintu lif pun dah bukak sempat lemparkan flying kiss kepada jiran ok scene yang last tu sila delete.





Bukan itu sahaja yuno. Few weeks ago, ada seorang office mate ni tiba-tiba panggel aku. Masa tu dekat office obviously. He asked me what's the meaning of my name sebab he's a daddy-to-be. Katanya dia macam nak letak nama 'natasha' dekat anak dia as he's expecting a girl. Well, masa tu aku macam terkedu-kedu sebentar padahal aku tahu maksud nama 'natasha' tu tapi tiba-tiba masa beliau bertanya aku macam blank ntah kenapa ntah laki orang pun boleh terkedu ke natashaaaaa???





Hah, one more conversation dengan sorang mamat ni. Masa tu jumpa dekat McD. Borak-borak sambil line up nak order dekat kaunter. He's Indian. *sempat je kan beramah mesra* And dia pun tanya nama aku. As usual, 'natasha'. Aku berkata. Dia pun terus... 'Wow, first time I heard a muslim girl with that name. I thought.....' bla, bla, bla, terlebih ramah rupanya hatiku menyumpah-nyumpah. Berdoa semoga adik di kaunter McD itu menjalankan tugas beliau dengan efficient tak pasal-pasal kang mak apak aku dapat menantu India haish mujurlah hansem macam Abishek Bachan. Maka aku pun pasrah meringankan mulut.





Ok gais. Ok, ok. Kat bawah ni aku tunjukkan bukti betapa gigihnya aku membuat research mencari maksud nama aku. Lama dah buat research tapi tak simpan evidence. Lagipun dulu jumpa meaning natasha yang 'gift of Allah' je. Not in a linguistic term definitely. Pastu cari-cari lagi, jumpa pulak yang kat bawah ni...






Well, yes. I am strong.






And I am a gift for those who deserve me.





So, basically dia macam tu lah. Mana ada nama orang meaning sampai essay semua aku pun tak tahulah sejauh mana kesahihannya tapi itulah dia.... itulah. So eberibodi, see you later. Dah tau meaning 'natasha' kan. So, janganlah lepas ni stereotype pulak dengar nama tu bukanlah mak saley mana pun aku makan tempoyak jugak hoooiii. 



Tuesday, June 2, 2015

LaLa Off ThE MaRkEt


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




This is my another wedding-shout-out to my best girl, (selain daripada grup makcik-makcik gonjeng malam jumaat) - Hai Lala, I'm looking at you, babe. Congratulations on your sekali-lafaz-akad-nikah day. Amaigaaaaaddd, dah jadi Puan dah. Sungguh teruja aku kalau cakap pasal kawin kan? Dasar gedik kakak kau ni harap bertabahlah...





Maka, the pitches di bawah ini mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU to both of you, Nur Adila dan Mohmad Zaki, semuga jodoh berpanjangan berkekalan berselisih fahaman tapi tetap seiring sejalan sebumbung serumah sebilik sebantal tempuhi asam garam rumah tangga dengan tabah dan cekal because one year is enough to read your perangai inside and out sistah so please ini amaran daripada kakak, jadi isteri yang solehah, jangan derhaka, simpan sikit perangai syitonirrojim lagi-lagi depan mak mertua sekian sekali-lafaz-ucapan saya. p/s: sila beranak cepat fuuhh ffuuhhh *jampi*






Mak-mak datin dan anak ikan di belakang dalam perjalanan. Konfiden sungguh datang rumah orang tak tengok pelan ngko hah sesat sudahnya padahal waze dah betul dah tapi tak nak jugak percaya konon percaya pada naluri lah pui.






Sesampai je memang mak-mak datin serang nasi minyak laaa chu ols nampak pengantin baru nak berarak (perfect timing jugaklah sampai) hanya mampu lambai-lambai je dari jauh tanggungjawab kepada perut haruslah lebih penting. Pengantin nak berarak kau punya pasallah! Jalan dulu dik, kakak payung dari belakang yer.






Ohmai, muka dah kenapa semua macam kena cucuk botox chu ols? Baru telan nasi minyak dengan kari kambeng dengan ayam golek dengan apam, dengan cendol dengan side-side dish sepinggan takkan effect kelihatan begitu cepat?






Oh, itu dia pengantin. My forever-little-sista walaupun dah jadi puan tapi tetap budak kecik in my eyes with my other officemates. Mak datin tak ada pada masa dan ketika ini sebab tengah gigih perabihkan cendol biakan adik-adik serang pengantin tengah potong kek dulu tu nampak roboh kek diserang zombi opis hah dasar monster kau urang semua.






Dah nak balik barulah mak datin pula menyerang.
Tengah panas terik pun ku gigihkan juwaaaaa...






Tak tau kenapa perangai kalau pergi kenduri kawen, mesti bawak baju spare sebab lepas kenduri terus berhenti petrol pam nak tukar baju macam wedding Peah harituuu, yang singgah janda baik tuuu, so yang ini pun samalah lepas kenduri terus BETUKAAA jadi rakyat biasa dah tak jadi mak datin dah lepak stabak tepi pantai port dickson ohmaigod I still can feel that whip cream on top of mocha ice blended di tengah-tengah terik mentari tuuu dasar monster juga aku rupanya dah kenapa tiba-tiba lapa pulak ni hoi!






Kawan mak datin pun dah bertukar juga mana datang seluar jeans ntah memasing? I am so kenot imagine lah kalau wedding aku sendiri nanti macam mana agaknya lepas kompang dipalu aku terus menggelupur tukar baju t-shirt dengan kain batik agaknya hailaaa perangai seketul ain natasha patutlah tak kawen-kawen sampai sekarang.






Well, back to Lala. That was our last selfie together *kalau tak silaplah masa tengok Pitch Perfect 2 last week* Suddenly I miss you adik. Trying to get used with your absent sebab dah biasa pagi-pagi dengar briefing sebelah awak, breakfast dengan awak, gosip dekat meja awak, kacau awak bila boring tunggu pukul lima sama-sama meroyan to each other 'bila nak balik ni bila nak balik ni', yes, it's really awkward without you. Somehow, I can feel your present behind my chair as you always be one of my annoying stalker yuno baby. Now shower your other half with your annoying-ness pulak, I'm gonna be ok here. Terpaksa move on la walaupun kadang-kadang rindu ohmai siapa potong bawang ni pedih mata ai.





Sekian sahaja entry penuh kasih sayang ini ditaja oleh pop corn caremal daily fresh dan karipap uncle jack dan nasi putih sup kosong planet tomyam dan kari kambeng hijas dan coconut shake ayam kampung dan daging masak kicap makcik depan opis ada lagi ke yang tak sebut? Ok bai! Happy marriage sayang!



Monday, June 1, 2015

tHe HeaLiNg ReMeDiEs


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Whatever people think about me, I seriously don't care. Orang cakap, love yourself before you love others. Aku tak cakap pun aku tak setuju dengan 'orang'. I always in love with myself kalau aku boleh create another 'me' in male version dah lama aku buat dah tak payah susah-susah nak jatuh cinta dengan orang. Tapi, nak kutip balik serpih-serpih rasa sayang yang dah berteraboq merata-rata bukanlah satu benda yang senang. Semestinyalah aku dah move on. Tapi move on bukan dengan cara rebound atau dengan cara balas dendam, atau dengan cara buat-buat happy, seorang manusia yang transparent seperti aku tidak tahu apa itu makna 'buat-buat'. Mind you, whatever you see, that's the real me.





Online dating? No more baby. Cukuplah sorang. I'm having a break right now. Definitely I'm not dating anyone at the moment. Kenal sehari dua dah jatuh cinta? Bullshit. Macam-macam jenis lelaki aku jumpa. And I definitely know what they're thinking and what they're up to. Bunyi macam menakutkan. Well, I guess I-am-menakutkan. Sebab tu tak ramai lelaki berani dengan aku. Psstt, actually, masalah utamanya bukan 'dengan-aku', tapi lelaki... sorry for stating this generally, but the truth is... they-are-coward. (dengan perempuan pun nak takut ke? kamon gays guys...)





Not talking about anyone ok kalau terasa maafkan saya. So, that's the real problem. Macam mana nak settle? Idontknow. Aku pun malas nak fikir or nak kisah pasal orang. People will keep talking. Bila bujang, orang sibuk tanya pasal kahwin. Bila dah kahwin, orang sibuk tanya pasal anak. Bila dah beranak, orang sibuk tanya pasal menantu. Bila dah menantu, orang sibuk tanya pasal cucu. See, the cycle? It never stops. Kang aku menjawab; 





"Makcik, saya ni tak kahwin-kahwin lagi pasai dulu rajin mengaji. Saya pi mengaji bukan macam oghang len buat part time menggatai cari jantan. Pasai tu bila da habeh mengaji, saya baru nak kenai orang lepaih tu saya pi sambung mengaji lagi tinggi-tinggi bagi sayup mata memandang lepaih tu tiba-tiba jodoh tak panjang saya kena tekan button restart nak tunggu next candidate makcik ingat senang macam nak pi beli ikan kat market kaaa???"





Itu monolog dalaman sahaja, tak gamak lagilah nak kuajaq cakap depan orang tua lagu tu so aku dok diam-diam je eehh why cakap utagha? Sebab, sukati akulah. Apa kau ingat aku allergic dengan ex automatic aku allergic dengan segala yang sewaktu dengan beliaukah? Kamonlah. I'm not that kanak-kanak yuno. Anyway, nak share tips sikit for those in the middle of healing process, I suggest sesiapa di luar sana yang baru putus cinta, atau dah lama putus cinta, atau mungkin dalam proses untuk memutuskan cinta, one of the best way, spend time dengan orang-orang yang sudah berumah tangga dan faham, what's the meaning of REAL relationship. 






Believe me, it's really work!





Yes. Sebab bila sembang dengan kakak abang yang dah berumah tangga bertahun-tahun (actually belajaq dengan mak apak kita sendiri lagi baguih) so we can learn and study how they manage their relationship, how they cope with their partner's upside down punya perangai and that's really make me realize, rebound or revenge or whatever kanak-kanak punya perangai yang terlintas dalam kepala otak kau itu is not the way. Seriously, NOT THE WAY. It's just gonna add reason to make your heart hurt even more.






Tiga ketul power puff girls bermesyuarat lagi.





Well, itu sahaja caranya. Buatlah apa kau nak buat as long as tidak menyakitkan hati orang lain. Rebound is a big NO-NO. Lepak dengan orang-orang yang genuinely make you happy itu baru betul adults kinda way. And with that you will know, what are the man criteria you should look into. Aku tak cakap aku takkan pilih bad boy lagi dah kamonlah that will be my forever number one list cuma lepas ni kena add-on criteria yang lainlah macam contoh...





Ok, see you gais later. Nak chekidaut anak-anak exam kejap. Anyway, happy June-Day peeps. 14 days more. See what I'm gonna up to. Soon!



Thursday, May 28, 2015

RaNDoM eMoSioNaL fEeLiNg


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt




Pernah tak rasa macam ni...?



Kau nak keluarkan duit dekat ATM machine lepas tu orang dekat belakang kau berdiri rapat gila like seriously dia boleh nampak pin number kau and baki account kau bukan masalah dia nampak pin number or account balance but mind your distance la bro where's your sense???

Tuesday, May 26, 2015

Oh My IrFaN - hOw CaN i NoT LoVe HiM



BISMILLAHIRRAHMANIIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Masa nak upload gamba-gamba untuk entry ni, aku punya kepala otak puas berusaha untuk mengidentifikasikan (tudia ayat saintifik) ok, mengidentifikasikan a.k.a membuat istikharah dalaman sama ada untuk meneruskan niat nak sembang pasal kaum ibu-ibu atau untuk fokes kepada watak utama dalam kebanyakan gambar-gambar yang ada which is Irfan omaigod Irfaaaaannn... Mana belajar perangai cam whore macam ni nak? Siapa aja ni nak? Ya Allah, anak akuuu ya Allah...






See, how this fella did all the faces without trying too much? Aku tak aja ok. I just say, "Irfan, buat muka cute!" Then there he goes, all the cute faces made by himself. Aku tak ajar ok, seriously, bukan aku yang aja...






Lepas tu, dia slowly mula enter frame. Setiap kali mama and the aunties selfie, dia pun mesti akan menyelit secara automatik. Lepas tu dia mula posing secara extreme.
(Tu senyum da kenapa sepesen?)







Another example of cam extremist. Ok, kalau korang tak caya, meh sini aku bagi tau dia punya sequels. Actually masa ni aku nak selfie dengan Iema. Irfan ntah mana datang terus menyelit kat tetengah.






Ok. Boleh tahan lagi. Kasi chan dia selfie dulu. Dalam hati kengkonon "Ok, kejap lagi sambung selfie ngan Iema baliklah." Gitu monolog dalaman katanya.






Masih kasi chan lagi. Tu nampak, muka dah makin lama makin ke depan dah.






Dan rampasan kuasa pun berlaku.
(ini bukan gamba zoom ok - its originally taken like this)
Kau tahu apa itu makna pasghah? Tau kan? Tau kaaaaannn?






Well, here the real story. We were having an annual meeting with kaum-kaum ibu last week. At Wood and Steel, Subang. Ke Damansara ntah? Yup, without mak buyung. (You know we miss you Peahlofa and baby.) Wish kau sihat cepat-cepat kasi cukup committee members. And in the mean time, kekaum ibu yang ada, lepak habis-habisan dengan stewardess-to-be dulu nanti bulan depan da fly tak dapat dah nak sembang sambil dongak kepala nak cakap dia rindu member paling tinggi dalam group la tuuu. Yes, we sure will.






Ni masa nak balik. Nampak ada entiti yang macam kabur-kabur kat tepi tuuu?
Haaa, tu cubaan rampasan kuasa lagi sekali. Nasib baik abang Nabil pandai control angle.






And bila cam extremist kembali extreme, sampai terpaksa tarik camera ke angle paling tinggi tapi tu pun cam extremist tidak berputus asa kau nampak dia punya determination?






Ok, balik cerita pramugari tadi. Ni si lampai pai pai ni sampai paksa dia berdiri satu level tangga di bawah baru boleh sama tinggi setaraf dan sedarjat katanya. Kalau tak kang memasing pun makan hati semua kepala dok bawah ketiak Iema je phew phew phew. Gonna miss you gonna miss you gonna miss yooooouuu!!! By right Peahlofa dah sihat, Iema pun dah fly, amaigash bila nak cukup committee member ni kak Fanis? Perlu bukak kaunter pendaftaran untuk ahli baru ke camana? Abang Nabil? Berminat nak jadi ahli secara rasmi???






Haaa, ok ok. Bincang dulu. I busy sikit ni.






Told you I'm so busy. It's obvious isn't?



Tak tahu nak cakap macamana lagi ni terlebih kasih sayang atau terkurang kasih sayang hamba pun kurang pasti. Another-child alert ye mak bapak yang berkenaan. Bagi la budak ni adik sorang I nak bertafakur sambil update isu-isu negara pun tak tahu nak fokes camana ntah dengan yang depan mata, dengan yang dalam phone, dengan yang di ribaan...





So... remember Anis...





Another-child alert!





Iema, maybe nanti aku buat another proper wish untuk kau sebelum fly.
Entry sangat mashed-up hari ni.





#okbye



Thursday, May 21, 2015

WhY BaD bOyS?


BISMILLAHIRRAHMANIIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku bukan spesis manusia yang suka bila ada banyak soalan dalam kepala. 'Kenapa macam ni?' 'Kenapa macam tu?'. Selagi aku boleh gugel, aku akan gugel sampai dapat jawapan. Tapi bila deal dengan perangai manusia, aku belajar untuk terima hakikat, bukan semua soalan aku boleh gugel. Bukan semua soalan 'kenapa...' akan dibalas dengan 'sebab...'. Dan kadang-kadang, bukan semua soalan tu aku perlu tahu jawapannya.





Well, when I'm too busy talking about boys and their 'bad' behavior, actually... it doesn't mean that I hate them. Or their behavior. Bad boys ni kadang-kadang ada comey dia. Macam budak kecik kadang-kadang. So nak cerita yang sejujur-jujurnya actually lelaki yang aku attracted to, memang selalunya bad boys. Tapi bila diorang start buat benda-benda 'bad' diorang tuu, aku balik yang meroyan. Ntah pape ntah kan perangai.





And the reasons why they are attractive... ok... aku tak rajin nak cerita every single reason kenapa bad boys ni attractive sebab the way aku bercerita pasal Encik Domoi before and everything he did, baik ke buruk ke, you know, that's the reason I attracted to him. Ok dah. Habis. Still moving on. Jangan tanya what my current status is dah la cakap pasal dia macam tak pernah ada perasaan kan gila punya perempuan.





Tapi bagi aku, semua lelaki pun ada diorang punya 'bad' side. Nampak tak nampak je. So yang selalu sangkut tu biasanya yang tunjuk perangai awal-awal. Keluar kuku taring semua. Sebab tu perempuan macam aku senang lekat. Ntah. Sampai sekarang actually tak jumpa the real reason why bad boys ni attractive. Kalau gugel, memang akan keluar jawapan. Tapi kalau jawapan daripada diri sendiri... to be honest, I don't know if I can answer that or not. 





But one thing for sure, bad boys, doesn't mean they are bad. So, tak yah nak judgmental sangat. Bagi aku, if they used to make me happy, if they used to make me laugh, if they used to be part of me, I will never hate them. Tak dapat apa hidup dengan membenci. Gituuu. Ok dah. Sebab bila orang dok baca entry aku yang sebelum-sebelum ni lepas tu rasa macam offended ke camana ntah terus ingat aku ni asyik nak kondem lelaki je omaigod lelakilah spesis yang paling aku suka sekali atas muka bumi ni berbanding dinosaur, beruang atau monyet. Belum tahap nak jadi gay lagi jadi tak ada reason aku nak benci lelaki. Dan awak... para lelaki yang tengah baca tuu, takyah nak sentap sangatlah bila saya tulis entry pasal lelaki ye... I love you too you know.





actually this is the answer. 





why I love bad boys?





cuz i'm a bad girl.





too.





^_^





Bad girl yang mempunyai ciri-ciri keibuan. Bukankah itu sexy?

Saturday, May 16, 2015

iT's a GraDuaTiOn DaY, PeOpLe. (part ii and versi malas)


BISMILLAHIRRAHMANIIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Punyalah lama nak ambek mood post entry pasal konvo. Ingat nak tunggu gamba studio post sampai rumah dulu barulah best nak bragging dengan gamba studio hala-hala gambar kawen gituuu mahal wei bayar pakej tapi sebab konvo ni sekali seumo hidup maka aku pejam mata je bayar ok nah ambek duit ni ambek ambek ambek... sampai rumah nanti aku tengok tak cantek siap kau!






Maka sebab gamba yang cantek belom sampai rumah dan gamba on stage pun tak pergi ambek lagi, so, aku letak dululah gambar huduh dah tau wajahmu terpampang di skrin besau lagi nak buat muncung laksana kambeng itu. Memang berbilion maki si tomato campak kat aku. Tengs sister.






Lepas tu kalau ada gambau yang perasan cantek pun, kenapa perlu background dia toilet? Ok. Toilet UiTM. Ok. Toilet universiti. Ok. Okaaayyy.





Atau mungkin bila gamba kandid dengan kengkawan, gamba kengkawan cantek, gamba aku huduh atau gamba aku huduh, gamba kengkawan cantek, atau kesemuanya huduh atau yang pasti tiada yang semuanya cantek. Cumaaa... at least ada juga la kandid. TQ cik photographer.






Atau mungkin, at least ada la gambar retarded belakang pentas.







Mungkin juga gamba pose bajet-bajet malu selepas naik pentas. Padahal nak cover tak nak orang nampak.






Boleh juga guna trick selfie dari bawah untuk mengelakkan kegedikkan yang ketara. Lagi best kalau jiran sebelah merupakan rakan lama yang walaupun tak berapa nak rapat tapi spesis melayan juga.






Right after yang di pertua pro canselor umumkan 'sidang ditangguhkan' wei, serta-merta panggil orang kampung selfie berjemaah hoi!






Satu dua keping cukuplah. Ni sebenanya tengah nak cepat-cepat keluar dewan cari mak ayah tak saba nak peluk cium muah muah aichecheh gituuu kemain kau punya sentimental.






Dan gamba sadin tiga ketul berhimpit di seat belakang kreta. Baru tau bontot masing-masing sudah membeso ngko. Bila kali terakhir kita berkereta begini wahai para adinda...???






Boyfriend bagi bungeeeeee.






Boyfriend yang ni. And girlfriend dia sekali.
Ohmai. Ni je satu gamba studio yang hado. Itupun sebab Amy yang snap.
Lelain, kena tunggu abang posmen hanta depan pintu la minggu depan.
Ok abang, sila hanta cepat sikit adik da tak saba ni.




Memang entry saja nak letak gamba semata.
Malas nak emosional sangat.
Ok bye!





the history

Followers