Monday, March 14, 2011

pRoMoTe KeDai aH cHeNg


Assalamualaikum. Hi guys. 
(When I say guys, I mean GUYS sahaja ok)




Yelah, I guwaw je. Untuk girls pong same jugak. Because entry ini saya tujukan kepada Cik Fara Fauzana dan Lydia Ibtisam yang konon rajin sangatlah baca belog akak Ocha ni kan. Alaaaa, kalau ada cerita pasal kau je kau teruja kalau aku dok potpet pasal english education kau nak baca ke?




Haaa, sebab kau orang sangat teruja masa keluar hari rabu hari tu kan dan sangat excited juga bergambar dengan harapan those photos will be uploaded here, iyeee baiklah, jangan risau dan gundah gulana sebab memang owner belog ni suka nak upload gambar you all dan nak potpet pasal you aaaaalllllzzz sentiasa. (Oh mak kau, gila sentap) Ok tak, sebab achelly memang nak post entry ini dengan motif utamanya...




Nak promote si AH CHENG ni punya kedai. Nama kedai dia AHCHENG LAKSA. Ni seriyes punya promote okeh bukan nak menghentam ke mengkondem ke mengkondom pun bukan aku paaaang kang. And walaupun nama dia cina tapi halal dan suci. Jadi kepada umat islam seluruh dunia bolehlah menikmati makanan di sini tanpa ragu-ragu dan syak wasangka dan was-was dan insyaAllah terlepas azab neraka daripada dosa memakan makanan yang syubhah aicheh.




I google bout this restaurant also (restoran ke?), and it does have a franchises around subang, PJ and Sunway. They even have a trademark which sound like Phua Chu Kang punya tagline, “Best in Subang Jaya & Sunway & some even said in PJ!!”  Gigih gila sampai buat homework pasal AhCheng ni kan. Haiyaaa, wo pu che tao laaa...





Omoh omoh, look at those sexy back (sorry, abang kamere tak dapat cari angle better than this). And those are the girls. Checking for menu lists. I memang oweys being a far distance observer sebab makan dekat mana pun lantaklah asalkan kenyang dan sedap. 




But I don't say everything is 'sedap' dekat sini. Macam contoh Pan Mee dekat atas tu. Oooh, tolonglah jangan order. You will never taste anything but a string of flour. Seriyes tak luak sikit pun. Cuma kurang beberapa inci daripada paras asal sebab 'food rotation' yang kitorang buat di situ. Ok, bye Pan Mee.




But the rests is ok I guess.

Nasi lemak rendang by Fara. 
Aku sepatutnya order ini untuk menaikkan hormon gembira aku petang itu.




Asam Laksa by Lydia. 
Err, bagi aku yang ni boleh la. Tapi diorang cakap sedap. 
Alaaa, biasa la tekak masing-masing.








Curry Mee by the twins. 
Tekak memang sentiasa nak sehati sejiwang. Gasak kau lah. 
Anyway, yang ni pong aku rasa sedap. Tapi tahap mabeles tu idoklah. 
Sedap lagi omak den masak. 
(Harus la puji omak sendiri kang dia halau aku dari rumah kang canne?)




Ok dah habis. Memang datang semata-mata nak makan dan pulang lah kan? Dan sempat merasa macam artis sekejap bila at first just nak ambek gambar dengan Lydia je, sekali semua peminat datang serbu aku tak boleh nak buat apalah. 




Ye, terima kasih kepada makcik India tu yang aku rasa macam dia pon tergolong dalam golongan peminat jugak kot. Kuah kuah kuah, makan selipar kau karang. Baiklah makcik, saya bergurau saje. Tapi kenapa tangan makcik bergegar ish kan dah blurr gambar kelas ini. Aaai gooo...





Okeh, jangan lupa datang ke AhCheng Laksa yew. Dekat Giant Hypermarket seksyen 13. (Tapi jangan order Pan Mee ok. JANGAN). 




Sekian, bye. Assalamualaikum.

Saturday, March 12, 2011

pRe-PoSt JJCM mArCh sEaSoN, aicheh~


Assalamualaikum. Hi guys. Memang kadang-kadang bila rasa nak bagi salam, dengan lemah lembut ayu dan sopan santunnya akan keluar perkataan itu di awal rancangan belog ini. Tapi bila tengah naik hantu, tengah jadi mak lampir dan sebagainya, memang nak doakan orang pun tak terlintas dalam kepala. Hadoooi, maafkanlah saya tentang itu.




Jadi once again selamat sejahtera. I just wanna say last friday was seriously fun for me I mean it was yesterday lah sebab as long as I know, memang sangat lama kitorang bertiga tak JJCM together bila kali terakhir berjimba bersama ya? Oh, 10th of February memang genap sebulan as last Friday was 11th of March kaaan? Nak ulang tayang JJCM versi lalu? Kelik sini saja di sini, jjcmversilalu jangan malu-malulah dengan sayew...




Semua gaya macam bergambar dengan guru displin. Tegak je langsung tak fotogedik. 
(Depan khalayak ramai okei, malulah nak over pose)




But this enrty is not to talk about it YET. Pasal my mood is actually masih dalam proses brainstorming the crazy words to express my excitedness and masih serabuk to choose which the best pictures to be upload here sebab kalau dekat fesbuk tak ada copyright memang orang can easily stalk and buat hak peribadilah kan. Jadi itu yang kita tak mahu. But nak upload semua pun agak-agaklah I guess sampai seratos kali skroll mouse pun belum tentu habis satu entry. Should I discuss with you girls about this? 




Seriously all the pictures were awesome and kebahagian jelas terpancar setiap kali bukak folder pon senyum kalau tak sampai ke telinga memang tak sah especially when I'm looking at you Hani. Sooo wandering apasal muka berseri gila macam pengantin baru...hahahaha (kali ni gelak empat harkat). Tak tahulah if I'm the only one who thought that way.




Ni nak cakap muka hapa pon aku tak tahu. Bahagia sebab berjaya tangkap makanan dengan chopstik barangkali. Hajar tu aku suruh buat muka poyo, muka lain yang jadik. Haish.



Hani yang ceriyaaa! - Adjust sikit iklan ribena.



Ya habibi ya maulana (AF8) eh eh pelancong arab join kita makan sekalilah...



Okei dah. Tu je ayat yang mampu keluar. Bajet macam promo filem tak buat pre-post macam ni? Tak apalah, sekali-sekala bajet artis sikit. Hope you guys patiently wait for the next post. InsyaAllah, the real entry will be update soon dengan lebih banyak gambar dan rahsia-rahsia kerajaan yang bakal dipecahkan. Sabolah eh. See bajet artis lagi tak cakap macam tu konon femes sangat ke belog kau sampai nak announce like that gila. Ok. Sekian terima kasih semua. Bye assalamualaikum..!




p/s: Kalau serabut sebab assignment boleh tahan lagi. Tapi ni serabut pasal tak tahu nak pilih gambar mana nak letak dalam belog. Apa punya perangai tu?

Thursday, March 10, 2011

gEnEraSiKu McC, aLaa, pRoGraM kELaB yaNg AkU JoIn DeKaT mELaTi Tu...


Aku dah jumpa satu lagi cara macam mana nak halau hantu stress jauh-jauh. Selain memasak atau shopping, satu benda yang boleh buat aku seronok dan gembira sekaligus lupakan stress aku ialah dengan menari. Baru aku tahu rupa-rupanya ada darah seni dalam diri aku ni paaaaaang hambek satu penampar nak bajet artis sangat kau hah?



Ok, tak. Sebab aku betul-betul sedar sejak jadi aerobic instructor untuk program generasiku mcc hari tu, macam have fun gila tahu tak lagi-lagi bila ada kawan tumpang sekaki brainstorming curahkan idea untuk step lagu gee dengan beautiful tu. Dan sejak tu, asal rumet tak ada dalam bilik je terus terkinja-kinja macam berok mak yeh menari sorang-sorang macam hapa aku buat confession begini memalukan diri sendiri depan khalayak ramai ni hisyh...




Ni orang yang perasan ada darah seni mengalir dalam diri tu bersama teman semenari, Siti. 



Dan dialah orang yang bertanggungjawab kalau suatu hari nanti saya hafal the real steps of that 'Beautiful' song. Dan salahkan dia jugak kala saya minat kumpulan Beast tu. Aaai gooo.





Haa kan dah kantoi dengan kamera girl, erobik pakai wedges. 
Hapa punya perangai ni?




Gambar warming up saja yang ada. 
Nak tengok video?




Okeh, keliklah kalau rasa-rasa buffering tu tak berapa nak lama sangat kan.




Sekarang bila semua orang dah cergas (lah sangat), boleh la gerak pergi chek point masing-masing sebab memang dah tua-tua ni aku dah tak boleh main lari-lari lagi dah. Kena senangkan diri jaga sedia, fikir idea nak kenakan setiap kumpulan yang datang nak complete kan task. Memang seriyes rasa macam orang tua betul ni tunggu masa je nak masuk rumah kebajikan orang tua-tua eh tak, rasa tua sikit je macam minggu orientasi kat sekolah dulu ragging adik-adik junior oooh dah dewasa rupanya kau ni ingatkan tak sedar diri tadi.




Hini perkenalkan Alia, geng bas sekolah tukang buat dajal yang sama-sama menjaga chek point dengan haku. Memang otak dia ni kalau pakai kat sekolah seriyes dapat title senior-kejam-gila oleh adik-adik junior (kot). Tengok muka sajalah.




Alaaa, setakat air tasik campur tanah, campur telor, campur sampah sarap sikit, campur serbuk kari, serbuk kunyit, ini nak kasi orang geli ke nak kasi orang lapar ni? Haaah, lepas tu campak la berudu dua tiga ekor. Tu jeee...




Lepas tu celup tangan sorang-sorang cari gula-gula (yang tenggelam) kat dalam tu. Dah complete task baru boleh settle kan puzzle pulak dan lepas tu baru dapat klu nak pergi next chek point. Macam tak mencabar je kan. Hish, bakat meragging junior dah terhakis agaknya.




Hoi-hoi aku bukan saja mencapub dah kamera girl tu enterframe gambar aku sekali nak buat macam mana.




Kalau nak posing aku cakap begini tau. Hajar, Hajar, ambek gambar Ocha. 
Okeh, 1,2 klik, klik. Haaa, cenggitu.




Yang kiri tu Hajar, yang kanan tu Ayna Al-Mohsi. Dua-dua budak AD ni memang ke hulu ke hilir dengan kamera gabak tu. Terima kasihlah kau berdua.




Kamera henfon aku yang setakat 3.2 tu memang takkan dapat efek blur background macam ni. Yang dapat blur semua hadolah. Memang kalau gambar macam tu dasar tangan tak berbedung namanya. Jadi terima kasih sekali lagi. Eh, lupa nak kenalkan. Tu nama dia Aliyah. Kawan se'kembara' dan untuk Cik Ani, Aliyah ni kawan Cya tawu...




Untuk makcik Melati, 
ini bukti pembelian yang saya aktif dalam aktiviti kolej. 
Tak bagi saya kolej sem depan siaplah. 




Tak kira. Nak perkenalkan jugak ini protegee saya. Bukan setakat jadi senior, I jadi mentor sekali okeh. Itu pasal la malam-malam harus tercangak dekat lab komputer tu. Kang malam ni Piah bertugas, malam ni pulak Dhiya, malam besok Waida, malam lusa Ira. Lepas tu rotate lah sampai habis sem. Macam mana rumet aku tak bahagia berjimba sorang-sorang dalam bilik setiap malam. Hish...




Ni pon nak perkenalkan jugak. Bakal menantu bapak...hoho. Choooooy. Ini Rohaifiza or nama glamer Roy. Alaaaa, yang aku dok in relationship dekat fesbuk tu. Dah jangan fikir jauh-jauh aku masih berada di jalan yang lurus dan diredhai. (Tunduk kepala berzikir lapanpulohdua saat)




Ni pon nak letak jugak. Mimi. Bukan memey yang rampas Norman daripada Abby Abadi tu. Dialah mastermind untuk program generasiku mcc ni. Mesti kau orang para pembaca di luar sana gembira sebab kali ni aku tak menyelit dalam gambar kan? Fine. Selamat bergembira.








Haajar tengok gambar ni dekat wallpaer laptop aku. Lepas tu dia cakap 'Kau-bajet-kau-diva-lah' Ye, aku tau apa yang korang nak cakap.

"AGAAAAAKLAH"



~kaaaaaan~



p/s: mula-mula cerita pasal stress, sampai bawah dah lain. lagi sekali, aaii goo...

Wednesday, March 9, 2011

SaYa TuLiS cUma naK HiLaNgKaN bEbaN



Aku seriyes rasa macam nak lempang budak yang tegur mata aku lawa (sebab pakai eyeliner) masa dekat lab tadi. Sebab kalau dia tahu cerita di sebalik mata 'lawa' itu, aku rasa dia juga akan menangis kaw-kaw sampai hilang eyeliner dah tak tahu jadi rupa jebon mana ntah nanti. Imagine lah eyeliner itu daripada pukul 4 petang aku pakai sampai 4-30 asar dah masuk, aku ambik wudhuk tapi tak padam eyeliner tu memang jadi mata panda sekejap lepas tu tachap baliklah kan. Siap-siap pakai shawl setengah jam kemudian rasa rimas pulak okei tukar pakai tudung biasa saja bukan setakat shawl seluar baju pun dah berapa banyak bukak-lipat-susun balik dalam almari rasa macam malam bersanding yang tukar-tukar baju tu apa orang panggil? Lantaklah, tapi memang gitulah gayanya tadi.



Memang aku rasa macam tak-naklah-emo-emo-dekat-sini apatah lagi dekat belog yang semua orang pon boleh tahu dan nampak, tapi bila hati ni dah macam roti tisu kat kedai mamak tu, yang sangat nipis dan senang tersiat, aku tak kira aku nak tulis jugak sebab bila hati aku sakit satu kerja aku pun tak jadi. Asimen menggunung, dosa bertimbun, nak mengadap test minggu ni, minggu depan, dahlah tak dapat balik jumpa mak ayah, aku tak tahu kenapa aku rasa hidup aku sangat disaster sejak akhir-akhir ni. Aku tak suka ada perasaan tak senang begini yang boleh kasi spoil segala benda sampai nak mandi pun tak ada mood. Maknanya mata 'lawa' itu masih ada sekarang ini kau tauhu!


Hish... Aku kena bertaubat ni. Sebab tu hati tak tenang.



Oleh sebab hati aku yang rasa, hati aku yang sakit, maka hati akulah yang sedang bercakap ini. (Anggap sajalah aku tengah bulan mengambang.) Balik bilik terus nak mengamuk telefon Nurul potpet-potpet buat panas hati kakakku itu. Mintak maaf sayang kerana memekakkan telinga kau. Hati aku ni memang keluaran kilang yang tak bertauliah, memang tak professional, memang tak tabah, memang dasar benda kecik pun nak menangis dan nak diperbesarkan kalo boleh nak sebarkan ke 7 daerah berdekatan. Aku harap kau faham...



Cuma 'benda kecil' yang aku maksudkan itu, 1-buat aku menunggu, 2-buat aku tangguhkan kerja aku, 3-buat aku rasa seperti diperguna, 4-buat aku macam tak ada perasaan padahal bukan susah sangat nak faham isyarat aku cuma sengaja, 5-balik bilik tanpa sikit pun benefit yang aku dapat, seriyes aku sangat tak boleh nak terima. Aku tak faham kenapa kadang-kadang aku rasa macam aku je yang terover sayang gila dekat orang padahal...







Hish, aku kena solat taubat sekarang jugak...Banyak dosa sangat nih sebab tu Tuhan marah.

Tuesday, March 8, 2011

HaPpY BiRtHdaY hErShaN!!!

Hapdet ni aku buat lepas aku setelkan skrip subjek protokol dan ethics aku dan juga skrip bahasa arab yang rasa-rasa macam susah nak dapat A lagi sem ni. (Mintak-mintak ayat tak masin) Sebab apa weh, ustazah itu sangat menakutkan walaupun dia sangat baik bagi gula-gula dekat aku masa dalam kelas.



Jadi walaupun dah siap tulis skrip jangan kau hengat aku sudah berlapang dada sebab asimen sebenarnya masih menimbun dan membusut tapi apa boleh buat hapdet belog pun satu asimen jugak. Kalau cerita pasal celebrate besday Ray malam tadi aku pospone sampai bulan 5 nanti kau orang cakap apahal-pulak-kau-ni-orang-tu-dah-21-tahun-2-bulan-baru-kau-nak-sebut-nama-dia-dalam-belog-ke-gila haaa kan dah panjang dia punya monolog.



Jadinya kaan, sebab ni hapdet versi cepat dan pantas dan efisyen dan juga sebab aku malas nak berfadzilah kamcah malam ni dan macam aku cakap tadi koje sangatlah banyak kaaan (memang kalau bagi excuse kau hebat ocha), so aku post gambar sajew. Khas untuk insan yang jauh di mata dan dekat di hati ketika ini oooh kekasihku Hersyan. Dalam kurungan rasa macam geli pulak.



Okei tukar balik. 
 Ooooh sahabatku Ray...


Inilah abang saya yang ensem yang dah boleh mengundi yang sekarang dah pandai buat rambut  tegak-tegak yang sekarang dah duapulohsatutahun. Tahniah Ray kerana berusia panjang. Aku harap aku juga sempat merasa 21 seperti kau. (Amin)




Okei, cer teka cer teka yang mana satu birthday boy? 
Memang soalan nak mengundang maut entah siapa yang berubah jantina sekarang pon aku tak tahu.




Ini tukang delay order. Orang lain semua dah tahajut 2,3 kali kau tak sudah-sudah fikir nak order apa lagi.



Dan sudahnya, fikir nak order apa sampai satu jam pun last-last ambik mee goreng mamak jugak. Ini baru betul nama dia Hani Afiqah. HA HA. Gelak dua harkat saja kang laki aku jadi janda siapa nak jawab.




Yang tukang delay lagi satu hini memang makanan sampai awal tapi memang paling lambat habis. Ke memang tak habis? Okei, ini baru betul namanya Farahana yang memang muka selalu makan tak habis. HA HA dua harkat jugak sebab tak mahu anak-anak aku jadi anak yatim.




Yang ini aaaa.... 
Ok, nama dia Lydia.
Dia orang Peneng.




Kek 'Lelaki Hari Jadi'



 Eh, ter'skip' kejap tadi. Yelah, kau orang makan pinggan godang aku makan cendol tigahenggetduapulohsen je. Pandang mangkok cendol pon tak selera apatah lagi nak posing maut. Nasib baik Ray kasi pinjam chicken chop kejap. Ray, kite share eeeeh~




Ini tukang senyum saja sebab memang ramai paparazi di sekeliling beliau dan jangan buat-buat tak nampak tuuu ayam tu, dia dah cari tuan balik. Hei ayam, fine!




Sesi bermanja-manjaan. Kau harus tengok aksi 18sx yang lebih daripada ini. Caranya? Jerit macam ni.



"Lydia bila nak tranfser gambar kamera kau hah?"
-pesanan ikhlas, budak gila gambar-



Dan kepada kau Hershan Ray Herman, 

HAPPY 21st BIRTHDAY  
....sekali lagi. 
Semoga kau berbahagia selalu dan kekal hingga ke anak cucu. 
Eh, aku salah datang kenduri ke?



ok bye!







p/s: JJCM versi 'TANPA KAU DI SISI' mesti kau keciwa kan ajaa. So, set hari dan masa. Jom dating...

Sunday, March 6, 2011

ShOpPiNg SoRaNg-SoRaNg PuN gEmBiRa OkEi


Macam biasa. Dah macam jadi trend pulak kan kalau nak buat assignment, mesti mulakan dengan hapdet blog. Maknanya kalau tengok ada post baru, maknanya aku ada asimen barulah eh. Ok, semalam pergi koko macam biasalah orang yang gila outdoor konon-konon every week pergi camping, masuk hutan, main kayak, wall climbing dan sebagainya padahal kembara yang disangka aktiviti lasak itu hanyalah sekadar kelas teori kepada aktiviti yang disebutkan tadi. (wajah menyesal). Jadi berbahagialah wahai insan yang tiada koko pada hari sabtu sebab boleh balik rumah. Macam haku walaupun tak ada kelas hari jumaat tetap tak boleh balik sebab ada koko punya pasal. Fine.



Jadi sebab bengang besties semua balik rumah, dan bila fikir-fikir balik kali terakhir aku shopping was about last February (early of the month okei), maka lepas koko semalam terus siap-siap pergi bus stop mawar sambil decide nak pergi PAS ke nak pergi JJ. And finally sebab geram tak boleh buat keputusan sorang-sorang, (even bertiga pun tak boleh buat jugak) maka cakap dalam hati, kalau nampak rapid 603 aku pergi PAS nampak teksi aku pergi JJ. Sekali sebijik bas haram tak nampak, yang hado tiga bijik kenari canteeek tersusun tepi bustop tu. Dan dengan minda yang positif haku relakan juga menanggung RM12 seorang diri. (Sebab kalau bertiga baru RM4)



Dan memang gembira sebab seriously, tak sangka shopping boleh buat perasaan aku gembira dan bahagia seperti semalam rupanya sebab pertama aku tak pernah shopping sejauh itu dengan naik teksi yang begitu mahal sebab kalau shopping kat rumah aku rembat kereta maklah kan. Dan kedua, aku tak pernah perabih duit segigih semalam seolah-olah aku rasa macam nak gelak sorang-sorang bila fikirkan balik hapa yang aku beli semalam Hengat-kau-betul-betul-isteri-YDP-Agong-ke-gila?



Yang penting aku gembira. Lantaklah kau nak fikir apa. Okeh, dan aku tak pasti sama ada aku ni memang gila betul-betul ke apa sebab letak gambar dalam fitting room semalam dekat sini. Tiga kali masuk fitting room dan setiap kali masuk tu paling kurang ada lima pasang baju aku bawak masuk. (Patutlah gembira kaaan) Dan ini antara yang aku try semalam tapi tak semuanya aku belilah. Cer teke cer teke, yang mana satu aku beli...hahai.




Abaikan pose menggedik itu sebab memang aku ni gedik kaaan.


















Ok, kalau betul baju yang korang teka aku belanja Mc Flurry. Tapi macam dah kantoi je sebab post dekat fesbuk semalam. Hah, gasaklah. Okeh bye. Nak buat assiment.

Friday, March 4, 2011

YDPMPP tU BuKaN bOyFriEnD haKu Lah


Macam hampeh tak bila aku cakap aku kena hapdet belog dulu sebelum start buat esaimen?  Contoh macam nak tido. Aku harus kena tulis diari dulu kalau tidak mata akan terkebil-kebil bila dah tutup lampu dan rasa macam ada sesuatu tak lengkap dan bangun bukak lampu balik, tulis diari walaupun setakat ayat “Onestly, I didn’t do anything fun and crazy today tapi mata aku sangat mengantuk, ok, bye Deery.”  Lalu aku letak pen dan baca doa tidur juga. Sekian. Habis satu hari dalam hidup.



Jadi sebelum aku teruskan niat suci dan murni untuk membuat asiment yang telah aku set lepas bangun tidur petang tadi (yakni pada pukul 7 setengah), adalah bagus jugak kalau aku story sesuatu dekat kau orang walaupun cerita ini mungkin akan menggelikan usus besar dan kecil dan mungkin juga pancreases kau horang weh. Tak apalah. Since tak ada point sangat nak cakap kan. Cerita benda merepek sekali sekala okeh kot. Tapi cerita ni cerita benar jadi sila percaya ya.



Cerita ni cerita pasal MOHD-FARID-ZUHRI. Alaaaa YDPMPPSUiTMM (Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Satu Universiti Teknologi Mara Malaysia) tuuuu haaaa. Semuanya sebab gambar ni... 



Eeeh, kantoi dah stalker gambar kat fesbuk.



Bukan, bukan, yang ni haaa



study board dalam bilik haku tu, haa ginilah ghopenye.



Memang kagum sangatlah aku bila semua orang pun kenal beliau kan sebab bila ada orang datang bilik je (especially ajk mcc seangkatan yang asyik nak ambik barang tu) haa, memang konfirmlah akan ada yang bertanya pasal beliau. Tapi yang paling tak boleh blah tu, ada satu hari ni, adalah sorang ajk mcc ni datang bilik aku, nama dia Farazuna bukan Fara Fauzana okeh. Masuk-masuk je kan, dia terus keluar dialog macam ni;



“Ni YDP MPP kan? (sambil tunjuk gambar Farid)”

Aku mengangguk dengan bangga.

“Kau kenal dia ke?”

Ha’ah satu course time kat Kedah dulu.

“Asal kau letak gambar dia?”

Saje. Tu kan pamphlet masa kempen pilihan raya ari tu.

“Tipuuuu. Dia boyfriend kau eeeh?”

Hah? (Suasana hari raya senyap lapanpulohlapan saat.)

“Kau couple dengan dia eh?”

Hoih, mana ada.

“Hak aloh, tak nak mengaku pulak.”

Betul la. Aku mana ada boyfriend. (Nak-nak lagi macam si Farid yang macam imam muda tu kaaan.)

“Habis yang kau letak gambar dia tu kenapa? Pilihan raya dah habis.”

Sebab gambar dia je yang aku ada. Kalau mpp fakulti kau pun hado, dah lama dah aku letak.



Okeh, yang last tu tipu. Tapi yang lain-lain tu seriyes dialog betul. Aku rasa macam nak gelak guling-guling bila si Farazuna ni mati-mati tak percaya bila aku deny yang Farid tu bukan boyfriend aku. Adakah muka aku tak cukup suci sehingga dia tidak mampu percaya dengan kata-kata itu? Oh Farid, kalaulah awak tahu bagaimana saya bersungguh-sungguh menafikan gossip antara kita ini daripada tersebar di media massa... (buat gaya letak tangan dekat dahi macam drama queen kejap).



Dan sekarang semua orang boleh gelak sambil tadah muntah dalam baldi. Dan sejak tu kawan-kawan mcc dah mula pandang haku konon macam isteri YDP Agong padahal YDP MPP pun tak pernah nak pandang muka haku ni weh... (tutup muka dengan bantal)




p/s: MPP APB apatah lagi... In your dream... oh em gee!


Tuesday, March 1, 2011

HaDiAh HaRi JaDi MaK


Selang empat hari lepas birthday Nurul Jannah tu, then it’s my mom’s turn. (Nasib baik bukan 29 Februari weh). HAPPY BIRTHDAY TO YOU BUNDA!!! p/s: memang mak saya tak baca entry ni, tapi saya simpan saja dalam blog ni manalah tahu kalau suatu hari nanti saya pergi dulu u allz bukaklah dan tunjukkan dekat bunda saya okei.


Ini gambarnya in case kalau u all tak pernah jumpa bunda sayalah. 
Sila ingat dan beruang dalam kepala.



Actually kalau nak ikutkan malas dan sakit, memang sejak minggu lepas lagi saya dah sakit dan memang sejak dahulu lagi memanglah pemalas. Ingat lagi yang cerita pasal pengsan dekat luar kelas tu? Ok, tak prihatinlah u allz. Bila saya tulis entry mengundi dulu, dari situlah mulanya sesi sakit menyakit ni dan weekend yang lalu berakhir dengan sore throat dan kejang kaki dan nose bleeding dan rasa macam kenapa complete package sangat fever kali ni? Sampaikan terlanggar dinding sikit pun boleh ‘ouch’ macam kena hentam dengan kayu. Eh, mengada pulak rasa cerita sakit-sakit dekat sini ingat orang nak heran? Okeh, tak payah kesian. Saya tengah menaip entry ni sambil makan Mc Donald double cheese burger pemberian Cik Haajar tadi. (Buat muka bahagia.)





Eh, ni muka bahagia dengan mama. Haajar sorry aku harus ketepikan kau hari ini. Hani pon sekali. Nuruls pun. Senang cerita korang semualah.



Dan kembali kepada cerita bunda yang sudah 45 tahun hari ini. Actually, sakit tak sakit, saya tetap akan balik setiap kali ada hari istimewa. Lagi-lagi bila dapat tahu ada sepasukan tentera bergajah yang dengar-dengarnya mahu datang menziarah. Woih, kawan-kawan dari Mesir nak datang melawat alasan kukuh ke tak kukuh tu nak balik? Ingat senang nak jumpa? Nasib baik terdetik dalam hati, mujurlah ada rusuhan dekat Mesir tu kalau tak memang empat tahun kemudianlah aku tatap wajah kau orang semua. Nak doa Mesir selalu ada rusuhan boleh tak? Okeh tak baik.





Oh ya, thanks to Siti Nabeha (refer gambar awek cun di atas) sebab sudi ambil pekej penginapan dua hari satu malam kalau kau tak ada weh, memang patah kaki jugak nak layan peminat setia mak aku ni. PEMINAT SETIA HABES WA CAKAP LU. Kau tahu masa diorang pergi Mesir mana diorang nak ingat kat aku? Tau-tau je bila balik rumah, mak cakap “Hari tu, Sya’rani baru telefon mak.” Dan aku pun membalas dengan muka tak puas hati. “Eh, dia tak telefon along pun.” Mak aku pun membalas "Apakejadah dia telefon kau?" Eh mana ada. Dialog last tu pengarah dah cut.



Memang. Memang, tentera bergajah tu semua memang kesayangan mak haku. Termasuklah tentera-tentera kelas sebelah. Bila dia bergabung dan meletup, jadilah macam lagu Adam dengan Stacy 'Menggegar Dunia' tajuknya tu kalau tak pernah dengar boleh search dekat u-tube sekarang. Dan setiap kali kalau nak datang rumah, tak ada haku pun tak apa asalkan ada mak. Memang motif nak datang rumah tu semata-mata nak jumpa mak, mak dan MAK! (Dan juga makan masakan MAK sebab mak memang sangat memberi muka kepada mereka!)












Ini masa mee kari baru keluar dari dapur, jadi masing-masing malu-malu ayam macam saja nak buat aku tergelak guling-guling dengan aksi kau orang yang begitu bersopan santun. Sejak bila pandai berperngai begini hah?




Tapi semenjak tengok muka mak macam bercahaya dan berseri-seri sungguh macam anak sendiri yang pulang dari perantauan soksek-soksek lepas sorang-sorang bukak cerita, aku pun tumpang bahagia. Yelah, bayangkan sebelas anak yang datang, masing-masing ada cerita sendiri. Anak yang ni bukak cerita macam mana nak goreng telur dua biji tapi besar macam lapan bijiklah, anak yang ni pulak bukak cerita macam mana nak buat serbuk teh bertukar warna kalau-kalau berlaku kes teh tak berubah warna haaa, anak yang lain pulak cerita pasal kebun stroberi dengan tomato bajet macam dia punya kebunlah siap buat promotion dengan efek makan tomato hari-hari konon kulit masing-masing halus dan mulus padahal baru setahun kat sana cheh. Sampai aku pun dah tertidur sebaik saja anak yang ke sebelas habis bercerita. Okeh yang last tu tipu lagi.






Inilah gambar sebelas tentera bergajah yang aku maksudkan tadi. Dua orang sudah balik terlebih dahulu jadi tinggal sembilan sahaja.






Dan setiap tahun memang adatlah tak pernah bagi apa-apa hadiah kat mak sempena Hari Jadi, Hari Ibu atau Hari Guru sebab memang muka aku memang bukan muka bagi hadiah kepada ibu bapa selagi tak pegang duit sendiri. Sebab tu satu-satunya yang mampu dilakukan ialah hadiahkan orang-orang tersayang dengan sedikit masa untuk membuat kad dengan sisa tangan sendiri. Sebab itu yang paling sentimental value dan sebab bukan semua orang boleh buat kad sendiri okei walaupun kadang-kadang bila idea stuck aku pun jadi kategori orang begitu juga.






Dan bukan nak panjang lebar dekat belog ni (walaupun belog sendiri) tapi sebab entry ini khas untuk emak sendiri jadi apa salahnya berfalsampah seketika kan kawan-kawan sebab sebenarnya aku terlalu amatlah gembira bila tengok tentera-tentera bergajah tu datang bertandang seriyes sampaikan bila semua orang tengok gambar dekat fesbuk, mesti tanya rumah kau buat kenduri apa weh? Aku cakap kenduri tahlil aku karang korang tak percaya pulak. Dan yang paling tak boleh terima tu maklang pun dok komen sekali sebab ingatkan aku buat kenduri bertunang tak ajak dia uish mak lang direct sangat tu...





p/s untuk maklang: Kalau ain buat kenduri, bukan setakat dua bijik kereta je yang datang maklang. silap-silap tepi jalan besar tu pun orang parking sebab dah penuh. hek eleh perasan.






Jadi di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasihlah kawan-kawan kerana masih sudi datang dan masih ingat dekat mak aku (walaupun kau orang tak hengin sangat nak jumpa aku kaaan). Sebab kehadiran anda sangatlah menggembirakan hati mak aku. Baiklah, sekian aku nak blah. Efek ubat batuk ini sangatlah melampau sampai aku rasa macam nak minum lagi. Maksudnya, aku nak tidur tak moh bangun-bangun dah. Tiba-tiba rasa ayat dalam entry ni ngeri-ngeri belaka. Petandakah?






Baiklah sebelum saya beradu, sekali lagi, 


MAK SELAMAT HARI LAHIR. SEMOGA TUHAN PANJANGKAN UMUR MAK, MURAHKAN REZEKI MAK (dan anak-anak mak), SEMOGA MAK SENTIASA SIHAT WALAFIAT, BERKEKALAN USIA SEHINGGA KE ANAK CUCU CICIT DAN SEBAGAINYA. 
i love u mak.



macam tak dramatis pulak tulis uruf kecik begini,


OK I LOVE YOU, MAK!!!


the history

Followers