Friday, October 14, 2011

sHe'S tYpe B!


Assalamualaikum wbt


Bukan senang nak dapat courage untuk merelakan diri di tembak dengan jarum dan tiub besar itu nak bagi darah pada Tabung Darah Negara. (muka bangga). Ok siapa cakap derma darah scary? Siapa cakap derma darah sakit? Boleh menangis sekarang sebab abang senior fac mathematic yang laid besides me semalam cakap,




“derma darah ni bagus. dia kasi cuci toksin yang ada dalam badan kita ni dan ganti dengan darah baru.”




Yeke bang? Sebab abang lelaki mana datang bulan memanglah darah kotor tak keluar. Kitorang yang perempuan ni lain sikit. Mujurlah aku senyum je. Kalau aku jawab macam tu semalam, confirm abang tu sentap.




Tapi seronok jugak main cucuk-cucuk semalam. Memang at first rasa nak lari tengok kakak nurse tu set up tabung darah dia, jarum, tiub, plastic bag darah tu semua rasa macam masuk bilik operation yuno. Tiba-tiba eh, bila masa darah ni keluar. Pandang tangan je nampak tiub tu dah merah. Plastik bag tu pun dah suku darah penuh. Apakah ini mimpi? PAAAAAAANG! Ambek kau.




Lokasi: Menara S&T. (menara faveret yg berkembar tu).
Waktu: Aku pergi semalam time lunch hour
Procedure: Isi borang, check darah, ckeck up borang dan boleh baring atas kerusi tu.




Oooh, itu adek Leeya, yang sama-sama eksaited nak derma darah beliau 4 the 1st time.
(samew lew kitew)




Adek Roy. Yang dah 5 kali derma termasuk yang ni. Padahal cakap datang nak teman je.




Satu-satunya gambar yang ada gambar aku. Gambar baring masa ambik darah tu tak ada pasal malu dengan abang sebelah tu kang apa pulak pandangan masyarakat terhadap aku baring sebelah lelaki begitu pergh. Anyway, nampak wajah satisfied pegang sijil tu?




 Dan yang penting jugak dapat makanan free.




Dan yang penting lagi dapat certificate dari Pusat Darah Negara.




Dan pil kasi tambah darah dengan saguhati berupa key chain huruf B sempena jenis darah aku. YEAY!!!



Anyway, tolong jangan gelak sebab aku baru tau yang I’m a B type. Sumpah selama ni ingat aku type O. bajet nak ‘O’ for ‘Ocha’ sangat kan. Sekali kakak tu check, haaaah, bagai nak rak aku kena gelak dengan budak-budak ni. Sumpah kena bahan abes.




And sila cakap YES dengan fakta ini. Penat akak google tadi. Ok bye!




Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)



  • Pantas membuat keputusan
  • Boleh menjadi sangat fleksibel
  • Tidak kisah pada peraturan
  • Menghormati penemuan sains dan perkara praktikal
  • Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam. 
  • Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan
  • Kelihatan tidak sabar
  • Tidak sukakan kerja yang berulang
  • Golongan yang periang
  • Memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. 
  • Tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar
  • Boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar
  • Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan. 
  • Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif.
  • Walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu
  • Cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca
  • Tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa
  • Kreatif dan memiliki idea baru
  • Tidak boleh membezakan kerja dan hobi
  • Sukar menerima arahan
  • Tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif
  • Tidak takutkan kritikan.



Untung la orang darah B i buat entry special untuk u olls. Yang bukan darah B, kelik sini untuk keterangan lanjut. Ok meow~

Sunday, October 9, 2011

tExT mE ^_^


Assalamualaikum wbt.


Lama bebenau rasa tak post entry pasal jalan-jalan cari makan kat sini yaw. Asyik-asyik dok cerabih pasal boipren yang tak penah-penah wujud tu haa bakdatang kau mana abang MPP yang nak suoh hantaq cincin hari tu? Nasib baik semalam terajin pulak nak teman Si Mazlinda tu berchopping beg kat JJ so I dengan Haajiaq (Haajar versi Dol) pun keluaq together-gether yuno. Hani excepted sebab ada dating meeting dengan someone tak tahu sapalah dia yang cakap tapi yang penting Kak Long restu kitorang keluaq (walaupun malam tu dia dok bising dekat wall fb jugak).




Sekarang Kak Long, sila jeles lagi. Entry ni memang I hapdet khas untuk you dengan harapan hajat adik kecik kita yang dok mengidam Sunway tu tercapai haaa tengok perangai hapdet blog sebab nak menunjuk kang cakap Ocha makan grand brilliant apa barang makan kedai mamak padahal kau tak tahu duit makan dekat Kenny Rogers tu duit belanja makan yang aku simpan seminggu weh. Gila sesedap rasa mulut kau bercakap.




Tu sementara tunggu abang teksi sampai, kita pose sikit. Alaaa, kawasan uitm je tak ada apa yang menarik pun lainlah kalau korang nak cakap kagum sangat tengok bas uitm dengan fac engine kat belakang tu kan…









Kanak-kanak riang nama dia Haajar.




Dah plan dah nanti sampai je JJ ingat nak serbu Nando’s pasal tak pernah try bajet confident sangat la nak masuk. Sekali tengok menu semua muka macam kerang wangi baru lepas mandi tersengeh-sengeh faham maksud tersirat dalam hati very the telephaty dan blah dari pintu masuk Nandos tu dengan muka tak besalah.




Maka untuk selamat, masuklah Kenny Rogers sebab perut lapaq gilos memang sumpah kepala gajah pun boleh telan waktu tu. Kang masuk Nandos tapi tak tahu nak makan apa dah la mahal sekali tak menepati tekak dan perut dah menyumpah. Tapi bila dah masuk Kenny tu terus pulak bertukar terencat aku tak tahu faktor apa kami dok jadi lagu tu Jah.





See the background? Mana ada orang sebab tu kau berani berleluasa dok ambek gambaq tak ingat dunia sampai aku rasa waiters lagi ramai daripada customers haa macam mana tu?




Saja posing mesra nak kasi Kak Long Hani jeles. Haa tu dia dah geram.




Saja jugak nak bagitau Kenny Roger ada menu MEXICAN BAKED FISH padahal tak order benda tu pun kata nak bagitau kan haaa itulah suka buat iklan tak berbayar dah jadi habit pulak rasa.




Menu Linda aku tak hafal nama dia tapi standard punya set la cuma kemain segala benda dok vegi dalam pinggan ko ni weh Linda kagum aku tengok tak tahu bila aku nak berperangai macam ko ni asyik dok makan lemak je.




 Hajiaq dengan set 'anak angkat' beliau pasal 'anak kandung' dia sebenaqnya yang ni...




Macaroni Cheese hambek kau ni masuk sauna lapan hari lapan malam pun belum tentu hilang lemak ni. Dah tersilap order nak buat macam mana maka aku pasrah je tukar menu dengan budak kecik tu untung la dapat kakak bertoleransi dan berdedikasi begini kan Haajar kan kan kan.




Tapi sebab dia 'anak kandung' aku, aku nak pose jugak dengan dia tak kira!




Tapi part yang tak boleh blah tu aku datang nak teman Linda shopping sekali aku dulu yang sambar baju dekat Voir tu masuk fitting room hoh pedia perangai terok sangat nih.




Beli t-shirt je pun. Itu pun nak over.




Tapi tak seover kanak-kanak ni melampau sangat perangai habiskan 3 ringgit beli token semata-mata nak main tembak-tembak tu. Memang patut la tak layak kawen lagi entah orang ingat korang ni tak akil baligh lagi ke hapa ntah.





Over kau dalam fitting room pun nak snap gambar. Bersih lagi nama kau Haajar, suci lagi nama kau Linda pasal tak ada bahan bukti yang korang pun sakan masuk fitting room semalam. Aku letak gambar ni pun sebab nak bagitahu baju tu aku punya next aim. Semalam dah rembat jeans dengan t-shirt tadi maka kena tune nafsu jadi waras kembali. 




Sekian. Lepas ni boleh shopping JJ selalu pasal mana tahu ada lagi bakal menantu ibu bapa di kampung bakal tersangkut. Ok, text me!




P/S: kau apahal tajuk karangan tak sama dengan content? potong markah!

Friday, October 7, 2011

I hEaRd ThaT aGaiN




Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat semuwaaa...!!!
(nada gembira)


Ini cerita minggu lepas achelly. Lambat sikit update pasal over malas dan bizi. Masa balik rumah hari tu saja la mengadap mak aku yang tengah gunting baju si tomato tu. Tak tolong apa pun, memang tolong tengok semata-mata. Tiba-tiba member aku mesej ajak lepak Alam Sentral padahal dia tak tahu aku balik rumah ni. Tu dia mak aku dok jeling semacam. Aku ingat dah tak dengar dah "ayat" tu, sekali bila mak bukak mulut...




Mummy: Kau ni dah patut mencari dah.



(muka blur selepas enamplohsaat baru digest soalan)



Me: Cari? Rilek la mak, baru 21.



Mummy: Habis kalau kau nak kahwin 25, takkan 25 baru nak cari.



Me: Siapa nak kawin 25. Paling awal pun 30 kot.



Mummy: Hoih. Agak-agak sikit kau ni nak kawen 30.



Me: Alah, ok apa. Banyak benda nak kejar ni mak. Nak senang mak ayah, nak sara adik-adik. Keluar kereta satu, rumah sebijik (hujah standard). Lepas tu baru cari laki.



Mummy: Tak payah nak beriya pikir mak ayah ni. Cari calon je dulu. Bukannya mak nak suruh kau kahwin terus.



Me: Bukan tak cari mak. Ada pun tak berguna nak buat apa.



(mak aku gelak)



Mummy: Tak berguna macam mana pulak?



Me: Yang suka kat along tu semuanya hampeh. Yang tak hampeh tu pulak masalahnya tak pandang along ni haa camne?



(mak aku gelak lagi)




Muka tension, aku sambung reply mesej member aku yang dok ajak melepak dekat Alam Sentral tadi. Gila menyesal menebeng depan mak. Tapi kesimpulannya mak dah tak sabar nak menantu. Bakdatang abang MPP orang Pahang tu hantaq cincin kat Negeri Sembilan meh...

Monday, October 3, 2011

10 tHiNgS wE tHiNk We NeEd BuT wE dOn'T



Bismillahirrahmanirahim 
Assalamualaikum wbt...



Cleo bulan ni agak best. Lagi-lagi cover page Chuck and Blair gossip girl maka angin marah, angin lintang pukang habis hilang semua. (Padahal tak ada kena mengena pun). Tapi ada benda best nak kongsi. 10 benda yang kita rasa kita perlu tapi sebenarnya kita boleh cakap I DON’T CARE pada benda tu. (intro tak boleh panjang-panjang pasal bawah ni laaaaaagi berjela) ^_^



PLASTIC SUGERY -  Obviously u ollz tahu itu HARAM di sisi agama. Tapi tak mustahil bila sampai satu tahap iman tu bergoyang sikit hei ada yang pernah terfikir tau. Nauzubillah kau. Janganlah sampai begitu. Allah tu cantik. Maka semua makhluk ciptaannya cantik-cantik belaka. Boyfriend kau nak kau jadi macam Angelina Jolie? Hang suoh dia pi kawen dengan minah tu. Banyak songeh nak bini lawa tapi muka dia macam Brat pitt ka? Cer tengok cermin sikit.



USELESS KITCHEN GADGETS – Yang banyak keluar dekat Smart Shop dolu-dolu kan macam pisau elektrik la, pembuat roti la, pembuka tin automatik la, padahal nak apply secara manual pun bukannya susah. Tu bakdatang automatik segala nampak sangat pemalas. Kalau pemalas toksah pi masuk dapoq dik. Pi drive tru breakfast, lunch, dinner semua. Senang laki hang bagi reason bukak cawangan lagi satu.



AZAM TAHUN BARU – Part ni aku terasa sikit. Bukan takat tahun baru, sem baru pun nak berazam haa apa kes? Lepas tu asyik fail then recycle balik azam yang sama tahun depan. Daripada dok pi mai pi mai tang tu, ada jugak pekdah kalo kita kasi fire up mood sendiri then improve dan-dan tu jugak. Nak tunggu sampai new year? New sem? Bertangguh tu pun amalan syaitan yuno.



SERBABOLEH – Memang baguih la orang yang boleh dok buat semua kerja dalam satu masa ni. Pagi-pagi siap breakfast untuk adik-adik, pergi kelas, remind lecturer kelas dah tukar ke pukul 2, lunch break pergi fotostat notes, sebelum kelas start discuss assignment dengan classmates, siapkan homework last minute, ambik projector, edarkan notes yang baru fotostat tadi, terkial-kial catch up tajuk lecture dalam kelas sambil dok tahan pedih perut pasal skip lunch lepas tu berangan pikiaq petang nak masak apa untuk adik-adik padahal dia yang terliur nak makan. See the effects? Tak payah tamak berlagak macam KAU MAMPU buat semua kerja padahal energy kau hilang, masa kau terbang, diri kau lintang-pukang. Fokus tu penting!



SeGAZILLION FB FRIENDS N TWITTER FOLLOWERS – Ek hem, kakak yang hujung sana tu sila terasa. Ooh, cik abang yang rambut terpacak tu pun sila sentap. What’s the point you all ada beribu of them kalau setakat contact 10 orang je? Ok la. Let say 100. The rest hang campak pi mana? Bajet hot kah kau kalau orang tengok pergh-1000-friends-budak-ni-mesti-hangat-di-pasaran and depa add hang and hang pun approve. Tu tak apalah. Kalau hang yang dok gatai pi add depa tu padahal tak kenai pun WHAT THE HAL GILA?



KASUT HITAM YANG SAMA STYLE – Unfortunately, aku ada sorang kawan yang masuk kategori ni. Sumpah dah berapa pasang style kasut macam tu yang dia ada, tapi bila keluaq dengan dia, had tu jugak dia dok kejar. Apakah merah itu tak menarik? Kuning itu tak awesome? Sapphire blue itu ketinggalan zaman? Flat, wedges, heels, hitam sehitam-hitamnya. Who cares how many pairs you have anyway? Nak style pun variety la sikit nok.



BOYFRIEND 4 HAPPINESS -  Siapa cakap single bosan? Aku pernah ada boyfriend 2 bulan tapi menyusahkan dan menjengkelkan dan SERABUT. Terjumpa Mr.Wrong nak buat macam mana kan. And of course you can list all the cool stuff he can do for you but expecting them as the main reason to make you happy is NOT SO COOL. Single pun boleh gembira apa. Nak keluar dengan lelaki mana pun boleh. Nak mesej ke, nak call dengan lelaki mana pun hang buleh buat hang punya suka. Tapi agak-agak dik, hang perempuan Islam. Tadi tu ayat propa ja hang jangan gatai dok ikut pulak aku kerat hang lapanpulohlapan kang.



PUASKAN HATI SEMUA ORANG – Memang termasuk dalam ketegori yang kita tak berapa nak perlukan. And of course yang ni sebijik kena dekat muka aku. Tak boleh nak bodohkan semua orang dengan berpura-pura baik sebab kita bukan TUHAN untuk melakukan semua benda dengan sempurna. Kalau feeling detector kau cakap kau dah berubah all you can do is admit it. Because sometimes, God gives you no options. YES I’VE CHANGED. Terus terang saja tang mana tu yang berubah. If I did upset your feeling, BITE ME!



DILAYAN MACAM PWINCESS – Tak perlu expect orang untuk layan you allz macam tu sebab you allz sendiri boleh layan diri you allz macam QUEEN. Besides, kalau hang pun tak mampu nak treat orang sebaik pwincess, jangan mimpilah nak orang treat hangpa lagu tu. Bajet hangpa hot sangatkah? Gossip girl macam aku?



Last weh last. FABULOUS CLOTHING – Pada harga yang tak masuk akai pulak tu. Hang bukan artis nak pakai baju sekali seumoq hidup. Buleh main pakai buang gitu. Recycle, mix and match, redesign (kalau hang pandai jahitlah), obviously jimat separuh akaun saving. Tu dok beli baju mahal-mahal sekali tak muat kan dah membazir. Kalau dah muat, time tu lah nak baju lain pulak. Pedia perangai tak senonoh lagu ni haaaaai, budak-budak zaman sekarang. (hang terasa tak?)



Memang 10 benda ni berbeza. Tapi satu conclusion yang aku boleh buat kat sini, PEOPLE KEEPS CHANGING. Yes, including me. Berubah ke arah lebih baik atau berubah ke arah lebih buruk, nobody knows me better than I.



p/s: Lecturer saya cakap, different is good cause it makes you better. Why don’t you do the same.


Thursday, September 29, 2011

JanGaN NaiK KaLaU TaK PaNdai tUrUn



Jadi beginilah ye. Assalamualaikum wbt semua.


I will make it simple as I know everybody are in their dream right now (Termasuklah rumet kat sebelah ni). Bukan mengeluh tapi entry sebelum ni yang banyak cakap pasal penat, letih, exhausted dan sebagainya itu cuma nak menegakkan bahawa semua orang sibuk dan semua orang ada peranan masing-masing tak kisahlah dekat Fac ke dekat Kolej ke, even dalam kelas pun tanggungjawab tetap tanggungjawab. Nanti kat akhirat kena soal macam mana?




Haaa, so tak payah rajin nak ber'excuse' sangatlah ok. I really am tired and annoyed already dengan orang yang spesis begini. Nak jadi ketua, semua benda nak handle, tapi setakat  nak nama je. Print nota pun nak suruh orang, nak photostate buku pun nak suruh orang, nak call lecturer pun nak suruh orang. Kalau bercinta tu pandai pulak. Tak payah orang suruh pun pffft...




Ini semua la ni muka-muka yang tak reti nak independent. Kalau iye pun nak mintak tolong orang agak-agaklah kan. Benda senang, kecik, simple, molek gitu kot what the hal tak boleh buat sendiri? Kalau memang tengah betul-betul darurat sangat tu lain, ni memang kemudahan dah ada tinggal rajin tak rajin je. Susahlah kalau dah kerja nanti pun perangai macam ni tak berganjak anak tangga. What the hal lagi kan ambik kau...




Dah. Mood marah telah menyekat idea yang turun mencurah-curah tadi. Sebab sekarang dah tak ada idea, maka sekian terima kasih ajelah...




p/s: tak paham tajuk entry dengan isi entry. karangan failed masa upsr nak buat cmne...


Tuesday, September 27, 2011

ExHaUsTeD



Assalamualaikum wbt...


Pertama kali dalam hidup, aku rasa teramat bizi sampai on the way nak balik kelas pun boleh terhuyung-hayang macam orang mabuk tapi bukan sebab mabuk tapi sebab mengantuk. Bila dengar dari mulut orang 'kau ni tak ada masa untuk diri sendiri' Alaahai, what the hal cakap macam tu bro? Gua ok ape. Gua sempoi je. Setakat ni tak pernah lagi missed kelas - Alhamdulillah - Apatah lagi lepas dengar kata-kata Sir Faizal yang cute semalam, rasa lagi bersemangat tak mau ponteng kelas Finance dan kelas-kelas yang lain




Pasal Sir Faizal yang cute tu cakap, dulu masa dia belajar, ada sorang classmate dia umur 75 tahun. Memang ketegori tua la. And Sir Faizal yang cute panggil dia Pak Ungku. Nak pendek cerita, Pak Ungku ni sangatlah komitment in pursuing his Master padahal logiknya dalam umur macam tu nak buat apa belajar beriya-iya sangat kan? Just to gain knowledge katanya. Sampaikan at the end of his day (which is hari Jumaat), lepas walikan anak perempuan dia lepas asar, dia terus berkejar pergi kelas pukul 6 and malam tu Pak Ungku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Lepas tu semangat aku terus berkobar-kobar naik. Tak paham ayat macam pening...




Semalam je berkobar-kobar. Hari ni dia dah malas balik. Habis tu camne? Sampai seriyes serba salah gila dekat gossip girl. Dah la kolej masing-masing tak tahu apa cerita. Aku nak tolong macam mana pun takde idea. Tu, dok gatai tiba-tiba sem ni jadi class rep sampai balun dua kelas sekali. Dah upgrade responsible dah kat situ. Dengan MCC punya program lagi. Dok take care adik-beradik kat bilik depan ni, adik-beradik kat Bangi nun, sampai adik-beradik gossip girl depan mata pun terabai. Sentap you cik Hani kirim salam rindu semalam. Nampak sangat lama tak bergossip.




Kalau aku ni kaya dengan masa memang dah berjuta entry dah aku post. Memang harus korang takkan nampak bahawa semester ni aku dah pandai bewajah hipokrit. Kalau aku letak semua gambar-gambar ceria dan bahagia tu padahal dalam hati macam Tsunami dua kali ganda korang mesti tak boleh nak detect. Konfirm tak boleh punyalah.




Itu belum kira lagi macam mana penat dan terkejar-kejar setiap hari. Turun naik Cempaka Kenanga Melati padahal dah dua minggu berturut-turut puasa enam and followed by puasa ganti macam nak putus nyawa dah rasa berkejar ke sana sini lepas handle kelas nak berkejar balik bilik nak masak untuk adik-beradik seriyes ini bukan cerita tipu weh. Sampai telefon mak pun seminggu sekali apa cer?




Ok, maghrib dah nak masuk. Selamat berbuka puasa semuaaa...!





P/S: Entry live dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah with baby Akher, adik baru Beno ^_^

Friday, September 23, 2011

QuOtEs Of tHe DaY


Assalamualaikum wbt.



MAKE MISTAKE, LEARN FROM IT, DON'T REPEAT IT!



PROMISE TO BECOME DIFFERENT BECAUSE IT MAKES YOU BETTER.

Wednesday, September 21, 2011

KaKaK sENiOr DaH PoTPeT PaSaL sUbJeK Dia. HaBeS Laaa.



Assalamualaikum wbt


Pernahkan saya mention azam semester ni tak nak pergi kelas pakai pakaian kasual means tak mau pakai seluar sebab nak jadi wanita melayu terakhir? Ada kan kan kan? Tapi kalau tadi saya pergi kelas pakai jubah tapi dalam pakai seluar jeans sebab hujan ribut (memang serius ribut ok) dan konon nak memudahkan perjalanan (kaki) la kononnya. So azam tu valid lagi ke tidak u ollz rasa?




Tengok tu asal Rabu je hujan asal Rabu je hujan. Bukan mengeluh tu cuma meluahkan perasaan bahawa, kesulitan dan kesukaran itu  muncul setiap kali nak pergi kelas Arab je (hari rabu) kenape ek? (cakap slang Johor). Serius memang nyaris nak ponteng tadi dengan alasan hujan ribut yang memang serius ribut. Apa maknyanya tu? Ketahuilah wahai muslimin dan muslimat sekalian bahawa setat dari minggu depan saya akan terlebih-lebih solehah sebab kelas arab saya sudah bertukar ke group B. U know what is that mean? U know who is in that class? U know how crazy I’m gonna be? Apa-apa pun, kepada warga Shah Alam dan Lembah Kelang, selamat meredah banjir kilat dan GANBATTE KUDASAI. Motif cakap macam tu? Tak tahulah pasal lepas kena hujan wire short so paham-paham la u ollz.




Then meet my roommate. Syamimi Hanun, our future accountant. 


Yang duduk paling dekat dengan saya itu haruslah rumet. Sebelahnya Leeya future Computer Scientist, and Roy, also future accountant jugak. Saya? Tak nampak masa depan lagi. Sekian.


(Iklan kejap nak mengumpat pasal rumet.)



Mimi tu dah part 5 and currently tak ada dekat bilik sebab pergi dating dengan boyfriend dia tak tahu dekat mana. (Jangan risau, dia balik nanti saya tanya.) Well, rumet kali ni obviously tak ada sebarang komen sebab dah nama pun request nak sebilik so kalau ada jarum yang patah tu buat apa nak pakai lagi kan? (Tak faham apa kaitan) Cume she makes me feel somehow Hani Afiqah is still my roommate cuz they got few similarities there. Nak taching ke? Oooh please jangan buat begitu dikala hujan-hujan begini u ollz. I dah puas meratap bila nak dapat rumet yang masa asasi tu lagi.



Ok, kita sambung topik yang ada kena mengena dengan tajuk.



Sedikit rungutan tentang beberapa subjek yang saya ambil semester ni. Apparently Finance bukanlah subjek yang saya nanti-nantikan selama ini. Kelas teori saja dah blur inikan pulak kelas praktikal di mana saya harus berkawan baik dengan Cik Kalkulator. But mujur Sir saya orang Negeri Sembilan dan handsome. Secara tak langsung saya sebagai class rep (plis jangan histeria) saya ulang lagi, sebagai CLASS REPRESENTATIVE, adalah manjadi kewajiban saya untuk selalu keep-in-touch ala-ala secretary pun iye, kepada Sir Faizal yang handsome itu. (I don’t care even he’s married). Ok tak sopan. Mintak-mintak Sir Faizal tak jumpe blog saya ni. Amin.




Then subjek Bahasa. For this sem, I got Semantik teach by Puan Noriza yang potpet-potpet best punya tu and satu subjek lagi tak tau apa nama best dia tapi something to do with Debate by Encik Mail atau nama komersialnya Prof Madya Ismail Abdul Rajab. (Tu diaaa) Apa debat-debat? Dah pencen daripada Law ingatkan tak ada dah nak main cari-cari evidence, facts, indication ni suma. Sekali hambek kau asal masuk kelas je kena belagak jadi diplomat. Memang sah la menyimpang daripada cita-cita asal nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Nak buat macam mana? Lepas ni, meet me at PTAR anytime ok. I should be available there. Geli punya ayat. Sejak bila hang kaki PTAR?




Ok last ni last. Subject Management or depa dok panggil OB je senang short form untuk Organizational Behavior subject. Ini memang tak boleh lari lagi daripada jadi class rep jugak pasal Dr. Norzanah sendiri sendiri yang point anak Melati dia ni yang over bunyi kat dalam kelas. Ha’ah. Betul la tu saya ni anak Melati pasal dia pengetua Kolej Melati. Memang kebetulan yaw tapi nak buat macam mana. Dr. Norzanah cakap. Love at the first sight. Geli lagi kan ayat saya.




Dan Bahasa Arab setel kan tadi? Part yang bakal gila once dah masuk kelas B tu u ollz buat-buat tak baca jela. Then CITU? Nothing to say. Obviously ustazah itu best dan rock. Itu yang kita mahukan. Tazkirah yang kena dengan zaman kontemporari ni so tune dia lain macam sikit. Maka bila kena dengan flow hati dan jiwa dan raga saya maka insyaAllah di penghujung sem nanti azam ketiga akan tercapai. InsyaAllah, tuan hamba doakan hamba, hamba doakan tuan hamba juga. Sama-sama kita berdoa untuk satu sama lain. Dan sekian, wabilahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.




Kita kembali ke sri pentas.

Saturday, September 17, 2011

HoLiDaY eNdiNg (PaRt III ) - LaSt PaRt SeBaB 1St WeEk Of cLaSsEs DaH haBEs.

 Assalamualaikum wbt.


Saya masih belum habis bercakap pasal cuti rupa-rupanya. Ok this is REALLY the final. Nak wrapped up pasal subjek for this semester korang sume bukan nak ambik tahu sangat pun. Yang pasti, koko saya dah habes dan itu bermakna kena struggle to death sebab subjek senang A dah missing satu. Next sem pulak tak tahu nak struggle to what sebab Bahasa Arab pulak tak ada. Okeh itu kita cerita sem depan la. Tapi so far, subjek bahasa semua best sebab already know all the lecturers.




Dan sekian, semester ini juga saya ada 3 azam untuk dipraktikkan dan setakat ini perlaksanaan itu masih berjalan dengan lancar. Satu. Saya berazam untuk tidak ponteng kelas DENGAN SENGAJA. Kalau ada excuse tu lain ceritalah ye. Dua. Saya berazam tidak akan pergi kelas dengan memakai pakaian kasual. Dalam erti kata lain, saya akan memakai baju kurung dan jubah saja. Kalau ada event APB tu lainlah. Dan Tiga. Saya berazam untuk... Ok yang ketiga ni biarlah rahsia. Tak boleh cakap nanti takut tak masin tak jadi kenyataan pulak.




Of course sem ini juga kena strive more. Kalau nak stay up dah tak boleh depend pada Nescafe lagi. Doktor tak kasi ambik sebab ada masalah dengan sistem kitaran bulanan. Macam mana nak hold on? Pandai-pandailah. 




Ok back to previous holiday, tak payah nak KLMJ sangatlah. Cuma kepada kesayangan saya Cik Nurul Nabihah yang tengah struggling for her final sekarang, this is for you darling...














JJCM at Seoul Garden sebab teruja tengok post yang pre-post atau yang real post masa zaman dulu-dulu. Ok sekian cuti dah habes. Boleh jadi budak skema sekarang. Bye!




Sopan tak minum ayaq ketiaq kepit lagu ni?


Thursday, September 15, 2011

SpOnGe BoB, BiM BuM & bUm BuM (part II- habes)



Assalamualaikum u ollz... (intro tak boleh belah lagi)


Jangan potpet banyak. Nah ni sambungan konflik drama sebabak kalah samarinda ngko semalam... I'm sorry for not explaining briefly earlier. Actually, drama sebabak ni berlaku semalam masa Hani n Haajar datang melepak dekat bilik aku semalam. Patung alaa vodoo tu Haajar yang bagi. Bim Bum is for Hani and Bum Bum is for me. Haajar punya Bim Bim dekat rumah dia so dua watak ini saja yang wujud semalam. Tengah saja-saja dubbing sebab tak ada kerja dalam bilik, Haajar pun ter'idea nak record suara kitorang bertiga. Gitulah gamaknya u ollz ingat akak ni expert ke mende-mende ginih?




Ok, sekian.. Ikuti sambungan samarendang semalam...




Bim Bum: Eh Sponge Bob. (panggil dengan konfiden.)

Sponge Bob: Ye, ada apa?

Bim Bum: Kenapa kau rampas Bum Bum daripada aku?

Sponge Bob: Umm… Siapa Bum Bum? (buat-buat blurr kejap). Ooh, itu Bum Bum awak ke? Saya ingatkan dia tu single and available. Bum Bum meh sini.


(Hani take over watak Bum Bum tadi dan dubbing dengan penuh perasaan.)


Bum Bum: TAK NAAAAAK…!!! (Style meroyan lagi. Beliau memang hebat bab meroyan ni berikan tepukan gemuruh semua sekian terima kasih.)

Sponge Bob: Eh, kenapa kau degil sangat ni?

Bim Bum: Nampak, Bum Bum tak nak. Jangan paksa-paksa Bum Bum. (Bim Bum turut emosional.)

Sponge Bob: Bum Bum, sini kau! (Sponge Bob pun macam nak meroyan sekali.)

Bum Bum: AKU TAK NAAAAAK…!!! (Bum Bum terus meroyan tak hengat dunia.)

Sponge Bob: Kenapa kau tak cakap yang kau sudah berpunya?

Bim Bum: Err, beginilah Encik Sponge Bob.

Sponge Bob: Ye, siapa nama kau?

Bim Bum: Bim Bum.

Sponge Bob: Bim Bum? Ye Encik Bim Bum.

Bim Bum: Crusty Crab satu. (Tiba-tiba jauh menyimpang daripada bergaduh nak rebutkan Bum Bum. Apa kes?)

Sponge Bob: Apa? (muka blurr)

Bim Bum: Crusty Crab satu.


(Sponge Bob blurr lagi lapanbelasjam. . . . . . .)




Lapan belas jam kemudian


Sponge Bob: Mintak maaf. Kedai dah tutup.


(Mintak maaf para hadirin sekalian. Pelakon dubbing gelak histeria lagi. Tak boleh control dah time ni.)


Bim Bum: Alaaaa (gaya jantan bertukar nyah tiba-tiba ngko). Macam mana nak beli kalau kedai dah tutup.

Sponge Bob: Saya kata kedai dah tutup dah tutup la. Encik Crab baru lepas kunci Crabby Patties. Crabby Patties? Eh bukan Crabby Patties tapi Crusty Crab. (Konfirm Sponge Bob tengah biol yang terlampau time ni.)

Sponge Bob (dubbing dengan tamaknya): Mintak maaf, hari ni hari Holiday Crusty Crab. Awak datang lain kali ye Encik Bim Bum. Maafkan saya, saya ada banyak tugas menanti. (blah tanpa pedulikan motif nak rebut Bum Bum tadi. Dasar Sponge Bob Biol.)

Bim Bum: Bye-bye Encik…(terus bertukar jadi gay)

Muzik ending Sponge Bob pun berkumandang. Maka tamatlah cerita cinta tiga segi Sponge Bob dan Bim Bum dan Bum Bum yang biol tadi. Sampai akak-akak pun naik biol dok transkrip dialog dubbing tu u ollz. Bayangkanlah betapa gigihnya pause recording tadi semata-mata nak salin real dialog daripada para pelakon dubbing yang haram jadah semuanya ni. Hebat kalau akak buat assignment segigih begini kan u ollz…




KAU MAMPU?



p/s: It was a nice day yesterday Haajar...^_^  saranghaemida..

Wednesday, September 14, 2011

sPoNgE bOb, BiM bUm & BuM BuM (par I)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (sila jawab dengan lengkap juga u ollz)



Siapa rakyat Shah Alam di sini pasti tahu bahawa around 12 tengah hari tadi hujan tak berhenti-henti turun kan u ollz. Penat akak berdoa supaya berhenti (atau paling-paling kasi selow sikit the speed) sebab akak nak pergi kelas Bahasa Arab tadi nyaris nak TERponteng dengan alasan hujan lebak ribuk taufang. Alhamdulillah, azam TAK NAK PONTENG KELAS semester ni masih berjalan dengan lancar. Muka bangga sekejap.




Maka, dikesempatan ini akak dengan mood bahagianya (sebab tak dapat assignment lagi) ingin membuang masa sebab angin sepoi-sepoi bahasa Melayu akak malam ni macam ada baek sikit nak buat story telling dekat u ollz suma. Pasal cerita cinta tiga segi antara Spongebob Square Pants dengan adik Pink Panther yang nama dia Bim Bum yang berebutkan Bum Bum. (amek ngko nama memasing semua nak komersial meletopz kelas kau Jaaah.)




Tu dia gambaq nak kasi fofulerkan para watak.





Bim Bum (dubbing by Queen B) dan Bum Bum (dubbing by akak separuh masa pertama jew and lepas tu by Pwincess S)
(gambar masa zaman percintaan mereka tengah hangat, hot, panas dan kawasan-kawasan yang seerti dengannyew)




Sponge Bob
(orang ketiga dalam hubungan Bim Bum dan Bum Bum)
Dubbing by Cik Akak tau u ollz.




Achelly cerita ni lagi best kalau u ollz dengar live. Tapi dah berapa tahun hidup pun tak geti-geti nak tukar format audio nak kasi senang upload kat sini. So akak buat transcription saja recording tadi bagi senang u ollz dapat gambaran we ollz punya dubbing tadi la noh...




Ok, tu depa mai dah…




Bum Bum: Oh Bim Bum.

Bim Bum: Oooh… (eksaited jumpe girlfriend selepas 16 minit berpisah)

Bum Bum: Saya sebenarnya datang ni nak bagitau awak yang saya terpaksa tinggalkan awak bum (tersasul nama) …Bim Bum. (muka tak bersalah nak mintak clash.)

Bim Bum: Tapi kenapa? (Bim Bum punya dubbing tak tahu kenapa high pitch tiba-tiba. So kitorang gelak histeria satu setengah minit.)apasal suara kau ajaa? Okeh sambung.

Bum Bum: Saya… aaaaa… (konon-konon serba-salah la ni)

Bim Bum: Awak ada pengganti saya ke?


Separuh masa pertama, Hani tibe-tibe menyampuk campur meroyan jerit 

“NAK MASOOOOK!!!”


Bum Bum : Eh, macam mana awak tahu? (teruskan dialog tanpa terjejas dengan jeritan tadi .)

Bim Bum: Siapa? Siapakah pengganti saya? (berlakon dengan penuh dramatis.)


Sponge Bob pun masuk dengan bangga


Sponge Bob: Eh, siapa yang berbicara di sana tuuu?


(semua pelakon dubbing suara gelak histeria tak cukup tanah sebab Sponge Bob pakai bahasa Melayu klasik tibe-tibe. Pedia…)


Sponge Bob: Eh, diam. Saya ni bekas pelajar Akademi Pengajian Bahasa di UiTM lah.

Bim Bum: Siapa kau?

Sponge Bob: Saya ni Sponge Bob. Awak nak saya nyanyi lagu ke?

Bim Bum: Aku ingat…



Sponge Bob tiba-tiba nyanyi intro lagu tema walaupun depa tak mau dengaq: 

"Whooooo… who live in the pineapple under the sea…"


SPONGE BOB SQUARE PANTS!!!
(Bim Bum dengan Bum Bum pun sama menyampuk tanpa rasa bersalah)


Sponge Bob: Ye, sayelah Sponge Bob yang popular tu. Awak ni siapa? Kenapa saya tak pernah kenal awak haaa?

Bim Bum: Saya adik beradik Pink Panther.

Sponge Bob: Pink Panther?

Bim Bum: Sebab tulah kurus macam ni.

Sponge Bob: Oooh, bukan Patrick ke?

Bim Bum: Bukan.

Sponge Bob: Saya ingatkan awak Patrick. Mintak maaf, saya mintak diri dulu. (dengan penuh sopan santun mintak diri padahal tak sedar storyline dah lari.)


Hani gelak histeria lagi separuh masa kedua. Nasib baik Bim Bum pandai tarik line.


Sekian, cukup untuk part I. Akak sambung tomowow ye u ollz. Pwincess time akak dah tamat. Pukul doblas nanti kereta kuda akak akan bertukar jadi labu, kuda-kuda akak akan jadi tikus, dwess bling-bling akak ni akan jadi kain buruk. Tomowow akak janji akak hapdet sambungan drama penuh konflik ini walaupun u ollz langsung tak heran nak hadap kan u ollz kan kan kan... Kelas kau Jah buat entry nak mintak maki macam ni haish...




p/s: jumpe kak ani n the gang depan koop mawar tadi. taching tak habis sampai sekarang...

Monday, September 12, 2011

HaRi PeRtaMa sEkOLaH...!!!!!!!!!!


Assalamualaikum wbt...


Saje la nak letak exclamation mark banyak-banyak dekat tajuk tu. Konon eksaited la nak tayang 1st day bukak sem hari ni. Of course the best part is jumpa gossip girl dua ekoq ni.. Cekidaut kejap muke masing-masing first day masuk sekolah tadi...














Ok, tu je. Macam nak pergi rumah terbuka kan? Tapi tak. Kalau dah pakai tudung tak matching tu tak ada la nak keluar area Melati sangat. Tolong cakap dengan makcik kakak warden tu bukakkan pintu pagar je. Kereta Cik Ani tak dapat nak keluar. Haa, ambek ko...Sapa suruh park kat dalam.



Sekian. Bye!




p/s: lecturer finance very the attention grabber.

Saturday, September 10, 2011

TaKe a BrEaK LaYaN sUpEr jUNi-Or


Assalamualaikum...


Aku baru je lepas habis gunting baju kurung polka dot tadi. Take a break kejap. Then ternampak pulak post baru oppa kesayangan dekat blog diorang. Comey gilos. Happening je macam nak join melompat sekali dengan diorang tu sume haa...






Tapi Heechul dengan Siwon tak ada. So aku share je la video lapan orang yang ada tu dekat sini. Lepas ni aku nak sambung menjahit pulak. Nanti aku update lagi kalau ada apa-apa nak share ok. Bye!

Thursday, September 8, 2011

HoLiDaY eNDiNg (PaRt II) - uPDaTe SeBaB TaK BaWaK DiaRi DeKaT mELaTi


Assalamualaikum wbt..


Para pembaca yang dikasihi, ini memang personal punya post. Tak payah susah-susah komen sebab nak jadikan pengganti diari saya yang putih suci itu yang tertinggal di rumah saja.



Minggu ni, supposedly aku nak siapkan jahit baju kurung yang aku beli hari tu untuk naik sem baru. (gedik asal bukak sem je semua nak baru). Tapi dah terlajak dekat Shah Alam 4 hari so tak tahu apa cerita sama ada sempat siap ke tidak. Okey, masuk sikit point nak cakap, benefit cuti 4 bulan ni ialah dah pandai jahit baju kurung (YEAY!)



Hari isnin starting the journey to Shah Alam dengan beraya kat rumah Nurul sebelum menghangkut makcik tu ke Melaka untuk raya dekat rumah Haajar pulak. Lepas tu singgah rumah bekas bakal mak mertua dekat Seremban dan barulah tergedik-gedik bertolak ke Shah Alam. Sempat singgah Tesco Extra beli selipar toilet dengan ubat gigi sebab lupa bawak jugak. Dan ambik kunci bilik dan selamat berkemas. Ok cukuplah tak larat nak explain panjang. (Memang sumpah mood tengah malas ni.)



Day 2, aku bangun pagi-pagi (tak la pagi sangat pasal dah nampak matahari) dan pergi standby depan pejabat Melati jaga kaunter untuk sambut adik-adik baru. Muka memang manis habes. Memang kencing manis siapa pandang lama-lama. Siap kalau ada mak cik-mak cik yang terlebih ramah tu, kena keluar ayat manis pulak memang boleh diabetis la orang ramai kalau tengok aku hari tu. Lagi-lagi yang datang tu dengan abang pergh... Bajet chiyut macam actress korea tak usah cakap. Dah tahap nak meninggal pasal detect kadar gula merenyam yang keterlaluan dalam badan. Dah. Tamat riwayat hari dua. (Dengan sangat penat jugak yaw.)



By the way, petang tu sempat cabut pergi Jabatan Agama Islam Selangor hantar si Nurul (yang kat bawah ni) ambik contoh lafaz taklik untuk lampiran dalam tesis dia.



Muka bangga tak sudah dapat maklumat idaman. 
(Semoga tesis kau cemerlang dik. Amin.)



Dan aku pulak ambik borang untuk kursus kahwin ^_^
ok bye!



Day 3. Eh aku lupa nak cakap yang aku jumpa Linda. Dia jadi PM handle adik2 ni punya orientasi dekat Melati. Harus eksaited kejap the moment I met her yesterday. Macam jumpa Taylor Swift teruja ya amat. Ummi pun ada tapi dia dekat Mawar. So aku kirim salam saja. And I met my Sis Tiya as well. Abang MPP APB mujur belum nampak batang hidung lagi. Kalau tak mesti dah lama masuk wad gila.



Ok. Lupa nak cakap jugak. (Nampak sangat otak dah biol asyik nak lupa segala dengan alasan penat padahal tak buat kerja pun.) Aku sempat melayan Pak Li dengan depa ni semua semalam. Penat + Lapar = RAKSASA RAKUS pun muncul



 Cik Nurul



 Cik Roy



Cik Alia



Dan sudah tentu aku.

(Tak sanggup nak letak gembar sebab memang sebijik raksasa real woih)



Nak sambung lagi untuk day 3 tadi. Mujur orang tak ramai hari ni. Pasal semalam dah penoh blok 4A so hari ni mak cik- mak cik dan pak cik-pak cik TERPAKSA menghangkut barang-barang anak mereka pakai tangga pasal hari ni depa kena penuhkan blok 3B yang tak ada lif tu. 



Cakap pasal bilik. Don't worry to all my dearest fwens yang tak belum dapat kolej. Blok 4A memang di reserve untuk student lama. Blok 3A pulak di reserve untuk student yang berjaya dalam permohonan rayuan. Level bawah setiap blok di reserve untuk student OKU dan student yang sakit dengan syarat ada surat sakit daripada doktor. Nak buat surat sakit sendiri pon boleh kalau dah terdesak bebenau tak dapat bilik kan. Bilik air ground level luas yaw...



Dan tomorow aku nak pulang ke kampung halaman semula. Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa homsik. (Dan mengada). So tak jadi stay sampai hari jumaat. Lagipun nak hantar Nurul balik KUIS. Then mummy pesan singgah Nilai 3 beli kerusi malas yang style vintage yang macam ni..



Tapi bukan kaler corak lagu ni la kau nak bagi mak aku rembat dengan mop letak kerusi ni tengah-tengah hall?



So sampai kesudah pun holiday aku memang rasa tak cukup.



Sekian. Lintas langsung daripada Wartawan Cik PA Melati Computer Club.
Bersama jurukamera Roy dan Jurumekap Ayna.



(Diari dah jadi entry akhirnya. Aku memang terer tulis karangan pasal tu tak pandai-pandai twitter sampai sekarang.)




P/S: Joinlah MCC kalau nak senang duduk kolej. Terima kasih.

the history

Followers