Tuesday, February 12, 2013

tHe OnE LaSt SeCoNd cHaNcE




BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




I got a text message last night:




“KORANG MEMANG… ASAL CUTI JE MULALAH SORANG KE MARS SORANG KE PLUTO… TAPI YANG STILL KAT BUMI NI NAK CAKAP I MISS U LAA KAT SAYA PUNYA S AND V… ITU JER”




I almost sleep at the moment tau darling. But still boleh gelak sorang-sorang dalam gelap sebab terbayangkan that there must be something yang buatkan you suddenly text me even just saying ‘I miss u’ and tadaaa, I just got her text once again and it sounds like this:




“I NEED UR HELP… THERE IS A GUY WHO WORK AT PETRONAS WITH SALARY BLABLABLA BUT HIS NOT SO GOOD LOOKING…HUHUHU. WHAT SHOULD I DO?”




I really thought she found her new man but then she texted me:




“SENANG CITE, HE WAS MY EX…HAHAHA. I DON’T KNOW LATELY TIME KITORANG MESSAGING I TETIBE ADA TEPIKIR UNTUK BAGI SECOND CHANCE… TAPI ENTAH LAA.”




And at that moment I was like… Your ex? Apakah? Ok honestly memang I don’t think that dalam kes-kes macam ni boleh senang-senang suka-suka nak bagi peluang kedua dekat orang lain. I mean to your ex-LOVER? Remember, there’s a reason why you left him. So persoalannya, does he really deserve his second chance? Yeah I can smell happiness from her texts, I know, there must be something good happened tapi I tak tanyalah. Maybe that guy dah berubah. Improve himself. Prove that he will never repeat the mistakes. I don’t know the details. Manusia kan boleh berubah.




Then I roughly replied:




“U LEBIH KENAL DIA. I TAK KISAH AS LONG AS U TAU JAGA DIRI AND TELL HIM TO STOP WITH E CONTROLLING HABIT (which is the reason why they broke up). U BOTH BUKAN KECIK LAGI. LEARN FROM YOUR PAST. I JUST WANT U TO BE HAPPY. MAYBE HE DESERVE FOR HIS 2ND CHANCE. TAKPE, I OWEYS THERE FOR U KALAU DIA SAKITKAN HATI U LAGI. TAPI HARAP2 ITU TAKKAN TERJADI LAAA…”




And that’s it. I give words to people and secara tak langsung I sendiri tersentap. Tak tahu kenapa, suddenly I feel the same. To give 2nd chance dekat orang yang I marah sangat selama ni. Actually I tak marah. I just disappointed. But I know, sampai bila nak berdendam dengan orang kan. Forvige, bless and release. That’s the way to keep your heart and mind open.




I think I should take it as sebahagian daripada kelemahan diri dia. I pun ada kelemahan sendiri. So I shouldn’t expect him/her to be perfect for me. So daripada masalah percintaan, masuk kepada masalah kawan-kawan, I think I should let you know the concept:




BE LOYAL

BE HONEST

LET GO OF EXPECTATION

DEFEND YOUR LOVER/FRIENDS

LISTEN TO WHAT THEY TELL YOU

BE TRUSTWORTHY

BE AVAILABLE WHEN THEY NEED YOU

TREASURE THEM ALL THE TIME




And I will try my best to enhance myself. Just be patient with me. A little bit more. Sekian. Thank you.








p/s: in love macam mana pun awak, don’t ever celebrate valentine day ok darling! I cherish ur happiness. And that’s it. Jangan over tau…lalala.

Thursday, February 7, 2013

MoOd : Ok, wHaTeVeR


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



There's someone told me,




"Semakin kita dewasa, semakin banyak perkara yang kita kena buat. Semakin ramai orang kita jumpa. Macam-macam perangai orang yang kita kenal. Dari situlah kita semakin berubah. Tak kiralah berubah kepada negatif atau positif. Tapi, selagi kita bergerak atas landasan yang betul, insyaAllah semuanya akan berjalan seperti yang dirancang. Take it as a part of learning. As a part of life."




"Ok kakak. I know I'm nagging so much but that jerk who made me cry over and over..."




"Ochaaa..." (with her really soft voice and looking eyes)




"Ok kak. I'm sorry."









Wednesday, February 6, 2013

mOoD : nYaNyi LaGu wHiTe HoRsE saMPai LeBaM



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Cuaca tak berapa baik dua tiga hari ni. I know, cliche sangat starting with talking about weather. Tapi aku suka. Mendung, hujan, sekejap lebat, sekejap renyai. Macam kena pulak dengan emosi yang tak berapa nak best lately. I told you. I'm in pain. And hurt. And feel like stupid and aaaarrrggghhh... I just can't forgive that creature!








Well, this is just exactly how I feel rite now. You're 'mature' enough then you shouldn't ask me because you know it already.




Alicia come here sayang ~

Monday, February 4, 2013

MoOd : RaNdOm


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Agak melampau kot rasanya sebab tinggalkan blog lebih daripada dua minggu? Eh yeke? I guess it’s exactly DUA MINGGU. Jap nak chekidaut tarikh. Ok. Memang betul dua minggu. So? To be honest memang tak rasa bersalah. Tapi nak update jugak sebab tak nak buat belog ni jadi loser. And so hari ni post aku adalah random.





Mula-mula nak bagitahu, list yang aku tulis dalam entry lepas, hampir semua dah buat. Dah remove ‘friends’ kat fecebook, I mean kawan yang ‘eh-dia-ni-siapa-eh?’ haaa, kawan yang spesis gitu. Almost 300 lebih jugaklah ter-out-list. Yang dah memang kawan pun ada jugak yang rasa macam nak out-list kan dia. Tapi kang macam kejam sangat pulak. Ok, so biar jelaaa. Sabar. Seterusnya, bilik kesayangan dah direnovate habis-habisan. Tingkat-tingkat wardrobe rasa sangat indah mata memandang. Rak buku juga sangat kemas tersusun macam bahagia je bila bersarang dalam bilik. Yelah sebab dah indah. I mean, indahlah daripada tongkang pecah. And lagi, cerpen sempat siapkan satu cerita. Really a short story oh ya, lupa nak post dalam belog cerpen. Nanti-nantilah. Dan gitar, semakin improve. But still I need to learn from someone yang betul-betul berpengalaman. Banyak jugak chord yang aku maen redah suka hati. Main dapat je. Tapi list yang last sekali tu, hurm... belum ada jodoh nak jadi ustazah agaknya. Hari tu almost nak mengajar KAFA dekat sekolah rendah aku dulu, tapi since sekolah tu dah ada ustazah tetap, ustazah ganti tak diperlukanlah kot. Well, cuba nasib lagi. Belum cukup layaklah tu maknanya. Ok, faham.





Baiklah, cerita kedua, this is quite.. really out of topic. Sebab aku tahu someone yang baca blog ni akan terasa dan tersentap dan ter’touching kalau aku cerita and aku tak nak benda ni worst sebab aku tahu walaupun Cik Anameku ni followers dia tak ramai... tapi silent readers dia hangpa jangan cakap. Semua gosip boleh tersebar tiba-tiba. Kalah beautifulnara dengan ohbulan. So aku tak bulih nak bermulut dan bertangan puaka sangat menaip kang ada yang putus sahabat kang. Cukuplah aku bagitahu ending degree aku tak berapa nak cantik sangat. Seseorang eh no bukan seseorang, tapi adalah dua, tiga orang, yang aku dah hilang percaya dekat dia. TOTALLY. Aku rasa macam orang bodoh yang bukan bodoh sikit-sikit punya bodoh tapi bodoh gila. Literally ok. I mean bodoh dan gila. Sebab apa tu kau kena direct call. Aku tak boleh cerita kat sini nanti orang tu saman aku siap tunjuk bukti lagi aku malas nak layan paparazi. Confirm besties dia akan faham. (text-me-if-ure-curious)





Dan ending degree yang membuatkan perasaan aku sebal last 2 weeks bukanlah semuanya buruk belaka. I still had a chance to gather around with budak dua orang yang kebulur nak ke Seoul Garden haritu...haha. (mention sikit). Dan jugak celebrate birhday Kak Aryn geng puakers aku before straightaway balik ke Negeri 9. Of course together with member yang lain. And it was aswesome jugak walaupun setakat lepak makan-makan. Sampaikan birthday girl yang bagi hadiah dekat aku and the gang. Ada ke patut. Cheh sajelah Kak Aryn ni nak bagi aku taching. Dan incident staff Gulatis yang sound Mar pasal pintu kereta terkena Hilux dia yang kononnya macam ada orang sagat pakai screwdriver tu padahal kesan scratch tu actually nak tengok pakai mikroskop pun tak nampak. Propa tau buat drama depan Gulatis. Bajet nak masuk propaganza. Tolonglah. Scary campur annoying sangat masa tu. 





And finally here in my home. Which is always and always and always the sweetest place ever! Meet my beloved Alicia. We’re getting along very well. I know she missed me so much. Itu yang tangan sampai bengkak-bengkak dibuatnya. Sure she’s the only friend dekat rumah ni. Oh ya fish sekali. And Cheng jugak. Err, Encik Akir semestinya dating almost 24 hours. Cuma Encik Qobi je yang agak silent. Walaupun tak letak mode silent. Line tak ada kot. Ke busy? Eh? Lupa sekarang ni dekat Mars. Sooorrryyy.





And finally lagi, lupa nak bagitahu I mean, nak share berita gembira. How the January ended? Mummy got her new bestfriend. Nama dia Anjang Merah. Macam nama Zizan dalam Chapalrela kan? Selamba aku bagi nama dekat menatang tu. Menatang apa? Haaa, kereta baru dia. (text-me-if-ure-curios) Again, hambek kau. Nak reveal-reveal jugak, tapi taklah bijak sangat sampai nak cerita sedetail-detailnya dekat sini. Yang penting nama Anjang Merah tu sempena kaler body dia yang seksi merah menyala merah makngah memang kenalah dengan title ‘Mak Ngah’ mummy kita. Kawan mak kita seksi tau. Jangan tak percaya.





Eh lagi satu nak finally… Finally I got a chance untuk berjimba sekejap dengan besties semalam walaupun sekejap yang I mean memang sekejap gilalah. It’s all thanks to Haajar sebab invite ke wedding kakak dia yang gojes tu (awak-pun-gojes-jugak) sebab memang mimpilah nak tengok budak-budak Keyel ni turun Melaka tanpa alasan yang agak valid kan kan kan? Dah la buat farewell party mandi swimming pool tak ajak. Sentap sentap dan sentap. Mujur semalam dendam macam dah terbalas sikit. (Baru sikit) Yang penting dapat peluk-peluk, gelak-gelak, gedik-gedik. Dah lama sangat tak kembali ke kancah kegilaan macam semalam. Actually, semalam tu tak cukup gila lagi. Tak apalah, yang penting, I’m more than happy to gather around with you guys. Kalau macam nilah gamaknya, suruh kakak kau kawen hari-hari pun takpe Haajar :P
















Walaupun gila, tapi harus upload gambar yang sopan je. 
Kang kaum-kaum ibu tengok, terus batal niat nak buat memantu.
And for record, semua single kecuali Hani Afiqah tu.
Tak kenal Hani Afiqah? Text-me-if-ure-curious-bye!






Baiklah, aku tension sebab tengah layan Creating Destiny sampai 23 episode tapi actually episode tu belum final lagi. Faham tak perasaan bila dah setia sangat mengadap drama sampai 23 episodes but at the end tak tahu ending dia macam mana mak Sang Eun tu hidup lagi ke? Kyu Han kahwin dengan Yoon Hee ke? Yeo Jun dengan Sang Eun balik Korea balik ke tidak ke or macam mana? Encik Director bagi nombor telefon jap. Ni siapa nak bertanggungjawab sampai I tak dapat tengok last episode ni hah? Dah la sekian lama pencen layan Korea, skali bila dah terbukak hati nak jiwang, spoil pulak. Kejam tau!







Mood : Frust. Umi cepat upload gambar tab awak tuu...!

Monday, January 21, 2013

mOoD : CuTi-CuTi MaLaYSia


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULULLAH SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Sebab besok dah nak balik rumah, maknanya I memang akan susah nak connect dengan outer space lah sebab rumah I macam you tak biasa jauh gila dekat Marikh tu. Nasib baik masa mummy daddy cakap nak pergi Venus I cepat-cepat disagree. Kalau tak, 100 tahun cahaya pun belum tentu I dapat connect dengan you ols. Gedik tak statement?




Itulah. Walaupun officially dah boleh declare the 'FREEDOM', tapi deep down dalam hati it's not a freedom at all. You know the burden when you're going to face the challenge of finding jobs opportunity pulak lepas ni. Memang konfirm it's not as easy as you think. Jadi sebab itulah, walaupun dah habes belajar, otak takkan berhenti daripada didatangi migrain. Migrain mana nak cari kerja mana nak cari kerja hooooooiiii...!!!




Tapi buat masa ni, I'm going to stay at home. Banyak gila benda dah plan dalam kepala otak sebab tu I state here awal-awal, kalau I tak update entry dalam dua tiga empat lima hari ke apa, then you can pandai-pandailah choose beberapa list di bawah as the reason why I'm not blogging for a while.




1 - Nak update friends list dekat facebook. Unfriend makhluk-makluk yang tak pernah kenal yang tak masuk dek akal macam contoh 'kure-kure terbang', 'Lily Neelofa', 'Beruang Kutub', 'Jung Yong Hwa' apakah??? - Bajet sangat Yong Hwa yang sebenar nak friend dengan aku. Anyway, masih dalam proses lagi. 'Unfriend' orang bukan satu kerja yang senang ok.




2 - Secondly, I mungkin tak update sebab busy nak renovate bilik. Nak kemas almari. Setting balik mana-mana baju yang masih boleh dipakai or mungkin yang dah kecik. (baju tak pernah kecik. tuan tanah kedaun je yang sentiasa membesar). And nak susun balik buku-buku dekat rak. Ubah suai sikit maybe. Saje nak cari mood baru. Tengoklah kalau rajin nanti I update gambar bilik. Eh, tapi gambar bilik kan private. Ok. Cancel. Tak jadi..!!!




3 - Thirdly, kalau I tak update belog tapi you still boleh nampak I online dekat FB, reason di atas mungkin boleh diterima. But kalau belog tak update, FB pun tak online, tweets pun tak reply hape semua, so consider lah yang I tengah menjadi penulis novel sepenuh masa di rumah. Banyak gila storyline dalam simpanan tinggal nak cantumkan jadi paragraph je. So kalau rasa-rasa lama dah lain macam tu, maka itulah reasonnya.




4 - Keempat, maybe I akan jarang update belog sebab gigih nak sambung belajar. Bukan sambung belajar apa, belajar main gitar. Kalau boleh nak belajar sampai pandai main lagu _ _ _ _ _ _ . Haha motif sangat nak berahsia. So, consider that I akan spent more time with Alicia and of course with Mummy as well sebab siapa lagi yang akan ada dekat rumah dan mengganggu hidup Mummy kalau bukan I dan Alicia kan kan kan. Haaa, dan jugak...




5 - Or, mungkin semua reason di atas tak akan menjadi kenyataan kalau I buat kerja part time. Nak apply jadi cikgu ganti agak-agak dapat tak? - Haish, back to basic. Kena gigih kumpul duit dari sekarang. Target nak kahwin 11-12-13 boleh tak? Dah la tarikh cantik. Ok, gila. Tak pernah dibuat orang kahwin hari Rabu.  Takpun hari Jumaat 19 Julai on my birthday. Tapi bulan puasa pulak masa tu. Haish, peduli apa... Orang tak buat, aku buat!




Jadi itu sahaja planner untuk bulan ni. Itu pun dah consider banyak gila kalau nak kaitkan dengan spesis manusia macam aku yang tak suka plan apa-apa ni tau tau tau. Entah mana satu yang jadi tak tahulah. Anyway, kalau ada apa-apa, nak catch up or something, jangan segan-segan atau malu-malu kucin bagitahu u ols punya latest update ok. Biadab tau asyik-asyik I je cakap sorang-sorang kat sini.




And for kak long and kak chu yang together with me berjimba siang tadi, thank you so much for those sweet memories and moment (macam familiar perkataan ni). Yeah, and tak tahulah doa siapa yang makbul antara both of you ni kan sebab memang at first niat nak balik rumah hari jumaat hari tu tapi thesis punya pasal so aku bertahan and stay dekat sini sampai done with everything nanti. Alhamdulillah, reunion akhirnya...




By the way, today was really an unexpected journey. Unexpected makan dekat SG, unexpected beli nasi arab untuk rumet, unexpected ambil thesis yang dah siap binding sekali balik bilik thesis je ada CD thesis eh tak ado. Today as well was really unexpected sebab dapat tahu Mummy going to have her new car. Unexpected yang teramat-amat bila dapat call daripada Encik YB requesting for that request apakah?








Budak lapaq ^_^




Unexpected jugak bila kau orang memekak dalam kereta masa aku tengah bercakap dekat fon macam rasa nak bagi flying kick sekor-sekor. Anyhow and anyway, it was awesome to having you both memekak daripada duduk diam and feeling so awkward. Thanks sangat-sangat. Lepas ni tak tahu bila nak real gathering berempat pulak ^_^ - sambil sapu air mata.




Sekian, hasta lavista bebeh. Happy holiday semua. Bye!

Friday, January 18, 2013

BeSt cLaSsMaTeS aWaRd


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Hari ni aku habes exam. Habis maksudnya dah tamatlah. Dah tak payah pergi kelas dah tak payah buat assignment dah tak payah pening kepala hari ni nak pakai baju apa dengan tudung kaler apa dah tak payah serabut nak gelabah cari final question paper download banyak-banyak fotostat untuk kawan-kawan sebagainya dan yang paling penting, dah habis exam bermakna dah boleh fikir pasal cari calon menantu mak ayah dengan serius (muka serius)




Muka bakal dapat calon suami selepas habes exam last paaayyyperrr last paaayyyperrr. 









Lagi ceria bila kawan kanak-kanak riang duduk di depan. Itu klasmet I nama dia Ayu. Ayu seorang gadis yang comel yang selalu dibuli oleh kawannya yang bernama Ocha. Tapi walaupun selalu dibuli, Ayu tetap berkawan baik dengan Ocha. Sebab Ocha baik dan selalu bekap Ayu. Ocha suka makan tengah hari dengan Ayu. Bila kelas gab tak panjang dan tak tahu nak buat apa dekat kelas, jadi Ocha dengan Ayu akan merayau-rayau pergi koperasi Perindu dan beli gula-gula, beli nugget, beli coklat, beli eskrem kalau tak tahu nak buat apa jugak, Ocha dengan Ayu akan pergi surau Kenanga bukan untuk beribadat, tapi untuk membuta. Sekian.




Ocha sayang Ayu. Jadi Ocha nak grad sama-sama dengan Ayu.
Ayu kau dengar taaakkk!!!





Eh eh itu kalau nak tahu, muka bahagia sangat dalam dewan exam lepas invigilator rampas kertas jawapan. Dah la aku tak sempat nak highlight lagi satu point. Tergamak! Lepas tu taching tiba-tiba teringat dewan inilah aku masuk masa kali pertama jejak kaki di UiTM Shah Alam ambil gambar kad matrik pakai tudung bawal hitam dengan jubah hijau, lepas tu tempat terakhir pun dekat dewan yang sama jugak. Kad matrik pun tak tahu campak mana dah. Selamba masuk dewan exam tak pakai kad matrik ingat kau hebat sangat?




Lepas tu bila dah keluar dewan, groupmate pulak call direct terus nak hangkut bawak pergi berjimba sempena exam dah habes kononnya ini kali terakhir together gether. Tiga tahun mengadap muka yang sama setiap kali ada group assignment kau bayangkanlah macam mana dia punya understanding perangai each other. 




Ok, really rasanya lepas ni memang dah tak jumpa lagi dah. Lepas ni dah tak boleh nak sentap-sentap dengan geng puaka. Nak rasa cabut undi siapa buat intro, siapa buat analisis siapa buat conclusion pun takkan ada dah. Kutuk-kutuk puji-pujian pun tak tahu nak share dengan siapa dah. Hanya klasmet yang memahami perangai klasmet. Takkan dapat mesej daripada ketua grup bagi arahan itu ini jumpa kat situ kat sini emel part masing-masing sebelum pukul itu dan pukul ini. Sekian terima kasih.




Terima kasih geng puaka. Disebabkan korang, aku selalu dapat cover carry mark pasal markah group assignment suka panjat tinggi-tinggi. Tak gayat langsung!




Different pictures quality sebab different camera used. Aku tahulah, Encik Qobi aku tu biase-biase je. Beza gila kan. Gila pun tak beza macam ni yaw. Eh eh. Ok la. Besok banyak benda nak kena setel. Kalau nak cerita perangai soghang-soghang yang dalam gambaq ni, boleh jadi lagi tebal daripada thesis aku. Lantaklah. Yang penting aku dah merdeka. Nak jadi apa dengan Thesis, jadilah. Aku redho je. Gud nite. Princess tido dulu ok. Bye!

Thursday, January 17, 2013

GiLa BeRaNi...!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Macam bawak anak dalam perut tau I don't know why I keep hungry like always hunting for food willing to running here and there just to get what thing that I mengidam sangat-sangat always feel like a monster I don't know why why why but to be honest I actually know but I just want to say I don't know mengada tak tulis tak pakai noktah macam ni?




Haha, welcome to Shah Alam (again). And here I go once again talking with nonsense cuz I just finished my very first paper how could I be so pragmatic with two days oh dear just now I realized being a last year student is the hardest thing ever! Maybe I know how it will turned out so I don't want to think about it. Mummy, I'm so sorry. I will work harder for the second paper I mean the very few hours paper. Eh, kejap lagi nak paper and I boleh selamba update belog...! Hebat tak? Ni bukan hebat, ni gila!




Well, I just finished my 1st paper (stated already). And this is the reason why I write this entry. I cannot eat on the day of examination cuz it will turn out... you know how it will kan. And because that paper is sampai petang, and since I can't affort to put any heavy things in my tummy, so sudahnya sambar apa yang ada depan mata...




And now, I am so lapar gila. Memanglah always begitu bila bangun pagi lapar macam kebulur kepala gajah pun sanggup telan. So I'm going to take my breakfast. And then I'm going to fight for my very last paaayyyper. And I'm going to finished up my thesis. Edit cantik-cantik walaupun markah tak cantik (wajah -pasrah) and go on with the next step to further my study! I don't care. I just want to make them happy pergi jahanam dengan semua masalah. I got my friends to LISTEN to me and the most important, I got my lover, ALLAH SWT by my side. 




So don't worry. I still able to smile. Cause you always makes me smile. #Permaisuri Seksyen 7 #Makcik Melati #ADUN Nilai - Eh, dah pukul 8. Ok, gotta go! Take care semua, bye!





Saturday, January 12, 2013

sToKiN bUkaN bEnDa ReMeH TaU!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE B UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Oh My God! Nak dengar satu cerita tak I kena ambush dengan Mummy petang tadi? It's that when I was playing with Alicia, mummy suddenly asked me this,




"Sekarang kalau balik rumah dah tak pakai stokin eh?"




Gulp! Telan air liur dengan kepayahan. Pedas pulak rasa air liur sendiri. Muka tiba-tiba berbahang. Padahal petang tadi hujan lebat okeh nak bahang apanya, bahang apanya??? Dah tak senang duduk pulak. Habis tune gitar berterabur. Phew ~




"Malas la mak. Lagipun balik rumah kan."




I tersengih-sengih selepas diam for few seconds. Selamba macam tu dengan mummy. It's not because I tak hormat mummy ke apa, tapi that's the way to cover the shame yang teramat sangat masa tu. So what? Dengan Allah pun tak malu, inikan pulak dengan mummy. Alaaa, apalah sangat setakat tak pakai stokin je. Tudung still labuh tutup dada. Baju tak ketat. Tak terkinja-kinja, tergedik-gedik apa semua.




"Malas? Tutup aurat malas?"




Uhuk uhuk. Batuk pulak tibe-tibe. Tekak gatal yaw. Terus diam. Terus teringat entry kak long about istiqamah tuu. Honest. I don't like this normal feeling. Feel weird but it's just that I ignore the guilty feeling. Buat tak tahu macamlah Allah tu tak Maha Melihat. Padahal dulu masa gatal miang sangat jatuh cinta dengan senior sekolah tu, kalau boleh 24 jam nak duduk atas tikar sejadah. Bila jiwa kacau barulah nak fikir Allah sepanjang masa.




Dulu rajin baca Ma'thurat pagi petang. Sekarang seminggu sekali pun susah. Yaasin, bukak malam jumaat je. Al-Quran pun untung la dapat selak kalau lepas Maghrib tak rushing nak buat apa-apa (normally, rushing for assignment menjadi alasan padahal boleh je take 5-10 minutes untuk selak dua mukasurat at least). Subuh pun kemain liat nak gagahkan diri. Qiam jauh sekali.




See. The thing that I afraid the most just happened. I can't istiqamah with myself. But I keep asking people to be good. Perangai apa tu? Ingatkan tahun baru nak berazam jadi lebih matang dan solehah dan bertanggungjawab dan jadi contoh kepada orang lain. Rupanya...




I'm so poor :(




Mummy jarang buat aku malu macam ni. But I truly thank her with that very direct sound. Because I know, it's not from her, but from Allah SWT. Who reminds me and wants me to realize that, stokin itu bukan benda remeh tau! 




Haaa, ni baru namanya bestfriend. Selamba sound direct. (Bestfriend yang lain, sila terasa...haha)



Orang yang memilih akhirat, dunia akan datang bergolek-golek kejar dia. Allah tak janjikan kesenangan dunia, tapi Allah janjikan syurga. Wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadapNya dan amat bersungguh-sungguh menjauhi laranganNya. Meskipun untuk itu diri mereka menderita. Berbahagialah untukmu, wanita yang memilih jalanan taqwa.





Kamon, ayuh berjihad!

Friday, January 11, 2013

SpEaK nOw, sPeaK NoW, SpEaK nOw


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt







Currently, I'm listening to "Speak Now" by Taylor Swift. (Loser sangat baru tahu the existence of this song). But it's so cute sampaikan terus google guitar chords and capai gitar dekat sofa belakang ni dan semestinyalah niat aku untuk membuat nota pragmatik tergendala walaupun that very important date just 3 days from now and I don't touch even a single topic of this grrr (sound effect) paper. 'Grrr' tu maksud dia 'tough' laa. So, dah tahu paper susah lagi boleh selamba main gitar. Tahu tak tadi mummy I punya mengamuk macam mana?




"Ni dah last paper jangan nak main-main"




"Empat tahun kau belajar bersangkak-sangkak yang last ni buat betul-betul."




"Mak tak nak kau sangkut ke, repeat ke apa ke."




Hish mak ni. Nauzubillah tau jangan dimintak-mintak repeat tu. Makin nak habis ni makin scary tau mummy I punya perangai. Tang mana nak buat nota, tang mana nak update blog tang mana nak main gitar. Eh eh, but I tell you what, lagu ni serius comel gila. Bayangkan kalau aku nyanyi dekat someone yang aku suka. Terjah lelaki tu masa dia nak salam tok kadi.




"Jangan lafazkan akad nikah tu pleaseeeee!!!"




Selamba je nak musnahkan majlis kahwin orang. Mesti dramatic habis sebab the song's story line itself dah macam a cute fairy tale dah tau. Wish I have that awesome voice as Taylor Swift (mimpidisianghari). Tak apa. Aku feeling dengan Alicia sorang je. Lantaklah suara ke sungai ke, ke laut ke, ke gaung ke kan.




Oh ya, hi readers. Rasa macam lama tak update blog padahal baru berapa hari. And I've been 3 days at home. Ralat sangat duduk Shah Alam lama-lama. Macam alergik pulak rasa. Bukan homesick. It's just because that I don't want others to feel uncomfortable with me. Menyusahkan orang is something that I really hate to do the most. Mummy thought me that. Be independent. Be a tough girl. Orang tak akan pedulikan kita bila kita susah. They smile. They clap their hands. Kalau ada yang betul-betul care pun, it's REALLY hard to find. Rarely exists. Tapi mummy cakap kita jangan marah dekat diorang. Sebab diorang yang jadikan kita kuat. So be thankful.




"Thank you guys for making me strong." 
(bow 90 degrees)




And as for my latest updates, tak tahulah nak cakap macam mana. I really am regret with a lot of things happened recently sampai kadang-kadang syaitonirrojim tu bermaharajalela sangat menghasut you know it can give me the feeling of benci yang tak terhingga dekat someone yang I tak sampai hati nak state dekat sini. Dan tak tergamak. Dan tak sanggup. Dan tak sudi pun nak taip nama dia. Kalau terasa nasiblah. I pun malas dah nak jadi orang positif. Positive towards that stupid d*m* b***h anymore! Sebab Allah itu adil. What you give, you get back.




A.N.Y.W.A.Y.




My spirit is not that down to hell. Macam mati laki punya gaya nak beriya sangat emotinal kenapa kan? Tadi kata strong. Tough. Ahli bina badan. Eh? Ok lah. Nak sambung buat nota balik. To BFF yang sedang membaca, I got another dilemma. Tapi I tak boleh state dekat sini. So kalau you guys tak busy, let me know and I'm going to catch you up. Nak buat sinetron samarinda heart to heart. 




Eh, da pandai main gitar lagu speak now laaa ^_^

Tuesday, January 8, 2013

23rd aLrEaDY: KaK LoNg, KaU DaH tUa Laaaa!!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT





Aku tak romantik. Sebab aku tak pernah bercinta so aku tak tahu macam mana nak buat benda-benda yang suwit untuk orang. Tapi aku manja sikit. Sikit je. Sekadar cukup untuk tunjukkan ciri 'perempuan' aku disebalik kata-kata biadab dan kegilaan yang tak pernah tercapai di kepala otak kepala lutut sesiapa.




Jadi sebab aku tak tahu macam mana nak ekpresskan rasa sayang dekat orang, biasanya aku tunjukkan dalam bentuk yang indirect. Macam contoh hari ni hari berbahagia kakak aku. Walaupun aku anak sulung tak ada kakak dan abang, tapi kawan-kawan baik aku yang aku sayang sangat sangat aku akan panggil diorang kakak atau adik depends diorang lahir awal atau lambat daripada aku. So cara aku tunjukkan yang aku care atau sayang dekat seseorang, typically on someone's birthday like today, aku akan create satu entry khas untuk orang tu dan cakap dekat dia,




I LOVE YOU LIKE A LOVE SONG BEBEH




aku cuma mahu kau sentiasa gembira dan retarded macam ni. haha




Ok. Kak Long yang aku sayangi. Ada satu pengakuan ones yang aku nak bagitahu. Dulu masa mula-mula kenal kau (masa kau jadi rumet Aliya), perasaan pertama aku dekat kau ialah negatif. Aku tahu kau tak ada buat salah apatah lagi dosa apatah lagi dosa besar dekat aku tapi my 1st impression aku dekat kau ialah -akutaksukakau!



Lepas tu bila dah jadi rumet kau, aku kenal satu demi satu perangai kau. Kau macam ni. Kau macam tu. Kau suka ni. Kau tak suka tu. Kau rumet yang boleh buat aku jadi diri aku. Aku tak perlu nak berlakon depan kau. Aku tak perlu sorok apa-apa dengan kau. Aku boleh gelak macam setan depan kau. Aku boleh menangis macam budak kecik tak dapat pensel kaler Luna depan kau. Pendek kata aku selesa bila dengan kau. 




Memang lumrah dunia ni orang yang kita tak suka itulah yang akan kita sayang. Macam bestfriend aku Nurul, macam Jannah, macam Haajar, macam Hani, macam Encik YB pun, semuanya bermula dengan perasaan aku yang sangat meluat dekat diorang. Aku menyampah. Aku memang suka tanamkan sifat negatif dalam diri. Tak tahu kenapa. Tapi itulah sejarah disebalik cerita aku dan kawan-kawan aku. Last-last sayang macam darah daging sendiri. Aku sendiri tak faham kenapa Tuhan rencanakan introduction begini dekat semua kawan-kawan aku.




Dan kepada kak long sayang busuk masam masin, aku hanya akan cakap benda ni dekat sini je. Kalau kau nak suruh aku repeat depan-depan, buat live confession. Sorry. Dalam mimpi pun kau belum tentu dapat...haha. Aku tak nak jiwang-jiwang sangat. Cukup aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau macam aku sayangkan 'adik-beradik' aku yang lain. Semoga kau sentiasa berada di bawah naungan rahmat Tuhan. Semoga kau terus istiqamah dengan segala amalan dan kebaikan yang kau lakukan. Aku tak kawan dengan budak jahat ok. So, be good! hahaha.




HAPPY 23rd BIRTHDAY KAKAK
MAY GOD BLESS
(amin)




p/s: tak ada pi es.

Monday, January 7, 2013

MaK CiK pErGi KaRoK Tu bUaT Pa?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Mula-mula ambil wudhuk. 

Lepas tu bentang sejadah. 

Lepas tu capai telekung. 

Pakai elok-elok. 

Berdiri tegak. 

Rileks. Istighfar beberapa kali.

Angkat takbir. 

Dan...

Allahu akhbar dengan serendah-rendah hati.

Simple steps untuk cari penawar hati.




Aku tak ingat bila kali terakhir aku menangis. Oh ya. Mungkin masa mak aku accident hari tu kot. And tadi aku menangis lagi. Tibe-tibe je tanpa signal. Tanpa warning. Air mata aku menitik dengan sangat laju. Sebab satu-satunya ayat yang aku faham dalam surah yang aku baca tadi;




"La Tahzan, Innallaha ma'ana."
(Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kita) 
- At-Taubah 9:40.




Ada ayat sambungan dia tapi aku faham sekerat je. Aku harus asah balik lidah arab ni. Malu dengan Allah bila baca quran tapi tak faham. Baca berlagu-lagu tapi tak tahu maksud. Roh Al-Quran tak masuk. Syaitan pun tersipu-sipu ketawa.




Oh, kisah terserempak dengan ayat 'La Tahzan' itu tadi bukan rekaan. Memang aku tak sangka lidah aku boleh terhenti di situ dan hati aku tersentak lalu terus menangis. Mungkin Tuhan ingin berkata-kata dengan aku. Memberitahu sesuatu. Disaat aku perlukan seseorang untuk mendengar segala luahan hati, kenapa aku lupa bahawa Dia sentiasa bersama aku? 




Terlalu mengharapkan telinga manusia untuk mendengar masalah dan cerita. 
Sedangkan Yang Maha Mendengar itu ada. 




In short, seberat mana pun masalah atau beban atau tekanan, karaoke bukanlah penyelesaiannya. Dah tua-tua ni bertaubatlah wahai makcik. Malu tengok dek anak-anak. Budak-budak sekarang kepala otak masing-masing bukan tak pintar litar pintas. Nak didik anak jadi soleh solehah tapi mak bapaknya tunjuk contoh nauzubillah. Manusia sekeliling semakin menakutkan rupanya.




nothing related. i'm just listening to this rite now :P




p/s: harap kau faham apa yang cuba aku kaitkan dengan La Tahzan dan karaoke itu. aku budak bahasa yang penuh dengan maksud tersirat. aku unpredictable. aku complicated. aku kadang-kadang gila. tapi aku baik. gud nite beautiful world ^_^

Sunday, January 6, 2013

RoLLiNg EyEs o_O


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULULLAH SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




It's quite frustrating when you came back to the place you wish to avoid but all you have and must do is just stay there and wait. Waiting is just not me. I hate waiting. I am impatient. I feel like to give up. Now I know how hard it is to survive in this world. Feel like to ignore everything. Rasa macam nak duduk pondok mengaji hari-hari, khatam quran seminggu sekali like what is that? Duniawi-duniawi, but still I have to take care of it. Aaaah, aku kena bukak buku tajwid balik! (tibe-tibe-meroyan)




Kepada para pembaca,


Aku cuma mahu merepek dan cakap apa yang aku nak. 


Luahkan apa sahaja seperti sampah yang aku selalu tulis dalam diari hari-hari. 


Tak ada point. 


Tak ada isi.


Yang ada cuma frasa-frasa keji yang aku campakkan dari hati.


Aku bukan merungut.


Jauh sekali mencaci maki.


Cuma pada saat-saat akhir begini.


Aku sedikit lemah dan penat.


Terasa seperti mahu melaungkan sekuat hati betapa


"LIFE IS SO UNFAIR"


Aku tahu itu bukan kata-kata yang patut aku ujarkan


Kalau aku tulis ayat yang baik-baik, 


itu bukan sampah namanya.


Naaah, aku akhirnya terasa sedikit merdeka. 


Sedikit sahaja. 


Kerana Encik Final masih memandang aku dengan sinis. 


Cuma sekarang masanya untuk bertawakal bagi paper lapan jam kredit itu. 


Aku sudah muntahkan isi dan idea yang terbaik. 


Beri apa yang diminta. 


Buat apa yang dimahu. 


Sekarang, 


jatuh bangun pointer aku tinggal bergantung kepada Yang Esa semata-mata.


Aku penat. 


Aku rindu Alicia di rumah!




Alicia tu nama gitar aku.




Sekian, end of press conference to introduce my new baby. Tiga hari lagi... Oooh lamanya lamanya lamanya lamanya lamanya.....

Friday, January 4, 2013

TaKe TiMe To ReaLiZe THe FaCt ThaT...



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Hari-hari bahagia aku hampir menjelma. Final exam? Dua minggu bagi aku it's quite a long period of time. Alaaa, dua paper je. Sempat lagi nak shopping, update dua tiga entry dekat belog, strumming dua tiga lagu maybe??? Aku rasa, minggu pertama 2013 ni banyak benda gila yang aku buat. Benda gila yang semestinya duniawi semata. Sampai dah boleh agak malaikat mana yang lebih banyak mencatat kiri ke kanan? Lepas tu tak tahu apa kena mengena aku tiba-tiba tak ada idea nak tulis. Dan ke'percuma'an yang aku miliki sebab kelas dah finish oredi aku manfaatkan dengan fecebooking almost twentyfourseven dan terbaca satu article dekat page member aku ni haaa...




Saja nak share. Bye!




HUMAN BRAIN ANALYSIS - MAN VS WOMAN



1. MULTI-TASKING


Women - Multiple process. Womens brains designed to concentrate multiple task at a time. Women can Watch a TV and Talk over phone and cook.

Men - Single Process. Mens brains designed to concentrate only one work at a time. Men can not watch TV and talk over the phone at the same time. they stop the TV while Talking. They can either watch TV or talk over the phone or cook.




2. LANGUAGE

Women can easily learn many languages. But can not find solutions to problems. 

Men can not easily learn languages, they can easily solve problems. That's why in average a 3 years old girl has three times higher vocabulary than a 3 yeard old boy.




3. ANALYTICAL SKILLS

Mens brains has a lot of space for handling the analytical process. They can analyze and find the solution for a process and design a map of a building easily. 

But If a complex map is viewed by women, they can not understand it. Women can not understand the details of a map easily, For them it is just a dump of lines on a paper.




4. CAR DRIVING.

While driving a car, mans analytical spaces are used in his brain. He can drive a car fastly. If he sees an object at long distance, immediately his brain classifies the object (bus or van or car) direction and speed of the object and he drives accordingly. 

Where woman take a long time to recognize the object direction/ speed. Mans single process mind stops the audio in the car (if any), then concentrates only on driving.




5. LYING

When men lie to women face to face, they get caught easily. Womans super natural brain observes facial expression 70%, body language 20% and words coming from the mouth 10%. Mens brain does not have this. 

Women easily lie to men face to face. So guys, do not lie face to face.




6. PROBLEMS SOLVING

If a man have a lot of problems, his brain clearly classifies the problems and puts them in individual rooms in the brain and then finds the solution one by one. You can see many guys looking at the sky for a long time. 

If a woman has a lot of problems, her brain can not classify the problems. she wants some one to hear that. After telling everything to a person she goes happily to bed. She does not worry about the problems being solved or not.




7. WHAT THEY WANT

Men want status, success, solutions, big process, etc... 

But Women want relationship, friends, family, etc...




8. UNHAPPINESS

If women are unhappy with their relations, they can not concentrate on their work. If men are unhappy with their work, they can not concentrate on the relations.




9. SPEECH

Women use indirect language in speech. But Men use direct language.




10. HANDLING EMOTION

Women talk a lot without thinking. Men act a lot without thinking.










And my conclusion through a random observation : Some might be true and some might not. Terpulanglah. Semua tu bukan tak boleh diubah...lalalala.




p/s: menghirup udara gemencheh umpama terapi. bahagianya...

Wednesday, January 2, 2013

"ThaT tHiNG" - 2013, LeT's RoCk ToGeThEr


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Malam tahun baru hari tu, aku membuta dengan kadar segera. Menanti fireworks sambil terkinja-kinja laungkan "HAPPY-NEW-YEAR" bukanlah habit aku. Azam tahun baru pun dah lama tersemat sejak Maal Hijrah hari tu. Bunyi macam tak masuk dek akal Ocha beriya celebrate New Year Hijrah padahal tak post apa-apa pun pasal Maal Hijrah. So now aku nak post boleh?




Haha, dalam mimpi kau nampaknya. Dengan mata stim begini kau mahu aku bercerita pasal Maal Hijrah, lupakan sajalah. Aku bagi salam pun dah cukup bagus demi untuk menghapdet entri baru pada 2013. And "THAT-THING" yang beriya aku caption untuk title itu is my new resolution yang memang baru meroyan nak buat tahun 2013 ini. Maal Hijrah hari tu tak terfikir pulak nak buat, so I list it as the new one. Yang tahu, tahulah. Yang tak tahu, jangan tanya.




Benda itu hanyalah something yang baru yang aku nak belajar sampai pandai bukan untuk berlagak dengan orang ke hapa tapi untuk melepaskan gian di hati sebab rasa macam best pulak bila berangan pada masa hadapan lepak dengan kawan-kawan sambil bercakap tentang "benda-baru" itu. Statement saja nak bagi hangat hati.




Oh ya, remember that I told you guys about my "wedding-account" yang aku cakap dalam entry anak ayah hari tu? Yeah, account itu mungkin akan mula dibuka pada tahun ini. Dan tahun ini juga rasanya dah boleh mula fikirkan tentang masa depan dengan lebih serius. Tak boleh main-main. Tak boleh boros. Tak boleh kecewakan family. Sentiasa fikirkan cara terbaik untuk kekalkan senyuman pada wajah ibu ayah dan adik-adik. Jadi anak yang baik, jadi kakak yang baik, jadi sahabat yang baik, azam yang membosankan booo ~




Ok, simpan azam yang merepek dalam diari elok-elok. Biar Tuhan saja tahu apa 'gila' yang bakal aku buat nanti. Don't worry, I'll never cross the border limit. Masih tahu baik dan jahat, dosa dan pahala, halal dan haram. 2012, sayonara bebeh. 2013, let's rock together. 




"Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya, tidak akan mengenai sasaran" - Fawat Al-Fawayat, 3/87 - Beirut: Dar Al-Sadir.




Berfalsampah aku tengah-tengah malam buta begini. Penat meniti hari-hari terakhir bergelar student punya pasal. Cepatlah habis belajar. Aku tak sabar nak bawak anak-anak pergi Legoland.









How funny is that my junior did asked me this on twitter. Apa aku nak reply?






the history

Followers