Friday, April 15, 2011

KaLaU cEriTa paSaL MaKaaaaaaN, Haaa, MaCaM niLaH...


Assalamualaikum wbt.


Mood sedikit sedih sebab hari ni hari last untuk kelas semester 3 di UiTM. (Macam tak ada sem 4, 5, 6 pulak). Tapi sedih bukan sebab nak berpisah dengan kawan-kawan atau lecturer ke tapi sebab markah assignment group saye macam S.E.N.G.A.L itu saja sekian terima kasih. Alaaaa, satu subjek ni je yang lain ok. (ayat nak sedapkan hati sendiri)




Apa-apa pun tak mahulah terus menulis dengan mood begini. Jadi mari kita sama-sama switch on mood gembira dan eksaited semua orang macam gedik tak cakap macam ni? Makanya, sebab rasa macam dah lama gila tak tulis ala-ala Maria Tunku Sabri maka rasa teruja hari ni seperti turun mencurah-curah apatah lagi mengenangkan besok tiada lagi aku nak menatap si kenanga itu wah wah wah heavennya rasa hidup di Melati tanpa perlu ke mana-mana untuk berhadapan dengan masyarakat. 




Tapi sebelum tu kena cakap terima kasih kepada tuan tanah kedaun Hyundai i10 kaler putih nombor plat WUX nombor dia korang cari sendiri okei actually motifnye apa tadi? Oh, nak cakap terima kasih sebab bawak saya ke lokasi pengambaran JJCM semalam hai cakap direct macam ni kan senang ni saje nak potpet panjang lebar buat ape? So lokasinya Secret Recipe ye tuan-tuan sekalian Secret Recipe. Dan benda yang rasa eksaited sangat nak introduce ini haa...




Kek durian Secret Recipe. Nama dia DURIAN DURIAN. Macam pelik lah nama kau ni Encik Kek. Apasal ntah sampai nak kena letak dua kali haish. Tapi aku suka kek ini sebab dia sedap rasa Durian. Ye, memang sengal aku cakap macam ni habis kalau tak rasa durian nak rasa apa pulak yennaday.




Namun begitu, anda memang harus cuba kek ini. Tapi kalau ada boyfriend nama dia Jhonny Depp macam aku ni jangan kau suruh dia makan pulak nanti kang tak pasal-pasal kena cerai ok bye.




Seterusnya aku nak suruh jugak korang try air kat atas tu. Air yang paling dekat dengan kamera itu bermakna itu air aku. Nama dia epel celery. Rasa dia rasa epel campur celery. Celery tu macam daun sup la kalau kau orang rasa-rasa macam nak google menatang apa itu celery kan? Maka aku bagitau siap-siap air ni rasa epal yang diblender dengan daun sup. Aku minum sempoi je. Tapi makcik gosisp dua orang itu saja mengada konon tak boleh terima tekak vegetarian I ni gee gee gee. Apalah u allz...




Tapi lain-lain menu tak ada masalah. Dengan segala hormatnya dipersilakan order.




Oooh by the way cakap pasal makcik-makcik gossip tadi aku dah mention belum nama mereka? Belom eh? Tak kenal lagi eh siapa yang menjoin aku makan semalam? Aaai goo macam mana boley lupa ni. Mintak maaflah ye teruja eksaited yang terlampau macam selama 21 tahun hidup ini pertama kali pergi Secret Recipi Ya Allah gayatnye aku gayatnye akuuu!




Ini Mrs. Dz. Boleh panggil dia Mr. Dz. Muka dia tak tahu kenapa jadi macam ni barangkali sebab ketidak stabilan emosi akibat bulan mengambang. Kalau tak tahu apa itu bulan mengambang ia adalah bulan yang berbentuk bulat dan penuh yang boleh dilihat pada waktu malam. Kalau waktu siang itu bukan bulan mengambang tapi bola sepak melayang depan muka kau boom lebam. Ok maaf sebab merapu.




Untuk menu Mrs. Dz ini I suggest pada yang bukan mulut stok boleh sumbat cili tapi muka rileks supaya jangan makan. Faham tak ayat tadi? Okei simple past tense. Siapa tak kuat pedas jangan order kari hijau ini banyak benda lain yang kau boleh makan tak payah nak tunjuk hebat sangat telan cili padi kang melanga je tengok orang makan dengan penuh kebahagiaan sekian ok faham kan?





Baiklah kita teruskan lagi dengan pencalonan kedua iaitu tuan tanah kedaun empunya i10 kaler putih tadi boleh mengorat beliau single lagi. Nama dia Mrs..... sila isi tempat kosong kan aku dah kata dia single. Yang tadi pon single jugak tapi not available sebab tu tak boleh letak status. 




Baiklah kita teruskan pada menu yang diminta. Grilled chicken hape ntah yang ajaa selalu order tu. Tapi selalu order pun sampai sekarang aku tak pernah makan sebab dah tahu dia punya rasa maka tak yakin untuk order untuk diri sendiri ayat apa ni hoih? Maksud aku dah tahu rasa dia macam mana so malas la nak order lagi faham tak faham tak apa yang aku cuba sampaikan di sini?




Seterusnya haaa tu la makhluk yang mengidam macam pernah dapat morning sickness 2 bulan yang lalu menggedik nak macaroni cheese sangat nah ambek kau ambek. Once again arigatou cik ani. Ini bukan mengidam 2 bulan tapi dua minggu je. Encik Doktor baru sahkan minggu lepas, tu yang tak tergamak nak ajak sebab last week semua orang pun hectic and this week nak tak nak kau orang kena keluar jugak sebab aku takut badi makaroni ini membawa sampai ke final exam nanti  tak sempat nak tertunai kang masing-masing menyesal sampailah empat bulan kemudian bertalu-talu mesej masuk ajak turun Melaka ajak turun Seremban ajak turun KL siapa nak ajak turun Venezuela pulak?




Tak tahulah malas nak layan dah. So sekarang letak gambar sekali lagi sebab yang atas tadi sangat silau disuluh cahaya keimanan. Nak salahkan siapa ni? Lampu Secret Recipe yang tak komersial atau salah pilih port atau memang muka aku tak berseri sebab belum bergelar raja sehari? Okei tolonglah masuk meminang sekarang supaya muka aku berseri-seri nak jadi raja sehari-harian.




Yang ini muka tak senonoh lagi kau tengok. Aku dah cakap orang kalau tengah bulan mengambang memang begini. Mintak maaflah Mrs Dz memang ini saja gambar yang paling senonoh yang ada dalam 'dslr' aku tu. Kang kalau tak letak kau sisihkan aku dari hidup kau pulak. Lucut jawatan bff aku haa mana kau nak cari pengganti macam aku ni? (ayat sangat geli tahap gaban). Ajaa sila jangan meroyan.




So I guess this is our last JJCM FOR THIS SEMESTER kot. Since everyone pun dah nampak tengah asah tombak lembing keris pedang siap-siap dah nak pergi berperang kenapa kau pelik eh aku tulis senjata Mat Kilau? Yelah, kau orang nak pakai bom ke nuklear ke pistol ke peluru berpandu ke gasak kau oranglah. Yang pastinya aku belum start apa-apa lagi sebab nak tunggu koko ari sabtu ni finish roger and out. Aku tak tahu macam mana perasaan merdeka time tu pulak nanti. Ooooh, hari sabtu bakal jadi hari yang bahagia lepas ni. Bye-bye komander. And bye-bye korang. Entry dah tamat dah. Kalau rasa-rasa entry ni tak best, boleh la 'unlike' kat bawah. 




Aku cuma nak cakap, sekian. Assalamualaikum.
(naseb baiklah hani pergi toilet kejap semalam kalau tak mana ada lepak depan guess lama-lama macam ni huargh seratos kali ok bye!)




p/s: part pintu automatik sacc is the best. boleh bahan hani selalu lepas ni yes yes yes (nada ceria).

Tuesday, April 12, 2011

We GoT MaRriEd


Assalamualaikum wbt



Aku  rasa tak bolehlah nak membebel dengan penuh perasaan pasal We Got Married ni pasal bukan semuwa orang tahu pasal program ni sangat. (Aku terjebak pun sebab ajaa yang perkenalkan show ni kat aku maka sila salahkan dia). Okei okei tak baik salah-menyalahkan sesama manusia. Kalau aku memang tak suka program ni tak ada maknanya aku sampai nak bercakap kat sini means aku betul-betul sukalah ni. (ayat pening).




Eniwei, kalau kau worang masih ingat pasal cerita Yabuki Hayato atau Yamapi atau Aaaron Aziz yang aku pernah ter'eksaited' tulis suatu ketika dahulu maka kau orang akan tahu bahawa aku kalau dah suka memang aku akan gila-gila punya suka. Muka ni memang tak pandai hipokrit okei. (geli). So, semenjak tonton we got married versi Yong Hwa dengan Seo Hyun ni aku pun mula merasakan betawa suwit dan syumel dan indahnya percintaan mereka ini. Mungkin sebab depa suma ni dah memang syumel maka buat apa-apa pun syumel lah. Atau mungkin sebab program ni pasal kawen-kawen. Haaa, tu hormon gatal dah nampak. Dah nampak dah tu. Uish, dasar Koreaaaaa...




Told ya, it was We Got Married versi YongSeo (combination of their 1st name) padahal sebenarnya banyak lagi versi couple yang lain macam Crown J & Seo In Young, Kim Hyun Juung & Hwangbo, Nichkhun &Victoria waaah banyak cantik nak tulis semua dah dah pi google sendiri. Namun begitu yang aku pernah tengok hanyalah Kim Hyun Juung dengan bini dia Hwang Bo tu sahaja. Dan the latest ni yang Yong Hwa dengan bini dia Seo Hyun.




TAPI MASALAHNYE SEKARANG!!!




Oooh, lupa nak perkenalkan. Itu Seo Hyun. The wife.




And the husband. Yong Hwa.




Nickname diorang ni ialah 'GOGUMA COUPLE'. Goguma tu maksudnya ubi keledek. Tak tahu macam mana rupa ubi keledek kau usya sikit dalam bakul basikal tu. Haaa itulah dia namanya ubi al-keledek.



Okeh. Dan sambung balik 



TAPI MASALAHNYA SEKARANG!!!




Perkahwinan diorang ni dah lama habis tapi sampai sekarang aku tak dapat-dapat tengok ending dia yang episod 51 part 2 tu. Apahal ntah youtube ni remove video tu agak-agaklah orang tengah syok-syok layan tibe-tibe dia buat lagu ni nak kena bako ke hapa? Geram pulak aku haisyh...




Maka kepada sesiapa yang ada episode last part yang dia peluk-peluk bagi bunga and teddy bear besar gedabak sambil naik kereta merah tu Ya Allah tolonglah bagitau aku. Ni memang tahap boleh mati kalau tak tengok episod akhir tu kau faham tak perasaan aku ni faham tak faham tak?




Saje nak letak jugak.
Naseb baik latest album group kau tak buat hal Yong Hwa.




And the latest Run Devil Run Japanese Version for Seo Hyun.



Tak apa. Aku maafkan korang berdua.
Mana episode last mana? Mana? Manaaaaa?
(Kata dah maaf. Tiba-tiba meroyan balik. Gila)

Monday, April 11, 2011

NiaT bLoGgiNg YaNg tEr-mEnYiMpaNg


Assalamualaikum wbt...



Aku dalam kelas ni. (memang hobi buat lintas langsung dari dalam kelas agaknya sekarang). Ada presentation kat depan actually. My turn was done! Jadi inilah kerjanya. So. Entry ni teridea sebab tadi tiba-tiba mengada bukak entry masa mula-mulaaaaaaa jadi blogger dulu. Nak baca? Kelik sini okei jangan nak berperangai malu-malu sangat dengan aku. Kang aku paaang kang.




Maka bermulalah hikayat merong mahawangsa bagaimana niat asal nak ber'blogging' ni boleh terpesong dari landasan yang luruuuuus.




At first, sumpah tak pernah terlintas nak jadi blogger apatah lagi blogger yang aktif macam sekarang. Even doe followers pun ciput, but I'M SO THANKFUL (muka redho). In fact, tak pernah nak kisah pun sebab the main reason as I stated on my first entry dulu, belog ni diwujudkan sebab nak letak semuwa hasil-hasil dan karya-karya penulisan aku yang terkumpul selama ini. Maka. Bukan niat aku nak cerita semua kisah-kisah harian, atau luahan perasaan atau jalan-jalan cari makan la bagai melainkan cerita-cerita khayalan yang aku simpan dan simpan dan simpan zaman-berzaman.




Lepas tu kalau korang nak tahu, title blog aku ni pernah tukar sebanyak tiga kali. Alaaa, title tu yang headline paling ataaaas sekali tu. Yang aku tulis, "when-my-hand's-talking" tuuu. But title yang mula-mula sekali aku tulis is, "My-Fairy-Tales" because refers to my early intention yang nak letak cerpen-cerpen-cerpen tu kan.  Tapi bila aku sedar yang aku ni bukanlah rajin sangat nak ber'cerpen' memanjang so daripada belog aku ni terbengkalai lebih baik aku share cerita dengan orang (walaupun orang haram nak peduli ye tak).




Mulalah masa tu aku tukar blog title lagi which is "Bila-Jari-Ocha-Menekan-Kekunci" bapaklah panjang kan weh kan. Tapi bapaklah panjang itulah yang palinglah lama akulah guna. Sampailah yang the latest, "When-My-Hands-Talking" ni. Pendek dan tak jauh maksud dengan title yang sebelumnya. Jadi kesimpulannya, aku sukeeewlah tersangat-sangat.




About the background. Aku tak berapa nak ingatlah pulak. Tapi yang ni seriyes berpuluh kali jugak aku tukar-tukar setting. Cuma ada satu time tu, aku tukar background kaler biru bunga-bunga cinta macam geli pulak aku tengok tapi sebab nak buat perubahan punya pasal aku biar jela. Tapi bila Cik Hani Afiqah dah bagi komen, haaa, maka secara automatiknye inilah yang paling bertahan dan lepas tu aku terus tulis entry ni.




Of course lah suke kalau tak takkan jadi almost dua tahun blogging pakai background begini. Pasal background, aku malas dah nak fikir-fikir lagi dah. Cuma mungkin aku upgrade kan dengan feature-features kat tepi tu macam gambar-gambar besfwen, ikan-ikan tu, rama-rama tu, clock, calender, live traffic and blah blah blah kau orang tengoklah sendiri.




Dan kalau bercerita pun balik-balik asyik potpet pasal makaaaaan je. And this is my first entry of jalan-jalan cari makan dengan geng jalan-jalan cari makan kalau you all sudi nak bacalah. Muka zaman dulu-dulu innocent sungguh masing-masing. Tapi sekarang Masya-Allah, Subhanallah, Astaghfirullah... Tak tergamak nak cakap.




Mana muka innocent? Mana-mana? 
Dah macam kaum-kaum ibu dah aku tengok ni.


Saturday, April 9, 2011

AmaRaN ALLaH Di DaLaM mULuT baYi


Assalamualaikum wbt...


Ini entry kopipes saja. Tapi sebagai memenuhi tuntutan seorang Muslim, maka sebar-sebarkanlah kepada yang berkenaan. Kopipes pun kopipes la ye. Don't worry. Kredit ada di hujung artikel. Harap menjadi pedoman dan iktibar kita di dunia menjelang akhir zaman ini.




AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI
AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI....
- please read!!!.. TRUE STORY




Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.




Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"




Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa
Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang
ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...




Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat....................




Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian




Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..




Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)




"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)




"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)



p/s: sumber dipetik daripada facebook helizahelmi. Thanks for sharing with me =) (macam pantun 2 kerat pulak bunyi)

Friday, April 8, 2011

Dia BuKaN OraNg YaNg SaLaH uNTuK kiTa


Assalamualaikum wbt semuwaaaa!!!
(mood teruja)



Hari ni nak cakap pasal public relationship. Nak jadi pakar perunding perhubungan sekejap. Sekejap eh. Sekejaaaaap je. Perasan tak, we always think that ‘he or she is not the one for us’ ehem, sekejap ye. Sebelum tu saya nak cakap yang ayat tu bukan in term of couple SEMATA-MATA. Sebab Tuhan ada rencanaNya yang tersendiri kenapa dia pertemukan kita dengan ‘orang itu’. Aku selalu terlintas dalam kepala batu ini,



“Kelasmet aku tak boleh nak buat geng lah”


“Roommate aku tak rock doe.”


“Boyfriend aku bosan aaah.”




Eh jap. Bila masa aku ada boyfriend ntah. Okei sila abaikan. Bukan tu saja. In fact dengan adik-beradik dan ‘adik-beradik’ sendiri pun aku rasa begitu. But then I thought about it. Kenapalah Allah temukan aku dengan makhluk-makhluk begini. Kadang-kadang sakit hati tau. Rasa macam nak hambur sumpah seranah NYAH-KAU-DARI-HIDUP-AKU-NYAH. Haaa, sampai dah bertukar jadi nyah dah entah bila masa aku pun tak tahu.




Sampailah ada satu hari tu aku terjumpa ayat ni. Sentap sekejap. Rasa macam sebijik kena dekat batang hidung.




يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]






Ya tuan-tuan dan puan-puan. Tuhan sedang tunjukkan bahawa Dia mahu aku mengenali orang-orang itu dengan lebih lagi. Tak payah tengok jauh-jauh. I do admit that adik sendiri pun aku tak kenal sedalam-dalamnya. Si tomato tu especially. But thanks God my mom was a full time house wife. Kalau mak aku tu wanita bekerjaya (waaaah, bekerjaya ngko) haaa macam mana? Aku rasa relationship kitorang harus jadi macam anak murid dengan guru besar agaknya. Okeh. Dah nampak satu hikmah di situ.




And back to things I told earlier. Kadang-kadang I really do want to get rid of them. ‘Them’, orang aku rasa tak ngam langsung dengan aku tuuu. Macam klasmet, roommate, housemate, soul mate, aaah sudah dia merepek lagi. Whatever lah. Sebab I prefer to live alone. Menyusahkan je diorang ni. Penat nak melayan. Yang sorang asyik nak emo, yang sorang asyik nak ikut kepala sendiri, yang sorang asyik nak attention, yang sorang nak itu yang sorang nak ini, wa boleh masuk kubur lu tau ka?




Tapi TUHAN ITU ADIL. Rencana yang Dia aturkan tidak pernah silap. Kita yang silap kalau fikir ‘he or she is not the one for us’. Sedangkan banyak yang Dia mahu tunjukkan dekat kita. Yang tak ngam itulah seharusnya di ngamkan. Caranya? Terima orang itu seadanya bak kata orang putih NOBODY IS PERFECT bak kata orang melayu pulak TIADA SIAPA YANG SEMPURNA. Kan kan kan kan kan. (ulang lagi lima belas kali.)




Aku mulai sedar, bila Tuhan seakan bagi warning pada aku. Aku tahu, setiap inci setiap detik setiap saat dalam hidup aku ni adalah aturan-Nya. Jadi aku tak boleh cakap AKU JUMPA ORANG YANG SALAH. Ada yang tak serasi, aku harus cari titik serasi itu. Ada yang tak faham, aku harus cuba memahami. Ada yang salah, aku harus perbetulkan. Ada yang sakit, aku harus ubati. Nak bina sesuatu hubungan tu bukan mudah. Apatah lagi nak menjaga. Hingga kadang-kadang aku rasa macam HOI-HOI-KAU-NI-KAWAN-KE-MUSUH-NI? APASAL-TAK-JAGA-HATI-AKU? KAU-FIKIR-AKU-JE-NAK-JAGA-HATI-KAU?




Yes, benda tu yang oweys keep running in mayyed. Tuhan sekali lagi adil. Aku terfikir sesuatu. Bahawa bukankah musuh itu sangat meng’annoying ’kan? Bukankah musuh itu akan reveal semua kelemahan kita? Dan bukankah musuh itu hanya nampak salah kita? Maka bukankah itu bagus untuk kita perbetulkan diri sendiri? Perbaiki kelemahan kita?




Hey. Semakin banyak kita kumpul kelemahan orang, semakin jauh hati kita dengan orang tu. Don’t do that okay. Tiada siapa yang sempurna melainkan Allah. Memang perselisihan selalu terjadi. Memang bergaduh, salah faham, merajuk, nak emo, semua tu biasa. Tapi try to ignore it sayang. Bukankah kita lebih banyak simpan kenangan manis daripada benda remeh-temeh macam kuman ni?




Those spastic and retarded faces, I love it damn much!








That's what I love about them.
Love love love!




But my MOST favorite retarded pose...



Sumpah aku tengah menaip sambil gelak macam orang sawan.



Sekian. Assalamualaikum...:D
(berlalu dengan wajah bahagia)




p/s: Harap kekal hingga ke anak cucu.

Wednesday, April 6, 2011

Ini BuKaN DiaRi YaYaH, iNi DiaRi OcHa!!!


Assalamualaikum wbt



Ini diari saya tahun ini. Tahun lepas dia besar tapi tahun ini saya beli yang kecik sebab malas nak tulis banyak-banyak. Maka bila diari dah kecik, ruang untuk tulis pun makin kecik.




Tak pernah buat pendedahan ekslusif begini.
Maka terimalah buat pertama kalinya hormon GILA AKU YANG TERLAMPAU...



Bye! 
Lepas ni sumpah tak nak over begini lagi dah.



Tuesday, April 5, 2011

tUHaN, aMpUnKaN aKu...~


Assalamualaikum hey guys,


Live dari kelas Bahasa Melayu Komunikasi semester 3D, di Kenanga 2, bilik 102. Sekali lagi mereka buat aku sakit mata dan rasa berdosa teramat berada di sini,



Satu: Pakai tudung tapi berlengan pendek yang sangat pendek. Pendek yang macam baby-t. Baju atas punggung. Ketat lagi. Aku pulak yang rasa berdosa. Tuhan, ampunkan dosaku kerana tidak menegur mereka.



Dua. Aku nampak juraian-juraian rambut daripada tudung singkat mereka. Aku tahu memang mereka tak bertudung di luar. Tapi sekurang-kurangnya tutuplah aurat sebaik mungkin untuk menuntut ilmu. Aku rasa berdosa sangat sebab melihat tapi tak menegur.



Tiga. Aku mendengar suara lantang itu sekali lagi bergema di dalam kelas. Bergossip dan ketawa. Nyaring dan kuat. Aku tahu itu juga aurat yang seharusnya tidak diperlihat dan diperdengarkan kepada bukan muhrim. Tuhan, apa yang aku buat ni. Sekali lagi aku melihat kemungkaran itu tapi aku tidak mencegahnya.



Aku buat perangai gila-gila lagi hari ni. Masa lecturer belum masuk, aku duduk luar kelas dan sandar dekat pintu tak mahu kasi mereka keluar kelas. Kawan-kawan perempuan memang selamba bertepuk-tampar dengan aku, tetapi bila aku sengaja nak kenakan kawan lelaki yang sorang ni, dia pun bertepuk-tampar lengan aku juga, aku terdiam. Apa yang aku buat ni?



Aku duduk tempat aku balik, aku check diri aku dari atas sampai bawah. Aku pergi kelas memang sopan. Tapi kenapa bila aku keluar aku tak begitu? Padahal dekat luar tu paling banyak dosa yang boleh aku dapat. Tuhan, kenapa aku sangat lemah mempertahankan maruah diri aku. Kenapa aku tanamkan azam untuk menjadi solehah sedangkan aku tidak istiqamah melakukannya? Apa hijab yang menghalang semua ini ya Tuhan?



Ocha, kau mesti tabah. Tuhan tak suka orang yang lemah, faham!

Monday, April 4, 2011

maNa MoOd NaK FiNaL Ni?


Assalamualaikum wbt...


Exam mOde? Aku tak switch on lagi. Butang pun aku tak nampak sebab masih sarat mengandung dengan assignment dan presentation yang melimpah ruah di saat-saat akhir begini. Tak tahu nak salahkan siapa either lecturer yang lambat bagi tugasan or aku yang memang suka buat kerja menjelang due date. (tak baik woih salahkan lecturer). Ok, aku yang salah.



Tapi tak apa. Aku bersyukur sangat sebab dapat group mate yang suka pressure aku buat kerja kalau tidak memang laaaaaaaagi tak bergerak. Looks like study week is the only chance for me to revise. Dua minggu ni macam tak ada harapan. Seriyes. Tapi two weeks after that, siaplah!



Ok. Entry pendek je kali ni sebab update di waktu pagi. Dah 7 setengah dah pun. So I nak siap-siap pergi kelas. Anyway, thanks for reading this. See you guys!




kalau mak dengar aku cakap macam ni,
memang nak kena paaaaang!



p/s: sebab mak cakap aku kalau menggelabah memang haru telinga dia. ok along diam!

Sunday, April 3, 2011

NaK PaKsa jUgaK koRaNg JoiN mCc


Assalamualaikum semua,


Okeh attention, attention please. Cik Ocha ada pengumuman penting di sini. Penting kepada sesiapa yang rasa-rasa nak mengekalkan taraf anda sebagai warga kolej Melati eh eh ini bukan nak bagi announcement tapi nak bagi ugutan walaupun kat atas tadi dah cakap nak bagi pengumuman tapi kan macam ntah apa-apa atas tulis lain bawah tulis lain. 




Sebenarnya kan acheli, (ayat apa ni?) aku just nak ugut kau orang supaya sem depan, marilah beramai-ramai kita mengimarahkan dan membanjirkan dan menyemakkan Melati Computer Club or nama galamernye MCC yang dah setahun lebih aku join ni. Ni nak reveal satu rahsia kat hangpa. Seriously, masa awal-awal masuk dulu aku rasa macam ntah apa-apa kelab ni. Setakat jaga lab dua minggu sekali pergh tiada ciri-ciri adventure di situ. Itu pun masuk dengan niat saja suka-suka hati memang haram nak terlintas untuk bergiat aktif.




Tapi semuanya di tangan Tuhan (wah, tibe-tibe nak syahdu). Memang segala yang berlaku adalah di atas kehendakNya. Eh patah balik tajuk utama. Ok aku sebenarnya nak ajak korang masuk ataupun dalam bahasa Melayu rasminya, MARILAH MENYERTAI KELAB KOMPUTER MELATI. Sebab antara faedah-faedah (kalau kata ganda itu maknanya plural dan maknya banyak faedah la) yang kau orang boleh dapat ialah;



First. Tugas dia tak susah. Duty 2 minggu sekali itu pun dua jam satu sesi. Duduk dalam lab air-cond. Boleh online percuma. Print murah. Apa lagi korang nak?


Lab besar, komputer sume standard windows 7, besar gabak terpampang depan mata, kalau tak nak online pun boleh je lepak kat sofa tengah-tengah tu or meja study kat tengah-tengah tu jugak, dah la selesa gila. Apa lagi yang tak cukup? Apa lagi? Apa lagi?




Kedua. Yuran tak mahal. 15 ringgit je korang dah boleh dapat all those facilities. Ish, rasa macam nikmat sangat hidup. Tak ada broadband or wireless pun takpe asalkan lab MCC bukak tiap-tiap malam. Jadi pastikan lab sentiasa bukak!




Ketiga. Baju dia sangat cute ok. First time aku kena interview dulu, rasa macam adore gila tengok semua AJK yang interview aku tu pakai baju ni.




Dan akhirnya ia menjadi milik aku...haha. (Muka bangga)




(Tapi selepas bayar RM35). Dan bila dah naik pangkat jadi AJK, maka baju dia dah kaler lain. Bukan diskriminasi tapi specialities. Tapi itupun after bayar lagi RM35. 




Abaikan kulit wajah yang cerah masa part 1 tapi gelap gelita masa part 3.
Mungkin perubahan hormon sedang berlaku. (ayat nak kasi sentap sendiri)


Ok jangan cerita pasal facial, kita cerita baju saja. Nampak macam baju Melati kan? Bezanya baju MCC ada strike kat lengan dia Melati tak ada. And FYI, MCC yang design dulu baju kaler oren hitam tu and Melati yang ikut. Ish!




Tapi and tapi and tapi kalau nak best lagi, 
baju korporat begini laaa!!!




 gambar kandid yang tak senonoh sebab ini je yang nampak baju full.




dan ini pun boley la eh.
Yang penting kau orang nampak design dia yang semat tu kan?




Tapi, SILA SERAHKAN RM70 KEPADA BENDAHARI KALAU TAK KELUAR KAU DARI MCC. Ok tipu. Sumpah semua orang pun adore baju ni jadi RM70 tu rasa berbaloi sangat.




Fourthly. Siapa yang join program MCC, HARUS akan dapat sijil. Onesly event sebelum ni tak pernah dapat pun tapi sekarang dah banyak improvement maka MCC ni boleh dikatakan sebagai kelab yang semakin diiktiraf oleh UiTM (Muka bangga sekali lagi).








Kelima. Dan selain dapat sijil, kau orang juga akan dapat saguhati MCC. For example button ni every event pon akan dapat. (InsyaAllah bergantung pada bajet.)








Keenam. I naik pangkat dengan watikah perlantikan ye. Bukan diorang suka-suka hati pick orang. (Nak cakap dia layak la tu. Geli sekejap.)








Ketujuh. Kupon korang gerenti akan penuh kalau join kelab ini. Apa kau orang tak mahu dijamin kolej pada masa akan datang? Maka marilah join MCC.








Kelapan. Kalau rasa berkomitmen dan mahu dapat service best lagi, korang boleh apply untuk naik pangkat dan jadi AJK. Tak kiralah kau nak pegang portfolio apapun, bergantung kepada kekosonganlah ye. Dan another specialities is KORANG AKAN DIJAMIN DAPAT KOLEJ. Waaaah, orang lain tak tahu dapat kolej lagi atau tidak sem depan, tapi aku dah boleh pilih roommate sekarang. Sowonok ke tak sewonok tu?




Sembilan. Lepas dah naik pangkat, of course korang lagi banyak kerja. And don’t ever think it as a burden sebab makin korang banyak kerja, makin banyak korang terdedah dengan the real world of job bila dah grad nanti. Korang akan hebat buat surat rasmi, hebat buat report, hebat jadi master of ceremony, hebat jadi program mastermind, leader, aerobic conductor and THE MOST IMPORTANT is, we gonna be more RESPONSIBLE.








Actually banyak lagi benefits yang aku tak cakap, tapi rasa macam penatlah pulak. So lastly, aku cuma nak highlight kat sini, dalam banyak-banyak benda yang aku dapat sejak join MCC ni kan weh kan, aku rasa the most precious thing is my social skill yang semakin berkembang which is dapat ramai kawan-kawan daripada macam-macam fakulti like accountancy, applied sc, food tech, computer sc, art and design, admin sc, corporate sc dan ramai lagilah. Semakin banyak social network kita, semakin kita peka dengan orang lain. Itu saja hipotesis yang aku boleh buat. Sekian.




Antara barisan ajk mcc yang pening.






Jadi, kalau sem depan aku cakap, WEH-INTERVIEW-MCC-DAH-BUKAK and korang masih ralat jugak nak pergi, memang itu ALASAN SEMATA.




p/s: Ehem ehem. Lecturer saya cakap, kalau pointer hebat, sijil bertingkat tapi tak ada social skill, tak ada gunanya.

Saturday, April 2, 2011

MeNtOr-MeNtEe itu FaMiLy DaY APB.


Assalamualaikum wbt...


Mentor-mentee a.k.a family day APB (Akademi Pengajian Bahasa) which is program fakulti aku tu dah hampir seminggu berlalu. Aku tak tahu kenapa tapi keseronokannya tak seperti sem lepas. (Kau ni tau nak bersewonok je). Mungkin cik abang si crush saya tu tidak menjoin. Eh bukan. Tak ada efek apa-apa pun sebenarnya. It is just another match maker yang buat aku rasa gelisah sepanjang perjalanan pergi dan balik daripada FRIM sebab dia duduk betul-betul dekat seat belakang aku. Jadi segalanya harus COVER, COVER dan COVER. Benci tapi pada masa yang sama I just can’t stop my eyes from him. Apa kejadah gila aku reveal benda begini kat sini hah? But don’t worry, kerana dalang sudah dikenal pasti. Dan sekarang tak ada apa lagi yang masuk dalam mimpi. Maka boleh bayangkan tak bagaimana HEAVENNYA PERASAAN AKU bila tak dibelenggu question mark lagi? (waaaah, macam pantun pulak bila baca.)




Jadi aku tak mahu bercakap lebih-lebih pasal Family Day ni sebab memang tak ada apa yang kekal dalam ingatan aku sepanjang program dekat sana melainkan dia, dia dan dia. Macam gila kan? Tapi disebabkan aku saja nak publish gambar, maka tengok gambar sajalah. Dah tak ada potpet panjang hari ni. Selamat mencuci mata. Sekian...





Gambar ni sebab kesian dekat banner tu tergantung sorang-sorang 
Maka kitorang pun teman dia.




Gambar ni pulak masa tengah beratur dengan gigih di bawah terik mentari kerana mahu menebalkan lemak. Makan free woih.




Sesi menjana lemak sedang giat dijalankan bersama AYU.




Team Mentee Dr. Asma dan Dr. Noorida yang gagah perkasa. 
Lepas dah menjana lemak tadi baru layak masuk acara talik tali wokeh.




Tapi KALAH. So nak buat canne? Dah maka tak mahu main apa-apa lagi. 
Merajuk lalu membawa diri buat part time job begini dengan kelasmet.
Cer cari idung aku.




Dan part time job ini juga. Sekarang cer teka mana satu kasut aku.




Part time job diteruskan lagi. 
Ye, kami semua meghah makngah hari tu.
Lupa nak memperkenalkan konsep dan temanya tadi.




Sebab we're the dominator of APB. 
Batch PALING RAMAI dan PALING GILA.
Dan aku sukakannya...:P




Dan aku suka juga sebab walaupun kalah main tarik tali tapi masih dapat hadiah.
Tengok saja muka bangga itu sebab dapat jelly sebagai hadiah saguhati.
Kau ada?




p/s: entry yang SANGAT tak ada motif. away. bye. assalamualaikum.

Friday, April 1, 2011

nOt FaiR



Assalamualaikum wbt...


Sempena entry terakhir dalam bulan Mac ni kan, aku nak membebel sikit kat sini. Aku nak membebel pasal apa aku tulis belog sebenarnya. Dear, bukan aku nak mintak attention daripada korang or what. Kalau aku tulis sambil beremosi macam contoh aku maki hamun orang ke kutuk mengutuk ke aku sindir orang kasi sentap ke hape ke memang aku dah fikir panjang dah. Sebab aku tahu orang akan baca jadi aku tak peduli apa consequence yang datang sama ada orang nak maki aku balik ke nak kutuk aku balik ke nak kasi aku sentap ke lantak kaulah. This blog is NOT OURS and it is NOT YOURS. Maka obviously it is MINE.




Cuma ada part yang aku terkilan tu bila kisahnya jadi satu hala. Maksud aku bila aku asyik dok potpet sorang-sorang kat sini, cerita masalah aku, cerita aktiviti yang aku rasa seronok nak kongsi, cerita pasal current issue ke atau apa saja, maka hanya aku yang berkongsi dan orang lain membaca like kadang-kadang aku rasa it’s not fair. Memang betul there’s just a few friends of mine who’s blogging tapi itupun susah sangat nak tengok entry diorang naik. Okay, diorang sangat sibuk tapi apalah salah kalau just type a few words and publish it. Paling-paling pun letak je apa-apa status gila-gila dekat facebook tu just to lemme know about their days.




Aku tak kisah nak cerita apa-apa pun dekat sini like nak kantoikan diri sendiri ke, nak bukak pekung di dada ke, masuk bakul angkat sendiri ke, aku tahu akan ada satu feel yang buat aku satisfied gila lepas tulis setiap entry dalam blog ni. (Hanya blogger saja yang tahu perasaan blogger ok). But the situation is akan jadi tak adil bila hanya aku yang bercerita sedangkan aku tak tahu apa kisahnya kawan-kawan aku minggu ni. How’s their day, how’s their test, how’s their feeling towards this final countdown, SANGAT BERAT SEBELAH! Rasa macam nak paksa semua kawan aku buat blog dan update blog diorang sekurang-kurangnya tiga hari sekali! (Kejam tak?)




Memang. It’s true TAK-ADA-SIAPA-PAKSA-AKU-CERITA-DALAM-BLOG-NI. Dan memang betul just aku je yang beriya dan bersemangat cerita semuanya. Tapi itu sebab aku tahu aku bukan jenis yang akan sent mesej dekat kawan-kawan hapdet apa yang aku buat setiap hari melainkan kalau aku rasa memang lama gila aku tak contact sesiapa. But at least aku hapdet blog untuk kawan-kawan aku baca dan tahu apa yang aku tengah rasa, apa yang aku buat, apa yang tengah serabut dalam kepala otak aku sekarang, MY LATEST DAYs and my latest crush. But where are you guys? Am I not your friend? Am I had no shoulder for you to cry on? Am I had no ears for you to mumbling?




Mungkin alasan terbaik yang diorang akan cakap is FINAL DAH DEKAT. A ship of assignments, a cargo of test, notes preparing lagi. Ya, memang aku tak ada semua tu.




(Emonye) Sekian, Thanks for reading this. Assalamualaikum.


Tuesday, March 29, 2011

hEi, JaNgaN mAiN-MaiN dEnGaN haTi YaNg LuRuS Ini Ok!


ASSALAMUALAIKUM


Hari ni aku rasa macam nak potpet panjang. Tak ada specific tajuk maknanya kalau aku merapu karang maknanya entry ini memanglah merapu. Aku rasa memang tak ada benda lain yang lebih layak untuk aku buat selain menulis segala isi hati tak kiralah marah ke sedih ke gembira ke sebab aku tahu ada orang yang membaca dan itu dah cukup buat aku lega rasa macam there’s somebody lending me their ears. Oleh itu, terima kasih kepada yang membaca.





Dan bercakap pasal isi hati, Ya Allah tolonglah cakap dengan aku tang mana dalam hati aku ni yang sistem saraf dia sangat peka dengan kata-kata orang? Sebab kalau boleh aku nak cabut saraf tu campak kat longkang or wherever sebab aku tak mahu lagi ada that sensitive part dalam diri aku. Kawan-kawan cakap aku ni lurus. Mak ayah pun cakap begitu. Dulu aku tak tahu lurus tu apa? Dalam konteks mak ayah mungkin sebab aku ni patuuuuuh je kerjanya. Tapi dengan kawan-kawan, tang mana pulak aku patuh? 






I did open my KAMUS DEWAN yang GEDABAK tu sebab teruja nak tahu. Dan maksud yang aku jumpa ialah jujur. Kau orang senang sangat nak detect aku punya facial expression kan? MAKA BENARLAH AKU INI LURUS! Macam bodoh-bodoh bajet innocent gitu. Kang kalau aku mengaku HEY-I-REALLY-AM-INNOCENT-TAU... Pengsan semua orang masuk wad pesakit luar nanti.




Tapi aku tak suka perasaan itu. That’s why sometimes I really wish that kind of nature yang wujud dalam diri tu, pergi main jauh-jauhlah sebab aku tak suka kau En.Lurus. Especially bila melibatkan benda yang tak pernah berlaku seumur hidup aku. Macam contoh, memang aku mengaku aku selalu crush dekat orang. Tapi tak pernah ada satu crush pun yang berakhir dengan BAHAGIA. Bahagia macam mana tu aku tak tahulah sebab tak pernah merasa. 






Tapi siapa tak bengang bila dapat tahu yang kadang-kadang orang sengaja ambil kesempatan atas keLURUSan perasaan aku tu mentang-mentanglah aku tak pernah bercinta, kau saja je nak kasi aku perasan konon ‘ada yang mencintai’ bila semua kelasmet kau mention nama aku depan kau dan nama kau depan aku, tag gambar aku dengan nama kau, hei cakap dengan kelasmet kau tu kau jangan memainkan perasaan budak bawah umur begini ok.






budak tak layak mengundi lagi. sekian.



Dan paling aku pantang bila aku mula keep asking WHY and WHY and WHY? Tanya kawan-kawan aku saja macam mana aku paling meluat bila berada dalam question marks? Ini satu lagi perasaan that I really want to campak jauh-jauh. Meluat tau tak bila sentiasa ada soalan yang bermain dalam kepala macam kau ingat aku ni puppet or what nak buat suka-suka hati macam tu? I’m not a clown untuk kau ketawa or jadikan bahan ketawa. And it is much pain when it’s about something that I really am zero about. 






Ya Allah, CINTA tu benda yang indaaaaah sangat. Kalau kau frust baru putus cinta sekali pun, tak perlulah mainkan perasaan aku begini. Aku bukan punching beg untuk kau lepaskan perasaan begitu. Tak baik mempermainkan perasaan orang. Apatah lagi macam aku yang totally innocent in love. (Geli)



It’s take a lot of effort to heal ‘her’ heart. Percayalah. Sekali ‘dia’ dah sayang kat orang, susah ‘dia’ nak lupakan. Jadi jangan buat ‘dia’ mula sayangkan kau kalau kau cuma setakat nak try test market. Memang market kau agak tinggi sekarang. Sampai tidur pagi, tidur tengah hari, tidur petang, tidur maghrib, tidur malam, tidur lepas subuh dalam mimpi dia, semuanya mimpi basah pasal kau. Apa kau nak lagi? Best dapat jadi makhluk yang paling ‘dia’ rindu setiap hari?





Dah hujung-hujung sem ni biasalah. Setiap sem pun akan dapat wabak begini. Nak buat macam mana. Love is about time. So, nyanyi saja lagu Hei Ladies untuk hilangkan sakit dihati. KUAT-KUAT.




Tu saja merepek saya hari ini. 
Sekian. Assalamualaikum.

the history

Followers