Thursday, July 1, 2010

EnCiK YaBuKi HaYaTo, Ai sHiTeRuUu...~

Gokusen 2. Drama jepun yang aku tengok baru-baru ni. Apa maksud dia entah aku pon tatau. Yang aku tahu aku sudah jatuh cinta sama Yabuki Hayato ketua kelas 3-D stok budak-budak tak ada masa depan tak ada wawasan sampah masyarakat hapa kejadah semua tuh. (Kriteria prince charming wajib ada!)




Perkenalkan, Yabuki Hayato.




Biasalah ocha, kalau buat preview cerita of course sebab cerita tu SANGATBESTNAKMATI ataupun HEROHENSEMGILE. Dan sambil tu promotlah boleh kasi declare kat semua orang macam ni, HOI HOI MAMAT TU BALAK AKU KAU JANGAN KACAU DIALAH. NAK MATI KE? Ok, faham ye tuan-tuan semua. Dah mamat lain boleh ambik yang atas tu sila ambik jugak kalau mau mati! (Gila dasyat!)




IKLAN SEKEJAP. NAK REPLY MESEJ OBAMA.




Cerita pasal Gokusen 2. Drama ni sangat comel. Cerita pasal sorang cikgu nama dia Yamaguchi Kumiko. Berasal daripada keluarga Yakuza stok mafia-mafia kalau kau tak tahu Yakuza tu apalah ye. Kemudian dia dapat offer mengajar kat sekolah Kurogin hapa nama ntah dan jadi guru kelas 3-D. Dan jumpa budak-budak setan yang macam setan ni. Ada jugak Gokusen 1 dan 3. Tapi aku tak rasa macam nak tengok pun sebab biasalah casting dah lain mana ada YABUKI HAYATO lagi. Dah la tak hensem mana ada selera nak tengok plus antara ketiga-tiga gokusen ni pon, Gokusen 2 la yang rating paling tinggi. Ok, roll~









Yang tengah tu Yamaguchi Kumiko. Nickname, Yankumi. Paling kanan tu atok dia. Dua orang kat sebelah tu geng cikgu-cikgu dia kat sekolah. Dan juga budak-budak setan yang dimaksudkan tadi.









Salah satu scene masa diorang rancang nak sabotaj cikgu diorang. Of coz Hayato yang jadi kepala. Nampak tuh yang kat tengah-tengah tu.




Perangai sume masing-masing macam hantu itu sebablah saja kasi muka tachap kiut-kiut macam ni. (Oh hantu, kiutnya awaaak...!)









But mostly budak-budak setan yang macam hantu ni cuma lima orang saja. Nih, nih.




Dari kiri, Odagiri Ryu, YABUKI HAYATO, Takeda Keita, Hyuuga Kousuke and Tsuciya Hikaru. Cheh, ayat macam ambek gambar kelas pulak. Eh, eh, fokus pada CAPITAL LETTERS ya!
















Daaan, dan antara lima orang tu dua orang ni yang paling kamcheng.


YABUKI HAYATO and Odagiri Ryu


Hot stuff bukan??





Kalau berminat, boleh ambek yang KANAN SAHAJA, sebab KIRI TU AKU PUNYA. SILA REFER STATEMENT CAPITAL LETTERS KAT PERENGGAN ATAS ATAS ATAS TADI KALAU MASIH TAK FAHAM BAHASA MELAYU SAYA! Terima kasih.








Saya tahu anda juga menyimpan perasaan, tapi eh, tolong, tolong, ENCIK YABUKI HAYATO SAYA PUNYA OK. Nampak muka dia dah semacam? Itu maknanya dia tengah tension sebab dari tadi saya asyik mengumpat dia saja. DAH, DAH, makcik nak tutup kedai ni. Tadi CSI datang, dia berjaya bongkarkan satu MISTERI NUSANTARA. Sebenarnya...




Sebenarnya...




Sebenarnya... Sebenarnya...




DRAGON BALL ADA LAPAN BELAS BIJIK.




huwahahahahahahahahaha!!!




Tak, tak. Encik CSI tu bagitahu, sebanarnya, beliau bukan Yabuki Hayato. Tapi...


JIN AKANISHI !!!




Eh, Eh. Ada aku cakap aku suka Akanishi Jin ke? Tak ada kan? Ok, yang ni kalau kau nak ambik silakan. Jangan risau aku tak pakai capital latters. Aku tak minatlah Akanishi Jin ke Jin Akanishi ke, anak jin ke, bapak jin ke, seluar jin pon aku x minat. Yabuki Hayato jejaka idaman kalbu itu hanyalah mimpi semata-mata. Sekian terima kasih. Akhir kata dari saya, ambiklah Jin-jin di atas. Ambek, jangan tak ambik!










p/s 1: siapa rasa-rasa dalam hati dia cakap 'alah, orang dah lama tau cerita nih...' HOI, HOI, ADA AKU KISAH...???

p/s 2: Samalah macam aku minat Captain Jack Sparrow, bukan Jhonny Depp. Aku minat Joe bukan Aaron Aziz. Aku minat Fang Shijie, bukan Jay Chow. Aku minat Rahul, bukan Shah Rukh Khan. Aku minat Gu Jun Pyo bukan, err, tatau apa nama ic dia. Ok bye!

Tuesday, June 29, 2010

ThE pLiGhT oF PaLeSTinE

Hari tu dapat invitation dekat facebook about to attend ‘The Plight of Palestin’, satu program dekat Maahad Ahmadi hari jumaat dan sabtu 26 and 27 of June yang lalu. Salut to Muaz (tak tahu siapalah yang pasti beliau adalah antara kaum-kaum junior time aku sekolah tu dulu) kerana menganjurkan program ni together with the advisor Puan Adzlina which I used to call her as Teacher Ad. Eh, siapa ex-Maahd? Korang faham ke tak apa yang aku cerita nih?



Well, satu kebanggaan juga bila melihat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga sekolah, guru-guru, pelajar-pelajar, ibu bapa dan juga ex-ex student macam I... Cheh, nak kata dia prihatin la tuh.







Tak, tak, mana ada. Kebetulan rumah sebelah pagar sekolah. Malu la kat kawan-kawan, dari KL sanggup turun Negeri 9 bagi support dekat ex-school tapi kau selamba lepak dekat rumah duduk depan tv kunyah keropok ikan krak kruk krak kruk. Nak mati ke tanamkan sifat macam tu?




Ok, ok. Saya datang. Tapi lambat sikitlah sebab siang-siang hari ambek tender jadi driver Yang Mulia Bundaku Permaisuri Agong nak pergi shopping nak beli kain langsir. Raya nak dekat ni biasalah, kan, kan, kan...






Jadi, malam tu barulah saya datang. Eh, datang awal ok. Sempat lagi tengok adik-adik *senawi 1 buat rehearsal untuk performance diorang malam tu. (*senawi satu - form 4)




So kawaaai, macam stroberi. Comel-comel belaka rasa macam nak ganyang je budak nih sekor-sekor. Geram-geram!






Eh, tapi sebelum tu nak bagitahu, cerita ni tak ikut kronologi ye. Tak ikut tentative program sebab aku main letak je nih. Kalau majlis formal of course la ada ucapan YB ini YB itu, pengetua ini, penceramah itu. Tapi takkan nak cerita semua korang faham-faham sahajalah, apa tak pernah pergi sekolah ke?






(Ok, ni pasangan pengacara.)
Adik Raudhah dan... err, eh adik sebelah tu siapa nama?

Pengetua, Ustaz Abdul Rahim Maamor.





Ucapan perasmian pembukaan

Ucapan perasmian penutup




And lastly, ada persembahan daripada adik-adik ‘Flowers Are Red’ yang aku cakap tadi tu,

Sempat kandid sebelum naek pentas



Beautiful perfomance. Comel blako demo nih.



So, tak hairanlah bila diorang dengan wajah teruja hari tu cakap dengan aku, "Kak Ocha, akak tahu tak TV Hijrah offer kitorang buat persembahan sempena pelancaran tv baru tu." Oooo... Waaaah... Aku pon memberi respon dengan kagum. Yelah dah nampak kereta atas tu, percayalah.

Lepas tu persembahan daripada kumpulan nasyid Maahad
‘Southul Rayyan’,






Dan juga artis jemputan ‘542’ sebut macam ni, ‘Faiffotitu’ – yakni kumpulan rap hip hop yang nyanyi lagu ‘minah-minah tudung zaman sekarang ramai cacat otak @#$%^&*’ haaa, yang tu, yang itu laaaaa...




Apa gile sekolah aku nih jemput diorang datang buat performance? Ok, ok. Tak gile lah. Cuma berani sahaja. Sebab selalu jemput kumpulan-kumpulan nasyid macam intim tu kan, tiba-tiba pulak jemput kumpulan rap hip-hop. Apa tak ternganga mak cik ocha nih mendengarnya.




Sekarang majlis sudah berakhir. Saya pon minta diri untuk pulang ke rumah, ye. Eh, kejap. ada sesi bergambar dengan adik-adik faveret kesayangan. Ini dia...



Haziqah. Adik gedek kesayangan.



Haziqah lagi, dengan Wardah adik dorm dan Ezzah adik feveret.




Fatin Diyanah. Adik feveret kesayangan jugak.


Hadiah saguhati yang dibawa pulang...

SEKIAN TERIMA KASIH. KITA KEMBALI KE SRI PENTAS.

(special thanks to admin facebook Maahad Ahmadi for some of those pictures)







p/s: ada macam wartawan sekolah tak...?

Monday, June 28, 2010

sELaMaT uLaNg TaHuN, aNaKkU..!!!

Kalau aku nih mak orang la, konfirm dah lama kena maki dengan anak sendiri “Apalah mak ni, kitorang punye birthday dua minggu lepas mak baru nak wish hari ni...” cheh, kurang ajar punye anak, itu nasib baik aku wish. Sekali aku tangan karang.


Eh, eh, itu kalau aku jadi mak orang la. Tapi nasib baik tak jadi kenyataan lagi. Anak yang bukan anak orang pon aku tak terjaga. Nih, nih... Encik Belog ni, umur dia sudah satu tahun dua minggu yer, fyi.


“Minta maaf la cyg mama tak perasan tak tengok kelender masihi. Hari-hari dok kira rejab, syaaban, ramadhan tak tahu bila nak habis ganti puasa. Dok pikir nak beli kain baju raya lagi, kain langsir, kain kusyen, kain cadar, kain selimut haish segala macam kainlah nak beli. Manalah mama sempat nak ingat birthday-birthday ni semua.”


Tapi u all sangatlah comel. Sudah satu tahun dua minggu mana tak comel. Kalau tengok kanak-kanak yang dah umur satu tahun baru nak start berjalan tatih-tatih jatuh bangun jatuh bangun kepala terhentak kat kaki kerusi pon dia boleh gelak-gelak lagi, haaa macam tulah belog aku nih. Kawaaai bukan? Nak fugure yang lebih jelas? Sila lihat kanan. Yang ada kembar dua ekor dalam telur atas kereta api itu anak akulah tu. Jangan tanya siapa bapak dia. Sudah mangkat. Aku jandalah weh!


Sebab anak aku ni bukan anak orang, jadi dia tak banyak songeh. Wish cepat ke, wish lambat ke, janji wish. So, HAPPY BELATED BIRTHDAY TWINS! Teruskan usaha anda. Teruskan membelog. Eh, tulis belog baik apa untuk kesihatan. Oleh itu, sekian terima kasih. Mana tuan rumah? Saya nak minta diri... Ciaou...!!!


Sunday, June 27, 2010

LaGu UnTuK aYaH


Kali kedua wish Happy Fathers Day dekat belog. Ini saja yang mahu di tayangkan. Buat tayangan amal ini bagus apa untuk kesihatan. Malas cakap banyak. Terimalah “WAJIB TAYANG” dari saya...


Kad Hari Bapa handmade nih woo, kau reti ke?
Eeh. Terselit sekali birthday boy saye punye kad.
Aaah, gasaklah.

Ok. Ni nak ceritalah. Dulu masa belog baru-baru nak hidup dulu, masa post pasal Father’s Day kat belog nih, aku ada cakap, aku pernah tulis satu lagu untuk ayah. Tapi masa tu tahap malu sangat melampau sampai rasa nak tutup kepala dengan kotak lepas tu menyorok bawah meja selubung dengan kain halimunan sebab takmau kasi orang tengok lagu versi budak-budak tu laa.


Tapi setahun kemudian, mungkin setelah melalui proses kematangan, aku tak rasa aku perlu malu untuk sesuatu yang aku harus banggakan. Lagu ni, walaupun agak rock, tapi setiap kali aku nyanyi, mesti air mata aku menitik. Tak tahu apasal aku jiwang sangat. Dah dah jangan buat sesi temuramah pulak kat sini. Kalau tak tahu macam mana rentak lagu ni, baca sajalah macam puisi. Nak pantun ke, nak sajak ke, nak syair ke, nak nasyid ke, sukahati makcik tiri abang angkat kau punya jiran blok lima palang sembilan itulah.


Tapi harus di ingat, ini adalah HAKCIPTATERPELIHARA ye pakcik-pakcik dan makcik-makcik sekalian. Bukan untuk komersial. Tapi kalau rasa nak buat recording, sila minta izin tuan tanah kedaun dahulu. Saya mahu kelim hak royalti. Sekian terima kasih. Kita kembali ke sri pentas.


KERANAMU AYAH
(bukan ‘keranamu malaysia’ ok)


Andai bukan keranamu takkan ku mampu ada di sini
Andai bukan keranamu takkan kuraih citaku ini

Ayah, kaulah, nadi kakuatanku
Ayah, kaulah, nadi dalam diri

Takkan pernah kulupakan segala kasih dan pengorbanan
Azimatmu kan ku genggam, biarku harus jauh merantau

Ayah, kaulah, nadi kekuatanku
Ayah, kaulah, nadi dalam diri

*Cho*
Keranamu ayah,
Kulahir kedunia ini,
melihat indahnya pagi,
yang menyinari hidup ini
Keranamu ayah,
Kujejak ke puncak gading,
meraih anugerah ini,
kurniaaan dari Ilahi,

Ayah, kaulah, nadi kekuatanku
Ayah, kaulah, nadi dalam diri.
(ulang cho)
Ayah, ayah, ampunkanlah diriku
Ayah, ayah, ku sayang padamu...


p/s: Actually tak tahu bila hari bapa. But, I OWEYS LOVE U AYAH...~ coz u rock..!

Saturday, June 26, 2010

TaK DaPaT KoLeJ, PeGi sUnWaY PyRaMiD

Saye ni, bukanlah jenis yang gile online. Hari-hari mau online. Bukak mukabuku, bukak belog, download lagu, baca paper, main game, shopping online, study online, ok yang last tu tipu.


Sebab itulah sekarang ni bila cerita hari rabu, dia post hari sabtu. Punyelah lama nak tunggu. Tapi bukan sebab malas, cuma disebabkan sudah mula memberi komitment kepada kerjaya dan rumah tangga. Komitment pada suami dah lama hilang. Biasalah, dah bercerai talak tiga hari tu baru je pergi mahkamah syariah. Takmau komen lebih-lebih. Eyemore dah habis dah tak boleh nangis lagi dah.


Inilah, kolej punya cerita. Bakal menjadi pelajar tahun satu semester dua julai nanti. Recently, masih terkapai-kapai mencari tempat berteduh. Of coz sebab tak dapat kolej. Itupun lagi mau tanya. Apa punya susah MELATI ni nak bagi sebijik bilik kat aku. Puas aku hamparkan setinggi pujian, bak bintang dilangit, bak bulan mengambang, bak gunung everest kuasa lima itupon lagi mau kedekut ka?


Sudahnya aku tibai je borang mawar tu. Syhhh, kalau rahsia aku kantoi korang aku cari sampai lubang rabbit. Sebab syarat nak apply kolej lain musti buat rayuan kat kolej sendiri dulu ye. Kalau gagal jugak barulah boleh menadah muka seposen kat kolej lain. Tapi aku yang tak geti nak tadah-tadah muka ni, selamberland je auta itu pakcik kolej. Kantoi lagi. Aduuuh...


Sekarang borang dah rembat, tunggu slip gaji ayah dan dengan baki masa yang masih ada ni, marilah saya bawak anda semua ke lokasi pengambaran drama bersiri Korea FULLHOUSE. Excited kan semua!


Okeh ini dia...
Secara telus dari hati yang suci dan murni, memang haram tak pernah dengar nama lokasi penggambaran ni before. Biasalah, selama ni shooting JJCM dekat kawasan pedalaman je. Tiba-tiba hari ni gatal nak buat dekat Sunway Pyramid. Siapa tak tahu Sunway Pyramid tu kat mana mintak maaf la yo. Tak dapek den nak menolong ea...~


Hos utama. (Di rumah)


Rakan hos, Hunny Bunny.
Dengan rambut kembang ala Gu Jun Pyo.
Shumel dan kiut bersatu dalam pekej ini.
psst.. dah puji nih, birthday present kasi vavavoom yer..:P


Menu utama
Ikan Dori Blah blah blah.
(Maaf tak hafal pulak tajuk menu nih)


Chicken blackpaper hapa kejadah ntah nama santapan Cik Hunny nih.
(Maaf la. Masih tak kuat ingatan lagi.)
Tapi dua-duanya air yang sama. Ice Lemon Tea.
Straw je lain-lain kaler. Harap maklum.


Yang hafal, kek hijau, dengan egg tart nihaa.
Semuanya enambelasringgitsembilanpulohsen satu set.

Hos ketiga yang juga merupakan hos wajib ada, sayangnya tiada. We wish u were here siti noor haaajar blair. Tapi tak apalah. Anda juga seronok menikmati makanan arab di rumah, bukan.
Aaah, aku tak kira. Next JJCM kau mesti ada. Kalau tak aku saman kau kerana melanggar kontrak. Kayalah aku nanti. Wah, wah, wah, ana kaya, ana kaya. Ni yang tak sabar nak saman kau nih weh...~

p/s: Tiba-tiba di penghujung rancangan, selendang dah jadi tudung. Ajaib.

Wednesday, June 23, 2010

MaRbLe ChEeSe BrOwNiEs (entry terlajak)

Melayan tekak adik-adik BERUANG memang best. Maklumlah tengah cuti sekolah bila lagi nak kasi tambah lemak diorang dan lemak aku juga. Dah la gedik mau bikin 'keju-keju' punye kek, siapa mau habiskan kalau diorang takde?








Kang kalau aku melantak sorang, elok-elok panjang umur, murah rezeki, terus jadi pendek umur tak ada rezeki choooyyy....!!! Mulut kau pakai insuran cap apa nih haa...?






Jadi pendek cerita beginilah ye. Tukang masak tak profesional, kerjanya memang selalu comot dan serabai begini. First time nak buat brownies. Lagi-lagi kalau cikelat. Memang semuanya hantu belaka macam ada penyakit histeria tak boleh nampak cikelat, asal nampak je nak menjerit lepas tu habis setalam tak sempat nak sedekah kat jiran sebelah.



Macam nilah tukang masak tak profesional punya garisan latitud dengan longitud. Dulu masa kecik-kecik belajar geografi kedekut kertas graf buat graf sendiri pakai A4 je. Kalau dah terdesak nampak muka cikgu macam dah seminggu mengidam nak makan kepala orang, barulah terhegeh-hegeh senyum dekat kawan sebelah pow kertas graf. Itupun sehelai. Kan dah menyesal, bila besar tak geti lukis garisan. Besar kecik semua ada janji bentuk petak.






Lepas tu nak cover line petak berbagai-bagai saiz tamau bagi obvious buat la lorek-lorek macam ni, konon nak masukkan unsur-unsur 'kesenian' kepala habah dia punya kesenian, lagi huduh adalah. Cantik lagi garisan latitud longitud kat atas tadi aku rasa...









Bila tiba masa untuk potong-memotong, dah la keju ni tak reti-reti nak keras punyalah lambat nak mampos kasi pekej penginapan dalam freezer pon degil jugak tamau keras padahal kiri kanan muka-muka beruang yang kelaparan semua dah meleleh air liur. Nak tanak aku potong jugak lah.




Kan aku sudah bilang jangan ungkit pasal saiz dan geografi kat sini.
CHIOUU...

Sunday, June 13, 2010

kEnaPa TaK BoLeH?

Semenjak kebelakangan ni, selalu mandi tengah-tengah malam. Bukan sebab Malaysia mencapai suhu kepanasan yang terlampau atau disebabkan sistem saraf bertukar kepada mode pamalas bak kata oghang kedah macam balok liat tuh. Bukan, bukan. Tapi sebab memang suka mandi tengah-tengah malam laa. Saje suka-suka. Boring. Saje nak bagi bil air melambung tinggi tiap-tiap bulan.



Tak, tak. Aku tak sekejam itu untuk menambah beban kepada ibu bapa aku. Reasonnya cuma satu. Sebab lepas mandi, automatik badan akan rasa macam baru telan sebotol pil tidur. Aku tahulah, ‘orang lain lepas mandi segar bugar macam sayur-sayuran yang baru petik sebelum subuh nak hantar pegi pasar, tapi kau tak’. Sebab aku tuan tanah kedaun, aku tuan badan, aku tau la badan aku punye antibody macam mana.






Lagipun tiap-tiap hari punye rutin, lepas habis shif keje dalam pukul lima petang kadang-kadang pukul enam tu, badan of coz la letih konon-konon kau buruh kasar yang dikerah oleh tentere jepun untuk membina landasan kereta api maut zaman penjajah dulu, tapi nak tido petang-petang tak boleh atau telinga kau harus jadi kebal untuk menahan segala caci maki dari bunda, eh taklah, itu bukan maki, cuma peringatan yang tipikal tapi masih tak tembus-tembus kepala batu ini. Tak payah la tanya aku kerja apa. Gaji, setakat nak beli coki-coki, small the pisces itu...~






Kemudian, untuk memastikan mata tak berat pada waktu petang atau lebih tepat, waktu maghrib, selalulah bukak laptop sambil bukak movie yang rasa-rasa takkan buat aku terlelap sebelum maghrib, macam contoh hana kimi extended ke, hana kimi the series gile bapak segala panjang, malas nak layan. Charlie and the chocolate factory ke, Alice in wonderland ke, Pirates of the Caribbean dari ‘The curse of the black pearl’ sampai la ke pirates yang ‘At world’s end’ tu. Siapa cakap tengok Jhonny Depp hari-hari bosan? Aku tak, tak, TAAAAKKK...!!!






Lepas tu bila dah malam, bila time sepatutnya kena tido, dah tak boleh nak tido pulak. Aneh dan ajaib sungguh antibody aku sejak duduk rumah ni. Bila seisi rumah dah gelap gelita, dah sunyi sepi, aku pun keluar la menggelabah pegi dapur tu sebab hari-hari asyik online resipi kek lepas tu pegi la menghuru-harakan dapur, buat kuak lentang, kuak kupu-kupu, lontar telur, tepung, gula dan sebagainya stail lontar peluru dalam sukan olimpik masuk dalam mixer bowl dengan harapan besok pagi bunda bangun pagi tengok-tengok dah ada breakfast atas meja, macam la aku rajin sangat bangun pagi buat sarapan padahal tengah-tengah malam tak tidur menganggu jiran tetangga dengan bunyi pinggan mangkuk belanga tu semua.






Sebab tulah aku cakap, aku suka mandi tengah-tengah malam. Bila dah berhempas pulas bekerja over shift sampai tengah malam, sampai baju yang harum berbau downy sudah bertukar menjadi bau sarung kaki, memang la kena mandi. Takkan nak tidur dengan titik peluh yang berbau hapak itu semua. Lepas tu bila dah tidur, terus tak sedar diri konon la putera raja datang dalam mimpi naik kuda putih bawak jalan-jalan tepi pantai atau putera raja datang bawak gitar dan mainkan beberapa buah lagu jiwang untuk aku. Wah, hebat juga putera raja main gitar...






Padahal bukan nak cakap pasal putera raja. Sebab semalam nampak satu artikel, artikel tu cakap tak elok mandi tengah-tengah malam sebab nanti banyak side effect. Setakat paru-paru berair tu, itu memang sejak dari dulu aku dah tau. Tapi tak tahu pulak kalau mandi tengah-tengah malam ni boleh jadi tidak subur. Nanti muka jadi tak berseri. Kononlah selama ni berseri sangat. Lepas tu cepat tua. Cepat penat. Jalan pun termengah-mengah. Batuk, selsema. Boleh bayangkan tak anak dara yang tak subur muka dahlah tak berseri jalan termengah-mengah sebab cepat penat sambil terbatuk-batuk? Aku tak mahu jadi seperti itu.






Kesimpulannya, tapayah mandi langsung...!!!

Friday, June 11, 2010

dEaN LiSt

Alhamdulillah, syukur ilallah...


Hari ni dapat result. Semester satu di Shah Alam yang sangat mencabar, penuh cabaran dan membuatkan aku sentiasa tercabar, membuahkan jugak hasilnya. Bukan 4 flat. Bukan dean list. Tapi cukuplah buat aku tersenyum dan sujud syukur sebab aku tahu, banyak mana aku tanam, banyak tulah aku tuai...


Aku bukanlah pandai macam maskot kucing kepala besar A.L.O.N.G yang bijak, pintar, rajin, cerdik, cerdas, cergas dan sebagainya tuh cuma biasa-biasa saja tapi tidaklah sampai ke tahap bodoh, bangang, dungu terlampau. Achik kau mintak-mintak janganlah.


Kalau tanya pasal result, semua dah memang sah akan buat muka tak puas hati pandang muka kawan-kawan cakap alaaa, aku dapat sikit je tak macam kau dean list. Dah boleh agak dah result kau tuuu. Yang dapat dean list pon hantar sms wish congrates kat semua kawan-kawan lepas tu ayat pon sama dengan orang yang tak dean list alaa, aku dapat sikit je taklah sehebat kau. Eh, eh, bukan kau laa jangan perasan pulak sebab aku punya course tak sama dengan kau kan. Dah dah tamoh taching lagi lah...


Itu orang punye rezeki kita tumpang senyum sajalah jangan gadoh-gadoh nanti bila masuk semester baru kau jumpa dia jugak buat group assignment sama-sama, buat presentation pandang muka dia jugak, bila sesi Q&A tangan dia jugak yang naik dulu bagi kau berdas-das soalan maut macam nak bagi kau muntah terguling-guling kat depan kelas tu. Rezeki masing-masing. Mana tahu semester depan rezeki kau pulak dapat dekan berdoalah kan hari ni hari jumaat... (apa hari lain tak boleh berdoa?)


Aku tak cakap aku iri hati cemburu dengki tengok orang dapat dekan ke hape sebab aku tak compete dengan dia, aku tak aim nak dapat pointer lebih dari dia, even tak pernah pulak berniat nak jerit KAU PERGI MATILAH. DEAN LIST IS MINE. ONLY MINE, MINE, MINE..!!!


Cuma kalau lagi tiga orang macam ni sudah cukup bagi pelingkup hidup aku agaknya. Tau la semua orang punya pesaing pon mesti ada nama AIN NATASHA macam susah sangat nak kalahkan dia. Kan dah dapat DEAN LIST termakbul dah hasrat itu sebab pesaing dah kecundang. Tahniah saya gembira untuk awak. Apa lagi kau nak. Blah jangan kacau hidup aku.


Tamoh la gado-gado. Nak dean list ambek nih. Sume horang pon dapat...!

Wednesday, June 9, 2010

cERiTa MiNuM pEtAnG

Hari ni tiba-tiba 'ter'mengidam nak makan mi kari. Tapi kalau part kari mengari ni, I tak boleh masak sendiri. Mesti serahkan pada yang pakar. Jadi bundalah si pakar itu. Dengan syarat kena bangun pagi-pagi hantar beliau pergi pasarlah.



Any how, entry ni bukan nak cerita pasal mi kari or cara-cara membuat mi kari atau bagaimana cara nak makan mi kari sampai licin mangkuk atau tentera-tentera yang seangkatan dengannyalah. Sebab nak bagi pendek ini entry, sebab sekarang ni dah pukul tiga pagi, sebab mata pun dah tertutup setakat nampak taskbar kat bawah skrin laptop ni je. Gilalah kalau nak cerita tu semua kan.



Sebabkan bunda dengan baik hati buatkan mi kari untuk saya, sorry la, gambar mi kari tak ada sebab sekarang dah pukul tiga pagi gila ke kau nak terjah peti ais cairkan kuah kari yang dah tinggal kuah dan daun kari tu? Dah la segala ramuan ayam, tauhu, kerang dan rencah-rencah lain sudah lenyap dalam tu. Kalau nak pun kau kenalah menyelam ke dasar lautan kari tu dan memang bukan kerja yang komersial la untuk aku dikala pukul tiga pagi ni.



Oleh itu, popia ini saya buat sebab bunda dah penat masak memenuhi permintaan tekak gedik saya ni. Susah-susah je...hihi. - (Cheh, tukar-tukar makanan macam tinggal berjiran pulak.)



Ni popia yang sangat komersial okeh. Sebab mengandungi unsur-unsur kesenian yang sungguh tidak ternilai. Aku sendiri tak sanggup nak makan sebab dah penat-penat bikin kasi comel-comel dan montel-montel adakah patut bila masuk mulut hilang begitu saja? (Nak jadi apa kalau masuk mulut tak hilang?)



Tapi adik-adik beruang aku yang sentiasa kelaparan itu dengan dengkinya sengaja habiskan semua popia comel aku tu tanpa belas kasihan termasuklah dengan kek tiga lapis yang suka-suka hati je aku cipta sendiri ni.



Ada rasa macam kaler bendera Afrika tak?



Ini paling tak boleh blah! Siapa punya kerja entah.





Kalau minum petang punya cerita, memanglah pendek macam ni. Lainlah kalau cerita pasal candle light dinner ke, kenduri kendara ke, majlis tilawah al-quran ke? Ok, mata dah tak nampak skrin dah!




p/s: Gilalah website UiTM ni haram jadah tak dapat bukak...!

kEkEjaMaN IsRaEL MaKiN tEsErLaH

Disebabkan belog ni selalu merepek, jadi bila sesekali nak serius macam ni rasa kinda weird, kan? Tapi this is not the copy and paste punye ayatlah sebab tuan rumah sendiri mau baca pon rasa tak ada selera. Those yang memang selalu follow up recent current issue for example macam Piala Thomas ke, AF8 ke, SUKMA ke, FIFA World Cup kat South Africa tu ke, Yuna buat album recording kat US ke, human trafficking, murder, global warming, even birthday YDP Agong Tuanku Mizan hari tu pon jangan berani cakap korang tak tau pasal Israel attacking on Mavi Marmara and Rachel Corrie ship last week atau aku tak tahu nak cakap apalah kan.


Obviously, pasal global issue macam ni bukan I punya kind of expert to talk about la tapi it’s still be my attention one. Tambahan lagi baru-baru ni ada ‘ter’baca laman sesawang milik seorang rakan blog, Farid yang apparently geng-geng Kedahan I tahulah memang dari awal sem dua I mean awal tahun 2009 dulu masa semua orang bersemangat boikot Israel, he’s one of the active participants. Memang tengok dia punya kempen pon all out, memang I respect u lah Farid. So, kalau nak baca belog beliau, kelik sini, terima kasih.


Dari sesi berdebat bila some of the ‘Merbokian UiTM Kedah’ tu mempersoalkan “Kenapa tak boleh makan KFC?” “Apa benefit kita boikot semua product Israel?” “Like we can’t imagine live without TESCO” and macam-macam lagilah, tapi hujah dia buleh je buat orang hilang lidah and sanggup tukar Chicken Mc Delux tu dengan burger ayam abang Ramly tepi jalan kalau kau tak percayalah. And I wonder kenapa statement macam terlalu memuji Farid nih?



Ok, cut, cut! Honestly kesal juga dengan diri sendiri sebab kenapa bila Israel yang dah memang kejam tu bertambah kejam dan bila kekejaman tu dah tersebar sampai bila seluruh dunia bangkit mengutuk melaungkan kecaman dekat si laknat yahudi tu baru nak rasa insaf dan sedar diri betapa selama ni memang kitalah penyumbang besar setiap butir peluru yang tertusuk dalam tubuh saudara kita di Palestin tu. But this time, I’m quite proud of the world society sebab memang terang-terangan bangun menentang. Sad, guilty and proud all mixed together.



Teringat pulak kata-kata Wardina dalam Berita Minggu 6 Jun hari tu,

“Jangan lalai dengan hiburan, muzik, filem dan lagu yang dibawa dari barat. Usah biarkan diri dikawal media yang menjadi milik mereka kerana ini antara agenda propaganda dalam melalaikan umat islam supaya kita tidak bersatu. Apabila iman kita rapuh, mudah untuk mereka menakhluki kita. Tidak semestinya dengan penjajahan tetapi juga dengan cara pemikiran dan gaya hidup. Kita memiliki budaya dan agama, jadi berpegang teguh kepada jati diri kita! Allahuakhbar!”



Sekianlah para pembaca, saya berhenti di sini saja. Usaha untuk membenci Toasted Twister, Sundae with extra chocolate and Jhonny Depp sedang giat dijalankan. Jhonny Depp? Jadi janda lah aku lepas ni...


p/s: Sesiapa yang suka mengutuk orang tu, apa kata lepas ni kutuk Israel pulak. Yang ni tak dapat dosa punya...

Monday, June 7, 2010

Jay Jay Si Em vErSi RuMaH

Holla seniorita...! Hehe, assalamualaikum... Kaifa halukum jami’an...? Hoping that each and every one of you, those readers of blog yang sungguh tak komersial ni, in a great healthy of life along together under the bless of His mercy. Amiiiin...~ (p/s: Jangan lupa boikot Israel...!)





Disebabkan shooting jalan-jalan cari makan asyik ditunda, jadi, tuan rumah pun decide lepas geram dekat rumah. Habis segala resipi dia bantai. Alah, tuan rumah tu aku la. Minggu lepas ada buat puding roti ni. Orang putih panggil 'bread puding' laa. Tak sempat nak capture dah kena serbu. Minta maaf la ye. Ni je yang mampu...








Sebab sekarang tengah lapar, sebab tu saja nak post pasal makanan kat sini. Obviously muka pon makin bulat. Sebab memang disengajakan supaya bila world cup nanti senang nak lukis bendera Spain kat muka. Apa masalah kalau lukis bendera dekat muka tak bulat aku pon tak tau.






Dan satu lagi, hari tu tiba-tiba terasa nak buat amal kebajikan bangun pagi-pagi gila jadi orang pertama sampai kat pasar sebab semangat nak masak lauk paprik campur ni. Kepada sesiapa yang tak tahu, ocha memang suka makan paprik tapi tak reti masak paprik.









Tapi sekarang kalau ada sesiapa yang cakap aku tak reti masak paprik memang nak kena sumpah jadi sotong katak. Boleh la aku buat sotong kering tabur garam dan gula lepas tu ratah sambil tengok Jhonny Depp melayang-layang dekat tali kapal dalam cerita Lanun-lanun Carribean gila punya old season muvie lah aku ni.






Ada lagi yang first time. Bukan paprik je yang aku tak tahu (dulu la), nak buat agar-agar pon tak reti. Bukannya orang suruh buat agar-agar puding kastard dengan whipping cream hapa kejadah suma tu, tapi yang biasa-biasa, yang bodoh-bodoh, yang budak-budak tingkatan tiga masak dalam bengkel kemahiran hidup yang ambik ERT Ekonomi rumah tangga laa. Kan ada masak-masak dalam silibus tu. Tapi itu pon aku tak reti jugak.








Tapi sekarang dah tau. Dah maju selangkah ke hadapan. Sila tepuk tangan! Ocha pon kembang hidung sebab bangga dapat buat agar-agar mangga. Sebab stok buah mangga banyak kat rumah dan pandai-pandai suka-suka je taruk menda tu kreatif tak aku??? Tau la korang puji aku dalam hati sebab agar-agar aku comel-comel, montel-montel, gebu-gebu dan sedap-sedap kaaaan...!!! Dah la tak letak gambar agar-agar setelah kaluar dari kepompong acuan sebab terlalu pelahap sampai tak menyempat-nyempat nak masuk perot. Redha jelaa.


Lepas tu lagi, tibe-tiba gedik mengidam nak makan indulgence. Haaa... gedik la lagi, gedik, gedik...





Sebab tak reti buat sendiri. Beli la kan senang...!








p/s: Gila excited 1st time nak buat cheesecake. Tak tawu la haram jadah apa yang jadi nanti...

Friday, June 4, 2010

kEk SaRaNg SeMuT...~

Entry ni kan, dah lamaaaaaaa sangat nak post. Saje nak promote lagi. Kek yang resepi dia dah lama 'bersarang' dalam buku resepi tapi tak ada masa nak buat. Biasalah, since i oweys menggelabah je semenjak dua menjak ni kan, tak ada masa pulak nak memporak porandakan dapur tu. Oleh itu, bila dapat chance malam tadi, apa lagi...





Tapi sebelum tu, nak mukadimah sikit. Tahu tak kenapa kek ni dinamakan KEK SARANG SEMUT? Kenapa tak letak nama KEK SARANG LEBAH ke? KEK SARANG BURUNG ke? KEK SARANG GAJAH ke? Eh, gajah?





Dah, dah. Keluarkan pen dan kertas. Jawapannya di penghujung rancangan nanti ye. Sekarang, bahan-bahan yang perlu dicari kalau pergi kat pasar raya berhampiran ialah, tepung gandum, gula, susu pekat, soda bikarbonat, baking powder, telur, mentega, esen vanilla dan itu saja. Salin.




Kalau nak buat. (Kalau tak nak buat terus baca ayat terakhir post ini dan blah.)








1. Mula-mula, cairkan gula.










Bila gula dah cair, masukkan tiga sudu mentega dan lepas tu, biarkan dia sejuk...~









Sementara nak tunggu gula tu sejuk, putar telur dengan susu pulak sampai kembang...












Masukkan gula yang dah sejuk tadi, lepas tu tepung, dan segala powder-powder yang ada tu. Haa, campak je semuanya...~












Dan balut dengan aluminium foil biarkan dia selama beberapa jam...! Bagi dia pekej penginapan 3 hari dua malam pon buleh. Makin berseri-seri kek tu nanti...~ Macam ni...





Dengan syarat, perlu menjalani proses pengukusan dululah ye. Kau ingat kek aku ni magik ke hapa tak masak tiba-tiba terus siap jadi kek seketul. Waaah, hebatlah aku kalau macam tu...





Dan sebab itulah nama dia KEK SARANG SEMUT... Sebab lubang-lubang yang ada dekat kek tu, macam sarang semut. Haa, itulah gunanya baking powder dan soda bikarbonat tu. Kalau tak, tak dapat der nak jumpe lubang-lubang tu sume. Bagilah pekej berapa malam pun, tak ada punyaaa...~ Tapi kalau tuan hamba bijak bistari, nak ambek sarang semut yang real tu letak pap sebijik dalam kek tu pon boleeeeeh...




Tapi mak mertua aku panggil kek ni KEK GULA HANGUS. Sampai bergaduh tarik-tarik rambut la. Orang cakap KEK SARANG SEMUT, dia nak jugak KEK GULA HANGUS dia tu. Padahal sama je. Haa, hambek...! Lepas tu, ada jugak orang panggil KEK GULA PERANG, KEK ... eerrr, tak tahu apa nama lagi nak letak. Tapi sama jugaklah...~






Tunggu...! Next post ada resipi baru lagi. Biasalah, sejak jadi suri rumah sepenuh masa ni, macam-macam skill nak tunjuk. Saje nak riak, bangga, takabbur sikit. Paaaang!!! Pelempang jepun satu. Ciaou...~






p/s: Cuba tanya tuan rumah, berapa poun dia naik time cuti ni...?

Wednesday, June 2, 2010

AsaL cEpAt SaNgAT JuuuN...!!!

Note to self:

- Bangun pagi dengan tekad tak mau tido lepas subuh.

- Breakfast with low fat cereal dengan harapan boleh hapuskan lemak sebulan ini.

- Nak basuh kereta dengan harapan usaha pembuangan lemak semakin lancar.

- Father's day comin soon. My bro's birthday as well.

- Broadband bakal dihapuskan sebab terlalu baik hati bagi virus masuk laptop ni.

- Banyaknye wedding ceremony. Bila masa pulak aku nak shooting jalan-jalan carik makan ni?




p/s: Gossip girls, saya rindu awak laa...~

the history

Followers