Monday, February 3, 2014

WeDdiNg aNd So CaLLeD rEuNiOn ~ yEaH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aza, kawan sekolah saya akhirnya selamat berkahwin. Selepas Azmu, which I posted on this entry, dan Shaliza (maaf Shaley tak sempat datang walimah awak hari tu dan tak ada entry sebab busy terlampau), so Aza kawan ketiga (rasanya) yang menamatkan zaman bujang. Tahniah-tahniah-tahniah. Kepada Shaley juga, saya jamak sekali entry tahniah ini untuk awak ye sayang. Cepat-cepat timang baby. Pesanan untuk awak berdua.





One thing yang menarik bila pergi kenduri ialah sebab masa nilah we ols berunion dengan kawan-kawan sekolah. Bakdatang semua makin berseri-seri, bam-bam cikebum walaupun ada yang maintain sama seperti sembilan tahun yang lalu sembilan tahun u ols. Nampak tak ini sembilan tahun selepas PMR punya cerita. Sepatutnya kau harus awkward antara satu sama lain tapi tidak, semua kepala macam bersatu secara automatik tak tahu kenapa. Pasal dua orang kat belakang tu agaknya. Hah yang itu memang BFF.






Masa ni baru sampai. Jumpa pulak kakak senior kitew Kak Aisyah Aziz dengan "anak-anaknyeeww". Tudia, kakak senior pun datang ambek berkat pengantin tau. Hah, Kak Aisyah bila lagi???






Dan memang selalu ada alasan yang valid untuk tidak rasa awkward sebab dulu masa PMR, Ustaz Muhammad inilah cikgu yang paling best yang paling sempoi yang paling sabar dan jugak yang paling pening sekali melayan karenah kitorang. Tak pernah lupa nama anak-anak murid beliau jugak. Hebat. Memang cikgu faling feveret seumur hidup. And by the way, Ustaz Muhammad ni ialah abang ipar Aza. Gambar Aza mana? Hah, kat bawah ni...






Ya, pengantin perempuan itu kawan aku. Hampir 10 tahun lamanya. Atau mungkin lebih. Ok. Jadi atas alasan berkawan lebih 10 tahun maka wajib datang ke majlis perkahwinan beliau sebab kenduri Shaley pun tak datang hari tu. Jangan bagi serba salah datang bertimpa-timpa. Dan alasan yang paling kuat nak datang sebenarnya ialah sebab pengantin perempuan sendiri datang rumah hantar kad dahlah masa tu pagi-pagi dia redah bilik tidur aku dan dengan muka serabai kusut masai aku pandang dia blur sambil ucap tahniah in advance memang invitation paling best yang aku pernah terima seumur hidup. So, itu sebenarnya alasan paling kuat untuk aku datang ke majlis kau Aza. Terima kasih atas susah payah anda.





Sekali lagi, tahniah buat Aza dan suami.






Sekian, penutupnya lepak dekat food court Mydin Seremban Dua.
(yang baru bukak tu and yang diorang claim terbesar dekat Malaysia tu urgh whatever)

Ahli mesyuarat tingkap membentangkan usul-usul perkembangan terbaru diri masing-masing. Jangan terkejut ada yang tokey emas, tokey kedai makan, tokey kedai kain, tokey ayam denak, taklah sebenar-benar tokey, tapi dah dekat lah masing-masing gamaknya. Oh, yang tentera pun ada. Yang tengah menunggu turn sarung cincin selepas Aza, yang tengah bersangkak-sangkak bukak buku lagi, haish, lama pulak nak tunggu habis belajar. Badan dah mula miang gatal dah ni. 



Sunday, January 26, 2014

sOmEoNe OuT tHeRe SoMeWhErE


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Mak cakap and orang lain pun ada yang cakap, senang cerita bila ada orang mula bercakap, dan bila isu-isu hangat mula berbangkit, seperti soalan-soalan cepumas di hari raya, atau pada hari-hari persandingan sahabat-handai dan sebagainya, aku memang tak akan lari daripada mendengar banyak komen daripada orang. Paling top bila orang tanya kenapa aku single sampai sekarang, hampir majoriti cakap aku ni memilih. Picky, fussy, choosy nampak tak nampak tak sedikit sebanyak orang judge aku macam mana? Tambah sikit lagi komen daripada Mummy. Katanya aku ni garang. Haish, yang tu tak tahu nak cakap apalah. Kalau mummy yang kenal aku luar dalam atas bawah kiri kanan dah cakap macam tu, so, ok lah. Aku garang. Sikit.





Tapi. Bila ada orang nampak versi lembut daripada muka garang ni, kau rasa apa aku akan rasa? Bila semua orang larikan mata tempat lain pasal takut nak pandang mata aku, tapi dia langsung tak larikan mata, siap boleh main kelip-kelip mata lagi, hah kau rasa apa aku akan rasa? Bila semua sibuk tergedik-gedik nak kenal sebab gambar dekat profile aku konon hot sangat padahal dia approach aku sebelum tengok gambar aku lagi so kau rasa apa aku akan rasa? Bila semua orang mengaku belajar ambek kos hebat-hebat sebab nak impress orang tapi dia cakap dia belajar separuh jalan je konon tak educated padahal kalau bercakap pasal global issue kau boleh ternganga, terdiam, speechless kau rasa apa aku akan rasa? 





Paling tak boleh belah, orang lain, bersungguh-sungguh nak impress aku dengan duit diorang, tak tahu mana datang semua duit tu, tapi dia bersungguh-sungguh yakinkan aku yang dia kuli macam hamba abdi, padahal dialah sebenarnya tuan dekat tempat dia kerja. Patutlah selama ni bila dia chat dengan aku waktu lunch, konon katanya baru nak pergi kelas padahal baru masuk office. Telefon aku katanya pakai nombor nombor rumah padahal... haish, bila teringat benda ni memang sumpah aku rasa nak lempang je muka dia. Mati-mati dia kelentong aku. Dah tu, sampai sekarang haram tak nak mengaku jugak. Baguslah perangai bajet macam spy sangat. Ok, tapi aku sayang dia.





Yes. Aku memang picky. Aku memang fussy. Aku memang choosy. Aku tak peduli kalau relationship ni tak berakhir dengan perkahwinan ke apa sebab aku kawan dengan dia sebab aku nak kawan dengan dia. Aku suka dia sebelum aku tahu dia siapa. Dia nak buat duit, itu dia punya pasal. Aku boleh buat duit aku sendiri. Aku ada aim aku sendiri. Kalau aku nak orang bela aku, memang dah lama aku buat. Anak tokey bisnes, duda kaya, semua aku pernah kenal. Tapi, aku punya fussy bila nak in relationship, aku nak orang yang boleh faham cara aku, yang boleh communicate dengan aku. Someone yang aku tak pernah kering idea untuk bercakap dengan dia.





Aku paling fed up, kalau aku yang over aggressive nak kenal orang. Aku yang mintak nombor telefon, aku yang mintak facebook, aku yang tanya semua benda, what the... memang kerja aku interview kau ajelah kan? Yang tak hormat perempuan, lagilah spesis yang memang mintak kaki namanya. Bukan nak cakap aku ni bagus sangat, tapi kalau dah dalam banyak-banyak lelaki yang aku kenal, semuanya tipikal punya perangai, memang sahlah dia ni masuk dalam senarai. Unexpected kot weh. Memanglah nakal sikit. Standard la lelaki. Habis, nak aku yang buat perangai nakal? Siapa jantan sekarang ni?





So, nak wrap up bagitahu yang aku sekarang tak single lagi, rasanya tak adalah sampai macam tu. Tapi bila aku dah start bagi attention dekat orang, maksudnya dia memang something la kot. Tanya BFF kalau tak percaya. BFF tu namanya Haajar. Dan aku cuma boleh reveal setakat ini saja. Nak cerita lebih, aku tak ready lagi. Even kalau mummy baca ni and insist nak tahu jugak, memang aku kena standby dengan ribu-riban alasan untuk mengelak. Not yet. Aku tak boleh nak cakap lagi relationship ni akan pergi sejauh mana. Yang pasti, we're in the process of knowing each other. Please, jangan tanya apa-apa. Aku cuma nak tulis kat sini je. Ok bye!






ni Snow White yang cakap eh
bukan saye ^_^





cc: to Mummy and Haajar. Dua orang yang paling suka interfere dalam isu-isu berbangkit ini dalam hidup aku...hahah

Saturday, January 25, 2014

LaDiEs NiTe OuT - pUjUK HaTi SeBaB RP kEnA ReJecT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Antara perkara yang paling membahagiakan aku dalam dunia ini ialah menghancurkan hidup Fariha Diyana. Walaupun dia termasuk dalam senarai bestfriend aku, tapi sebab tahap imunisasi maki dia yang paling tinggi antara kawan-kawan aku yang lain, maka aku rasa bahagia setiap kali aku buat dia sakit hati. Sambil aku menaip entry ni pun, gelak-gelak syaitan aku sedang terngiang-ngiang. Membayangkan betapa puas hati aku bila Fariha Diyana atau gelaran geli-geleman yang beliau bagi dekat diri sendiri iaitu Peahlofa (muntahsebaldi) membaca entry ini.






But its not all about Peahlofa. Sebab semalam keluar dengan geng library sehidup semati and Iema pulak datang dengan kawan seangkatan I masa degree dulu, Kak Ijan yang mantain petite sebab dulu bernaung di bawah supervisor yang sama, Encik Azhar Kumbang, itu pun kalau ada yang ingat la entry meroyan pasal thesis dulu (memangsukatulistakpakaifullstop). Sempat la gosip-gosip tanya khabar masing-masing. Terus meroyan cakap dekat Kak Ijan, bestnye kalau dapat Supervisor macam Encik Azhar lagi. Tapi memang dalam mimpi jela. Habes Chan nak letak mana? Pppffftt..






Ok, back to Peahlofa. Memang ini musuh paling tradisi. Kalau dapat peluang nak bahan memang aku bagi kaw-kaw punya. Apalah sangat setakat tulisan-tulisan sopan dan berbudi bahasa aku ni kalau nak dibandingkan dengan caci-maki-carut-sumpah-keji yang dia bagi sepanjang bertentang mata semalam kan. Gambar di atas ni aku letak sebab aku dah cakap, aku lagi kurus daripada kau Peah. Kau jangan ingat kau pakai kebaya, kau punya cutting pun macam ratu kebaya ok. Boleh belah. Tengok pipi pun tahu dah.






Stop maki sekejap. Ni dinner sementara tunggu movie. Nak bagitau ahli jemaah je. Malas nak introduce banyak-banyak kali. And by the way, semalam we ols tengok Frankenstein. Serius tak tahu nak komen macam mana. Cuma rasa bersyukur sebab akidah tak terpesong tengok cerita tu. Ok cukup. Yang rasa-rasa nak tengok, batalkanla niat awak tu. Tengok Jai Ho lagi best kot.






Dah bagitahu lama dulu. Lama sangat. Bakdatanglah umur kau berapa. 24, 25, 26, kalau spesis yang tak ada cermin besar dekat rumah, memang macam nilah hasil perangainya. Dan aku memang sengaja letak gambar ni sebab Peahlofa tak pandang camera. Tapi rasa terhina sikit sebab berdiri sebelah American Top Model. Nanges.






Mantan APB.
Kredit to Mama Irfan sebab tolong ambek gambar ni. Shadow awak pun masuk sekali Anis. Fair enough :P Peah tak ada. Dia tengah meneran masa ni. Tak payah banyak-banyak, bagi aku P3 pun cukup. Ok Peah.









Memang kalau tak ada Peah, gambar tu la yang aku letak paling banyak sekali.
Eh, dah bagitau ke tadi?









Gayat dapat tengok view begini sebenarnya. Sebab tu dia macam meroyan letak gambar bagai nak rak. So, lain kali kalau pergi Sunway Pyramid, park kereta dekat open roof area ok. Siang-siang tak payah la. Masak pulak kang masuk dalam kereta.






Makcik-makcik tengah kira hutang, bayar hutang, kutip hutang
Peah tak pandang kamera lagi.
Aku bahagia.



And all above all, terima kasih banyak-banyak dekat tuan henpon Galaxy Mega Sale sebab selalu jadi penaja utama memenuhkan entry dalam belog ini. Ayang awak Cik Iema muah muah muah.






Ini profile picture dekat fesbuk.
Ok bye!

3

2

1

Nak terjun bangunan.
Bertukar jadi Catwoman!

Thursday, January 23, 2014

KaU JaNgaN baJeT MaKsaLeY saNgaT


 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Hampir setengah bulan tak update belog. Sejak cuti sem sampailah dah balik Shah Alam sekarang. Tak ada alasan apa-apa. Busy pun tak berapa sangat. Sindrome malas yang memang sudah sebati dalam diri mula berleluasa agaknya. Atau memang dah lama berleluasa?





Eh, tapi ni nak cakap sikit. Ada issue yang terasa concern nak share. Pasal bahasa jiwa bangsa. Haa, gitew. Katanya, kau tak payah nak berlagak sangat speaking maksaley depan orang ramai. Tak sedar diri muka Melayu nak gedik pusing lidah America? Itu yang kadang-kadang boleh jadi putus tali silaturrahim tu. Haila. Ada lagi kepala manusia yang begini. Kenapa begitu rakus membasuh orang tanpa usul periksa? Kenapa tak pandang dari sudut positif dan matang? Kenapa perlu merendahkan orang lain yang cuba meningkatkan ilmu di dada?




Kalau awak rasa belajar Bahasa Inggeris tu membuang masa, menjatuhkan martabat bangsa Melayu, membuatkan orang lain meluat dengan awak, silakan untuk berfikir apa sahaja. Kita diberi pilihan. Jadi hormati pilihan masing-masing. Asalkan awak tahu saya tidak lupa asal-usul, asalkan awak tahu saya tidak warnakan rambut merah, kuning, biru, asalkan awak tahu saya masih tahu makan tempoyak, sambal belacan dan budu, saya tak rasa lidah saya memberi masalah kepada awak. (tengah-taip-ni-tiba-tiba-bau-kfc-dalam-rumah) - seram pulak aih.




Ok sambung balik. Tak ada masalah kalau awak nak berbahasa ibunda sepanjang masa. Cuma tak perlu merendah-rendahkan orang lain yang cuba tambahkan ilmu dengan pengetahuan bahasa-bahasa lain ye. Sebab dekat Malaysia ni bahasa keduanya ialah Bahasa Inggeris. Kalau bahasa keduanya bahasa Cina atau Tamil atau Arab atau Urdu atau Korea atau Jepong, memang taklah lidah ni bunyi maksaley. Buang rasa sakit hati dekat saya jauh-jauh ok. Ilmu itu bukan disampaikan dalam satu bahasa sahaja atas bumi ni. Habes kalau tak reti baca maksaley tak reti cakap maksaley, tak faham maksaley, macam mana nak buat thesis ratus-ratus mukasurat ley?





muka yang diberi nama
"ada-aku-kisah?"





Mari jadi orang positif. Ok sekian terima kasih.

Rasa macam buat iklan komersial pulak.

Bye!



p/s: geng library bila nak berpoya-poya?

Wednesday, January 8, 2014

My CiTy Of DrEaM - (oh-sangat)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Ok. Ini bukti yang menunjukkan bahawa aku memang betul-betul orang kampung. 23 tahun hidup dekat Negeri Sembilan tapi tak pernah hafal atau tahu tempat-tempat selain daerah Tampin atau Rembau. Sebab tu kalau aku masuk Seremban, memang aku jakun habes. (yang tersenyum sinis tu sila hapuskan senyuman anda sekarang) - aku tetap nak menegakkan pendirian yang aku orang kampung. Indeed I am.






Ini City Park dekat Seremban 2. Aku baru jumpa hari tu lepas balik shopping dengan Mummy. Dari Giant Senawang sampailah ke AEON Seremban 2, sampailah ke Mydin yang baru bukak dekat situ, sehari suntuk aku berjimba dengan Mummy. Tak tahu macam mana boleh tergerak nak redah jalan, maka sampailah kami berdua dekat City Park ni.






Sekali pandang, terus teringat Tasik Shah Alam






And this is my second time pergi dengan daddy sekali.






Diorang berdua dating. And I pergi jogging.






And the best part dekat sini sebab City Park ni meriah gila sebab macam ada pesta menggemokkan ikan dalam tasik. There are few vendors bersusun dekat tepi jalan tu jual makanan ikan dan bagilah seberapa banyak kau nak bagi. Omaigad, first time tengok memang rasa geram sangat tengok tilapia gemok-gemok merah-merah mulalah terbayang kalau jala ikan ni buat masak goreng berlada pun ya Allah sedapnyaaaaa...






Sekali bila menatang hitam-hitam ni pulak muncul. Nak pengsan pulak rasa tibetibe. Wei, kejadah apa ikan sembilang besar gila dah macam main gym ikan ni kau tengoklah muscle dia. Terus geli-geleman nak snap gambar pun tak sanggup sebenarnya tapi sebab tak pernah jumpa makhluk ni gigih jugaklah snap.






But instead of ikan sembilang yang geli-geleman tu, S2 City Park ni best sebab kemudahan sukan sangatlah banyak. Dari budak-budak punya taman permainan, sampailah gelanggang futsal untuk remaja, facilities untuk body workout, bangku untuk duduk-duduk ambek angin, cuci mata dan sebagainya. Dan yang paling best, hari-hari ada aerobic dekat sini. Apa tak orang berkerumun? Ingatkan ada karnival Jom Heboh tadi.






Oh, I tak join aerobic tu. Too open to show off my move...hahah. Jogging tasik tiga kali cukuplah. (walaupun lemak tetap tidak mahu berenggang dari tubuh) But one thing pop up in mind. Disebabkan S2 City Park ni teramatlah jauh dari Gemencheh, sekarang dah aim nak cari rumah dekat Seremban 2. Ok bye!



Sunday, January 5, 2014

tHe aMbUsH MiSsiOn - LaDiEs NiGhT oUt


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Seminggu kemudian. Selepas puas hati aku grooming bilik tidur kat rumah. Ubah katil, ubah meja tulis, almari baju (dalam almari tak termasuk), tukar cadar, sarung bantal semua, (hampir nak tukar cat sekali tapi bajet cat tak ado) dan disebabkan Kak Dyna tak emel semua gambar ladies nite out hari tuu, takpe takpe, kita update mana yang ada je. Part bagi alasan aku memang hebat.





So this is my true confession. Masa degree dulu, aku tak rapat pun dengan kawan-kawan fakulti selain daripada geng puaka (sebab buat assignment sama-sama). Aku tak aktif pun join aktiviti dekat APB whatsoever, nak kata aku looser pun boley. Tak kenal junior. Lecturer pun boleh kira berapa orang yang familiar dengan muka aku. Nampak tak kalau dekat fakulti aku ni kategori student yang macam mana? Invisible wei invisible.





Disebabkan tiga tahun degree aku hanya dikelilingi dengan BFF yang terdiri daripada budak-budak Melati, yakni adik-beradik MCC aku si Mimi, Roy, Leeya, not to forget Haajar and other few besties dekat law faculty tu, yang makcik BFF dekat UKM dan USIM tu sekali, (ramai BFF aku rupanya), jadi point nya di sini, bila aku sambung master, aku rasa buat sekian lamanya aku kembali ber'hang-out dengan kawan-kawan sekelas, se'group assignment, sekepalaotak, kalau aku cakap aku free diorang cakap tak free tu memang aku bagi side kick sekor-sekor. Sebab jadual kelas kau dengan jadual kelas aku sama je, assignment kau dengan assignment aku sama jugak, so tak boleh nak bagi excuse tak boleh nak tengok movie atau lepak dekat starbucks sementara tunggu movie punya show time.





Ok dah, aku tahu Peahlofa kalau baca ni sungguh nak angkat jari tengah beliau tinggi-tinggi dekat aku dah kalah abstract assignment yuno. Itu pasal, last week memang aku tahan homesick aku sekuat-kuatnya sebab lepas ni bak kata kau akan jumpa dua bulan kemudian. Maka, lepas submit RP hari tu, marathon dua movie berturut-turut memang tak boleh tunggu ambang tahun baru dah kau bayangkanlah aku nak balik jugak ayam itik dah panggil.





Aktivitinya simple je. Mula-mula hantar RP deat fakulti. Kebetulan jumpa Kak Dyna dekat sana, so tambah sorang lagi konco-konco geng library walaupun Kak Dy tak pernah lepak library dengan kitorang. Kak Dy, Peah and me straight pergi Sunway. Tengok Police Story 3. Lepas habes movie, makan dekat restoran somewhere around Subang. Makcik Iema (yang tudung oren kat bawah ni) kemain favo dengan butter chicken like dah berapa kali keluar makan dengan dia mesti nak butter chicken punye. Ok. Since dia dengan Anis hantar RP lambat sikit, masa ni barulah the lima semua reunion.






terus keluar perangai gay.
makcik nak tackle anak buah.
nampak tak nampak tak











Lepas tu patah balik pergi Sunway, jalan-jalan shopping mana yang sempat sebelum kedai tutup, sebab next movie pukul 12. Its 1140PM to be precise. Maka memang tak ada kerja, dah tua-tua perangai camwhore tak tahu bila nak bertaubat, kecuali mama Irfan (yang tudung hitam sebelah I di atas) saja yang memang matang secara semulajadi. Tak gedik macam empat ekor lagi tu. Sampai dah muak, dah penat, barulah reti nak cari port lepaskan lelah. (kau ingat pergi window shopping tak lelah?)






Dan aku rasa nak lap air mata sekarang sebab bila aku mention nak tengok Dhoom 3 pukul 1140 tu dan semua orang pun willing nak layan gedik aku memang masa tu korang semua terus naik makam jadi bff jugak haaa, (bayangkanlah cerita hindustan tiga jam beb) mana nak cari kawan begitu bagitahu sekarang! Lepas tu terpaksalah bila masing-masing suruh bagi puji pujian upload gambar dekat belog banyak-banyak sebab nak ambush musuh dengan cara paling halus mana nak cari kawan macam aku pulak? Dahlah blogger, hot pulak tu, kalau aku cakap aku sekolah Maahad Ahmadi mulalah masing-masing buat muka katun tak percaya kan kan kan. 










aku nak letak gambar ni sebab peahlofa tak ada yes yes yes





Ok, lain kali kita reunion malam jumaat, aku lead baca yaasin. Insaf kau dah tak nak jejak kaki dekat starbucks lagi. Kau tengoklah. Hah. Tudia. Sebab tu aku sayang kau orang sebab semua suka bahan satu sama lain tapi sorang pun tak sentap sebab tahu hati masing-masing baik lembut gemah gemalai. Kalau mulut baik tapi perangai @#$^%&*, haaa itu pasal la hilang kawan sorang kat fesbuk. Oh, aku memang blogger sepenuh masa sekarang. Tak ada azam tahun baru untuk grad on time seperti yang diimpikan sekalian rakyat klasmet.






akhirnya semua dalam satu gambar yang sama
(sapuairhidung)





p/s: tak boleh upload gambar banyak-banyak nanti rakyat jelata muntah darah. hashtag sila letak dekat komen. banyak sangat pulak sumpah seranah dan maki hamun kang.


Saturday, January 4, 2014

YoU maY pRoCeEd, 2014



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Semenjak dah jadi suri rumah ni, tiba-tiba rasa macam dah hilang skil menulis. Badi rakan sebaya agaknya. Dok kutuk ‘tangan aku bercakap’ sangat, tak pernah selama lima tahun blogging ada orang komplen aku punya blog title bakdatang makcik peah tu bukan main lagi dia sound. Sekali dah betul-betul tangan aku tak boleh nak bercakap dah. Well, literally.





And so sorry kepada stalker setia yang kalaulah ada di luar sana menanti-nanti update terbaru belog hamba. Ampun tuanku. Tak ada apa yang paling best untuk dibuat waktu cuti selain memegang remote tv sambil makan beskot coklat cip sebalang sambil ketawa paksa tengok cerita yang entah berapa puluh ratus kali tayang kat tv nampak kan perangai tahun baru macam mana? Oh, tahun baru tahun baru. Nak cakap pasal tahun baru sebenarnya. Klasmet yang eager sangat nak publisiti dekat sini, I tell you, post ladies night out tu later ok. I nak review 2013 kejap.





Selepas selak-selak diari cekidaut apa yang best tahun lepas, I decided to put 5 most memorable things which are termasuklah yang pahit dan manis sepanjang tahun lepas.





Jadi cikgu like for the first time ever.

Starting with a title of cikgu ganti dekat SMK Dato Taha. Dua minggu je. Sebab lepas tu dapat sambung belajar lagi. But it was not that bad. Penat. Somehow tak boleh nak control budak-budak ni. As for amateur, I consider myself boleh tahanlah in term of bonding with kids dalam tempoh dua minggu tu. And not to forget, experience jadi cikgu tadika. Kalau tak campur aduk dengan konflik dihujung talian, I’ll say the experience there memang awesome. Dealing with kids yang totally innocent and adorable tu semua buatkan aku memang feeling jadi mak kaw-kaw punya. Tapi apakan daya, feeling tak kesampaian. Yang penting pengalaman dan kenangan manis sepanjang tempoh masa tu. Yang pahit, malas nak layan. Spoil.





Sambung Master

Well, yang ni memang sangat tak sangka. With no plan, preparations, in fact with zero expectation, dapat panggilan dari Faculty of Education to persue my study in Master of Education, Managament and Leadership course. Gila tak terkejut? Baru nak tarik nafas habes degree, sambung semput balik ambek master. Honestly, I’m not that tough. Mak ayah, kawan-kawan yang bagi kekuatan. Paling penting, Allah the Almighty. Tak tahu apa yang Dia rancang for this upcoming years. My continuous mission, to make my mak and ayah proud of me. Always.





Konvokesyen

Alhamdulillah, berkat pointer semester terakhir agaknya, I graduated with a second class upper degree in Bachelor of Applied Language. Menitis jugaklah air mata masa dalam dewan konvo hari tu. Apa tidak, dah terbayang naik pentas lagi sekali. Mulalah nak emosi bayangkan maut menyudahkan master pulak. Maut tu maksud aku bukan apa, membayangkan berapa banyak perkara yang aku korbankan, hati yang aku sakitkan, janji yang aku lambat tunaikan. Hew.





Reunion

Somehow I put this as the best of 2013 part sebab aku sangat value kawan-kawan apatah lagi yang sekelas, sekerusi, semeja masa sekolah dulu and how awesome it was bila dapat berjumpa selepas bertahun-tahun dan alhamdulillah masing-masing rupanya masih seperti dulu. Kalau yang belajar dekat Malaysia ni pun jarang-jarang jumpa, yang jauh di negara orang tu apatah lagi. Malu-malu kucing mula-mula tu biasalah. Tapi bahan tetap bahan. Gila tetap gila. Maahad tetap Maahad.





You

The reason why I put ‘you’ here is, you pun tahu kan, how much we spend our great time together. We laugh, we cry, we gone mad, all the crazy things we did together, bukan sekelip mata I boleh lupa. But still those will be as part of my sweet memories. Memanglah dihujung-hujung tu sakit, tapi nak buat macam mana. Experience is our best teacher anyway. And I must say, you're part of my best memories in 2013.






So itu saja. Nak letak lagi 5 bestest part pun boleh. Mungkin version lain sikit kot. I was thinking of something tapi satu satulah dulu. Kang semua nak letak kat sini ada pulak yang meroyan baca. Mentang-mentang lama tak update, kemain kaw-kaw dia kasi. So later ya semua. Thank you for reading!!! Kalau nak tengok gambar, skrol balik entry lama. Semua ada dalam belog ni. Ok, bye.






itu azam tahun ni

Sunday, December 22, 2013

PeaH N hEr (ONLY) PoSe :P


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Baru lepas submit dua assigments dah rasa macam merdeka selepas dijajah enambelasributahun. Kalau submit tiga empat lima enam assignments lagi lepas ni tak tahulah dia punya feeling macam mana. Oleh itu, kesimpulannya jangan buat assignment. Nanti meroyan.



















Dan untuk makluman, entry ini di update sebab nak bagitahu yang Peah tak ada pose lain setiap kali ambek gambar. Kepada Cik Peah, kau tak boleh jadi model pasal kau tak photogenic. Walaupun kau lagi tinggi daripada aku, idontcare. Ok bye!



Saturday, December 21, 2013

TaKe CaRe SeLaGi BuLiH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Sebab hari ni hari sabtu, jadi I free sikit. Assigment pun semakin susut. Pintu syurga pun mula terbuka. Syukur alhamdulillah kerana dikurniakan ibu bapa dan teman seperjuangan yang faham betapa bukan senang jadi budak sekolah sebab orang yang tak faham dia akan ingat kita ni free sepanjang masa kalau tak ada kelas buleh berjimba tak hengat dunia padahal nak mengganti balik harga berjimba itu ialah duduk library duaplohempatjam, makan minum dekat library, pergi jamban library, solat dekat library, usya jodoh pun dekat library, kalau library blackout pergi lari dekat McD pulak, minum kopi bertingkek-tingkek, tidur pukul tiga empat pagi bangun balik pukul enam nak jumpa adik beradik sendiri pun tak sempat.






Sebab tu last week singgah Puncak Perdana ambek tomato lepak dengan beliau dekat SCM, tengok Frozen lepas tu makan Kenny Rogers, sebab tak tahu lepas ni bila bole jumpa sampai cuti sem nanti. Sebab actually ingat nak balik kampung sama-sama sekali beliau bagitahu beliau ada test seminggu berderet baguslah alamatnya anda tidak mendapat izin daripada kakak untuk pulang sebab kena paksa study untuk test. Dan selapas sekian lama gambar terperap dalam henfon, hari ni baru boleh update sebab hari ni baru free. Sorry tomato.






Sekian, semoga pandai jaga diri. Nama je ada kakak dekat Shah Alam ni tapi bukan jumpa hari-hari. So, along nak usya pointer kau macam mana first sem degree ni nanti. Kalau best, tengoklah. Along bagi kau hadiah abang ipar. Ok bye!






And publish.

Friday, December 20, 2013

SeKoLaH DaH tUtUp


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Jadi orang dewasa ni fun. Tapi kadang-kadang sakit. Dan sakit dia bukan sikit-sikit. Oleh yang demikian, awal-awal, saya nak minta maaf kepada siapa yang saya remove daripada senarai friend dekat facebook tu. Yang remove saya pun, saya minta maaf jugak. There must be reasons why we did the action. Kalau awak boleh decide tak nak friend dengan orang, jangan expect orang lain nak kawan dengan awak sangat. Nanti kita cerita lebih lanjut sebab hari-hari jumaat begini tak ada mood nak mengumpat. 





Yang pastinya, semester dua sudah tamat. Sekolah dah tutup. Tinggal submission this and that. Masih boleh senyum walaupun the fact is kerja bukan makin sikit tapi makin bertambah. Ok bye! Semester dua was awesome. Onesly, sebab I believe that I'm not the one with multitasking ability. Tak macam Peah gojes yang hebat boleh buat presentation tanpa tengok cue card pada masa yang sama mencurahkan sepenuh komitmen kepada kerjaya dan masyarakat. Undilah Peah!





Oh, Mama Irfan pun hebat sebab study sambil jaga abang dan Irfan. Dan Cik Iema jugak sebab saya tak rasa sem ni smooth sebab tanpa dapat partner best macam beliau u ols pun tahu sajalah when it comes to number aku macam blackout tibe-tibe jadi sujud syukur hari-hari sebab ditakdirkan dapat partner yang hebat statistik macam beliau. Memang aku suka kawan dengan orang yang hebat je. Yang loser ok bye!





Dan disebabkan lepas ni nak letak gambar banyak-banyak, maka essay aku tamat di sini. Nanti kalau rajin aku buat review 2013. Again, kalau rajin la. Entry khas untuk puak-puak klasmet sahaja. Si yu gais nek sem. Kenapa aku tulis macam ni jawapannya aku punya belog so aku punya sukah.






Tenkiu to Kak Dyna sebab dari awal sem sampai akhir sem suka buat benda-benda yang unexpected. Daripada charity walk hari tu, lepas tu food hunt, pergi KLIA ambek kereta bawak balik Shah Alam, dah tak pasal-pasal Fish dapat kawan baru.






Untuk Peah, aku reserve bukti kot-kot sangkut subjek statistik (tapi harap-harap taklah), that's because kita berdua dok baca magazine time semua orang tengah discuss pasal mean, correlation, p-value blurgh, whatever tu semua. Jadi dah tau lah nak blame siapa nanti.






Sorry, tak susun gambar ikut sekual. Cik Zam take turn pose dengan Kak Dyna pulak.






Picture moment dengan klasmet and Prof Burn. 
Cricket moment dah sampai. Ok bye!






Sila tahan muntah. Gambar yang sumpah buat Peah sakit hati lalu melemparkan soalan 'apasal-korang-suka-lepak-starbucks?' Lepas tu sambil lepak minum coffee sambil dok komplen kerajaan naik harga itu ini padahal awak pun memang bijak sangat manage financial account. Bagus.






Cik Lapar. Sekarang gambar awak dah banyak dalam belog ni. Meaning? Awak dah macam bestfriend kite dah. Sebab awak kaki makan jugak. Sebab kepala otak awak gila jugak. Tapi awak gila dan bijak. Awak saja. Saya tak.






Dan awak dan Peah dan Mama Irfan suka layan gedik saya ambek gambar sebelum masuk kelas, semasa dalam kelas dan selepas habis kelas. Dasar sel-sel otak tak pernah berhubung ke arah kematangan. Dulu kecik-kecik tak minum susu macam dalam iklan kat tibi tu agaknya.






Dan atas permintaan, ini publisiti untuk kakak saya. Nama beliau Peah. Peah sangat baik hati dan berbudi pekerti mulia. Kalau masuk waktu solat, Peah orang pertama yang akan pergi solat. Peah suka belanja orang. Peah suka nasihatkan orang ke jalan kebenaran. Peah bercita-cita hendak menyertai pertandingan Pencetus Ummah. Tapi apakan daya, cita-cita tak kesampaian. Tapi Peah tidak berputus asa. Saya bangga mempunyai kawan seperti Peah. Dah la muka flawless, pandai, cakap omputih, vocab macam dictionary, pakai selipar mahal pergi library, ada boyfriend yang baik hati, haaa kan dah bunyi macam pantun. 





Peah suka tolong orang. Kalau saya terlupa masukkan coklat dalam pencil case, Peah akan tolong masukkan. Lepas tu Peah akan claim yang coklat tu beliau punya. Lepas tu Peah tak suka bawak beg besar-besar. Sebab tu Peah tak ada pencil case. Lepas tu Peah pinjam pembaris saya, pensel saya, pemadam saya, sambil kutuk-kutuk pemadam saya keras, pembaris saya buruk, eh eh, macam dah counter essay pulak. Ok Peah, tak kisahlah perangai kau busuk dan haram jadah macam mana pun, tapi aku up kan jugak kau dekat sini sebab aku pun kadang-kadang busuk dan haram jadah tapi masih kategori baik hati macam kau.





#aku #harap #kau #puas #hati #ini #yang #kau #nak #kan?












Dan dengan harapan, kawan dengan orang bijak pandai cerdas litar pintas seperti Peah dan Zam (yang kat atas ni) akan terbadi sedikit perangai mereka kepada aku. Dah malas nak cerita pasal Peah. Bye Peah.






Dan kepada Anis, semoga awak tabah dengan kegilaan kami bertiga.






Sekian,






live update dari library lepas tu sambung kat rumah pulak.






All the stories above, memang agak bias sikit. Nak bagi kasih sayang dekat satu kelas memanglah nehi. So, separuh akan dapat sayang, separuh akan dapat maki. Eh, tak sampai separuh la. Banyak sayang daripada maki. Sejak bila aku tak penyayang? Tu, dok gadoh-gadoh dengan Peah, time ambek gambar gedik sama-sama jugak.





Jadi sekian, ok, gudnite you beautiful awesome readers.





Special dedicate to Geng Library sebab dah tua-tua ni baru nak sedar diri yang awak tu kena study bagai nak rak, maka sesuailah kot nama tu. Jadi kepada Cik Zam, Cik Peah dan Puan Anis, saya conclude semester ni sebagai awesome and havoc sebab saya kawan dengan awak bertiga. Kalau tak awesome tak ada gambar kat sini oh my my my nampak tak kasih sayang saya melimpah macam mana? Thank you for the moments. Aku sayang korang (lap-air-mata-dengan-selimut).



the history

Followers