Friday, December 13, 2013

CuTi maKiN dEkaT, kErJa maKiN baNyaK


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Minggu ni dengan minggu depan akan jadi minggu paling hectic. Walaupun makin lama makin gila, tapi masing-masing masih boleh tersenyum dan berpura-pura bahagia dan gembira walaupun hakikatnya... hmmm.





Well, I'm gonna miss them semester break nanti.






Mama Irfan dan Peah Gosip yang ohsem setiap kali bukak mulut masa presentation.






Gentlemen yang selalu cari gaduh dengan we girls empat orang.
Kamal and Fadhil.






Empat orang including Mama Irfan, Peah Gosip (yang atas tadi) and dalang di sebalik gambar-gambar di atas which are Iema and me while waiting for our turn to do presentation. Sangat tak ada kerja. Ok bye!



Thursday, December 5, 2013

KaLauLaH daH naMaNYa MaLaS


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Tinggal tiga minggu lagi. Lebih kurang, dua minggu sebenarnya untuk tutup tirai sem dua ni. Pejam celik, dah December. Dah nak habis sem. Tinggal satu sem lagi sebelum layak sarung jubah konvo kali kedua. (i wish). Mujur consultants mummy and daddy disagree masa aku voice out hasrat untuk tangguh sem ni bulan sembilan yang lalu. Kalau tak, bertambah panjanglah masa nak countdown hari berjumpa Yang Di Pertuan Agong kesayangan.





Actually, it was so hard to accept the fact that aku penat sangat study dan bekerja. Probably sebab masa tu baru lepas kena torture perasaan dengan bekas majikan. Nyaris nak give up tapi mak ayah cepat-cepat hulur tangan mereka bagi support. Terus nangis lepas tulis ayat ni. Sekarang dah rasa macam matang sikit, baru sedar rupanya aku bukan multitasking. Aku tak boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Tak boleh jadi wonder girl.





Alhamdulillah, aku betul-betul nekad kali ni. Tak mahu lagi pandang belakang. Pandang belakang congkak pun aku tak nak. Selepas apa yang jadi semenjak-dua-menjak kebelakangan ni, aku juga sedar, yang aku ni kuat juga sebenarnya. Kuat sebab ada ramai orang sekeliling yang sayang dekat aku. Kuat sebab ramai orang sekeliling yang tak pernah berhenti bagi semangat dekat aku. Kuat sebab ramai orang sekeliling support aku physically and mentally. Yang sudi pinjamkan telinga dengar soksek-soksek aku, yang sudi bagi pinjam bahu tadah air mata aku, yang sudi layan turun naik emosi aku. Semua itu yang buat aku rasa kuat. Love. Itu baru betul orang panggil love.





Tadi borak-borak dengan adik rumet. Layan soalan dia pasal bidang yang aku study ni.





Master susah tak kak?

Nak sambung master ada interview eh?

Kenapa akak tak ada final exam?

Apa beza orang yang ambek master fulltime dengan part time?

Apa beza master coursework dengan research?

Apa beza thesis dengan case study?

Kenapa sem ni akak tak nak kerja?

Kenapa master punya passing level is B?

Kenapa tak C macam degree dulu?

Viva tu apa?

Akak buat research pasal apa?

Siapa yang akan bagi markah untuk thesis akak nanti?





The truth is, aku cuma nak bagi reason yang aku tak start buat assignment malam ni sebab seronok layan soalan adik rumet. Padahal actually memang spesis malas nak study dan rajin cari alasan. Terlalu rajin cari alasan sampai sanggup update dalam blog. Sekian.






Klasmet saye yang paling best sebab beliau suka sedekahkan markah beliau dekat saye dalam test, dalam grup assignment, dalam individual assignment, dalam presentation dan semualah. sebab tu saye sayang beliau sangat-sangat. nama beliau cik iema. single. tapi tak tahu available ke tidak.






tak sangka dah tua-tua begini perangai gila gambar dalam kelas masih tak hilang.





kalaulah dah namanya ocha...





p/s: saye tak boleh jawab soalan-soalan yang adik rumet saye tanya tu di sini kalau tak sembilanpuluhtujuh hari pun tak cukup nak skrol belog ni sekian bye!


Tuesday, December 3, 2013

GraDuatiOn KaKaK KiTe


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Ok. Enough with those 'Shila Amzah' things. Kali ni, it's all about my kakak. Yang baru saja grad beberapa hari yang lalu. It's not much, hanya datang melawat beliau di Nilai, dan lepak-lepak, dan makan-makan, ada part best nak cerita pasal makan hari ni. Tapi sebelum tu,





CONGRATS KAKAK,
After all these years awak berhempas pulas tunggang terbalik menanam padi, 
sekarang awak dah tuai, kite tumpang gembira untuk awak.






Sebenarnya, pada hari kejadian, cuaca tak berapa nak mengizinkan. Hujan rintik-rintik, air bergelora. Tapi bergelora lagi hati I datang sana sebab excited kononlah naik pentas sekali padahal buat muka tak bersalah je menepak batang hidung dekat USIM tu. Eh, ingat senang dapat masuk USIM?






Disebabkan cuaca tak berapa nak best, dan memikirkan bukan senang dapat masuk USIM, dan memikirkan malas nak menapak naik ke bangunan belakang tu, maka dapat back view begini pun sudah tersemat rasa bangga yuno. USIM was like universiti kedua kitew taw. Cheh, time ni laaa.






Ok back to kakak kite. Lupa nak bagitahu nama beliau tadi. Nurul Jannah. Dia sebaya kita tapi mengada nak panggil dia kakak sebab dia lahir bulan dua kita lahir bulan tujuh. Boleh kan? And sure la kita pernah mention nama dia dalam belog ni. Cuma sebab we ols jarang jumpa, jadi jarang sangatlah dapat berphotoshoot gini. Tapi tak bermakna kite tak bestfriend dengan dia. Tudung bukan pengukur friendship ok. And tak bermakna kakak kite tudung labuh dia tak gila macam kite.






Tengok posing pun dah tahu. Like sister like sister.











Sekian, habis cerita graduation dan photoshoot post-convo sampai di sini. Kite sayang awak, kakak. Terima kasih sebab spend time dengan kite and sayang kite banyak-banyak. Kite pun sayang awak banyak-banyak. Sebab tu kite tak kisah berjimba sehari suntuk dengan awak walaupun kite ada test on the next day. (kalau tak berjimba pun, kononlah rajin sangat nak study)





And this is part makan yang kite nak cakap tadi.












First time makan Jhonny without tomyam. 




Actually terlupa nak request. Tiba-tiba nampak air rebus tu jernih semacam je. Eh eh eh? Apa lagi, terus angkat periuk tu baling dekat waiters hah kan? Dalam drama kite nak buat begitulah gamaknya. Tapi disebabkan kelaparan terlampau, sup jernih pun jernih laaa. Actually, not bad jugak rasa dia. Cuma sos steamboat tu bertambah laa hamba. Tak podeh, polik pulak ghaso eh...





Ok, itu je nak bagitahu. Oh ya, congrats juga kepada kawan-kawan USIM yang lain. Ada yang nak balik awal la, ada yang ada hal la, ada yang merajuk la. Ni dah naik entry, kang ada la yang meroyan tak lepak dengan Ocha tu...hahah. Tak kisahlah, yang penting entry ni wakil untuk awak juga. Ok, bye!



Monday, December 2, 2013

My LaSt WoRds ~ PeRHaPs



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



I probably become Shila Amzah versi tak artis sebab rajin sangat meluahkan segala emosi atau ayat yang mungkin berbaur emosi di laman sesawang. Facebook, twitter, blog, itu adalah tempat yang paling common yang orang boleh tengok. Diari dasyat lagilah. Dengan harapan yang entry ini mungkin jadi yang terakhir untuk sesi meluahkan perasaan, maka aku bagi kaw-kaw sikit kali ni. Biarlah nak feeling jadi Shila Amzah sekali-sekala. Lepas ni aku janji, no more cerita emosi.





Dear you,



I'm sorry, I met your sister. And told her (almost) everything. With no intention to make things worst neither to try to get your feelings in return. I know, I'm not the one for you. I know, we're not meant for each other. Things just turned out this way. I'm sorry, I can't help it. You know me so well. I'm a girl. Not yet a woman. Fikiran tak matang lagi. Perangai pun, perangai budak-budak. Bila berlagak jadi orang besar, it's actually something yang I actually cannot bear with. It's hard. But I think, it's worth to try. That's why I made this decision.





I bet you really like me as your friend. Probably the most comfortable friend that you ever had. And that's probably the reason why you never want me to back off. Tapi I tak boleh manjakan you. I tak boleh bagi you dua-dua. You kena pilih salah satu. That's the words yang I nak sangat cakap dengan you tapi tak terluah sampai sekarang. I'm sorry. It might sounds like I'm a selfish. But in this case, I have to. I terpaksa selfish. Kalau tak, hati I akan terus sakit. And at the end of the day, I akan jadi pihak yang akan recover paling lama. It's not easy for me to get off this feeling. You pun tahu I punya emosi macam mana. Like pepatah prevention is better than cure. Samalah tu. Cegah awal-awal. Takut dah terlajak nanti dia susah sangat nak sembuh.





I believe that you're getting used to this awkward decision. Seeing each other on the green online button but never wanted to greet or starting conversation like we always do. Honestly, that's really the hardest moment for me. Yelah, dah biasa. Nak ubah benda yang kita dah biasa buat ni bukan senang. But I hold into it. Alah, lama-lama biasalah tu nanti.





I'm so sorry. I bagitahu awal-awal. I met your family twice since we're apart. I met your mum because she insists me to and I met your sister because ada hutang 'date' yang I belum bayar. Never thought that the things and the story will be related to us but it was pretty expected. It's mum. And I can't lie to her. Never blame your sister as well. I memang spesis tak boleh nak tahan mulut daripada bercerita. If there any related story you heard about me, then blame me. Not your mum, not your sister. They just want the best for you. And they love you more than I do. Do hate me if you want to. But my relationship with your family, have nothing to do with you. No intention to get updated with you as well. But since 'hutang' pun dah selesai, I guess I have no reason to meet them anymore. And I guess it added reason to stay away from you. You dah mula annoying dengan I kan? I know.





I guess I was wrong. I thought men will treat their girlfriend just the same as they treat their friend. Probably that's why I can't help assuming that you might have the same feeling when you asked me how to prepare for interviews. It's probably when you asked me regarding your internship report. Probably when you called me like how many times right after you reached home masa hari raya hari tu (so did I). Probably when you asked for movie so out of blue. Probably when you whining for tiny little things. 





You lapar. Bos you mengamuk. You penat. Balik kerja lambat. Baju you banyak tak basuh lagi. You kena stay back dekat office sampai lewat malam. You boring. You rasa nak layan movie. You bengang jumpa client. You tiba-tiba mengidam nak Domino, nasi kerabu, kek coklat. You tension dengar mama membebel. You tak boleh tido. Kerja banyak. You mengadu sakit kaki travel outstation jauh-jauh. You suruh I kejut you bangun pagi-pagi sebab you takut lambat bangun pagi sebab nak pergi meeting. Oh, ya. Again. I was wrong. I tak patut anggap semua tu special and assume that you might like me even though you're taken. Padahal you bukan tak ada girlfriend nak buat semua benda-benda tu. I seriously don't understand. Ok, maybe I should change my perception now.





I really have no intention to up these things over here. Tapi tak ada orang yang akan assume apa yang you buat, I mean, apa yang kita buat is actually in the name of friendship. Kalau dengan 'kawan' you dah act macam tu, then kalau dengan girlfriend you macam mana agaknya ya? Well, as I said earlier, I tak boleh manjakan you. I tak boleh nak bagi you dua-dua. The thing is, you know my feeling to you macam mana. So it's clearly not fair kalau you terus berkawan dengan I with the fact that you will choose another girl at the end. I tak kisah with your decision. But you shouldn't treated me that way.





Ok. Maybe I yang salah. I tak patut over acting with someone else boyfriend. My bad. I'm sorry about my attitudes selama ni. But housemates, classmates, Haajar, Jannah, Kak Sarah, sibling sister I, tak ada sorang pun yang agree things you did were for the sake of friend. Or maybe you should find some 'guy' friend next time. Or maybe I yang kena betulkan mind setting. Perhaps bagi you that's normal. Perhaps I yang terlampau kolot. Ntah berapa banyak maybe dan perhaps ni?






Honestly, I sendiri tak percaya dengan decision yang I buat. It was so hard to accept. It was so hard to deal with. I just want you to be happy without hurting myself. Jadi, cukuplah I tahan sakit selama ni. I guess, this is it. The time has come. Seeing you moving on, pun dah cukup buatkan I healing.






Just my little advice, fikir masak-masak sebelum you decide any lifelong decision. Find someone yang boleh treat you punya manja attitude, yang boleh fulfill your mengidam things, yang boleh stand by your side dengar you merungut pasal your bos, or cerita lawak you yang tak senonoh tu, yang maybe boleh teman you berborak dalam kereta when you driving, yang boleh tahan telinga dengar business plan you, atau someone yang boleh rabakkan telinga tanya bila you dah lama tak balik rumah, someone yang maybe boleh lepak kedai mamak sampai 2, 3 pagi. Someone yang boleh standby sos cili untuk you in every meal, or yang tahu you favourite strawberry soft drink during movie.






Someone yang mama you suka. Believe me, I'm not refer to anyone. It's just, I pretty know you inside and out. So, you better find someone yang betul-betul boleh blend dengan you and don't ever look down your parents point of view.






Maybe, inilah masanya you nak get close with your future life partner, getting to know her deeper, spent more time together. Bukan I nak suruh you buat comparison ke apa. Chemistry tu ambil masa sebenarnya. Look at the positive side, mungkin apa yang berlaku ni menguatkan lagi relationship you dengan dia. And that's enough for me.






By the way, semenjak I jumpa your mum and sisters lately, I became a bit emotional. Biasalah, cerita apa lagi yang nak keluar. But again, that's probably just between they and me. You ignore or tahan jela apa-apa yang rasa macam tak sedap di telinga tu. I'm so sorry. It's all because of me. I yang buatkan semua benda jadi complicated. I yang huru-harakan semuanya. I tak tahu perancangan Tuhan. It's just happen this way. Believe me, I just want you to be happy. So with that...






promise dah tak nak emosi macam Shila Amzah lagi.






because it's not appropriate tulis surat cinta dekat dalam library





because no matter how much I try, 
things won't change.



Wednesday, November 27, 2013

SaMBiL gOrEnG iKaN


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Tu apasal keluar entry gedik-gedik? Kalau orang tanya, aku jawablah tengah under pressure. Nak bajet gigih dan tekun sangat belajar padahal ada je masa melepak, main gitar, tengok movie, tengok wayang, balik rumah every week... aku... tak rasa perangai aku ni akan berubah.





Pernah aku tanya dekat kawan lelaki aku masa sekolah dulu. Sekarang kawan aku tu dekat Mesir. Bising betul dia suruh aku kahwin awal. Sebab tengok aku banyak buat maksiat kot (angkat-angkat bahu). Soalan aku hantar dekat dia, lelaki suka perempuan yang macam mana? Lepas tu kawan aku jawab, kenapa kau tanya macam tu? Aku jawab, saje tanya. Lepas tu kawan aku jawab, kau tak payah tanya soalan macam tu, lelaki kalau dia suka kat kau, tak kira kau macam mana, dia akan suka jugak. Jadi diri kau sendiri.





Pfft. Aku tak tahu sama ada nak rasa annoying atau nak tergelak dengan jawapan kawan aku tu. Aku pandang luar (masa tu aku dengan dia dalam kereta). Terus off conversation sebab aku tak rasa kawan aku ni akan beri jawapan yang lebih bernas daripada itu. Anyhow, I like his last point. Jadi diri sendiri. Cliché yahamat, but I guess... ah, cliche jugak.





Lately, aku rasa sedikit lifeless. Aku nak escape, tapi aku tak tahu nak ajak siapa melainkan Haajar. Tapi Haajar pulak sibuk kalah President White House. Bila dia free, aku pulak yang sibuk mengalahkan President Blue House. Waktu dia balik kelas, waktu tulah aku baru nak pergi kelas. Jadual kitorang selalu clash. Kalau laki bini macam ni, aku rasa dah lama masuk mahkamah syariah. Mujur tak berapa nak gay sangat. Minggu ni aku make up balik. Ok, tak pasal-pasal naik nama kau Haajar.





Nampak macam aku tak ada kerja nak buat kan? Actually, tadi aku tengah goreng ikan kat dapur. Sambil tunggu ikan, aku update entry ni. Now, dah siap masak. Ok bye!






sobona eh nak buek goreng berlado, tapi lado eh tak ado.
yang ponting masuk mulut konyang.
(ayat cover line orang maleh)



Friday, November 22, 2013

tRoLi DuRjaNa...!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




I was really upset. I came back from class just now and feel like to bake some chocolate cake. I guess, the more pressures coming through, the more time I spent in the kitchen. Agaknyalah. Then, wilh full determination heart and feeling, I went to Tesco to have some groceries (window) shopping. I mean, to get some baking stuff. Which I mean, baking equipments. Well, precisely, baking pan, spatula, steamer, electric oven??? Maybe. Sounds like biar-betul-nak-beli-oven? I myself, don't understand that part of my unsoundness of mind really. Gamble just like that. For the record, crazy is my middle name. Thank you.





For the record as well, I'm really excited when it comes to groceries shopping. So, Tesco, Jusco, Giant, are part of my favourite places to stop. Nak dijadikan cerita, I was so mesmerized by those baking stuff I mean, oven, steamer, spatula, baking pan, which I can spent almost an hour flipping, scanning, checking those things out which eventually, made me lost my trolley. Troli Tesco yang segabak-gabak alam tu yuno...!





Omaigad, that was absolutely the first time ever happened in my life. Never thought that someone will drag away my trolley. I don't know who. Rasa macam nak check out je dekat cctv or security department tapi macam ntah hape-hape la pulak. Hilang trolley je kot. Bukan hilang anak pun. Logically, siapa pun I guess will drag the trolley or assume that trolley was belong to no one (because it's empty at the moment) and (which-is-with-the-owner-yang-leka-belek-oven-one-by-one-sampai-tak-perasan-troli-kena-culik).





Then I feel like I was dumb by that trolley. Terus terbantut hasrat nak baking. Terus terbantut hasrat nak shopping. Emosi sangat dah nih. Terus call Haajar ajak makan nan cheese dengan teh tarik. Walked away from Tesco. Merajuk!







never thought that this guy will drive me crazy.
urghhhh...!!!
ever.



Wednesday, November 20, 2013

sHe's MiSsiNg HiM


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Mungkin aku tak mampu nak luahkan perasaan aku dengan tulisan. Or mungkin aku dah kehilangan skil nak tulis apa yang ada dalam hati aku ni. Well, ditakdirkan, tadi aku godek-godek cerpen yang ada dalam simpanan. Nak cakap macam mana ye? Kadang-kadang aku rasa macam apa yang berlaku dekat aku, sama macam apa yang aku tulis dalam cerpen. Tapi taklah exactly seratus peratus. It's just, lebih kuranglah. So yang ada masa lebih sikit tu, if you mind to know what I feel...





p/s: this is not the whole cerpen. just part of it. kalau tak faham, buat-buat faham jelah.





T-shirt besar itu dikeluarkan daripada beg pakaian. Adrianna duduk dihujung katil membelek t-shirt itu berkali-kali. Dia tahan air mata sedaya upaya. Dia jeling telefon bimbit di sisi. Masih senyap seperti beberapa minggu yang lalu. Masih tiada balasan khabar berita mahupun panggilan daripada lelaki itu. Rindu? Ah, tak mungkin semudah itu. Dia nafikan perasaannya lagi. Dia campak baju t-shirt itu ke dalam beg pakaiannya kembali.



“Am apa cerita? Lama tak dengar kau bukak mulut pasal dia?” Hanis muncul di belakangnya. Entah bila gadis itu keluar dari bilik air, Adrianna tidak pasti. Dia melihat gadis itu mengelap rambutnya dengan tuala kecil sebelum mengambil tempat di atas katil. Duduk bersila bertentangan dengannya. Adrianna mengelipkan mata. Cuba mengusir air jernih yang terasa bergenang.



“Am? Entah dia. Dah lama kitorang tak contact. Dia sibuk kot.” ujar Adrianna. Dia renyukkan t-shirt milik Adam yang masih berada dalam simpanannya sejak peristiwa dia pengsan akibat berhujan dahulu ke dalam begnya. Dia renyuk dalam-dalam.



“Sibuk? Takkanlah sampai tak contact langsung. Majlis akad nikah hari tu rasanya tak nampak muka dia? Takkan wedding reception ni pun dia tak datang jugak?” Hanis menyoal pelik. Dia bangun mencapai pelembab wajah di atas meja solek bilik itu. Bilik hotel yang dihuni bersama Adrianna.



Seminggu selepas majlis akad nikah di rumah Zaraa, hari ini, majlis resepsi di sebelah pihak lelaki pula diadakan. Dewan Hotel The Everly berhampiran pusat membeli-belah Alamanda, menjadi lokasi pilihan. Kali ini Hanis berehat sakan. Dia tidak lagi perlu bertungkus-lumus menyediakan persiapan kek atau sebagainya. Hanya datang berdandan dan makan-makan. Hanis pandang Adrianna yang masih belum bersiap. Gadis itu angkat bahu sebagai jawapan kepada soalannya tadi.



“Tak tahulah, Hanis.” Adrianna mengeluh perlahan. Kali ini dia bangun mencapai tualanya sebelum berlalu ke bilik air. Dia ingin menyembunyikan pedih hati dan tangisnya daripada gadis itu. Dia tidak mahu Hanis tahu.



“Nak aku tolong contact dia tak?” soalan Hanis mematikan langkah Adrianna. Soalan secara tiba-tiba itu membuatkan gadis itu menoleh. Bertaut keningnya memandang Hanis.



“Tak payahlah, Hanis. Aku dah contact dia banyak kali. Dia memang betul-betul busy agaknya.” ujar Adrianna perlahan.



“Agaknya?” Hanis lontarkan soalan kembali.



Adrianna diam kali ini. Dia pandang wajah Hanis. Tujahan mata itu membuatkan dia serba-salah dan panik tak pasal-pasal. Malas mahu terus melayan perasaan, dia cepat-cepat mendapatkan Hanis yang masih bertenggek di atas katil. Dia tersengih-sengih memandang gadis itu.



“Ewah ewah, seronok kau soal siasat aku eh? Yang kau dengan Farizal tu apa cerita? Bukan main rapat aku tengok semenjak dua menjak ni.” Adrianna pantas menukar topik. Dia tidak mahu kalah. Takkan mahu biarkan Hanis mengesan perasaannya?



“Farizal? Hmm, biasa je. Kenapa? Kau ada nampak apa-apa yang luar biasa ke antara kitorang?” Hanis memulangkan soalan tanpa rasa bersalah. Riak wajahnya terlalu biasa hingga sukar hendak diteka. Adrianna berfikir sejenak. Entah. Apa yang luar biasanya ya? Dia sendiri tidak pasti. Mungkin kerana jarang melihat Hanis rapat dengan mana-mana lelaki, disebabkan itulah dia sering sahaja salah faham jika melihat gadis itu rapat dengan seseorang.



“Tak adalah. Aku risaukan kau. Takut-takut kalau kau masih frust dengan Yusuf. Manalah tahu kalau kau dengan Farizal ada progression apa-apa. Aku tengok kau dengan dia boleh tahan cocoknya.” ujar Adrianna tidak teragak-agak. Tidak bertapis dia suarakan pendapat. Dia pandang wajah Hanis. Gadis itu masih berlagak biasa. Hanis tersengih. Dia faham apa yang cuba disampaikan oleh Adrianna. Bahkan dia juga sedang cuba membongkar rahsia hati gadis itu. Masing-masing jalankan misi sendiri.



“Cocok apa bendanya? Aku cucuk kau kang tahulah. Aku dengan Farizal tu baru kenal berapa minggu je. Kalau tak disebabkan sama-sama in charge wedding cake si Zaraa, memang taklah.” ujar Hanis terus-terang. Adrianna tersengih-sengih sengaja buat orang sakit hati.



“Yeke? Habis tu Yusuf?” soal Adrianna lagi.



“Sama jugak. Aku ok je. Biasalah, aku pun manusia biasa, Anna. Aku tak nafikan, sedih dan frust tu kadang-kadang datang juga bila aku teringatkan dia. Tapi aku redah je. Cuma jangan terlampau layankan sangat. Kadang-kadang, benda macam ni boleh jadi mainan syaitan. Saja buat kita lalai daripada ingat Tuhan.” Hanis bersuara lembut. Tak pasal-pasal bagi ceramah berkenaan hati dan perasaaan pula dia di situ. Tisu wajah dicapai lalu menepek-nepekkan cecair pelembap itu ke mukanya. Adrianna hanya memerhati lalu terangguk-angguk sendiri. Dia diam lagi.



“Kalau kau sendiri dah cakap macam tu...” Adrianna kembali bangun dan berura-ura hendak kembali ke bilik air. Dia terkenangkan Adam. Perasaannya kepada lelaki itu lain macam dia rasakan. Adakah perasaan yang sedang dia alami itu biasa-biasa sahaja sama seperti perasaan Hanis kepada Farizal? Atau mungkin kadang-kadang perasaan itu perasaan sayang seperti perasaan Hanis kepada Yusuf?



“Hah, tu nak pergi mana pulak? Aku tak habis soal siasat kau lagi ni.” Hanis sengaja memanggil Adrianna. Dia tahu gadis itu belum mahu membuka mulut kepadanya, namun dia diamkan sahaja. Manalah tahu, nanti-nanti anginnya baik pula hendak buat sesi heart-to-heart.



“Nak mandilah. Kang siap lambat kau jugak jadi tukang pot-pet.” selamba gadis itu menjawab padahal dia hendak mengelat sebenarnya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik air, namun sekali lagi langkahnya mati apabila mendengar Hanis melaung namanya kuat.



“Am telefon.” ujar Hanis mengangkat tinggi peranti bewarna hitam itu sebaik kepala Adrianna muncul di muka pintu bilik air. Kelam-kabut gadis itu keluar mendapatkannya.



Seriously? Bak sini handphone aku.” Adrianna mencapai telefon bimbitnya dengan rakus lalu membelek-belek skrin. Dia melihat log panggilan. Tiada pula nama Adam tertera. Dia pandang wajah Hanis. Gadis kecil molek itu tersenyum-senyum.



“Hanis...” Adrianna merengek hampir menangis.



You love him, don’t you?” soal Hanis perlahan.



Adrianna kehilangan kata. Dia tahu, dia tidak boleh berselindung lagi. Memang dia benar-benar rasa kehilangan dan merindui lelaki itu. Akhirnya dia mengangguk. Dia peluk tubuh Hanis lalu melepaskan tangisan semahu-mahunya. Hanis tersenyum. Dia usap belakang gadis itu membiarkan sahaja Adrianna meluahkan segala perasaan yang terbuku dan terpendam dalam kalbu.






Adam, awak kat mana?



  

Tuesday, November 19, 2013

mY hEaRt SpEaKs (HaLfWaY)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Aku tak pernah terfikir dan tak pernah  minta pun kisah antara aku dan dia akan berakhir macam ni. Aku tak pernah terfikir pun, selepas sebulan (or maybe lebih) aku masih rindukan dia. Macam mana aku nak cakap eh? Ini bukan cerita cinta. (aku tak pernah bercinta pun) It's just, someone yang tersangat annoying yang ditakdirkan sesat dalam hidup aku, someone yang pernah menjadi orang yang paling rapat dengan aku, someone yang aku tak peduli nak jadi apa, nak buat perangai apa, nak gelak macam mana depan dia dan segala benda benda lagi yang aku sendiri pun tak pernah terfikir, sekarang bukan lagi jadi sebahagian daripada aku. Lima tahun lebih bukan tempoh masa yang sekejap. Dia hilang timbul macam biskut, buatkan aku jadi pasrah. Perangai dia memang macam ni kot.






Tapi kali ni, bukan dia. Tapi aku yang jadi biskut. Aku yang hilangkan diri. Dalam erti kata lain, back off daripada dia. Sebab aku tak percaya yang aku masih sayangkan dia walaupun aku dah banyak kali cakap dekat diri sendiri, ocha-kau-dengan-dia-kawan-je. Tapi, apa nak buat, hati tak nak dengar. Hati tak nak faham. Sakit pedih setiap kali dengar nama orang lain keluar daripada mulut dia, tahan jelah. Haish, mangkuk ayun sangat aku rasa. Nak buat macam mana. Aku pun tak percaya. Nak cakap diri sendiri bodoh kang, ambek master kawan. Terimalah hakikat. Bukan senang aku nak buat keputusan untuk back off ni. Sampai bila nak tarah hati dengan cerita dongeng sendiri?





Dah lah, aku tak larat nak simpan kejadah feeling-feeling ni dalam draft blog aku lama-lama. Atas sebab-sebab yang tak mengizinkan, aku terpaksa berhenti setakat di sini. Later, aku sambung balik. Perhaps, belum sampai masanya aku jumpa Mr. Right lagi. Belajar dulu sampai lebam. Allah dah mudahkan jalan, nak cari susah buat apa?










Wednesday, November 13, 2013

ToLoNg La, MaK aKu pUn TaK mEmBeBeL GiNi


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Sangat lama aku tak membelog. (Hai sawangs. Syuh syuh.) Kerja banyak. I know you know. Sampaikan BFF hantar text satu ayat je. "MISS ME?" Jadi... Silalah faham. Dah lama sangat tak connect dengan planet bumi sebab... Asgardians was awesome nak buat macam mana. Sampai sekarang pun aku masih connecting dengan laki aku yang ala-ala jahat tapi charming tu (which obviously I-dont-know-why) tapi Alhamdulillah, kesihatan tak terganggu, assignment pun berjalan lancar, everything just, (jeling planner sekejap) ok lah. Tinggal satu dua benda nak finalize for this week.





boley la tuh





Aku tak ada benda sangat nak update actually. Tapi sebab dah terbiasa. Feeling kalau rasa-rasa jiwa kacau, kalau rasa-rasa dah menyampah sangat mengadap research proposal which consist of three main parts macam biasalah semua orang pun tahu chapter one two three, dan macam biasa jugak, inilah hasilnya (merepek sorang-sorang).





Actually dari minggu lepas lagi aku gian sangat nak update belog ni, tapi sebab keterlampau-fokusan aku terhadap assignment membuatkan aku boleh lagi bertahan untuk escape dekat sini. Well, paling-paling pun aku stop sejam layan running man (limit aku sehari sekali je) ataupun skrol bermacam-macam link pasal tom hiddleston dekat yutiub (kalau baca dua tiga enry aku sebelum ni faham la kot) dan jadi plumber separuh masa pun best jugak. Feeling ala-ala doktor paip yuno.





Kisahnya, aku macam nak bagi syarahan tau dekat sini. Syarahan pasal isu negara yang aku rasa semakin porak-poranda kebelakangan ini. Kenaikan harga barang, perlaksanaan dasar GST, bukanlah nak kata aku tak setuju ke apa, saja nak berbincang, hah tu muka macam dah muak apasal? Aku dah kata, belog aku bukan boleh cerita ala pensyarah sikit, mulalah semua menggelabah nak cari exit button. Tapi seriously, aku sangat concern pasal negera aku sekarang. Nyawa manusia yang semakin murah. Dah berapa banyak kes orang mati 'macam tu je' kau kira balik? Penyelewengan wang syarikat. Palsukan invois oh whatever. Semuanya sebab duit. Semuanya duit!





Aku terfikir, dengan harga barang sekarang ni, keperluan bulanan aku, top up, bil broadband, sewa rumah, makan minum, duit minyak, tol, tak pakai kereta lagi aku dah mula berkira dah. Nanti dah grad, dah angkat kereta sebijik tak tahulah macam mana aku punya berkira. Llipstik dah setengah inci pun tahan tak nak beli baru pasal tengah saving punya pasal. Belum kira hutang PTPTN lagi. Belum kira loan kereta, rumah, aaahhh, itupun kalau layak aku nak buat loan. Entah-entah sampai ke sudah pun aku menebal muka pinjam kereta mak ayah. Sampai ke sudah pun nak manadah tangan harapkan BRIM. Sampai bila? Mak bapak aku bukan datuk-datuk punya orang. Katakanlah kalau gaji aku 3k 4k sebulan. Ingat cukup ke? Tolak cukai gedebak-gedebuk bagai. Duduk Gemencheh, untung laa. Duduk Putrajaya, duduk KL, duduk Shah Alam, ikan kembung goreng RM4 sekor mampu kau? 





Macam manalah kepala otak tu tak terfikir nak cari laki poket tebal. Kang nak menikah tak ada duit, jadi anak dara tua pulak. Dah menikah, tak ada duit nak beli rumah elok sikit kang ke laut pulak rumah tangga. Takkan sampai tua nak menyewa? Laki bini bersangkak-sangkak cari duit kang anak-anak pulak ke laut. Rumah siapa nak urus? Nak upah bibik kau ingat boleh percaya? Bibik pun mata duitan yuno. Kang anak-anak tak makan saman, mulalah nak salahkan mak bapak tak didik anak-anak dengan nilai-nilai murni. Anak-anak pergi sekolah kurang ajar dengan cikgu. Cikgu tuduh mak bapak tak prihatin, tak beri kasih sayang, padahal mana nak sekolahkan anak kalau separuh gaji dok berabih dekat sekolah anak-anak. 





Tak bayar yuran hitu-hini cikgu bising. Nak melahirkan generasi berintelektual begitukah caranya? Mana sekolah yang berteraskan pendidikan dan integriti? Sekarang sekolah pun nak buat duit. Berlumba-lumba nak lahirkan murid berprestij. Nak dapat sekolah terbaik. Nak dapat anugerah itu ini. Anak-anak di sogok segala sukatan pelajaran. Segala ilmu nak dibagitahu. Segala benda nak sumbat dalam kepala. Ingat sekolah tu company business ke nak kaut untung? Pendidikan dah tak ada nilai lagi. Bukan fokus utama sekolah pun. Cikgu tak jumpa rasa ikhlas nak mengajar. Penat. Disogok macam-macam daripada KPM, JPN, PPD. Hah, ni yang aku tak suka bila dah mula membebel panjang begini. (actually cerita ni satu perenggan, tapi aku split kan jadi dua)





Aku tak tahulah nak cakap macam mana. Sibuk nak concern masalah negara, masalah diri aku sendiri pun tak terurus. Ehem, terurus sebenarnya. Tapi tak perfect manalah. Memang tak perfect pun. Belum habis sem ni aku dah sibuk fikir bajet sem depan pulak. Nak buat apa masa cuti sem nak cari duit poket. Yuran aku ni walaupun the cheapest among other universities, masih membuatkan aku bersangkak jugak memikirkannya. Tak apalah, itu kita cerita nanti. 





Yes, I was thinking about business. PM pun suruh bisnes. Bacalah bajet 2014, berapa juta kerajaan peruntukan untuk keusahawanan. Siapa cakap aku tak minat? Jual kek online ke, jual baju online ke, jual bakat membebel aku ni ke, semua tu aku pernah fikir. Tapi sebanyak mana pun masa aku ada, aku tak pernah rasa cukup. Nak bisness bukan boleh buat part-time. Unless aku kena korbankan salah satu. Belajar atau business. Gila nak korbankan belajar? Tak ada komitmen rumah tangga pun dah rasa macam berjuta-juta orang mengharapkan perhatian di sekeliling aku. Dah macam Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat gitew. Gedik kan? Kalau ditakdirkan aku memegang jawatan itu aku harap kau orang bersabar dengan kegedikan aku.





Masalahnya, aku bukan multi-tasking punya orang yang boleh buat macam-macam kerja dalam satu masa. Disebabkan masih bergelar pelajar, maka ini sahajalah yang aku mampu. Belajar. Sampai nak bercinta pun dah tak tahu macam mana dah. Orang yang pernah suka dekat aku, masing-masing dah jumpa miss right mereka. Siot betul aku rasa. Macam bangang pun ada dok tunggu orang lain padahal aku rasa market aku banyak kot. (Kot) Bukan masuk bakul ke apa, ini cerita hati. Kalau hati tak ada dekat siapa-siapa, bakdatang sultan brunei pun aku rasa aku tolak jugak. Ok dah dah dah, kritik macam-macam pasal isu semasa atas tilam dan berpotpet-potpet sendiri memang selalu buat aku feeling 'macam bagus'. Dah kena beban tanggungjawab sebakul atas kepala, atas bahu, atas batang hidung, kiri kanan depan belakang baru nak melalak "seronoknya zaman belajar". 





Back to reality.
Tengah nikmati masa belajar puas-puas.





p/s: lain kali jangan tinggalkan belog lama-lama. nanti entry jadi meroyan ala-ala begini.


Saturday, November 9, 2013

CaN't HeLp iT - dowajuseyo...!

















And yes. I'm laughing so hard right now.

Celik mata teghoih nak sambung buat assignment.

Abang Tom, lain kali jangan buat macam tu lagi ok.

Bukan setakat celik mata nak sambung buat assignment,

tiga malam pun tak bolah nak lelap

yuno.





haila






Monday, November 4, 2013

NoVeMbEr - MaaL HiJraH - tHoR ii ^_^


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




What else can I say. No more berjimba-jimba. Now dah masuk November, then you know what is that suppose to mean. Kalau u ols boleh nampak tulisan dalam planner kat bawah ni (planner baru yuno-hehe), nampak tak berapa banyak benda nak kena submit by the end of every week sepanjang bulan ni? And FYI, semua benda alah tu tak siap apa pun lagi. Baguslah. Boleh tulis belog lagi.










Actually, walaupun aku terkejut dengan kesedaran bahawa betapa banyaknya due date seperti yang tertera di atas (like kejadah apa test TQM sampai tiga hari wei), tetapi aku sebenarnya lebih terkejut dengan ke-ghaiban housemates aku yang seramai 9 orang kau bayangkan aku sampai pagi tadi sebatang hidung pun aku tak nampak. Kalau sorang dua aku tak heran sangat, ini sembilan-sembilan semua yilek. Memang terserlah niat suci dan murni mereka untuk menyambut Awal Muharram disamping keluarga tercinta. Kuajaq diorang ni, nak ponteng tak roger. Kan tak pasal-pasal aku pergi kelas tak ikhlas tadi.





And obviously aku hanya ditemani Encik Fish malam ni. Gagahkan diri untuk buat assignment (yang keempat daripada berpuluh-puluh list aku agaknya). Dan ditemani oleh lagu-lagu hindustan. Dah. Cukuplah. Setakat mukadimah entry bulan November. Dan juga untuk mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH. Ampunkan salah dan dosa hamba, halalkan makan dan minum semua. Ayat cliche, semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Kalau dulu malas study, sekarang nak jadi rajin. Ok bye, nak sambung buat assignement. Minggu ni minggu maut.






Kononnya nak bagi semangatlah letak gambar kesayangans dekat pintu almari.





Assignment melambak pun melambak laa. Yang penting aku dah jumpa laki aku dok bertapa kat Asgard bertahun-tahun lama. Finally, I watched Thor II. Dengan siapa itu biarlah rahsia. Yang penting, kau tahu bahawa aku benci betul filem-filem sekuel begini. Dah la best. Lepas tu tahun depan, tahun depan depan depan lagi, mulalah keluar Thor 3, Thor 4, Thor 5 bagai. Memang aku suka perabih duit bagi nafkah kat diorang ni. Whatever. Yang penting, wish come true. Boleh la hadap assginment dengan tenang. (Tenanglah sangat)






By the way, tolonglah kalau ada sesiapa yang belum tengok Thor II, dan rasa macam nak pergi tengok, tolonglah wei, tolonglah ajak aku sekali. Desperate sangat nak tengok lagi sekali tapi tak tahu nak ajak siapa. Sumpah tak lelap aku tido dok bayangkan pakcik Tom Hiddleston tu senyum kat aku gaya dia senyum dekat Natalie Portman. Ada aku kisah tengok Chris Hemsworth tayang body berketak-ketak dia?






omaigod, his grinning
Mana nak cari tilam nak pengsan?
Tak sempat dah.







Nah, ambek feeling sekali.

Wednesday, October 30, 2013

No LoNgEr BFF


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Mungkin masing-masing dah sedar diri, lepas ni tak akan jumpa lagi paling-paling pun untuk tempoh masa beberapa bulan akan datang, maka rasa-rasanya entry ni adalah penutup cerita aku dan Haajar. Siapa yang rasa muak menengok wajah makcik ni, anda sudah boleh menarik nafas lega akhirnya. Bye u ols. Bye Haajar. No more you in this belog. We're no longer BFF.





Our last dinner together.





And she said, I looked different without eye liner.
Fine. Sebab tu kitorang dah tak jadi BFF lagi dah.
Ok bye.



the history

Followers