Thursday, April 28, 2011

SaYa 'sUkE' sEJaRaH taPi SaYe LeBiH sUkE sHiNeEe


ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SELAMAT MALAM


Saya perlu menyemakkan belog ini lagi sebab diari dah penoh. Saya tak ada semangat nak baca CITU sebab rasa macam novel sejarah ini sangat menarik - - - - - - - eeerrr, menarik kelopak mata saya untuk tidur dan melakukan aktiviti tak melayukan mata seperti bergayut dengan BFF, jalan-jalan dekat koridor Melati, pergi bilik BFF dekat tingkat 9 semata-mata nak pinjam ketip kuku, tengok SHINee Hello Baby yang omel-omel angat tuuu, errr apa nak cakap tadi? Oh, itu pasal saya tak ada semangat dengan subjek ini. It's not because I hate it that much tapi tolonglah faham, SEJARAH OKAY!




Fine, tak tahu kenapa harus luahkan semuanya di sini. Nampaknya MANAGEMENT saja yang saya mampu telan sekarang. Maafkan saya Ustazah Solihah Binti Haji Yahya Zikri. Kalau tak percaya, tengok ini...




Buat nota Tamadun Cina pun separuh jalan. Rasa macam nak lempang diri saya sendiri tapi tak tahu kenapa saya tak tergamak nak melakukannya, Ustazah.




Buat nota padat tak berjaya, nota ringkas pun tak mampu jugak. Dahlah tulis pakai pensel. Memang seharusnya saya dipaksa telan ubat gegat.




Anyway guys, my first paper tadi Alhamdulillah berjalan lancar. Tersipu-sipu depan kertas soalan macam first time jumpa mak mertua pulak rasa. Lepas tu bagi meraikan kejayaan paper pertama, balik bilik terus cari SHINee rasa macam baru couple tak sabar-sabar nak dating dengan boyfriend...hikhikhik malunyew tulisw beninew. Oooh, nak tahu I got crush dengan siapa?




Cik abang ini nama dia Junghyun.




Tapi I baru dapat tahu dia dah berpunya. Chis chis chisdale lah abang ni.




Kalau begitu, tunggu sampai saya habes khatam semua variety show diorang yang bersungguh-sungguh dan gigih gila donlod sehari suntuk tadi yaw. Nanti saya bagitau siapa paling charming antara mereka. But I have to say, so far semenjak tengok Hello Baby tu, the most favorite is...




The leader, ONEW.
(walaupun dia tak suka budak-budak, tapi ada part yang dia nampak sooo adorable okei aaw aaw)




And sila adore mereka lagi dengan menonton music video yang syumel ini...







Ok bye. Kawan saya baru mesej bagi tips nak baca CITU. Dia bilang, kau baca MACAM BACA NOVEL SEJARAH YANG BANYAK TARIKH-TARIKH-TARIKH dan TOKOH-TOKOH-TOKOH. Apa punya tips entah ni. Tapi saya cuba sajalah. Oh, Tuhan bantulah saya untuk mencintai sejarah....






p/s: kepada ustazah saya: "Ustazah sangat cumel dalam kelas. Bagi saya A boley...?"

Wednesday, April 27, 2011

PeThEtiC nYeEe aKu TuLiS BeGiNi, haish...


Assalamualaikum wbt,




Hey guys. Night is getting late. I mean. It's really late. 2.25 am? Selamat pagi semuwa! (berwajah happy). It's weird to say but yes, I can't sleep padahal selaluuu. Okay perhaps the fever is coming. THE EXAM FEVEEEEER!!! And it's day after tomorrow. Chop, kira hari ni sekalilah so it's TOMORROW! Yeay...!!! Padahal, Cuaaak...!!! And make it trillion of times. TQ.




Okay. Since my diary was done. No more spaces to write. I guess a few lines here is enuf cuz I always think about these phrase around... a few minutes ago. Ye, baru kejap tadi. And perhaps, that was the reason why I can't get my bed time. How pathetic. And here what is in my mind...




"I do realized on how much I suffered being a person who really scared to fall in love. And I knew it very well Allah is planning something for me. But I'm just too rush and eager and seriously menggelabah la senang cerita with all these kind of things like why should you have this stupid feeling Ocha?"




"Okei, LOVE is not a stupid feeling ye. I'm just... (sigh) tak tahu nak cakap apalah. Masih bercelaru lagi agaknya perasaan ini. Maka, yeay rasa mengantuk dah datang and I guess it's better for me to keep it silence. But one things for sure, I will wait patiently. Haaa, kan dah keluar jawapan. It doesn't running in my head no more no more no more... So, oyasumi lah semuwa!







Tuesday, April 26, 2011

aKu MeMaNg SuKe mEnGuMpaT



Assalamualaikum wbt...


Actually, di musim-musim perayaan exam begini, aku tak kuasalah nak bercakap pasal orang. Dalam erti kata lainnya aku tak kuasalah nak mengumpat. Onestly, sumpah aku tak tergamak. Apatah lagi nak tulis panjang-panjang sebab yelah kalau dah satu perkataan aku menyakitkan hati orang tu dapat satu dosa kalau berpuluh-puluh ratus perkataan wah wah wah jutawan dosalah aku ni. Nak-nak lagi kalau mengumpat kawan sendiri. Kawan tu pulak title BFF. Pergh, pekej dosa yang cukup lengkap di situ kaaaaan yes yes.




Yelah. Jerit yes lagi. Kau tahu malam ni saja entah berapa gelen air mata aku tumpah disebabkan seorang kawan. Bukan seorang sebenarnya. Adalah dua tiga orang yang berperangai begini. Sampai tergerak dalam hati, berat mana pun dosa mengumpat kawan aku ni nanti, aku relakan saja asalkan diorang tak teruskan dengan dosa yang lebih besar dari ini. (ada ke dosa yang lebih besar daripada mengumpat?) Entah. Aku pedulikan semua itu sebab aku menulis ini kerana mahu membela meruah dan harga diri kawan-kawan aku aichecheeeh ayat.




Benda ni bukan baru. Sejak dua tiga tahun sejak aku mula-mula jumpa dioranglah senang cerita. Dulu, sangat susah nak nampak dia bergaul dengan lelaki. Bercakap-cakap, beramah mesra memang tidak ada dalam senarai perangai dia. Aku respect gila dia sebab dia sangat pelihara diri dia seolah-olah diri dia tu berlian yang paling mahal dalam dunia ni yang tak ada siapa pun mampu miliki over tak ayat aku? Okeh tapi sekarang...




Tak tahulah nak cakap macam mana. Lelaki ni datang dia melayan. Lelaki yang pulak ni datang dia melayan. Kawan lelaki kepada laki kawan dia pun dia melayan. Kawan lelaki kepada kawan dia pun dia melayan jugak sampai terdetik dalam hati aku ‘kenapa kau berubah macam ni?’. ‘Kenapalah kau murah begini?’ Selantang-lantang aku, segedik-gedik dan over react aku ni, tak adalah pulak sampai sanggup merendahkan harga diri. Apa kau fikir tak ada orang nak kat aku ke? Eh, aku tengah mengumpat pasal kaulah bukan mengumpat pasal diri aku. Itu nanti aku cerita kemudian.




So the point is, aku sedih yang teramat sedih sekarang. Sebab aku tengok kawan aku ni macam ketagih sangat perhatian dan kata-kata manis daripada lelaki. Macam mana nak tolong ek? Aku menangis setiap kali memikirkan hanyutnya perasaan dia ni. Belajar entah macam mana. Tiap-tiap malam online chatting dan komen sepanjang-panjangnya cakap benda-benda yang langsung tak berfaedah. Ber ‘abang-sayang’ dengan lelaki yang tak pernah jumpa, yang tak kenal hati budi, secara terbuka pulak tu yelah kat facebook semua orang boleh baca kan, padahal apa ikatan halal yang dia ada dengan lelaki tu? Bukan bercakap sebab aku cemburu atau apa. Tapi aku kesian dan sedih. Sebab begitu rendah dia letakkan harga diri dia. Dia seolah-olah jadi perempuan yang begitu mudah diperdaya dan digulakan dengan kata-kata manis.




Berubahlah sayang. Aku dah tak sanggup lagi nak tengok kau terus berperangai begini. Kalau kau baca entry ni, aku harap kau terasa. Dan kalau kau terasa, aku harap kau berubahlah. Aku menulis dan mengata pasal kau ni sebab aku TERLALU SAYANG pada kau. Aku tak mahu kau terus berperangai macam ni. Buruk tahu tak? Buruk ya amat. Aku tak nak kau tunjukkan betapa lemahnya kau menjaga maruah dan harga diri kau. Dan yang paling utama, aku tak nak kau terus hanyut dengan khayalan dunia ini yang kau rasa indah tapi azab kat akhirat nanti. Peliharalah diri kau tu sayang sebelum kau betul-betul datang insan yang selayaknya. Lepas tu kau tulis ayat geli-geleman apa pun dekat facebook tu lantak kaulah aku dah tak nak peduli hal rumah tangga kau lagi masa tu.




Sebab kau berdua dah halal kaaaaan. So, itu jelah. Sekian...





p/s: ya, aku memang suka mengumpat. tapi kau tak rasa ke mengumpat aku itu untuk kebaikan?


Saturday, April 23, 2011

fEaR 4 FiNaL? ManA FeAr? MaNa? MaNa?



Assalamualaikum wbt. Hi and hi and hi everyone.



Seriously, I don’t get any exam fever YET.  You got it already? Okei, mari kongsi bersama-sama saya sekarang sebab saya tak pernah rasa study week yang teruk begini. TAK PERNAH! Sampai kena maki hamun diri sendiri depan cermin cakap OCHA-BELAJARLAH-KAU-NAK-MATI-KE-BERPERANGAI-BEGINI-HA? Kan sangat teruk dan kritikal punya perangai tu haish auzubillahiminasyaitonirrojim mainlah kau jauh-jauh setan mainlah jauh-jauh pliss pliss den nak fokus ni!




Tapi biasalah, bukan semudah itu ye tuan-tuan dan puan-puan. Main hembus-hembus tiup-tiup malas pon hilang taaaaak. Mana adaaaa. Sebab biasalahkan bila buat benda baik dan berfaedah dan bermanfaat untuk dunia dan akhirat je mesti syaiton itu anti dengan saya rasa macam nak bermusuhan 18 ratus keturunan padahal memang pun kan so actually nak cakap apa tadi? Oh ye memang susah nak lawan syaiton ni sebab mereka memang musuh tradisi turun temurun kita. Maka tabahkan hati kalau mahu berjaya hooo yeah!




Dan bersempena dengan itu, jangan malas-malas ye kawan. Selamat berperang dan bertempur di medan peperiksaan. Selamat maju jaya. Semoga semua yang dipelajari sepanjang semester ini tidak sia-sia. Waaaah, macam hape ntah ayat aku kali ni. Tak apa masih bahasa Melayu kau orang tak faham kopipes saja masuk dalam google translate tengok apa jadi. Oleh itu, sekian wabillahitaufikwalhidayah. Assalamualaikum... Bye, I love you...!!!




Seriously kalaulah aku macam makcik ni sampai tak pergi sekolah sebab terlampau pandai gila haish apa mengeluh pulak ni. Ehem, tetibe rasa macam nak tengok baby and i balik. Haaai, sabar jela perangai...




SO TAK PAYAH SUSAH-SUSAH,
I DAH GOOGLE TRANSLATE KAN UNTUK U ALLZ. 
BACELAAAH YEEEEE,
ENTAH MACAM HAPA PUNYE TRANSLATION NTAH NI.
:P



Assalamualaikum wbt. Hi and hi and hi everyone. 

Seriously, I do not get any exam fever yet. You got it already? Okei, let's partner together with me now because I never feel this terrible week study. NOT EVER! As to be self-abusive insults the mirror told OCHA-learn-YOU-WANT-TO-DIE-behavior-HA-Here? Kan has a very severe and critical behavior haish tu auzubillahiminasyaitonirrojim Play the devil are you far away far away Play Pliss Pliss den want to focus on this! 



But the usual, not as easy as that ye lords and gentlemen. Run-blow blow blow blow-pound loss taaaaak lazy. Any adaaaa. Because biasalahkan when do things better and worthwhile and beneficial to the world and the hereafter must syaiton the anti je me feel like a hostile 18 hundred descendants even though it powered right so you want to say anything now? Oh ye really difficult opponent syaiton want this because they are enemies of our traditions from generation to generation. And you're to succeed tabahkan hooo yeah! 



And in conjunction with it, do not be lazy, lazy ye friends. Welcome to war and fight on the field examination. All the best. Hopefully all learned during the semester is not in vain. Waaaah, like cellphones ntah sentence me this time. Malay language is not what you people do not understand kopipes just go in google translate what you see so.Therefore, such wabillahitaufikwalhidayah. Assalamualaikum ... Bye, I love you ...!!! 





Kalau dah beginilah ghopenye, tang mana nak tengok tibi, tang mana nak online, tang mana nak selak megazine, TANG MANA NAK STUDY? Cer citer cer citer...


Thursday, April 21, 2011

I GoT MaRriEd...!!!


Assalamualaikum eberibodi...



Ini entry malas ye tuan-tuan. Entry yang tak berapa nak sudi tulis sebenarnya. Malas sebab apa tu nanti-nantilah kita gossip bersama dah kata pun malas kan tadi. Aku cuma nak tumpangkan episode 51 we got married yang aku cari-cari selama ini. Mujurlah ejen FBI sudi bersusah-payah untuk saya terima kasih abang FBI nanti I belanja roti nan dekat kayu seksyen 7.




Tapi sebab ini jenama Daily Motion bukan U-Tube yang aku setia menatap setiap hari itu so aku tak tahu macam mana nak mendonlodnye. Maka aku kopi pes saja embed code beliau dan paste dalam entry ini supaya kalau rasa-rasa gatal nak bercinta-cintun nanti bolehlah tiru aksi-aksi di dalamnya tanpa perlu bersusah payah nak google atau cari dengan penuh tekun dan kesabaran sampai terpaksa mintak bantuan ejen FBI macam yang aku cakap tadi.




Inilah videonya. We Got Married yang aku meroyan sangat nak cari hari tu. Pasai aku tak dapat donlod hang jadi hang dok sini elok-elok la noh. Aku bizi tak boleh nak tengok hang laaa ni. Pasai exam final aku dah around da corner. Tak pa, after final aku bukak balik entry ni aku mengadap hang puas-puas noh. Wah, gila aku dah ni cakap dengan video.












Tadi habaq malas tapi merapu sikit punya panjang. Hoih awat keluaq kedah tiba-tiba nih?




You see that. Haaa, tu maknanya badi CUN masih tak hilang lagi. Anyway, tak ada apa nak cakap dah. Sekian, assalamualaikum. Annyeong...


Tuesday, April 19, 2011

dEaR TwiNs, HaPpY biRtHday SaYaNg...


Assalamualaikum, hi everyone...!!!


Okei, saye tahu awak semuwa bizi. Saya pon bizi. Kita semuwa bizi kan kan kaaaaan. Biasalah final dah dekat. Buku, notes, pen, kertas A4 kaler-kaler, nesceffe, dark chocolate dengan mp3 dah jadi teman setia setiap hari. Cadangnya hari ni tak nak online bajet nak fokus, rajin, gigih dan bersungguh-sungguhlah kan, tapi tak tahu kenapa hati beraaaaat sangat nak online jugak.




Sekali bukak blog page, paaap nampak baby kembar saye punye umur dekat tepi belog ni... 




Nampak tu yang dalam circle tu?




Saye zoom sikit lagu ni haaa hooo yeah nampak di situ. Patutlah tergerak sangat sangat sangat nak online hari ni rupa-rupanya baby kembar saya SUDAH DUA TAHUN laaa. Dah besar dah anak mama ni macam comei je umur dah dua tahun pun tapi masih dok dalam egg shell lagi halolololo gewamnye gewamnye gewamnyeee heeee (sengih lebar empatpulohsembilansaat), rasa sewonok sangat bila berperasaan begini haish macamlah ada anak sendiri kan kan kan? 




Eniwei, kepada yang muka ada unsur-unsur blur tak tahu hujung pangkal cerita hari ini, biarlah saya beritahu bahawa daisypath which is yang saya zoom di atas tadi yang anda boleh lihat di page belog saya itu is actually my belog's age. 19 APRIL 2009 tarikh hari wujudnya. Kembar? Sebab memang ada 2 belog pun. Cuma saya ni bias sikit biasalah berat sebelah. Tapi dua-dua pon saya sayang dan belai. Rajin tak rajin je nak update...




Tak sangka dah dua tahun berblogging. Lepas ni potpet-potpet lagi nanti tulis lagi entry macam ni belog saya dah berumur tiga tahun empat tahun lima tahun enam tahun dah boleh masuk kindergarden wah wah wah, tinggi rupanya angan-angan kau ni Ocha. But since saya dah cerita pasal sejarah ber'blogging hari tu, sooo tak payahlah merepek panjang-panjang eh. Seriously, I'm really running out of time. Oooh masa, putarlah kembali putarlah putarlah putarlaaaaah...




Okei laah. That's all for today peps. Maaflah, saya tak rajin macam awak untuk mengadap buku seharian. At least mesti nak ada break time kejap. Nak online lah, nak tengok Chuck Hughes masaklah, nak tengok Alex dalam Hawaii Five-O lah, nak tengok Music Bank lah, nak masak untuk laki aku lagi, nak tengok anak-anak lagi, nak kemas rumah lagi, nak tidur lagi... ^#%@*(#%$!








Harap maaf. Tuan belog terpaksa dikuarantin kerana mengalami masalah sistem emosi yang tidak stabil. Anyway, pandai chipmunks cover kemerapuan itu walaupun tak real kan. Tak pe lah, till we meet again, HAPPY BIRTHDAY DEAR TWINS...!!! Sekian, assalamualaikum...

Monday, April 18, 2011

ByE-bYe KeMbaRa... (sambil buat muka bahagia)


Assalamualaikum, hai guys...


Dah tiga hari dah aku kat rumah. Tapi teruja hari jumaat dengan hari sabtu hari tu macam tak hilang-hilang lagi. Hari jumaat punya teruja sebab masih teringat-ingat filem CUN tu. Teruja hari sabtu pulak sebab teringat itu adalah hari terakhir koko KEMBARA rasa macam tak percaya pulak dah meninggalkan arena ko-kurikulum dengan jayanya seriyes ni rasa macam dah grad tunggu masa je nak konvokesyen. Melampau tak  weh menyimpan perasaan begitu?





Gambar dinner koko yang lalu. Anggap sajalah ini gambar graduation sempena lepas ni DAH TAK ADA KOKO LAGI DAH. Yeay yeay yeay. (tulis sambil melompat-lompat). Kan dah nampak kegembiraan pada wajah-wajah itu. Itu saya, Ann, Marina dan Za. Best KEMBARA MATE EVER!




Tapi sebelum tu, mintak maaflah ye komander kalau tiba-tiba tersinggah dekat belog saya ni. Mintak tabahkan hati mendengar sedikit sumpah seranah sebab agak konfiden lepas ni takkan kutatap batang hidung muka kau lagi semuwanya. Kau berpanas hujanlah sendiri dekat padang kawad itu setiap hari sabtu jangan ditanya ke mana aku pergi bye-bye dan sayonara. Tak dapat aku bayangkan betapa HEAVEN hari sabtu aku lepas ni.




Eh, tapikan dah janji dulu tak mahu buat sesi sumpah seranah dalam belog lagi. Okei lah. Aku sumpah dalam diari saja. Kau orang abaikanlah apa yang aku tulis kat atas tadi. Kebetulan mood masih baik sebab masih dalam dunia 'bunga-bunga-cinta-layu-di-pusara' sebab tengok CUN hari tu, maka kita bermaaf-maafanlah ye para KOMANDER. Saya tahu, saya selalu menyumpah seranah awak selama ini. Bukan apa, sebab awak semua ni bajet bagus sangat. Saya annoying tau. Annoying tang mana tak payah sebutlah. Cukup dah saya buat dosa dok mengumpat awak dalam belog ini selama ini. Sekarang mari kita beramai-ramai jadi insan yang baik dan beriman pulak.




Soo, sebelum menutup tirai Akademi Fantasia Kembara ni, a few more pictures from Dinner Kembara hari tu yang bertemakan BAJU KOTAK-KOTAK, sampai meragau aku cari sponser untuk baju dinner ni. Anyway sayang, as usual, of course korang dah boleh agak siapa penaja utama baju dinner itu.



Yaaaww. Siapa lagi kalau bukan CIK HAAJAR MOHD PUAD. Tak sangka, PINK juga pilihan hatiku. Whateverlah. Hanya satu malam je. Maka lantaklah apa masyarakat nak kata. Tenkiuw Haajar, TENKIUW TENKIUW SO MUCH sebab sudi sponser baju. Kau tahulah tak pernah ada sehelai baji kotak-kotak pun dalam almari aku kan, so, silalah faham betapa aku menghargai jasa dan pengorbanan kau ni. Geli-geleman la pulak rasa.




Sooo, dinner malam itu...




Aku banyak habiskan masa dengan Marina. Budak kecik yang every friday nite pasti akan text aku dan tanya esok ada koko atau tidak even dou dah tahu jawapannya. Dan perangai? Yup, almost seperti aku yang SANGAT RAJIN tidak DATANG KOKO. Harap-harap lepas ni kita dapat berjumpa lagi di lain rancangan okei Marina kau memang best.





Cikgu Tun Erman. Satu-satunya cikgu yang datang malam tu. Cikgu Asri dan Cikgu Azizi, saya ucapkan terima kasih dari jauh sajalah. Tiada gambar kenang-kenangan bersama. Tapi saya tetap sayang cikgu-cikgu semua lebih daripada saya sayang komander-komando-komodo semuwa. Pssst, jangan lupa bagi saya A tau cikgu tau tau.




Last but not least, just to share HER HAPPINESS together. Sebab aku tahu kau pun seronok pada hari last koko kau hari tu kan Fay kan. Maka here you go. Inilah Fay, ex-rumet saya tapi every sem tak pernah miss singgah ke bilik means? Yaa, ada relationship yang baik di situ. Seronok kan Fay dah habis koko. Yeay yeay yeay. (Lompat tinggi lagi. Lompat. Lompat.)




Itu saja entry hari ini. Sekian. Assalamualaikum.






(Lompat lagi. Lompat. Lompat. Lompat. Lompat. Lompaaaaat...!!!)

Saturday, April 16, 2011

CuuuunnN SaNgaT...!!!


Assalamualaikum,



Semalam keluar tengok CUN dekat Bukit Raja. Saje mengada. Orang suruh study malas. Orang ajak tengok wayang laju pulak. Memang stok nak kena tamparan wanita punya orang. Marah kezen saye yang gatal sangat dengan Remy Ishak tu okei.




Tak tak, jangan marah dia. Terima kasih dekat dia sebab beriya nak tengok cerita ni kalau tak memang rasa rugi tak tengok cerita ni seriyes. (Walaupun hari raya nanti probably nak muncul kat tv tu KONFIRM ADA!) Tak apalah. Pergi hari jumaat tiket sebelashengget pun berbaloi sebab cerita best dan memang CUN! So siapa yang tak pergi tengok lagi silalah tengok sebab kalau korang fikir cerita ni sama macam cerita melayu lain, errmmmm, you better think twice. Tak ada salahnya support filem sendiri. Tak faham betul kenapa tak sampai separuh orang penuh dalam panggung wayang semalam. Tak balik sembayang jumaat lagi kot time tuu. Positif positif.




Eh, producer tak bayar aku untuk promote filem ni okei. Cuma aku suke sangat tengok Remy Ishak cakap Kedah dalam cerita ni. Walaupun perangai dia panas baran dari awal cerita sampailah habes cerita, tapi suwit doe. Terus rasa macam nak cari mana-mana mamat kampung yang taff pastu terus masuk meminang macam yang Luna buat at the end of the cerita. But, tak sesuwit Atan keluarkan duri ikan keli dari jari Luna tu and time dia propose Luna atas kerbau tu... alahaaaai, lomah lutut akak dek.




Part lawak pulak memang seriyes lawak dan kalau part sedih tu pulak memang seriyes sedih. Aku tak tahulah kot emosi aku ni hiperbola ke semalam tapi kalau korang tak percaya, cuba try test tengok trailer dia dulu...








And Remy Ishak berduet dengan Maya tau nyanyi soundtrack filem ni. Ya Allah, seriyes sepupu aku hafal lagu ni kau tahu. Dalam kereta semalam balik-balik nyanyi part Remy Ishak cakap "kau buat aku senyum ke telinga". Haaa, itu ajelah yang dia asyik sebut. Aku rasa macam nak paaang pun ada.




Okei, ini lagu mereka kalau kau rasa macam sudi nak dengarlah. Tajuk dia CUN SELALU...








Eniwei, lupa nak cakap. Ini hapdet live dari rumah wan dengan atok dekat Rembau. The point nak cakap is, AKU DAH BALIK NEGERI 9...!!! Apa perasaan anda setelah kembali ke kampung halaman? Nanti I hapdet lain kali dan cerita dengan sepenuh hati. Daaaan, I terbau sesuatu dari dapur. Wan baru lepas masak lauk kari ayam Ya Allah sepupu aku main kejar-kejar atas serambi ni bergegar la sengal! Okei aku nak blah. Tak panjang umur laptop aku kalau begini.




Oooh, gambar tu. First time makan Mee Goreng Mamak dekat Pak Li semalam. Ye. FIRST TIME. So, nak promote jugak. Lain kali kalau pergi, sila order ye tuan-tuan. Sebab sodap. Ok bye!


Friday, April 15, 2011

KaLaU cEriTa paSaL MaKaaaaaaN, Haaa, MaCaM niLaH...


Assalamualaikum wbt.


Mood sedikit sedih sebab hari ni hari last untuk kelas semester 3 di UiTM. (Macam tak ada sem 4, 5, 6 pulak). Tapi sedih bukan sebab nak berpisah dengan kawan-kawan atau lecturer ke tapi sebab markah assignment group saye macam S.E.N.G.A.L itu saja sekian terima kasih. Alaaaa, satu subjek ni je yang lain ok. (ayat nak sedapkan hati sendiri)




Apa-apa pun tak mahulah terus menulis dengan mood begini. Jadi mari kita sama-sama switch on mood gembira dan eksaited semua orang macam gedik tak cakap macam ni? Makanya, sebab rasa macam dah lama gila tak tulis ala-ala Maria Tunku Sabri maka rasa teruja hari ni seperti turun mencurah-curah apatah lagi mengenangkan besok tiada lagi aku nak menatap si kenanga itu wah wah wah heavennya rasa hidup di Melati tanpa perlu ke mana-mana untuk berhadapan dengan masyarakat. 




Tapi sebelum tu kena cakap terima kasih kepada tuan tanah kedaun Hyundai i10 kaler putih nombor plat WUX nombor dia korang cari sendiri okei actually motifnye apa tadi? Oh, nak cakap terima kasih sebab bawak saya ke lokasi pengambaran JJCM semalam hai cakap direct macam ni kan senang ni saje nak potpet panjang lebar buat ape? So lokasinya Secret Recipe ye tuan-tuan sekalian Secret Recipe. Dan benda yang rasa eksaited sangat nak introduce ini haa...




Kek durian Secret Recipe. Nama dia DURIAN DURIAN. Macam pelik lah nama kau ni Encik Kek. Apasal ntah sampai nak kena letak dua kali haish. Tapi aku suka kek ini sebab dia sedap rasa Durian. Ye, memang sengal aku cakap macam ni habis kalau tak rasa durian nak rasa apa pulak yennaday.




Namun begitu, anda memang harus cuba kek ini. Tapi kalau ada boyfriend nama dia Jhonny Depp macam aku ni jangan kau suruh dia makan pulak nanti kang tak pasal-pasal kena cerai ok bye.




Seterusnya aku nak suruh jugak korang try air kat atas tu. Air yang paling dekat dengan kamera itu bermakna itu air aku. Nama dia epel celery. Rasa dia rasa epel campur celery. Celery tu macam daun sup la kalau kau orang rasa-rasa macam nak google menatang apa itu celery kan? Maka aku bagitau siap-siap air ni rasa epal yang diblender dengan daun sup. Aku minum sempoi je. Tapi makcik gosisp dua orang itu saja mengada konon tak boleh terima tekak vegetarian I ni gee gee gee. Apalah u allz...




Tapi lain-lain menu tak ada masalah. Dengan segala hormatnya dipersilakan order.




Oooh by the way cakap pasal makcik-makcik gossip tadi aku dah mention belum nama mereka? Belom eh? Tak kenal lagi eh siapa yang menjoin aku makan semalam? Aaai goo macam mana boley lupa ni. Mintak maaflah ye teruja eksaited yang terlampau macam selama 21 tahun hidup ini pertama kali pergi Secret Recipi Ya Allah gayatnye aku gayatnye akuuu!




Ini Mrs. Dz. Boleh panggil dia Mr. Dz. Muka dia tak tahu kenapa jadi macam ni barangkali sebab ketidak stabilan emosi akibat bulan mengambang. Kalau tak tahu apa itu bulan mengambang ia adalah bulan yang berbentuk bulat dan penuh yang boleh dilihat pada waktu malam. Kalau waktu siang itu bukan bulan mengambang tapi bola sepak melayang depan muka kau boom lebam. Ok maaf sebab merapu.




Untuk menu Mrs. Dz ini I suggest pada yang bukan mulut stok boleh sumbat cili tapi muka rileks supaya jangan makan. Faham tak ayat tadi? Okei simple past tense. Siapa tak kuat pedas jangan order kari hijau ini banyak benda lain yang kau boleh makan tak payah nak tunjuk hebat sangat telan cili padi kang melanga je tengok orang makan dengan penuh kebahagiaan sekian ok faham kan?





Baiklah kita teruskan lagi dengan pencalonan kedua iaitu tuan tanah kedaun empunya i10 kaler putih tadi boleh mengorat beliau single lagi. Nama dia Mrs..... sila isi tempat kosong kan aku dah kata dia single. Yang tadi pon single jugak tapi not available sebab tu tak boleh letak status. 




Baiklah kita teruskan pada menu yang diminta. Grilled chicken hape ntah yang ajaa selalu order tu. Tapi selalu order pun sampai sekarang aku tak pernah makan sebab dah tahu dia punya rasa maka tak yakin untuk order untuk diri sendiri ayat apa ni hoih? Maksud aku dah tahu rasa dia macam mana so malas la nak order lagi faham tak faham tak apa yang aku cuba sampaikan di sini?




Seterusnya haaa tu la makhluk yang mengidam macam pernah dapat morning sickness 2 bulan yang lalu menggedik nak macaroni cheese sangat nah ambek kau ambek. Once again arigatou cik ani. Ini bukan mengidam 2 bulan tapi dua minggu je. Encik Doktor baru sahkan minggu lepas, tu yang tak tergamak nak ajak sebab last week semua orang pun hectic and this week nak tak nak kau orang kena keluar jugak sebab aku takut badi makaroni ini membawa sampai ke final exam nanti  tak sempat nak tertunai kang masing-masing menyesal sampailah empat bulan kemudian bertalu-talu mesej masuk ajak turun Melaka ajak turun Seremban ajak turun KL siapa nak ajak turun Venezuela pulak?




Tak tahulah malas nak layan dah. So sekarang letak gambar sekali lagi sebab yang atas tadi sangat silau disuluh cahaya keimanan. Nak salahkan siapa ni? Lampu Secret Recipe yang tak komersial atau salah pilih port atau memang muka aku tak berseri sebab belum bergelar raja sehari? Okei tolonglah masuk meminang sekarang supaya muka aku berseri-seri nak jadi raja sehari-harian.




Yang ini muka tak senonoh lagi kau tengok. Aku dah cakap orang kalau tengah bulan mengambang memang begini. Mintak maaflah Mrs Dz memang ini saja gambar yang paling senonoh yang ada dalam 'dslr' aku tu. Kang kalau tak letak kau sisihkan aku dari hidup kau pulak. Lucut jawatan bff aku haa mana kau nak cari pengganti macam aku ni? (ayat sangat geli tahap gaban). Ajaa sila jangan meroyan.




So I guess this is our last JJCM FOR THIS SEMESTER kot. Since everyone pun dah nampak tengah asah tombak lembing keris pedang siap-siap dah nak pergi berperang kenapa kau pelik eh aku tulis senjata Mat Kilau? Yelah, kau orang nak pakai bom ke nuklear ke pistol ke peluru berpandu ke gasak kau oranglah. Yang pastinya aku belum start apa-apa lagi sebab nak tunggu koko ari sabtu ni finish roger and out. Aku tak tahu macam mana perasaan merdeka time tu pulak nanti. Ooooh, hari sabtu bakal jadi hari yang bahagia lepas ni. Bye-bye komander. And bye-bye korang. Entry dah tamat dah. Kalau rasa-rasa entry ni tak best, boleh la 'unlike' kat bawah. 




Aku cuma nak cakap, sekian. Assalamualaikum.
(naseb baiklah hani pergi toilet kejap semalam kalau tak mana ada lepak depan guess lama-lama macam ni huargh seratos kali ok bye!)




p/s: part pintu automatik sacc is the best. boleh bahan hani selalu lepas ni yes yes yes (nada ceria).

Tuesday, April 12, 2011

We GoT MaRriEd


Assalamualaikum wbt



Aku  rasa tak bolehlah nak membebel dengan penuh perasaan pasal We Got Married ni pasal bukan semuwa orang tahu pasal program ni sangat. (Aku terjebak pun sebab ajaa yang perkenalkan show ni kat aku maka sila salahkan dia). Okei okei tak baik salah-menyalahkan sesama manusia. Kalau aku memang tak suka program ni tak ada maknanya aku sampai nak bercakap kat sini means aku betul-betul sukalah ni. (ayat pening).




Eniwei, kalau kau worang masih ingat pasal cerita Yabuki Hayato atau Yamapi atau Aaaron Aziz yang aku pernah ter'eksaited' tulis suatu ketika dahulu maka kau orang akan tahu bahawa aku kalau dah suka memang aku akan gila-gila punya suka. Muka ni memang tak pandai hipokrit okei. (geli). So, semenjak tonton we got married versi Yong Hwa dengan Seo Hyun ni aku pun mula merasakan betawa suwit dan syumel dan indahnya percintaan mereka ini. Mungkin sebab depa suma ni dah memang syumel maka buat apa-apa pun syumel lah. Atau mungkin sebab program ni pasal kawen-kawen. Haaa, tu hormon gatal dah nampak. Dah nampak dah tu. Uish, dasar Koreaaaaa...




Told ya, it was We Got Married versi YongSeo (combination of their 1st name) padahal sebenarnya banyak lagi versi couple yang lain macam Crown J & Seo In Young, Kim Hyun Juung & Hwangbo, Nichkhun &Victoria waaah banyak cantik nak tulis semua dah dah pi google sendiri. Namun begitu yang aku pernah tengok hanyalah Kim Hyun Juung dengan bini dia Hwang Bo tu sahaja. Dan the latest ni yang Yong Hwa dengan bini dia Seo Hyun.




TAPI MASALAHNYE SEKARANG!!!




Oooh, lupa nak perkenalkan. Itu Seo Hyun. The wife.




And the husband. Yong Hwa.




Nickname diorang ni ialah 'GOGUMA COUPLE'. Goguma tu maksudnya ubi keledek. Tak tahu macam mana rupa ubi keledek kau usya sikit dalam bakul basikal tu. Haaa itulah dia namanya ubi al-keledek.



Okeh. Dan sambung balik 



TAPI MASALAHNYA SEKARANG!!!




Perkahwinan diorang ni dah lama habis tapi sampai sekarang aku tak dapat-dapat tengok ending dia yang episod 51 part 2 tu. Apahal ntah youtube ni remove video tu agak-agaklah orang tengah syok-syok layan tibe-tibe dia buat lagu ni nak kena bako ke hapa? Geram pulak aku haisyh...




Maka kepada sesiapa yang ada episode last part yang dia peluk-peluk bagi bunga and teddy bear besar gedabak sambil naik kereta merah tu Ya Allah tolonglah bagitau aku. Ni memang tahap boleh mati kalau tak tengok episod akhir tu kau faham tak perasaan aku ni faham tak faham tak?




Saje nak letak jugak.
Naseb baik latest album group kau tak buat hal Yong Hwa.




And the latest Run Devil Run Japanese Version for Seo Hyun.



Tak apa. Aku maafkan korang berdua.
Mana episode last mana? Mana? Manaaaaa?
(Kata dah maaf. Tiba-tiba meroyan balik. Gila)

Monday, April 11, 2011

NiaT bLoGgiNg YaNg tEr-mEnYiMpaNg


Assalamualaikum wbt...



Aku dalam kelas ni. (memang hobi buat lintas langsung dari dalam kelas agaknya sekarang). Ada presentation kat depan actually. My turn was done! Jadi inilah kerjanya. So. Entry ni teridea sebab tadi tiba-tiba mengada bukak entry masa mula-mulaaaaaaa jadi blogger dulu. Nak baca? Kelik sini okei jangan nak berperangai malu-malu sangat dengan aku. Kang aku paaang kang.




Maka bermulalah hikayat merong mahawangsa bagaimana niat asal nak ber'blogging' ni boleh terpesong dari landasan yang luruuuuus.




At first, sumpah tak pernah terlintas nak jadi blogger apatah lagi blogger yang aktif macam sekarang. Even doe followers pun ciput, but I'M SO THANKFUL (muka redho). In fact, tak pernah nak kisah pun sebab the main reason as I stated on my first entry dulu, belog ni diwujudkan sebab nak letak semuwa hasil-hasil dan karya-karya penulisan aku yang terkumpul selama ini. Maka. Bukan niat aku nak cerita semua kisah-kisah harian, atau luahan perasaan atau jalan-jalan cari makan la bagai melainkan cerita-cerita khayalan yang aku simpan dan simpan dan simpan zaman-berzaman.




Lepas tu kalau korang nak tahu, title blog aku ni pernah tukar sebanyak tiga kali. Alaaa, title tu yang headline paling ataaaas sekali tu. Yang aku tulis, "when-my-hand's-talking" tuuu. But title yang mula-mula sekali aku tulis is, "My-Fairy-Tales" because refers to my early intention yang nak letak cerpen-cerpen-cerpen tu kan.  Tapi bila aku sedar yang aku ni bukanlah rajin sangat nak ber'cerpen' memanjang so daripada belog aku ni terbengkalai lebih baik aku share cerita dengan orang (walaupun orang haram nak peduli ye tak).




Mulalah masa tu aku tukar blog title lagi which is "Bila-Jari-Ocha-Menekan-Kekunci" bapaklah panjang kan weh kan. Tapi bapaklah panjang itulah yang palinglah lama akulah guna. Sampailah yang the latest, "When-My-Hands-Talking" ni. Pendek dan tak jauh maksud dengan title yang sebelumnya. Jadi kesimpulannya, aku sukeeewlah tersangat-sangat.




About the background. Aku tak berapa nak ingatlah pulak. Tapi yang ni seriyes berpuluh kali jugak aku tukar-tukar setting. Cuma ada satu time tu, aku tukar background kaler biru bunga-bunga cinta macam geli pulak aku tengok tapi sebab nak buat perubahan punya pasal aku biar jela. Tapi bila Cik Hani Afiqah dah bagi komen, haaa, maka secara automatiknye inilah yang paling bertahan dan lepas tu aku terus tulis entry ni.




Of course lah suke kalau tak takkan jadi almost dua tahun blogging pakai background begini. Pasal background, aku malas dah nak fikir-fikir lagi dah. Cuma mungkin aku upgrade kan dengan feature-features kat tepi tu macam gambar-gambar besfwen, ikan-ikan tu, rama-rama tu, clock, calender, live traffic and blah blah blah kau orang tengoklah sendiri.




Dan kalau bercerita pun balik-balik asyik potpet pasal makaaaaan je. And this is my first entry of jalan-jalan cari makan dengan geng jalan-jalan cari makan kalau you all sudi nak bacalah. Muka zaman dulu-dulu innocent sungguh masing-masing. Tapi sekarang Masya-Allah, Subhanallah, Astaghfirullah... Tak tergamak nak cakap.




Mana muka innocent? Mana-mana? 
Dah macam kaum-kaum ibu dah aku tengok ni.


Saturday, April 9, 2011

AmaRaN ALLaH Di DaLaM mULuT baYi


Assalamualaikum wbt...


Ini entry kopipes saja. Tapi sebagai memenuhi tuntutan seorang Muslim, maka sebar-sebarkanlah kepada yang berkenaan. Kopipes pun kopipes la ye. Don't worry. Kredit ada di hujung artikel. Harap menjadi pedoman dan iktibar kita di dunia menjelang akhir zaman ini.




AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI
AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI....
- please read!!!.. TRUE STORY




Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.




Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"




Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa
Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang
ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...




Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat....................




Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian




Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..




Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)




"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)




"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)



p/s: sumber dipetik daripada facebook helizahelmi. Thanks for sharing with me =) (macam pantun 2 kerat pulak bunyi)

Friday, April 8, 2011

Dia BuKaN OraNg YaNg SaLaH uNTuK kiTa


Assalamualaikum wbt semuwaaaa!!!
(mood teruja)



Hari ni nak cakap pasal public relationship. Nak jadi pakar perunding perhubungan sekejap. Sekejap eh. Sekejaaaaap je. Perasan tak, we always think that ‘he or she is not the one for us’ ehem, sekejap ye. Sebelum tu saya nak cakap yang ayat tu bukan in term of couple SEMATA-MATA. Sebab Tuhan ada rencanaNya yang tersendiri kenapa dia pertemukan kita dengan ‘orang itu’. Aku selalu terlintas dalam kepala batu ini,



“Kelasmet aku tak boleh nak buat geng lah”


“Roommate aku tak rock doe.”


“Boyfriend aku bosan aaah.”




Eh jap. Bila masa aku ada boyfriend ntah. Okei sila abaikan. Bukan tu saja. In fact dengan adik-beradik dan ‘adik-beradik’ sendiri pun aku rasa begitu. But then I thought about it. Kenapalah Allah temukan aku dengan makhluk-makhluk begini. Kadang-kadang sakit hati tau. Rasa macam nak hambur sumpah seranah NYAH-KAU-DARI-HIDUP-AKU-NYAH. Haaa, sampai dah bertukar jadi nyah dah entah bila masa aku pun tak tahu.




Sampailah ada satu hari tu aku terjumpa ayat ni. Sentap sekejap. Rasa macam sebijik kena dekat batang hidung.




يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]






Ya tuan-tuan dan puan-puan. Tuhan sedang tunjukkan bahawa Dia mahu aku mengenali orang-orang itu dengan lebih lagi. Tak payah tengok jauh-jauh. I do admit that adik sendiri pun aku tak kenal sedalam-dalamnya. Si tomato tu especially. But thanks God my mom was a full time house wife. Kalau mak aku tu wanita bekerjaya (waaaah, bekerjaya ngko) haaa macam mana? Aku rasa relationship kitorang harus jadi macam anak murid dengan guru besar agaknya. Okeh. Dah nampak satu hikmah di situ.




And back to things I told earlier. Kadang-kadang I really do want to get rid of them. ‘Them’, orang aku rasa tak ngam langsung dengan aku tuuu. Macam klasmet, roommate, housemate, soul mate, aaah sudah dia merepek lagi. Whatever lah. Sebab I prefer to live alone. Menyusahkan je diorang ni. Penat nak melayan. Yang sorang asyik nak emo, yang sorang asyik nak ikut kepala sendiri, yang sorang asyik nak attention, yang sorang nak itu yang sorang nak ini, wa boleh masuk kubur lu tau ka?




Tapi TUHAN ITU ADIL. Rencana yang Dia aturkan tidak pernah silap. Kita yang silap kalau fikir ‘he or she is not the one for us’. Sedangkan banyak yang Dia mahu tunjukkan dekat kita. Yang tak ngam itulah seharusnya di ngamkan. Caranya? Terima orang itu seadanya bak kata orang putih NOBODY IS PERFECT bak kata orang melayu pulak TIADA SIAPA YANG SEMPURNA. Kan kan kan kan kan. (ulang lagi lima belas kali.)




Aku mulai sedar, bila Tuhan seakan bagi warning pada aku. Aku tahu, setiap inci setiap detik setiap saat dalam hidup aku ni adalah aturan-Nya. Jadi aku tak boleh cakap AKU JUMPA ORANG YANG SALAH. Ada yang tak serasi, aku harus cari titik serasi itu. Ada yang tak faham, aku harus cuba memahami. Ada yang salah, aku harus perbetulkan. Ada yang sakit, aku harus ubati. Nak bina sesuatu hubungan tu bukan mudah. Apatah lagi nak menjaga. Hingga kadang-kadang aku rasa macam HOI-HOI-KAU-NI-KAWAN-KE-MUSUH-NI? APASAL-TAK-JAGA-HATI-AKU? KAU-FIKIR-AKU-JE-NAK-JAGA-HATI-KAU?




Yes, benda tu yang oweys keep running in mayyed. Tuhan sekali lagi adil. Aku terfikir sesuatu. Bahawa bukankah musuh itu sangat meng’annoying ’kan? Bukankah musuh itu akan reveal semua kelemahan kita? Dan bukankah musuh itu hanya nampak salah kita? Maka bukankah itu bagus untuk kita perbetulkan diri sendiri? Perbaiki kelemahan kita?




Hey. Semakin banyak kita kumpul kelemahan orang, semakin jauh hati kita dengan orang tu. Don’t do that okay. Tiada siapa yang sempurna melainkan Allah. Memang perselisihan selalu terjadi. Memang bergaduh, salah faham, merajuk, nak emo, semua tu biasa. Tapi try to ignore it sayang. Bukankah kita lebih banyak simpan kenangan manis daripada benda remeh-temeh macam kuman ni?




Those spastic and retarded faces, I love it damn much!








That's what I love about them.
Love love love!




But my MOST favorite retarded pose...



Sumpah aku tengah menaip sambil gelak macam orang sawan.



Sekian. Assalamualaikum...:D
(berlalu dengan wajah bahagia)




p/s: Harap kekal hingga ke anak cucu.

the history

Followers