Hari raya was absolutely awesome. Nak cerita dari hari raya pertama. Of course balik kampung ayah dekat Rembau. Saudara mara yang datang tahun ni gila ramai. Ini bukan saudara mara yang sedarah sedaging yang tido setilam sebantal seselimut dengan ayah tapi hat yang jauh-jauh tu. Yang jumpa setahun sekali. Yang kadang-kadang kalau jumpa kat pasar malam boleh buat muka eh-aku-macam-familiar-la-dengan-muka-kau-ni haa, itulah dia. Yelah boleh jadi semua pak-pak sedara dah sambut menantu. Raya bawak menantu sekali la. Mungkin kakak-kakak sedara dah dapat title mommy. Raya bawak baby sekali la.
Riuh series tak hengat. Aku and sepupu and the gang sampai terpaksa bawak diri duduk bawah pokok rambutan sibukkan diri main mercun sebab semua penjuru rumah atok dah penuh dari atas serambi bawak ke ruang tamu bawak ke dapur pergh, ini raya ke kenduri ni? Malam raya lagi best. Pak-pak sedara berganding bahu dengan sepupu maskulin semua dok semelih ayam lima enam tujuh lapan ekoq buat barbeku. Series heaven balik kampung raya tahun ni. Heaven menggemukkan badan dengan gigih.
Raya kedua dekat rumah nenek belah emak dekat palong 3. Tak ramai adik-beradik mak yang balik tapi seronok sebab adik beradik atok konvoi raya tiga empat lima buah kereta yang saiz ala-ala avanza punya kereta, jadi logiklah kalau I nak tergolek terlentang lepas main masak-masak semua kan? Hee. Raya seterus seterus dan seterusnya di rumah sahaja. Menerima kunjungan tetamu. Takkan nak list semua tetamu yang datang kot agak-agak la kaaan.
Tapi aish, rasa bengkek pulak semenjak makin tua ni kan, makin nipis dah duit raya. Haram jadah betul. Ada tu pak ngah siap boleh lagi cakap ‘Tahun ni siapa yang form five ke bawah je dapat duit raya’. Aicheh pak ngah ni, tahun lepas dapat je duit raya. Jangan nak bagi I rasa tua sangatlah pak ngah. Tarik misai tu kang.
Teringat raya ke-enam. Gathering rumah Encik Mastermind. Since semua dah pakat nak konvoi raya. Owh yang ini memang boleh buat satu karangan kalau cikgu suruh time sekolah dulu sebab lepas cuti lama, bukak sekolah je cikgu akan suruh tulis karangan tentang 'CUTI SAYA'. Haa, ni cikgu suruh la ni. Siap ada gambar lagi. Tapi faham-faham la itu hak cipta terpelihara wokeh! Jangan curik. Alif lam lam ha..



Nak bagi lengkap seminggu berhari raya macam lagu senario tu, mak kasi chan satu hari lagi keluar jalan sakan bawak adik jalan-jalan keluar tengok movie and main boling and shopping apa yang kau nak la. Aku macam berat hati since badan masih penat dan lenguh dan sengal dalam erti kata sebenar tapi sebab dah janji dengan adik-adik jadi harus dikotakan. Baik tak aku sebagai seorang kakak? Hee. Iyee, itu annoying punye soalan. Lepas tu dah tak ada jalan mana-mana dah. Sekian terima kasih. Tamat la cerita pasal hari raya. Jumpa lagi raya tahun depan! Chiou OoOoOo...
p/s: Panjangkan post aku kali nih...huweeee...~


