Jadi orang dewasa ni fun. Tapi kadang-kadang sakit. Dan sakit dia bukan sikit-sikit. Oleh yang demikian, awal-awal, saya nak minta maaf kepada siapa yang saya remove daripada senarai friend dekat facebook tu. Yang remove saya pun, saya minta maaf jugak. There must be reasons why we did the action. Kalau awak boleh decide tak nak friend dengan orang, jangan expect orang lain nak kawan dengan awak sangat. Nanti kita cerita lebih lanjut sebab hari-hari jumaat begini tak ada mood nak mengumpat.
Yang pastinya, semester dua sudah tamat. Sekolah dah tutup. Tinggal submission this and that. Masih boleh senyum walaupun the fact is kerja bukan makin sikit tapi makin bertambah. Ok bye! Semester dua was awesome. Onesly, sebab I believe that I'm not the one with multitasking ability. Tak macam Peah gojes yang hebat boleh buat presentation tanpa tengok cue card pada masa yang sama mencurahkan sepenuh komitmen kepada kerjaya dan masyarakat. Undilah Peah!
Oh, Mama Irfan pun hebat sebab study sambil jaga abang dan Irfan. Dan Cik Iema jugak sebab saya tak rasa sem ni smooth sebab tanpa dapat partner best macam beliau u ols pun tahu sajalah when it comes to number aku macam blackout tibe-tibe jadi sujud syukur hari-hari sebab ditakdirkan dapat partner yang hebat statistik macam beliau. Memang aku suka kawan dengan orang yang hebat je. Yang loser ok bye!
Dan disebabkan lepas ni nak letak gambar banyak-banyak, maka essay aku tamat di sini. Nanti kalau rajin aku buat review 2013. Again, kalau rajin la. Entry khas untuk puak-puak klasmet sahaja. Si yu gais nek sem. Kenapa aku tulis macam ni jawapannya aku punya belog so aku punya sukah.
Tenkiu to Kak Dyna sebab dari awal sem sampai akhir sem suka buat benda-benda yang unexpected. Daripada charity walk hari tu, lepas tu food hunt, pergi KLIA ambek kereta bawak balik Shah Alam, dah tak pasal-pasal Fish dapat kawan baru.
Untuk Peah, aku reserve bukti kot-kot sangkut subjek statistik (tapi harap-harap taklah), that's because kita berdua dok baca magazine time semua orang tengah discuss pasal mean, correlation, p-value blurgh, whatever tu semua. Jadi dah tau lah nak blame siapa nanti.
Sorry, tak susun gambar ikut sekual. Cik Zam take turn pose dengan Kak Dyna pulak.
Picture moment dengan klasmet and Prof Burn.
Cricket moment dah sampai. Ok bye!
Sila tahan muntah. Gambar yang sumpah buat Peah sakit hati lalu melemparkan soalan 'apasal-korang-suka-lepak-starbucks?' Lepas tu sambil lepak minum coffee sambil dok komplen kerajaan naik harga itu ini padahal awak pun memang bijak sangat manage financial account. Bagus.
Cik Lapar. Sekarang gambar awak dah banyak dalam belog ni. Meaning? Awak dah macam bestfriend kite dah. Sebab awak kaki makan jugak. Sebab kepala otak awak gila jugak. Tapi awak gila dan bijak. Awak saja. Saya tak.
Dan awak dan Peah dan Mama Irfan suka layan gedik saya ambek gambar sebelum masuk kelas, semasa dalam kelas dan selepas habis kelas. Dasar sel-sel otak tak pernah berhubung ke arah kematangan. Dulu kecik-kecik tak minum susu macam dalam iklan kat tibi tu agaknya.
Dan atas permintaan, ini publisiti untuk kakak saya. Nama beliau Peah. Peah sangat baik hati dan berbudi pekerti mulia. Kalau masuk waktu solat, Peah orang pertama yang akan pergi solat. Peah suka belanja orang. Peah suka nasihatkan orang ke jalan kebenaran. Peah bercita-cita hendak menyertai pertandingan Pencetus Ummah. Tapi apakan daya, cita-cita tak kesampaian. Tapi Peah tidak berputus asa. Saya bangga mempunyai kawan seperti Peah. Dah la muka flawless, pandai, cakap omputih, vocab macam dictionary, pakai selipar mahal pergi library, ada boyfriend yang baik hati, haaa kan dah bunyi macam pantun.
Peah suka tolong orang. Kalau saya terlupa masukkan coklat dalam pencil case, Peah akan tolong masukkan. Lepas tu Peah akan claim yang coklat tu beliau punya. Lepas tu Peah tak suka bawak beg besar-besar. Sebab tu Peah tak ada pencil case. Lepas tu Peah pinjam pembaris saya, pensel saya, pemadam saya, sambil kutuk-kutuk pemadam saya keras, pembaris saya buruk, eh eh, macam dah counter essay pulak. Ok Peah, tak kisahlah perangai kau busuk dan haram jadah macam mana pun, tapi aku up kan jugak kau dekat sini sebab aku pun kadang-kadang busuk dan haram jadah tapi masih kategori baik hati macam kau.
#aku #harap #kau #puas #hati #ini #yang #kau #nak #kan?
Dan dengan harapan, kawan dengan orang bijak pandai cerdas litar pintas seperti Peah dan Zam (yang kat atas ni) akan terbadi sedikit perangai mereka kepada aku. Dah malas nak cerita pasal Peah. Bye Peah.
Dan kepada Anis, semoga awak tabah dengan kegilaan kami bertiga.
Sekian,
live update dari library lepas tu sambung kat rumah pulak.
All the stories above, memang agak bias sikit. Nak bagi kasih sayang dekat satu kelas memanglah nehi. So, separuh akan dapat sayang, separuh akan dapat maki. Eh, tak sampai separuh la. Banyak sayang daripada maki. Sejak bila aku tak penyayang? Tu, dok gadoh-gadoh dengan Peah, time ambek gambar gedik sama-sama jugak.
Jadi sekian, ok, gudnite you beautiful awesome readers.
Special dedicate to Geng Library sebab dah tua-tua ni baru nak sedar diri yang awak tu kena study bagai nak rak, maka sesuailah kot nama tu. Jadi kepada Cik Zam, Cik Peah dan Puan Anis, saya conclude semester ni sebagai awesome and havoc sebab saya kawan dengan awak bertiga. Kalau tak awesome tak ada gambar kat sini oh my my my nampak tak kasih sayang saya melimpah macam mana? Thank you for the moments. Aku sayang korang (lap-air-mata-dengan-selimut).