Sunday, December 20, 2015

Thank You. From Anameku to Anameku.


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Thank you 2015. From January to June, July to December, separuh tahun pertama yang disaster, separuh tahun kedua yang teruja. I had it all. Daripada meroyan versi perempuan, sampailah meroyan versi wanita. Aku boleh nampak transformation diri sendiri dalam masa setahun ni which is really really really part of the big thing in my life. Well, I didn't say I'm going to stop meroyan. It's a good therapy actually (youknowme).





I just think, it's time for me stop. Anameku, has brought a lot of memories through all five or six years back in my life. Dah sampai masa untuk mulakan another five years dekat belog lain. Did I say nak stop blogging? Hahah, sila jangan mengarut. Aku cakap aku nak stop anameku.blogspot ni sahaja. Because I'm about to start a new one. A new blog to store my another five years journey. InsyaAllah kalau panjang umur. So, lets dream about something bigger together, ok!




Bercakap pasal 2015 (again), I realize a lot of things. Paling ketara, 'maturity'. It's funny when your 30 plus plus years old girlfriend boleh terus putus kawan bila aku buat keputusan untuk berhenti kerja and do something better for my future. Real mature friend, should be happy for me. Samalah macam bila kawan baik aku letak nama anak dia dengan nama yang aku simpan untuk anak aku sendiri nanti like seriously I can't justify the level of maturity. Biarlah, aku relakan saja. Samalah jugak bila kita putus cinta dan melihat 'kesyaitonan' bekas laki bila dia menikah dengan orang lain dengan selamba. Whoa, I wish you guys can feel me. Really...





I've been walking in a lot of hard and stumble roads. Met a lot of wrong people. Choose a lot of stupid decisions. Did a lot of senseless mistakes. But I learned. Belajar dan berazam. Kalau salah, jangan buat lagi. Kalau betul, perbaiki dan mahirkan lagi. Kalau dah tahu coffee addict, jangan gegedik nak skip kopi sehari. Kalau tak kang mulalah kepala mabuk emosi ke laut habis terbalik orang rumah orang office orang-orang sekampung dengannya. But that's how I learn about myself.





Not only that. Aku rasa macam-macam pengalaman. Duduk macam-macam jenis rumah. Belajar macam mana jadi event manager. Pergi macam-macam tempat. Rasa macam mana jadi hina merayu melutut menagih macam orang gila. Oh, merasa naik pentas konvo uitm untuk kali kedua jugak. And I'm proudly say now I am where I supposed to stand (iguess). Hah, apa PHD? Don't ask me any about study. Laki pun tak sempat cari. Not to forget, seeing few besties got hitched. Peah, Lala, Fara, Yana. Even Miss Neela. Haila, rindu tempat kerja lama dah walaupun baru seminggu start hidup baru.





Yup. 2015 is not an end for me. It's a start of my another 20's half journey. May Allah ease. Itu je aku doa untuk diri sendiri. Dan family. Dan insan-insan sekeliling yang tak pernah putus bagi kasih sayang. Dari umur aku 19 tahun (which I started to write here), sampailah 25 tahun. Now, I'm bringing my 26 to 30 years old to another page. Tak payah cari belog baru aku. Tapi kalau terjumpa, nasib koranglah..hiks. Get ready for a lot of meroyan styles from me. And also please get ready, yang aku takkan teragak-agak untuk 'unfriend' mana-mana manusia yang berperangai tikam bunuh racun kelar kawan sendiri. Seems like I'm getting scarier isn't? Nah. You reader know me better.





So, akhir kata, terima kasih kepada semua readers. Silent or un-silent, you're part of the reason I'm writing here. It's been a great and wonderful years sharing all these moments and memories with you guys and girls. Maaf kalau ada terkasar bahasa, terasa, tersentap, terperli sama ada sengaja ataupun tidak. Well, this is me. Ain Nathasha binti Omar, the owner of anameku.blogspot.my which stands for 'ana' bermaksud 'saya' dalam bahasa arab, 'me' bermaksud 'saya' dalam bahasa inggeris and 'ku' bermaksud 'saya' atau 'aku' dalam bahasa melayu. *I never reveal this to anyone* So, it's all about 'saya' in here. Jadi jangan perasan kau femes sangat sebab di sebalik nama belog pun dah terang-terang selfish. Okbye.








Sekian, rest well anameku.
Thank you for keeping all my thoughts and memories in you.
Love, Ain Nathasha Omar.
Assalamualaikum wbt.





Write off; 

20/12/2015
1551 - Sunday



Thursday, December 3, 2015

iN a (ToUgH) ReLaTiOnShiP




I told you, life is not easy. Oh, hello December (lambai-lambai). Assalamualaikum sumorang! Update, update, update. Satu, semester dah bukak, kelas dah start, seven subjects in the list and I'm suicide-ing. Basically. Dua, it's almost 2016 and throwback throwback dah jadi macam habit lately. Tiga, well, back to my first sentence, life is not easy. And I'm facing it.





My first experience bercinta, terus dah 'long-distance-type-of-relationship'. I was doing fine at first. Tak pernah rasa jauh pun. Tapi Tuhan kata, jodoh tak panjang. Nak buat macam mana. I moved on. Ni dah jumpa the next other half. Kenal few month, (as usual it was started with drama-drama annoying) lepas tu lama-lama sayang. Kenapa ntah Tuhan selalu uji jalan cerita cinta aku, tiba-tiba dia kena pergi jauh. Eh, I'm not questioning Allah why He's giving me this kind of ujian you know, it's a bit tough, tapi demi masa depan dan kerjaya, pergh pergh pergghhh... pergilah, bang.





So, long-distance relationship wasn't that bad. I've been there before. Dah pernah rasa susah payah macam mana berkorban dengan orang yang kita sayang (walaupundiataksayangkita) so this time around, I'm not asking for anything, just hope than he can gives me his complete trust because I don't know how to assure his feeling seriously aku berserah semuanya pada Allah berdoa supaya hati dua-dua makhluk yang rapuh ini teguh kuat walaupun berjauhan macam kekok pulak tulis ayat-ayat begini ok lah, bye!





Selamat berjuang kanda (ciumanterbang)



Wednesday, November 25, 2015

GiVe YoUr HeaRt a BrEaK - PaRt II


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Dah malas pulak rasa nak update pasal Langkawi hari tu. Lama gila wei gambau-gambau ni semua simpan dalam draft. Tapi kang nak delete rasa cam tak best pulak. Jadi macam nilah. Aku post jelaa gambar-gambar ni semua sebab aku malas nak karang ayat panjang-panjang. (banyak keje weeeeiii) - Ni cerita hari kedua a.k.a hari last aku kat sana. Gambar aku dah susuh (susuh pon boleh laaa) ikut sekuel siap-siap mula-mula aku pergi mana lepas tu pergi mana lepas tu pergi mana dan pergi mana...





So, random place pertama...





Dataran Lang




Selepas berapa kali touchdown sini, tapi tak ambek gambar,
Yah, finally...





Pergi kebun buah-buahan kat MARDI
(like seriously MARDI? Yes, MARDI baby MARDI)









Sempat Encik Belalang propose. Thank you, abang.






Melawat kebun anggur yang tak berapa sudi nak berbuah-buah cinta layu di pusara.
(maklonglah dah hujung musim)





To the Bird & Wildlife Park









Acah-acah jadi pencinta haiwan jap.





To Air Hangat Village






Tunggu lunch sampai sambil celup kaki dalam air suam.
(sebab dia memang suam)






Like this.






Haa, kat sini baru boleh panggil air hangat. Ada pondok kecik jauh sikit daripada tempat makan tadi.
Hangat pun tak hangat sangatlah.






Dah rebus kaki, jenjalan tengok kerbau dan bangau terbang-terbangan. 
Belakang air hangat tu ada view gunung ganang sawah segala. Sempat laa fefeeling.






And last stop, random kampung mana ntah selamba berenti tepi jalan, mintak tolong budak-budak kampung ambekkan gambar acah-acah kau pelancong daripada Tunisia ke tak pernah jumpa sawah padi hah perempuan-perempuan sekaliaaannn???





And finally Pantai Chenang!




Malam pun malamlah...






Ok, nak balik dah. Masa ni tengah tunggu flight. Tapi sebelum tu sempat stroll tepi pantai, makan malam jap, shopping lagi apa yang sempat, ok dah.





Sekian terima kasih.
Senang tulis cerita macam ni kan?
Lima setengah markah je. Huraian tak lengkap.
But yes, I gave my heart a break. Walaupun untuk dua hari.


Tuesday, November 24, 2015

eNtRy PeNdEk 37 SaAt


ASSALAMUALAIKUM WBT



Sumpah aku terkejut macam nak mati ke apa ntah bila aku search nama Encik Domoi dekat search box belog ni sekali tengok there are more than 30 entries with his name in here whoaaa (muka masih terkejut nak mati.) 30 entries tu consider banyak beb. I swear sangat banyak. Tapi kenapa ntah perlu mention nama dia lagi dekat sini and make his name in this blog more and more??? - Ok, tak boleh jadi ni. Aku mesti lakukan sesuatu!





Bukan nak brag nama orang lain ke apa aish tak kuasa la nak mix nama laki kita dengan ex dekat sini. Jatuh standard. Later I create belog untuk you sorang kay abang sopi (geliiiii). Sini tempat-tempat buang masa je boleh lah. Rasanya belog ni pun macam tak lama dah. Nantilah, when I officially announce nak tutup belog ni, maknanya dah sampai seru la tu. Entry pendek je. Saja nak membebel. Selamat berbahagia kepada insan-insan yang sedang berbahagia dan kepada insan-insan yang sedang menderita... kadang-kadang derita itu kita yang pilih, maka selamat menderitalah.





Apasal ntah ayat aku semenjak-dua menjak ni macam kejam nau nau... aish






Itu je.
(gigihnya capture gamba dalam semak.)



Monday, November 23, 2015

SoRrY, I'm aLLeRGiC To pOyO-NeSs


ASSALAMUALAIKUM WBT





He's sooooo cheeky (not in a good way) like I'm gonna cekik dia hidup-hidup yuno. Dia seketul manusia yang sangat poyo. Poyo in my terms also known as annoying. Siapa je suka dengan orang poyo? Berlagak. Bajet tau semua benda. Kalau menembak orang itu bukan satu dosa dan kesalahan, sumpah aku akan hapuskan spesis poyo ini dari atas muka bumi!





Sorry, I'm allergic to poyo-ness. Manusia yang riak dan angkuh. Manusia yang suka mempersendakan orang lain. Seksaan akan bermula bila dia start call aku. Sembang macam tak ada hari lain. Nak je aku sembur, "bro, kalau tak ada cerita nak sembang, tak payah sembanglah." Atau mungkin "bro, pergi sembang dengan kaum-kaum poyo yang sejenis dengan kaulah." At least boleh lawan siapa-sembang-paling-angkuh. Ini sembang dengan aku, kau cakap apa pun aku 'hhmmm' kan aje. Sebab malas nak panjangkan cerita.





Selain itu, orang yang tak respect orang lain juga termasuk dalam senarai manusia-manusia yang aku allergic. Yang tak tepati janji. Yang cakap lain, buat lain. Yang berpura-pura. Yang kaki ampu. Yang suka ambil barang orang tanpa kebenaran. Yang ambek nama anak yang orang lain dah simpan lepas tu letak dekat nama anak sendiri walaupun dah tau orang lain nak nama tuuuuu. I even mention dekat header 'mother of an unborn _____' kot wey haissshhh.





Emo. Macam kita dah beratur panjang dekat kaunter nak beli handbag yang kita dah aim lamaaa gilaaa tibe-tibe orang lain potong que terus rembat handbag tu and kalau ada handbag lain yang sama pun tetap takkan sama macan handbag yang kita nak... yes yes.. memang nak marah tapi dah ambek jugak nak buat camana handbag dah kena rembat so kita buat-buat cool saja laaa... jaga handbag tu elok-elok takut orang lain pulak yang rembat nanti ok bye.





But still, you're just disgusting. I swear!



Wednesday, November 18, 2015

GiVe YoUr HeaRt a bReaK - PaRt I


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




I need a break. Like a REAL break. Jenis kerja macam aku yang hanya cuti seminggu sehari dan jenis mengajar student yang tak ada particular tarikh walaupun namanya semester break tapi aku tetap tak rasa break sebab student memang akan sentiasa ada register masuk well this is a BREAK-ing truth. Dan apabila ada baki annual leave hujung-hujung tahun begini apa lagi aku meroyan terus lari jauh-jauh pergi cari pulau buat-buat tak kenal apa itu tujuh subjek yang nak kena perap dalam kepala otak dua minggu lagi matilah nak...






It's a short trip to Langkawi. Ye. Langkawi je. 
Apa benda kagum sangat?







Stay pun bilik bajet tak sampai seratus pun untuk dua malam kat sana.
Travel masa bujang, aku redah je weh asal boleh tido sudah, kalau dah berlaki tu lain ceritalah memang honeymoon suite aku tempah. Siaplah you abang sopi...







Ni depan bilik. Feeling kekampung sangat kan dengan atap macam tu. Oh well, we were staying nearby Pekan Kuah. Area jeti tu. Padahal naik flight gigih tapi stay dekat Kuah jejauh macam apa ntah padahal banyak je tempat lain yang lagi dekat eh sukati ai lah nak stay mana. By the way, nama tempat ni Rose Inn Motel. Memang ada bunga rose yang keliling kawasan dia ok laaa, match dengan nama. Murah pun murah. Selesa pun selesa. Hah, nak apa lagi?






Yang ni pulak kawan travel I. Dia laa yang meroyan at the first place ajak ke Langkawi ni padahal dulu pernah je sampai tapi biasalah berjalan dengan kaum mak-mak ke mana je I menyinggah kalau tidak ke kedai pinggan mangkok cikelat gamat kekain bagai. So, this time, I pun agree sebab bertekad nak visit Langkawi like to have a REAL visit gila supportive sahut seruan kerajaan Visit Malaysia well, to be honest, I tak pernah touchdown lagi segala-gala landmark dekat sana so because of that reason... I pun chaloh beteh! Ni gambau lepas brunch by the way. Gila kau nak jenjalan masa perut tengah lapau?






1st day we girls decided untuk terus shoot pergi Cable Car. Sebab dari Kuah nak ke Cable Car tu kira dari timur Langkawi nak ke barat Langkawi laaa so kita jalan tempat paling jauuuuuhhhh sekali. Tapi on the way pun berapa banyak tempat ntah dia stop like this one yang gigih panjat view point tepi jalan semata-mata nak tengok airport Langkawi sambil acah-acah mengenang nasib dan merenung masa depan pon boleh laaa haaa sudahnya sampai cable car dua jam kemudian.






Nak jadikan cerita on the way nak ke cable car tu macam tak berapa nak confident minyak kereta sewa cukup ke tidak so kitorang berenti jap isi minyak dekat Petronas Quay. Masa ni lah tak sengaja jumpa tempat kapal-kapal sangkut ni parking dekat sini ooohh rupanya this is Telaga Harbour Park yang memang masuk dalam senarai list yang kitorang nak touchdown. Mujurlah tak confident dengan minyak kereta. Kalau tak, tak berhenti jugak nak singgah.






Abang Sopi, I dah jumpa honeymoon port kita. (aku cakap sorang-sorang dalam hati dengan harapan telepathy sampai dekat abang sopi nuuunnn jauh di selatan Malaysia) - gigih






And finally we're here at Langkawi Cable Car. I is teruja sebab berapa kali sampai Langkawi pun tak pernah merasa naik cable car ni. Yaaa ampun, sedih!







Tapi sebab masih ada masa sebelum timing nak naik cable car tu, so we girls jenjalan sekitar Oriental Village bawah tu pergh ayat aku sekitar-kitar. Banyak jugak aktiviti yang boleh dibuat kat sini. Naik kreta kuda ke, men bola-bola dalam air tu apa ntah nama dia, makan-makan ke, shopping ke, tapi I choose to bergambau sahaja sebab tiket naik cable car tu beli sekali dengan tiket untuk masuk muzium 3D so macam... isokey laa. I cuti bukan bawak anak-anak pun so ikut suka hati ai lah nak pergi mana.






Ye, tengok betapa serabainya tudung pun tau dah kemalasan tahap apa sampaikan tudung kat kepala pun aku abaikan, kawan di sebelah yang teruja sampai terlompat-lompat pun aku malas nak layan, inikan pulak kalau aku bawak anak-anak lantak kaulah nak ooii nak pergi mana pun kau pergilah mak nak duduk melepak dan bercinta je dengan bapak haaa dasar mak tak berguna getus hati anak-anak aku pon boleh buat dialog sendiri macam tu.






Ok, dah betulkan tudung masa dalam cable car. Hasilnyaaa... 
I know I'm beautiful (with 360 camera).
Wei, aku nak show off cable car kat belakang tu je janganlah maki.






Masih di atas puncak cable car. Beriya selfie padahal tak nampak view belakang pun.
Menyesal tak rembat monopod tomato.






Dan masih terujaaa (sorang-sorang)






Ohmai sumpah setiap kali aku tengok gambar ni terus fefeeling macam angel turun dari langit sumpah inesen bak ang view belakang atas gunung sejuk-sejuk lepas hujan pulak tu pergh you feel me bro? you feel meeeee???





And banyak lagi gambar lain actually tapi semua dalam camera digital tu memang spesis tak menyabau nak letak entry kat sini so aku letak gambau yang ada dalam fon je. By right naik cable car pon bateri dah 20 percent, power bank tinggal dalam kereta, apa pon tak boleh hah, lantaklah aku tetap teruja walaupun terputus hubungan dengan abang sopi buat sementara waktu perlu ke bagitahu?






Ok, hanya mampu bergambau depan pintu masuk 3D Art Museum sebab tak mampu nak beli tiket masuk maklonglah kita ni orang biasa je tak mampu nak berjalan mewah-mewah setakat touchdown depan pintu masuk pun jadilah. Ok, sebenanya gambau dalam kamera partner in crime kan dah cakap bateri habes tadi memang tak adolah gambanya dekat aku alaaa muzium 3d je pun bukan Museum Madame Tussaudes dekat London tu haish ok lah nanti sambung Langkawi part ii tunggu bila ada mood. Inipun tulis belog sambil monitor student buat tutorial depan mata gigih tak gigih aku weeeiii...






Dan kita akhiri hari pertama dengan shopping cikelat yang diorder daripada sanak sedara. (2nd day pun ada order lagi). Padahal cikelat sendiri berapa ketul je weh. Nyesal bagitau pergi jenjalan. Pasrah mengangkat cikelat bawak naik flight. Ok, pasni kalau pegi jenjalan aku beli fridge magnet je kau tengoklah!



Saturday, November 14, 2015

ToO TiReD tO CaRe


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Bila kita kadang-kadang terlampau bagi muka, orang akan ambil kesempatan. Percayalah. Tak banyak, sikit mestii kena. Bagi muka ni kadang-kadang bukan sebab kita sengaja manjakan atau bagi peluang. Tapi sebab memang dah semulajadi berperangai senang nak tolak ansur, senang kesian kat orang, senang dibawak bincang padahal sebenarnya malas nak bergaduh bertekak segala cuba kau bagi aku espresso secawan trigger my mood semua nak ajak berdebat pun silap-silap orang fikir sampai lapanbelas kali nak gaduh dengan perempuan ni ke tanak...





Anyway, as I mention dekat tajuk, yes, I'm too tired to care. Peluang kedua never exist in my closet anymore. Nak kawan, bercinta, show some efforts, itu je aku mintak. Kalau kau gigih untuk aku, aku akan gigih untuk kau. Trust me. Bila orang cakap aku playgirl, banyak skandal, aku hantar senyum je. Aku yang deal dengan orang, maka aku tahu orang macam mana yang aku nak dan orang macam mana yang aku nak reject. 





Not playing game. I just want my next relationship to be square. Rasa-rasa penat, just quit. Jangan cakap nak slow down la, tunggu dulu laaa, sebab aku hanya nampak itu sebagai alasan. Then I have to say goodbye lah kalau macam tu. Dengan aku tak perlu rushing. Seminggu beriya sembang dekat text and call and the following week senyap sunyi bertapa entah dekat gua mana maka dipersilakan mereput sebab bukan akulah yang akan make a move, bukan akulah yang akan tegur bertanya khabar, bukan akulah yang akan peduli, maka semestinya bukan akulah yang akan terhegeh-hegeh dan terkejar-kejar. As simple as that. Gila simple in bracket kejam as it sounds because diamond memang keras begitu.





Lepas tu bila pantang silap sikit terus nak pancung kepala orang I mean terus reject aaahhh lantaklah dia nak meroyan ke apa, bukan aku nak main dengan perasaan orang. Aku reject direct ok apa daripada bagi mixed signal. Terpaksa buat macam tu sebab terlampau penat nak jaga perasaan orang tak sempat chekidaut hati sendiri. Apa yang hati nak. Apa yang hati boleh terima. Apa yang hati cari. Agaknya kalau Tuhan bagi semua orang atas bumi ni 'kad peluang kedua' I probably will request for 'kad peluang ketiga', keempat, kelima, keenampuluhsembilan sebab cepat sangat habis kad tapi macam mengarut la kan bagi peluang dekat orang yang sama sampai enampuluhsembilan kali so simpanlah peluang itu untuk orang lain pulak.





For me, people deserve their second chance. Yang sampai peluang ketiga keempat dan sebagainya tu ampun maaf no more lagi dah. Sekarang ni, just tell me black or white? Yes or no? Take it or leave it? Ok bye... eh, ini bukan entry emotional. Aku sedang menulis dengan akal yang waras engkorang kalau bakdatang manusia yang tak reti bahasa yang buat perangai sampai tiga empat lima enam kali kesilapan yang sama lepas tu buat muka tak bersalah mintak maaf segala annoying tak? Eh, tadi dah bye dok sambung lagi pasaipa ok bye bye ni last bye!



Wednesday, November 4, 2015

sEmBaNg KeNcaNg TaPi TaK bUaT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku tak peduli berapa kacak, berapa kaya, berapa bijak cerdik pintar litar pintas kepala batu seorang lelaki, tapi apabila dia memiliki sejenis perangai iaitu 'sembang-kencang-tapi-tak-buat' woot woot masyaAllah sis, I kenot with him sis, like seriously sis, bagilah I orang miskin yang huduh sekalipun sis, asalkan dia berpegang pada kata-katannya sis...





Ini cerita apasal lama tak update tiba-tiba update terus nak meroyan (gelak gedik smbil tutup mulut) ampunkan hamba wahai rakyat jelata sekalian sidang pembaca sebab anak-anak baru lepas habis final exam sebab itulah ibunya busy sikit buat conclusion semester lepas dan introduction untuk semester hadapan. To be honest, tiada istilah break bagi aku sebab kelas memang semedang ada so tengoklah nanti macam mana dua minggu lagi ke mana tau ada cerita menarik nak kongsi.





Itu yang meroyan tiba-tiba cakap pasal lelaki again again again and again selagi aku tak kahwin memang aku takkan habis mengkritik meroyan dan mengeluarkan fakta serta teori aku tentang mereka walaupun hakikatnya bukan semua benda aku rasa sendiri, tapi bila bff meroyan dengan laki a.k.a suami, bff meroyan dengan boyfriend, bff meroyan tengok aku meroyan dengan laki atau bff meroyan aku single tak berlaki apa masalah diorang ni pun haish aku tak tau maka itu yang buatkan aku selalu menempekkan cerita pasal lelaki kat sini. Hhmmm... bosan kan? Ye, doakan aku cepat bertemu jodoh supaya aku boleh annoyingkan orang dengan cerita seorang lelaki sahaja iaitu suami aku dan pada masa itu korang tengok header blog aku pun korang tak lalu.





Ok, yang aku cakap jenis 'sembang-kencang-tapi-tak-buat' itu tadi memang salah satu kategori yang aku akan pangkah awal-awal. Ampun maaf dipinta mensuci hening dosa, aku sangat menyampah! Pasal bila dah selalu kena maka sudah menjadi tabiat untuk tidak meletakkan harapan yang tinggi supaya nanti bila sampai masa perangai 'sembang-kencang-tapi-tak-buat' itu datang, aku boleh cakap 'dah-agak-dah' lalu tersenyum dan boleh move on dengan mudah.





Samalah dengan spesis yang lain-lain yang aku rasa ntah berapa banyak aku tulis pantang-larang perangai lelaki dekat sini selama ini dari zaman aku belajar, zaman aku crush dengan orang sampai bertahun-tahun, zaman aku bercinta, zaman putus cinta, zaman nak move on, banyak wei banyaaaaakkk... Jadi bosanlah kalau aku dok ulang balik benda yang aku pernah cerita dulu-dulu purba kala segala inipun sebab terlampau annoying bila dah sampai tahap menyampah dengan perangai 'sembang-kencang-tapi-tak-buat' yang aku jumpa dua tiga hari kebelakangan apakah ini trend lelaki sekarang?





#sisbertanya






-lagu tak ada kena mengena dengan entry-
cuma untuk ditujukan kepada bakal suami pergh pergh pergh geli wei.





Friday, October 23, 2015

I hEaRt YoU aGaiN, BaBy


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Selain daripada meroyan dan membebel sorang-sorang di sini, hobi aku juga adalah untuk menaikkan level meroyan kawan baik sendiri. Semorang pun tahu sudah berapa tahun aku melakukan hubungan sonsang dengan perempuan ini it's like kadang-kadang she reeeaaaally makes me feel emotionally confuse (astaghfirullah ayat akuuuuu...)





Oh, let me get this right, aku masih straight kau jangan fikir yang bukan-bukan. Cuma nak cakap, kadang-kadang bila setiap kali pun hanya aku yang mention i-love-you i-love-you dekat orang so hari tu aku sesaja buat drama dengan perempuan ni kononlah nak taching ceritanya biarlah rahsia, tapi kalau dah sampai meleleh air mata si Haajar ni aku kerjakan, well aku tahu dia juga sayangkan aku...muahaha kejamnya menguji kasih sayang sampai macam tu sekali.







As always you're the besh baby. Osemnya handphone you boleh cover muka sembab baru lepas nanges ouch handphone baru ke chuuuuuuuu....???






Well, don't cry bebeh. I always love you eight years together takkan tak faham perangai aaaaiiii...
(muka pujuk budak menangis)






So after pujuk memujuk dan sesi drama air mata, menjadi aktiviti wajib untuk menodai telefon baru mangsa buli sanggup tahan lapar wei demi bergambar seperti tidak pernah bertemu kamera tak sangka walaupun hampir bergelar kaum-kaum ibu pun rupanya masih berperangai seperti pertama kali memiliki telefon pintar oh how I miss those moments jadi seorang camwhore...






Motif nak tunjuk gambar dinner sebab camera baru perempuan ni ohmai geramnya cantik laaa hoi sumpah kau nampak betapa floles muka maklampir aku di atas tadi kalau nak dibandingkan dengan realiti? - bukan nak promote phone ke apa, tapi kalau rasa-rasa curious ini camera apa nanti tanya tuan tanah kedaun sendirilah ok. I'm not promoting for free.






Now you know why I'm pretty in love with food rather than in love with a man.
Muka satisfied kan?





No tears, no drama, no broken hearted, no paranoia, no bullshit, no RBF, no evolution of crazy a.k.a meroyan, no mixed up of plain nuts and naturally psycho ridiculous retarded stupid cool mentally lunatic sweet deranged freak b**ch attitudes haaaaa ambek kau the real definition when I'm in relationship itu maknanya selagi aku tidak di dalam zon bercinta, kau orang sekelian para pembaca nampaknya terselamat daripada membaca ayat-ayat geli bercampur kejam yang sudah sekian lama aku tidak praktikkan di sini not at the moment I mean.





Anyway Haajar, sorry sebab menggilakan kepala hotak kau sekejap hari tu. You know aku takkan tergamak buat kau menangis (intentionally) and you know very well how my emotions work aren't you baby? So, again, maafkan aku sayang. You're always my favorite shoulder to lean on. Thank you for the moment. I swear I love you.





Gelinya ending. Ok bye. Happy weekend sumorang...!!!





Monday, October 19, 2015

PeReMpUaN MaTaNg...




satu: takkan sayang orang lain lebih daripada diri sendiri.

dua: takkan takut untuk buat perkara-perkara yang orang tak suka.

tiga: takkan berdrama.

empat: takkan cakap okay kalau dia actually tak okay.

lima: takkan stalk ex.

enam: takkan ubah diri untuk impress orang lain.

tujuh: takkan layan nonsense things

lapan: takkan main-main dalam relationship

sembilan: takkan layan orang dewasa yang perangai kanak-kanak

sepuluh: takkan malu bersembang benda-benda sensitif

sebelas: takkan judge masa lepas orang lain

dua belas: takkan matang sepanjang masa





Motif entry? Cuma nak bagitahu budak-budak dah start final exam. Miss Natasha dah tak ada kelas. Maknanya Miss Natasha akan ada banyak masa untuk membebel sensorang depan laptop. From now onwards...hahah. Bahagia. Ok bye!

Saturday, October 17, 2015

WhY i HiT tHe UnFoLLoW aNd uNfRieNd BuTtOn?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Lama gila hoooooiiii tak tulis belog!!! Well, it's not much. What I realize lately, I met A LOT of people (literally a lot sampai tak boleh nak kira dah). Aku belajar pasal diri sendiri. My demand is getting high and high and haaaaaaaaiiiii. Contoh eh, aku peratikan lelaki sekarang cerewet dan memilih yang bukan-bukan sumpahlah kadang-kadang tahap melampau kalau aku tulis ni jangan ban pulak belog aku ni ada yang siap tanya aku reti menari tiang ke tidak... apakah???





Setakat demand nak cari bini pandai masak, pandai kemas rumah, pandai berdikari, belajar tinggi, pandai hitu hini serba serbi what the hell aku boleh terima lagi. Tapi yang tukang demand pun tak sedar diri kerja tetap tak ada, nak call orang pun tak ada kredit, ni kalau kawen siapa nak sara siapa ntah kau bayangkanlah.





Oh yes, when I mention unfollow or unfriend dekat title tuuu, significant for me as abandoning certain people in my life. Social media bersepah-sepah sekarang. Kita kenal orang pun memang hakikatnya depan laptop depan phone. So, in conlusion, semakin senang kenal orang, semakin senang jugak nak buang orang yang kita kenal tu. Suka, friend, tak suka, unfriend. Nak, follow, tak nak, unfollow. As simple as that.





Dan bila kenal ramai orang, macam-macam perangai kita akan jumpa. Aku punya demand sebab dah makin tinggi, maka tahap emosi pun boleh jadi emotion-less. You know how much I hate to start a conversation. Bukan nak merungut, tapi manusia kadang-kadang lupa courtesy untuk berkomunikasi. Previous entry aku ada bercakap pasal texting. Those things yang aku tulis dekat situ biasanya adalah sebab-sebab kenapa aku unfriend atau unfollow orang.





Because they're lame, boring, kadang-kadang riak dan bermegah diri, terlampau banyak tanya, ada jugak yang tak nak tanya langsung, berperangai budak-budak, atau mungkin terlampau ghairah bersembang tentang isu semasa, atau kadang-kadang suka tag orang benda yang tak ada kena mengena, just chill bro. Kita sembang-sembang santai-santai je. We're not partner, we're not colleagues, we're not even in a relationship.





Maka itu sahaja nasihat yang panjang sebenarnya tapi diringkaskan supaya tidak menjadi mangsa unfriend or unfollow well even if it's not from me, maybe from somebody else sekian terima kasih mesti tak faham entry ni kan...






same laaa i pun tak paham. motif upload gambau ni sebab rakan-rakan sepermainan di pejabat pakai baju tema belang-belang. tu je ok bye


Monday, October 5, 2015

Monday, September 28, 2015

My RuLe Of "typing..."


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Texting can be sooooo much fun! Yes... instead of talking on the phone sebab kadang-kadang sembang dekat telifon lagi susah berbanding taip mesej. Sebab kadang-kadang kita bukan ada segala idea nak bersembang. Sebab kadang-kadang kita bukan ada segala masa free untuk fokus dengan orang yang kita sembang tu. Sebab kadang-kadang kita bukan dekat tempat strategik segala nak bercakap kadang-kadang kita dekat tempat yang kena senyap, kadang-kadang kita dekat tempat yang terlampau bising, jadi texting is the bestest choice (selagi tak terdesak) bagi aku. Nak nak lagi kalau text dengan orang yang kita suka, orang yang kita sayang even dengan orang yang kita paling annoy sekalipun texting can be so much fun fun fun sebab kadang-kadang rasa macam main game nak lumba-lumba sumorang pun nak cakap, nak 'typing'. Haaa, gaduh dengan laki pun camtu jugak laaa. Kenapa laki?






BUT! Texting WITH ME can be at risk. Silaplah kalau kau ingat aku ni seketul manusia yang suka membebel dekat watssap dan sebagainya. It takes a lot of reasons untuk aku have fun bersembang dengan orang dekat whatssap. Atau mana-mana texting area (wechat, facebook, im, skype, email) sebab aku bukan jenis suka sembang-sembang kosong tanpa ada benda nak cerita. Dan juga I am not a conversation starter. Jadi kalau aku tegur kau dekat whatssap tiba-tiba, percayalah, kau harus bersyukur sangat-sangat sebab itu benda yang paling susah aku nak buat. But just don't do these things while texting me or I'll be pissed off IMMEDIATELY.





Satu! Jangan reply dengan satu perkataan. "K". Or reply dengan jawapan semata-mata. "Dah makan ke? - Dah" "Kat mana tu? - Umah" "Bizi ke? - Tak" Padahal dia yang text kita dulu nih! Haaa, lepas tu kita pulak yang sibuk-sibuk kena fikir soalan nak tanya dia apa tak hangin? Ok. Dan aku pissed off. Terus lantakkaulah!





Dua! Jangan "typing" masa aku tengah "typing". Unless kalau kau tau aku memang tunggu kau "typing" mungkin setelah sejam atau dua jam tunggu kau tak reply dan silakan "typing" sebelum aku "typing" kau dengan karangan atau essay atau khutbah atau mungkin juga thesis.





Tiga! Jangan send sepuluh texts bertubi-tubi. Atau sepuluh baris ayat dalam satu text. SEPULUH! That's my limit. Bagi aku orang yang send text bertubi-tubi ni desperate. Haaa, aku selalu buat jugak. Masa gaduh. Dengan ex(es) dulu-dulu tak payah cerita laaa. Sekali aku dah meroyan, here you go my karangan... But I'm not talking about meroyan itu lain cerita laaa. Ini text biasa. Please, text bertubi-tubi? Apa ni apa niiiii...





Empat! Jangan ambil masa berjam-jam untuk reply. For me, THAT IS RUDE! Kalau dekat whatssap tu lagi senang kita dah nampak 'last seen' dia, blue tick dia, onlie ke tak online ke, so please, reply. Whatever your reason is bagitau laaa. Ini baca, tapi ignore. Kuajaq tak kuajaq?





Lima! Wei, I might be born in 1990, but using toooooo many abbreviations ohmai, that's tooooooo much for me ladies and gentlemen. Aku ni kadang-kadang tak paham apa yang kau cakap sebab maaflah dulu belajar bahasa memang tak biasa guna short form mort form segala bagai ni. And lagi-lagi kalau mesej atas urusan formal hadoooiii, mana kau belaja taip mesej dengan bos guna short form smiley bagai ni weeeiii... so please, jangan short form sangat. 'skt' tu sakit ke sikit ke sakat ke sekat ke apa ntah?





Enam! Sembang dalam group cerita pasal isu semalam. Atau isu tujuh lapan jam yang lepas. Haaa, ni lagi sorang kalau spesis lambat baca mesej tu orang lain dah sembang sakan lepas tu bila orang dah habis baru kau nak masuk, sorry, bukan kerja aku nak melayan kau. So, daripada kau sembang benda yang dah expired, baik kau diam terus. Itu peraturan dia. Just do it!





Tujuh! "typing" tapi tak send mesej. Ini lagi sakit hati. Kita punyalah beriya tunggu dia "typing" dah berapa lama daripada tadi, sudahnya tak ada mesej apa pun dia hantar. Ok. Aku consider this is RUDE TAHAP MAKSIMUM. Faham tak perasaan bila tengok orang "typing" and kita  macam expecting apa-benda-dia-ni-typing-lama-sangat, sekali tunggu-tunggu tak ado! Kalau "typing" lama, tapi reply dia pendek aku boleh terima lagi. At least dia send. Ini langsung tak send. Biadab gila!





Lapan! Uish, boleh tahan banyak aku punya pantang larang texting. Haaa, tapi aku pun selalu buat jugak benda ni. What? Screenshot text orang. Takat screenshot untuk simpanan sendiri aku rasa boleh lagi kot, tapi yang dok pi hantar dekat orang lain, atau post dekat blog, atau update dekat moment atau insta tuuu. Haaa, ni tengah cakap depan cermin. Ye. Aku tau laaa aku pun sama. Unless mintak kebenaran, atau rahsiakan nama sender... itu bagi aku considerable lagi.





Sembilan! Jangan text masa dating. Atau masa tengah lepak dengan kawan. Aku tak kisah kalau keluar ramai-ramai actually aku pun selalu je text masa tengah lepak dengan gegirls aku semua. Tapi kalau dating berdua atau lepak berdua dengan sesapa, avoid texting as much as you can sebab bagi aku inipun agak rude jugak. Tak beradab. Yelah, kalau ramai-ramai tu boleh tahan lagi. Kawan ni tak nak layan, kita boleh tarik kawan lain. Tapi kalau dah date berdua? Haaa, mind that... tak baik macam tu. Ignore kawan. Layanlah dia. Kesian dia nak cakap dengan siapa? Cuba kalau dia text masa kau tengah borak? Haaa, apa kau rasa?





Sepuluh! Ok dah laaa, ini last. Walaupun banyak lagi, tapi aku jadikan ini yang last. Please, jangan bincang isu-isu penting dekat text. Contohnya nak setelkan masalah rumah tangga. Atau nak bergaduh. Atau nak break up. Atau nak propose. Apa ni? Kamon. Benda-benda penting macam ni, cakap depan-depan laaa. Melainkan memang tak ada pilihan macam aku dulu jauh weh takkan nak drive lima jam pergi jumpa dia semata-mata nak cakap "i-nak-break-up" kan so agak-agaklah. Tengok kesesuaian masa dan tempat dan keadaan. Just kalau tak boleh nak dielakkan, nak buat macam mana...





Macam aku cakap tadi, texting seriously can  be so much fun kalau kita buat dengan cara yang betul. Admit it guys, korang pun sama kan. Suka kalau orang reply dengan "K"? Or "X"? Or korang suka kalau orang tu bluetick mesej kita tapi tak reply? Haaa, benda ni tak payah belajar dekat sekolah pun. Tapi this is so-called unwritten-rules yang rasanya sesiapa pun akan agree jugak kot...





Ok, siapa tak agree dia gay!





I feel you minyen...


Wednesday, September 23, 2015

SoMe PeOpLe DeSeRvE tHiS eNtRy, sOmE pEoPLe DoN't


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Sekarang dah jarang update belog. Sebab rasa-rasa kalau update belog tu cerita menyakitkan hati orang, kadang-kadang memburukkan orang atau memburukkan diri sendiri baik tak payah cerita. Duduk diam-diam buat kerja lain yang lebih masuk akal itu yang aku fikirkan cara terbaik untuk diri sendiri keluarga dan masyarakat sebab tu aku selalu collect moments indah-indah lepas tu letak dalam belog ni untuk simpanan masa hadapan atau masa sedih manalah tau tiba-tiba terbenci orang ke terpisah dengan orang ke at least kita tau kita pernah ada wonderful moment dengan dia.





Tapi to-be-honest jugak, kadang-kadang aku cerita buruk pasal orang atau pasal diri sendiri sebenarnya tak ada niat lain cuma untuk dijadikan pengajaran kepada readers. Sebab hidup ni bukan senang dan bukan seindah yang kita sangka. Life will forever f**k us up to death hence we have no choice but to live un-virgin haaa siapa tak faham tu maknanya korang budak-budak lagi ok bye.





Well, I cannot resist to mention that my ex dah kahwin...!!! Ohmai, you know how I love wedding so much so walaupun wedding itu wedding ex, tapi aku tetap rasa excited. And by the way, congrats to Encik Domoi dan pasangan walaupun kahwin tak ajak haish boleh tahan laju jugak laki bini tu buat preparation tak sampai few months lepas break up hari tu dah menikah dah. Aku tak sempat nak bercinta balik depa dah salam tok kadi amboi, nampak sangat dah prepare awal-awal kan? Ke desperate? Ke kahwin express? Ke ... ok dah ampunkan hamba, whatever kang lagi banyak assumption keluar lagi menggunung dosa itulah siapa suruh kahwin tak ajak.





Haip! Cerita tak habis lagi. Ingat entry ni nak cerita pasal ex semata-mata ke apa? No baby. Datang mood aku nak menulis hari ni sebenarnya sebab aku ada benda sikit nak pesan to all readers especially gegirls yang bebujang yang rerasa nak terima nasihat aku ni let me tell you something about boys based on my current experience which is yang pertama sekaliiiii...




  • Don't trust them. Don't trust them at all. Pengalaman aku sendiri aku pernah kena tipu dengan ex yang aku say congrats tadi (pergi mereput kau dengan bini kau di pulau sana) dan seorang lelaki yang mengaku dia bujang, umur 28 tahun tapi rupanya dah kahwin anak dua dan umur dia actually 33. And the best thing about knowing a liar is to see them lying when we in fact already know the truth. Well, it's fun for me to play game with them but it's kinda lesson as well. So. Never. Ever. Trust. A. Guy. (or a gay)

  • Secondly. You must know that they will always hurt us. Walaupun diorang tak rasa yang diorang sakitkan hati kita. Tapi, itulah lelaki. They can harm us in so so sooooo many ways. Dengan perbuatan diorang, dengan kata-kata diorang dan kadang-kadang diorang rasa benda tu tak bagi effect apa-apa pun dekat kita tapi kita je yang tahu how cruel how rude and how mean they are. And it happens to me million times as well sampai aku emotion-less. Lantaklah korang nak buat apa nak cakap apa aku nak sambung buat kerja jap.

  • Tapi bila kita buat-buat tak ada perasaan (atau memang betul-betul tak ada perasaan), diorang secara automatik akan datang dekat kita balik. (Oh, except for my ex sebab dia gay). And that's the reason why I wish all women out there can be tough and emotion-less (if necessary) sebab aku bukan nak cakap kita boleh hidup tanpa lelaki (even though we could) tapi ada masa-masa tertentu kita perlu ada spsesis ini contohnya untuk melahirkan zuriat sebab kalau tak ada zuriat habis aku nak bagi nasihat-nasihat yang kat atas tadi dekat siapa?





Dan maafkan saya sebab masih belum buang tabiat screenshot conversation orang lepastu letak dekat belog dan memang sejujur-jujurnya aku sangat emotion-less sekarang sampaikan bak datang jantan mana pun aku malas nak layan nak fefeeling ke apa macam dekat dalam gambar yang aku screenshot tu dok meroyan nak ajak bercinta balik lepas tu buat perangai balik lepas tu rujuk balik lepas tu buat perangai balik apa kau ingat relationship itu game kah? Not that I don't want to back into relationship just let me take a break. Jadi player sekejap ke macam mana tengoklah!





Ok, ada niat jadi player rupanya... 
Well, itu tak klaka. I won't hurt others like some people do. 
So, itu saja cerita harini. Talk to you later. Bye...



the history

Followers